Nota Pjm3105

89
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) MOD KURSUS DALAM CUTI MODUL 1 PJM3105 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2009 SEMESTER 3 PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG

description

pjm3105

Transcript of Nota Pjm3105

Page 1: Nota Pjm3105

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR)

MOD KURSUS DALAM CUTI

MODUL 1

PJM3105

PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU SEKTOR PEMBANGUNAN PROFESIONALISME KEGURUAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Berkuat kuasa pada November 2009

SEMESTER 3

PENDIDIKAN JASMANI PENDIDIKAN RENDAH

IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN IPG

Page 2: Nota Pjm3105

ii

Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif, dan berdisiplin.

Cetakan November 2009

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Page 3: Nota Pjm3105

iii

Cetakan November 2009 Bahagian Pendidikan Guru Sektor Pembangunan Profesionalisme Keguruan Kementerian Pelajaran Malaysia

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN

PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (PGSR) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Page 4: Nota Pjm3105

iv

Falsafah Pendidikan Kebangsaan ii Falsafah Pendidikan Guru ii Kata-Alu-aluan iii Panduan Pembelajaran viii Pengenalan x Agihan Tajuk (Interaksi dan Modul) xi Tajuk Pembelajaran Tajuk 1: Definisi dan Konsep 1 - 7

Sinopsis 1 Hasil Pembelajaran 1

Kerangka Tajuk 2 Kandungan

1.0 Konsep Dan Definisi Pertumbuhan, Perkembangan Dan Pembelajaran Motor 2 1.1 Konsep Pertumbuhan, Perkembangan 2 1.2 Definisi Pertumbuhan, Perkembangan Dan Pembelajaran Motor 2

1.2.1 Definisi Pertumbuhan 2 1.2.2 Definisi Perkembangan 2 1.2.3 Definisi Pembelajaran Motor 3

1.3 Pertumbuhan (Growth) 3 1.4 Proses Matang (Maturation) 3 1.5 Perkembangan (Development) 4 1.6 Prestasi Fizikal (Physical Performance) 5 1.7 Aktiviti Fizikal (Physical Activity) 5 1.8 Pembelajaran Motor (Motor Learning) 6

Tajuk 2: Pertumbuhan Dan Perkembangan Pranatal 8 -14

Sinopsis 8 Hasil Pembelajaran 8 Kerangka 9 Kandungan

2.0 Pertumbuhan Dan Perkembangan Pranatal 9 2.1 Peringkat Pertumbuhan Prenatal 9 2.2 Pertumbuhan Janin/Fetus 11

2.3 Aktiviti Motor Janin 12 2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Berat Janin 12

Tajuk 3: Pertumbuhan Somatik (Pertumbuhan Postnatal) 15 - 21

Sinopsis 15 Hasil Pembelajaran 15

KANDUNGAN MUKA SURAT

Page 5: Nota Pjm3105

v

Kerangka 15 Kandungan

3.0 Pertumbuhan Somatik 15 3.1 Pengukuran Yang Lazim Digunakan Dalam Kajian Pertumbuhan 15 3.2 Corak Pertumbuhan Dalam Ketinggian Dan Berat Badan 17 3.3 Corak Pertumbuhan Dalam Dimensi Anggota Lain 19 3.4 Perubahan Perkadaran Anggota Badan 20 3.5 Perkembangan Badan (Development Of Physique) 20

3.5.1 Kaedah Penilaian Badan 3.5.2 Perubahan Bentuk Badan Semasa

Pertumbuhan 21 Tajuk 4: Tisu Adipos Dan Komposisi Badan 23 - 30

Sinopsis 23 Hasil Pembelajaran 23 Kerangka 23 Kandungan

4.0 Model Dan Kaedah Pembelajaran Komposisi Badan (Models And Methods For Studying Body Composition) 24 4.1 Model Komposisi Badan 24 4.2 Kaedah Menganggar Komposisi Badan 24 4.3 Pertumbuhan Jisim Bebas Lemak, Jisim Lemak Dan Peratus Lemak 26 4.4 Perubahan Tisu Adipos Semasa Pertumbuhan Jenis Tisu Adipos 27

4.5.1 Perkembangan Tisu Adipos Dalam Pranatal 28 4.5.2 Sifat-Sifat Tisu Adipos Dalam Pascanatal 29 4.5.3 Sebaran Lemak Semasa Pertumbuhan 30

Tajuk 5: Perkembangan Fungsi Anatomi Dan Fisiologi 34 - 48

Sinopsis 34 Hasil Pembelajaran 34 Kerangka 34 Kandungan

5.0 Perkembangan Fungsi Anatomi Dan Fisiologi 35 5.1 Perubahan Jantung, Darah Dan Paru-Paru Semasa Pertumbuhan 35 5.2 Perkembangan Motor 40 5.3 Prestasi Motor Dan Kekuatan 45 5.4 Prestasi Aerobik (Aerobic Performance) 46 5.5 Prestasi Anaerobik (Anaerobic Performance) 47

Tajuk 6: Kematangan 49 - 58

Sinopsis 49 Hasil Pembelajaran 49 Kerangka 50 Kandungan

6.0 Kematangan/Proses Matang (Maturation) 50

Page 6: Nota Pjm3105

vi

6.1 Kematangan Biologi: Konsep Dan Penilaian 50 6.2 Menilai Kematangan Rangka 50 6.3 Salingkaitan Petunjuk / Indikator Kematangan 53 6.4 Pengaturan Masa Dan Urutan Perubahan Dalam

Kematangan Semasa Remaja 54 6.5 Variasi Berkait Dengan Kematangan Dalam

Pertumbuhan 54 Tajuk 7: Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan, Kematangan Dan Prestasi 59 - 63

Sinopsis 59 Hasil Pembelajaran 59 Kerangka 59 Kandungan

7.0 Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan, Kematangan Dan Prestasi 59 7.1 Aktiviti Fizikal 59 7.2 Faktor Sosial 61 7.3 Variasi Kaum Dan Etnik 61 7.4 Faktor Pemakanan Dan Penyakit 61 7.5 Faktor Cuaca 62

Tajuk 8: Kanak-Kanak Di Dalam Aktiviti Fizikal Dan Sukan 64 - 67

Sinopsis 64 Hasil Pembelajaran 64 Kerangka 64 Kandungan

8.1 Atlet Kanak-Kanak (Young Athletes) 65 8.2 Arah Aliran Pertumbuhan ,Kematangan Dan Prestasi Kanak-Kanak 65

Tajuk 9: Pengekalan Dan Pemindahan Pembelajaran 68 - 74

Sinopsis 68 Hasil Pembelajaran 68 Kerangka 68 Kandungan 9.0 Pemindahan Pembelajaran 69 9.1 Teori-teori Pemindahan Pembelajaran 69 9.2 Pengekalan dan Memori Motor 71 9.3 Penilaian Dan Pengukuran Pemindahan Hasil 71

Rujukan 75 Panel Penulis Modul 76 Panel Pemurni Modul 77 Ikon Modul 78

Page 7: Nota Pjm3105

vii

Page 8: Nota Pjm3105

viii

Modul ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul ini memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-sumber pembelajaran, dan masa anda. Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda. Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri. Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda. Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk dibincangkan semasa sesi tutorial. Modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan lima belas jam interaksi bersemuka dalam bilik kuliah. Tiada kuliah atau tutorial diadakan untuk tajuk-tajuk dalam modul ini. Walau bagaimanapun, anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini. Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat. Lampiran A menerangkan kepada anda makna-makna ikon tersebut. Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti. Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri pembelajaran anda.

Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran

pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami pembacaan anda.

PANDUAN PEMBELAJARAN

Page 9: Nota Pjm3105

ix

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-bahan yang

bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.

Page 10: Nota Pjm3105

x

Pengenalan

Kursus PJM3105 Pertumbuhan Dan Perkembangan Pembelajaran Motor merupakan kursus

wajib bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan major Pendidikan Jasmani. Kursus dua

kredit ini 2(2+0) meliputi 30 jam teori. Terdapat 18 tajuk kesemuanya seperti yang digariskan

dalam pro forma kursus. Tajuk-tajuk yang terdapat dalam modul ini cuma sembilan tajuk sahaja

bagi membantu anda dalam melengkapi kursus ini. Kursus ini akan dijalankan dalam dua mod

iaitu , penggunaan modul secara kuliah bersemuka seperti dijelaskan dalam halaman Agihan

Kursus.

Page 11: Nota Pjm3105

xi

AGIHAN TAJUK Panduan Kepada Pengguna

Kandungan modul ini akan menggantikan satu kredit bersamaan dengan 15 jam interaksi bersemuka. Jadual di bawah menjelaskan agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaram melalui modul. (Agihan Tajuk Interaksi Bersemuka dan Modul Mengikut Pro Forma Kursus)

Bil. Tajuk/Topik Interaksi

Bersemuka (jam)

Modul (jam)

Jum. Jam

1 Definisi Dan Konsep Pertumbuhan, Perkembangan Pranatal 1 1

2 Pertumbuhan Dan Perkembangan Pranatal 1 1

3 Pertumbuhan Somatik (Pertumbuhan Postnatal) 1 1

4 Tisu Adipos Dan Komposisi Badan 1 1

5 Perkembangan Fungsi Anatomi Dan Fisiologi 3 3

6 Kematangan 2 2

7 Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan, Kematangan Dan Prestasi

2 2

8 Kanak-Kanak Di Dalam Aktiviti Fizikal Dan Sukan 2 2

9 Tingkahlaku Motor 1 1

10 Pemprosesan Maklumat 2 2

11 ‘Attention’ Dan Prestasi 1 1

12 Kawalan Motor 2 2

13 Koordinasi 1 1

14 Perbezaan Individu 1 1

15 Pembelajaran Motor 3 3

16 Prinsip Latihan 2 2

17 Maklumbalas 2 2

18 Pengekalan Dan Pemindahan 2 2

2(2+0)

15

15 30

Page 12: Nota Pjm3105

1

TAJUK 1 DEFINISI DAN KONSEP PERTUMBUHAN, KEMATANGAN DAN PEMBELAJARAN MOTOR

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi definisi dan konsep pertumbuhan, kematangan dan

pembelajaran motor serta tajuk-tajuk yang berkaitan dengan pertumbuhan dan perkembangan

prenatal dan posnatal. Ini merupakan kursus asas berkenaan pertumbuhan dan perkembangan

manusia di sepanjang pusingan hidupnya. Ia membincangkan tentang proses pertumbuhan dan

perkembangan manusia dari aspek fizikal, psikososial, kognisi, personaliti dan moral bermula dari

peringkat pranatal hingga akhir dewasa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan

senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan definisi perkembangan pertumbuhan, kematangan dan kesan pembelajaran

motor kanak-kanak;

2. Mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna; dan

3. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan.

Page 13: Nota Pjm3105

2

Kerangka Konsep Tajuk-Tajuk Modul Ini

Kandungan

1.0 Konsep Dan Definisi Pertumbuhan, Perkembangan Dan Pembelajaran Motor 1.1 Konsep Pertumbuhan, Perkembangan Dan Pembelajaran Motor Perkembangan dan pertumbuhan manusia merupakan paten perubahan fizikal, kognitif

dan sosio-emosi sepanjang pusingan hayat manusia. Pertumbuhan manusia secara

fitrahnya seperti bulan sabit iaitu bersifat lemah pada awal usianya, semakin membesar

dan kuat pada usia pertengahan dan menjadi lemah kembali pada usia emas.

Perkembangan manusia juga meliputi dari saat terbentuknya janin manusia sehingga

menjadi seorang bayi dan seterusnya berkembang menjadi seorang kanak-kanak,

remaja, dewasa dan berakhir dengan detik kematian. Pengetahuan mengenai

pertumbuhan dan kematangan adalah perlu untuk memastikan pembelajaran motor dapat

dimaksimumkan sejajar dengan tahap kebolehan penerimaan pengajaran kemahiran.

1.2 Definisi Pertumbuhan, Perkembangan Dan Pembelajaran Motor

1.2.1 Definisi Pertumbuhan Pertumbuhan manusia merupakan satu proses yang berlaku berterusan.

Pertumbuhan dan perkembangan manusia berlaku dengan pesat di dalam rahim

untuk membentuk zigot dan seterusnya berkembang sebagai embrio dan janin.

Pertumbuhan peringkat ini dinamakan pertumbuhan prenatal. Pertumbuhan

peringkat berikutnya dipanggil pertumbuhan posnatal.

1.2.2 Definisi Perkembangan Bidang pengajaran pergerakan manusia yang berfokus kepada perubahan dari

segi keupayaan kawalan pergerakan dan prestasi motor yang berlaku sepanjang

hayat. Perubahan-perubahan yang berlaku adalah hasil proses semula jadi yang

Definisi dan konsep

Pertumbuhan

Kematangan

Pembelajaran

Motor

Page 14: Nota Pjm3105

3

dialami oleh sistem biologi seperti proses perkembangan tumbesaran,

kematangan dan penuaan.

Perubahan yang berlaku dilihat menerusi dua aspek:

(i) Peningkatan keupayaan (dari bayi hingga dewasa)

(ii) Penurunan keupayaan (dari dewasa hingga tua)

1.2.3 Definisi Pembelajaran Motor Pembelajaran kemahiran motor ialah bidang pengajian pergerakan manusia yang

berfokus kepada perubahan dari segi keupayaan kawalan dan prestasi motor

yang berlaku hasil proses fizikal seperti praktis dan latihan.

1.3 Pertumbuhan (Growth)

Penambahan bersifat kuantitatif dalam saiz badan secara menyeluruh atau

saiz yang dicapai oleh anggota badan tertentu.

Perubahan dalam saiz ini melibatkan tiga proses selular iaitu:

(i) Penambahan bilangan sel (hiperplasia)

(ii) Penambahan saiz sel (hipertropi)

(iii) Penambahan bahan-bahan interselular (accretion)

Penambahan atau peningkatan ini adalah akibat fungsi pembahagian sel

(mitosis) yang melibatkan pereplikaan DNA dan migrasi kromoson yang

direplika kepada sel-sel berfungsi dan seiras.

Penambahan dalam saiz sel melibatkan penambahan unit-unit fungsi di

dalam sel tersebut, khususnya protein dan substratnya, yang jelas kelihatan

dalam hipertropi otot ketika pertumbuhan.

Bahan-bahan interselular adalah berbentuk organik dan bukan organik, dan

sering berfungsi mengikat atau mengumpulkan sel-sel dalam satu jaringan

kompleks.

Hiperplasia, hipertropi dan accretion berlaku ketika proses pertumbuhan.

Proses pertumbuhan ini berbeza mengikut umur dan tisu-tisu badan yang

terlibat, contohnya, bilangan neuron (sel otak) dibentuk semasa pertengahan

kehamilan manakala bilangan gentian (fiber) otot terbentuk sejurus kelahiran.

1.4 Proses Matang (Maturation)

Lazimnya dijelaskan sebagai satu proses menjadi matang atau satu langkah

ke arah mencapai keadaan matang.

Maturation = proses matang, maturity = kematangan, mature = matang

Proses matang ini berlaku dalam semua tisu, organ, dan sistem organ,

Page 15: Nota Pjm3105

4

memberi kesan ke atas enzim, komposisi kimia dan fungsi.

Proses matang berbeza mengikut sistem biologi seseorang.

Proses matang seksual adalah keadaan di mana keupayaan organ-organ

pembiakan berfungsi sepenuhnya.

Proses matang tulang adalah keadaan di mana rangka seseorang terbentuk

sepenuhnya.

Proses matang sistem endokrin dan saraf (neuroendocrine) adalah satu

faktor utama dalam proses kematangan seksual, tulang dan somatik semasa

peringkat lewat kanak-kanak dan remaja.

Proses matang adalah merujuk kepada tempo (kadar kematangan berlaku)

dan waktu (bila berlakunya kematangan khusus) perkembangan ke arah

keadaan yang matang secara biologikal.

Proses matang berfokus pada kadar pencapaian saiz dewasa dan

kematangan.

1.5 Perkembangan (Development)

Pada lazimnya, perkembangan boleh diasaskan kepada dua konteks.

Konteks pertama adalah bersifat biologikal. Dalam konteks ini, perkembangan

adalah merujuk kepada proses pembezaan dan pengkhususan sel-sel embrio

kepada pelbagai jenis sel, tisu, organ dan unit fungsi.

Ini biasanya berlaku di peringkat awalan pranatal apabila tisu dan sistem

organ mula dibentuk, dan amat bergantung kepada keaktifan gen yang

berinteraksi dengan hormon dan nutrien.

Konteks kedua adalah bersifat tingkah laku. Aspek ini berkait kepada

perkembangan kecekapan pelbagai domain yang saling berkaitan semasa

kanak-kanak menyesuaikan diri dalam kehidupan dan budayanya.

Oleh itu, kita boleh menyatakan perkembangan dari aspek keterampilan

sosial, intelek atau kognitif, emosi yang berasaskan kepada persekitaran dan

budaya kanak-kanak tersebut.

Haywood (1993), menjelaskan perkembangan sebagai perubahan tingkah

laku akibat daripada interaksi kanak-kanak dengan persekitarannya.

