NOTA PESERTA

download NOTA PESERTA

of 38

Transcript of NOTA PESERTA

PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA( THE SCOUTS ASSOCIATION OF MALAYSIA )RUMAH B-P, JALAN HANG JEBAT, 50150 KUALA LUMPUR.

KURSUS LATIHAN KEPIMPINAN MANIK KAYU( PENGENALAN ) & ( PERINGKAT I )( WOOD BADGE LEADERSHIP TRAINING COURSE )

UNITPENGAKAP KANAK-KANAN & PENGAKAP MUDADRAF DISEDIAKAN OLEH: PASUKAN LATIHAN NEGARA PERSEKUTUAN PENGAKAP MALAYSIA.

APA ITU KEPENGAKAPAN1. Suatu Program Aktiviti yang penuh Cabaran dan Keseronokan. 2. Pergerakan Belia Antarabangsa bagi melatih Muda-Remaja menjadi Warganaeara yang berguna 3. Suatu Aktiviti Fizikal dan Mental serta keinginan untuk Meneroka, Menyelidik dan memajukan Diri Muda-Remaja. 4. Memberikan Suatu Pengalaman Baru yang Mencabar (Advanturous). Bagaimana Untuk mengatasi Cabaran dan Penggunaan Peralatan dengan selamat. 5. 6. Merupakan Suatu Pemelajaran,. Peluang Muda-Remaja Belajar lebih efektif melalui Perbincangan dan Memprektikkan apa yang dipelajari. . Merupakan Suatu Program yang mempunyai Ciri-Ciri: - Situasi Sebenar Kehidupan Muda Remaja. - Membantu Menyelsaikan Masalah. - Mencapai Kejayaan melalui Minat. - Menyalurkan idea-idea baru secara terus. - Pengalaman yang seimbang mengikut peringkat umur. - Tersusun, progresif dan sistematik. - Kreatif dan memupuk bakat Kepimpinan.

7. Merupakan Suatu Dunia Baru: Mempunyai Ruanag untuk Berinteraksi, Bergaul dengan Rakan Sebaya, Bebas dari Kongkongan Kehidupan Keluarga Seharian. 8. Merupakan Suatu Kumpulan Untuk: - Mencari Pengalaman Baru. - Melakukan sesuatu dalam Kumpulan Kecil (Patrol) - Bersama dan Belajar dari Rakan Sebaya. - Memperkembangkan Diri dan Menyesuaikan Diri mengikut kehendak Individu. - Melibatkan Diri dalam Mencapai Sesuatu Kejayaan. - Hidup Bersama dan Memberikan Sumbangan dalam Kumpulan. Merupakan Kepimpinan - Memperkembangkan Kemahiran dan Bakat Kepimpinan dan Memainkan Peranan sebagi Pemimpin dalam Kumpulan Kecil. Merupakan Suatu Keseronokan _.

9.

10.

Cara

Keseronokan Merupakan Suatu Program Pengakap yang Menggunakan dan Kaedah Pengakap.

B-P Berkata Jika Pengakap itu Tidak Ada Keseronokan maka ia akan Kehilangan Daya Tarikan dan Kejayaan PRINSIP ASAS KEPENGAKAPANPrinsip Asas dalam Kepengakapan berdasarkan kepada Asas-Asas dalam Pergerakan Pengakap yang digabungkan dalam elemen berikut: 1. 2. 3. 4. 1. Pengertian / Difinasi Pengakap. Matlamat Kepengakapan Prinsip-Prinsip Kepengakapan Cara dan Kaedah Pengakap.

DIFINASI PENGAKAP. Pergerakan Sukarela Bebas dari Politik. Melatih Golongan Muda Remaja. Terbuka kepada Semua.

2.

MATLAMAT PENGAKAP. Untuk Melatih golongan Muda-Remaja bagi melahirkan Individu yang Berpotensi dari segi Fizikal, Intelek, Sosial dan Rohani serta Bertanggungjawab terhadap Dirinya, Masyarakatnya, Agamanya, Negaranya dan Masyarakat Antarabangsa.

3.

PRINSIP-PRINSIP KEPENGAKAPAN. Kepercayaan Kepada Tuhan. Tanggungjawab Kepada Masyarakat dan Negara Perkhidmatan Kepada Diri Sendiri. Berdasarkan Kepada Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap.

