nota pj

40
PJM 3110 | SHAFIQA AHMAD

Transcript of nota pj

Page 1: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Page 2: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

PENGENALAN

Aktiviti-aktiviti PJ terdiri daripada aktiviti yang melibatkan kemahiran psikomotor iaitu

lokomotor seperti berjalan, melompat, membaling dan menyambut merupakan

kemahiran asas untuk kehidupan. Kemahiran-kemahiran ini seterusnya digunakan

dalam aktiviti permainan dan sukan seperti olahraga, mendaki dan lain-lain.

Aktiviti-aktiviti fizikal dalam PJ mempunyai hubungan rapat dengan sukan. Permainan-

permainan kecil yang dijalankan dalam aktiviti PJ merupakan lead-up games kepada

sukan. Ia bertujuan untuk menghasilkan perubahan tingkahlaku dari segi fizikal, mental,

emosi dan sosial. Oleh itu aktiviti-aktiviti PJ digabungjalinkan dengan sukan, rekreasi

dan kesihatan.

SEJARAH UMUM PERKEMBANGAN SUKAN

NORSHAFIQAH BT AHMAD

PISMP PK BM/PJ1

Page 3: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Bagaimana sukan wujud?

Sejak kuno lagi, menusia telah melakukan aktiviti sukan terutamanya pada

zaman itu ialah ‘survival’. Contoh aktiviti survival seperti berlari, melompat,

memburu, berenang, melontar batu dan lembing.

Asal usul kebanyakan aktiviti sukan adalah hasil dari hasrat manusia untuk hidup

dan percaya bahawa aktiviti fizikal ini dapat mempertahankan diri dari musuh

dan menyara diri.Selain itu, sukan juga wujud hasil dari kepercayaan

masyarakat. Contohnya masyarakat Zunis percaya dengan ‘permainan hujan’

mereka akan mendapat hujan.

Sukan juga merupakan satu upacara keagamaan iaitu dari zaman pra-sejarah

hingga zaman klasik sudah wujud hubungan antara sukan dengan upazara

keagamaan. Contohnya, di zaman Greece, sukan olympic diadakan bagi

menghormati Dewa Zeus.

Aktiviti sukan seperti memanah, berkuda, gusti dan berpedang wujud hasil dari

keperluan mempertahankan diri. Dengan itu manusia mencipta berbagai jenis

alat dan aktiviti sukan berunsur ketenteraan untuk menghasilkan tentera yang

kuat dan sihat.

PENDIDIKAN JASMANI DALAM TAMADUN TIMUR

CHINA.

Tumpuan tersekat kerana masyarakat memberatkan hal-hal agama dan intelektual.

Kekuatan fizikal diabaikan kerana tidak ada keperluan ketenteraan. Bukti dalam buku

klasik mengatakan anak-anak muda dari golongan kaya terlibat dalam muzik, tarian,

seni pertahankan diri, memanah, gusti, tinju, bola sepak, polo, tarik tali, bulu tangkis

dan layang-layang. Kepercayaan orang cina tentang penyakit oleh kekurangan alat

fizikal telah mewujudkan kumpulan gimnastik dan kungfu pada  2698 SM.

INDIA

Page 4: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

• Seperti China, orang India mementingkan kehidupan berasaskan agama dan bukan

fizikal. Bukti aktiviti fizikal termasuk bermain dadu, membaling bola, lumba kereta kuda,

menunggang kuda, berpedang, tinju, gusti dan menari.

TIMUR DEKAT PURBA

( Mesir, Assyria, Babylonia, Syiria, Palestin dan Parsi )

Masyarakat ini terkonkong dengan agama dan percaya aktiviti fizikal dapat

membantu individu hidup dengan lebih bermakna.

PJ diberi galakan terutama dari pihak tentera yang berpendapat individu cergas

dapat membentuk askar yang kuat.

Remaja di Mesir dilibatkan dengan akviviti fizikal dan diajar tentang alatan

perang seperti pemukul, panah, lembing dan perisai.

Antara aktiviti yang dipelajari ialah kawad kaki, gusti, gimnastik, memancing dan

memburu.

Di negara yang berdekatan dengan Sg. Tigris dan Sg. Euphrates, PJ ditegaskan

kepada golongan berada sahaja. Aktiviti adalah seperti menunggang kuda,

memanah dan aktiviti air.

Di Parsi pula, PJ penting kepada tentera. Raja Cyrus menekankan pelajaran

moral dan pelaziman fizikal untuk ahli tentera. Kanak-kanak lelaki yang berumur

6 tahun dilatih untuk berlari, memanah, merejam lembing, menunggang kuda,

kawad dan memburu.

YUNANI (GREECE)

Yunani purba terbahagi kepada beberapa negara-negara kota antaranya ialah Sparta

dan Athens yang mempunyai objektif PJ yang berbeza. Di Sparta objektif PJ

menyumbang ke arah pembentukan tentera yang kuat.

Di Athens objektif PJ berdasarkan prinsip demokrasi dan ketenteraan tidak penting.

Orang Athens melibatkan diri dalam aktiviti fizikal bagi tujuan membina tubuh badan

dan untuk pembangunan moral, mental, fizikal dan estetik.

Empat peristiwa yang terkenal di zaman Yunani ialah :

Page 5: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Perayaan olimpia – mengingati Dewa Zeus.

Perayaan Pythia – mengingati Dewa Apollo.

Perayaan Memea – Mengingati Dewa Seus.

Perayaan Isthmia – Mengingati Dewa Poseidon.

Dalam perayaan di atas acara olahraga adalah aktiviti utama.

Sukan Olimpik pertama diadakan pada 776 SM dan dilangsungkan setiap 4

tahun sehingga dimansuhkan Rom pada 394 M.

ROM

Mempercayai senaman penting untuk kesihatan & ketenteraan walaupun tidak

menganggap permainan sebagai rekreasi. Individu berumur 17-60 tahun dikerah

berkhidmat dalam ketenteraan dan latihan fizikal adalah penting.