Bailey & McFadyen (dalam Pickup & Price, 2007), menyatakan pertumbuhan

adalah merujuk kepada proses perubahan sepanjang hayat di mana individu

memperolehi kecekapan dalam pelbagai aspek. Lazimnya disifatkan oleh

peningkatan fungsi yang khusus dan rumit akibat faktor-faktor biologi dan

persekitaran.

Page 16: Nota Pjm3105

5

Interaksi Pertumbuhan, Proses Matang dan Perkembangan

Pertumbuhan --------------------Proses matang-------------------Perkembangan Saiz Tulang Kognitif

Kadar Seksual Emosi Badan Somatik Sosial Komposisi Gigi Moral Sistemik Otot-saraf Motor

Konsep Kendiri

Harga Diri

Kecekapan Nyata

1.6 Prestasi Fizikal (Physical Performance)

Perkembangan dan kehalusan sesuatu prestasi kemahiran dalam pelbagai

aktiviti motor adalah meupakan suatu tugas perkembangan kanak-kanak dan

remaja.

Semua kanak-kanak, kecuali yang mengalami kecacatan perkembangan

yang serius, mempunyai potensi untuk berkembang dan belajar pelbagai

kemahiran dan pola pergerakan asas dan khusus.

Pola pergerakan ini akhirnya akan digabungkan ke dalam kemahiran khusus

yang menjadi paksi utama perkembangan tingkah laku kanak-kanak.

Sifat-sifat prestasi kanak-kanak adalah berkait dengan pertumbuhan, proses

matang dan perkembangan. Perkaitan ini dapat dilihat dengan jelas dalam

perkembangan asas pola pergerakan seperti berjalan, berlari dan melompat.

1.7 Aktiviti Fizikal (Physical Activity)

Aktiviti fizikal adalah suatu tingkah laku yang berlaku dalam pelbagai bentuk

dan konteks, termasuk mainan bebas, kerja seharian, senaman, pendidikan

jasmani sekolah, dan sukan yang diuruskan.

Ini merujuk kepada mana-mana pergerakan badan yang dihasilkan oleh otot

rangka dan yang menyebabkan peningkatan kecil penggunaan tenaga rehat.

Aktiviti fizikal yang kerap adalah penting untuk penyelarasan berat badan dan

accretion mineral tulang semasa peringkat kanak-kanak dan remaja.

Peningkatan penggunaan tenaga yang diperlukan semasa aktiviti fizikal akan

menyumbang kepada kecekapan fungsi pelbagai sistem, pengekalan berat

Page 17: Nota Pjm3105

6

badan, mengurangkan risiko penyakit degeneratif, mengurangkan risiko

kematian awal dan meningkatkan kualiti kehidupan yang menyeluruh.

Aktiviti fizikal sering disalahtafsir sebagai sama dengan latihan (training).

Aktiviti fizikal bukannya latihan, walaupun adalah aspek utama dalam latihan.

Latihan adalah merujuk kepada sesuatu program yang sistematik, dan

khusus untuk sukan tertentu dalam jangkamasa tertentu.

1.8 Pembelajaran Motor (Motor Learning) - Schmidt & Lee (2005)

Boleh didefinisikan berasaskan empat sifat utama.

Pertama, pembelajaran adalah suatu proses mencapai keupayaan untuk

membentuk tindakan yang berkemahiran. Ini bererti pembelajaran melibatkan

satu set peristiwa, atau perubahan di mana latihan akan membolehkan

seseorang itu menjadi lebih mahir.

Kedua, pembelajaran berlaku akibat latihan atau pengalaman langsung.

Ketiga, pembelajaran tidak boleh diperhatikan secara langsung, kerana

proses ke arah perubahan dalam tingkah laku adalah bersifat dalaman.

Keempat, pembelajaran dianggap sebagai menghasilkan perubahan yang

kekal di dalam keupayaan kemahiran tingkah laku seseorang.

Hasil sintesis empat sifat utama di atas telah memberikan definisi

pembelajaran motor sebagai satu set proses yang berkait dengan latihan atau

pengalaman yang membawa kepada perubahan keupayaan untuk bergerak

yang kekal.

Menurut Malina, et al. (2004), pembelajaran motor adalah kemajuan dalam

prestasi hasil latihan yang lama. Oleh yang demikian, ini berkaitan dengan

tindak balas tisu dan sistem yang khusus terhadap latihan.

Gabbard (2008), merujuk pembelajaran motor sebagai suatu perubahan prestasi kemahiran

motor yang agak kekal, akibat daripada praktis atau pengalaman.

Tugasan Terarah

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan mengenai

definisi dan konsep pertumbuhan, kematangan dan pembelajaran.

Page 18: Nota Pjm3105

7

Laman Web www.med.unc.edu/embryo_images http://virtualhumanembryo.lsuhsc.edu

Portfolio Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

Rujukan Malina, R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004). Growth, maturation and physical activity (2nd ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Lee, T (2005). Motor control and learning: A behavioral emphasis (4th ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Magill, R.A. (2004). Motor learning and control: Concepts and application (7th ed.). New York,

NY: McGraw-Hill. Abernethy, B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005). The

biophysical foundations of human movement (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004). Pediatric exercise medicine: From physiologic principles to

health care application. Champaign, IL: Human Kinetics. Coker, C.A. (2004). Motor learning and control for practitioners. Champaign, IL: Human Kinetics. Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life span motor development (4th ed.). Champaign, IL:

Human Kinetics. Rowland, T.W. (2005). Children's exercise physiology (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Wrisberg, C. A. (2004). Motor learning and performance: A problem-based

approach. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

Page 19: Nota Pjm3105

8

TAJUK 2 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PRANATAL

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan pertumbuhan dan

perkembangan prenatal. Ini merupakan kursus asas berkenaan pertumbuhan dan perkembangan

manusia di sepanjang pusingan hidupnya. Ia membincangkan tentang proses pertumbuhan dan

perkembangan manusia dari aspek fizikal, psikososial, kognisi, personaliti dan moral bermula dari

peringkat pranatal hingga akhir dewasa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan

senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menghuraikan peringkat pertumbuhan dan perkembangan pranatal;

2. Mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna; dan

3. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan

Page 20: Nota Pjm3105

9

Kerangka Konsep Tajuk-Tajuk Modul Ini

Kandungan

2.0 Pertumbuhan Dan Perkembangan Pranatal (Prenatal Growth Dan

Development) Bercirikan kepada proses-proses biokimia, biofizikal, struktur dan fungsi yang bersepadu, kompleks dan tepat. Jangka masa pranatal, pada puratanya adalah 9 bulan atau 40 minggu. 2.1 Peringkat Pertumbuhan Prenatal

Terdiri daripada tiga peringkat yang nyata iaitu:

(i) Persenyawaan ovum (zigot)

- Merangkumi 2 minggu selepas persenyawaan

- Tempoh pembahagian sel yang pesat

- Semasa sel-sel membahagi, satu gumpalan sel yang berbentuk buah beri

terhasil dan ini dikenali sebagai morula.

- Semasa minggu kedua, selepas persenyawaan, blastosit akan menempel

di dinding uterus dan beberapa lapisan sel kelihatan dengan jelas.

Lapisan yang paling penting akan membentuk embrio manakala lapisan

lain adalah berfungsi untuk pemakanan embrio yang sedang membesar,

pembentukan plasenta dan tali pusat.

Pertumbuhan dan

perkembangan pranatal

Peringkat

pertumbuhan pranatal

Pertumbuhan

janin

Aktiviti motor

janin

Faktor yang

mempengaruhi berat janin

Page 21: Nota Pjm3105

10

(ii) Embrio

- Tempoh bermula dengan pembentukan embrio dan terdiri daripada

minggu kedua ke minggu kelapan.

- Tempoh ini adalah masa di mana pertumbuhan dan pembahagian sel

yang pesat berlaku.

- Pada peringkat ini, pembahagian sel-sel akan membentuk tisu, organ dan

sistem.

(iii) Fetus

- Tempoh bermula dari minggu kesembilan sehingga minggu keempat

puluh.

- Peringkat ini merangkumi pertumbuhan saiz dan jisim yang pesat,

perubahan bentuk dan perkembangan fungsi-fungsi di dalam tisu, organ

dan sistem.

Page 22: Nota Pjm3105

11

2.2 Pertumbuhan Janin/Fetus Bercirikan kepada pertumbuhan dan penambahan saiz badan, kadar pertumbuhan dan

komposisi badan.

Saiz badan

- Keluk pertumbuhan janin adalah berbentuk S atau sigmoid iaitu keluk yang

menggambarkan perubahan berat badan.

Kadar pertumbuhan

- Pada usia 2 bulan, janin lazimnya mempunyai kepala yang lebih besar

berbanding saiz badan keseluruhannya, dan mempunyai anggota badan

yang kecil dan pendek.

- Apabila mencapai peringkat pertengahan kehamilan, janin masih

mempunyai kepala yang besar tetapi pertumbuhan yang pesat telah berlaku

di bahagian pinggang dan anggota-anggota badan yang lain.

- Perubahan ini akan berterusan sehinggalah kepala janin, badan dan

anggota-anggota lain berkembang mengikut kadar pertumbuhan yang

sepatutnya.

Page 23: Nota Pjm3105

12

Komposisi badan

- Walaupun berat dan panjang badan adalah petunjuk utama di dalam

pertumbuhan janin, berat badan adalah lebih diutamakan.

- Kadar kandungan air di dalam badan akan berkurangan apabila berat janin

semakin bertambah.

- Kadar kandungan lemak akan meningkat apabila berat janin meningkat

kepada 1500g.

- Kepekatan nitrogen akan meningkat selaras dengan berat janin, begitu juga

dengan kepekatan kalsium (pembentukan tisu tulang) dan fosforus

(disebarkan di antara tisu lembut dan keras).

2.3 Aktiviti Motor Janin

Denyutan jantung boleh dikesan dalam tempoh 4 minggu selepas persenyawaan.

Dalam tempoh 5 – 6 minggu, pergerakan di bahagian atas tulang belakang boleh

dikesan dengan alat ultrabunyi.

Pergerakan lengan dan kaki boleh dikesan dalam tempoh 8 – 9 minggu.

Perubahan otot-saraf adalah berbeza mengikut umur.

Janin yang dilahirkan selepas 28 minggu akan mempunyai otot-saraf yang

berbeza berbanding janin yang dilahirkan selepas 25 – 26 minggu.

Pantulan asas, tonus otot, tindak balas, dan tingkah laku deria motor akan berubah

secara ketara kerana tempoh kelahiran yang berbeza.

2.4 Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Berat Janin

Jenis baka (genotaip)

Jantina

Status sosioekonomi (tempat tinggal, persekitaran)

Berat semasa ibu mengandung

Bentuk badan ibu

Page 24: Nota Pjm3105

13

Berat badan yang diperolehi semasa hamil

Status pemakanan

Tabiat merokok atau meminum alkohol

Tabiat senaman

Lelaki pada lazimnya lebih berat daripada perempuan. Bayi pertama yang dilahirkan pada

lazimnya lebih ringan berbanding kelahiran seterusnya. Bayi sulung dikenali sebagai

primaparous manakala yang seterusnya dikenali sebagai multiparous

Tugasan Terarah Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan pertumbuhan

dan perkembangan pranatal.

Portfolio Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

Rujukan Malina, R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004). Growth, maturation and physical activity (2nd ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Lee, T (2005). Motor control and learning: A behavioral emphasis (4th ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Magill, R.A. (2004). Motor learning and control: Concepts and application (7th ed.). New York,

NY: McGraw-Hill. Abernethy, B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005). The

biophysical foundations of human movement (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004). Pediatric exercise medicine: From physiologic principles to

health care application. Champaign, IL: Human Kinetics. Coker, C.A. (2004). Motor learning and control for practitioners. Champaign, IL: Human Kinetics. Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life span motor development (4th ed.). Champaign, IL:

Human Kinetics. Rowland, T.W. (2005). Children's exercise physiology (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Page 25: Nota Pjm3105

14

Schmidt, R.A., & Wrisberg, C. A. (2004). Motor learning and performance: A problem-based

approach. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

Page 26: Nota Pjm3105

15

TAJUK 3 PERTUMBUHAN SOMATIK (PERTUMBUHAN POSTNATAL)

Sinopsis Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi pertumbuhan somatic (pertumbuhan postnatal). Ini

merupakan kursus asas berkenaan pertumbuhan dan perkembangan manusia di sepanjang

pusingan hidupnya. Ia membincangkan tentang proses pertumbuhan dan perkembangan

manusia dari aspek fizikal, psikososial, kognisi, personaliti dan moral bermula dari peringkat

pranatal hingga akhir dewasa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai

bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat: 1. Menjelaskan peringkat pertumbuhan somatik (pertumbuhan postnatal)

2. Mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna

3. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan

Kerangka Konsep Tajuk-Tajuk Modul Ini

Kandungan

3.0 Pertumbuhan Somatik (Pertumbuhan pascanatal)(Somatic growth) 3.1 Pengukuran Yang Lazim Digunakan Dalam Kajian Pertumbuhan

Satu set teknik piawai yang sistematik untuk pengukuran badan dan

anggotanya adalah dikenali sebagai antropometri (anthropometry) di mana

Pertumbuhan

somatik (Pertumbuhan

postnatal)

Ketinggian dan berat

badan

Indeks jisim tubuh

Corak

pertumbuhan dimensi

anggota lain

Perubahan anggota badan secara

berkadar

Bentuk

badan dan kaedah

penilaian

Perubahan

bentuk badan semasa

pertumbuhan

Page 27: Nota Pjm3105

16

anthropo = manusia dan metry = pengukuran.

Satu cara pengukuran bersifat kuantitatif ke atas saiz, perkadaran dan bentuk

badan.

Berat badan adalah pengukuran ke atas jisim badan.

Ketinggian (stature) adalah pengukuran jarak linear dari lantai ke bahagian atas

(puncak) tengkorak.

Panjang berbaring (recumbent length) adalah ukuran panjang pada kanak-

kanak berumur antara 2 – 3 tahun, dalam keadaan berbaring.

Ketinggian berduduk (sitting height) adalah ketinggian semasa berduduk tegak

yang diukur dari permukaan berduduk ke bahagian atas kepala.

Ukuran lebar biacromial adalah ukuran jarak dari cuaran acromial skapula

Page 28: Nota Pjm3105

17

kanan ke kiri. Ini adalah ukuran lebar bahu.

Ukuran lebar bicristal adalah ukuran dari bahagian sisi lengkungan iliak kanan

ke kiri. Ini adalah ukuran lebar pinggul.

Lebar bicondylar adalah ukuran dari tulang kondil (condyles) femur manakala

ukuran lebar biepicondylar adalah ukuran yang melibatkan tulang humerus.

Ukuran lilitan lengan lazimnya diukur dari titik pertengahan antara cuaran

acromial dan olecranon (hujung siku).

Ukuran lilitan betis adalah pada bahagian paling tebal semasa individu berdiri

dan berat badan disebar dengan sekatanya.

Page 29: Nota Pjm3105

18

Ketebalan lapisan kulit adalah petunjuk lapisan lemak di bawah kulit

(subcutaneous) dan boleh diukur dengan kaliper.

Pengukuran ketebalan lapisan kulit lazimnya dilakukan di bahagian otot trisep

dan subskapular.

Ukuran lilitan kepala lazimnya dilakukan ke atas bayi dan kanak-kanak berumur

3 – 4 tahun sebagai petunjuk pertumbuhan otak.

Page 30: Nota Pjm3105

19

Indeks jisim badan (BMI) adalah ukuran yang menghubungkaitkan berat (kg)

dan ketinggian (m).

3.2 Corak Pertumbuhan Dalam Ketinggian Dan Berat Badan

Ketinggian dan berat badan adalah dua ukuran yang lazim digunakan dalam

kajian pertumbuhan.

Dari peringkat kelahiran sehingga awal dewasa, ketinggian dan berat badan

menunjukkan satu corak pertumbuhan yang terdiri daripada empat fasa iaitu:

(a) pesat di peringkat bayi dan awal kanak-kanak,

(b) malar di peringkat pertengahan kanak-kanak,

(c) pesat di peringkat awal remaja, dan

(d) perlahan selepas remaja dan berhenti di peringkat dewasa

Kadar pertumbuhan ketinggian dan berat badan semasa awal remaja adalah

tinggi. Kadar pertumbuhan ini adalah lebih cepat bagi perempuan berbanding

lelaki untuk tempoh dua tahun.

Ketinggian perempuan berhenti apabila mencapai umur 16 tahun manakala

lelaki akan terus berkembang untuk tempoh dua tahun lagi.

3.3 Corak Pertumbuhan Dalam Dimensi Anggota Lain

Kebanyakan anggota badan mengalami corak pertumbuhan yang meningkat

kecuali lapisan lemak di bawah kulit, bahagian kepala dan muka.

Pertumbuhan ketinggian berduduk berlaku dalam suatu tempoh yang panjang

dan menyumbang lebih kepada ketinggian keseluruhan berbanding panjang

kaki.

Lelaki mempunyai bahu yang lebih lebar berbanding perempuan tetapi kedua-

dua jantina ini mempunyai lebar iliac crest yang sama.

Lilitan lengan dan betis mempunyai corak pertumbuhan yang serupa dengan

berat badan.

Page 31: Nota Pjm3105

20

Pertumbuhan pesat pada lilitan kepala dapat dilihat sejak kelahiran sehingga 2

tahun, dan mula perlahan selepas itu.