4.

CARA ATAU KAEDAH PENGAKAP. Suatu Sistem Pemelajaaran Memajukan Diri Sendiri Melalui: Persetiaan dan Undang-Undang Belajar Sambul Membuat./Bermain. Mempunyai Kumpulan Kecil (Sistem Patrol)

-

Skim Latihan Kemajuan yang prograsif (Sukatan Pelajaran)

PRINSIP ASAS KEPENGAKAPANTUJUAN DAN DASAR PERSEKUTAN PENGAKAP MALAYSIA Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengn Pindaan-Pindaan No.143 Tahun 1974 dan No. 409 Tahun 1989 dalam Undang-Undang Malaysia yang diperbadankan sebagai Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia. Dasar Pertubuhan Undang-Undang (P.O.R.) BAHAGIAN II TUJUAN DAN DASAR TUJUAN 1. (a) Tujuan Persekutuan ini bagi memajukan anak-anak menjadi rakyat yang baik dengan membentuk sifat perangainya melatih tabiatnya supaya biasa tajam pemerhatiannya, menurut perintah dan percayakan kebolehan dirinya menanamkan semangat taat setia dan menimbangkan orang lain. mengajar mereka berkhidmat dan berguna kepada orang ramai, dan membuat sendiri benda-benda yang berguna bagi dirinya memajukan kesihatan tubuhnya, fikirannya dan semangatnya terhadap ugama. (b) Cara latiahn yang tertentu bagi PENGAKAP ialah dengan penerimaannya sebagai ahli kepada sesuatu persaudaraan yang disukainya, dipandu oleh pemimpin dewasa, yang beransur-ansur dikelolakan sendiri dalam kumpulan-kumpulan lengkongan um,ur yang bertingkat-tingkat, seterusnya: dengan membukakan kepadanya bertutus-turut gerakerja-gerakerja dan kejayaan-kejayaan yang sesama disukai diluar-luar dan peluang-peluang berkhidmat kepada orang lain, dengan memberikan kepadanya beransur-ansur tanggungjawab yang bertambah-tambah untuk dirinya dan orang-orang lain, supaya dia mempunyai kelayakan, berdikari, perangai baik, boleh diharap dan kuasa berkerjasama dan kepimpinan.

DASAR 2. Dasar dan amalan Persekutuan ini adalah berdasarkan atas UndangUndang Pengakap dan Persetiaan Pengakap. Persetiaan Pengakap dan Undang-Undang Pengakap rasmi adalah dalam Bahasa Mayasia, tetapi kiranya mustahak, Persetiaan dan Undang-Undang itu dalam Bahasa Inggeris yang disahkan seperti tersebut dalam Peraturan-Peraturan ini boleh digunakan.

PERSETIAAN DAN UNDANG-UNDANG PENGAKAPPERSETIAAN PENGAKAPBahawa Dengan Sesungguhnya Saya berjanji dan Bersetia, yang saya Dengan Seberapa Daya Upaya Saya, Akan TAAT KEPADA TUHAN RAJA DAN NEGARA MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap adalah Asas dalam Pengakapan. Menjalankan aktiviti Pengakap tanpa Persetiaan dan Undang-Undang Pengakap adalah satu Kesalahan. Tanpa Persetiaan dan Undang-Undang itu maka ianya Bukan Pengakapan. Ia mungkin satu Kelab Muda-Mudi yang sangat bagus. tetapi bukanya satu Kumpulan Pengakap.. UNDANG-UNDANG PENGAKAP. 1. Pengakap adalah seorang yang sentiasa dipercayai, bermaruah dan mempunyai kehormatan diri. 2. Pengakap adalah seorang yang taat kepada Yang di-Pertuan Agong serta raja-

