Nota Perlindungan Haiwan

download Nota Perlindungan Haiwan

of 2

description

tahun 4

Transcript of Nota Perlindungan Haiwan

  • 5/19/2018 Nota Perlindungan Haiwan

    1/3

    NOTA PERLINDUNGAN HAIWAN

    A) PERLINDUNGAN DARIPADA BAHAYA

    -Haiwan perlu melindungi diri daripada dimakan atau diserang oleh musuh.

    -Haiwan mempunyai ciri-ciri khasyang tertentu untuk melindungi diri daripada musuh.

    Antaranya ialah :

    Ciri-ciri khas Contoh haiwan

    1) Duri yang tajam Landak

    2) Sisik yang keras Tenggiling, buaya

    3) Kuku dan taring yang tajam Harimau, singa, kucing

    4) Cangkerang yang keras Penyu, kura-kura, siput

    5) Tanduk yang tajam dan kuat Kerbau, rusa, kambing

    6) Sengat dan racun yang berbisa Ular, kala jengking, lipan, lebah

    7) Otot kaki yang kuat Kuda, kuda belang, kancil

    8) Kulit yang tebal dan keras Gajah, badak sumbu

    9) Kulit yang berkedut Gajah, badak sumbu, kerbau

    -Haiwan juga mempunyai perlakuan khas haiwan untuk melindungi dirinya daripada

    bahaya.

    Perlakuan khas Contoh haiwan

    1) Berpura-pura mati Kumbang, ulat gonggok

    2) Menghasilkan bau busuk Skunk, pijat, lipas

    3) Memancutkan dakwat hitam Sotong

    4) Menggulungkan badan Tenggiling, ulat gonggok

    5) Menyamar Kuda belang, rama-rama, katak

    6) Menukar warna badan Sesumpah

    7) Memutuskan ekornya Cicak

    8) Hidup secara berkumpulan Monyet, gajah, rusa

  • 5/19/2018 Nota Perlindungan Haiwan

    2/3

    B) PERLINDUNGAN DARIPADA CUACA MELAMPAU

    -Cuaca melampau ialah keadaan di mana cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk.

    -Haiwan perlu melindungi dirinya daripada cuaca melampau untuk terus hidup.

    -Antara ciri-ciri dan perlakuan khas haiwan untuk melindungi diri dari cuaca yang

    sangatpanasialah:

    Ciri-ciri dan perlakuan khas Contoh haiwan

    1) Mempunyai bonggol di belakang badanuntuk menyimpan makanan dan air

    Unta

    2) Berkubang di dalam lumpur Kerbau, badak sumbu, gajah

    3) Telinga yang panjang Musang gurun

    4) Berlindung di bawah tanah atau tempatyang redup

    Biawak monitor, tikus gurun

    --Antara ciri-ciri dan perlakuan khas haiwan untuk melindungi diri dari cuaca yang

    sangatsejuk pula ialah:

    Ciri-ciri dan perlakuan khas Contoh haiwan

    1) Berbulu tebal Beruang kutub, musang artik

    2) Mempunyai lapisan lemak yang tebal di

    bawah kulit

    Penguin, singa laut, anjing laut, walrus,

    ikan paus3) Telinga yang kecil Anjing laut, singa laut

    4) Berhibernasi Tupai artik, beruang kutub

    5) Bermigrasi dari tempat sejuk ke tempatyang panas

    Burung laying-layang, itik liar

    C) KEMANDIRIAN HIDUP

    -Ciri-ciri dan perlakuan khas ini adalah untuk memastikan kemandirian spesiesnya.

    -Kemandirian hidup ialah perlakuan khas haiwan untuk memastikannya supaya terus

    hidup.

    -Jika haiwan tidak mempunyai diri-ciri dan perlakuan khas ini, haiwan-haiwan ini akan

    mudah dibunuh oleh musuh dan tidak dapat hidup dalam cuaca yang melampau kerana

    tidak dapat melindungi dirinya.

  • 5/19/2018 Nota Perlindungan Haiwan

    3/3