3.4 Perubahan Perkadaran Anggota Badan

Walaupun corak pertumbuhan atau bentuk keluk pertumbuhan dalam kebanyakan

anggota badan hampir sama dengan ketinggian dan berat badan, kadar pertumbuhan

adalah berbeza antara anggota yang khusus.

Pertumbuhan allometric adalah hubungan sistematik antara anggota badan semasa

pertumbuhan.

Nisbah ketinggian berduduk kepada ketinggian diperhatikan paling tinggi semasa

peringkat bayi dan menurun di sepanjang peringkat kanak-kanak sehinggalah ke alam

remaja.

Sebelum remaja, lelaki dan perempuan mempunyai perkadaran yang sama dalam

panjang kaki atau panjang badan. Walau bagaimanapun, semasa alam remaja

sehingga dewasa, perempuan pada puratanya mempunyai anggota yang lebih pendek

berbanding lelaki mengikut ketinggian yang serupa.

3.5 Perkembangan Badan (Development Of Physique)

3.5.1 Kaedah Penilaian Badan

Hippocrates pada zamannya mencadangkan dua jenis klasifikasi badan iaitu

habitus phthisicus (linear) dan habitus apoplecticus (lateral).

Pendekatan konsepsual yang diperkenalkan oleh William Sheldon adalah

kaedah penilaian yang lazim digunakan pada hari ini. Pendekatan ini

berdasarkan jenis bentuk badan (somatotype, soma = badan).

Pendekatan ini berasaskan kepada penyebaran variasi badan yang

berterusan.

Komponen-komponen yang dicadangkan adalah endomorphy, mesomorphy

dan ectomorphy.

Ciri utama endomorf [Rajah (a)] adalah berasaskan kepada organ-organ

pencernaan dan kelembutan serta kebulatan kontur badan.

Ciri utama mesomorf [Rajah (b)] adalah pada otot, tulang dan tisu-tisu

penghubung, supaya otot kelihatan sasa.

Ciri utama ektomorf [Rajah (c)] adalah berasaskan kepada kerapuhan bentuk,

perkembangan otot yang lemah, dan luas permukaan yang lebih berbanding

Page 32: Nota Pjm3105

21

jisim badan.

Kaedah Phenotype Parnell, yang dikemukakan oleh Richard Parnell adalah

modifikasi ke atas Sheldon dan bersifat antropometrik.

Phenotype bermaksud keadaan badan pada suatu masa tertentu.

Ketinggian, berat, tiga lipatan kulit, dua lilitan anggota dan dua kelebaran

tulang anggota digunakan untuk menilai anggaran tiga komponen badan iaitu

gemuk, sasa dan kurus.

Kaedah Heath-Carter menggabungkan prosedur fotoskopik dan

antropometrik untuk menganggar jenis badan.

3.5.2 Perubahan Bentuk Badan Semasa Pertumbuhan

Perempuan lebih bersifat endomorf semasa pertumbuhan dan kematangan dan

bersusut ke ektomorf selepas itu. Tidak terdapat pola yang nyata untuk mesomorf.

Antara 17 hingga 33 tahun, endomorf dan mesomorf kelihatan bertambah manakala

ektomorf berkurangan.

Tugasan Terarah Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat

tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan pertumbuhan somatik

(pertumbuhan postnatal)

Portfolio Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam

bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

Page 33: Nota Pjm3105

22

Rujukan

Malina, R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004). Growth, maturation and physical activity (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Schmidt, R.A., & Lee, T (2005). Motor control and learning: A behavioral emphasis (4th ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Magill, R.A. (2004). Motor learning and control: Concepts and application (7th ed.). New York,

NY: McGraw-Hill. Abernethy, B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005). The

biophysical foundations of human movement (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004). Pediatric exercise medicine: From physiologic principles to

health care application. Champaign, IL: Human Kinetics. Coker, C.A. (2004). Motor learning and control for practitioners. Champaign, IL: Human Kinetics. Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life span motor development (4th ed.). Champaign, IL:

Human Kinetics. Rowland, T.W. (2005). Children's exercise physiology (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Wrisberg, C. A. (2004). Motor learning and performance: A problem-based

approach. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

Page 34: Nota Pjm3105

23

TAJUK 4 TISU ADIPOS DAN KOMPOSISI BADAN

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan tisu adipos dan

komposisi badan. Ini merupakan kursus asas berkenaan pertumbuhan dan perkembangan

manusia di sepanjang pusingan hidupnya. Ia membincangkan tentang proses pertumbuhan dan

perkembangan manusia dari aspek fizikal, psikososial, kognisi, personaliti dan moral bermula dari

peringkat pranatal hingga akhir dewasa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan

senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan mengenai tisu adipos dan komposisi badan yang berkaitan dengan

perkembangan pertumbuhan dan kematangan pembelajaran motor

2. Mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna

3. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan

Kerangka Konsep Tajuk-Tajuk Modul Ini

Tisu Adipos

dan komposisi

badan

Sel lemak dan

tisu adipos peringkat pra dan postnatal

Sebaran

pelbagai jenis lemak semasa pertumbuhan

Model komposisi

badan

Kaedah menganggar komposisi

badan kanak-kanak dan

remaja

Pertumbuhan dan

perkembangan ‘fat-free

mass’,’fat mass’ dan

peratus lemak

Page 35: Nota Pjm3105

24

Kandungan 4.0 Model Dan Kaedah Pembelajaran Komposisi Badan (Models And Methods For

Studying Body Composition) 4.1 Model Komposisi Badan

Dua model yang lazim digunakan di dalam kebanyakan kajian adalah dari

perspektif (a) ahli biokimia dan (b) mereka yang bertugas bersama individu di klinik,

pusat pemakanan, pusat kecergasan dan sebagainya (model dua bahagian).

Model biokimia – Secara biokimia, badan manusia terdiri daripada empat unsur

utama iaitu air, protein, mineral dan lemak.

Walaupun model ini berfaedah untuk perbandingan umum, kegunaannya adalah

terhad kerana data analisis biokimia yang diperolehi hanyalah dari sekumpulan

individu yang kecil, yang mana mungkin tidak mewakili populasi norma.

Model dua bahagian adalah merujuk kepada pembahagian jisim badan kepada

komponen lemak dan otot.

Komponen tanpa lemak adalah dirujuk sebagai jisim badan bebas lemak manakala

komponen yang satu lagi dikenali sebagai jisim berlemak.

4.2 Kaedah Menganggar Komposisi Badan

Kaedah yang lazim digunakan bagi menganggar komposisi badan dalam individu

adalah secara tidak langsung.

Kaedah timbangan dalam air (hydrostatic) – menganggar ketumpatan badan dan

menukar nilai kepada peratusan lemak badan.

Kaedah pencairan isotop – menganggar jumlah air di dalam badan, yang mana ini

ditukar kepada jisim bebas lemak (fat-free mass).

Kaedah pengaktifan neutron – menggunakan isotop nitrogen dan kalsium untuk

menganggar tisu tanpa lemak dan mineral.

Kaedah pengkonduksian elektrik badan dan bioelectrical impedance – menganggar

jisim bebas lemak (tisu tanpa lemak akan mengalirkan elektrik lebih mudah

berbanding tisu berlemak).

Kaedah ultrasound – menganggar lemak, otot dan tulang.

Kaedah radiografi – menganggar lemak, otot dan tulang.

Kaedah antropometri – menganggar lemak dan meramal jisim bebas lemak.

Page 36: Nota Pjm3105

25

Pengukuran ketumpatan badan:

- Ketumpatan = jisim per unit isipadu.

- Ketumpatan lemak = 0.90 g/cm3 dan adalah lebih rendah daripada air (1.0

g/cm3), dan lebih rendah daripada tisu tanpa lemak (1.10 g/cm3).

- Badan yang berketumpatan rendah mempunyai lebih lemak berbanding badan

yang berketumpatan tinggi.

- Ketumpatan adalah berkadar songsang dengan lemak badan.

- Densitometri adalah merujuk kepada pengukuran ketumpatan badan.

- Ketumpatan digunakan untuk menganggar peratus berat badan yang terdiri

daripada lemak.

Mengukur jumlah air dalam badan:

- Air adalah komposisi terbesar dalam badan.

- Kebanyakan air di dalam badan adalah di dalam tisu tanpa lemak. Oleh itu

pengukuran jumlah air dalam badan memberi satu cara untuk menganggar jisim

bebas lemak.

Mengukur kalium dalam badan

- Kalium banyak dijumpai dalam sel-sel, khususnya di tisu otot. Oleh itu

pengukuran kepekatan kalium dalam badan boleh memberi satu anggaran jisim

bebas lemak.

Aplikasi kaedah pengukuran pada kanak-kanak

- Kaedah-kaedah pengukuran yang sedia ada yang dilaksanakan ke atas orang

dewasa tidak semestinya sesuai dengan kanak-kanak.

- Antara perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan adalah:

Adakah ketumpatan lemak dan tisu bebas lemak, kandungan air dan

kalium di dalam jisim bebas lemak sama dalam dewasa dan kanak-

kanak?

Bilakah ketumpatan, kepekatan air dan kalium dalam tisu tanpa lemak

dicapai dalam dewasa?

Kaedah densitometri adalah lambat dan memerlukan subjek kajian

menjalani latihan keselesaan dengan prosedur.

Kaedah ini hanya terhad kepada kanak-kanak berumur 7 atau 8 tahun

dan bukannya lebih muda.

Page 37: Nota Pjm3105

26

Penggunaan kaedah kalium adalah sangat mahal dan sensitif, dan

tempoh pengukurannya amat bergantung kepada saiz subjek.

Kanak-kanak mungkin tidak berupaya berada di dalam keadaan tetap

untuk suatu tempoh yang lama semasa pengukuran dilaksanakan.

Pengukuran jumlah air dalam badan memerlukan subjek berpuasa

semalaman sebelum pengukuran dapat dilaksanakan.

4.3 Pertumbuhan Jisim Bebas Lemak, Jisim Lemak Dan Peratus Lemak Jisim Bebas Lemak (Fat-Free Mass)

Jisim bebas lemak mengikuti satu pola pertumbuhan seperti dalam ketinggian dan

berat badan, dan perbezaan jantina memainkan peranan utama semasa

pertumbuhan remaja.

Pada peringkat awal dewasa, perempuan mencapai nilai jisim bebas lemak lebih

awal, antara umur 15 ke 16 tahun berbanding lelaki pada umur antara 19 ke 20

tahun.

Pada peringkat lewat remaja, lelaki, pada puratanya mempunyai jisim bebas lemak

1.5 kali lebih berbanding perempuan.

Perbezaan ini menunjukkan pertumbuhan pesat jisim otot dalam remaja.

Selepas 14 tahun, lelaki mempunyai jisim bebas lemak yang lebih berbanding

perempuan dengan ketinggian yang sama.

Jisim Lemak (Fat Mass)

Anggaran jisim lemak meningkat pada 2 atau 3 tahun pertama dalam hidup dan

kemudiannya tidak menunjukkan perubahan antara 5 – 6 tahun.

Jisim lemak perempuan mula meningkat dengan pesat berbanding lelaki di peringkat

remaja, dan mula malar apabila lelaki mengalami pertumbuhan pesat di antara 13 –

15 tahun.

Peratus lemak meningkat dengan pesat dalam kedua-dua jantina semasa bayi, dan

mula berkurangan semasa awal kanak-kanak.

Perempuan pada puratanya menunjukkan peratus lemak yang lebih sedikit

berbanding lelaki semasa peringkat bayi dan awal kanak-kanak, tetapi dari 5 – 6

tahun sehingga remaja, perempuan mempunyai peratus lemak yang lebih

berbanding lelaki.

Dalam lelaki, peratus lemak berada di tahap paling rendah pada 16 – 17 tahun, dan

seterusnya meningkat apabila berada di peringkat awal dewasa.

Page 38: Nota Pjm3105

27

4.4 Perubahan Tisu Adipos Semasa Pertumbuhan (Adipose Tissue Changes During

Growth) 4.4.1 Jenis Tisu Adipos

Tisu adipos adalah komponen fungsi dan struktur jisim lemak.

Terdapat dua jenis tisu adipos iaitu tisu adipos perang dan tisu adipos putih.

Tisu adipos putih:

- Terdiri daripada sel lemak (adipocytes) yang mengandungi satu titisan lemak

besar, dalam bentuk trigliserida.

- Nukleus adiposit dan organel sel sitoplasma (iaitu mitokondria dan lain-lain)

dimampatkan ke bahagian luar sel antara titisan lipid dan membran sel.

- Tisu aktif metabolisme (dalam metabolisme glukosa, asid lemak, lipoprotein dan

kolesterol).

- Terdapat di seluruh badan.

- Kebanyakannya boleh dijumpai di dalam ginjal, jantung, hati dan organ-organ

lain, tetapi sebaran terbesar adalah di lapisan bawah kulit.

- Tisu yang penting dalam metabolisme dan setor simpanan tenaga.

- Memberi perlindungan dan penebat ke atas badan dan organ-organ penting.

Tisu adipos perang:

- Mengandungi beberapa titisan lipid dan bukannya dalam satu vakuol lipid yang

besar.

- Nukleus tidak dimampatkan seperti dalam tisu adipos putih.

- Mengandungi lebih mitokondria yang lebih besar dan berstruktur kompleks

berbanding tisu adipos putih.

- Fungsi utama bukan untuk simpanan lipid tetapi untuk menjana haba

(thermogenesis).

- Banyak terdapat di dalam haiwan yang tinggal di persekitaran sejuk, and

haiwan yang berhibernasi.

- Lebih kecil daripada sel adipos putih. Diameternya berjulat antara 15 – 50

mikrometer.

- Warna perang adalah disebabkan oleh kepekatan tinggi sitokrom dan enzim

sitokrom dalam mitokondria, serta kandungan hemoglobin dalam tisu.

- Dalam badan manusia, tisu ini didapati pada tempat-tempat tertentu, khususnya

Page 39: Nota Pjm3105

28

di bahagian belakang leher, dan bahagian belakang interscapula bayi yang baru

dilahirkan.

- Diberkaskan antara sel dan kapilari.

- Mempunyai kaitan dengan sistem saraf simpatetik serta mempunyai reseptor

sel yang berupaya bertindak balas terhadap hormon seperti noradrenalin.

- Menyimpan lemak untuk kegunaan sendiri dan bukan untuk aktiviti metabolisme

tisu lain.

4.4.2 Perkembangan Tisu Adipos Dalam Pranatal

Tisu adipos putih telah didapati di bahagian abdomen bayi semasa minggu ke-14

kehamilan.

Tidak terdapat perbezaan dalam tisu adipos putih antara jantina.

Dalam perkembangan awalan bayi, adiposit mempunyai beberapa titisan lipid

yang bergabung untuk membentuk satu sel dengan satu titisan.

Selepas minggu ke-23 kehamilan, aktiviti utama yang menyumbang kepada

pencapaian pesat berat badan adalah pengembangan adiposit dan pemberkasan

tisu adipos.

Adalah dianggarkan bayi yang baru dilahirkan mempunyai hampir 5 bilion

adiposit.

Perbezaan kandungan lemak badan kelihatan lebih berkait dengan kandungan

trigliserida adiposit berbanding perubahan sel atau bilangan sel dalam tisu.

Secara umumnya, adiposit dalam fetus adalah lebih kecil berbanding dewasa,

tetapi pada peringkat lewat fetus, satu populasi adiposit besar yang mengandungi

lipid kelihatan lebih jelas.

Tenaga yang tersimpan ini adalah penting bagi bayi semasa proses transisi dari

persekitaran terlindung ke persekitaran terbuka dalam hidup.

Selepas kelahiran, bayi perlu bergantung pada bahan metabolisme karbohidrat

yang cepat kehabisan dan trigliserida yang tersimpan di dalam adiposit menjadi

sumber yang penting.

Oleh itu adiposit di dalam bayi harus berupaya berfungsi dengan cekap untuk

memenuhi keperluan tenaga ini.

Page 40: Nota Pjm3105

29

4.4.3 Sifat-Sifat Tisu Adipos Dalam Pascanatal

Tisu adipos perang:

- Terdapatnya satu jumlah yang kecil tisu adipos perang dalam bayi yang

baharu dilahirkan, iaitu sebanyak 1% berat badan, atau 25g di dalam bayi

yang dilahirkan penuh seberat 3500g.

- Tisu ini berfungsi sebagai satu mekanisme perlindungan dalam bayi tidak

cukup bulan kerana menghadapi persekitaran luar yang mencabar.

- Sejurus selepas kelahiran, tisu ini akan hilang dari badan, tetapi

sebilangannya akan kekal berada di organ-organ dalaman seperti ginjal.

Tisu adipos putih:

- Tisu ini berkembang dengan suatu kuantiti simpanan lipid yang meningkat

akibat perubahan interaktif dalam saiz adiposit dan sel organ tisu adipos.

- Bilangan adiposit meningkat dari 5 bilion semasa kelahiran ke 30 – 50 bilion

di peringkat dewasa (yang tidak gemuk).

- Diameter purata adiposit meningkat dari 30 – 40 mikrometer semasa

kelahiran ke 80 – 90 mikrometer di peringkat awal dewasa.

