Nota Piaget

16
PENGENALAN Terdapat pelbagai teori mengenai proses perkembangan kanak-kanak . Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Jean Piaget adalah salah satu daripadanya. Nama sebenar pengasas teori ini ialah Jean William Fritz Piaget. Dilahirkan pada 9 Ogos 1896 dan meninggal dunia pada 16 September 1980 semasa beliau berumur 84 tahun. Perkahwinan Jean Piaget dengan isterinya Valentine Chatenay telah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Beliau pernah menuntut di University of Zurich ( Jerman ) dan University of Neuchatel ( Swirtzerland ). Beberapa jawatan penting pernah disandang oleh Jean Piaget seperti pengarah Rousseau Institute ( Swirtzerland, Geneva ) dan pensyarah Grange-Aux-Belles Street School for Boys ( Paris, Perancis ). Hasil pemerhatian beliau terhadap perkembangan kanak-kanak serta pemeriksaan mengikut peringkat umur terhadap kesilapan yang dilakukan oleh anak-anaknya, maka tercetuslah idea teori perkembangan kognitif ini. Menurut Ramlah dan Mahani (2002) dalam Haliza Hamzah et.al ( 2009 ), Jean Piaget ialah ahli psikologi Swirtzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan- perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Empat faktor telah dikenalpasti oleh Piaget yang saling berkait yang boleh mempengaruhi pemikiran individu iaitu :- 1.1 Kematangan biologi Proses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka / genetik 1.2 Interaksi individu dengan persekitaran Individu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati. 1.3 Pengalaman sosial Perkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran contoh ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya. 1.4 Keseimbangan Proses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami. 2.0 PROSES MENCAPAI KESEIMBANGAN Jean Piaget berpendapat setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Kecenderungan untuk memahami sesuatu situasi dan menyelesaikan sesuatu

Transcript of Nota Piaget

PENGENALANTerdapat pelbagai teori mengenai proses perkembangan kanak-kanak . Teori Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak Jean Piaget adalah salah satu daripadanya. Nama sebenar pengasas teori ini ialah Jean William Fritz Piaget. Dilahirkan pada 9 Ogos 1896 dan meninggal dunia pada 16 September 1980 semasa beliau berumur 84 tahun. Perkahwinan Jean Piaget dengan isterinya Valentine Chatenay telah dikurniakan dengan 3 orang cahaya mata. Beliau pernah menuntut di University of Zurich ( Jerman ) dan University of Neuchatel ( Swirtzerland ). Beberapa jawatan penting pernah disandang oleh Jean Piaget seperti pengarah Rousseau Institute ( Swirtzerland, Geneva ) dan pensyarah Grange-Aux-Belles Street School for Boys ( Paris, Perancis ). Hasil pemerhatian beliau terhadap perkembangan kanak-kanak serta pemeriksaan mengikut peringkat umur terhadap kesilapan yang dilakukan oleh anak-anaknya, maka tercetuslah idea teori perkembangan kognitif ini. Menurut Ramlah dan Mahani (2002) dalam Haliza Hamzah et.al ( 2009 ), Jean Piaget ialah ahli psikologi Swirtzerland yang telah cuba menjelaskan tentang kaedah manusia mempersepsi ilmu dan membina hipotesis. Dia juga menjelaskan bagaimana minda manusia membina skemata dan melaksanakan proses asimilasi dan akomodasi dalam membina ilmu. Beliau mengasaskan teori perkembangan kognitif manusia melalui peringkat-peringkat perkembangan. Menurut Piaget, proses pemikiran kita berubah secara menyeluruh bermula selepas lahir sehingga kita mencapai kematangan. Setiap individu akan sentiasa mencuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan- perubahan yang berlaku di persekitaran mereka. Empat faktor telah dikenalpasti oleh Piaget yang saling berkait yang boleh mempengaruhi pemikiran individu iaitu :-1.1Kematangan biologiProses pemikiran yang dipengaruhi oleh faktor baka / genetik1.2Interaksi individu dengan persekitaranIndividu berinteraksi dengan persekitaran untuk memahami perkara-perkara yang berlaku. Mereka akan meneroka, menguji, memerhati dan menyusun maklumat yang didapati.1.3Pengalaman sosialPerkembangan kognitif juga dipengaruhi oleh pergaulan individu dengan orang-orang di persekitaran contoh ibu bapa, adik beradik, rakan, guru dan sebagainya.1.4KeseimbanganProses keseimbangan adalah merupakan salah satu cara yang digunakan oleh individu untuk mengadaptasi dengan situasi-situasi yang baru dialami.2.0 PROSES MENCAPAI KESEIMBANGANJean Piaget berpendapat setiap individu cenderung untuk memahami persekitaran mereka. Kecenderungan untuk memahami sesuatu situasi dan menyelesaikan sesuatu kekusutan sentiasa berlaku pada setiap individu. Seseorang itu akan berasa kurang selesa seandainya berdepan dengan keadaan yang tidak terjangka dan keadaan yang tidak menentu. Ketidakselesaan yang berlaku ini menyebabkan individu itu terdorong untuk mencari penyelesaian atau keseimbangan. Pengalaman yang diperolehi oleh seseorang individu akan disusun di dalam minda masing-masing dn membentuk satu sistem yang di kenali sebagai skema. Proses penyusunan dan pembentukan skema ini pula