NOTA PENERANGAN TA 2020 - HasilNOTA PENERANGAN TA 2020 Badan Amanah - 1 - Nota ini disediakan bagi...

19
TAMBAHAN / PINDAAN Ruang Perkara Muka Surat A10a & A10b Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127 3 A19 Tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C 4 A20a Tertakluk di bawah Pemberitahuan Pelaporan mengikut Negara (CbCR) 5 A20b Pemberitahuan sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor telah dikemukakan 5 A20c Pemberitahuan telah dikemukakan pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan 5 A21 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia 5 B25D & BA25D Hadiah wang dalam bentuk wakaf 8 NOTA PENERANGAN TA 2020 Badan Amanah

Transcript of NOTA PENERANGAN TA 2020 - HasilNOTA PENERANGAN TA 2020 Badan Amanah - 1 - Nota ini disediakan bagi...

  • TAMBAHAN / PINDAAN

    Ruang Perkara Muka Surat

    A10a & A10b Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127

    3

    A19 Tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C

    4

    A20a Tertakluk di bawah Pemberitahuan Pelaporan mengikut Negara (CbCR)

    5

    A20b Pemberitahuan sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor telah dikemukakan

    5

    A20c Pemberitahuan telah dikemukakan pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan

    5

    A21 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia

    5

    B25D & BA25D

    Hadiah wang dalam bentuk wakaf 8

    NOTA PENERANGAN

    TA 2020

    Badan Amanah

  • - 1 -

    Nota ini disediakan bagi membantu badan amanah melengkapkan Borang TA bagi Tahun Taksiran 2020. Sila baca nota ini dengan teliti supaya pengisian dan pengisytiharan semua punca pendapatan bagi Tahun Taksiran 2020 adalah benar, betul dan lengkap.

    Nota ini perlu dibaca bersekali dengan Panduan Pengiraan (Helaian-helaian Kerja) Dan Maklumat Lain (Lampiran-lampiran) Untuk Selain Syarikat Dan Selain Individu yang boleh diperoleh di portal rasmi LHDNM > http://www.hasil.gov.my > Laman Utama > Borang > Muat Turun Borang > Selain Syarikat Dan Selain Individu.

    Semua rekod, helaian kerja dan dokumen tidak perlu disertakan semasa pengemukaan Borang TA KECUALI bagi kes pembayaran balik yang mana helaian kerja berikut perlu dikemukakan:-

    (i) Helaian Kerja HK-6 mengenai tolakan cukai di bawah seksyen 110 (lain-lain); dan

    (ii) Helaian Kerja HK-8 / HK-9 (jika berkenaan) berhubung dengan potongan cukai yang telah dibuat di negara asing.

    Rekod, dokumen dan helaian kerja yang digunakan dalam pengiraan hendaklah disimpan selama tujuh (7) tahun bermula dari akhir tahun dalam mana borang nyata tersebut telah dikemukakan kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri, untuk rujukan dan semakan sekiranya diperlukan kelak.

    Sila isi semua ruang yang berkaitan dengan HURUF BESAR dan gunakan pen mata bulat berdakwat hitam. Biarkan kosong sekiranya ruangan yang disediakan adalah tidak berkenaan.

    Bahagian C (kecuali C1), CA (kecuali CA1) dan D perlu diisi dengan nilai sen manakala amaun di bahagian lain hanya perlu mengambil kira nilai ringgit sahaja.

    Contoh: Pendapatan Bercukai (ruang C1) RM 180,246.65 Cukai Kena Dibayar (ruang C7) RM 65,927.98

    MAKLUMAT ASAS

    dan Isikan maklumat yang berkenaan sebagaimana didaftarkan.

    KEDUDUKAN CUKAI

    Untuk mempercepatkan pemprosesan borang nyata, badan amanah dinasihatkan supaya mengisi Bahagian ini dengan betul berdasarkan pengiraan cukai yang telah dibuat sehingga Bahagian D di muka surat 8 Borang TA 2020. Isikan satu petak sahaja dengan menandakan ‘X’ dalam petak yang berkenaan.

    BAHAGIAN A: MAKLUMAT BADAN AMANAH

    Ruang Perkara Keterangan

    A1 Mastautin di Malaysia

    Isikan ‘1’ dalam petak yang disediakan sekiranya badan amanah bermastautin di Malaysia atau ‘2’ sekiranya bermastautin di luar Malaysia.

    A2

    Negara mastautin Masukkan kod Negara ‘MY’ jika ruang A1 = 1.

    Sila rujuk kod negara di muka surat 17 nota penerangan ini atau senarai penuh di Lampiran E.

    A3 Tempoh perakaunan

    Tarikh mula dan tutup tempoh perakaunan badan amanah. Sila rujuk contoh-contoh di ruang A4.

    A4 Tempoh asas Tempoh asas bagi tahun taksiran semasa. Jika badan amanah baru beroperasi atau menukar tarikh tutup akaunnya, sila isi tarikh mula dan tutup tempoh asas yang betul di ruang A4.

    Contoh 1: Badan amanah yang baru beroperasi

    Akaun pertama: 1.5.2019 hingga 31.3.2020 (11 bulan) Akaun kedua: 1.4.2020 hingga 31.3.2021 (12 bulan)

    PENDAPATAN BERCUKAI

    CUKAI KENA DIBAYAR C7

    C1

    1 2

    _>>_>>_>>?

    , , , 1 8 0 2 4 6

    ->>_>>_>>_>?

    , , , . 6 5 9 2 7 9 8

    A1 hingga A21 Isikan maklumat yang berkenaan sahaja.

    http://www.hasil.gov.my/

  • - 2 -

    Ruang A3 dan A4 perlu diisi seperti berikut:-

    Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

    2020 01/05/2019 - 31/03/2020 01/05/2019 - 31/03/2020 (11 bulan) 2021 01/04/2020 - 31/03/2021 01/04/2020 - 31/03/2021 (12 bulan)

    Contoh 2: Badan amanah yang baru beroperasi

    Akaun pertama: 1.2.2019 hingga 30.4.2020 (15 bulan) Akaun kedua: 1.5.2020 hingga 30.4.2021 (12 bulan)

    Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-

    Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

    2020 01/02/2019 - 30/04/2020 01/02/2019 - 30/04/2020 (15 bulan) 2021 01/05/2020 - 30/04/2021 01/05/2020 - 30/04/2021 (12 bulan)

    Contoh 3: Pertukaran tempoh perakaunan

    Akaun sedia ada: 1.3.2018 hingga 28.02.2019 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.3.2019 hingga 31.12.2019 (10 bulan) 1.1.2020 hingga 31.12.2020 (12 bulan)

    Ruang A3 dan A4 perlu diisi seperti berikut:-

    Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

    2019 01/03/2018 - 28/02/2019 01/03/2018 - 28/02/2019 (12 bulan) 2020 01/03/2019 - 31/12/2020 01/03/2019 - 31/12/2020 (22 bulan)

    Contoh 4: Pertukaran tempoh perakaunan

    Akaun sedia ada: 1.7.2018 hingga 30.6.2019 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.7.2019 hingga 31.5.2021 (23 bulan) 1.6.2021 hingga 31.5.2022 (12 bulan)

    Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-

    Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

    2019 01/07/2018 - 30/06/2019 01/07/2018 - 30/06/2019 (12 bulan) 2020 01/07/2019 - 30/06/2020 (12 bulan) 2021 01/07/2020 - 31/05/2021 (11 bulan) 2022 01/06/2021 - 31/05/2022 01/06/2021 - 31/05/2022 (12 bulan)

    Contoh 5: Pertukaran tempoh perakaunan

    Akaun sedia ada: 1.1.2018 hingga 31.12.2018 (12 bulan) Akaun berikutnya: 1.1.2019 hingga 31.05.2019 ( 5 bulan) 1.6.2019 hingga 31.05.2020 (12 bulan)

    Isi ruang A3 dan A4 seperti berikut:-

    Tahun Tempoh Tempoh Taksiran Perakaunan Asas

    2019 01/01/2019 - 31/05/2019 01/01/2019 - 31/05/2019 ( 5 bulan) 2020 01/06/2019 - 31/05/2020 01/06/2019 - 31/05/2020 (12 bulan)

    A5 No. majikan Nombor rujukan E majikan (jika berkenaan).