- Organ adipos terdiri daripada 0.5kg lemak semasa kelahiran di dalam kedua-

dua jantina, dan meningkat ke 10kg di dalam lelaki dan 14kg di dalam

perempuan di peringkat awal dewasa.

- Hipertropi adiposit akan merangsang pembahagian sel di dalam adifoblas

(adiphoblast) dan seterusnya meningkatkan bilangan praadiposit dan

adiposit.

Page 41: Nota Pjm3105

30

4.4.4 Sebaran Lemak Semasa Pertumbuhan

Sebaran lemak adalah sebaran kilang-kilang lemak di dalam badan.

Kilang-kilang lemak yang tersebar di tempat-tempat yang berlainan mempunyai sifat-

sifat metabolisme yang tersendiri.

Lemak dalaman dan lemak lapisan bawah kulit:

- Lemak dalaman, juga dikenali sebagai lemak jantung (visceral), omental.

- Pengukuran langsung lemak dalaman boleh dilakukan secara analisis pada mayat

dan tomografi.

- Inferensi tentang perubahan lemak dalaman semasa pertumbuhan boleh dibuat

berdasarkan nisbah lemak lapisan bawah kulit kepada jisim lemak keseluruhan.

- Kadar pengumpulan lemak dalaman adalah lebih cepat berbanding lemak lapisan

bawah kulit semasa kanak-kanak bagi kedua-dua jantina.

- Selepas 13 – 14 tahun, nisbah akan meningkat bagi lelaki, dan ini menunjukkan

perubahan dalam penyebaran lemak lapisan bawah kulit di bahagian hujung

anggota dan badan lelaki.

Lemak lapisan bawah kulit dan topografi lemak:

- Data radiografik telah menunjukkan bahawa perempuan mempunyai lebih lemak lapisan

bawah kulit berbanding lelaki dari awal bayi sehingga 18 tahun.

- Selepas peningkatan pesat lemak lapisan bawah kulit dalam tempoh 6 bulan pertama ,

Page 42: Nota Pjm3105

31

kedua-dua jantina mengalami penurunan pada 6 – 7 tahun.

- Perempuan akan menunjukkan peningkatan linear sehingga remaja, manakala lelaki

menunjuk sedikit peningkatan antara 7 – 12/13 tahun, dan seterusnya penurunan

semasa remaja.

- Data lipatan kulit menunjukkan perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit

berbanding lelaki antara 4 – 18 tahun.

- Antara 4 – 7 tahun, jumlah 10 lipatan kulit menunjukkan kestabilan dalam kedua-dua

jantina dan ini adalah selaras dengan dapatan radiografik.

- Lemak lapisan bawah kulit meningkat secara linear dalam perempuan antara 6 – 7 tahun

sehingga remaja.

- Pada lelaki pula, jumlah lipatan kulit meningkat dari 7/8 – 13 tahun dan seterusnya

menunjukkan penurunan di umur 15 tahun.

- Perubahan ini telah menunjukkan dua faktor iaitu (i) terdapatnya lebih tempat lipatan kulit

(10) berbanding radiografik (5); (ii) tempat radiografik adalah terhad kepada hujung

anggota tetapi tempat lipatan kulit tersebar dengan sekata antara hujung anggota dan

badan.

Perubahan di dalam jumlah sebaran lemak lapisan bawah kulit berlaku semasa

pertumbuhan.

Perempuan mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit berbanding lelaki di semua

peringkat umur, khususnya di peringkat remaja.

Perbezaan lemak lapisan bawah kulit kelihatan lebih ketara antara kedua-dua jantina di

bahagian hujung anggota berbanding badan.

Oleh itu terdapat satu perbezaan yang ketara antara jantina di dalam sebaran lemak di

dalam remaja.

Lelaki mempunyai lebih lemak lapisan bawah kulit di badan berbanding hujung anggota.

Page 43: Nota Pjm3105

32

Tugasan Terarah Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan maklumat

tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan tisu adipos dan komposisi

badan.

Portfolio Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

Rujukan

Malina, R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004). Growth, maturation and physical activity (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Schmidt, R.A., & Lee, T (2005). Motor control and learning: A behavioral emphasis (4th ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Magill, R.A. (2004). Motor learning and control: Concepts and application (7th ed.). New York, NY:

McGraw-Hill. Abernethy, B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005). The biophysical

foundations of human movement (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004). Pediatric exercise medicine: From physiologic principles to

health care application. Champaign, IL: Human Kinetics.

Bila

ngan

sel

lem

ak (x

109 )

Page 44: Nota Pjm3105

33

Coker, C.A. (2004). Motor learning and control for practitioners. Champaign, IL: Human Kinetics. Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life span motor development (4th ed.). Champaign, IL: Human

Kinetics. Rowland, T.W. (2005). Children's exercise physiology (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Wrisberg, C. A. (2004). Motor learning and performance: A problem-based approach.

Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

Page 45: Nota Pjm3105

34

TAJUK 5 PERKEMBANGAN FUNGSI ANATOMI DAN FISIOLOGI

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan fungsi anatomi dan

fisiologi. Ini merupakan kursus asas berkenaan pertumbuhan dan perkembangan manusia di

sepanjang pusingan hidupnya. Ia membincangkan tentang proses pertumbuhan dan

perkembangan manusia dari aspek fizikal, psikososial, kognisi, personaliti dan moral bermula dari

peringkat pranatal hingga akhir dewasa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan

senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan mengenai perkembangan fungsi anatomi dan fisiologi.

2. Mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan

komunikasi untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna

3. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan Kerangka Konsep Tajuk-Tajuk Modul Ini

Perkembangan fungsi anatomi

dan fisiologi

Perubahan jantung, darah dan paru-paru

semasa pertumbuhan

Perkembangan motor

Prestasi

kekuatan dan motor

Prestasi aerobik

Prestasi

anaerobik

Page 46: Nota Pjm3105

35

Kandungan 5.0 Perkembangan Fungsi Anatomi Dan Fisiologi (Functional Development) 5.1 Perubahan Jantung, Darah Dan Paru-Paru Semasa Pertumbuhan (Heart,

Blood And Lungs) Ciri-ciri peredaran darah fetus

Jantung dan salur darah adalah terbentuk daripada sel-sel embrio mesodermal.

3 minggu selepas persenyawaan, salur jantung primitif mula terbentuk.

Sejurus selepas itu, jantung ini mula berdenyut.

Salur ini akan tumbuh dan membentuk kaviti perikardial.

Jantung akan membentuk struktur umumnya pada penghujung minggu ke-6 selepas

persenyawaan, dan salur-salur darah utama terbentuk pada minggu ke-8.

Salur jantung primitif akan melipat dan menyimpul dengan sendirinya lalu membentuk

4 ruang yang jelas.

Kedua-dua proses ini mengakibatkan 4 ruang jantung tersusun pada kedudukan yang

betul dalam kaviti perikardial bersama-sama salur-salur darah utama jantung.

Pelbagai jenis penyakit jantung kongenital yang wujud adalah hasil daripada proses

embrio yang terganggu.

Sistem peredaran fetus yang utama dapat diperhatikan dalam gambarajah di bawah.

Plasenta (uri) merupakan penghubung antara peredaran fetus dan ibu.

Page 47: Nota Pjm3105

36

Vena umbilical membawa oksigen dan nutrien dari plasenta ke fetus, dan dua arteri

umbilical membawa darah tanpa oksigen dari fetus ke plasenta untuk dioksigenkan

dan pembuangan bahan-bahan kumuh ke dalam peredaran ibu.

Hanya sejumlah kecil keluaran kardiak fetus yang melalui paru-parunya kerana

terdapatnya halangan (pemisah) yang mengalihkan darah dari sebelah kanan ke

sebelah kiri.

Foramen ovale adalah penghalang pertama, yang merupakan satu bukaan sehala di

dalam septum yang membahagikan atria kanan dan kiri.

Ductus arteriosus adalah penghalang kedua, di mana sejumlah kecil darah yang

dipamkan oleh ventrikel kanan mengalir ke aorta dan bukannya ke arteri pulmonari.

Duktus adalah satu salur kecil yang menghubungkan arteri pulmonari utama dengan

aorta.

Adalah dianggarkan sejumlah 10% - 15% darah yang dipamkan oleh jantung telah

melalui paru-paru semasa fetus.

Ductus venosus adalah satu salur sementara yang membenarkan sedikit darah

mengalir dari vena umbilical terus ke vena kava inferior dan atrium kanan.

Darah di dalam vena umbilical mempunyai 70% oksigen tepu manakala tisu periferi

hanya mempunyai antara 55% - 60%.

Perubahan saiz jantung

Dalam hidup fetus, jantung sebelah kanan mempunyai isipadu yang hampir sama

dengan sebelah kiri.

Selepas kelahiran, pertumbuhan ventrikel kiri adalah lebih pesat berbanding sebelah

kanan.

Isipadu jantung pada masa kelahiran adalah lebih kurang 40cm3.

Jumlah ini akan berganda menjelang 6 bulan, 4 kali ganda pada tahun 2 dan akan

mencapai antara 600 – 800 cm3 dalam dewasa.

Perubahan fungsi jantung

(i) Denyutan nadi

- Purata kadar nadi dalam bayi yang baru dilahirkan adalah 140 dsm.

- Kadar dasar nadi menurun dari 140 dsm (kelahiran) ke 100 dsm (1 tahun), dan

menurun seterusnya ke 80 dsm (6 tahun) dan 70 dsm (10 tahun).

(ii) Isipadu strok dan keluaran kardiak

- Isipadu strok: Isipadu darah yang dipamkan oleh ventrikel kiri pada satu

penguncupan, meningkat dari peringkat kanak-kanak ke remaja.

Page 48: Nota Pjm3105

37

- Jumlahnya adalah antara 3 – 4ml (kelahiran) dan meningkat 10 kali ganda iaitu

40ml di peringkat sebelum remaja.

- Keluaran kardiak: Keluaran darah dari ventrikel kiri dalam satu minit.

- Keluaran kardiak adalah 0.5L/min (kelahiran) manakala di peringkat dewasa

adalah 5L/min.

(iii) Tekanan darah

- Tekanan darah sistemik dalam fasa-fasa diastolik dan sistolik penguncupan otot

jantung meningkat semasa pertumbuhan.

- Tekanan darah sistolik dalam bayi berubah-ubah antara 40 – 75mmHg.

- Dalam lewat bayi, tekanan darah ini meningkat ke 80mmHg dan tekanan darah

diastolik meningkat ke 50 – 55mmHg.

- Tekanan darah sistolik meningkat lebih daripada tekanan darah diastolik semasa

peringkat kanak-kanak ke remaja.

Semasa pertumbuhan, saiz jantung bertambah dan ini ada berkait dengan jisim

badan. Ini bererti saiz jantung adalah berkadaran dengan jisim badan.

Jantung secara progresifnya akan disesuaikan dengan penambahan kerja,

walaupun dalam keadaan rehat.

Perubahan ciri-ciri darah semasa pertumbuhan

(i) Isipadu darah

- Dalam kanak-kanak, isipadu darah berkait rapat dengan jisim badan dan saiz

jantung.

- Dalam orang dewasa secara puratanya terdapat 5L darah di mana 3L adalah

plasma dan bakinya adalah sel, khususnya sel darah merah.

- Bayi yang baru dilahirkan mempunyai antara 300 – 400ml darah dalam badan.

(ii) Komposisi darah

- Salah satu ciri penting darah adalah hematocrit iaitu peratus isipadu darah yang

mengandungi sel darah merah (eritrosit).

- Secara puratanya, lelaki dewasa mempunyai 40% - 45% berbanding perempuan

dewasa yang mempunyai 38% - 42%.

- Kedua-dua sel darah merah dan hemoglobin mempunyai peranan utama dalam

pengangkutan oksigen ke tisu-tisu badan.

- Dalam lelaki dewasa, bilangan sel darah merah adalah sebanyak 5.5

juta/mikroliter dan 4.6 juta/mikroliter dalam perempuan dewasa.

- Sel darah merah dihasilkan oleh sumsum tulang dalam bayi dan awal kanak-

kanak. Menjelang umur 5 tahun, penghasilannya berkurangan.

Page 49: Nota Pjm3105

38

- Eritrosit tidak mempunyai nukleus tetapi penuh dengan hemoglobin dan

komponen-komponen sitoplasma.

- Eritrosit mempunyai hayat antara 110 – 120 hari.

- Jumlah kandungan hemoglobin dalam darah adalah berkait dengan pengambilan

maksimum oksigen, isipadu jantung dan jisim tubuh.

- Sel darah putih (leukosit) juga berubah semasa pertumbuhan.

- Dalam kelahiran jumlah bilangan mencapai sehingga 40 ribu/mikroliter, tetapi di

peringkat dewasa bilangannya adalah 8 ribu/mikroliter.

- Bilangan platelet tidak menunjukkan banyak perubahan sejak lahir hingga dewasa,

iaitu sekitar 350 ribu/mikroliter.

(iii) Lipid darah dan lipoprotein

- Lipid darah dan lipoprotein sering dikaitkan dengan pelbagai masalah

metabolisme di peringkat dewasa, termasuklah arteriosklerosis yang berkait

dengan tabiat pemakanan dan tahap aktiviti fizikal.

- Trigliserida adalah molekul lemak dan kolesterol bersifat seperti molekul lemak

dalam banyak aspek.

- Kedua-dua bahan ini tidak larut air dan diangkut dalam darah bersama protein.

- Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL-cholesterol), mempunyai lebih protein

berbanding kolesterol.

- Lipoprotein berketumpatan rendah (LDL-cholesterol) dan lipoprotein

berketumpatan sangat rendah (vLDL-cholesterol), mempunyai lebih kolesterol

berbanding protein. Tahap LDL yang tinggi sering dikaitkan dengan

arteriosklerosis.

- Bayi perempuan mempunyai tahap lipid darah dan kolesterol yang lebih daripada

lelaki semasa kelahiran.

-

Perubahan fungsi paru-paru dan pernafasan semasa pertumbuhan

(i) Perkembangan dan pertumbuhan paru-paru

- Paru-paru mula bertumbuh sebaik sahaja berlakunya persenyawaan.

- Pembentukannya bermula sebagai satu kantung di minggu ke-4 dan seterusnya

terbahagi kepada dua.

- Pada minggu ke-16, ‘pokok’ bronkiol mula terbentuk dan 3 bulan terakhir fetus,

alveoli mula terbentuk. Kebanyakannya terbentuk dengan lengkap semasa pasca

natal.

- Paru-paru fetus terdiri daripada cecair, termasuk cecair amniotik dan komponen

darah.

Page 50: Nota Pjm3105

39

- Kebanyakan cecair ini dikeluarkan apabila toraks ditekan dalam proses kelahiran,

dengan bakinya dikeluarkan melalui salur limfa.

- Pergerakan pernafasan yang dapat dikesan dalam fetus menunjukkan bahawa

pusat pernafasan di otak dan mekanisme otot-saraf yang perlu untuk proses ini

telah wujud sebelum kelahiran.

- Paru-paru manusia adalah seberat 60 – 70g semasa kelahiran dan jisim ini

meningkat sebanyak 20 kali ganda sebelum kematangan.

- Bilangan alveoli meningkat dari 20 juta (kelahiran) ke 300 juta (umur 8 tahun).

- Isipadu paru-paru adalah lebih daripada jisim paru-paru.

- Bayi yang baru dilahirkan boleh menyedut sebanyak 3ml udara segram tisu

manakala orang dewasa adalah antara 8 – 10ml.

(ii) Fungsi pernafasan

- Proses respiratori melibatkan dua komponen.

- Pertama, melibatkan paru-paru di mana pemindahan oksigen dan karbon dioksida

antara kanak-kanak dan ruang persekitarannya.

- Kedua, melibatkan pengangkutan gas dalam darah ke dan dari tahap sel-sel atau

dikenali sebagai respirasi selular.

- Mekanisme pernafasan termasuklah:

Pusat respiratori terletak di dalam tunjang otak

Reseptor regang di dalam paru-paru, yang mengalirkan impuls proprioseptif

melalui saraf vagus

Reseptor kimia karotid dan aortik, akan terangsang apabila kandungan

oksigen dalam darah menurun

Pusat respiratori di dalam tunjang otak dan pusat reseptor kimia, akan

terangsang apabila kandungan karbon dioksida dalam darah meningkat atau

pH darah menurun

- Kekerapan pernafasan semasa kelahiran adalah sebanyak 40 nafas seminit dan

kadar ini menurun ke 30 nafas seminit menjelang umur satu tahun. Di antara umur

5 – 6 tahun, kekerapan adalah sebanyak 22 nafas seminit dan seterusnya

menurun ke 16 atau 17 nafas seminit.

- Isipadu sisa (residual volume) adalah isipadu gas yang berada di dalam paru-paru

selepas satu hembusan maksimum.

- Isipadu tidal (tidal volume) adalah purata isipadu udara yang dihembus semasa

pernafasan normal.

- Isipadu simpanan tarikan nafas (inspiratory reserve volume) adalah isipadu

maksimum gas yang boleh ditarik masuk dari paras normal pernafasan isipadu

tidal.

Page 51: Nota Pjm3105

40

- Isipadu simpanan hembusan (expiratory reserve volume) adalah isipadu

maksimum gas yang boleh dihembus dari paras normal pernafasan isipadu tidal.