dipanggilorganisasi. Apabila berdepan dengan sesuatu situasi yang memerlukan satu penyelesaian seseorang individu itu akan menggunakan menggunakan skema-skema ini. Sebaik sahaja seseorang individu dilahirkan, skema ini mula terbentuk. Bermula dengan pembentukan skema yang mudah kemudian beransur kepada skema yang lebih kompleks. Seseorang individu juga akan sentiasa mengalami situasi-situasi yang baru. Pelbagai masalah akan dihadapi dalam situasi-situasi yang baru ini.Pengubahsuaian skema yang lama perlu dilakukan agar dapat diadaptasi dengan situasi baru tersebut.Proses penukaran dan perubahan skema lama kepada yang baru atau dikenaliadaptasiakan melibatkan dua proses yang saling berkait iaitu :2.1Asimilasi berlaku apabila pengalaman baru diterima dan penyesuaian pengalaman ini dengan skema-skema yang telah sedia ada.2.2Akomodasi berlaku apabila penukaran skema yang lama dapat dilakukan untuk disesuaikan dengan pengalaman yang baru. Seterusnya skema baru akan terbentuk setelah seseorang individu itu mengubah cara pemikirannya berdasarkan pengalaman baru yang diterima. Menurut Piaget, kognitif manusia perkembangannya secara berperingkat. Manusia juga bersifat rasional dan intelek serta menjadi penggerak kepada kognitif masing-masing. Proses pemikiran manusia sentiasa berubah dan cuba untuk memahami dan mengadaptasi perubahan maklumat tersebut dengan persekitaran semasa individu. Begitu juga dengan kanak-kanak, mereka membina skemata daripada pegalaman persekitaran yang diperolehinya. Skemata-skemata ini akan berubah-ubah melalui adaptasi kanak-kanak ke atas pengalaman-pengalaman baru yang dibina.3.0 TAHAPTAHAP PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGETJean Piaget telah membina empat tahap perkembangan kognitif manusia mengikut umur seperti berikut :3.1 Tahap sensori motor ( semenjak lahir 2 tahun ) Pada peringkat bayi, tiada persepsi yang berlaku pada dirinya. Pemahaman bayi tentang dunia ini berasaskan pada gerakan spontan yang tidak dipelajari seperti melihat, menghisap dan memegang. Peringkat sensorimotor adalah peringkat di mana bayi mengkooridnasi maklumat deria dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka meneroka dan mengetahui tentang persekitaran mereka. Contohnya : bayi menghisap ibu jari, memasukkan objek ke dalam mulut, mencapai objek yang berbunyi dan lain-lain lagi tingkahlaku yang dilakukan tanpa dipelajari daripada sesiapa. Selain daripada itu, kanak-kanak dalam peringkat ini juga menunjukkan permulaan pemikiran logik. Aktiviti-aktiviti fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamat yang mudah. Contohnya : ketika kanak-kanak berumur satu tahun, mereka mempunyai keupayaan untuk menyusun skema yang mudah dan logik untuk mengeluarkan barang-barang daripada sebuah bekas yang bertutup atau boleh mengatur langkah untuk mengambil objek yang jauh. Tahap sensorimotor ini diakhiri dengan kanak-kanak memperolehi kepercayaan tentang kekekalan objek, iaitu ia sedar, objek itu akan terus wujud walaupun objek itu tidak dapat dilihat atau disentuh. Satu sifat lain ialah tindakan ulangan, iaitu kanak-kanak boleh mengulang semula proses ini ke asal secara fizikal. Misalnya, memasukkan semula objek ke dalam bekas dan menutupnya. Di samping itu kanak-kanak mula meniru tindakan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia belajar daripada orang lain dan objek yang dapat dilihat atau disentuh. Contohnya : kanak-kanak meniru perlakuan melambai tangan dan memasukkan sudu ke dalam mulut untuk menyuap makanan. Piaget menyifatkan aktiviti ini sebagai permulaan proses menyelesaikan masalah dalam kehidupan. Dari segi pendidikan, membekalkan objek maujud adalah penting untuk proses pembelajaran kanak-kanak dan perkembangan ke peringkat yang abstrak.3.2 Tahap praoperasi ( 2-7 tahun )Pada tahap ini kanak-kanak berupaya menggunakan simbol (imej atau perkataan) yang juga menunjukkan keupayaannya menggunakan bahasa. Contohnya, kanak-kanak menggunakan kayu sebagai kereta. Tetapi apa yang menarik ialah kanak-kanak pada masa ini banyak bergantung pada persepsi daripada logik. Mereka kebanyakannya melihat persekitaran mengikut persepsi mereka sendiri iaitu bersifat egosentrik. Walau bagaimanapun, pada tahap ini kanak-kanak tidak boleh menguasai konsep kekalan. Ini adalah disebabkan oleh kanak-kanak hanya memberi tumpuan kepada satu ciri masalah saja, egosentrik dan tidak dapat menukarbalikan sesuatu tingkah laku secara mental.3.3 Peringkat Operasi Konkrit (dari umur 7 tahun hingga 11 tahun)Kanak-kanak telah mula berkemampuan berfikir secara logik. Tetapi hanya dapat berjaya melakukan kebolehan ini dalam keadaan konkrit atau menggunakan objek maujud. Satu sifat yang ada pada kanak-kanak pada peringkat ini ialah konsep keabadian atas kuantiti sesuatu bahan walaupun bahan itu mengalami perubahan yang ketara.Mereka sudah pandai melakukan operasi konkrit dan menguasai konsep kuantiti dan bentuk bersiri seperti lebih berat, lebih tinggi dan sebagainya.Mereka juga boleh memberikan perhatian kepada beberapa perkara serentak dan ingatan mereka