Mementingkan ‘profesionalisme’ berbanding dengan sifat amatur. Aktiviti seperti

pertarungan kereta kuda, pertarungan pendekar bersenjata dan manusia lawan

binatang buas amat digemari oleh masyarakat rom.

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN PERTENGAHAN

PENDIDIKAN JASMANI DI ZAMAN GELAP

Kerajaan Rom runtuh pada kira-kira 476 M dan tempoh selepas itu dianggap

sebagai zaman gelap.

Rom mengalami kejatuhan disebabkan keruntuhan moral dan fizikal dikalangan

rakyat mereka.

Pada zaman ini terdapat dua pengaruh negatif terhadap PJ iaitu kewujudan

asetisisme dan skolastisisme.

Asetisisme mementingkan hidup selepas mati dan aktiviti fizikal dianggap usaha

yang sia-sia kerana tubuh badan adalah buruk.

Mereka menganggap badan dan otak (minda) adalah 2 entiti yang berlainan.

Page 6: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Kesannya adalah Sukan Olimpik pada 394 M dihapuskan oleh Raja Theodosius

kerana dianggap pagan.

Skolastisisme pula percaya bahawa fakta (ilmu) adalah penting dalam

pendidikan iaitu untuk memperkembangkan mental dan meningkatkan kuasa

intelektual.

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN FEUDALISME

Antara abad ke-9 hingga 14 M, kerajaan adalah lemah dan menyebabkan

munculnya feudalisme.

Rakyat bergantung kepada golongan kaya dan anak bangsawan sahaja untuk

menjadi paderi ataupun kesatria (knight).

Kanak-kanak berusia 7 tahun dihantar untuk berlatih tinju, berlari, melompat,

berenang dan berpedang bagi menjadi kesatria.

Pada umur 14 tahun, kanak-kanak tersebut akan ditugaskan sebagai pembantu

kesatria(squire) dan latihan fizikal diteruskan.

Jika bernasib baik kanak-kanak itu akan menjadi kesatria pada umur 21 tahun.

PENDIDIKAN JASMANI PADA ZAMAN PEMBAHARUAN

Zaman ini adalah antara zaman gelap dan permulaan zaman moden dari abad ke-14

hingga ke abad ke-16.

Merupakan zaman perkembangan pesat manusia dalam akademik dan penggunaan

sains.

PJ diberi penghormatan kerana mental dan fizikal dianggap sebagai 2 entiti yang tidak

boleh dipisahkan dan pembelajaran dapat ditingkatkan dengan tubuh badan yang sihat.

PENDIDIKAN JASMANI NEGARA-NEGARA EROPAH

JERMAN

Page 7: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Berkait rapat dengan Basedow (1723-1790), Guts Muths        (1759-1839), Jahn

(1778-1852) dan Spiess (1810-1858).

Basedow merupakan pengasas sekolah ‘Philanthropinum’ yang mengutamakan

program pendidikan jasmani seharian untuk pelajar.

Aktiviti lain termasuk berlari, melompat, berenang, berpedang, menunggang

kuda, meluncur dan kawad kaki.

Guts Muths pula menyumbangkan karya-karya seperti ‘Gymnastics for the

young’ dan ‘Games’.

Beliau juga dianggap sebagai pengasas PJ moden di Jerman berdasarkan

sumbangannya.

Jahn merupakan pencipta alatan PJ seperti alat untuk melompat, lombol,

imbangan, berlari dan memanjat.

Spiess pula merupakan pengasas sekolah gimnastik yang mementingkan

pembangunan mental, emosi, fizikal dan sosial.

Di bawah pengaruhnya menyebabkan PJ diletak dibawah sistem pendidikan

rendah dan menengah.

Beliau juga dianggap sebagai pengasas prinsip ansur maju dalam program PJ.

SWEDEN

Per Henrik Ling(1776-1839) banyak menyumbang dalam bidang PJ di Sweden.

Beliau menganggap PJ sebagai mata pelajaran sains.

Beliau turut mengaplikasikan sains anatomi & fisiologi untuk menentukan apa

yang wujud dalam aktiviti fizikal yang mebolehkan tubuh berfungsi pada tahap

optimum.

Beliau juga menyumbang kepada menentukan kesan latihan terhadap jantung

dan sistem organik lain.

Turut mewujudkan 3 kategori gimnastik di institut gimnastiknya yang bernama

‘The Royal Central Institute Of Gymnastics’ di Stockholm.

1)  Gimnastik pendidikan

2)  Gimnastik tentera

3)  Gimnastik perubatan

Page 8: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Beliau percaya terhadap prinsip asas perbezaan individu dalam aktiviti senaman.

DENMARK

Tokoh PJ di Denmark ialah Franz Nachtegall (1777-1847). Pada tahun 1804

beliau menubuhkan Military Gymnastic Institude.

Selepas Perang Ausria dan Pnissia dalam tahun 1864, minat rakyat terhadap

gimnastik muncul semula dan Danish Rifle Clubs ditubuhkan. Ahli-ahli kelab ini

melibatkan diri dalam gimnastik dan permainan.

Pada tahun 1904 gimnastik di sekolah-sekolah diasingkan dari gimnastik

ketenteraan. Pada tahun 1921, Niles Bukh mencipta gimnastik yang dipanggil

‘primitif Gymnastiks’. Ia merupakan latihan latih tubi otot-otot besar yang

dilakukan dengan pantas dan dengan rythm. Gimnastik juga mempengaruhi

negara Eropah dan Amerika

GREAT BRITAIN

Sumbangan besar dalam program sukan seperti pendidikan pergerakan, tenis

(abad ke-13), hoki (abad ke-15), golf (abad ke-16) dan kriket (abad ke-17).

Maclaven (1820-1884) melalui kerjanya menegaskan : -

Senaman fizikal perlu untuk perkembangan optimum.

Latihan fizikal dan latihan mental tidak dapat dipisahkan.

Latihan prinsip ansur maju.

Latihan disuaikan ikut perbezaan tahap kecegasan          Individu.

Pendidikan Jasmani harus menjadi sebahagian daripada kurikulum.