- Kapasiti vital (vital capacity) adalah isipadu maksimum gas yang boleh dikeluarkan

dari paru-paru hasil daripada tarikan nafas maksimum.

- Kapasiti pernafasan (inspiratory capacity) adalah isipadu maksimum gas yang

boleh disedut.

- Kapasiti sisa fungsi (functional residual capacity) adalah isipadu gas yang

tertinggal di dalam paru-paru selepas satu pernafasan normal.

5.2 Perkembangan Motor (Motor Development) Perkembangan dan penghalusan lakuan kemahiran di dalam aktiviti motor adalah penting dalam

perkembangan dunia kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti motor ini merupakan sebahagian utama dalam

tingkah laku kanak-kanak dan memberi peluang untuk mereka mengalami persekitaran yang

mencabar, khususnya semasa prasekolah. Perkembangan motor merupakan satu proses di

mana kanak-kanak memperolehi kemahiran dan pola pergerakan. Ini dicirikan dengan suatu

modifikasi berterusan yang berasaskan kepada:

Proses kematangan otot-saraf yang berkemungkinan diselaraskan secara genetik

Sifat-sifat kematangan dan pertumbuhan dalam kanak-kanak (cthnya: saiz dan

komposisi badan)

Kesan sampingan pengalaman motor yang terdahulu

Pengalaman motor yang terkini

Kemahiran dan pola pergerakan

Pola motor adalah merujuk kepada pergerakan asas dalam melaksanakan sesuatu

tugas.

Dalam kemahiran motor, penekanan adalah pada ketepatan, kejituan, dan prestasi.

Klasifikasi aktiviti motor

(i) Aktiviti motor halus dan kasar

Motor halus adalah pergerakan yang memerlukan kejituan dan kemahiran seperti

dalam tugasan manipulatif.

Motor kasar adalah pergerakan yang melibatkan seluruh badan atau anggota

badan seperti dalam aktiviti lokomotor.

Kebanyakan lakuan motor merangkumi unsur-unsur motor kasar dan halus.

(ii) Pola motor asas

Ini adalah merujuk kepada bentuk pergerakan asas.

Page 52: Nota Pjm3105

41

Bentuk pergerakan asas ini terdiri daripada lokomotor, bukan lokomotor dan

manipulatif.

Bentuk pergerakan asas boleh terdiri daripada gabungan mana-mana aspek yang

disenaraikan.

(iii) Proses dan hasil pergerakan

Proses pergerakan melibatkan:

- teknik sesuatu pergerakan, contohnya putaran pinggul, aksi lengan, aksi kaki,

dan sebagainya

- mekanik sesuatu pergerakan, contohnya sudut lonjakan , panjang tuas lengan,

sudut antara sendi, dan sebagainya

Hasil pergerakan tertumpu kepada keputusan akhir sesuatu lakuan, contohnya

jarak lompatan, catatan masa larian, dan sebagainya.

Pantulan dalam bayi yang baru dilahirkan

Tindak balas motor bayi yang baru dilahirkan adalah sambungan daripada apa yang

telah wujud semasa dalam keadaan fetus.

Pola ini wujud dalam bentuk pantulan semasa kelahiran.

Sesetengah pantulan ini adalah berbentuk mudah dan dikawal oleh saraf tunjang

manakala sebahagiannya adalah kompleks dan memerlukan integrasi otak dan pusat

saraf yang lain.

Pantulan Moro (Moro reflex) adalah pola pantulan yang wujud dalam bayi sejak lahir

ke 3 bulan.

Pantulan Startle (Startle reflex) wujud akibat bunyian yang kuat dan bayi akan

bertindak balas dengan mengfleksikan anggota badan.

Pantulan genggaman (palmar grasp reflex) berlaku apabila sesuatu objek diletakkan

pada tapak tangan bayi.

Page 53: Nota Pjm3105

42

Pantulan leher (tonic neck reflex) mula kelihatan selepas beberapa bulan dilahirkan.

Apabila kepala bayi dipusingkan ke sebelah, bayi akan bertindak balas dengan

memanjangkan kaki dan lengan pada bahagian yang dipusingkan dan fleksi pada

bahagian yang bertentangan.

Pantulan righting adalah berkait dengan hubungan antara kepala dengan anggota

badan.

Pantulan labyrinthine adalah berkait dengan orientasi badan terhadap daya graviti.

Pantulan primitif (primitive reflexes) yang terdiri daripada pantulan Moro, startle dan

genggaman lazimnya terbentuk dengan sempurna sejak lahir sehingga bulan ke-3.

Pantulan postur yang terdiri daripada pantulan leher, labyrinthine, righting mula

terbentuk selepas bulan ke-3 dan seterusnya.

Page 54: Nota Pjm3105

43

Faktor-faktor yang boleh mempengaruhi perkembangan motor kanak-kanak

Cara penjagaan

Bilangan kelahiran

Bilangan kanak-kanak dalam keluarga

Peluang untuk pergerakan dan bermain secara aktif

Status sosioekonomi

Status pemakanan

Persekitaran

Biologikal (genotaip, saiz badan, komposisi badan)

Persepsi kanak-kanak terhadap persekitarannya

Prinsip Perkembangan Motor

Arnold Gesell (1952), telah memperkenalkan 2 prinsip perkembangan motor yang

berfokus pada perkembangan yang berlaku dalam dua tahun pertama selepas kelahiran

bayi. Prinsip-prinsip tersebut adalah prinsip cephalocaudal dan prinsip proximodistal.

Prinsip Cephalocaudal Cephalocaudal adalah gabungan dua perkataan Latin iaitu:

cephalo = kepala dan caudal = penghujung saraf tunjang

Perkembangan cephalocaudal adalah merujuk kepada perkembangan kawalan otot

secara beransur-ansur dari bahagian kepala ke bawah sehingga ke hujung jari kaki.

Page 55: Nota Pjm3105

44

Contohnya, dalam perkembangan janin, bahagian kepala terbentuk dahulu, diikuti

bahagian tangan dan seterusnya pada bahagian kaki.

Kawalan motor bermula dari bahagian kepala, leher dan badan sebelum dapat mengawal

bahagian kaki seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.

Aktiviti Umur

Kawalan kepala

Bergolek

Duduk

Berdiri dengan bantuan

Menyusup dan merangkak

Berdiri sendiri

Berjalan dan berlari

- Dengan bantuan

- Sendiri

- Berlari kekok

- Berlari dengan baik

Melompat

Semasa kelahiran

5 – 6 bulan

6 – 6.5 bulan

8 bulan

9 – 10 bulan

13 – 14 bulan

9 – 11 bulan

18 bulan

20 bulan

20 bulan

20 bulan

Prinsip Proximodistal Proximadistal adalah juga gabungan dua perkataan Latin iaitu:

proximo = hampir dan distal = jauh

Perkembangan proximodistal adalah merujuk secara khusus perkembangan kawalan otot

secara beransur-ansur dari bahagian tengah (paksi) badan ke bahagian yang menjauhi paksi

badan. Contohnya, kanak-kanak dapat mengawal otot-otot pada bahagian atas badan dan

bahu sebelum mereka dapat mengawal otot-otot pada bahagian lengan, tangan dan jari.

Aktiviti Umur

Menggenggam objek tetapi tidak boleh mengutipnya

Menggenggam objek besar dengan sebelah tangan dan memindah ke tangan yang lain

Memegang objek kecil tetapi tidak dapat mengutip

Berupaya mencubit objek kecil

Dapat memasukkan objek kecil ke dalam botol

4 bulan

6 – 6.5 bulan

7 bulan

9 bulan

15 bulan

Page 56: Nota Pjm3105

45

5.3 Prestasi Motor Dan Kekuatan (Strength And Motor Performance) Perkembangan kemahiran motor asas kanak-kanak lazimnya terbentuk menjelang umur 6 – 7

tahun. Komponen kekuatan diambil kira dalam prestasi motor kanak-kanak kerana ini merupakan

satu komponen penting dan juga prestasi motor sering digunakan sebagai satu petunjuk kepada

kekuatan otot. Kekuatan adalah daya otot atau kebolehan seseorang individu membentuk

tekanan terhadap rintangan luaran. Terdapat beberapa jenis kekuatan iaitu kekuatan statik,

dinamik dan letusan (kuasa).

Kekuatan statik atau isometrik adalah daya yang dikenakan ke atas rintangan luaran tanpa

sebarang perubahan pada panjang otot. Lazimnya kekuatan jenis ini diukur pada kumpulan otot

yang khusus, contohnya kekuatan genggaman, kekuatan fleksi atau ekstensi lutut. Kuasa adalah

kemampuan otot melepaskan daya maksimum dalam suatu tempoh yang singkat. Contohnya,

pengukuran lompat jauh berdiri. Kekuatan dinamik adalah daya yang dibentuk hasil daripada

penguncupan otot yang berterusan. Contohnya, pengukuran tekan tubi dan mendagu. Daya tahan otot adalah merujuk kepada kebolehan mengulangi atau mengekalkan penguncupan otot

untuk suatu tempoh masa yang lama. Contohnya, gantung siku bengkok.

Ujian prestasi yang merangkumi kemahiran motor asas lazimnya melibatkan kawalan motor dan

kekuatan. Melompat melibatkan koordinasi motor dan kuasa otot untuk membolehkan badan

bergerak mendatar ke hadapan seperti di dalam lompat jauh berdiri. Membaling melibatkan

koordinasi dan kuasa dalam melepaskan balingan sesuatu objek. Lari pecut adalah ujian yang

melibatkan kepantasan manakala lari ulang alek melibatkan ketangkasan. Imbangan adalah perl

dalam prestasi aktiviti motor sama ada dalam bentuk statik atau dinamik manakala kelenturan

melibatkan julat pergerakan sendi di pelbagai bahagian badan. Lain-lain kemahiran motor asas

yang boleh diuji termasuklah menendang untuk jarak, menyambut bola yang dilambung,

‘hopping’ atau ‘skipping’, membaling untuk ketepatan dan sebagainya.

Prestasi motor di peringkat awal kanak-kanak

Kekuatan otot meningkat di peringkat ini.

Lelaki menunjukkan peningkatan yang lebih berbanding perempuan di dalam aktiviti

berlari, melompat dan membaling.

Perempuan menunjukkan prestasi yang lebih baik di dalam aktiviti imbangan berbanding

lelaki di antara umur 3 – 5 tahun, dan lebih baik di umur 6 tahun.

Secara puratanya, lelaki menunjukkan prestasi yang cemerlang di dalam aktiviti yang

melibatkan kuasa dan kelajuan manakala perempuan lebih ke arah aktiviti imbangan.

Page 57: Nota Pjm3105

46

Prestasi motor di peringkat pertengahan kanak-kanak dan remaja

Kekuatan dan prestasi motor lazimnya meningkat mengikut umur. Walau bagaimanapun,

pola peningkatan ini berbeza mengikut aktiviti.

Kekuatan lelaki meningkat secara linear mengikut umur sehingga 13 atau 14 tahun di

mana peningkatan adalah mendadak manakala kekuatan perempuan meningkat secara

linear mengikut umur sehingga 16 atau 17 tahun.

Daya tahan otot lelaki meningkat secara linear dari 5 sehingga 13 atau 14 tahun di mana

peningkatan mendadak berlaku selepas itu manakala daya tahan otot perempuan

meningkat secara linear mengikut umur.

Dalam komponen kelenturan, perempuan didapati lebih lembut daripada lelaki di semua

peringkat umur, dan ini amat ketara di peringkat pertumbuhan pesat remaja dan

kematangan seksual.

Tempoh antara 5 hingga 8 tahun adalah suatu tempoh perubahan di dalam

perkembangan kekuatan dan prestasi motor. Pola pergerakan asas mula matang pada

tempoh ini dan amat berbeza dalam setiap kanak-kanak.

5.4 Prestasi Aerobik (Aerobic Performance) Petunjuk prestasi aerobik semasa pertumbuhan adalah merujuk kepada perubahan di dalam

kardiovaskular, pulmonari, otot rangka, substrat, pengawalatur suhu badan.

Kuasa aerobik adalah kuasa maksimum tenaga yang dihasilkan dalam seminit oleh gentian otot

yang berfungsi. Kapasiti aerobik adalah jumlah tenaga yang sedia ada untuk melaksanakan

aktiviti aerobik.

Tiga petunjuk utama metabolisme aerobik semasa senaman di dalam individu yang membesar

adalah:

(a) Adaptasi Terhadap Senaman Submaksimum

Kajian telah menunjukkan bahawa tindak balas kardiovaskular dan pulmonari terhadap senaman

di paras submaksimum berubah mengikut umur. Perubahan umur ini adalah lebih berkait kepada

status kematangan biologikal dan jisim badan berbanding umur kronologi.

(b) Adaptasi Terhadap Senaman Yang Lama Dan Senaman Bercorak Daya Tahan

Data kajian telah menyatakan bahawa senaman jangka masa panjang dapat diatasi oleh kanak-

kanak dan remaja tanpa sebarang masalah. Dalam aspek pengawalatur suhu badan, lebih

daripada 75% substrat yang ditukarkan kepada tenaga kimia semasa penguncupan otot rangka

perlu dibebaskan sebagai haba. Kanak-kanak mempunyai luas permukaan yang lebih besar

berbanding dewasa pada setiap kilogram jisim badan. Apabila kadar haba yang tinggi perlu

Page 58: Nota Pjm3105

47

dibebaskan, kanak-kanak mempunyai kelebihan kerana luas permukaan badannya berbanding

dewasa tetapi mempunyai kapasiti perpeluhan yang kurang. Ini menyebabkan kanak-kanak

kurang upaya untuk bergantungan pada proses sejatan peluh untuk membebaskan haba yang

berlebihan. Oleh yang demikan, kanak-kanak tidak berupaya melakukan senaman di cuaca yang

panas dan lama berbanding dewasa.

(c) VO2 Max

Kuasa aerobik maksimum adalah berkait dengan saiz badan, kematangan dan jantina. Kuasa ini

diukur pada kadar nadi maksimum senaman, yang lazimnya tinggi dalam kalangan kanak-kanak.

Min kadar nadi maksimum kanak-kanak boleh mencapai antara 200 ke 215 dsm dan kadar ini

menurun mengikut peningkatan umur. Menjelang lewat remaja kadar ini mencapai antara 190 ke

195 dsm. Keupayaan kanak-kanak menyesuaikan kapasiti aerobiknya adalah lebih baik

berbanding dewasa. Semasa senaman, tempoh untuk kanak-kanak mencapai 50% kapasiti

aerobik maksimum adalah lebih singkat berbanding dewasa.

Perubahan-perubahan ini akan memberi satu anggaran secara tidak langsung terhadap kapasiti

aerobik kanak-kanak semasa pertumbuhan.

5.5 Prestasi Anaerobik (Anaerobic Performance) Penghasilan tenaga anaerobik adalah penting dalam pertumbuhan kanak-kanak kerana

kebanyakan aktiviti mereka melibatkan penggunaan tenaga yang banyak, berintensiti tinggi dan

jangka masa yang lama. Oleh yang demikian, sumber tenaga yang dihasilkan oleh pengoksidaan

otot rangka adalah tidak mencukupi untuk menampung keperluan tenaga ini.

Semasa pertumbuhan penentu-penentu prestasi anaerobik seperti morfologi, fisiologi dan

biokimia akan berubah. Jisim otot yang akan bertambah mengikut umur memberi satu kesan

terus kepada penghasilan tenaga anaerobik. Kepekatan maksimum laktat darah meningkat

mengikut umur semasa pertumbuhan. Kepekatan laktat otot semasa senaman submaksimum

adalah lebih rendah dalam kanak-kanak berbanding dewasa. Oleh yang demikian, pemerhatian

ini mencadangkan bahawa individu yang sedang membesar kurang bergantung pada

metabolisme glikogen untuk menampung ATP yang digunakan semasa aktiviti aerobik dan

anaerobik.

Tugasan Terarah Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan perkembangan

fungsi anatomi dan fisiolog

Page 59: Nota Pjm3105

48

Laman Web Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan perkembangan

fungsi anatomi dan fisiologi

Portfolio Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam

bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

Rujukan Malina, R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004). Growth, maturation and physical activity (2nd ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Lee, T (2005). Motor control and learning: A behavioral emphasis (4th ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Magill, R.A. (2004). Motor learning and control: Concepts and application (7th ed.). New York,

NY: McGraw-Hill. Abernethy, B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005). The

biophysical foundations of human movement (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004). Pediatric exercise medicine: From physiologic principles to

health care application. Champaign, IL: Human Kinetics. Coker, C.A. (2004). Motor learning and control for practitioners. Champaign, IL: Human Kinetics. Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life span motor development (4th ed.). Champaign, IL:

Human Kinetics. Rowland, T.W. (2005). Children's exercise physiology (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Wrisberg, C. A. (2004). Motor learning and performance: A problem-based

approach. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

Page 60: Nota Pjm3105

49

TAJUK 6 KEMATANGAN

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan kematangan. Ini

merupakan kursus asas berkenaan pertumbuhan dan perkembangan manusia di sepanjang

pusingan hidupnya. Ia membincangkan tentang proses pertumbuhan dan perkembangan

manusia dari aspek fizikal, psikososial, kognisi, personaliti dan moral bermula dari peringkat

pranatal hingga akhir dewasa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai

bahan rujukan. Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Menghuraikan teori pembelajaran yang memperkukuhkan kandungan pengetahuan tentang

pertumbuhan dan pembelajaran motor kanak-kanak;

2. Memahami perkembangan pertumbuhan, kematangan dan kesan pembelajaran motor

kanak-kanak;

3. Memahami teori pembelajaran motor dan implikasi perkembangan penguasaan kemahiran;

4. Membezakan pelbagai bentuk maklumbalas, ‘knowledge of result’ dan latihan yang

mempengaruhi pembelajaran motor;

5. Berupaya merekabentuk program pembelajaran motor dengan mengambilkira pelbagai

bentuk maklumbalas, ‘knowledge of result’, jenis latihan dan perbezaan individu;

6. Mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna; dan

7. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan

Page 61: Nota Pjm3105

50

Kerangka Konsep Tajuk-Tajuk Modul Ini

Kandungan 6.0 Kematangan/Proses Matang (Maturation) 6.1 Kematangan Biologi: Konsep Dan Penilaian

Konsep kematangan bererti perkembangan ke arah keadaan yang matang.

Setiap individu dilahirkan dengan satu tempoh biologikal yang memastikan

perkembangan ke arah keadaan matang.

Pertumbuhan biologikal dan kematangan seseorang kanak-kanak tidak semestinya

bergerak seiring dengan tarikh atau umur kronologinya.

Sesetengah kanak-kanak akan berkembang lebih pesat dari aspek biologikal

berbanding umur kronologinya. Dengan kata lain, walaupun dua orang kanak-kanak

mempunyai umur kronologi yang sama, mereka tidak semestinya mencapai tahap

kematangan biologikal yang sama pada umur tersebut.

Petunjuk atau indikator kematangan dalam kajian pertumbuhan lazimnya

berdasarkan kematangan rangka, kematangan seksual dan kematangan somatik.

6.2 (a) Menilai Kematangan Rangka Merupakan kaedah yang paling baik dalam penilaian umur biologikal atau status

kematangan.

Kematangan

Konsep dan

penilaian kematangan

biologi

Penilaian

kematangan tulang rangka, seksual dan

somatik

Salingkait indicator

kematangan

Pengaturan masa dan

urutan perubahan indicator

kematangan semasa remaja

Kematangan dan variasi

dalam pertumbuhan dan prestasi

Page 62: Nota Pjm3105

51

Rangka merupakan indikator yang ideal tentang kematangan kerana

perkembangannya merangkumi tempoh pertumbuhan yang menyeluruh.

Semua kanak-kanak bermula dengan rangka rawan di peringkat pranatal dan

berkembang menjadi rangka lengkap di peringkat awal dewasa.

Kadar di mana tulang berkembang dari rawan ke pembentukan tulang awalan, ke

bentuk tulang yang pelbagai dan seterusnya ke peringkat dewasa berbeza antara

tulang di dalam seseorang individu dan antara individu-individu.

Tulang-tulang tangan dan pergelangan tangan merupakan asas utama penilaian

kematangan rangka di dalam kanak-kanak.

Pada lazimnya tulang-tulang tangan kiri dikaji dengan meletakknya di atas satu

permukaan rata pada plet sinar-X.

(a) 3 tahun (b) 5 tahun

(c) 14 tahun

Terdapat dua kategori tulang iaitu tulang panjang dan tulang bulat. Setiap tulang

panjang merangkumi diafisis dan epifisis.

Tulang bulat adalah sebenarnya tulang tak sekata, yang kebanyakannya terletak

di pergelangan tangan.

Indikator kematangan memberi 3 jenis maklumat yang digunakan untuk

menentukan kematangan tulang.

Page 63: Nota Pjm3105

52

Pertamanya, adalah kemunculan awal pusat tulang yang khusus pada sinar-X,

yang menunjukkan penggantian rawan oleh tisu tulang di dalam tulang yang

terlibat.

Keduanya, adalah definisi dan sifat-sifat setiap tulang berdasarkan perbezaan

bentuk semasa perkembangannya semakin jelas di peringkat dewasa.

Ketiganya, melibatkan penggabungan epifisis dengan diafisis masing-masing di

dalam metakarpal, falanks, radius dan ulna, dan pembentukan kontur dan bentuk

karpal dewasa.

Terdapat 3 kaedah penilaian kematangan rangka iaitu (i) kaedah Greulich-Pyle,

(ii) kaedah Tanner-Whitehouse dan (iii) kaedah Fels.

(b) Menilai Kematangan Seksual

Penilaian adalah berasaskan kepada perkembangan ciri-ciri seks sekunder iaitu

perkembangan buah dada dan haid (perempuan), zakar dan buah zakar (lelaki)

dan bulu pubik / kelamin (lelaki dan perempuan). Penilaian ke atas seks sekunder ini hanya terhad sehingga peringkat remaja atau

baligh. Oleh itu, indikator ini mempunyai had aplikasi dalam pertumbuhan

sepanjang hayat. Penilaian lazimnya dilaksanakan dalam 5 peringkat dan secara pemerhatian. Peringkat 1 menunjukkan perkembangan prabaligh. Contohnya, alat kelamin

lelaki adalah sama saiz di peringkat awal kanak-kanak. Peringkat 2 menunjukkan perkembangan awalan setiap ciri – peningkatan awal

buah dada (perempuan), pembesaran alat kelamin (lelaki), pemunculan bulu

pubik (lelaki dan perempuan). Peringkat 3 dan 4 menunjukkan kematangan berterusan setiap ciri dan adalah

sukar untuk dinilai.

Peringkat 5 menunjukkan keadaan perkembangan matang atau dewasa bagi

setiap ciri.

Perlu diingatkan bahawa kelima-lima peringkat yang dinyatakan adalah satu

penilaian yang lazim hasil daripada pemerhatian. Setiap individu akan

berkembang mengikut tahap kematangan masing-masing dan tidak semestinya

semua ciri yang dinyatakan berkembang dari peringkat 1 ke 5.

Terdapat 2 kaedah menentukan umur yang dicapai berdasarkan kematangan

seksual iaitu (i) kaedah status quo dan (ii) kaedah retrospective.

Page 64: Nota Pjm3105

53

(c) Menilai Kematangan Somatik

Penggunaan ukuran badan sebagai indikator kematangan memerlukan data

kajian berbentuk longitudinal.

Jika data yang diperolehi merangkumi zaman remaja, ketepatan ukuran anggota

badan yang khusus semasa pertumbuhan pesat remaja ini boleh digunakan

sebagai indikator kematangan somatik.

Pengukuran ketinggian merupakan aspek yang lazimnya digunakan sebagai

penilaian kematangan somatik.

Umur di puncak halaju ketinggian (peak height velocity) adalah indikator yang

lazim digunakan dalam kematangan somatik.

Ini adalah peringkat umur di mana ketinggian maksimum dicapai semasa

pertumbuhan pesat remaja.

Anggaran umur yang sama boleh dibuat pada puncak halaju anggota lain seperti

umur di puncak halaju pertumbuhan dalam panjang kaki, ketinggian berduduk,

biacromial, bicristal, lebar, berat badan dan kekuatan otot.

Satu lagi indikator kematangan somatik boleh dikira berdasarkan peratusan

ketinggian dewasa yang dicapai pada sesuatu peringkat umur.

6.3 Salingkaitan Petunjuk / Indikator Kematangan

Secara umumnya, indikator kematangan rangka, seksual dan somatik semuanya

berkait secara positif antara satu sama lain. Dapatan kajian menunjukkan bahawa remaja yang matang cepat secara seksual akan

mencapai ketinggian yang cepat semasa pertumbuhan pesat, dan sebaliknya. Kematangan rangka juga berkait dengan perkembangan ciri-ciri seks sekunder. Min umur kronologikal dan umur rangka pada setiap peringkat kematangan adalah

rapat.

Variasi dalam umur rangka berkurangan pada peringkat haid dan pada 95%

ketinggian matang.

Umur rangka mungkin berbeza dengan umur kronologi semasa awalan kematangan

seksual, tetapi keadaan ini akan berubah apabila pertumbuhan pesat dan

kematangan seksual remaja bermula.

Pertumbuhan prabaligh dan kematangan rangka adalah bergantungan pada

rangsangan hormon pertumbuhan manakala kematangan seksual, ketinggian dan

kematangan rangka di peringkat lewat adalah di bawah rangsangan hormon

pertumbuhan dan hormon steroid.

Hormon steroid ini banyak dihasilkan oleh gonad semasa kematangan.

Page 65: Nota Pjm3105

54

6.4 Pengaturan Masa Dan Urutan Perubahan Dalam Kematangan Semasa Remaja

Pertumbuhan pesat dalam ketinggian adalah indikator lazim yang digunakan untuk

kematangan somatik.

Kelajuan pertumbuhan ketinggian akan mencapai stau peringkat maksimum dan

seterusnya mula menurun.

Sesetengah kanak-kanak akan mencapai pertumbuhan pesat keremajaan semasa

peringkat pertengahan kanak-kanak, iaitu lebih awal daripada julat umur yang lazim

dalam transisi dari kanak-kanak ke remaja.

Perempuan akan matang lebih cepat daripada lelaki.

Dapatan kajian menunjukkan pertumbuhan maksimum dalam setiap tulang berlaku

lebih cepat dalam perempuan berbanding lelaki.

Pertumbuhan maksimum diperolehi oleh tibia terdahulu dan kemudiannya femur,

diikuti fibula dan tulang-tulang anggota atas.

Pertumbuhan ketinggian maksimum berlaku sama masanya dengan pertumbuhan

maksimum humerus dan radius.

Oleh yang demikan, pada awal remaja, kanak-kanak akan mempunyai kaki yang

panjang, kerana tulang-tulang anggota bawah mengalami pertumbuhan pesat lebih

awal berbanding anggota atas.

VO2 max mutlak meningkat dari 1 tahun sebelum dan 1 tahun selepas haid dan

kemudiannya akan berada di keadaan malar.

VO2 max relatif menurun dari 2 tahun sebelum haid ke 3 tahun selepas haid.

Peningkatan VO2 max mutlak semasa haid menunjukkan penambahan saiz badan, di

mana penurunan VO2 max relatif pada tempoh ini menunjukkan peredaran oksigen

tidak berkembang secepat jisim badan.

Perubahan dalam komposisi badan, khususnya penambahan lemak adalah faktor

signifikan yang mempengaruhi VO2 max relatif semasa kematangan seksual dalam

perempuan.

Perubahan imej badan dalam tempoh kematangan dan pertumbuhan pesat mungkin

mempengaruhi motivasi untuk bertanding.

6.5 (a) Variasi Berkait Dengan Kematangan Dalam Pertumbuhan

Kebanyakan fokus adalah pada peringkat remaja di mana variasi masa

pertumbuhan pesat dan kematangan seksual dapat diperhatikan dengan jelas.

Kanak-kanak pada lazimnya dikategorikan dalam kumpulan kematangan awal,

normal atau lewat berdasarkan umur rangka, umur semasa haid atau ciri-ciri seks

sekunder.

Page 66: Nota Pjm3105

55

Penilaian berdasarkan umur rangka

Umur rangka Kategori kematangan

Dalam lingkungan 1 tahun umur kronologi Normal

Lebih daripada 1 tahun umur kronologi Awal

Kurang daripada 1 tahun umur kronologi Lewat

Penilaian berdasarkan haid Contoh: Kehadiran haid pada umur 13 tahun

Kategori kematangan

Antara 12 dan 14 tahun Normal

Atas 14 tahun Lewat

Bawah 12 tahun Awal

Kanak-kanak yang matang awal adalah lebih tinggi dan berat berbanding mereka

yang normal atau lewat matang.

Saiz badan akan kelihatan lebih ketara dan jelas di peringkat remaja bagi mereka

yang matang pada waktu yang berlainan.

Kanak-kanak lewat matang akan mempunyai pinggul yang kecil berbanding bahu

mereka.

Kanak-kanak awal matang akan mempunyai pinggul yang lebar berbanding bahu

mereka.

Ektomorf lazimnya adalah berkait dengan lewat matang dalam lelaki dan

perempuan.

Kajian telah menunjukkan bahawa terdapat korelasi positif antara endomorf dan

mesomorf dan umur rangka, manakala korelasi negatif antara ektomorf dan umur

rangka dalam kanak-kanak berumur antara 9 dan 17 tahun.

Korelasi antara endomorf dan umur rangka meningkat antara 9 dan 12 tahun,

menunjukkan pengumpulan lemak sebelum pertumbuhan pesat remaja.

Korelasi antara endomorf dan umur rangka menurun antara 12 dan 16 tahun,

menunjukkan pengurangan atau kehilangan lemak semasa pertumbuhan.

Lelaki akan mengalami pengurangan lemak bawah lapisan kulit di bahagian

anggota hujung dan pengumpulan yang lebih di bahagian abdomen semasa

peringkat remaja.

Korelasi antara mesomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan 12 tahun,

dan seterusnya meningkat dari 12 ke 15 atau 16 tahun.

Page 67: Nota Pjm3105

56

Korelasi negatif antara ektomorf dan umur rangka adalah stabil antara 9 dan 15

tahun dan mula menurun pada lewat remaja.

Lelaki yang lewat umur rangkanya sering mempunyai nilai ektomorf yang tinggi.

Ektomorf yang ketara (contohnya, 2-2-6), sama ada di prabaligh atau awal dewasa

adalah berkait dengan kitaran remaja yang lewat atau panjang.

Mesomorf yang ketara di peringkat prabaligh akan kelihatan lebih rendah dan

mempunyai kitaran remaja yang lewat sedikit tetapi pertumbuhan yang pesat.

Endomorf prabaligh akan mempunyai pertumbuhan yang awal dan pesat tetapi

tidak lanjut untuk suatu tempoh masa yang lama.

Dalam lelaki, korelasi antara umur rangka dan kelebaran otot lengan dan betis

meningkat dengan ketara dari umur kanak-kanak ke remaja, berbanding

perempuan.

Korelasi antara ketebalan lemak di betis dan umur rangka meningkat dari umur

kanak-kanak ke remaja dalam lelaki dan perempuan.

Ukuran otot, tulang dan lemak di lengan dan betis dalam kanak-kanak awal

matang (lelaki dan perempuan) adalah besar.

(b) Variasi Berkait Dengan Kematangan Dalam Prestasi

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya korelasi positif antara

umur rangka dan prestasi.

Korelasi antara umur rangka dan kekuatan adalah sederhana, dan adalah lebih

tinggi untuk prestasi motor.

Oleh itu, kanak-kanak awal matang akan menjadi lebih kuat dan menunjukkan

prestasi yang lebih baik berbanding dengan kanak-kanak lewat matang.

Prestasi semasa peringkat kanak-kanak pertengahan dipengaruhi oleh umur

kronologi dan saiz badan, kedua-duanya berkait dengan status kematangan.

Kekuatan dan prestasi motor kanak-kanak praremaja adalah dipengaruhi oleh

perkaitan antara umur kronologi, umur rangka, dan saiz badan. Oleh itu, adalah

sukar untuk membezakan dengan jelas kesan khusus variasi berkait kematangan

dalam penilaian kekuatan dan prestasi motor.

Secara umumnya, perkaitan kekuatan dan prestasi motor remaja lelaki adalah

positif dan signifikan kepada kematangan rangka.

Prestasi motor remaja perempuan adalah tidak berkait secara signifikan kepada

petunjuk kematangan rangka dan seksual.

Kekuatan statik adalah berkait secara positif kepada status kematangan dalam

perempuan semasa remaja.

Page 68: Nota Pjm3105

57

Data korelasi untuk kekuatan, prestasi motor, dan status kematangan semasa

remaja adalah berkait dengan umur kronologi, status kematangan, saiz badan dan

prestasi.

Tugasan Terarah Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan kematangan

Laman Web http://en.wikipedia.org/wiki/Sports_periodization

http://www.medic.usm.my/~ssu/ARTICLES/article_42.htm

http://www.trifuel.com/triathlon/triathlon-training/what-does-periodization-mean-and-how-does-it-work-

000625.php

http://www.unm.edu/~lkravitz/Article%20folder/periodization.html

Portfolio Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam

bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

Rujukan Malina, R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004). Growth, maturation and physical activity (2nd ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Lee, T (2005). Motor control and learning: A behavioral emphasis (4th ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Magill, R.A. (2004). Motor learning and control: Concepts and application (7th ed.). New York,

NY: McGraw-Hill. Abernethy, B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005). The

biophysical foundations of human movement (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004). Pediatric exercise medicine: From physiologic principles to

health care application. Champaign, IL: Human Kinetics. Coker, C.A. (2004). Motor learning and control for practitioners. Champaign, IL: Human Kinetics.