semakin bertambah.Walaubagaimanapun,pada tahap ini kanak-kanak masih belum boleh mentafsir perkara-perkara yang abstrak umpamanya konsep ketuhanan,neraka dan syurga. Dalam konsep ini, kanak-kanak perlu menguasai tiga prinsip asas iaitu :3.3.1 Prinsip identiti mereka tahu sekiranya tiada bilangan yang ditambah atau dikurangkan , bilangan/amaun objek adalah sama walaupun bentuknya berubah.3.3.2 Prinsip ganti rugi (compensation) mereka tahu sesuatu perubahan pada satu segi akan diganti oleh perubahan dalam satu aspek yang lain.3.3.3 Prinip keterbalikan kanak-kanak boleh mengulang proses yang berlaku secara mental kepada keadaan asal semula.3.4Peringkat Operasi Formal (dari umur 11 tahun hingga 15 tahun)Pada peringkat ini, kanak-kanak atau remaja sebenarnya dapat berfikir secara logik,termasuk pemikiran abstrak, perkara berkaitan dengan masa depan dan sanggup membuat hipotesis.Pemikiran hipotesis ini membolehkan kanak-kanak meramalkan apa yang mungkin berlaku daripada apa yang bakal berlaku. Oleh kerana pemikir operasi formal sanggup membuat penaakulan terhadap sesuatu kemungkinan,ia telah sedia membuat eksperimen menguji idea, kebenaran dan pemikiran saintifik. Ia juga menguasai kebolehan untuk menyelesaikan masalah dengan kombinasi pengetahuan, pengalaman dan kemahiran. Bahkan pelajar ini dapat menerima idea abstrak seperti tenaga graviti dan demokrasi. Pendekatan pengajaran pula melibatkan penggunaan kaedah lisan yang lebih banyak. Pelajar pada peringkat sekolah menengah digalakkan sering mendengar, membaca dan berbincang, kemudian melakukan latihan.4.0 KESIMPULANTeori perkembangan Piaget memandang perkembangan kognitif sebagai suatu proses di mana anak secara aktif membangun sistem makna dan pemahaman realiti melalui pengalaman-pengalaman dan iteraksi-interaksi mereka. Teori-teori kognitif cuba menerangkan tentang peningkatan intelek dari segi kualiti dan kuantiti yang berlaku semasa perkembangan (Asmawati Desa, 2004). Teori ini turut menjelaskan perkembangan proses kognitif mengikut tahap umur manusia secara terperinci. Setiap perkembangan kognitif kanak-kanak merupakan factor penting yang mempengaruhi pembentukan konsep, sama ada konkrit atau abstrak.Di dalam Teori Perkembangan Kognitif Kanak-kanak yang telah dibincangkan, Piaget menekankan pengubahsuaian diri dalam alam sekitar adalah faktor yang penting dalam perkembangan kognitif individu. Beliau berpendapat di dalam proses pengubahsuaian diri dalam alam sekitar, pembelajaran sebenarnya telah berlaku apabila individu memperolehi pengalaman daripada proses interaksinya dengan orang lain, perkara atau benda yang terdapat dalam alam sekitar. Namun terdapat beberapa kelemahan terhadap teori beliau misalnya, beliau tidak menerangkan faktor motivasi yang mendorong individu untuk memperkembangkan kognitif dan memperolehi maklumat serta membina pengetahuan yang baru. Walaubagaimanapun teori perkembangan kognitif yang diilhamkan oleh Piaget menjadi rujukan dan panduan utama kepada penyelidik untuk menjalankan kajian yang berkaitan.TEORI KECERDASAN PELBAGAI TELAH DIASASKAN OLEH HOWARD GARDNER, SEORANG AHLI PSIKOLOGI BERKETURUNAN JERMAN DARI UNIVERSITI HAVARD. TERDAPAT LAPAN KONSTRUK YANG TERDAPAT DALAM TEORI YANG DIUTARAKAN INI. TERANGKAN KELAPAN-LAPAN KONSTRUK TERSEBUT.JAWAPAN :1.0PENGENALANUmumnya, kecerdasan merujuk kepada keupayaan-keupayaan kognitif seseorang untuk belajar daripada pengalaman, untuk menaakul dengan baik dan untuk berdaya tindak secara berkesan terhadap desakan-desakan dalam kehidupan seharian. Istilah kecerdasan mula diperkenalkan oleh Francis Galton pada akhir tahun 1800-an (Maarof, 2004). Galton percaya bahawa keupayaan intelektual adalah diwarisi, namun beliau gagal untuk membentuk ujian kecerdasan yang boleh digunakan dalam kajiannya. Walaupun beliau tidak Berjaya dalam kajiannya, namun Galton telah memberikan ilmu psikologi dengan konsep kecerdasan ini.Menurut Howard Gardner (1999) pula mendefinisikan keupayaan menyelesaikan masalah sebagai kecerdasan. Robert Omztein pula menyatakan, bakat adalah kecerdasan. Shepherd & Jupp (1976) pula mendefinisikan keupayaan untuk belajar, berfikir dan menyesuaikan diri melalui pengalaman itu ialah kecerdasanTeori Kecerdasan Pelbagai diperkenalkan oleh Dr. Howard Gardner pada tahun 1983 dalam bukunyaFrames of Mind: The Theory of Multiple Intelligences. Beliau merupakan pensyarah kecerdasan dalam bidang pendidikan di Harvard Universiti. Gardner (1983) mendefinisikan Kecerdasan Pelbagai itu sebagai kepakaran kecerdasan manusia yang seharusnya mempunyai kemahiran untuk menyelesaikan masalah dan menangani masalah sesuai dengan masa dan tempat, dan menghasilkanoutputyang efektif.Menurut Howard Gardner (1993), setiap orang mempunyai satu himpunan kebolehan, bakat, kecekapan kognitif atau kemahiran mental yang sama dikenali sebagai kecerdasan dan semua orang boleh menggunakan kebolehan tersebut secara produktif. Beliau menyatakan satu himpunan kecerdasan yang berasaskan unsur biologi membentuk keseluruhan kecerdasan yang dipunyai oleh seseorang