raja dan kepada pemimpin-pemimpin pengakapnya, ibu bapanya, majikannya dan orang-orang di bawahnya. 3. Pengakap adalah wajib menjadikan dirinya berguna dan menolong orang pada setiap masa. 4. Pengakap adalah sahabat pada sekelian orang dan saudara kepada lainlain pengakap walau apa negeri, pangkat dan agamanya sekalipun. 5. Pengakap adalah seorang yang baik dan sampurna budi pekertinya dan sentiasa berbudi. 6. Pengakap adalah baik dan kasih pada binatang. 7. Pengakap adalah seorang yang sentiasa menurut perintah dan suruhan ibu bapanya, ketua patrolnya atau pemimpin-pemimpin pengakapnya tanpa apaapa soalan. 8. Pengakap adalah seorang yang sentiasa sabar dan manis air mukanya walau dalam masa kesusuhan. 9. Pengakap adalah seorang yang berjimat dan bercermat. 10. Pengakap adalah bersih dan suci fikirannya, perkataannya dan perbuatannya. HORMAT PENGAKAP Seorang pengakap memberi hormat dengan menggunakan tangan kanan. Tiga jari yang digunakan menjelaskan dan mengingatkan ketiga-tiga bahagian Persetiaan Pengakap. Hormat digunakan semasa: 1. 2. 3. 4. Bertemu pengakap lain sama ada dalam atau luar negeri. Bagi menunjukkan persaudaraan dan penghormatan. Apabila menemui pemimpin, penolong pemimpin dan ketua patrol. Selepas mengibar bendera atau semasa menaikkan bendera negeri, dan bendera pengakap. Dalam istiadat menerima anugerah, lencana dan sijil. TUJUAN DAN DASAR PERSEKUTAN PENGAKAP MALAYSIA Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 dengn Pindaan-Pindaan No.143 Tahun 1974

dan No. 409 Tahun 1989 dalam Undang-Undang Malaysia yang diperbadankan sebagai Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia. Dasar Pertubuhan Peraturan (P.O.R.) PERSETIAAN PENGAKAP 3. Waktu dilantik, PENGAKAP membuat Persetiaan berikut:Bahawa dengan sesungguhnya, saya berjanji dan bersetia Yang saya dengan seberapa daya upaya saya, akan TAAT KEPADA TUHAN, RAJA DAN NEGARA MENOLONG ORANG PADA SETIAP MASA MENURUT UNDANG-UNDANG PENGAKAP. Dalam Bahasa Inggeris On My Honour, I promise that I will do my best TO DO MY DUTY TO GOD, RULER AND COUNTRY TO HELP OTHER PEOPLE AT ALL TIME TO OBEY THE SCOUT LAW PEMIMPIN PENGAKAP 4. Pemimpin-Pemimpin Pengakap yang menerima Tauliah mereka pada kali pertamanya hendaklah mengulangi Persetiaan Pengakap seperti dalam Peraturan 3. ORANG-ORANG LAIN 5. Orang-orang lain yang menjadi ahli Persekutuan ini menurut PeraturanPeraturan ini boleh membuat Persetiaan Pengakap seperti dalam Peraturan 3 kiranya mereka suka.

PERKEMBANGAN KEAGAMAANCabutan daripada Akta Parlimen No. 38 Tahun 1968 pindaan-pindaan No. 143 Tahun 1974 dan No. 409 tahun 1989 dalam Undang-Undang Malaysia yang diperbadankan sebagai Akta (Perbadanan) Persekutuan Pengakap Malaysia. Dasar Pertubuhan Undang-Undang (P.O.R)

SEKSYEN III DASAR UGAMA Dasar Ugama

17. (1) Persekutuan ini tidak terhad kepada sesuatu ugama, Walau bagaimana pun, adalah diharapkan bahawa tiap-tiap seorang pengakap hendaklah mengamalkan kerja-kerja ugama yang mereka anutinya dan menghormatkan kepercayaan orang-orang lain. Dalam suatu kumpulan yang mengandungi ahli-ahlinya dari satu ugama sahaja. Pemimpin Kumpulan ini boleh mengaturkan sembahyang dan pelajaran bagi ugama itu yang difikirkan baik dengan berunding dengan pegawai ugama yang berkenaan. (2) Dalam suatu kumpulan yang mengandungi ahli-ahli daripada berbagai-bagai ugama, adalah menjadi tanggungjawab Pemimpin-Pemimpin menggalakkan mereka membuat ibadah mengikut cara ugama mereka masing-masing dan janganlah diadakan satu sembahyang yang khas bagi kesemuanya dalam kumpulan itu. Jika ada tegahan tidak membenarkan pengakap itu menghadiri perkumpulan ugama selain daripada perkumpulan ugamanya sendiri. Maka Pemimpin-Pemimpin Pengakap dalam Kumpulan hendaklah menjaga supaya tegahan itu dipatuhi selagi pengakap itu berada di bawah kawalannya.

6.0. SKIM LATIHAN KEPIMPINAN Skim Latihan Bagi Pemimpin Unit dikenali sebagai LATIHAN KEPIMPINAN MANIK KAYU atau WOOD BADGE LEADERSHIP TRAINING . Ia merupakan latihan prograsif yang mengandungi lima peringkat dalam jangka masa setahun (12 bulan) di mana pemimpin yang berjaya akan dianugerahkan dengan Manik Kayu (dua butir).

6.1

KURSUS PENGENALAN

Kursus Latihan pertama secara formal kepada Pemimpin unit dan Bakal Pemimpin. Ia dijalankan selama lapan (8) jam dikendalikan oleh Penolong Jurulatih dan Jurulatih. Kursus ini memberi penerangan, penjelasan mengenai pengertian Apa Itu Kepengakapan., serta maklumat dan perkembangan umum Pergerakan Pengakap. Kursus Pengenalan melayakan Pemimpin Unit memperolehi Tauliah Sementara. Kursus ini adalah wajib bagi mengikuti kursus seterusnya. 6.2. KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PERINGKAT SATU. Dikenali sebagai KURSUS ASAS. Ia dijalankan di Pusat Latihan atau tempat yang sesuai dan lengkap dengan kemudahan untuk menjalankan latihan amali. Kursus ini dijalankan selama 3 hari 2 malam mengikut unit-unit (PKK/PM/PR/PK) dan peserta diwajibkan tidur di khemah. Ia diketuai oleh Penolong Jurulatih atau Jurulatih.. Kandungan latihan kursus adalah: asas merancang, pelaksanaan program dan kemahiran berpengakap. Setelah tamat kursus peserta diharapkan boleh mengendalikan unit di kumpulan dengan berkesan. 6.3. KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PERINGKAT DUA Kursus ini merupakan Kursus Tak Formal atau Latihan Sambil Berkhidmat di mana Pemimpin Unit akan menjalankan dan mengandalikan aktiviti kepengakapan di kumpulannya atau kumpulan lain, dibawah bimbingan dan bantuan pemimpin yang berkelayakan dan pemegang Manik Kayu dari kumpulannya, atau Ahli Pasukan Latihan Daerah yang dilantik oleh Pesuruhjaya Daerah. Pembimbing bertanggungjawab memberikan latihan yang betul melalui demonterasi, lawatan ke terup lain, perbincangan dan pertukaran idea di mesyuarat pemimpin di peringkat daerah. Selepas ini Pemimpin ini disahkan dan diberikan Tauliah Tetap. 6.4. KURSUS KEPIMPINAN MANIK KAYU PERINGKAT TIGA Dikenali sebagai KURSUS LANJUTAN. Ia mengandungi dua (2) peringkat yang dijalankan pada jarak masa tidak mlebihi dari 4 minggu. Tempoh kursus adalah seperti berikut: Peringkat Satu: Peringkat Dua: 3 hari 2 malam untuk semua Unit. 3 hari 2 malam untuk Unit PKK 4 hari 3 malam untuk Unit PM/PR/PR.

Kursus ini hendaklah diketuai oleh seorang Jurulatih dan dibantu oleh Penolong Jurulatih serta Pembimbing. Kursus ini dijalankan di Pusat Latihan dengan keperluan dan peralatan latihan yang lengkap dan mencukupi.

Peserta dikehendaki menyediakan Tapak Perkhemahan yang mematuhi piawai (Camping Standard) dan menyediakan makanan sendiri. Tujuan Kursus Lanjutan ini adalah memperkembangan lagi kemahiran berpengakap, merancang dan melaksanakan serta mengkaji dan menilai perkara - perkara asas kepengakapan. dengan memprektikkan kaedah dan cara pengakap seperti amalan dan penghayatan Persetiaan dan UndangUndang Pengakap dan Sistem Berpatrol..dengan menititkberatkan unsurunsur kepengakapan sepereti; keseronokan, aktiviti mencabar,. kerjasama, kepimpinan, belajar sambil membuat dan sebagainya. Peserta juga akan diberikan satu Projek Pendek di akhir Peringkat Satu untuk disediakan dan dipersembahkan dalam siding di Peringkat dua nanti. Bagi unit PM/PR/PK akan menjalankan pengembaraan / ekspidisi pada jarak yang ditetapkan dan bermalam semalam di luar pusat serta melaksanakan tugasan yang diberikan sepanjang pengambaraan / ekspidisi. 6.5. PELAKSANAAN PENGALAMAN DAN PENILAIAN Tempoh melaksanakan pengalaman dan amali dalam kumpulannya selama empat (4) bulan dibawah kelolaan seorang Pembimbing yang terdiri daripada Pemimpin di kumpulannya atau Ahli Pasukan Latihan Daerah yang dilantik oleh Pesuruhjaya Daerah. Penilian akhir akan dibuat oleh Pembimbing yang akan mengesahkan dan mencalonkan Pemimpin Unit itu dianugerahkan Manik Kayu dengan melengkapkan Borang-borang yang berkaitan.

SEJARAH PENGAKAPA. RIWAYAT HIDUP PENGASAS PERGERAKAN PENGAKAP LORD B-P Pada 22hb, Febuari 1857 seorang bayi telah dilahirkan di sebuah rumah berhampiran Hyde Park London. Bayi itu dinamakan ROBERT STEPHENSON SMYTH BADEN POWELL ( B-P ) mempunyai 7 orang adik beradik. Bapanya bernama Reverend H.G. Baden Powell, ialah seorang Mahaguru (Professor) di University of Oxford. Bapa B-P meninggal dunia ketika B-p berusia 3 tahun. Ibunya adalah anak seorang Laksamana British yang bernama W. T. Smyth. B-P SEMASA BUDAK Sungguhpun kesempitan hidup kerap menimpa keluarga yang ramai itu, tetapi kerana kasih saying seorang ibu terhadap anak-anaknya dan kasih saying anakanaknya terhadap ibu mereka, kesempitan sentiasa dapat diatasi. B-P telah telah mendapat banyak pengajaran dari ibunya dan juga belajar di Sekolah Rose Hill di Tunbridge Wells. Dalam Tahun 1870 B-P telah mendapat biasiswa untuk belajar di sebuah sekolah yang bernama Charterhouse di Bandar London. Beliau bukanlah seorang murid yang mempunyai sebarang kelebihan tertentu, tetapi beliau murid yang periang di sekolah itu. Jika ada sebarang keramaian dijalankan di sekolah tersebut, biasanya beliau yang mengetuainya. Dalam tempoh tidak berapa lama dia mula terkenal kerana kebolehannya menjadi penjaga gol pasukan bola Charterhouse. Setiap kali berlakun beliau akan mempersembahkan lakonan yang menyebabkan seluroh isi sekolah tidak kering gusi. B-P DI INDIA, AFRIKA SELATAN & PEPERANGAN

B-P telah lulus dari Sekolah Charterhouse ketika umurnya 19 tahun. B-P telah mencapai tempat ke dua dalam peperiksaan Pasukan Tentera Berkuda (Calvary) dan ditauliahkan sebagai Leftenan Muda bagi Pasukan Askar HUSSAR Yang Ke 13 dan ditempatkan di India. Dalam Tahun 1887 B-P berada di Afrika menyertai peperangan menentang keganasan orang-orang Zulu Selepas itu beliau turut sama dalam peperangan dengan orang-orang Ashantidan Matabele. Di situ beliau digelar KANTANEYE yang bermaksud TOPI BESAR Anak-anak negeri itu amat takut kepada B-P sehingga mereka mengelarnya IMPESSA yang bermakna Serigala yang tak pernah tidur kerana kecekalan hatiny, kepintaran menangkap dan kebolehannya yang luar biasa dalam kerja-kerja mengesan. Kejayaan demi kejayaan itu menyebabkan B-P mendapat pangkat yang melompay-lompat dan menjadikan seorang yang masyhor. Dalam tahun 1899 ketika B-P berumur 43 tahun pangkatnya meningkat ke Kolonel. Peperangan telah berlaku dan B-P telah mempertahankan Mafeking daripada kepungan musuh yang berlipat ganda jumlahnya selama 217 hari iaitu dari 13 Oktober 1899 sehingga pasukan bantuan tiba dan menembusi kepungan tersebut pada 18 Mei 1890. Selepas itu B-P dinaikkan pangkat Mejor Jeneral dan segera menjadi pujaan Rakyat di negaranya. B. PENGAKAP DILAHIRKAN

Pada Tahun 1901 bila B-P pulang ke England dari Afrika Selatan beliau menulis sebuah buku yang bertaju AIDS TO SCOUTING Selepas cabaran menulis buku itu B-P terus menulis buku dengan berdasarkan kepada pengalamanpengalamannya di India dan Afrika. Buku ini adalah bimbingan pengakap untuk askar atau tentera dan turut diminati dan juga telah dijadikan sebagai salah satu buku pelajaran sekolah. Pada tahun 1907 B-P telah membawa sekumpulan budak lelaki seramai dua puluh orang ke Pulau Brownsea di English Channel di Pulau Harbour dengan melangsungkan perkhemahan budak-budak pengakap yang pertama sekali di dunia. Perkhemahan ini ternyata amat berjaya. Pada Tahun 1908 B-P telah

menerbitkan sebuah buku yang bertajuk SCOUTING FOR BOYS di mana isi kandungannya manjadi panduan bagi melatih budak-budak menjadi pengakap dan dihiasi dengan lukisan-lukisan menarik oleh B-P. Apabila pergerakan itu mulai berkembang dengan pesat beliau telah berbakti kepada tanah airnya dengan menjalankan latihan generasi muda dan beliau mengambil keputusan untuk berhenti dalam Pasukan Tentera dan mula masuk dalam penghidupan baru dalam PENGAKAP. Pada tahun 1937 sewaktu B-P berumur 83 tahun beliau bersama-sama dengan Isterinya Lady Baden Powell bersama juga dengan anak-anaknya: Peter, Heather dan Betty meninggalkan Bandar London dan Menuju ke Kenya. Afika dan ber mustawtin di sebuah kampung yang aman, padang yang indah, hutan yang menghijau, kemuncak gunung ynag diliputi oleh salji di mana B-P dengan keluarganya berehat setelah lama berbakti kepada dunia. B-P telah meninggal dunia pada 8 Januari 1941 di Piaxto Kenya ketika berumor 83 tahun dan telah dikebumikan di baying-bayang lembut Gunong Kalimanjaro Kenya. . C. PERKEMBANGAN PENGAKAP DI MALAYSIA

Sejarah Pergerakan Pengakap di Malaysia dengan keahlian seramai 30 orang mula bertapak di Singapura pada tahun 1910 hasil usaha F.c Sands. Namun begitu sebenarnya pasukan pengakap telah di tubuhkan pada tahun 1908 di Pulau Pinang dan di Selangor pada tahun 1909 tetapi gagal kerana tidak dapat bergerak aktif. Pasukan pengakap kemudiannya telah berkembang di negeri-negeri Tanah Melayu sehingga ke Sabah dan Sarawak Sejarah penubuhan dan pengasasnya adalah seperti berikut: F.C. Sands di Singapura tahun 1910 H.R Cheesman di Pulau Pinang dan Johor tahun 1928 I.R Wheeler di Perak tahun 1926 E.C. Hicks; A.G. Staurt; R.P.S Walker dan C. Bloomfield di Kedah tahun 1922 R. Brunston di Melaka tahun 1925 Bird dan Roger Smith di Negeri Sembilan tahun 1925. Ameen Akhbar di Selangor tahun 1926 A.J. Cracle di Terangganu tahun 1926 Y.M. Tengku Ahmad Tenenggung di Kelantan tahun 1927 Perlis tahun 1931 di bawah naungan Negeri Kedah. Rev. Cannon Thomes Cecil Alaxander di Sabah tahun 1913

-

Di Sarawak tahun 1915. ISTIADAT PENGAKAP PENDAHULUAN: Kepentingan Istiadat dalam Latihan Kepengakapan: Menunjukkan Tanda Peningkatan Seseorang Ahli Pengakap. Pengiktirafan Kepada Ahli Pengakap yang Menyertainya. HORMAT PENGAKAP Merupakan Tradisi Asas Pengakap (Hormat Pengakap, Isyarat Pengakap, Berjabat Salam Pengakap ) Hormat ialah menunjukkan seseorang itu dihormati. Ia adalah Hak Keistimewaaan untuk dihormati Cara Khas Hormat Kepada Saudara Pengakap yang lain CARA HORMAT PENGAKAP Isyarat dengan Tangan Kanan Angkat tangan dengan pantas ke sisi topi forage dengan muka tapak tangan menghadap ke hadapan. Ibu jari menekan jari kelingking dan tiga jari tengah lurus atas. Kemudian turun tangan ke bawah dengan pantas Jika tidak memakai topi, jari sentuh dahi di bahagian atas mata kanan BILA / DI MANA MEMBERI HORMAT: Memberi Hormat Pengakap dengan Berpakaian Seragam Lengkap.( Sebagai Tanda Kehaormatan, Budi Bahasa dan Persahabatan. ) Apabila Lagu Kebangsaan dinyanyikan Apabila Bendera Kebangsaan dinaikkan / dikibarkan Apabila Bendera Kebangsaan dilintaskan dalam upacara

perbarisan.

ISYARAT PENGAKAP: Tradisi Pengakap dalam komunikasi di antara ahli-ahli Pengakap mengenali antara mereka dalam sesuatu aktiviti tersendiri.

CARA: Menekan jari kelingking dengan ibu jari tangan tanan. Kemudian angkat tangan kanan rapat ke badan.

tengah lurus ke atas.

Tapak tangan menghadap hadapan dengan tiga jari di TAARIF ISYARAT PENGAKAP: TIGA JARI LURUSMerupakan Tiga Bahagian Persetiaan: Taat kepada Tuhan, Raja dan Negara Menolong orang pada setiap masa Menurut Undang-Undang Pengakap IBU JARI MENEKAN JARI KELINGKING Bersatu dalam Ikatan Persahabatan

BILA ISYARAT PENGAKAP? Apabila Melafazkan Persetiaan Pengakap. Semasa Istiadat Melantik. Membaharui Persetiaan. Hormat Pengakap apabila tidak memakai Pakaian Seragam. Isyarat Berdiri Tegak (Isyarat Senyap)

BERJABAT TANGAN PENGAKAP Ahli Pengakap Seluruh Dunia berjabat Tangan dengan Tangan Kiri. Tanda Persahabatan dan Kepercayaan. Di Malaysia menggunakan Tangan Kanan semasa Berjabat Tangan.

ISTIADAT BENDERA (PM/PR) Ahli Pengkap Trup / Kumpulan siap sedia dalam bentuk Tapak Kuda. Pemimpin-Pemimpin Pengakap Berbaris Tiga Langkah di belakang Tiang Bendera. Pemimpin Bertugas Tiga Langkah di kiri Tiang Bendera.

ARAHAN PEMIMPIN BERTUGAS: BENDERA - Semua Ahli Pengakap mengadap Tiang Bendera. - Ketua Patrol Keluar menuju Tiang Bendera. - Petugas menarik tali bendera dengan Tangan Kanan. Petugas bergerak selangkah ke belakang lalu memberi Hormat Pengakap diikuti olah semua trup. Petugas bergerak ke dalam baris.

Bertongkat

NYANYI LAGU NEGERAKU - Lagu Kebangsaan dinyanyikan. DOA - Pemimpin Bertugas memberi arahan ap jika arahan kalih tongkat dan diikuti ap. - Selesai doa, arahan yang sama. - Pemeriksaan Pakaian seragam oleh Pemimpin dan Taklimat.

ISTIADAT MENURUNKAN BENDERA: Terup siap sedia dalam Tapak Kuda. Arahan Pemimpin Bertugas BENDERA Dua Pengakap bertugas mara ke tiang bendera.Menurunkan bendera, Lipat bendera dan serah kepada Pemimpin Bertugas DOA Sebelum doa. Pemimpin Bertugas memberi arahan yang sama. Dalam sesuatu Kursus atau Perkhemahan. Pemimpin Bertugas hendaklah menyerahkan Bendera kepada Ketua Kursus atau Ketua Perkhemahan. ISTIADAT LAUNG AGUNG TUJUAN: 1. Menunjukkkan permulaan dan tamatnya sesuatu perjumpaan Pek dengan mengingati satu tradisi atau istiadat bagi Pengakap Kanak-Kanak di seluruh dunia. Untuk menghormatu sesorang tetamu yang dating ke Pek. Melahirkan semangat setiakawan dan perpaduan serta membina disiplin Menunjukkan bahawa Pengakap Kanak-Kanak telah membuat sehabis baik. Akela berteriak PEK

Nota:

2. 3. 4. CARA: 1.

2. 3. 4.

5.

6. 7. 8. 9.

Semua Pengakap Kanak-Kanak berdiri diam dengan keadaan sedia. Akela berteriak PEK!! PEK!! PEK!! Dan terus melipar tangan paras bahu yang menunjukkan isyarat bulatan kecil (bahu ke bahu) Sambil berteriak PEK!!!!! ( 5 harkat) Pengakap Kanak-Kanak berlari Mengelilingi Akela dengan membuat bulata kecil bahu ke bahu. Akela depa tangan, Pengakap Kanak-kanak lantas berpegang tangan membuat bulatan besar mengikut sekawan. Bila Bulatan telah sedia. Akela turunkan tangan dan pengakap Kanak-kanak pun turunkan tangan mereka Akela angkat tangan depa dari bawah ke paras bahu. Pengakap Kanak-kanak mengangkat tumit; Akela rapatkan tangan ke peha. Pengakap kanak-Kanak mencangkung peha rapat ke hadapan, tangan di sisi kedua-dua bela peha. Lima jari rapat mencecah ke tanah, kepala pandang depan dan terus teriak A K E LA ! KITA BUAT HABIS BAIK Di akhir sebutan BAIK Pengakap Kanak-kanak lantas bangun tegak dalam keadaan sedia. Petugas memberi hormat kepada Akela dan mencabar KAMU BUAT HABIS BAIK Pengakap Kanak-kanak lain membalas hormat jkepada Akela dan menjawab KAMI BUAT HABIS BAIK Akela membalas hormat dalam keadaan sedia (tidak berpusing) Pengakap Kanak-kanak tidak turunkan tangan mereka sehingga Akela turun tangannya. Istiadat mengibarkan bendera mdimulakan.

UNIT PENGAKAP KANAK-KANAKPERKEMBANGAN TINGKAH LAKU: Umur 8 hingga 9 tahun 1. Tidak memikirkan masalah dan kesusahan 2. Sentiasa kelam-kabut dalam mempelajari pengalaman baru. 3. Sentiasa gembira. 4. Seronok dengan angan-angan dan khayalan 5. Memerlukan perhatian dan kasih-sayang. 6. Perlu sentiasa dipuji 7. Mematuhi perintah tetapi cepat lupa. Umur 9 hinnga 10 tahun 1. Sentiasa seronok dan inginkan kebebasan 2. Bangga dan seronok diberi perhatian. 3. Mula tonjol kepimpinan dan bekerjasama. 4. Percaya dengan kebolehannya dan suka didorong. 5. Seronok dengan kumpulannya dan suka defensive. Umur 10 hingga 11 tahun 1. Mula mengumpul ramai kawan 2. Sudah mula rasa hormat-meghormati

3. 4. 5. 6.

Tegas dalam menghadapi sesuatu masalah Mula bertanggungjawab Minat meneroka dan menjelajahi Gemar permainan yang lasak dengan mementingkan kumpulan.

UNIT PENGAKAP MUDAPERKEMBANGAN TINGKAH LAKU: UMUR 12+ TAHUN 1. Suka Berkawan 2. Cergas, Aktif, Berhati-hati, Berani, Cekal. 3. Mencari Persetujuan dan Pujian. 4. Banyak bercakap, Suka Bergaul sam Jantina. 5. Berkhayal, berangan-angan, muram. UMUR 13+ TAHUN: 1. Sedar Perubahan Jasmani / paras rupa, Rasa Khuatir. 2. Bangga, Perasaan Berkelompok/Berpuak, Kurang yakin diri. 3. Suka Kegiatan Mencabar, (Advanture) dan lasak. 4. Suka bergau dan berkerja (sama jantina) 5. Memuja Idola, Minat yangkuat dan perasaan Ingin Tahu. 6. Tajam Ingatan, Bertanggungjawab. UMUR 14+ TAHUN: 1. Suka Bergaul dengan lain Jantina. 2. Bertimbang Rasa. 3. Perkembangan Jasmani setabil. 4. Suka bermenong. 5. Bertanggungjawab kepada kumpulan,dan orang lain. 6.