Page 69: Nota Pjm3105

58

Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life span motor development (4th ed.). Champaign, IL:

Human Kinetics. Rowland, T.W. (2005). Children's exercise physiology (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Wrisberg, C. A. (2004). Motor learning and performance: A problem-based

approach. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

Page 70: Nota Pjm3105

59

TAJUK 7 FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERTUMBUHAN, KEMATANGAN DAN PRESTASI

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan faktor yang

mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi. Ini merupakan kursus asas berkenaan

pertumbuhan dan perkembangan manusia di sepanjang pusingan hidupnya. Ia membincangkan

tentang proses pertumbuhan dan perkembangan manusia dari aspek fizikal, psikososial, kognisi,

personaliti dan moral bermula dari peringkat pranatal hingga akhir dewasa. Modul ini juga

dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah selesai mengikuti modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi

pembelajaran motor;

2. Mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna; dan

3. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan Kerangka Konsep Tajuk-Tajuk Modul Ini

Kandungan 7.0 Faktor Yang Mempengaruhi Pertumbuhan, Kematangan Dan Prestasi 7.1 Aktiviti Fizikal

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapatnya penurunan aktiviti fizikal

Faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi

Aktiviti fizikal

Keadaan

sosial

Variasi kaum

dan etnik

Pemakanan dan penyakit kanak-kanak

Cuaca

Page 71: Nota Pjm3105

60

antara 2-5 tahun dan antara lelaki dan perempuan.

Secara puratanya,lelaki mempunyai aktiviti fizikal yang lebih berbanding perempuan

.walau bagaimanapun,lelaki lelaki akan mengalami penurunan yang lebih di

peringkatblewat remaja berbanding perempuan.

Tahap aktiviti lazimnya meningkatdari peringkat pertengahkan kanak-kanak ke awal

remaja ,tetapi akan menurun ,penurunan ini biasanya berlaku di peringkat lewat

remaja kerana permintaan social remaja dalam kerjaya.

Kanak-kanak lazimnya lebih aktif dalam dalam musim panas apabila cuti

persekolahan bermula.pada remaja ,aktiviti fizikal menurun pada waktu ini kerana

mencari pengalaman pekerjaan.

Aktviti fizikal bukannya sama dengan latihan senaman.Latihan senaman melibatkan

aktviti fizikal yang kerap dan sistematik seperti kali teknik,bebanan,belari dan

permainan atau aktiviti sukan yang dilakukan pada tahap intensity tertentu untuk

tempoh tertentu.

Oleh yang demikian,kita tidak bole anggapkan perbezaan pertumbuhan dan

kematangan antara atlet muda dan bukan atlet adalah disebabkan oleh latihan kerap.

Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa aktiviti fizikal yang kerap tidak mepunyai

sebarang kesan terhadap pertumbuhan ketinggian.Aktiviti fizikal yang kerap adalah

faktor penting dalam mengekalkan berat badan.Latihan kerap akan mengakibatkan

penurunan lemak dan meningkatkan jisim bebas lemak

Dapatan kajian telah menunjukkan tiada kesan yang signifikkan latihan kerap ke atas

somatotaip semas pertumbuhan

Adalah dianggapkan bahawa kadungan mineral yang tinggi dalam tisu tulang di

peringkat awal dewasa menggambarkan kesan positif aktiviti fizikal yang kerap ke

atas proses minerallisasi tulang semasa pertumbuhan

Walaubagaimanapun,dalam perempuan,latihan bertahap tinggi dalam sukan daya

tahan telah menyababkan proses nyahmineralisasi tisu tulang dan ini ada kaitannye

dengan fungsi head yang telah berubah akibat latihan yang mendadak,lalu

menyebabkan kekurangan hormone estrogen.latihan kerap telah didapati membawa

kepada hipartrofi otot rangka dan peningkatan penguncupan protein dan kepekatan

enzim.

Latihan kerap telah didapati membawa kepada hipertrofi otot rangka dan

peningkatan penguncupan protein dan kepekatan enzim.

Latihan kerap juga menberi kesan positif ke atas lemak badan,walaupun ini

bergantungan pada tempoh lakuan .

Bukti kajian ke atas dewasa telah menunjukkan bahawa penurunan lemak hasil

Page 72: Nota Pjm3105

61

daripada latihan adalah disesabkan oleh penurunan saiz sel lemak dan bukannya

perubahan dalam bilangan sel lemak.

Aktiviti kerap tidak memberi sebarang kesan terhadap peningkatan atau penurunan

kematangan rangka .

Latihan rintangan untukmembentuk kekuatan tidak digalakkan untuk kanak-kanak

prabaligh . ini adalah kerana kuantiti hormon androgen dalam peredaran tidak

mencukupi untuk member kesan positif.selain dari ini ,faktor keselamatan dalam

latihan ringtangan juga diambil kira.

Kajian telah menunjukan bahawa sebelum ,semasa dan selepas pertumbuhan pesat

remaja,lelaki yang aktif mempunyai kuasa aerobic yang lebih berbanding yang lain.

7.2 Faktor Sosial

Keadaan di mana seseorang kanak-kanak dilahirkan akan membawa kesan terhadap

pertumbuhan dan kematangan.

Status sosioekonomi keluarga seseorang kanak-kanak adalah faktor yang signifikan

dalam pertumbuhan dan kematangan.

Saaiz keluarga juga memberi kesan terhadap ketumbuhan dan kematangan kanak-

kanak dan ini bergantung dari tempat ke tempat.walau bagaimanapun ,kesannya

adalah tidak ketara dan jelas.

Bayi yang dilahirkan oleh ibu yang kerap merokok sewaktu hamil lazimnya

mempunyai berat badan dan ketinggian yang rendah.

Menyedut asap rokok daripada ibu bapa yang member kesan terhadap pertumbuhan

dan kematangan kanak-kanak.

Pengaruh psikologi dan emosi jugak member kesan terhadap pertumbuhan dan

kematangan kanak-kanak

7.3 Variasi Kaum Dan Etnik

Kaum adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkait secara biologikal-

kumpulan dengan peratusan baka yang sama dan tinggi.

Etnik adalah merujuk kepada sekumpulan manusia yang berkaitan dngan budaya.

Dapatan kajian telah menujukan bahawa dalam kanak-kanak prasekolah dari

pelbagai kumpulan kaum dan etnik,perbezaan berat badab dan ketinggian antara

kelas social dalam kumpulan adalah besar berbanding variasi antara kumpulan

7.4 Faktor Pemakanan Dan Penyakit

Malnutrasi tenaga protein yang kronik semasa hamil lazimnya mengakibatkan

Page 73: Nota Pjm3105

62

kelahiran anak yang kuranng berat .bayi kelihatan kecil berbanding tempoh masa

kelahiran ,dan sering kalinya terencat.

Keadaan ini melmbangkan status pemakanan yang rendah.

Kebanyak kerencatan pertumbuhan berlaku semasa awal kanak-kanak dan

berterusan ke pertengahan kanak-kanak dan remaja.

Akibat daripada keadaan ini ,penyakit yang bahaya dan berjangkit dalam kanak-

kanak menjadi faktor kepada kerencatan pertumbuhan.

Antaranya adalah deman campak ,masalah pernafasan seperti pneumonia dan

sakit kerongkok dan parasit usus seperti protozoa ,cacing dan sebagainya.

7.5 Faktor Cuaca

Kepanasan,kesejukkan dan altitude tinngi boleh mempengaruhi pertumbuhan dan

kematangan .

Masalah fisiologi utanma bagi penduduk yang bercuaca panas adalah pembebasan

haba yang berlebihan manakala bagi penduduk sejuk adalah peyimpanan haba.

Penduduk yang tinggal di altitude tinggi menghadapi masalah mengelakkan oksigen

dalam darah.

Dewasa di kawasan cuaca panas lazimnya mempunyai bentuk badan yang lurus,

dan berat berbanding mereka yang tinggal di kawasan cuaca sejuk.

Bagi penduduk di altitude tinggi,mereka mungkin menghadapi hipoksia

(keadaan di mana oksigen berkurangan di dalam tisu badan ) .kebanyakkan

mereka mempunyai bentuk badan yang kecil,rendah dan kematangan lewat

berbanding mereka di paras . walau bagaimanapun keadaan ini bergantung

pada paras ketinggian yang didiami oleh penduduk.

Tugasan Terarah Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan faktor yang

mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi

Portfolio

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada pensyarah dalam

bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

Page 74: Nota Pjm3105

63

Rujukan Malina, R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004). Growth, maturation and physical activity (2nd ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Lee, T (2005). Motor control and learning: A behavioral emphasis (4th ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Magill, R.A. (2004). Motor learning and control: Concepts and application (7th ed.). New York,

NY: McGraw-Hill. Abernethy, B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005). The

biophysical foundations of human movement (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004). Pediatric exercise medicine: From physiologic principles to

health care application. Champaign, IL: Human Kinetics. Coker, C.A. (2004). Motor learning and control for practitioners. Champaign, IL: Human Kinetics. Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life span motor development (4th ed.). Champaign, IL:

Human Kinetics. Rowland, T.W. (2005). Children's exercise physiology (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Wrisberg, C. A. (2004). Motor learning and performance: A problem-based

approach. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

Page 75: Nota Pjm3105

64

TAJUK 8 KANAK-KANAK DI DALAM AKTIVITI FIZIKAL DAN SUKAN

Sinopsis Kursus ini mencakupi konsep dan definisi pertumbuhan, kematangan dan pembelajaran motor,

pertumbuhan dan perkembangan pranatal, pertumbuhan somatik, tisu adipos dan komposisi

badan, perkembangan fungsi anatomi dan fisiologi, kematangan, faktor yang mempengaruhi

pertumbuhan, kematangan dan prestasi fizikal, kanak-kanak, aktiviti fizikal dan sukan. Ia juga

memberi pengetahuan tentang perkembangan dan jenis-jenis kemahiran motor dan kaitannya

dengan prestasi, pemprosesan maklumat, ‘attention’ dan prestasi, kawalan motor, koordinasi,

perbezaan individu, pembelajaran motor, maklumbalas, pengekalan dan pemindahan

pembelajaran.

Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti modul ini, diharap anda dapat

1. Menjelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pertumbuhan, kematangan dan prestasi

pembelajaran motor;

2. Mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna; dan

3. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan

Kerangka konsep tajuk-tajuk modul ini

Kanak-kanak di

dalam aktiviti fizikal dan sukan

Atlet kanak-kanak

Arah aliran pertumbuhan,

kematangan dan prestasi kanak-

kanak

Page 76: Nota Pjm3105

65

8.1 Atlet Kanak-Kanak (Young Athletes)

Didefinisikan berdasarkan kejayaan di peringkat sekolah, daerah, negeri,

kebangsaan dan antarabangsa, dan peringkat kelab atau kumpulan umur.

Atlet kanak-kanak lazimnya terdiri daripada mereka yang telah melalui satu proses

pemilihan .

Pemilihan ini dibuat berasaskan keperluan kemahiran sukan yang diceburi.

Saiz dan ketinggian mungkin menjadi faktor pemilihan tambahan bagi sesetengah

sukan.

Kajian ke atas atlet kanak-kanak yang cemerlang menunjukkan bahawa mereka

telah mula bertanding secara kerap sejak 5 atau 6 tahun ,dan kebanyakanya berasal

dari keluarga yang aktif bersukan.

Kanak-kanak lazimnya memilih sukan yang mereka ingin ceburi dan ini adalah

sdatu faktor yang kritikal. Kanan-kanak perlu bermotivasi untuk berlatih dan

bertanding.

Peranan jurulatih adalah penting dalam pemilihan sukan kanak-kanak di peringkat

kemahiran dan pertandingan yang lebih tinggi .

Faktor-faktor lain juga perlu diamabil kira dalam pemilihan sukan. Antaranya

peluang, ekonomi, dan jurulatih.

Bentuk sebaran atlet kanak kanka adalah bersifat pyramid. Di man terdapatnya

ramai atler di peringkatan novis (permulaan) .antara tahap kemahiran dan

pertandingan paling paling paling tinggi lazimnya dikenali sebagai atlet alit.

Sukan kank kanak adalah popular dari 9-16 tahun dan tempoh ini member variasi

signifika terhadap saiz bentuk komposis badan kekuatan dan prestasi motor yang

berkaot dengan status kemtangan biologi.

8.2 Arah Aliran Pertumbuhan ,Kematangan Dan Prestasi Kanak-Kanak

Secara putarannya ,status kematangan awal berkait dengan saiz badan yang besar

(L&P),jisim otot dan bebas lemak yang besar (L)dan lebih lemak dalam perempuan.

Lelaki awal matang adalah lebih kuat berbanding lelaki normal atau lewat

matang,dan lebih baik dari aspek prestasi motor.

Apabila remaja mula berkembang pada lelaki awal matang di peringkat pertengahan

remaja dan peringatan oleh lelaki lewat matang mengurangkan jurang saiz yang

kelihatan ketara semasa awal remaja ,walaupun bentuk dan komposisi badan masih

menampakkan perbezaan.

Page 77: Nota Pjm3105

66

Perkaitan antara status kematangan biologikal,kekuatan dan prestasi motor di dalam

perempuan adalah perempuan lewat matang menunjukkan prestasi motor yang

lebih baik.

Perempuan awal matang lebih awal dan gemuk di peringkat lewat remaja manakala

perempuan lewat matang lebih kurus dan kurang lemak.

Oleh yang demikian ,ciri-ciri pertumbuhan dan kematangan atlet kanak-kanak perlu

dilihat dari dua perspektif iaitu:

i. Semasa awal dan pertengahan remaja (9 -14 atau, 15 tahun) apabila variasi

berkait kematangan dalam saiz jelas.

ii. Semasa lewat remaja ( 15 – 17 tahun) apabila kumpulan lewat matang

mengurangkan jurang variasi berkait kematangan.

Adalah jelas bahawa pelbagai faktor terlibat dalam kejayaan prestasi atlet semasa

kanak-kanak dan remaja,dan perbandingan cirri-ciri fizikal atlet kanak-kanak ini

mempunyai hadnya.

Pertumbuhan dan status kematangan kanak-kanak adalah penting, tetapi bukan

satu-satunya penentu kejayaan prestasi .

Kemahiran dan lazimnya ciri-ciri fizikal akan member kanak-kanak kelebihan awalan

dalam penglibatan sesuatu sukan dan pertandingan .

Status kematangan biologikal awal , disertai dengan kelebihan saiz dan kekuatan ,

merupakan aset kepada kejayaan dalam sukan di peringkat awal remaja .

Atlet kanak-kanak dalam sukan besbol ,ragbi , renang dan larian sering kalinya

menunjukan kemajuan di dalam kematangan rangka dan seksual .

Prestasi dalam sukan ini banyak bergantung pada kekuatan dan kuasa ; saiz badan

dan jisim otot yang besar yang berkait dengan status kematangan awal adalah satu

aset .

Atlet kanak-kanak perempuan di dalam gimnastik , figure skating dan ballet mula

membuat latihan kerap dan pertandingan menjelang 6-7 tahun .

Dalam gimnastik , figure skating dan ballet mempunyai umur haid yang lewat

berbanding perenang dan bukan atlet .

Kajian dalam liga sofbol antarabangsa untuk kanak-kanak perempuan 9-12 tahun

mendapati mereka yang mempunyai saiz badan dan kematangan awal adalah lebih

berjaya dalam permainan ini. Ini dapat dilihat dari aspek kemahiran memukul dan

membaling bola .

Bentuk dan komposisi badan perempuan lewat matang adala lebih sesuai untuk

sukan yang mencabar.

Page 78: Nota Pjm3105

67

Atlet perempuan mempunyai kurang lemak berbanding bukan atlet khususnya

semasa remaja , dan ini adalah lebih dalam perempuan berbanding lelaki .

Kuasa aerobic maksimum mutlak dan relatif adalah lebih di dalam atlet kanak-kanak

yang berlatih kerap dalam sukan daya tahan mempunyai isipadu jantung yang leih

besar , kadar denyutan jantung nadi yang rendah , isipadu darah yang tinggi ,

hemoglobin darah yang tinggi dan isipadu paru-paru yang besar .

Ciri-ciri unik pertumbuhan dan kematangan atlet kanak-kanak wujud semasa zaman

mereka .

Tugasan Terarah Mendapatkan dan mengumpulkan maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia berkaitan Laman Web http://en.wikipedia.org/wiki/Sports_periodization Rujukan Malina, R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004). Growth, maturation and physical activity (2nd ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Lee, T (2005). Motor control and learning: A behavioral emphasis (4th ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Magill, R.A. (2004). Motor learning and control: Concepts and application (7th ed.). New York, NY:

McGraw-Hill. Abernethy, B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005). The

biophysical foundations of human movement (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004). Pediatric exercise medicine: From physiologic principles to

health care application. Champaign, IL: Human Kinetics. Coker, C.A. (2004). Motor learning and control for practitioners. Champaign, IL: Human Kinetics. Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life span motor development (4th ed.). Champaign, IL:

Human Kinetics. Rowland, T.W. (2005). Children's exercise physiology (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Wrisberg, C. A. (2004). Motor learning and performance: A problem-based

approach. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

Page 79: Nota Pjm3105

68

TAJUK 9 PENGEKALAN DAN PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi tajuk-tajuk yang berkaitan dengan pengekalan dan

pemindahan. Ini merupakan kursus asas berkenaan pertumbuhan dan perkembangan manusia di

sepanjang pusingan hidupnya. Ia membincangkan tentang proses pertumbuhan dan

perkembangan manusia dari aspek fizikal, psikososial, kognisi, personaliti dan moral bermula dari

peringkat pranatal hingga akhir dewasa. Modul ini juga dibekalkan dengan soalan latihan dan

senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran Setelah mengikuti modul ini, diharap anda dapat

1. Menjelaskan berkaitan dengan pengekalan dan pemindahan;

2. Mengintergrasikan pengetahuan dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi

untuk pembelajaran pengajaran yang berkesan dan bermakna

3. Bekerjasama dengan rakan sejawat untuk meningkatkan profesion keguruan

Kerangka Konsep Tajuk-Tajuk Modul Ini

PENGEKALAN

DAN PEMINDAHAN

PEMBELAJARAN

PEMINDAHAN PEMBELAJARAN

PENGEKALKAN DAN MEMORI

MOTOR

KEHILANGAN KEUPAYAAN

PENGEKALAN

MENGUKUR

PENGEKALAN DAN

PEMINDAHAN

Page 80: Nota Pjm3105

69

Kandungan 9.0 Pemindahan Pembelajaran 9.1 Teori-teori Pemindahan Pembelajaran Pembelajaran adalah suatu proses perubahan tingkah laku hasil daripada pertembungan di

antara individu dengan persekitarannya, sama ada secara langsung atau sebaliknya.