individu. Gardner memberikan penegasan bahawa setiap jenis kecerdasan bersifat sejagat, tetapi kecerdasan ini diperkukuhkan dengan cara yang berbeza mengikut nilai sesuatu budaya. Seterusnya, setiap jenis kecerdasan mempunyai sistem fungsian yang tersendiri dan berasingan daripada sistem fungsian bagi kecerdasan yang lain. Setiap manusia juga berbeza di antara satu sama lain dalam cara penggunaan kebolehan masing-masing mengikut cara yang paling selesa.2.0 JENIS-JENIS KECERDASAN PELBAGAIHoward Gardner (1943-) dalam Mok Soon Sang (2010) berpendapat bahawa setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan (IQ). Tambah beliau, kaedah lama untuk mengukur tahap kecerdasan manusia, iaitu berdasarkan ujian IQ adalah terlalu terhad. Teori Kecerdasan Pelbagai yang diasaskan oleh Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa manusia mempunyai sekurang-kurangnya lapan kecerdasan yang merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud secara semulajadi. Lapan peringkat kecerdasan yang dikenal pasti ialah kecerdasan verbal linguistik, kecerdasan logik matematik, kecerdasan visual ruang, kecerdasan kinestatik, kecerdasan muzik, kecerdasan interpersonal, kecerdasan intrapersonal dan kecerdasan naturalis. (Gardner dalam bukunyaFrames of Mind-The Theory).Gardner menjelaskan bahawa kelapan-lapan kecerdasan adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya. Contohnya, dalam kecerdasan linguistik, seorang kanak-kanak mungkin tidak pandai membaca tetapi dia dapat bercerita dengan baik. Menurut beliau lagi, setiap individu mempunyai kelapan-lapan kecerdasan tetapi pada darjah atau kadar yang berbeza-beza dari segi kekuatan dan kemahiran. Kecerdasan tersebut boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran. Kelapan-lapan kecerdasan adalah dihuraikan seperti berikut :2.1 Kecerdasan Verbal-LinguistikKecerdasan Verbal-Linguistik merupakan keupayaan untuk menjalankan operasi perkataan dan menggunakan bahasa untuk meluahkan makna. Mereka ini sensitif kepada bunyi, irama dan makna perkatan. Seterusnya sensitif kepada pelbagai fungsi bahasa. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan. Kegemaran individu yang cerdas dalam bidang ini biasanya ialah : Bermain permainan bahasa. Bermain dengan perkataan seperti teka-teki. Membaca, menulis dan bercerita. Mencipta puisi dan cerita dengan menggunakan bunyi serta imej perkataan.Noam Chomsky Massachussetts Institute of Technology USA menyatakan, manusia dilahirkan dengan pembawaan sifat untuk menguasai bahasa. Setiap kali anda mendengar seseorang mengatakan sesuatu, otak akan menganalisis apa yang dikatakan dan merangsang sel saraf di pusat fungsi bahasa yang terletak di bahagian otak kiri (dalam Radin Halima, 2003). Di antara jenis pekerjaan yang berkaitan dengan kemahiran ini ialah penyair, wartawan, pengarang dan pemidato.2.2 Kecerdasan Logik MatematikKecerdasan Logik Matematik merupakan keupayaan untuk menjalankan operasi matematik. Individu yang mempunyai kemahiran logik matematik yang tinggi adalah sensitif dan berupaya untuk mencerap pola-pola angka dan berupaya untuk menangani taakulan yang rumit. Seseorang individu itu juga mempunyai kebolehan yang dominan di bahagian kiri otak ini yang membolehkan seseorang menaakul secara deduktif dan induktif serta berfikir secara konseptual dan abstrak. Individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menyelesaikan masalah kompleks yang berkaitan dengan matematik dengan mudah serta boleh membuat perkaitan, menyoal, menganalisis, mensintesis, mengira dan menggunakan komputer dengan cekap. Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Individu yang cerdas dalam bidang ini biasanya gemar: Bertanya kenapa? Ingin tahu bagaimana sesuatu benda itu berfungsi Bekerja dengan nombor, dan menganalisis situasi. Menunjukkan kepersisan dalam menyelesaikan masalah. Bekerja dalam situasi yang memerlukan penyelesaian yang tepat.Edward De Bono, seorang ahli psikologi dan doktor perubatan sangat banyak membuat kajian dalam bidang kemahiran berfikir. Melalui pelbagai contoh dan latihan, De Bono dapat membuktikan setiap individu boleh berfikir secara kreatif dan kritis (dalam Radin Halima, 2003). Di antara pekerjaan yang berkait dengan keupayaan ini ialah pakar sains, jurutera dan akauntan.2.3 Kecerdasan Visual SpatialKecerdasan Visual Spatial merupakan keupayaan untuk mempersepsi gambaran ruang secara tepat dan keupayaan untuk berfikir tiga dimensi. Indiviu yang cenderung dalam kecerdasan ini juga dapat mengenali objek, bentuk, warna dan corak dalam persekitaran. Seseorang individu juga dapat berfikir dalam bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi. Mereka juga dapat menceritakan dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara objek dalam ruang. Kecerdasan visual-ruang ini membolehkan seseorang mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Individu yang cerdas dalam bidang ini biasanya gemar: Membuka dan memasang semula sesuatu alat dan melihat peta. Menconteng, melukis, mewarna atau mencipta gambaran tiga