PENDIDIKAN JASMANI DI AMERIKA SYARIKAT

1607-1783, Pendidikan Jasmani tidak diberi perhatian.

1784-1861 (zaman nasionalisme), pendidikan jasmani mendapat tempat yang

penting dalam masyarakat.

Latihan fizikal diajarkan program di akademi tentera.

1882, banyak gimnasium dibina dan menjadi tumpuan ramai.

Page 9: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

1900 (zaman perang saudara), acara gimnastik diperkenalkan dan dipercayai

boleh memupuk kekuatan serta otot-otot besar. Juga dapat meningkatkan

kesihatan, sahsiah sosial serta moral.

Dr. Levies (1861), membentuk latihan-latihan guru dan sekolah pendidikan

jasmani di Boston.

Perkembangan sukan mula berkembang. Persatuan tenis (1880), persatuan golf

(1894), persatuan olahraga amatur kebangsaan (1879).

1850, Pendidikan jasmani dijadikan kurikulum di sekolah rendah dan menengah.

Persatuan taman permainan & rekreasi Amerika (1960) bertujuan

membangunkan taman permainan di bandar dan luar bandar.

1920-1929, ‘golden twenties’ PJ menyumbang kepada ‘the whole individual’ bagi

membentuk fizikal, mental dan sosial.

1930-1939, “depression years”. PJ dimansuhkan dalam pendidikan kerana

masalah kewangan. Tumpuan lebih kepada dalam bidang rekreasi.

1940-1970, PJ kembali penting. Artikel “Musculer fitness and Health” (1953)

mencetus pergerakan latihan fizikal.

Presiden Eisenhower (Julai 1955) mengadakan perbincangan tentang masalah

kecergasan.

PENDIDIKAN JASMANI DI MALAYSIA

ZAMAN SEBELUM KEDATANGAN BRITISH

Tiada pendidikan formal, pendidikan jasmani tidak jelas kedudukan dalam pendidikan.

ZAMAN KERAJAAN BRITISH (1786-1941)

Sekolah Vernakular Melayu (kurun ke-19), latihan jasmani diajar di darjah 1-4

sahaja. Selepas itu diajar di ‘Special malay Class”.

1856, di ajar 2 buah sekolah di Singapura.

Sekolah Vernakular Cina (1815), Pj diajar sebagai mata pelajaran lain.

Tidak diajar di Singapura, KL, Ipoh, Muar, P. Pinang (1923-1925).

Page 10: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

1930, di ajar sekolah menengah atas, sekolah Chung Ling (P. pinang).

ZAMAN SEBELUM MERDEKA

Usul-usul membina sukatan pelajaran bermula pada 1930 berdasarkan sukatan

di England.

1946, satu sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani ditubuhkan oleh Maktab

Sultan Idris di Tanjung Malim, Perak.

1952, sekumpulan guru dihantar ke Kibly, England untuk mempelajari kaedah

pengajaran PJ.

ZAMAN SELEPAS MERDEKA

1950, Sukatan dihasilkan oleh Maktab Perguruan Sultan Idris, tanjong Malim,

Perak dan digunakan secara menyeluruh.

Sentiasa ada pindaan dan penambah baikan sehingga kini.

SEJARAH OLIMPIK

Sukan Olimpik

Ianya diadakan pada tahun 776 SM dan seterusnya diadakan empat tahun

sekali. Ia diadakan sempena menghormati Dewa Zeus dan acara-acara sukan

seperti lumba lari, gusti, tinju, ‘chariot-race’, lumba kuda dan pentathlon. Acara-

acara pentathlon ialahlompat jauh, lumba lari jarak dekat, membaling cakera,

merejam lembing dan gusti.

Sukan Olympik ini dihapuskan dalam tahun 394 A.D oleh Emperoe theodosius

yang beragama kristian. Ia menganggap sukan ini mempunyai unsur-unsur

keagamaan yang bertentangan dengan ajaran kristian.

Olimpik moden

Page 11: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Ditubuhkan pada tahun 1896 oleh Baron Pierre de Coubertien (1863-1937). Ia

berharap sukan ini dapat mendamaikan seluruh rakyat sejagat dan dapat

menghidupkan semangat sukan di Perancis.

Pada tahun 1894, jawatankuasa Olympik Moden ditubuhkan setelah persidangan

di Paris dan Greece merupakan negara pertama menjadi tuan rumah. Acara-

acara yang dipertandingkan ialah 12 acara padang dan balapan, 4 acara renang,

gusti angkat berat, 6 acara berbasikal, 3 acara fencing, 8 acara gimnastik, 4

acara menmbak dan acara tenis berseorangan dn perpasangan.

Pada tahun 1900, beberapa acara baru dimasukkan iaitu mendayung, yathing,

polo air, golf, memanah, tarik tali dan acara tenis dan golf bagi kategori wanita.

SINOPSIS PERKEMBANGAN SUKAN

Zaman Primitif

Sejak zaman ini lagi, manusia telah melakukan aktiviti-aktiviti sukan seperti berlari,

melompat, berenang dan melontar batu-batu dan lembing. Aktiviti ini adalah satu

survival dan menjadi sebahagian keperluan masyarakat pada masa itu.

Zaman Tamadun

Setelah masyarakat menjadi lebih tamaddun, keperluan-keperluan kehidupan turut

berubah dan mereka memerlukan kemahiran yang lebih ‘refine’. Dengan

mesyarakat yang sudah bertamaddun ini berkembanglah beberapa era dalam sukan

Sukan Di Zaman greece

Di zaman Greece aktiviti sukan berpandukan konsep ‘body beautiful’. Sukan ketika

ini mempunyai unsur keagamaan dan sebahagian daripada upacara keagamaan

Page 12: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

adaalh memuja Dewa Zeus. Sukan Olympik mula diakan di Greece pada 776 SM

dan terdapat peningkatan dalam proses P&P kebudayaan fizikal.