    A6 Tarikh mula beroperasi

    Tarikh badan amanah bermula operasi.

    A7 Kelulusan pengecualian cukai

    Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika badan amanah telah mendapat kelulusan pengecualian cukai; atau ‘2’ (‘Tidak’) sekiranya permohonan untuk pengecualian cukai tidak / belum diluluskan atau badan amanah tidak membuat permohonan untuk pengecualian cukai.

    A8 Penyimpanan rekod Ini merujuk kepada penyimpanan rekod yang mencukupi seperti dikehendaki dalam peruntukan Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

    Tandakan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya mematuhi atau ‘2’ jika tidak.

    01/07/2019 - 31/05/2020

  • - 3 -

    A9

    No. kelulusan pengecualian cukai

    Nombor kelulusan pengecualian cukai (jika ada).

    A10a Layak menuntut insentif di bawah seksyen 127

    Merujuk kepada insentif (contohnya pengecualian) di bawah peruntukan

    perenggan 127(3)(b) atau subseksyen 127(3A) ACP 1967 yang layak dituntut

    mengikut warta Kerajaan atau surat kelulusan Menteri.

    1 = Perenggan 127(3)(b)

    Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-

    mana kelas orang daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP

    1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.

    2 = Subseksyen 127(3A)

    Pengecualian yang diberikan oleh Menteri Kewangan kepada mana-

    mana orang tertentu daripada mematuhi mana-mana peruntukan ACP

    1967 secara umum atau berkenaan mana-mana pendapatan.

    3 = Tidak berkenaan

    (i) Tandakan ‘X’ dalam petak bagi jenis / jenis-jenis insentif yang:-

    layak dinikmati dan tuntutan dibuat bagi tahun semasa; atau

    layak dinikmati tetapi tuntutan tidak dapat dibuat bagi tahun semasa

    atas sebab seperti ketiadaan pendapatan.

    (ii) Tandakan ‘X’ dalam petak ‘Tidak berkenaan’ sekiranya:-

    tidak layak menuntut insentif;

    permohonan insentif tidak diluluskan oleh Menteri; atau

    tidak berkenaan.

    A10b Jika A10a = 1 dan / atau 2, nyatakan:

    Jika A10a = 1 dan / atau 2, kemukakan maklumat yang diperlukan seperti berikut:

    i. No. P.U. (A) / No. Kelulusan Insentif

    Nyatakan nombor P.U. (A) warta Kerajaan atau nombor surat

    kelulusan Menteri Kewangan bagi insentif berkenaan.

    Contoh: Tuntutan insentif perenggan 127(3)(b) : P.U. (A) 325/2011 Nombor surat kelulusan subseksyen 127 (3A) : CP 270/2020 Pengisian adalah seperti berikut:

    ii. Amaun Pendapatan Dikecualikan

    Amaun daripada pengiraan.

    Warta Kerajaan / surat kelulusan Menteri hendaklah disimpan untuk rujukan / semakan LHDNM sekiranya diperlukan kelak.

    Bil. No. P.U. (A) / No. Kelulusan Insentif

    i. PUA 325/2011

    ii. CP 270/2020

    A11 Alamat surat-menyurat Badan Amanah

    Alamat yang digunakan untuk berurusan dengan LHDNM.

    A12 Alamat premis perniagaan

    Alamat di mana perniagaan utama dijalankan.

  • - 4 -

    A13 Alamat di mana rekod Badan Amanah disimpan

    Isikan ‘1’ sekiranya rekod dan dokumen badan amanah disimpan di alamat surat-menyurat seperti di ruang A11; atau ‘2’ jika disimpan di alamat premis perniagaan seperti di ruang A12. Isikan ‘3’ jika tidak disimpan di alamat seperti di ruang A11 dan A12.

    A14 Alamat Lain Nyatakan alamat di mana rekod badan amanah disimpan sekiranya ruang A13 = 3.

    A15 Maklumat pemegang amanah

    Isikan ruang A15a hingga A15e berkenaan maklumat pemegang amanah. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada 2 pemegang amanah, sila senaraikan mengikut format dari ruang A15a hingga A15e dan kemukakan bersama Borang TA.

    A16 Nama bank

    Nyatakan nama bank di mana Badan Amanah mempunyai akaun bank. Untuk tujuan pembayaran balik secara elektronik, sila pastikan maklumat bagi ruang A16 hingga A18 adalah betul.

    A17 No. akaun bank Nombor akaun badan amanah di bank berkenaan seperti dinyatakan di ruang A16.

    A18 No. pengenalan bank

    Merujuk kepada nombor pengenalan yang diberikan oleh bank atau nombor yang digunakan oleh pemegang akaun [organisasi perniagaan seperti kumpulan wang, peguam, amanah, koperasi dan sebagainya yang tidak mempunyai nombor pendaftaran syarikat / perniagaan kerana tidak tertakluk kepada pendaftaran dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)]. Selain daripada nama pemegang akaun bank dan nombor akaun bank, nombor ini digunakan oleh bank sebagai tambahan kunci untuk semakan dan pengesahan bagi tujuan pembayaran balik lebihan cukai melalui EFT.

    A19 Tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C

    Sekiranya syarikat tertakluk kepada sekatan faedah di bawah seksyen 140C,

    isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ dan isi juga maklumat seperti dikehendaki

    dalam jadual berikut. Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan /

    tidak terpakai.

    Pengiraan cukai - EBITDA

    merujuk kepada formula seperti dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Sekatan Ke Atas Kebolehpotongan Faedah) 2019 [P.U. (A) 175/2019].

    Contoh pengiraan boleh dirujuk dalam Restriction on Deductibility of Interest Guidelines [Section 140C, Income Tax Act 1967] (hanya dalam versi Bahasa Inggeris sahaja) di Portal Rasmi LHDNM:

    http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/RDIG_05072019.pdf

    Atau

    Laman Utama > Antarabangsa > Restriction on Deductibility of Interest Guidelines [Section 140C, Income Tax Act 1967]

    Belanja faedah di bawah seksyen 140C

    definisi dalam subseksyen 140C(3) di mana ‘interest expense’ bermaksud:

    a. Interest on all forms of debt; or

    b. Payments economically equivalent to interest (excluding expenses incurred in connection with the raising of finance)

    Sila rujuk juga kepada perenggan 3.5, 3.6, 3.7 dan 3.9 dalam Guidelines tersebut.