dimensi. Menyusun suai gambar (jigsaw puzzle), teka kata dan menyudahkan permainan berselirat (maze).Bagi ahli fikir yang kreatif seperti Thomos Edison dan Henry Ford dan Leonardo da Vinci, membuat nota dalam bentuk peta minda dan gambar lucu. Nota atau catitan seperti ini disusun mengikut kod indeks untuk menggalakkan pengaliran idea (Radin Halima, 2003). Di antara jenis pekerjaan yang berkait dengan kemahiran ini ialah pengukir, nakhoda kapal dan arkitek..2.4 Kecerdasan KinestatikKecerdasan Kinestatik adalah merupakan keupayaan untuk mengawal pergerakan badan dan untuk menangani objek dengan mahir. Ia juga berkaitan dengan keupayaan untuk memanipulasi objek dan mahir secara fizikal. Individu yang mempunyai kecerdasan ini berkebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seterusnya individu ini gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka biasanya gemar: Menggunakan bahasa badan. Aktif bersukan dan melakukan aktiviti fizikal. Membuat kraftangan dan projek mekanikal ( manipulatif ). Menari dan berlakon.Howard Gardner, Elaine de Beufort dan Ned Hermann melakukan aktiviti jasmani atau kinestatik sebagai satu darjah kecerdasan dalam bentuk yang tersendiri. Edwin Land mendapat idea kreatif semasa berjoging dan berjalan di waktu pagi sehingga tercipta kamera Polaroid (dalam Radin Halima, 2003). Di antara jenis pekerjaan yang berkait dengan kemahiran ini ialah pakar bedah, penari, ahli sukan dan penukang.2.5 Kecerdasan MuzikKecerdasan Muzik adalah merupakan kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Individu yang cerdas dalam bidang ini biasanya gemar: Mendengar dan bermain muzik. Bernyanyi, bersenandung dan bergerak mengikut muzik. Menyesuaikan perasaan kepada muzik dan irama. Boleh mengingati dan bekerja dengan bentuk muzik yang berlainan.Di Jepun, 1.64 juta kanak-kanak pra sekolah mengikuti kursus yang dianjurkan oleh Kumon. Toru Kumon-The Weekly News Magazine, 1991 menyatakan bahawa semua kanak-kanak boleh menjadi pintar dalam matematik, tetapi ia haruslah bermula dengan muzik. Pernyataan Lozanov pula, muzik jika gunakan dengan betul akan menguatkan daya ingatan dan mempermudahkan pembelajaran (dalam Radin Halima, 2003). Di antara jenis pekerjaan yang berkait dengan kemahiran ini ialah composer dan ahli muzik.2.6 Kecerdasan Interpersonal (antara perseorangan)Kecerdasan Interpersonal adalah merupakan kemahiran untuk menerap dan bergerakbalas secara sesuai terhadap mood, perangai, motivasi, dan kehendak orang lain. Mereka yang berkemahiran ini mempunyai kebolehan untuk memahami dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Individu yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan untuk memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Seterusnya dapat memberi motivasi kepada orang lain. Individu yang cerdas dalam bidang ini biasanya gemar: Bekerja sebagai ahli kumpulan yang berkesan. Membina satu kata sepakat dan berasa empati dengan orang lain. Berkawan, memimpin, berkongsi dan menjadi orang pengantara. Pembelajaran kooperatifSecara keseluruhan penganut pelbagai agama juga amat mementingkan hubungan sosial yang baik sesama dalam kehidupan seharian sama ada keluarga, persekitaran ataupun di sesuatu organisasi. Individu perlu menguasai kecerdasan ini supaya dapat menyesuaikan diri dengan rakan sebaya dan persekitaran sosial. Di antara jenis pekerjaan yang berkaitan dengan kemahiran ini ialah guru, pakar kaunseling, ahli terapi dan jurujual2.7 Kecerdasan IntrapersonalKecerdasan Intrapersonal merupakan kemahiran untuk memahami perasaan sendiri dan keupayaan untuk membezakan antara perasaan-perasaan tersebut dan cuba menggunakan perasaan tersebut untuk memandu tingkah laku. Mereka yang mempunyai kemahiran inijuga mempunyai pengetahuan tentang kekuatan, kelemahan, keinginan dan kecerdasan sendiri. Tegasnya, ia merupakan keupayaan untuk memahami diri sendiri. Kebolehan ini memberi keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Secara keseluruhannya seseorang itu kelihatan murung dan mengelamun tetapi sentiasa berwaspada dan bewawasan. Mereka biasanya gemar: Belajar melalui pemerhatian dan pendengaran. Mengawal perasaan dan angin (mood) sendiri. Mendalami dan meneruskan minat, peribadi dan menetapkan agenda sendiri. Menggunakan kecekapan metakognitif.Pakar motivasi Dennis Waitly mengatakan bahawa hanya sedikit orang sahaja yang menggunakan kecerdasan intrapersonal (Radin Halima, 2003). Robert Stenberg menyatakan kecerdasan jenis ini adalah kecerdasan pengurusan diri. Mereka yang cerdas dalam intrapersonal mampu menguruskan dirinya pada pada setiap hari supaya dapat menghasilkan kecemerlangan yang optimum.2.8 Kecerdasan NaturalisKecerdasan Naturalis ialah potensi mengenal pasti pola atau bentuk dalam alam sekitar serta sensitif terhadap perubahannnya. Individu yang mempunyai kecerdasan ini adalah bkebolehan mengenal, mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan. Individu yang cerdas dalam bidang ini biasanya gemar: Mendengar bunyi-bunyian semula jadi. Menghabiskan masa aktiviti di luar. Mengesan