Sukan Di Zaman Sparta

Aktiviti sukan lebih kepada untuk tujuan ketenteraan. Perkembangan ini juga berlaku

di Greece dan Rom dan aktiviti sukan yang dijalankan seperti Lumba lari, gusti, tinju

Sukan Di Zaman Rom

Selepas orang-orang Greece, orang Rom membawa profesianalisma ke bidang

sukan secara besar-besaran. Pertandingan ‘gladiator’ dan chariot-race’ menjadi

kegemaran rakyat Rom

Sukan Di Zaman Pertengahan

Selepas kejatuhan empayar Rom, negara2 eropah menjadi lemah dan kucar-kacir.

Setelah sistem sosial di eropah luput, tinbul sistem feudal. Masyarakat dibahagi

kepada glongan feudal(bangsawan), gereja(clergy), petani(nerf) dan solfdahu. Pihak

gereja menentang akan permainan dan sukan. Di zaman ini terdapat banyak

institusi-institusi untuk meletak ‘knight’.

Sukan Di Zaman Pembaharuan

Zaman Pembaharuan merupakan zaman kebangkitan dan kemajuan. Ianya juga

adalah zaman perkembangan sukan untuk rakyat jelata. Pada 1896, sukan olimpik

Moden diadakan di greece.

Sukan Di England

Sukan di England menjadi satu kebudayaan kepada orang-orang England. Keadaan

iklim membolehkan mereka mengambil bahagian dalamgerakerja di luar.

Penubuhan ‘Public school’ pada abad ke 18 mempengaruhi perkembangan sukan di

Page 13: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

England dan lahirlah ‘organisal games’.

Gimnastik   Di Jerman, Sweden Dan Denmark

Friedrich Ludwig Jahn merupakan tokoh gimnastik yang bertanggungjawab

ke atas penubuhan turnverien di Jerman. Zaman ini merupakan era

turnplatz. Selepas Jahn, Adolf Spiess melanjutkan kegiatannya. Pergerakan

turnplatz berkembang ke Sweden, denmark dan negara-negara lain. Konsep

gimnastik moden tercetus dari turnplatz.

Apabila Adolf Hitler berkuasa(1993) ia memperkenal-kan ‘Hitler youth

Movement’. Pergerakan belia ini memberi tumpuan kepada latihan

ketenteraan.

  Di Sweden pula, Per Hendrick Ling memperkenalkan ‘sweden Gymnastic’.

Ia memberi penekanan pada aspek perubatan dan pemulihan.

Di Denmark seterusnya, tokoh gimnastik terkenal ialah franz Nachhtegall

dan Niels Bukh. Niels Bukh memperkenalkan ‘Primitif gymnastic’.

Kepentingan Pendidikan Jasmani

Kurikulum dan hubungkaitnya dengan sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani

a. Melahirkan insan yang seimbang dari segi keupayaan psikomotor, afektif dan kognitif

b. Sukatan Pendidikan Jasmani dilihat merupakan jalan pintas untuk melahirkan

generasi ini. Bagi membina unsur kesepaduan dan korelasi dalam kurikulum, pelajaran

Pendidikan Jasmani

.c. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh mengaplikasikan kurikulum berpusatkan

pelajar. Contohnya bermain merupakan kegemaran semulajadi pelajar dengan itu

sukatan Pendidikan Jasmani boleh menyelitkan unsur permainan bagi menarik minat

pelajar.

Page 14: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

d. Dalam sukatan Pendidikan Jasmani nilai murni seperti kerja sama, kepimpinan dan

pepaduan dapat di gabungkan dengan mudah.

e. Sukatan Pendidikan Jasmani berupaya menghindarkan masalah sosial dan membina

cara hidup sihat.

f. Mata pelajaran Pendidikan Jasmani dapat mengaplikasikan teori kurikulum

pramatism. Pemikiran kreatif, negatif, positif, analitis, logik, kritikal, emotif, nilai,

sistematik, intituitif dapat di bina dalam mata pelajaran Pendidikan Jasmani. Contohnya

kenapa pemain bola sepak bertubuh kecil lebih menonjol sebagai pemain tengah.

Pelajar akan berfikir secara analitis dan kritis untuk memberi jawapan.

Kriteria Pembentukan Kurikulum

Dalam membentuk kurikulum terdapat beberapa kriteria reka bentuk yang perlu dikaji,

dianalisis dan dipilih oleh pembangunan kurikulum. Reka bentuk ini boleh dikategorikan

kepada 3:

i. Berpusatkan Subjek

ii. Berpusatkan Pelajar

iii. Berpusatkan Masalah

Reka Bentuk Berpusatkan Subjek

Reka bentuk berasaskan subjek adalah berpaksikan ilmu dan isi kandungan pelajaran.

Reka bentuk berasaskan subjek terdiri daripada:

i. Reka Bentuk Matapelajaran

Page 15: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

ii. Reka Bentuk Disiplin

iii. Reka Bentuk Bersepadu

iv. Reka Bentuk Korelasi

(a) Reka Bentuk Matapelajaran

Reka bentuk ini terkenal dan kerap digunakan dalam mereka bentuk kurikulum. Reka

bentuk matapelajaran merupakan reka bentuk yang berkaitan dengan isi kandungan

pelajaran yang terdapat dalam buku teks. Ilmu di susun menjadi teratur seterusnya

berperanan sebagai matapelajaran. Bagi memudahkan pembelajaran, konsep juga di

susun daripada yang ringkas ke kompleks. Tumpuan pelajaran dalam reka bentuk ini

tertumpu kepada proses mengingat dan memahami.

(b) Reka Bentuk Disiplin

Setiap matapelajaran mempunyai disiplin ilmu tersendiri, disiplin adalah cara atau

proses sesuatu matapelajaran. Reka bentuk disiplin menekan isi kandungan dan proses

disiplin sesuatu ilmu. Contohnya dalam mengajar matapelajaran Pendidikan Jasmani

selain daripada kemahiran, guru perlu mengajar disiplin sesuatu kemahiran atau

permainan.

Dengan kata lain pelajar bukan sahaja di ajar kemahiran dalam permainan tetapi

disiplin berkaitan dengan kemahiran atau permainan juga ditekankan. Reka bentuk ml

dibina berdasarkan proses mengenalpasti struktur ilmu serta disiplin sesuatu subjek

dan kaedah atau proses yang terlibat untuk menjana ilmu dalam sesuatu bidang.

