Nota Pendidikan Jasmani Untuk Semua

4
NOTA PENDIDIKAN JASMANI UNTUK SEMUA Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa pendidikan am yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara total melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Ringkasnya Pendidikan Jasmani ialah pendidikan dari dan melalui kegiatan fizikal. Pendidikan Untuk Jasmani pula ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai. Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran social, intelektual, estetika dan kesihatan. Menurut Clark W. Hetherington, Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis. Menurut J.F Williams, menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan. Manakala menurut DelbertOberteutter. Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai.Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial, intelektual, estetika dan kesihatan. Pendidikan jasmani merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kurikulum pendidikan formal sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun mata pelajaran ini tidak ditaksirkan dalam bentuk peperiksaan, tetapi ia ternyata relevan dan bersesuaia

Transcript of Nota Pendidikan Jasmani Untuk Semua

Page 1: Nota Pendidikan Jasmani Untuk Semua

NOTA PENDIDIKAN JASMANI UNTUK SEMUA

Pendidikan Jasmani merupakan satu fasa pendidikan am yang menyumbang kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar-pelajar secara total melalui pilihan aktiviti-aktiviti pergerakan dan pengalaman jasmani yang terancang. Ringkasnya Pendidikan Jasmani ialah pendidikan dari dan melalui kegiatan fizikal. Pendidikan Untuk Jasmani pula ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai. Pendidikan melalui jasmani  ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran social, intelektual, estetika dan kesihatan.

Menurut Clark W. Hetherington, Pendidikan Jasmani adalah jumlah semua aktiviti yang dipilih mengikut jenis dan dijalankan untuk mencapai hasil yang bermakna. Aktiviti yang dipilih haruslah mempunyai dan menyediakan peluang bagi individu untuk menjadi sabar, baik hati, berdikari, peramah, murah hati dan peribadi yang dinamis. Menurut  J.F Williams, menginterperitasikan pendidikan melalui jasmani sebagai pendidikan melalui pengalaman pergerakan. Manakala menurut DelbertOberteutter. Pendidikan Untuk Jasmani ialah satu program aktiviti otot yang giat direka untuk merangsang organisma jasmani supaya faedah yang boleh diperolehi daripada aktiviti-aktiviti dicapai.Pendidikan melalui jasmani ialah satu program aktiviti jasmani di mana pergerakan jasmani direka untuk menghasilkan pelbagai jenis pengalaman dan pembelajaran sosial, intelektual, estetika dan kesihatan.

Pendidikan jasmani merupakan satu mata pelajaran yang penting dalam kurikulum pendidikan formal sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun mata pelajaran ini tidak ditaksirkan dalam bentuk peperiksaan, tetapi ia ternyata relevan dan bersesuaia dengan mata pelajaran yang digubal oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Ini adalah kerana Pendidikan Jasmani merupakan satu-satunya bidang yang menekankan aspek fizikal yang tidak disentuh oleh mana-mana mata pelajaran yang lain.Tambahan pula, ia menyumbang kepada kecergasan semasa seseorang murid dan mampu menerapkan amalan bersenam bukan sekadar untuk kesihatan luar watu sekolah malah untuk sepanjang hayat.

Pendidikan jasmani dilaksanakan tidak mengira usia, jantina, bangsa mahupun agama keranan setiap individu mempunyai jasadnya tersendiri. Oleh sebab itu, setiap individu perlu sedar akan kepentingan penjagaan diri dari aspek mental, fizikal, rohani dan sosial. Kesemua aspek ini dirangkumkan dalam Pendidikan Jasmani. Sewaktu kita mempelajari atau mengembangkan kemahiran psikomotor, ia turut meransang minda dan kognitif dengan membuatkan kita berfikir banyak perkara, menganalisis setiap perlakuan dan pergerakan serta mengenalpasti kebaikan yang diperoleh daripada aktiviti fizikal.

Page 2: Nota Pendidikan Jasmani Untuk Semua

Selain itu, melalui PJ juga, dapat memupuk pergaulan yang sihat antara individu dengan masyarakat sekeliling melalui aktiviti fizikal yang dilakukan bersama-sama. Secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap pergaulan sosial dengan masyarakat sekeliling. PJ juga tidak mengabaikan aspek rohani dengan penerapan nilai murni dalam setiap aktiviti yang dilakukan. Nilai murni seperti menghargai tubuh badan, kerjasama dan tolak ansur dapat diterapkan.

Salah tanggapan terhadap kepentingan Pendidikan Jasmani(PJ) telah sebati dengan masyarakat apabila kurikulum di Malaysia tidak meletakkan PJ sebagai satu matapelajaran yang diutamakan. Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan(PJPK) yang diberi dua waktu sahaja dalam seminggu adalah tidak munasabah bagi melahirkan insan seimbang seperti yang di hasratkan Falsafah Pendidikan Nasional(FPN). Sekiranya dikaji dan diteliti, hanya mata pelajaran PJPK sahaja yang dapat memenuhi hasrat secara menyeluruh seperti yang terkandung dalam FPN bagi melahirkan insan seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, Sosial dan Intelek(JERIS).

Sikap masyarakat (ibu bapa) yang langsung tidak beri perhatian kepada PJ termasuk sesetengah pihak pentadbiran sekolah yang hanya meletakkan guru yang mengajar PJ mengikut sesiapa sahaja yang masih ada ruang kosong dalam penjadualan waktu, termasuk juga membenarkan guru-guru mata pelajaran lain mengambil waktu PJ untuk sesuatu tujuan tertentu, memburukkan lagi keadaan. Sikap Ibu bapa yang negatif terhadap PJ boleh di lihat apabila anak-anak mereka tidak dibeli pakaian PJ seperti yang ditetapkan oleh sekolah.

Sikap kerajaan pula yang ingin melihat rakyat Malaysia sihat, cergas dan berjaya dalam pelbagai jenis sukan, dilihat seperti "cakap tidak serupa bikin" bila keluhan guru-guru PJ sudah berpuluh tahun tidak diendahkan, malah ada ura-ura PJ hendak dihapuskan dengan alasan guru-guru PJ tidak menjalankan P&P yang berkesan seperti yang diharapkan.Tahukah mereka kenapa berlaku demikian? Pernahkah mereka membuat kajian dan mengadakan dialog dengan guru-guru PJ secara ikhlas untuk benar-benar mencari jalan penyelesaian bagi mencapai hasrat negara?Kecelaruan ini bertambah parah bila matlamat ibu bapa dan pihak sekolah terlalu fokus terhadap keputusan peperiksaan yang akan dan telah dicapai.

Fahamilah bahawa PJ secara umumnya terlalu penting bagi semua peringkat umur dan jantina manusia, sejak dalam kandungan lagi sehinggalah ke umur tua.Manusia itu sendiri asal kejadiannya dibentuk jasmani terlebih dahulu kemudian barulah ditiupkan roh, setelah melalui beberapa peringkat perkembangan barulah terserlah keupayaan intelek dan rupa bentuk emosinya.Permulaan agama itu ialah mengenal Allah.Sesiapa yang hendak mengenal Allah hendaklah ia mengenal akan dirinya.Mana mungkin kita mengenal

Page 3: Nota Pendidikan Jasmani Untuk Semua

diri sekiranya kita tiada ilmu mengenai diri. Siapa diri? Diri ialah roh, diri ialah jasad (jasmani), diri ialah akal, diri ialah emosi, nafsu, diri ialah jiwa, semangat, kebolehan, kemahiran, keupayaan, diri ialah keseluruhan pada yang bernama.Maka siapakah yang berani menafikan kepentingan ilmu tentang diri?Permulaan ilmu bagi diri itu ialah PJ.Sebab itulah saya rasa sungguh bertuah dan bersyukur menjadi cikgupj, tetapi saya tetap

tidak berpuas hati tentang pelaksanaan PJ yang ada dalam kurikulum pelajaran kita.

Pendidikan Jasmani merupakan pendidkan yang berkonsepkan pendidikan

sepanjang hayat. Negara kita sedang membina dan melahirkan individu yang sihat dan cerdas. Sekiranya semua rakyat Malaysia sihat, penyakit dapat dikurangkan dan produktiviti dapat ditingkatkan. Seterusnya membantu kpd perkembangan dan kemajuan negara.