pertalian dalam alam semula jadi. Memerhatikan tumbuh-tumbuhan, mengumpul batuan, menangkap serangga dan memelihara haiwan peliharaan.Kecerdasan ini telah berkembang sejak zaman revolusi manusia di mana manusia bekerja sebagai pemburu, pemungut hasil dan petani. Mereka suka berkebun, memelihara tanaman di rumah dan membina landskap yang indah. Di antara jenis pekerjaan yang berkait dengan kemahiran ini ialah peladang, ahli botani, ahli ekologi dan ahli landskap.3.0KESIMPULANGardner berpendapat bahawa seseorang individu boleh cemerlang dalam satu bidang tetapi dalam bidang yang lain kemungkinan mereka gagal melakukannya dengan baik. Sebagai contoh, seorang pelumba kereta F1 mungkin cemerlang dalam bidang tersebut tetapi tidak berjaya dalam bidang yang melibatkan penaakulan, begitu juga sebaliknya.Setiap manusia dikurniakan potensi yang berbeza-beza dalam fitrahnya. Menurut Howard Gardner lagi, manusia mempunyai pelbagai kebolehan social, namun tidak seorang pun baik dalam semua perkara(kebolehan) ataupun lemah dalam semua perkara. Beliau juga percaya bahawa satu daripada lapan kecerdasan ini boleh dirosakkan akibat daripada kecederaan otak, di mana setiap satu melibatkan kemahiran kognitif yang unik.SOALAN 3 :SOALAN 1 : NYATAKAN PERBEZAAN PENGERTIAN PERSAHABATAN MENURUT KACAMATA KANAK-KANAK DAN ORANG DEWASA.JAWAPAN :1.0 PENGENALANMenurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2002), perkataan sahabat membawa maksud kawan, teman dan taulan. Persahabatan pula adalah perihal bersahabat. Manakala menurut Duck (1991) dalam Asmah Bee (2006) mendefinisikan friendship is a voluntary bond between two people and the above ideals can be seen as part of an unwritten contract contract between them, whose violation can become the grounds for the dissolution of the relationship. Menurut Douvan dan Gold (1996) dalam Rahim (2004) kajian tentang perhubungan rakan sebaya (persahabatan) menunjukkan satu trend terhadap saling sokong menyokong melalui ketaatan dan kemesraan. Persahabatan ialah istilah yang digunakan untuk menandakan tingkah laku kerjasama dan sikap tolong menolong antara dua atau lebih orang. Ia berlaku antara orang-orang yang mempunyai kesamaan intelektual dan emosi. Nilai persahabatan biasanya berasal daripada seseorang individu yang menampilkan tingkahlaku kecenderungan untuk mengingini apa-apa yang terbaik bagi pihak yang lain, simpati dan empati , kejujuran khususnya dari segi menegaskan kelemahan pihak yang lain dan juga persefahaman. Semuanya menampilkan tingkah laku secara tekal.2.0PERBEZAAN PENGERTIAN PERSAHABATAN MENURUT KACAMATAORANG DEWASA DAN KANAK-KANAK. Pandangan tentang erti persahabatan ini mempunyai pelbagai perbezaan di antara satu sama lain. Persahabatan menurut kacamata orang dewasa adalah sesuatu perhubungan yang biasa, yang melibatkan sesuatu perhubungan bersama, berkongsi idea, memahami di antara satu sama lain dalam erti idea dan perasaan juga bersama-sama, menenangkan perasaan semasa kesusahan dan kemurungan di antara satu sama lain.Persahabatan menurut kacamata kanak-kanak pula ialah persahabatan dimulai dengan sesuatu yang konkrit iaitu aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan . Berpandukan kepada umur kanak-kanak perhubungan itu dimulakan dengan kefahaman bersama secara psikologi dan pemahaman perasaan ( Damon, 1998; Harup & Abecassis, 2004) dalam Laura E.Berk (2009). Biar apa juga pandangan tentang persahabatan ini, namun nilai dan kepentingan yang wujud daripadanya merupakan sesuatu yang amat penting dalam membentuk semangat kemanusiaan sejagat.Perbezaan konsep persahabatan antara kanak-kanak dan orang dewasa begitu ketara. Ini adalah kerana orang dewasa memandang berat nilai persahabatan yang berlandaskan teman setia peneman di sisi sepanjang masa suka dan duka. Sahabat-sahabat juga merupakan individu yang telah dikenali sekian lama. Sebaliknya bagi kanak-kanak, mereka baru sahaja berpeluang berinteraksi dengan kanak-kanak yang lain terutamanya bagi yang baru memasuki alam persekolahan. Kanak-kanak terdedah kepada pelbagai perhubungan dengan berbagai-bagai rakan tidak mengira peringkat umur. Namun begitu mereka mengutamakan perhubungan rakan sebaya daripada perhubungan biasa di kalangan kawan-kawan. Kanak-kanak menganggap sahabat mereka sebagai sahabat sepermainan sahaja lalu tidak terlalu mementingkan nilai persahabatan.3.0 KESIMPULANMeskipun berbagai pengertian dalam persahabatan ini, tidak kiralah menurut kacamata individu di peringkat mana sekalipun namun ia tetap membawa objektif yang sama dan dimensi yang sama. Menurut Rahil (2005) dimensi lain dalam persahatan ialah kemesraan iaitu perasaan berdekatan. Kemesraan juga melibatkan aspek pendedahan rahsia diri, keyakinan dan ekslusiviti. Sahabat adalah lebih terbuka, boleh mendengar dan menyimpan rahsia. Sahabat juga boleh dipercayai, tidak berdendam dan tidak akan membocorkan segala yang telah disampaikan kepadanya. Kemesraan dapat dilihat dalam kesediaan rakan mendedahkan segala rahsia tentang dirinya dan perasaan empati merupakan kunci