(c) Reka Bentuk Bersepadu

Reka bentuk ini menyatukan dua atau lebih subjek yang menjadi satu matapelajaran

yang bersepadu. Reka bentuk mi akan membekalkan pelajar dengan ilmu yang

bersepadu dan tidak terasing. Reka bentuk ml menghilangkan sempadan

matapelajaran dan disiplin. Pelajar akan melihat ilmu sebagai satu yang bersepadu dan

Page 16: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

lebih bermakna. Contohnya dalam matapelajaran sains yang terdiri daripada biologi,

fizik dan kimia disepadu diperingkat sekolah menengah rendah sebagai sains.

(d) Reka Bentuk Korelasi

Reka bentuk ini mengaitkan maklumat antara satu subjek dengan subjek bertujuan

mengurangkan pemisahan antara subjek. Sebagai contoh seorang guru Pendidikan

Jasmani boleh berkerjasama dengan guru sejarah bagi menghasilkan portfolio yang

bertajuk perkembangan bola sepak dan zaman penjajah hingga ke sekarang.

Dalam reka bentuk ini pendidik-pendidik bagi subjek yang berkaitan perlu berkerjasama

dan memberi komitmen yang tmnggi. Mereka perlu berbincang dan berkerjasama

dalam memikirkan dan merancang kursus atau tugasan yang mengaitkan makiumat

dan subjek-subjek yang berlainan.

Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar

Reka bentuk ini menganggap pelajar merupakan elemen yang penting dalam bidang

pendidikan. Reka bentuk berpusatkan pelajar berdasarkan kepada falsafah

progressivesme. Reka bentuk berpusatkan pelajar terbahagi kepada 3 kategori iaitu:

i. Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar

ii. Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman

iii. Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

(a) Reka Bentuk Berpusatkan Pelajar

Dalam reka bentuk berpusatkan pelajar pembinaan kurikulum adalah berdasarkan

kepada pendekatan semula jadi pelajar ketika belajar. Reka bentuk mi menganggap

Page 17: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

pemikiran pelajar akan berkembang jika mereka di ben peluang untuk belajar

berdasarkan kegemaran dan keperluan pelajar. Contohnya oleh kerana sifat

kanak¬kanak sekolah rendah suka bermain, dalam membina kurikulum Pendidikan

Jasmani unsur permainan diselitkan.

(b) Reka Bentuk Berpusatkan Pengalaman

Reka bentuk berpusatkan pengalaman sama seperti reka bentuk berpusatkan pelajar

iaitu memberi penekanan terhadap minat dan keperluan pelajar ketika membiria

kurikulum. Namun kedua-kedua reka bentuk berbeza kerana berdasarkan reka bentuk

berpusatkan pengalaman, minat dan keperluan pelajar tidak boleh di jangka oleh itu

kurikulum tidak akan dapat dirancang dengan awal. Kurikulum akan dibina setelah

pendidik mengenali pelajar.

(c) Reka Bentuk Berpusatkan Humanistik

Reka bentuk mi mementingkan konsep kendiri kepada pelajar, pelajar akan belajar dan

membina tugasan atas kesedaran din sendiri. Reka bentuk berpusatkan humanistik

menyepadukan unsur kognitif dan afektif. Reka bentuk mi memberi penekanan isi

kandungan, kognitif, pengalaman dan perasaan. Dengan kata lain Reka bentuk

berpusatkan humanistik menekankan secara seimbang aspek pemikiran, perasaan dan

amalan. Reka bentuk ni menekankan kepada pendidikan dan pembangunan insan

secara keseluruhan.

Reka Bentuk Berpusatkan Masalah

Reka bentuk berpusatkan masalah memberi fokus kepada masalah dalam kehidupan.

Reka bentuk berpusatkan masalah meletakkan peranan pembelajaran berdasarkan

pengalaman individu dan kemasyarakatan.

Page 18: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

(a) Reka Bentuk Situasi – Kehidupan

Reka bentuk mi lebih mirip kepada teori konsektual. Reka bentuk situasi - kehidupan

berpendapat pembelajaran akan menjadi bermakna jika pembelajaran itu boleh

diaplikasikan dalam kehidupan secara terus. Keperluan dan keupayaan pelajar berfikir

dalam menyelesaikan masalah juga menjadi dasar dalam reka bentuk mi.

Oleh itu kurikulum perlu di bina dengan memberi penekanan terhadap penyelesaian

kepada masalah-masalah dalam kehidupan sebenar. Dengan kata lain kunikulum yang

terbentuk dalam reka bentuk mi akan membantu pelajar membuat generalisasi tentang

masalah yang berkaitan dengan kehidupan di dunia yang sebenar.

(b) Reka Bentuk Semula Masyarakat

Reka bentuk mi berorientasmkan masyarakat, neka bentuk mi mengaitkan hubungan

kurikulum dengan penkembangan masyarakat dan aspek sosial, politik dan ekonomi.

Kurikulum dilihat berupaya menjadm agen penubahan dalam masyarakat. Kurikulum ni

menyerapkan nilai-nilai dan etika bagi melahirkan masyanakat yang berkualiti.

Ciri-ciri Pembentukan Kurikulum

Kurikulum PJ yang jitu bercirikan:

a. Ianya telah difikirkan sebagai sebahagian yang penting daripada usaha yang penuh

sekolah.

b. Mencerminkan sifat & keperluan masyarakat demokratik di mana wujud

penghormatan terhadap minat & keupayaan semua individu yang hidup.

c. Ianya dirancang selaras dengan aliran pengalaman yang tidak putus-putus bermula

daripada awal kanak-kanak & merentasi pendidikan selepas sekolah menengah &

sepanjang hidup seterusnya.

Page 19: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

d. Ianya seimbang dan boleh memberi beberapa pengalaman yang akan menyumbang

kepada kesudahan yang dikehendaki untuk semua peringkat umur.

e. Ianya berpegang teguh atau bersifat tidak berganjak daripada falsafah wawasan,

arah aliran atau trend utama kaedah dan bahan PJ umumnya.

f. Ianya berasaskan kepada kriteria yang ketat atau rapi untuk memilih kandungan.

g. Mengajar dan menggalakkan pertumbuhan profesional terhadap pelajar.

h. Ianya mempunyai kaitan dalam beberapa perkara yang signifikan dengan

masyarakat

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN

JASMANI

KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN PENDIDIKAN JASMANI

Kaedah adalah cara bagaimana sesuatu isi pelajaran itu disampaikan dan teknik

merupakan cara yang lebih teliti lagi dalam penyampaian isi pelajaran itu. 

Kaedah kaedah yang digunakan dalam Pengajaran Pendidikan Jasmani  

Terdapat beberapa kaedah yang digunakan untuk mengajar matapelajaran Pendidikan

Jasmani. Antara kaedah yang disarankan ialah : 

Page 20: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Kaedah Kuliah 

Kaedah Perbincangan 

Kaedah Kuliah-Demonstrasi 

Kaedah Latihan 

Kaedah Penemuan 

Kaedah Projek 

Kaedah Persembahan Lisan 

Kaedah sebahagian-keseluruhan. 

Kesemua kaedah-kaedah diatas boleh digunakan dalam sesi pengajaran dan

pembelajaran Pendidikan Jasmani (PJ), tetapi hanya dua kaedah yang popular

digunakan iaitu kedah kuliah dan keadah kuliah-demonstrasi. 

KAEDAH KULIAH  

Kaedah ini adalah kaedah yang luas digunakan untuk kelas-kelas teori dan praktikal. Ia

lazim digunakan didalam kelas yang memerlukan kedua-dua bahagian teori dan

praktikal. Penilaian dan memberi maklum balas tidak boleh diberikan semasa kuliah.

Dengan itu kuliah perlu digunakan untuk memberi motivasi kepada pelajar atau

memberi taklimat berkenaan dengan matlamat guru. Walau bagaimanapun, kuliah

boleh memberi manfaat jika ia dirancang dengan rapi dan disampaikan dengan penuh

semangat. Ia lebih berkesan lagi jika bergabung dengan teknik lain. 

Berikut adalah satu contoh kuliah yang boleh digunakan dalam sesi pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Jasmani : 

Pengenalan  

Menerang dan menjelaskan skop pelajaran .

Memeberitahu pelajar apa yang dikehendaki daripada mereka 

Cuba membangkitkan minat 

Sentiasa senyum, menghadap kelas dan bercakap dengan pelajar termasuk

pelajar di barisan belakang. 

Page 21: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Persembahan  

Kuat tetapi nada mesra 

Jelas percakapan dan pilih perkataan yang sesuai.Huraikan istilah yang

digunakan 

Bercakap dengan semua pelajar 

Menggunakan teknik-teknik lain seperti penyoalan, papan tulis, demonstarsi

dan lain-lain 

Ulang butiran penting 

Guna lawak jenaka 

Mengatahui isi kandungan pelajaran dan yakin 

Penutup  

- Mengulangi point-point utama 

- Menggalakkan perbincangan 

- Meneguhkan point yang lemah 

KAEDAH KULIAH – DEMONSTRASI  

Kaedah ini merupakan kaedah utama yang digunakan oleh guru Pendidikan Jasmani.

Demonstarsi boleh digunakan oleh guru. pelajar atau kumpulan pelajar. Kaedah ini

melibatkan demonstarsi lisan dan penglihatan, dengan itu ia menambahkan lagi nilai

kaedah ini. Biasanya demonstarsi digunakan untuk menggambarkan penerangan lisan. 

Berikut adalah contoh kaedah kuliah-demonstarsi yang boleh dipraktikan dalam

pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani : 

Pendahuluan  

- Susun pelajar supaya mereka boleh dengar dan lihat. Pelajar boleh duduk,

melutu dan berdiri .

Page 22: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

- Mnegenalkan tajuk atau aktiviti dengan menggunakan kaedah kuliah 

- Kaitkan kemahiran dengan apa yang dipelajari sebelum ini.

Demonstrasi 

- Melakukan demonstarsi mengikut kadar pergerakan sebenar 

Ikut cara dan prosedur yang piawai 

- Gunakan istilah yang piawai untuk mengelakkan kekeliruan 

Demonstrasi dan pengajaran 

- Semasa membuat pelakuan , beri butiran yang sepatutnya 

- Beri sebab tentang cara sesuatu pergerakan dilakukan 

- Terang dengan sepenuhnya mengenai pergerakan yang tidak dapat dilihat

jika ia tidak diberitahu. 

- Gunakan kaedah ansur maju dan megajar mengikut turutan yang

sebenarnya. 

- Kaitkan petalian antara kemahiran yang baru belajar dengan pengalaman

lepas. 

- Ulang demonstarsi dan butiran yang penting 

- Ulang pelakuan dengan kadar yang agak perlahan sedikit 

- Membuat demontrasi untuk memberi pandangan yang berlainan 

- Beri butiran penting 

Penutup  

- Ulang butiran penting 

- Menggalakkan perbincangan 

- Kukuhkan pengalaman yang terdapat dalam pengajaran 

KAEDAH ATAU GAYA PENGAJARAN 

Terdapat beberapa gaya atau keadah yang boleh digunakan oleh guru untuk menjalan

pengajaran dan pembelajaran pendidikan jasmani. Gaya-gaya yang dipraktikan

mestilah membawa satu objektif iaitu setiap murid akan dapat manfaat daripada gaaya

yang dikemukakan. Gaya atau kaedah pengajaran boleh dibahagikan kepada 3 kategori

yang utama iaitu : 

1. Kaedah/Gaya Langsung 

Page 23: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

2. Kaedah/Gaya Gabungan 

3. Kaedah/Gaya Tidak Langsung 

GAYA LANGSUNG GAYA GABUNGAN GAYA TIDAK LANGSUNG  

1. Gaya Arahan 

2. Gaya Tugasan 

3. Limitasi 

4. Penemuan 

5. Terbimbing 

6. Penyelesian masalah latihan 

7. Bertindak balas 

8. Semak kendiri 

9. Penerimaan beramai 

10.Penerokaan

GAYA LANGSUNG  

Gaya ini mementingkan guru. Seseorang guru membuat semua atau kebanyakan

daripada keputusan tentang apa, bagaimana dan bila sesuatu aktiviti itu bermula. Gaya

ini berdasarkan Teori Pembelajaran Tingkah Laku (Behavioristic) yang menerangkan

bahawa pembelajaran itu berlaku dari luar kedalam melalui pembentukan semula

peristiwa-peristiwa yang betul (Gallahue, 1993). Guru dianggap mengetahui bagaimana

kemahiran pergerakan dilakukan dengan cara yang betul. 

KELEBIHAN KELEMAHAN  

1. Kaedah yang berkesan.

Page 24: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

2. Berfokus kepada yang ingin dipelajari 

3. Tidak banyak peluang untuk salah faham dan salah interpretasi 

4. Persekitaran pembelajaran yang berstruktur 

5. Tidak ambil kira perbezaan individu (kesesuai perkembangan), anggap pelajar

mencapai tahap pembelajaran dan kemajuan yang sama (kesesuai umur

kumpulan) 

6. Lebih mementingkan matlamat atau hasil pengalaman pembelajaran daripada

proses pembelajaran itu. 

GAYA TIDAK LANGSUNG  

Gaya ini berpusatkan pelajar. Ia berasaskan falsafah bahawa pembelajaran adalah

lebih daripada mengulang dan meniru perlakuan yang betul. Pembelajaran seharusnya

juga melalui percubaan, penyelesaian masalah dan penemuan diri. Ia berdasakan Teori

Pembelajaran Kognitif yang mengangapkan pembelajaran sebagai satu proses yang

berlaku dari dalam ke luar dan proses pembelajaran itu adalag sama penting dangan

hasil pembelajaran berkenaan. 

KELEBIHAN KELEMAHAN  

1. Membolehkan pelajar menetapkan matlamat dengan cara mencapainya 

2. Memberi kebebasan kepada pelajar dan memberi peluang kepada mereka untuk

bertanggungjawab 

3. Mengambil kira perbezaan dikalangan pelajar 

4. Memberi peluang kepada pelajar merasai kejayaan pada tahap kebolehan

sendiri. 

5. Memakan masa yang panjang. Lebih masa untuk cuba-jaya, bersoal-jawab. 

6. Memerlukan guru-guru untuk berlatih dan bersabar. Guru yang tidak biasa

dengan gaya inisentiasa menghadapi masalah untuk menggunakannya secara

berkesan. 

Page 25: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

7. Sukar untuk mengawal kelas 

8. Sukar untuk memastikan kesinambungan dalam pelajaran

GAYA ARAHAN  

Dalam gaya ini ,guru mengawal APA yang akan dipelajari,BAGAIMANA ia dilakukan

serta MULA dan AKHIR sesuatu aktiviti>Pelajaran yang menggunakan gaya ini

mungkin menggunakan proses yang dicadangkan oleh Gallahue( 1995).Langkah-

langkah yang terlibat adalah seperti berikut :

GURU PELAJAR 

1. Mengawal penuh pengajaran 

2. Memilih aktiviti 

3. Menentukan bagaimana dan bila 

4. Mengawal tingkah laku 

5. Menilai keputusan 

6. Menjimatkan masa untuk membuat percubaa 

Individu mendapat kurang perhatian.

Ciri – ciri gaya arahan  

1. Guru memberi penerangan ringkas dan membuat demostrasi tentang kemahran

yang akan dipelajari oleh pelajar . 

2. Pelajar berlatih. 

3. Guru memberi komen am tentang prestasi kelas. Jika perlu,guru memberi

penerangan lanjut dan membuat demostrasi lanjut. 

4. Pelajar berlatih.Guru memberi tunjuk ajar kepada pelajar yangmemerlukan

bantuan secara individu atau atau berkumpulan. 

5. Menggunakan kemahiran yang dipelajari dalam aktiviti yang sesuai serta menilai

perlakuan 

Page 26: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

PENEMUAN TERBIMBING  

Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah llimitassi ( Bilbrough & Jones, 1968 ) .Ia

memberi pelajar banyak peluang untuk meluahkan perasaan,mencuba dan menjadi

kreatif tetapi perlakuan dihadkan dengan tugas yang diberi oleh guru.Sebagai contoh ‘

Cari dua cara untuk mengimbangkan badan dengan tiga titik’ 

Kelebihan –kelebihan

1. membenarkan penglihatan lebih oleh pelajar dalam proses pembelajaran. 

2. Mengambil kira perbezaan di kalangan pelajar dan pelajar mempunyai peluang

belajar mengikut tahapnya sendiri. 

3. Memupuk pembangunan arah kendiri 

Penyelesaian Masalah 

4. Gaya ini adalah kompleks kerana ia memerlukan tumpuan masa yang panjang,

5. memahami masalah dan memikir dengan logik dan sistematik.

6. Di dalam kelas pendidikan jasmani,selepas guru memberi beberapa

soalan,pelajar-pelajar menyelesaikan masalah mengikut langkah-angkah

berikut : 

- Menganalisi dana memahami masalah 

- Menyenaraikan syarat-syarat yang perlu untuk menyelesaikan masalah.

- Guna pelbagai startegi untuk mendapatkan maklumat –maklumat 

- Membentukkan jawapan yang mungkin 

- Pilih dan uji penyelesaian alternatif 

- Pilih penyelesaian paling sesuai. 

- Menilai kejayaan dalam penyelesaian masalah itu. 

Kelebihan-kelebihan 

- Kaedah ini mengalakkan interaksi antara pelajar-pelajar.

-  Ia memupukkkan tahap pemikiran kognitif yang tinggi Ia menggalakan

ingatan tentang apa yang dipelajari. 

Page 27: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Kelemahan kelemahan  

- Lebih memakan masa berbanding dengan kaedah yang berpusat

guru. 