Pembelajaran juga boleh dihasilkan melalui latihan. Didalam usaha seseorang itu untuk

memperbaiki, mendalami sesuatu ilmu pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan tingkah

lakunya, ia secara tidak langsung akan menggunakan konsep Drowatzky (1975). Proses di mana

seseorang itu menggunakan pembelajaran lepas di dalam situasi baru yang berlainan daripada

asalnya, maka akan berlakulah proses pemindahan pembelajaran. Mengikut Sage (1977),

pemindahan pembelajaran adalah kesan pembelajaran lepas ke atas penerimaan sesuatu

pembelajaran baru. Manakala Singerv (1980), menyatakan pemindahan pembelajaran adalah

penggunaan pengetahuan dan

Pembolehubah pemindahan pembelajaran merujuk kepada kesan kemahiran sedia

ada ke atas kemahiran baru yang hendak dipelajari. Situasi pemindahan

pembelajaran boleh dilihat apabila pembolehubah pengalaman pembelajaran lepas mempengaruhi proses pembelajaran yang sedang berlangsung.

Jenis-jenis pemindahan pembelajaran yang umum ialah:

(i) Pemindahan positif (ii) Pemindahan negatif (iii) Pemindahan sifar (iv) Pemindahan bilateral

Mengukur pengekalan dan pemindahan

(i) Pemindahan Positif

Pemindahan positif ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia

ada membantu pembelajaran kemahiran yang baru. Contohnya seorang yang mempunyai

kemahiran gimnastik akan lebih mudah mempelajari kemahiran acara terjun.

a. Perpindahan Pembelajaran Proaktif Positif

Page 81: Nota Pjm3105

70

- sekiranya ada penggunaan kemahiran-kemahiran lama untuk pembelajaran

kemahiran-kemahiran baru

b. Perpindahan Pembelajaran Retroaktif Positif

- sekiranya penggunaan kemahiran-kemahiran lama meningkat akibat

penggunaan kemahiran-kemahiran baru

(ii) Pemindahan Negatif

Pemindahan negatif merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia ada mengganggu

proses pembelajaran kemahiran baru. Contohnya badminton dan tenis di mana kemahiran

pukulan pepat dalam permainan badminton boleh mengganggu pembelajaran kemahiran

pukulan kilas dalam tenis.

a. Perpindahan Pembelajaran Proaktif Negatif

- sekiranya penggunaan kemahiran-kemahiran lama menjejas pembelajaran

kemahiran-kemahiran baru.

b. Perpindahan Pembelajaran Retroaktif Negatif

- sekiranya penggunaan kemahiran-kemahiran lama menurun akibat

gangguan pengunaan kemahiran-kemahiran baru

(iii) Pemindahan Sifar

Pemindahan sifar ialah pemindahan yang merujuk kepada situasi di mana kemahiran sedia

ada tidak memberi sebarang kesan ke atas proses pembelajaran kemahiran yang baru.

Contohnya kemahiran bola sepak tidak mempengaruhi keupayaan untuk mempelajari

kemahiran golf.

(iv) Perpindahan Pembelajaran Bilateral (sisi)

- sekiranya perpindahan maklumat dari anggota dominan kepada yang bukan

dominan.

Pemindahan pembelajaran dapat berlaku dengan berkesan sekiranya terdapat syarat-syarat

berikut;-

i) Kefahaman - Pemain-pemain telah benar-benar memahami satu-satu konsep

atau prinsip yang telah disampaikan sebelum ia dapat menggunakan dalam satu-

satu situasi yang lain.

ii) Kesamaan - Pemain-pemain hendaklah berupaya melihat kesamaan di antara

dua aktiviti yang terlibat.

iii) Kemahiran - Pemain-pemain terlah memperolehi kemahiran pada tahap yang

tinggi dalam satu-satu situasi sebelum dapat dipindahkan kepada situasi yang lain.

iv) Motif - Sebelum pemindahan pembelajaran dapat berlaku, seseorang pemain

hendaklah mempunyai hasrat untuk melakukannya. Contoh seorang pemain bola

Page 82: Nota Pjm3105

71

keranjang wanita yang telah mempelajari prinsip-prinsip menjaring hendaklah

mempunyai hasrat memindahkannya ketika dia bermain bola jaring.

v) Celik akal - Celik akal yang diperolehi dari satu-satu konsep, prinsip atau hukum

membolehkan pemindahan pembelajaran boleh dilakukan.

9.2 Pengekalan dan Memori Motor Kebolehan untuk mengulang sesuatu pergerakan yang dikuasai selepas tempuh masa. Prinsip ini

penting kerana sesuatu kegiatan pergerakan yang telah dipelajari itu adalah asas kepada

penguasaan pergerakan-pergerakan lain yang lebih kompleks. Ingatan jangka pendek (‘short

term memory’) mempunyai beberapa limitasi :

• Pelupaan yang cepat

• Item yang tidak diulangi (rehearse) boleh hilang dalam 20-30 saat

• Gangguan dan luput adalah 2 jenis kehilangan maklumat

• Tetapi gangguan adalah sebab utama yang menyebabkan manusia lupa

• Gangguan boleh berlaku sebelum (proaktif) atau selepas (retroaktif) item diuji

• Keupayaan - recall adalah lebih berkesan apabila proses chunking. Dilakukan pada

sekumpulan maklumat

9.3 Penilaian Dan Pengukuran Pemindahan Hasil Penilaian dan pengukuran bagi jumlah pemindahan kemahiran dapat dilakukan mengikut prinsip

berikut:

a) Pengetahuan asal dan latihan mempengaruhi pembelajaran

b) Latihan yang asal mempengaruhi pembelajaran berikutnya

c) Pembelajaran yang telah sedia ada dalam sesuatu tugasan mempengaruhi

pemindahan pembelajaran dalam tugasan yang lain.

Walau bagaimanapun, kesan pemindahan pembelajaran kemahiran melalui beberapa jenis

pemindahan iaitu :

a) Pemindahan Positif Kesan pemindahan positif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor lepas, memudahkan

sesuatu pembelajaran kemahiran motor baru.

Contohnya: seorang pemain tenis akan dapat mempelajari kemahiran motor permainan ping-

pong dengan lebih mudah dan cepat.

b) Pemindahan Negatif Kesan pemindahan negatif berlaku apabila pembelajaran kemahiran motorlepas

menyukarkannya mempelajari sesuatu kemahiran motor baru.

Page 83: Nota Pjm3105

72

Contohnya: seorang pemain badminton akan mengadapi kesukaran untuk mempelajari

kemahiran permainan tenis.

c) Pemindahan Neutral atau Kosong Kesan pemindahan neutral atau kosong berlaku apabila pembelajaran kemahiran motor lepas

tidak memberi sebarang kesan kepada pembelajaran kemahiran motor yang baru. Contohnya:

kemahiran motor dalam permainan bola keranjang tidak akan mempengaruhi pembelajaran

kemahiran dalam permainan bola sepak.

Cadangkan satu contoh perlakuan yang boleh dikaitkan dengan keenam-enam faktor di atas.

Bincang dengan tutor anda bagi memastikan contoh anda itu tepat.

(a) Terdapat beberapa faktor yang akan mempengaruhi pemindahan

pembelajaran

(b) kemahiran. Huraikan secara ringkas bagaimana faktor-faktor ini

mempengaruhi proses pemindahan sesuatu pembelajaran kemahiran.

Sebelum anda meneruskan pembacaan anda ke subtopik seterusnya, uji kefahaman anda. Cuba

ke laman:

http://highered.mcgraw-hill.com/sites/0072557222/student_view0/

ch apter5/multiple_choice_quiz.html

Laman ini memberikan soalan pelbagai pilihan dan membenarkan anda menjawab serta

memaparkan keputusan sebaik sahaja anda selesai. Selain itu terdapat pautan ke Online

Laboratory Manual dan Related Reading untuk memantapkan kefahaman anda.

Rumusan

Peringkat pembelajaran kognitif di mana tahap di mana pelajar cuba membentuk

konsep keseluruhan sesuatu kemahiran motor denganmemperolehi maklumat melalui

deria-deria dalam bentuk maklum balas sensori melalui pemerhatian, memperolehi

maklum balas lisan daripada guru atau melalui otot otot gelendong yang menghalusi

setiap pergerakan secara dalaman.

Peringkat hubung kait merupakan tahap di mana perlakuan sesuatu kemahiran akan

lebih konsisten.

Peringkat pembelajaran autonomous merupakan tahap di mana sesuatu kemahiran

yang dipelajari akan menjadi automatik, stabil danmudah.Model Fitts dan Posner

mencadangka bahawa pelajar mesti melalui tigaperingkat pembelajaran: peringkat kognitif

iaitu pelajar mula melibatkan diri dengan kebanyakan aktiviti kognitif seperti penyelesaian

masalah, pengarahan tumpuan kepada� pergerakan dan sebagainya; peringkat hubung

Page 84: Nota Pjm3105

73

kait iaitu pelajar mengurangkan aktiviti kognitif terlibat dalam perlakuan sesuatu

kemahiran dan berusaha menghalusi kemahiran untuk menghubung kaitkan kejayaan

perlakuan dan kekonsistensian; dan peringkat autonomous iaitu pelajar melakukan

sesuatu kemahiran secara automatik.

Model Gentile mencadangkan pelajar melalui dua peringkat pembelajaran;peringkat motor

di mana matlamat pelajar permulaan adalah untuk membentuk satu koordinasi corak

pergerakan dan mempelajari untuk mendiskriminasikan situasi situasi regulatori dan

bukan regulatori; peringkat kedua adalah peringkat penetapan di mana matlamat pelajar

adalah untuk menguasai kebolehan untuk mengadaptasikan corak pergerakan yang

dipelajar di peringkat awal untuk memenuhi situasi perlakuan dan meningkatkan

konsistensi perlakuan serta melakukan

Perlakan dengan usaha yang minima. Matlamat pergerakan adalah kemahiran spesifik

dalam peringkat ini, untuk kemahiran tertutup ia memerlukan fiksasi (fixation) corak

pergerakan itu dan kemahiran terbuka memerlukan satu diversifikasi corak pergerakan

itu.

Pengaruh pengalaman lepas mungkin menggalakkan, menghalang atau tidak ada kesan

ke atas perlakuan sesuatu kemahiran dalam kontak baru atau pembelajaran sesuatu

kemahiran baru.

Terdapat beberapa jenis pemindahan: pemindahan positif, pemindahan negatif,

pemindahan bilateral dan pemindahan kosong atau neutral.

Tugasan Terarah

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan pengekalan dan

pemindahan

Laman Web http://en.wikipedia.org/wiki/Sports_periodization

Rujukan Malina, R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004). Growth, maturation and physical activity (2nd ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics.

Page 85: Nota Pjm3105

74

Schmidt, R.A., & Lee, T (2005). Motor control and learning: A behavioral emphasis (4th ed.). Champaign, IL: Human Kinetics.

Magill, R.A. (2004). Motor learning and control: Concepts and application (7th ed.). New York,

NY: McGraw-Hill. Abernethy, B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005). The

biophysical foundations of human movement (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004). Pediatric exercise medicine: From physiologic principles to

health care application. Champaign, IL: Human Kinetics. Coker, C.A. (2004). Motor learning and control for practitioners. Champaign, IL: Human

Kinetics. Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life span motor development (4th ed.). Champaign, IL:

Human Kinetics. Rowland, T.W. (2005). Children's exercise physiology (2nd ed.). Champaign, IL: Human

Kinetics. Schmidt, R.A., & Wrisberg, C. A. (2004). Motor learning and performance: A problem-based

approach. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

Page 86: Nota Pjm3105

75

Rujukan Buku Malina, R.M., Bouchard, C. & Bar, O.(2004). Growth, maturation and physical activity (2nd ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Lee, T (2005). Motor control and learning: A behavioral emphasis (4th ed.).

Champaign, IL: Human Kinetics. Magill, R.A. (2004). Motor learning and control: Concepts and application (7th ed.). New York,

NY: McGraw-Hill. Abernethy, B., Hanrahan, S.J., Kippers, V., Mackinnon, L.T., & Pandy, M.G. (2005). The

biophysical foundations of human movement (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Bar-Or, O., & Rowland, T.W. (2004). Pediatric exercise medicine: From physiologic principles to

health care application. Champaign, IL: Human Kinetics. Coker, C.A. (2004). Motor learning and control for practitioners. Champaign, IL: Human Kinetics. Haywood, K.M., & Getchell, N. (2005). Life span motor development (4th ed.). Champaign, IL:

Human Kinetics. Rowland, T.W. (2005). Children's exercise physiology (2nd ed.). Champaign, IL: Human Kinetics. Schmidt, R.A., & Wrisberg, C. A. (2004). Motor learning and performance: A problem-based

approach. Champaign, IL: Human Kinetics Publishers.

Page 87: Nota Pjm3105

76

PANEL PENULISAN MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

(PJM3105 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR )

NAMA KELAYAKAN

Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM Bac. Pend.(PBMP), UPM Kursus Sijil Pendidikan Khas (Pend. Jasmani) MPIK. Sijil Perguruan (Sejarah & Geografi)

EN. BAHARUDDIN BIN ABD.LATIFF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia ujangseradang@yahoo.

Kelulusan: M.Sc. (Pentadbiran Pendidikan), UPM B.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USM Sijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pengajian Sosial & Bestari) Penulis Buku PSK dan Matematik (Sekolah Rendah) Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2 tahun) JE Sejarah PPK Guru Sekolah Menengah (7 tahun) Guru Sekolah Rendah (14 tahun) Guru Bestari (5 tahun)

EN. KAMALUDDIN BIN HJ.MOKRI Pensyarah IPG Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Johor Bahru Johor [email protected]

Kelulusan: Bac.Edu. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sijil Perguruan Asas (PPAR Sains), MPPPP Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pend. Jasmani ( 7 tahun) Guru Pendidikan Jasmani (21 tahun)

Page 88: Nota Pjm3105

77

PANEL PEMURNI MODUL PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH

( PJM3105 PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN PEMBELAJARAN MOTOR )

NAMA KELAYAKAN

Dr NORIATI BINTI A. RASHID Ketua Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia

Kelulusan: PhD.(Sosiolinguistik), UM Sarjana Pendidikan (Sosiologi Pendidikan), UM Bac. Pend.(PBMP), UPM Kursus Sijil Pendidikan Khas (Pend. Jasmani) MPIK. Sijil Perguruan (Sejarah & Geografi)

EN. BAHARUDDIN BIN ABD.LATIFF Penolong Pengarah Unit Kurikulum Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia [email protected]

Kelulusan: M.Sc. (Pentadbiran Pendidikan), UPM B.A. Hons. (Sejarah & Sains Politik), USM Sijil Guru (P.A.R. Matematik), MPIK Pengalaman: Penolong Pengarah Unit Kurikulum (Pengajian Sosial & Bestari) Penulis Buku PSK dan Matematik (Sekolah Rendah) Penolong Pengarah Unit Sejarah, PPK (2 tahun) JE Sejarah PPK Guru Sekolah Menengah (7 tahun) Guru Sekolah Rendah (14 tahun) Guru Bestari (5 tahun)

EN. KAMALUDDIN BIN HJ.MOKRI Pensyarah IPG Temenggong Ibrahim Jalan Datin Halimah 80350 Johor Bahru Johor [email protected]

Kelulusan: Bac.Edu. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan Sijil Perguruan Asas (PPAR Sains), MPPPP Pengalaman: Pensyarah Jabatan Pend. Jasmani ( 7 tahun) Guru Pendidikan Jasmani (21 tahun)

EN. TAN KAIT KEONG Pensyarah IPG Kampus Raja Melewar Jalan Sikamat Seremban Negeri Sembilan [email protected]

Kelulusan: Sijil Perguruan Malaysia (SN/MT) – IPG KIP Sijil Perguruan Khas (PJ) – IPG KTI B. Ed. Pendidikan Jasmani dan Kesihatan– UPM M.Ed. Pengurusan Sukan – UKM Pengalaman Pensyarah Pendidikan Jasmsni (15 tahun) Guru Pendidikan Jasmani (12 tahun)

Page 89: Nota Pjm3105

78

IKON

Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan

Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial

Memikir

Tamat