kepada aspek persahabatan.SOALAN 4 :NYATAKAN 3 TINGKAT PERHUBUNGAN PERSAHABATAN KANAK-KANAKJAWAPAN :1.0PENGENALANPerhubungan dalam bentuk persahabatan ini telah bermula sejak zaman Greek Kuno. Ia merupakan suatu bentuk perhubungan yang menampakkan fungsi dan sumbangan yang diberikan dalam proses yang berlaku. Menurut Wright (1978) dalam Asmah Bee (2006), menyatakan persahabatan mempunyai bentuk dan cirinya yang tersendiri dan merangkumi keadaan dan sifat-sifat seperti sukarela, tidak formal, dinamik, memuaskan dan berkomunikasi.2.0TIGA TINGKAT PERHUBUNGAN PERSAHABATAN KANAK-KANAKPelbagai kajian telah dijalankan kepada kanak-kanak prasekolah hingga tahap remaja tentang pendapat dan idea-idea mereka tentang persahabatan. Umumnya, semua kajian mempunyai dasar yang sama iaitu responden diarah menamakan seorang sahabat baiknya serta menerangkan kenapa kanak-kanak itu dipilih sebagai sahabat karibnya. Responden juga disoal seterusnya mengenai harapan mereka kepada sahabat masing-masing. Berdasarkan jawapan responden,Damon (1977) dalam Laura E.Berk (2009), membina teori dan membahagikannya kepada tiga tahap iaitu :2.1Tahap 1 : Sahabat sebagai kawan sepermainan.Tahap ini berlaku ketika kanak-kanak berumur 4 7 tahun. Pada tahap ini sahabat dianggap sebagai rakan sepermainan sahaja. Pemilihan sahabat pula adalah terdiri daripada kanak-kanak yang tinggal berhampiran dengan rumahnya, mempunyai banyak alat permainan serta berminat pada aktiviti-aktiviti yang sama. Hubungan persahabatan dipereratkan lagi dengan pemberian dan perkongsian barang-barang permainan. Di dalam satu kajian Selman (1980) dalam Laura E.Berk (2009), menyatakan semua kanak-kanak prasekolah memahami keunikan persahabatan. Mereka akan mengatakan seseorang yang dipanggil kawan ialah seseorang yang diminati. Persahabatan ini masih lagi diperingkat permulaan dan belum lagi dicabar dalam jangka masa yang panjang. Kanak-kanak pada peringkat ini akan mengatakan persahabatan itu hanyalah sesuatu yang sementara dan persahabatan yang difahami mereka ialah sesuatu yang boleh digantikan. Kajian terhadap seorang kanak-kanak 5 tahun dan soalan yang dikemukakan Apakah itu kawan karib? Budak itu membalas, kawan yang baik ialah kawan yang melakukan aktiviti-aktiviti yang sama. Oleh sebab itu, pada tahap ini persahabatan senang untuk dimulakan. Misalnya seorang kanak-kanak bertemu dengan jirannya yang suka bermain anak patung lalu sebentar kemudian menjadi kawan baik. Walau bagaimanapun, persahabatan jenis ini tidak tahan lama dan mudah dihapuskan. Misalnya apabila kanak-kanak jarang bertemu, bertengkar atau seorang kanak-kanak enggan berkongsi barang mainannya maka kanak-kanak yang seorang lagi tidak akan bersahabat dengannya lagi.2.2Tahap 2 : iaitu persahabatan berdasarkan saling membantu dan saling mempercayai antara satu sama lain.Tahap ini berlaku pada kanak-kanak yang berumur antara 8 10 tahun. Persahabatan pada peringkat ini merupakan satu hubungan dua hala iaitu saling membantu dan mempercayai antara satu sama lain. Jangkaan kanak-kanak terhadap terhadap sahabat meningkat di tahap ini. Kawan adalah seorang teman yang setia, boleh dipercayai dan boleh diharap untuk membantu mereka pada bila-bila masa. Pada tahap ini perhubungan persahabatan mejadi lebih kompleks dan melibatkan keadaan psikologi. Oleh sebab itu, hubungan persahabatan lebih sukar untuk dimulakan berbanding Tahap 1. Menurut Damon (1988) dalam Laura E.Berk (2009), dinyatakan curahan idea seorang kanak-kanak berumur 8 tahun yang diajukan soalan, Mengapakah Shelly menjadi pilihan kawan awak? Kanak-kanak itu menjawab, Kerana dia selalu menolong saya apabila saya menghadapi perasaan sedih dan beliau akan selalu mendengar masalah saya. Soalan seterusnya, Mengapakah Shelly ialah yang terbaik?. Kanak-kanak itu membalas, Saya telah mengenali beliau lebih lama dan saya duduk berdekatan dengan dia di dalam kelas dan saya juga mengenali dia dengan lebih mendalam. Soalan diajukan lagi, Mengapakah kamu menyukai beliau lebih berbanding dengan kawan-kawan yang lain? Kanak-kanak itu menjawab, Dia telah melakukan banyak perkara untuk saya. Dia tidak pernah membantah atau mengkritik saya, dia tidak pernah makan di depan saya, dia tidak pernah meninggalkan saya apabila saya menangis dan juga selalu menolong saya di dalam kerja rumah saya. Soalan terakhir yang ditanya , Bagaimanakah kamu ingin mendapatkan orang lain menyukai kamu? Kanak-kanak itu menjawab, Jika kita baik kepada semua orang maka orang lain akan baik dengan kita. Keikhlasan dan kejujuran seseorang sahabat itu sangat penting untuk mengeratkan lagi tali persahabatan, maka persabatan boleh dihapuskan apabila berlaku hilang kepercayaan. Menurut ( Damon, 1977; Selman, 1980) dalam Laura E.Berk (2009), Apabila persahabatan terbentuk maka kepercayaan menjadi ciri utama. Anak peringkat sekolah menyatakan bahawa persahabatan yang baik di dasarkan pada tindakan yang baik. Oleh itu, anak yang lebih tua menganggap kesalahan kepercayaan, seperti tidak membantu teman yang memerlukan bantuan, melanggar janji dan