- Kaedah ini kadangkala suar untuk melibatkan setaip pelajar dengan

berkesan.Pelajar yang lembab atau pelajar yang kurang kemahiran

menyelesaikan masalah tidak akan dapat menikmati pelajaran dengan

sepenuhnya. 

- Kejayaan gaya penyelesaian masalah bergantung kepada : 

Kesediaan pelajar untuk mengambil bahagian dalam pengalaman

pembelajaran. 

- Keupayaan guru untuk memberi masalah dan membimbing prose

penyelesaian itu. 

- Mengikut Thomas,Lee & Thomas (1988) ,gaya pengajaran yang dipilih

bergantung kepada tugas mengajar,objektif pengajaran dan sifat

pelajar.

Saiz

Kelas

Gaya pengajaran 

Seluruh kelas Langsung 

Penyelesaian masalah 

Kumpulan kecil Stesen 

Individu Lembaran kerja /tugas 

RANCANGAN TAHUNAN,PENGGAL DAN MINGGUAN  

Page 28: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Dalam melaksanakan program pendidikan jasmanai di sekolah,satu perancangan yang

yang rapi perlu diadakan.Perancangan yang rapi membolehkan guru menggunakan

sumber dan kemudahan yang baik.Ia juga memberi tuju hala kepada guru supaya

menjalankan tugas dengan baik disamping memmastikan sukatan pelajaran yang

disediakan mendapat perhatian yang serius. 

Graham (1992) menyenaraikan faktor-faktor utama yang diperlukan untuk membuat

suatu perancangan yang rapi seperti berikut : 

Jumlah masa pengajaran yang terhad 

- Walaupun sejak bukan Disember 1993,Kementerian Pendidikan Malaysia

telah membuat keputusan menambahkan satu masa kepada waktu

pendidikan jasmani dan kesihatan untuk Tahap satu menjadi ‘Tiga Waktu’

manakala mengekalkan dua waktu untuk Tahap ll,masa yang

diperuntukkan itu masih lagi tidak mencukupi.Memandangkan masa yang

terhad itu,kita perlu mengkaji semula atau membuat perancangan tentang

bilangan objektif yang boleh kita capai dalam satu-satu tahun itu. 

Persekitaran pengajaran 

- Selain daripada objektif,faktor-faktor klain yang mempengaruhi

perancangan ialah saiz kelas,peralatan dan kemudahan.Semua faktor

tersebut perlu diberi perhatian untuk memastikan kejayaan kelas

pendidikan jasmani.Jika saiz kelas itu besar,maka masalah kekurangan

peralatan dan kemudahan mungkin timbul.Justeru itu, perancangan

diperlukan untuk mengatasi masalah tersebut.Misalnya ,suatu kumpulan

kecil boleh dibentuk,Misalnya suatu kumpulan kecil boleh dibentuk untuk

tujuan diatas.

Latar Belakang Guru 

- Kejayaan program pendidikan jasmani bergantung kepada tenaga

pengajarnya. Keupayaan guru mengajar itu penting untuk menjayakan

pengajaran. Dengan latihan yang diberikan oleh maktab-maktab

perguruan di Malaysia, tidak dapat dinafikan bahawa mereka memang

Page 29: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

mampu untuk mengajarkan pendidikan jasmani di sekolah. Dalam

persoalan ini, minat dan sikap guru itu sendiri adalah penting. 

Latar Belakang Pelajar 

- Tidak semua pelajar adalah sama. Perbezaan di kalangan pelajar itulah

yang memerlukan perancangan. Pelajaran yang dirancang tidak

seharusnya terlampau susah untuk golongan yang kurang mahir sehingga

mereka hilang minat untuk melakukan aktiviti yang dirancang. Sebaliknya

pelajaran yang tidak mencabar bagi golongan yang mahir juga

menyebabkan pelajar kurang minat terhadap pendidikan jasmani. 

Rancangan Kerja Tahunan

Rancangan kerja tahunan perlu diadakan untuk memebri satu gambaran keseluruhan

terhadap kurikulum yang telah disediakan. Ia adalah penting bukan sahaja sebagai

panduan tugas, bahkan sebagai perancangan penggunaan peralatan dan kemudahan

yang wujud di sekolah . Dengan perancangan yang rapi, maka masalah kekurangan

alat dan kemudahan boleh diselesaikan dengan mencari jalan alternatif. Rancangan

tahunan juag menolong memastikan pendidikan jasmani diajar sebagai satu proses

yang berterusan. Tajuk-tajuk yang mempunyai unsur yang sama boleh disusun supaya

megikut prinsip ansur maju.

FORMAT PERSEDIAAN MENGAJAR PENDIDIKAN JASMANI

Tarikh : ……………………………..

Waktu : ………………………..

Kelas : ………………………….. 

Bil Murid : ………………………… 

Umur : ……………………………. 

Matapelajaran : ……………………………. 

Page 30: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Kemahiran : …………………….. 

BSPP : ……………………….. 

Pengalaman sedia ada : ……………………….. 

Objektif : Di akhir pelajaran ini, murid-murid dapat …………………………….. 

Penerapan nilai : ……………………………… 

BAHAGIAN (WAKTU) GERAK KERJA BUTIRAN MENGAJAR PENGELOLAAN KELAS

BSPP CATATAN 

Memanaskan badan  

(3 minit)

Pilih 2 atau 3 aktiviti ringkas Perkara-perkara penting yang disebut oleh guru, jelas,

tepat dan padat Pentingkan gambarrajah. Bagaimana melaksanakan aktiviti ? Nyatakan

jenis dan bilangan 

Buat catatan untuk mengigati guru segala perkera seperti langkah

keselamatan/ kaedah/nilai

Gerak kerja kumpulan  

(8 minit)

Senaraikan aktiviti ikut turuta unsur maju  Pemainan keci 

(7 minit)

Namakan permainan 

Penutup  

(2 minit)

Page 31: nota pj

P J M 3 1 1 0 | SHAFIQA AHMAD

Aktiviti pulihan/ perbincangan