    Belanja faedah yang disekat

    Amaun faedah maksimum yang disebut dalam seksyen 140C ACP 1967 hendaklah suatu amaun yang bersamaan dengan:

    20% x Amaun cukai-EBITDA daripada setiap

    punca yang terdiri daripada perniagaan

    http://lampiran1.hasil.gov.my/pdf/pdfam/RDIG_05072019.pdf

  • - 5 -

    Baki hantar hadapan

    Perbelanjaan faedah yang melebihi amaun faedah maksimum adalah dibenarkan untuk dibawa hadapan dan dipotong daripada pendapatan larasan bagi tahun-tahun taksiran berikutnya tertakluk kepada amaun faedah maksimum bagi tahun taksiran berkenaan walaupun syarikat itu tiada perbelanjaan faedah bagi mana-mana tahun taksiran berikutnya, sehingga keseluruhan amaun lebihan itu digunakan sepenuhnya.

    A20a Tertakluk di bawah Pemberitahuan Pelaporan mengikut Negara (CbCR)

    Mana-mana entiti konstituen suatu kumpulan MNE yang tertakluk kepada

    subperenggan 6(1) atau subperenggan 6(2) Kaedah-Kaedah Cukai

    Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 serta Kaedah-Kaedah Cukai

    Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) (Pindaan) 2017 (dirujuk sebagai

    Kaedah CbCR) hendaklah memaklumkan identiti dan mastautin cukai entiti

    pelapor pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan kepada

    Ketua Pengarah secara bertulis.

    Entiti konstituen yang tertakluk kepada Kaedah CbCR perlu mengisi sama

    ada:

    ‘1’ (‘Ya’) sebagai entiti pelapor; ‘2’ (‘Ya’) sebagai bukan entiti pelapor; atau

    ‘3’ (‘Tidak’) jika TIDAK tertakluk kepada Kaedah CbCR atau tidak berkenaan

    Jika A20a = ‘1’ (‘Ya’) atau ‘2’ (‘Ya’), isi juga ruang A20b.

    Entiti bukan pelapor merujuk kepada entiti konstituen kumpulan perbadanan

    multinasional yang bermastautin di Malaysia atau establismen tetap di

    Malaysia yang bukan entiti pelapor di bawah subperenggan 6(2) Kaedah

    CbCR.

    Rujuk:

    Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara) 2016 serta

    Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Pelaporan Mengikut Negara)(Pindaan)

    2017.

    Undang-undang dan peraturan serta panduan berkaitan pelaporan CbCR di

    Portal Rasmi LHDNM:

    http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa

    A20b Pemberitahuan sebagai entiti pelapor / bukan entiti pelapor telah dikemukakan

    Ruang ini perlu dilengkapkan sekiranya A20a = ‘1’ (‘Ya’) atau ‘2’ (‘Ya’).

    Isi ‘1’ (‘Ya’) jika pemberitahuan sebagai entiti pelapor atau bukan entiti

    pelapor telah dikemukakan.

    Isikan ‘2’ (‘Tidak’) jika pemberitahuan berkenaan belum atau tidak

    dikemukakan.

    Jika A20b = ‘1’ (‘Ya’), isi juga ruang A20c.

    A20c Pemberitahuan telah dikemukakan pada atau sebelum hari terakhir tahun kewangan pelaporan

    Ruang ini hendaklah diisi sekiranya A20b = ‘1’ (‘Ya’).

    Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika pemberitahuan telah dikemukakan pada atau sebelum

    hari terakhir tahun kewangan pelaporan kepada LHDNM.

    Isi ‘2’ (‘Tidak’) sekiranya pemberitahuan dikemukakan selepas hari terakhir

    tahun kewangan kepada LHDNM.

    A21 Mempunyai akaun kewangan di institusi kewangan di luar Malaysia

    Tandakan ‘1’ jika syarikat mempunyai “akaun kewangan” di institusi

    kewangan di luar Malaysia atau ‘2’ jika tidak ada / tidak berkenaan. Rujuk

    maklumat di bawah sebelum membuat pilihan:

    Pengisytiharan ini bertujuan untuk memastikan pematuhan terhadap undang-

    undang percukaian Malaysia, selaras dengan komitmen Malaysia terhadap

    Pertukaran Automatik Maklumat Akaun Kewangan dengan Negara-negara

    http://www.hasil.gov.my/

  • - 6 -

    Pejanji. Di bawah komitmen tersebut, Malaysia akan menerima maklumat

    berkenaan akaun kewangan yang disimpan di luar negara oleh pemastautin

    cukai Malaysia.

    Walaubagaimanapun, status mempunyai akaun kewangan di luar negara

    bukanlah petunjuk bahawa berlakunya ketidakpatuhan cukai.

    "Akaun Kewangan" merujuk kepada akaun kewangan yang disenggara oleh

    institusi kewangan di luar Malaysia yang merangkumi:

    i) Akaun Depositori

    • Akaun simpanan, akaun semasa dan akaun deposit lain.

    ii) Akaun Jagaan (Custodial)

    • Akaun (selain daripada Kontrak Insurans atau Kontrak Anuiti) untuk

    manfaat orang lain yang memegang sebarang instrumen kewangan

    atau kontrak untuk pelaburan.

    iii) Kontrak Insurans Nilai Tunai

    • Kontrak Insurans Nilai Tunai ialah satu kontrak insurans yang mana

    pemegang polisi berhak menerima pembayaran semasa penyerahan

    atau penamatan kontrak. Kontrak insurans juga akan menjadi Kontrak

    Insurans Nilai Tunai apabila pemegang polisi boleh meminjam di bawah

    kontrak tersebut. Ia adalah produk pelaburan yang mempunyai unsur

    insurans hayat di dalamnya. Elemen insurans hayat biasanya kecil

    berbanding dengan elemen pelaburan.

    iv) Kontrak Anuiti

    • Kontrak di mana pihak yang menawarkannya bersetuju untuk membuat

    pembayaran untuk jangka masa yang ditentukan secara keseluruhan

    atau sebahagian dengan merujuk kepada jangka hayat satu atau lebih

    individu; atau

    • Kontrak yang mana dianggap sebagai kontrak anuiti di bawah undang-

    undang, peraturan atau praktis di Malaysia di mana kontrak itu dibuat

    dan pihak yang menawarkan bersetuju untuk membuat pembayaran

    dalam satu jangkamasa tertentu.

    v) Kepentingan Ekuiti dan Hutang dalam Entiti Pelaburan

    Maklumat lebih lanjut berhubung Pertukaran Maklumat Akaun Kewangan Automatik dengan Negara Pejanji boleh didapati di Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my > Antarabangsa > Pertukaran Maklumat Automatik (AEOI) > Standard Pelaporan Bersama (CRS).

  • - 7 -

    BAHAGIAN B: PENDAPATAN BERKANUN, JUMLAH PENDAPATAN DAN PENDAPATAN BERCUKAI

    JIKA A1 = 1, ISI BAHAGIAN B DAN C BAGI BADAN AMANAH YANG BERMASTAUTIN DI MALAYSIA.

    B1 hingga B3 PENDAPATAN BERKANUN PERNIAGAAN

    Keuntungan yang diperoleh dari menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai. Perolehan dan keuntungan termasuk terimaan kasar daripada penjualan barang-barang dan terimaan dari pemberian perkhidmatan. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada tiga (3) perniagaan, sila jumlahkan dan masukkan

    pendapatan berkanun perniagaan 3 dan seterusnya dan masukkan ke ruang B3. Sila senaraikan mengikut format B1 dan B2 bagi setiap perniagaan dan kemukakan lampiran bersama Borang TA. Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1 / Amaun L dari Helaian Kerja HK-1D.

    B4 hingga B6 PENDAPATAN BERKANUN PERKONGSIAN

    Pembahagian keuntungan / kerugian yang diperoleh daripada menjalankan perniagaan, perdagangan, pencarian, profesion dan setiap pengilangan, duga niaga atau usaha bercorak perdagangan dikenakan cukai. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada tiga (3) perkongsian, sila jumlahkan dan masukkan pendapatan berkanun perkongsian 3 dan seterusnya ke ruang B6. Sila senaraikan mengikut format B4 dan B5 bagi setiap perkongsian dan kemukakan lampiran bersama Borang TA. Amaun E / G dari Helaian Kerja HK-1B.

    ELAUN MODAL

    Tuntutan susut nilai atas aset-aset yang digunakan untuk tujuan perniagaan adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, ia dibenarkan sebagai elaun modal yang boleh ditolak daripada pendapatan larasan perniagaan / perkongsian. Kadar elaun bergantung kepada jenis aset.

    Helaian Kerja HK-1.2 hingga HK-1.2A boleh dirujuk sebagai panduan untuk membuat pengiraan.

    B8 RUGI PERNIAGAAN BAWA HADAPAN

    Kerugian perniagaan / perkongsian dari tahun terdahulu yang belum ditolak dan dibawa ke tahun semasa untuk ditolak daripada agregat pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

    Amaun B dari Helaian Kerja HK-1.3.

    Jika amaun di ruang B8 melebihi amaun di ruang B7, isikan amaun seperti di ruang B7 dalam ruang ini.

    B10 DIVIDEN

    Pendapatan berkanun daripada dividen yang boleh dikenakan cukai.

    B11 FAEDAH DAN DISKAUN

    Faedah Faedah ialah wang yang dibayar bagi penggunaan wang atau pembahagian keuntungan kepada pemiutang yang dianggap diterima oleh peminjam atau penghutang dari penggunaan wang tersebut. Pendapatan daripada faedah hendaklah dimasukkan sebagai pendapatan kasar apabila diterima bagi tempoh asas di mana pendapatan itu pertama kali boleh diterima. Amaun E dari Helaian Kerja HK-5.

    Diskaun Pendapatan ini berpunca daripada pelaburan seperti bil perbendaharaan, bil pertukaran dan nota janji.

    B12 SEWA, ROYALTI DAN PREMIUM

    Sewa Penerimaan dari sewaan rumah, rumah kedai, tanah, loji, mesin, perabot dan lain-lain yang serupa. Amaun E dari Helaian Kerja HK-4B.

  • - 8 -

    Royalti

    ‘Royalty’ includes any sum paid as consideration for, or derived from:

    a) the use of, or the right to use in respect of, any copyrights, software, artistic or scientific works, patents, designs or models, plans, secret processes or formulae, trademarks or other like property or rights;

    b) the use of, or the right to use, tapes for radio or television broadcasting, motion picture films, films or video tapes or other means of reproduction where such films or tapes have been or to be used or reproduced in Malaysia, or other like property or right;

    c) the use of, or the right to use, know-how or information concerning technical, industrial, commercial or scientific knowledge, experience or skill;

    d) the reception of, or the right to receive, visual images or sounds, or both, transmitted to the public by satellite, cable, fibre optic or similar technology;

    e) the use of, or the right to use, visual images or sounds, or both, in connection with television broadcasting or radio broadcasting transmitted by satellite, cable, fibre optic or similar technology;

    f) the use of, or the right to use, some or all of the part of the radio frequency spectrum specified in a relevant licence;

    g) a total or partial forbearance in respect of:

    (i) the use of, or the granting of the right to use, any such property or right as is mentioned in paragraph (a) or (b) or any such knowledge, experience or skill as is mentioned in paragraph (c);

    (ii) the reception of, or the granting of the right to receive, any such visual images or sounds as are mentioned in paragraph (d);

    (iii) the use of, or the granting of the right to use, any such visual images or sounds as are mentioned in paragraph (e); or

    (iv) the use of, or the granting of the right to use, some or all such part of the spectrum specified in a spectrum licence as is mentioned in paragraph (f); or

    h) the alienation of any property, know-how or information as mentioned in paragraph (a), (b) or (c).

    Amaun H dari Helaian Kerja HK-5.

    B13 ANUITI DAN BAYARAN BERKALA LAIN

    Anuiti Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau pelaburan wang yang melayakkan waris atau pelabur menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

    Bayaran Berkala Lain Bayaran yang dibuat berulang kali pada masa-masa tertentu.

    B14 APA-APA PEROLEHAN ATAU KEUNTUNGAN LAIN

    Pendapatan lain yang tidak termasuk dalam kategori di atas.

    Sertakan Helaian Kerja HK-6 bersama Borang TA sekiranya badan amanah layak menuntut bayaran balik seperti di ruang C8 dan CA6 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain).

    B15 TAMBAHAN MENGIKUT PERUNTUKAN PERENGGAN 43(1)(c)

    Perolehan-perolehan berikut dianggap pendapatan dan diambil kira di peringkat pendapatan agregat.

    Perolehan berkaitan dengan perbelanjaan operasi mencarigali di bawah Jadual 4 ACP 1967.

    Perolehan boleh diambil kira dalam pengiraan cukai jika tuntutan perbelanjaan telah dibuat.

    Rujuk kepada perenggan 43(1)(c) dan perenggan 16 Jadual 4 ACP 1967 untuk membuat pengiraan pendapatan yang perlu diambil kira dalam menentukan pendapatan agregat.

    Simpan pengiraan dengan teratur untuk semakan.

    B18 RUGI PERNIAGAAN TAHUN SEMASA

    Kerugian perniagaan / perkongsian tahun semasa boleh ditolak daripada pendapatan agregat tahun yang semasa.

    Contoh: Kerugian perniagaan pada tahun 2019 boleh ditolak daripada pendapatan agregat bagi tahun 2019.

    Pindahkan amaun E dari Helaian Kerja HK-1.3 ke ruang ini. Amaun B18 adalah terhad kepada amaun B17. Jika amaun B18 melebihi B17, masukkan amaun B17 ke ruang ini.

  • - 9 -

    B20 PERBELANJAAN MENCARI GALI – JADUAL 4 DAN PERENGGAN 44(1)(b) ACP 1967

    Perbelanjaan yang ditanggung dalam mencari atau mendapat akses kepada simpanan galian dalam suatu kawasan yang layak atau dalam menguji simpanan tersebut, boleh dituntut sebagai potongan. Amaun ini terhad kepada amaun di B19. Masukkan baki yang tidak boleh diserap (jika ada) ke ruang J2.

    B22 ANUITI KENA BAYAR / BAYARAN BERKALA

    Jumlah yang ditetapkan mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan amanah yang melayakkan waris atau benefisiari menerima bayaran tahunan, sama ada untuk selama-lamanya atau sesuatu tempoh.

    B24 hingga B29 DERMA / HADIAH / SUMBANGAN / ZAKAT

    Hadiah wang kepada Kerajaan / Kerajaan Negeri / pihak berkuasa tempatan [Subseksyen 44(6) ACP 1967].

    Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan

    Hadiah wang kepada institusi / organisasi / tabung yang diluluskan oleh Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri. [Subseksyen 44(6) dan proviso, ACP 1967]

    Hadiah wang bagi aktiviti sukan yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

    [Subseksyen 44(11B) dan proviso, ACP 1967]

    Hadiah wang atau kos sumbangan manfaat bagi projek berkepentingan

    negara yang diluluskan oleh Menteri Kewangan

    [Subseksyen 44(11C) dan proviso, ACP 1967]

    Hadiah wang dalam bentuk wakaf kepada pihak berkuasa

    agama / badan agama / universiti awam atau hadiah wang dalam bentuk

    endowmen kepada universiti awam

    [Subseksyen 44(11D) dan proviso, ACP 1967]

    Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan

    Hadiah artifak, manuskrip atau lukisan kepada Kerajaan atau Kerajaan Negeri berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Jabatan Muzium Malaysia atau Arkib Negara. [Subseksyen 44(6A) ACP 1967]

    Hadiah wang untuk kemudahan perpustakaan atau kepada perpustakaan Hadiah wang yang tidak melebihi RM20,000 bagi menyediakan kemudahan perpustakaan awam serta perpustakaan sekolah dan institusi pendidikan tinggi dengan syarat, tuntutan bagi perbelanjaan yang sama tidak dibuat di bawah perenggan 34(6)(g) ACP 1967 dalam mengira pendapatan larasan perniagaan. [Subseksyen 44(8) ACP 1967].

    Hadiah lukisan kepada Balai Seni Lukis Negara atau balai seni lukis negeri

    Hadiah lukisan berdasarkan pada nilai yang ditentukan oleh Balai Seni Lukis Negara atau mana-mana balai seni lukis negeri. [Subseksyen 44(11) ACP 1967].

    Zakat perniagaan

    Amaun yang boleh dituntut adalah terhad kepada 2.5% daripada pendapatan agregat di B17. [Subseksyen 44(11A) ACP 1967].

    B31 PEMBAHAGIAN KEPADA BENEFISIARI YANG BERMASTAUTIN

    Pembahagian yang ditetapkan bagi setiap benefisiari mengikut syarat-syarat wasiat atau surat ikatan amanah. Walau bagaimanapun, tolakan hanya dibenarkan sekiranya benefisiari berkenaan bermastautin di Malaysia dalam tempoh asas.

    Terhad kepada 10% daripada B17

  • - 10 -

    BAHAGIAN C: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

    C2 CARA PENGIRAAN CUKAI

    Contoh:

    PENDAPATAN BERCUKAI di ruang C1: RM 65,500

    Cukai atas RM 65,500 pada kadar 24% = RM 15,720.00

    Masukkan jumlah cukai di ruang C2a Borang TA.

    C3 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

    Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas pendapatan lain yang berkenaan. Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A ACP 1967.

    Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya badan amanah layak menuntut pembayaran balik. Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

    C4 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 132

    Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang telah memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia.

    Rujuk Lampiran F untuk senarai negara-negara yang telah memeterai PPPDK dengan Malaysia.

    Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 132 di Helaian Kerja HK-8. Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja HK-8 ke ruang ini.

    Simpan dokumen asal mengenai pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

    Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

    C5 PELEPASAN CUKAI SEKSYEN 133

    Pelepasan cukai berhubung dengan pendapatan yang dibawa masuk ke Malaysia, di mana cukai telah dikenakan di negara asal yang TIDAK memeterai perjanjian pengelakan pencukaian dua kali (PPPDK) dengan Malaysia

    Senaraikan pendapatan, cukai yang dipotong di negara asing dan pengiraan pelepasan di bawah seksyen 133 di Helaian Kerja HK-9. Pindahkan amaun B dari Helaian Kerja HK-9 ke ruang ini.

    Simpan dokumen asal berkenaan pendapatan dan cukai yang dikenakan di negara asal dengan teratur untuk tujuan semakan.

    Rujuk kepada peruntukan Jadual 7 ACP 1967 untuk membuat pengiraan kredit.

    BAHAGIAN BA: PENDAPATAN BERKANUN DAN JUMLAH PENDAPATAN

    JIKA A1 = 2, ISI BAHAGIAN BA DAN CA BAGI BADAN AMANAH YANG TIDAK BERMASTAUTIN DI MALAYSIA.

    BA1 hingga BA30 Sila rujuk penerangan untuk Bahagian B (kecuali faedah dan royalti) dari muka surat 7 hingga 9 Nota Penerangan ini.

    Bagi badan amanah yang tidak bermastautin di Malaysia, pendapatan faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan adalah dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar selain daripada 24%.

    BA31 hingga BA31d Pendapatan kasar yang tertakluk kepada kadar cukai lain

    Bahagian ini merangkumi pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan kelas khas di bawah seksyen 4A dan pendapatan lain yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 24%. Jenis pendapatan ini dikenakan cukai atas jumlah kasarnya pada kadar yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F) atau ACP 1967, jika tiada PPPDK.

    Sekiranya pendapatan tersebut melayakkan badan amanah menuntut bayaran balik seperti di ruang CA5 berhubung tolakan cukai seksyen 110 (lain-lain), Helaian Kerja HK-6 perlu dikemukakan bersama Borang TA.

  • - 11 -

    BA31a Faedah

    Isikan jumlah pendapatan kasar faedah yang dikenakan cukai.

    BA31b Royalti

    Masukkan jumlah pendapatan kasar royalti yang dikenakan cukai.

    BA31c Pendapatan Kelas Khas Di Bawah Seksyen 4A

    Pendapatan kelas khas terdiri daripada amaun yang diterima sebagai:

    balasan bagi perkhidmatan yang diberi berkaitan dengan penggunaan harta atau hak-hak yang dipunyai oleh, atau pemasangan atau pengendalian apa-apa loji, mesin-mesin atau alat-alat lain yang dibeli daripada seseorang bukan pemastautin;

    balasan bagi nasihat, bantuan atau perkhidmatan yang diberikan berkaitan dengan pengurusan atau pentadbiran bagi mana-mana duga niaga, usaha, projek atau skim yang bercorak saintifik, perindustrian atau komersial; atau

    sewa atau bayaran lain yang dibuat di bawah mana-mana perjanjian atau peraturan bagi penggunaan mana-mana harta alih.

    Rujukan: Ketetapan Umum No. 11/2018 dan Akta Kewangan 2018 (Akta 812)

    BA31d Pendapatan Lain

    Pendapatan lain yang tidak dinyatakan di atas.

    Masukkan jumlah kasar pendapatan lain yang dikenakan cukai pada kadar selain daripada 24%.

    BAHAGIAN CA: CUKAI KENA DIBAYAR / DIBAYAR BALIK

    CA2 hingga CA2e PENGIRAAN JUMLAH CUKAI YANG DIKENAKAN

    Contoh: Badan amanah bermastautin di Singapura Kadar Cukai Cukai Yang Dikenakan

    Jumlah di ruang BA30: RM 105,500 24% RM 25,320.00

    Pendapatan kasar faedah di ruang BA31a: RM 80,300 15% RM 12,045.00

    Pendapatan kasar royalti di ruang BA31b: RM 250,000 10% RM 25,000.00

    Darab amaun pendapatan bercukai dari ruang BA30 dengan kadar cukai 24% dan masukkan hasil pengiraannya di ruang CA2a Borang TA seperti berikut:-

    Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan CUKAI ATAS KADAR 24% (BA30 x 24%) 24%

    Pendapatan Kasar yang tertakluk kepada kadar cukai lain

    Amaun pendapatan bercukai dari ruang BA31a hingga ruang BA31d yang tertakluk kepada kadar cukai selain daripada 24%, dimasukkan ke ruang CA2b hingga ruang CA2e (yang mana berkenaan) mengikut kadar cukai seperti ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (PPPDK - Sila rujuk Lampiran F) atau ACP 1967, jika tiada PPPDK. Pengiraan Cukai Kadar (%) Cukai Yang Dikenakan

    Pendapatan kasar tertakluk kepada kadar cukai lain

    10%

    15%

    CA2a ->>_>>_>>_>?

    , , , . 2 5 3 2 0 0 0

    CA2b

    CA2c

    ->>_>>_>>_>?

    , , , . 2 5 0 0 0 0 0

    ->>_>>_>>_>?

    , , , . 1 2 0 4 5 0 0

    _>>_>>_>>?

    , , , 2 5 0 0 0 0

    _>>_>>_>>?

    , , , 8 0 3 0 0

  • - 12 -

    CA4 TOLAKAN CUKAI SEKSYEN 110 (LAIN-LAIN)

    Sila buat pengiraan di Helaian Kerja HK-6 untuk tolakan cukai seksyen 110 ke atas lain-lain pendapatan seperti faedah, royalti, pendapatan seksyen 4A dan pendapatan lain yang berkenaan. Tolakan cukai Seksyen 110 (lain-lain) TIDAK termasuk bayaran cukai pegangan yang tertakluk di bawah Seksyen 107A ACP 1967. Sertakan dokumen berkenaan bersama Helaian Kerja HK-6 sekiranya badan amanah layak menuntut pembayaran balik seperti di ruang CA6. Amaun B dari Helaian Kerja HK-6.

    BAHAGIAN D: KEDUDUKAN CUKAI

    Cukai kena dibayar adalah dari ruang C7 bagi badan amanah yang BERMASTAUTIN di Malaysia atau ruang CA5 jika TIDAK BERMASTAUTIN. Masukkan amaun bayaran ansuran yang telah dibuat bagi pendapatan tahun semasa ke ruang D2. Jika masih ada baki cukai yang kena dibayar seperti di ruang D3, bayaran boleh dibuat melalui:-

    (a) Bank yang dilantik – Maklumat boleh diperoleh di http://www.hasil.gov.my.

    Kaunter CIMB Bank Berhad (CIMB), Public Bank Berhad (PBB), Malayan Banking Berhad (Maybank), Affin Bank Berhad (ABB), RHB Bank Berhad (RHB), Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Rakyat dengan menggunakan slip bayaran yang disediakan oleh pihak bank.

    perbankan internet CIMB, PBB, Maybank, Hong Leong Bank, Citibank, RHB, Alliance Bank Malaysia Berhad, BSN dan perbankan telefon Maybank.

    Auto Teller Machine (ATM) CIMB, PBB & Maybank dan Mesin Deposit Tunai Maybank.

    (b) ByrHASiL di Portal Rasmi LHDNM, https://byrhasil.hasil.gov.my.

    Bayaran melalui FPX (Financial Process Exchange) di https://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.php.

    Bayaran melalui kad kredit Visa, Mastercard & American Express di https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/.

    (c) Kaunter bayaran LHDNM di Pusat Bayaran Kuala Lumpur, Cawangan Kota Kinabalu dan Cawangan Kuching atau pos.

    Cek, kiriman wang dan draf bank hendaklah dipalang dan dibayar kepada Ketua Pengarah Hasil Dalam Negeri.

    Gunakan Slip Pengiriman Bayaran (CP207) yang boleh diperoleh di http://www.hasil.gov.my. Bayaran melalui pos hendaklah dihantar secara berasingan daripada borang nyata. Bayaran TUNAI tidak boleh dibuat melalui pos.

    (d) Pos Malaysia Berhad - Kaunter dan Pos Online.

    PERINGATAN

    Selepas selesai pengiraan cukai dari Bahagian B atau BA hingga Bahagian D, badan amanah diingatkan supaya mengisi bahagian ‘Kedudukan Cukai’ di muka surat 1 Borang TA 2020 dengan menandakan ‘X’ dalam satu petak yang berkenaan sahaja.

    BAHAGIAN E: PENDAPATAN TAHUN KEBELAKANGAN YANG BELUM DILAPORKAN

    Pendapatan yang diterima berkenaan sesuatu tahun terdahulu yang belum dilaporkan. Gunakan lampiran berasingan sekiranya ruangan yang disediakan tidak mencukupi.

    BAHAGIAN F: PELUPUSAN ASET DI BAWAH AKTA CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH 1976

    F1

    Melupuskan aset di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976

    Merujuk kepada aset yang boleh dikenakan cukai di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

    Sekiranya ada melupuskan aset, isikan ‘1’ untuk ‘Ya’ dan isi juga ruang F2.

    Isi ‘2’ untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

    F2 Melaporkan pelupusan tersebut kepada LHDNM

    Isikan ‘1’ (‘Ya’) jika telah melaporkan pelupusan berkenaan kepada LHDNM atau ‘2’ (‘Tidak’) jika belum.

    Sekiranya belum dilaporkan, sila hubungi cawangan LHDNM yang mengendalikan fail cukai pendapatan badan amanah berkenaan (pelupus).

    Untuk maklumat lanjut, sila layari Portal Rasmi LHDNM, http://www.hasil.gov.my.

    https://byrhasil.hasil.gov.my/creditcardhttps://byrhasil.hasil.gov.my/fpx.phphttps://byrhasil.hasil.gov.my/creditcard/http://www.hasil.gov.my/http://www.hasil.gov.my/

  • - 13 -

    BAHAGIAN G: MAKLUMAT PENDAPATAN PERNIAGAAN

    G1 KERUGIAN

    Ruang ini disediakan untuk melaporkan amaun kerugian tahun taksiran semasa dan tahun taksiran

    kebelakangan:

    Kerugian Tahun Taksiran Semasa

    Kerugian tahun taksiran semasa perniagaan dan perkongsian yang diserap dalam tahun taksiran semasa

    serta baki kerugian yang dihantar hadapan untuk tolakan dalam tahun taksiran akan datang.

    Kerugian Tahun Taksiran Kebelakangan *

    Kerugian diabaikan / diserap sehingga tahun taksiran sebelum tahun taksiran semasa; dan

    Kerugian diabaikan / diserap dalam tahun taksiran semasa serta baki kerugian yang dihantar hadapan

    untuk diabaikan / ditolak dalam tahun taksiran berikutnya.

    * Nota:

    Mulai Tahun Taksiran 2019, kerugian yang tidak dapat diserap hanya dibenarkan untuk dibawa ke hadapan

    untuk diserap bagi tempoh maksimum sehingga tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut [Subseksyen 44(5F)].

    Peruntukan khas yang berhubungan dengan seksyen 43 dan 44

    Peruntukan khas ini membenarkan kerugian yang masih belum diserap sepenuhnya dalam Tahun Taksiran 2018, dibenarkan dibawa ke hadapan untuk diserap sehingga maksimum tujuh (7) tahun taksiran berturut-turut bermula Tahun Taksiran 2019.

    Gunakan helaian kerja HK-1.3 untuk membuat pengiraan dan pelarasan kerugian.

    G2 ELAUN MODAL

    G2a hingga G2f Elaun modal yang dituntut dalam pengiraan pendapatan berkanun perniagaan dan perkongsian.

    Elaun Diserap

    Elaun modal yang diserap dalam tahun semasa.

    Amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N5 dari Helaian Kerja HK-1D.

    Baki Hantar Hadapan

    Amaun K6 dari Helaian Kerja HK-1 / amaun K5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun N6 dari Helaian Kerja HK-1D.

    G3 MAKLUMAT CUKAI PEGANGAN

    Isikan ‘1’ dalam petak untuk ‘Ya’ sekiranya badan amanah membuat bayaran kepada bukan pemastautin

    dalam tempoh asas yang tertakluk kepada cukai pegangan di bawah seksyen 107A, 109, 109A, 109B, dan 109F.

    Isikan ‘2’ dalam petak untuk ‘Tidak’ jika tidak berkenaan.

    Jenis-jenis cukai pegangan adalah seperti berikut:

    Cukai pegangan di bawah seksyen 107A

    Bahagian perkhidmatan kontrak yang dibayar kepada kontraktor bukan pemastautin.

    Kadar cukai pegangan:

    10% atas jumlah kasar [Perenggan 107A(1)(a) ACP 1967]

    Tambah

    3% atas jumlah kasar [Perenggan 107A(1)(b) ACP 1967]

    (Peraturan dan prosedur membuat bayaran kepada Unit / Cawangan Pungutan LHDNM hendaklah dipatuhi).

  • - 14 -

    Cukai pegangan di bawah seksyen 109

    Faedah atau royalti yang dibayar kepada bukan pemastautin.

    Kadar cukai seperti yang ditetapkan dalam Bahagian II, Jadual 1 ACP 1967

    Faedah – 15% atas jumlah kasar.

    Royalti – 10% atas jumlah kasar.

    kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

    Cukai pegangan di bawah seksyen 109A

    Bayaran kepada penghibur awam untuk perkhidmatan yang dilaksanakan di Malaysia.

    Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian II Jadual 1 ACP 1967 iaitu 15% atas jumlah kasar.

    Cukai pegangan di bawah seksyen 109B

    Bayaran jenis kelas khas di bawah seksyen 4A ACP 1967 yang dibayar kepada bukan pemastautin.

    Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian V Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar kecuali jika terdapat kadar berbeza yang ditetapkan dalam Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (Rujuk Lampiran F).

    Cukai pegangan di bawah seksyen 109F

    Bayaran yang dibuat kepada bukan pemastautin.

    Kadar cukai seperti ditetapkan dalam Bahagian XIII Jadual 1 ACP 1967 iaitu 10% atas jumlah kasar perolehan atau keuntungan di bawah perenggan 4(f) yang diperoleh dari Malaysia.

    BAHAGIAN H: PERBELANJAAN KHAS, POTONGAN SELANJUTNYA DAN POTONGAN DUA KALI

    H1 hingga H5 Gunakan kod tuntutan yang disediakan di muka surat 17 dan 18 nota penerangan ini.

    BAHAGIAN J: TUNTUTAN INSENTIF

    J1 ELAUN PENINGKATAN EKSPORT PERKHIDMATAN

    Rujuk kepada perkara 2, 3 dan 6 Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (No. 9) 2002 [P.U. (A) 57/2002] dan Perintah Cukai Pendapatan (Pengecualian) (Pindaan) 2006 [P.U. (A) 275/2006] untuk menentukan kelayakan; serta Helaian Kerja HK-1B / HK-1D (yang mana berkenaan) untuk membuat pengiraan.

    Amaun diserap Elaun yang diserap dalam tahun semasa. Amaun J4 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M7 dari Helaian Kerja HK-1D.

    Baki hantar hadapan Baki elaun yang belum diserap (baki hantar hadapan). Amaun J5 dari Helaian Kerja HK-1B / amaun M8 dari Helaian Kerja HK-1D.

    J2 PERBELANJAAN JADUAL 4

    Baki perbelanjaan yang tidak dapat diserap sepenuhnya dalam tahun semasa (baki hantar hadapan) hendaklah dimasukkan ke ruang ini.

  • - 15 -

    BAHAGIAN K: MAKLUMAT KEWANGAN BADAN AMANAH (PERNIAGAAN UTAMA)

    K1 Kod perniagaan

    Isikan kod perniagaan (Rujuk Lampiran G) bagi perniagaan utama sahaja. Jika mempunyai lebih daripada satu perniagaan utama, isikan kod perniagaan untuk perniagaan yang mempunyai perolehan terbesar.

    K1A Jenis aktiviti perniagaan

    Nyatakan jenis aktiviti perniagaan berkenaan dalam petak yang disediakan.

    K2 Jualan atau perolehan

    Jumlah pendapatan kasar perniagaan utama, K1 termasuk pendapatan terakru daripada jualan, fi dan terimaan lain.

    K3 Stok awal

    Stok awal barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

    K4 Belian dan kos pengeluaran

    Jumlah belian kasar tolak diskaun, pulangan keluar dan rebat berkaitan dengan perniagaan utama, K1.

    Kos pengeluaran daripada Akaun Pengilangan.

    K5 Stok akhir

    Stok akhir barangan siap seperti dalam Akaun Perdagangan.

    K6 Kos jualan

    Jumlah ( K3 campur K4 tolak K5 ). Isikan ‘0’ jika tiada.

    K7 Untung / Rugi kasar

    K2 tolak K6. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif (rugi).

    K8 Perniagaan lain

    Jumlah pendapatan kasar perniagaan daripada punca selain daripada K1.

    K9 Dividen

    Pendapatan kasar daripada punca berkenaan. K10 Faedah dan diskaun

    K11 Sewa, royalti dan premium

    K12 Pendapatan lain

    Jumlah pendapatan kasar daripada semua punca bukan perniagaan yang tidak disenaraikan di atas.

    K14

    ke

    K21

    Perbelanjaan Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi.

    K14 : Faedah Pinjaman Jumlah semua perbelanjaan faedah kecuali faedah sewa beli dan faedah pajakan.

    K23 Untung / Rugi bersih Amaun seperti dalam Akaun Untung Rugi. Tandakan ‘X’ jika nilai negatif (rugi).

    K24 Perbelanjaan yang tidak dibenarkan

    Amaun F1 dari Helaian Kerja HK-1 atau HK-1D.

    K25 ke K28

    Aset Tetap

    Nilai buku bersih seperti dalam Kunci Kira-Kira.

    K30 Pelaburan

    Kos pelaburan dan simpanan tetap

    K31 ke K36

    Aset Semasa

    Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

  • - 16 -

    K39 ke K41

    Liabiliti

    Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

    K43 ke K48

    Modal dan Dana

    Jumlah seperti dalam Kunci Kira-Kira

    BAHAGIAN L: MAKLUMAT PENDAPATAN YANG DIKECUALIKAN

    Bahagian ini hanya perlu diisi sekiranya badan amanah mempunyai punca pendapatan yang dikecualikan cukai pendapatan dalam tahun semasa.

    BAHAGIAN M: MAKLUMAT PEMBAHAGIAN HAK KEPADA BENEFISIARI

    M1 ke M6

    Isikan maklumat bagi setiap benefisiari yang menerima pendapatan daripada badan amanah. Sekiranya badan amanah mempunyai lebih daripada enam (6) benefisiari, sila senaraikan mengikut format M1 hingga M6 dan kemukakan bersama Borang TA.