bergosip di belakang seorang teman, sebagai kesalahan serius.Dan perpecahan tidak boleh diperbaiki hanya dengan bermain baik setelah konflik, seperti anak-anak muda lakukan. Sebaliknya, permintaan maaf dan penjelasan yang diperlukan2.3Tahap 3 : iaitu persahabatan berdasarkan saling memahami dan lebih bersifat intimasi.Persahabatan jenis ini muncul apabila kanak-kanak berumur 11 15 tahun dan ke atas. Kanak-kanak mula mementingkan nilai persahabatan, apabila umur mereka semakin meningkat. Kini sahabat ialah orang yang memahami segala tingkah laku, personaliti dan emosi mereka. Malah sahabat juga mengetahui segala rahsia dan perasaan hati mereka. Ternyata sahabat ialah seorang yang boleh mendengar serta menyelesaikan segala masalah terutamanya masalah emosi. Pada tahap ini persahabatan sangat stabil kerana sahabat sudah lama dikenali lalu trait-trait personaliti, tingkah laku dan kelakuan sudah diketahui. Sekiranya berlaku pertelingkahan, ia lebih mudah diselesaikan kerana mereka saling memahami dan sedia memaafkan sahabatnya yang bersalah. Hanya kejadian-kejadian yang serius sahaja boleh memutuskan tali persahabatan. Satu kajian yang dilakukan oleh Damon (1977) dalam Laura E.Berk (2009), persoalan diajukan kepada seorang kanak-kanak remaja seperti berikut, Kita memang memerlukan seseorang yang boleh dipercayai dan mencurahkan segala perbuatan kita dan kita tidak mahu seseorang itu memberitahu ataupun membesar-besarkan perkara yang diberitahu. Kerana itulah kita memerlukan seorang kawan sejati. Adakah kerana itu Jimmy menjadi kawan karib kamu? Kerana dia dapat menyimpan semua rahsia kamu? Kanak-kanak remaja itu menjawab, Ya dan selain daripada itu kami juga menyukai semua perkara bersama. Kita juga memahami antara satu sama lain. Emak saya pernah brkata kita berdua bagai pinang dibelah dua. Soalan ditanya lagi, Pernahkah kamu memarahi Jimmy? Jawabnya , Tidak pernah. Soalan seterusnya ditanya, Bagaimana jika pada suatu hari Jimmy akan melakukan perkara yang akan menaikkan kemarahan kamu? Kanak-kanak remaja itu menjawab, Dia masih akan menjadi kawan baik saya. Saya akan berdepan dengan beliau dan menyatakan kepada dia kesalahan yang dilakukan dan berharap Jimmy akan memahaminya. Namun begitu, saya juga mungkin bersalah bergantung kepada situasi tertentu. Menurut Steinberg ( 2003 ) dalam Indri Kemala ( 2007 ) menyatakan, remaja yang usia 15 18 tahun mengalami banyak perubahan secara kognitif, emosional dan sosial, mereka berfikir lebih kompleks, secara emosional lebih sensitif dan lebih sering menghabiskan waktu bersama dengan teman-temannya.3.0KESIMPULANPersahabatan meskipun mempunyai peringkat-peringkat menurut tahap umurnya namun matlamat daripada perhubungan persahabatan itu tetap sama. Menurut Jas Laile (2008), persahabatan sebenarnya merupakan satu hubungan informal antara dua atau lebih orang. Perhubungan persahabatan ini dilakukan secara sukarela iaitu tiada seseorang pun boleh dipaksa untuk bersahabat dengan orang lain. Walau bagaimanapun, kadangkala seseorang individu mungkin terpaksa bersahabat dengan seseorang kerana mereka sentiasa bertemu ataupun bekerja atau belajar di tempat yang sama. Di samping itu, hubungan persahabatan juga disebut hubungan dua hala kerana kedua-dua pihak yang terlibat akan menerima kepuasan daripada perhubungan tersebut. Apa juga keadaannya seseorang individu itu perlulah bijak untuk memilih sahabat bagi memenuhi kehendak masing-masing. Kanak-kanak juga perlu diberi bimbingan ke atas pemilihan sahabat mereka di persekitaran.RUJUKANAsmah Bee Md. Nor. 2006. Kesan Persahabatan ke Atas Kesejahteraan Hidup Wanita.Kertas kerja Seminar Psikologi Pembangunan Komuniti. Kuala Lumpur. 20 21 Disember.Asmawati Desa, 2004.Psikologi Untuk Golongan Professional. Kuala Lumpur: McGraw-HillJas Laile Suzana Jaafar. 2008.Psikologi Kanak-kanak dan Remaja. Selangor. Arah Pendidikan Sdn Bhd.Haliza Hamzah, Joy N.Samuel. 2009.Perkembangan Kanak-kanak untuk Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan.Kuala Lumpur. Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.Laura E. Berk. 2009.Child Development.Illinois State University. Pearson.Marof Redzuan, Haslinda Abdullah. 2004.Psikologi Edisi Kedua.Kuala Lumpur. McGraw Hill.Mok Soon Sang. 2010.Psikologi Pendidikan untuk Pengajaran dan Pembelajaran.Selangor. Penerbitan Multimedia Sdn.Bhd.Poon Chong Khim. 2007.Pola Kecerdasan Pelbagai Di Kalangan Pelajar Pintar Cerdas.Universiti Teknologi Malaysia : Kertas Projek Peringkat Sarjana.Radin Halima Radin Jaffar ( 2003 ).Kecerdasan Pelbagai dan Personaliti di KalanganPelajar Tingkatan 4 Aliran Sains di Sekolah Aminuddin Baki, Johor Bahru.Satu Kajian Kes.Universiti Teknologi Malaysia : Journal PeringkatSarjana Muda.Rahil Mahyuddin, Maria Chong Abdullah & Habibah Elias. 2005.Psikologi Kanak-kanak dan Remaja.Kuala Lumpur. Mc Graw Hill Education.Salhah Abdullah. 2009.Kecerdasan Pelbagai. Aplikasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran.Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Professional Publishing Sdn Bhd.Share this: