Nota Pengeluaran

3
Nota Tambahan Bab 4 Firma Sebagai Pengeluar Pengeluaran PENGELUARAN Istilah Penting Dalam Pengeluaran Pengeluaran merupakan proses transformasi faktor-faktor pengeluaran kepada barang siap, menghasilkan output atau keluaran. Dengan kata lain, pengeluaran boleh juga dimaksudkan sebagai satu proses menukar input (faktor-faktor pengeluaran) kepada output (barangan atau perkhidmatan) menggunakan satu tingkat teknologi tertentu. Jika terdapat peningkatan dalam teknologi, maka kadar output yang dapat dikeluarkan akan meningkat pada kadar yang lebih tinggi. Fungsi Pengeluaran menunjukkan hubungan di antara kombinasi input yang digunakan dan kadar output yang dapat dihasilkan. Q = f (input) Di mana, Q adalah output, dan f (input) termasuklah buruh, modal, tanah dan usahawan. Firma sebuah organisasi atau satu unit pengeluaran yang merancang bagaimana faktor pengeluaran yang terhad digunakan bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan. Setiap firma mempunyai objektif yang sama iaitu memaksimumkan keuntungan. Industri merupakan gabungan semua firma yang terdapat dalam satu-satu pasaran yang mengeluarkan output yang sama. Pasaran tempat berlakunya pertukaran barang dan perkhidmatan melalui proses pembelian dan penjualan antara pembeli dan penjual. Input sumber / bahan-bahan untuk menghasilkan keluaran. Terbahagi kepada 2 iaitu: i. input berubah - boleh ditambah dan dikurang - jumlah output atau keluaran bergantung kepada input berubah - semakin banyak keluaran dihasilkan maka semakin banyak penggunaan input berubah ii. input tetap - tidak boleh ditambah dan dikurangkan dalam jangka masa pendek - keluaran atau output tidak bergantung kepada input tetap - walaupun keluaran atau output belum diperolehi, input tetap masih diperlukan Jangkamasa tempoh waktu pengeluaran sesuatu keluaran dihasilkan. Terbahagi kepada 2 yang popular i. jangkamasa pendek - terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap dan satu input berubah - jumlah output boleh ditambah dan dikurang dengan menambah atau mengurangkan input berubah sahaja ii. jangkamasa panjang - semua input yang digunakan di dalam pengeluaran boleh berubah Konsep Keluaran / Output Jumlah Keluaran (Total Product TP) jumlah keluaran maksimum yang dapat dikeluarkan dengan menggunakan semua input yang ada. Penambahan input berubah akan meningkatkan keluaran dengan kadar yang cepat, kemudian meningkat dengan kadar yang berkurangan sehingga mencapai tahap maksimum.

description

perdagangan

Transcript of Nota Pengeluaran

TEORI PENGELUARAN DAN TEORI KOS PENGELUARAN

Nota Tambahan Bab 4 Firma Sebagai PengeluarPengeluaran

PENGELUARAN

Istilah Penting Dalam Pengeluaran

Pengeluaran merupakan proses transformasi faktor-faktor pengeluaran kepada barang siap, menghasilkan output atau keluaran. Dengan kata lain, pengeluaran boleh juga dimaksudkan sebagai satu proses menukar input (faktor-faktor pengeluaran) kepada output (barangan atau perkhidmatan) menggunakan satu tingkat teknologi tertentu. Jika terdapat peningkatan dalam teknologi, maka kadar output yang dapat dikeluarkan akan meningkat pada kadar yang lebih tinggi.

Fungsi Pengeluaran menunjukkan hubungan di antara kombinasi input yang digunakan dan kadar output yang dapat dihasilkan.

Q = f (input)

Di mana, Q adalah output, dan f (input) termasuklah buruh, modal, tanah dan usahawan.

Firma sebuah organisasi atau satu unit pengeluaran yang merancang bagaimana faktor pengeluaran yang terhad digunakan bagi menghasilkan barang dan perkhidmatan. Setiap firma mempunyai objektif yang sama iaitu memaksimumkan keuntungan.

Industri merupakan gabungan semua firma yang terdapat dalam satu-satu pasaran yang mengeluarkan output yang sama.

Pasaran tempat berlakunya pertukaran barang dan perkhidmatan melalui proses pembelian dan penjualan antara pembeli dan penjual.

Input sumber / bahan-bahan untuk menghasilkan keluaran. Terbahagi kepada 2 iaitu:

i. input berubah

boleh ditambah dan dikurang

jumlah output atau keluaran bergantung kepada input berubah

semakin banyak keluaran dihasilkan maka semakin banyak penggunaan input berubah

ii. input tetap

tidak boleh ditambah dan dikurangkan dalam jangka masa pendek

keluaran atau output tidak bergantung kepada input tetap

walaupun keluaran atau output belum diperolehi, input tetap masih diperlukan

Jangkamasa tempoh waktu pengeluaran sesuatu keluaran dihasilkan. Terbahagi kepada 2 yang popular

i. jangkamasa pendek

terdapat sekurang-kurangnya satu input tetap dan satu input berubah

jumlah output boleh ditambah dan dikurang dengan menambah atau mengurangkan input berubah sahaja

ii. jangkamasa panjang

semua input yang digunakan di dalam pengeluaran boleh berubah

Konsep Keluaran / Output

Jumlah Keluaran (Total Product TP) jumlah keluaran maksimum yang dapat dikeluarkan dengan menggunakan semua input yang ada. Penambahan input berubah akan meningkatkan keluaran dengan kadar yang cepat, kemudian meningkat dengan kadar yang berkurangan sehingga mencapai tahap maksimum. Selepas mencapai tahap maksimum, penambahan input berubah hanya akan menyebabkan jumlah keluaran berkurangan.

Keluaran Marginal (Marginal Product MP) tambahan kepada jumlah keluaran apabila seunit input berubah ditambah / digunakan. Secara formula, MP = (TP / ( input berubah. Penambahan input berubah akan menyebabkan MP meningkat sehingga mencapai maksimum apabila penambahan seunit input berubah menyebabkan TP bertambah tetapi dengan kadar yang kecil MP menurun dan seterusnya negatif selepas bersilang dengan paksi input berubah.

Keluaran Purata (Average Product AP) keluaran yang dihasilkan daripada setiap unit input berubah yang digunakan dalam proses pengeluaran. Penambahan input berubah menyebabkan AP meningkat sehingga mencapai maksimum apabila ia bersilang dengan MP. Selepas maksimum, penambahan input berubah menyebabkan AP menurun.

Hubungan Antara TP dan MP

Apabila MP meningkat, TP bertambah pada kadar yang cepat.

Apabila MP menurun, TP masih bertambah tetapi pada kadar yang semakin berkurangan.

TP maksimum apabila MP = 0.

Hubungan Antara MP dan AP

Semasa MP > AP, AP sedang meningkat.

Apabila MP < AP, AP sedang menurun.

AP mencapai maksimum apabila MP = AP

*How TP, MP and AP Related (Sila tukarkan berdasar kefahaman anda)

When MP > 0 then TP is increasing

When MP < 0 then TP is decreasing

When MP is at max then TP is at inflection point

When MP = 0 then TP is at max

If MP > AP then AP increasing

If MP < AP then AP decreasingFungsi Pengeluaran Jangkamasa Pendek

Andaian:

Sekurang-kurangnya satu input adalah input tetap

Cuma terdapat dua faktor pengeluaran sahaja iaitu modal (K)-input tetap dan buruh (L)-input berubah

Kos tetap (fixed cost-FC) iaitu sewa tanah seluas 10 ekar ialah RM5,000.00

Peternak hanya dapat menambah bilangan lembu yang diternak dengan meningkatkan bilangan buruh

Q = Jumlah Keluaran = TP = f (K,L)

Hukum Pulangan Berkurangan

Hukum ini menyatakan bahawa apabila penggunaan input berubah ditambah terus menerus, akan menyebabkan pertambahan output/keluaran akan meningkat pada mulanya tetapi pada suatu tingkat tertentu ia bertambah pada kadar yang semakin berkurangan dan akhirnya menjadi negatif. Ia berlaku selepas MP mencapai maksimum dan mula menurun sehinggalah negatif.

Hukum ini hanya berlaku dalam tempoh jangkamasa pendek sahaja kerana dalam jangkamasa pendek terdapat input berubah dan input tetap.

Tahap-tahap Pengeluaran

Tahap-tahap pengeluaran ini berkait rapat dengan kombinasi input yang optimum dalam proses pengeluaran.

Tahap I

Bermula dari titik origin (asalan) sehingga AP maksimum

MP pada mulanya meningkat lebih cepat daripada AP tetapi kemudian menurun sehingga AP dan MP bersilang

Tahap di mana pengeluaran tidak cekap

Pengeluar yang rasional tidak akan berhenti mengeluarkan output di tahap ini kerana penambahan input berubah akan meningkatkan outputnya

Tahap ini berakhir apabila AP maksimum iaitu di mana AP = MP

Tahap II

Bermula titik persilangan MP=AP sehingga MP = 0

Pada tahap ini nilai AP > MP, keluk AP di atas MP

Pada tahap ini kedua-dua AP dan MP sedang menurun, TP tidak menurun tetapi meningkat dengan kadar yang berkurangan

Di tahap ini, gabungan antara input berubah dan input tetap adalah yang paling cekap

Tahap ini adalah tahap yang paling rasional dan cekap bagi mengeluarkan output

Berakhir apabila MP = 0

Tahap III

Tahap pengeluaran yang tidak cekap kerana penambahan penggunaan input berubah hanya akan menyebabkan TP berkurangan

Pengeluar yang rasional tidak akan mengeluarkan barangan di tahap ini kerana berlaku pembaziran penggunaan buruh

Bermula ketika MP = 0 iaitu pada tahap TP maksimum

PAGE