    Butiran Hak: Nyatakan bahagian hak setiap benefisiari dalam peratusan (%) mengikut pembahagian oleh pemegang amanah seperti dibenarkan / ditetapkan dalam wasiat atau surat ikatan badan amanah. NOTA:

    Helaian Kerja HK-12

    – Helaian kerja ini boleh digunakan untuk tujuan penyimpanan rekod oleh badan amanah.

    Helaian Kerja HK-12A

    – Badan amanah boleh gunakan helaian kerja ini untuk menyedia dan menyerah kepada setiap benefisiari bagi membolehkan mereka melapor pendapatan dan mengemukakan Borang Nyata masing-masing kepada LHDNM dalam tempoh yang ditetapkan.

    – Gunakan helaian kerja yang berasingan untuk setiap benefisiari.

    AKUAN PEMEGANG AMANAH

    Pengakuan ini hendaklah dibuat oleh pemegang amanah atau pegawai yang diberi kuasa oleh syarikat amanah yang telah dilantik sebagai pemegang amanah. Borang nyata yang tidak ditandatangani akan dianggap tidak lengkap dan tidak akan diproses. Surat Pemberitahuan Borang Nyata Tidak Lengkap akan dikeluarkan kepada tuan sebagai makluman. Penggunaan cap tandatangan tidak dibenarkan. Penalti akan dikenakan jika berlaku kelewatan dalam mengemukakan semula borang nyata tersebut kepada LHDNM.

    MAKLUMAT FIRMA DAN TANDATANGAN ORANG YANG MENYEDIAKAN BORANG NYATA INI

    Nombor kelulusan ejen cukai adalah nombor kelulusan yang diberikan kepada ejen cukai yang diluluskan di bawah subseksyen 153(3) ACP 1967.

    Bahagian ini perlu diisi dan ditandatangani oleh ejen / wakil cukai yang menyediakan borang nyata berkenaan.

  • - 17 -

    KOD NEGARA

    Berikut adalah kod bagi sebahagian daripada negara-negara yang dikenal pasti. Rujuk Lampiran E untuk senarai yang lengkap.

    Negara Kod Negara Kod Negara Kod

    Australia AU Iran (Islamic R.O.) IR Philippines PH

    Bangladesh BD Iraq IQ Saudi Arabia SA

    Brunei BN Japan JP Singapore SG

    Cambodia KH Korea, D.P.R. KP South Africa ZA

    Canada CA Korea, R.O. KR Sri Lanka LK

    China CN Laos, D.P.R. LA Taiwan TW

    Denmark DK Malaysia MY Thailand TH

    Hong Kong HK Myanmar MM United Kingdom GB

    India IN New Zealand NZ United States US

    Indonesia ID Pakistan PK Vietnam VN

    Nota: R.O. = Republic of; D.P.R. = Democratic People’s Republic of

    KOD TUNTUTAN

    PERBELANJAAN KHAS / TUNTUTAN LAIN

    Kod Tuntutan

    101 Perbelanjaan untuk pekerja kurang upaya, atau belanja pengubahsuaian / penambahbaikan premis perniagaan bagi kemudahan pekerja kurang upaya

    102 Terjemahan atau penerbitan buku yang diluluskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka

    103 Perbelanjaan perpustakaan (maksimum RM100,000)

    104

    Perbelanjaan bagi projek komuniti / amal

    Nota: Rujuk Garis Panduan Khas Permohonan Potongan Cukai Pendapatan Bagi Projek Komuniti / Amal Untuk Menangani Wabak Covid-19 di Portal Rasmi Kementerian Kewangan Malaysia bagi permohonan kelulusan potongan cukai di bawah perenggan 34(6)(h) ACP 1967

    105 Perbelanjaan pusat penjagaan kanak-kanak untuk pekerja sendiri

    106 Penubuhan kumpulan kesenian yang diluluskan

    107 Perbelanjaan menaja aktiviti kesenian, kebudayaan atau warisan tempatan serta negara-negara asing:

    terhad kepada RM300,000 bagi penajaan kesenian, kebudayaan atau warisan negara asing

    terhad kepada RM1,000,000 bagi keseluruhan perbelanjaan

    110 Perbelanjaan penyelidikan saintifik

    114 Perbelanjaan yang berhubung dengan teknologi maklumat

    116 Sumbangan bagi membiayai pengubatan atau rawatan penyakit serius

    117 Latihan amali kepada individu bukan pekerja

    121 Potongan bagi hadiah komputer peribadi baru dan / atau fi langganan jalur lebar bulanan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2008 hingga 2010)

    122 Kos membangunkan laman jaring

    133 Perbelanjaan yang dilakukan bagi pembangunan dan pematuhan kursus baru oleh Institusi Pendidikan Tinggi Swasta

    137 Potongan bagi pelaburan dalam syarikat berstatus Bionexus

    140 Potongan bagi perbelanjaan sebelum memulakan perniagaan yang berhubungan dengan pengambilan pekerja

    141 Potongan bagi manfaat dan pemberian daripada majikan kepada pekerja

  • - 18 -

    144 Perbelanjaan pendaftaran cap dagangan dan paten (Tahun Taksiran 2010 hingga 2014)

    146 Potongan bagi sumbangan kepada Kumpulan Wang Pemberian Perkhidmatan Sejagat (Kumpulan Wang PPS)

    148 Potongan bagi perbelanjaan fi francais

    154 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan faedah dan kos sampingan dalam memperoleh pinjaman bagi projek terbengkalai

    157 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan yuran kesetiausahaan dan yuran pemfailan cukai

    POTONGAN SELANJUTNYA

    Kod Tuntutan

    201 Premium insurans bagi pengimportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 220/2012]

    202 Penggajian bagi pekerja hilang upaya

    204 Premium insurans bagi pengeksportan kargo yang diinsuranskan dengan syarikat insurans yang diperbadankan di Malaysia [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 219/2012]

    205 Bayaran pengangkutan bagi eksport keluaran berasaskan rotan dan kayu (tidak termasuk kayu gergaji dan veneer) [Dibatalkan mulai Tahun Taksiran 2016 melalui P.U.(A) 218/2012]

    208 Premium insurans bagi kredit eksport

    212 Bayaran pengangkutan dari Sabah atau Sarawak ke Semenanjung Malaysia

    216 Potongan bagi promosi Pusat Kewangan Islam Antarabangsa Malaysia (Tahun Taksiran 2008 hingga 2015)

    217 Potongan bagi perbelanjaan berhubung dengan saraan pekerja

    218 Potongan bagi kos latihan kepada pekerja (Tahun Taksiran 2009 hingga 2012)

    219 Potongan premium bagi insurans kredit eksport berasaskan konsep takaful

    221 Potongan bagi penyediaan taman asuhan kanak-kanak

    224 Potongan bagi kos yang berhubungan dengan latihan untuk pekerja bagi pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (Tahun Taksiran 2014 dan 2015)

    POTONGAN DUA KALI

    Kod Tuntutan

    301 Perbelanjaan hasil untuk penyelidikan yang diluluskan

    302 Sumbangan wang tunai kepada institut penyelidikan yang diluluskan atau bayaran bagi penggunaan perkhidmatan institut atau syarikat penyelidikan yang diluluskan, syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak

    306 Perbelanjaan untuk menggalakkan eksport perkhidmatan profesional

    317 Potongan bagi sumbangan tunai kepada Dana Bantuan Pelajar Miskin 1Malaysia (Tahun Taksiran 2012 hingga 2017)