nota PJM3115

38
Tajuk 4 PEMBINAAN ITEM UJIAN Sinopsis Tajuk 4 dalam modul ini merangkumi pembinaan item ujian, pentadbiran ujian dan analisis keputusan ujian. Hasil Pembelajaran Setelah selesai membaca Tajuk 4 modul ini, diharap anda dapat: 1. Memerihalkan pembinaan item ujian 2. Mentadbir ujian dan menganalisis keputusan ujian Kerangka konsep Tajuk 4 modul ini 4.0 Pembinaan Item Ujian Item ujian berkait rapat dengan kognitif individu. Ini bermakna ujian yang bakal dijalankan adalah untuk mengukur 18 Pembinaan Item Ujian Apa yang ingin diukur Bagaimana mengukur Membina item ujian dan skor Pentadbir an ujian Analisis keputusan ujian

description

pj sem 6

Transcript of nota PJM3115

Page 1: nota PJM3115

Tajuk 4 PEMBINAAN ITEM UJIAN

Sinopsis

Tajuk 4 dalam modul ini merangkumi pembinaan item ujian, pentadbiran ujian dan analisis

keputusan ujian.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca Tajuk 4 modul ini, diharap anda dapat:

1. Memerihalkan pembinaan item ujian

2. Mentadbir ujian dan menganalisis keputusan ujian

Kerangka konsep Tajuk 4 modul ini

4.0 Pembinaan Item Ujian

Item ujian berkait rapat dengan kognitif individu. Ini bermakna ujian yang bakal

dijalankan adalah untuk mengukur tahap kognitif pelajar. Bloom (1950)

membahagikan kognitif manusia kepada enam peringkat iaitu, pengetahuan,

kefahaman, aplikasi, analisis, sintisis dan penilaian sebelum diperkenalkan dengan

heiraki ubahsuai iaitu mengingat kembali, kefahaman, aplikasi, analisis, penilaian 18

Pembinaan Item Ujian

Apa yang ingin diukur

Bagaimana mengukur

Membina item ujian dan skor

Pentadbiran ujian

Analisis keputusan

ujian

Page 2: nota PJM3115

dan merekacipta. Alat utama yang perlu ada semasa pembinan item ujian ialah

Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Berdasarkan JSU barulah guru boleh menyediakan

soalan kerana JSU meliputi semua tajuk dan agihan jam yang perlu diikuti bagi

setiap topik. Dengan kata lain soalan yang akan dibina akan meliputi kesemua topik

dan bertabur secara sama rata.

4.1 Apa yang ingin diukur

Bila bercakap tentang pengukuran, kita akan segera merujuk domain psikomotor.

Maka tergambar di depan mata kita, apa yang ingin diukur , alat apa yang akan

digunakan dan untuk apa kita mengukurnya, seterusnya apa yang ingin dilaporkan

hasil dari pengukuran tadi. Mari kita lihat contoh – contoh pengukuran.

4.1.1 Pengukuran Komposisi Badan

Tujuan : Untuk mengukur BMI, mengukur lemak badan

Alat Ukur : pita ukur, alat timbang, alat ukur tinggi, carta BMI, caliper

Cara Ukur : Lelaki - berat dan lilit abdomen dan bahagian tertentu

badan.

: Perempuan – tinggi dan lilitan pinggul, lilitan abdomen dan

bahagian tertentu badan.

4.1.2 Pengukuran Fleksibiliti

Tujuan : Untuk mengukur fleksibiliti pinggang

Alat Ukur : Bangku duduk jangkau, pita ukur, carta norma UKF

Cara Ukur : lelaki perempuan (rujuk lampiran)

19

Page 3: nota PJM3115

Alat-alat pengukuran.

 

4.2 Bagaimana mengukur

Bila ujian akan dijalankan

Bilangan soalan.

Apakah format yang digunakan

Jenis soalan

4.3 Membina item ujian dan skor

4.3.1 Soalan semi objektif

Kelebihan

Limitasi

Cadangan semasa pembinaan soalan

Cadangan pemilihan skor

4.3.2 Soalan Objektif

Betul/salah

Contoh soalan

1. Menendang bola dengan sengaja adalah foul dalam bola keranjang (B)

2. Menjaring cara jump shot tidak dibenarkan (S)

Kegunaan dan kelebihan

20

Page 4: nota PJM3115

Limitasi

Cadangan semasa pembinaan soalan

Modifikasi

4.3.3 Soalan Padanan

Contoh soalan:

Padankan jawapan yang sesuai bagi lajur A dan lajur B

Lajur A Lajur B Jawapan

Datuk Lee Chong Wei Bolasepak A

Datuk Nicol Ann David Olahraga B

Dato’ Mumtaz Jaafar Badminton C

Pandalela Renong Renang D

Kegunaan dan kelebihan

Limitasi

Cadangan semasa pembinaan soalan

Cadangan pemilihan skor

4.3.4 Soalan Aneka Pilihan

Kegunaan dan kelebihan

Limitasi

Cadangan semasa pembinaan soalan

Menulis stem

Menulis distraktor

4.3.5 Soalan Esei

Kegunaan dan kelebihan

Limitasi

Cadangan semasa pembinaan soalan

Cadangan pemilihan skor

4.4 Pentadbiran Ujian

21

Page 5: nota PJM3115

4.4.1 Sebelum Ujian

Sebelum sesuatu ujian ditadbir, perkara asas yang perlu difikirkan seperti melantik

penilai, memahami ujian, memaklumkan prosedur ujian, memberi arahan,

menyediakan pelajar atau prosedur program, menyediakan peralatan, tempat ujian,

borang skor dan peruntukan masa ujian. Penyelaras program atau ketua pasukan

mesti bersedia sekurang-kuranganya sehari sebelum ujian ditadbir.

4.4.2 Semasa Ujian

Apabila tibanya hari pengujian, penyelaras akan menjadi tonggak utama bagi

mempastikan semuanya berjalan seperti yang dirancang. Jika perlu semua bateri

ujian dibuat demonstrasi. Penyelaras akan bertindak sebagai motivator di mana dari

masa ke masa peserta perlu dimotivasikan agar sentiasa berada dalam keadaan

sedia tanpa sebarang tekanan. Dalam masa yang sama, aspek keselamatan peserta

juga sentiasa dipantau. Pelan kecemasan juga telah tersedia di samping kebajikan

lain seperti menyediakan air minuman.

4.4.3 Selepas Ujian

Perkara yang sama penting apabila mentadbir ujian ialah penyediaan laporan

penilaian. Markah yang diperoleh akan direkodkan seterusnya dibuat penilaian dan

diakhiri dengan penyediaan laporan. Laporan tadi perlu dihantar sama ada kepada

unit pepriksaan atau pihak-pihak yang berkenaan. Setelah melului ketiga-tiga fasa ini

maka selesailah tugas anda dalam pentadbiran ujian, khususnya ujian amali.

4.5 Analisis Keputusan Ujian

Data yang dikumpul semasa mentadbir ujian perlu dianalisis bagi menjadikan

ia bermakna. Analisis data ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut dalam Tajuk 6

iaitu Asas. Statistik dan SPSS. Dalam apa jua analisis, dua perkara penting yang

dititikberatkan ialah kesesuaian item ujian dengan reliabiliti dan validiti.

22

Page 6: nota PJM3115

Tajuk 5 KESESUAIAN ITEM DAN KEBOLEHPERCAYAAN UJIAN

Sinopsis

Tajuk-tajuk dalam modul ini merangkumi konsep kesahan, kebolehpercayaan ujian, kaedah

pra dan pasca, kaedah pemisahan spara dan kaedah kosistensi dalaman. Modul ini juga

dibekalkan dengan soalan latihan dan senarai bahan rujukan.

Hasil Pembelajaran

Setelah selesai membaca modul ini, diharap anda dapat:

1. Menjelaskan konsep ujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan jasmani dan

sukan

2. Menjelaskan kesahan dan kebolehpercayaan ujian, kaedah ujian pra dan pasca, kaedah

pemisahan separa dan kaedah konsistensi dalaman.

3. Menginterpretasikan bahan kurikulum yang relevan untuk meningkatkan pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan tentang ujian, pengukuran dan penilaian dalam

pendidikan jasmani dan sukan

Kerangka Konsep Tajuk 5

23

Kesesuaian Item

KesahanKeboleh

percayaanUjian Pra &

Pasca

Kaedah Pemisah Separa

Konsistensi Dalaman

Page 7: nota PJM3115

5.1 Konsep Asas Dalam Kesesuaian Item

Sekiranya anda mahu melakukan sesuatu ujian, anda haruslah mengetahui akan konsep-

konsep yang perlu ada dalam ujian dan penilaian.. Konsep-konsep yang penting dalam ujian

dan penilaian ialah kesahan, kebolehpercayaan, objektiviti dan norma-norma. Semua

instrumen atau ujian yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri kesahan,

kebolehpercayaan dan objektiviti. Hanya ujian yang mempunyai ciri-ciri ini sahaja yang

berjaya menghasilkan keputusan yang tepat dalam proses pengukuran kognitif, psikomotor

dan afektif dalam Pendidikan Jasmani.

Ahmad (2004) menyatakan, hubungan antara kesahan dan kebolehpercayaan adalah dalam

bentuk sehala. Sesuatu ujian itu mungkin boleh dipercayai tetapi tidak semestinya sah digu-

nakan. Begitu juga dengan ujian yang boleh menghasilkan keputusan yang tekal dan konsis-

ten tetapi tidak mengukur apa yang sepatutnya diukur. Jika sesuatu ujian itu tidak dapat mem-

berikan keputusan yang tekal setelah diulang uji, maka ia tidak mungkin sah untuk digu-

nakan. Kebolehpercayaan sesuatu ujian sepatutnya diperoleh terlebih dahulu sebelum

melakukan kesahan ujian.

Objektiviti sesuatu ujian berkait rapat dengan kebolehpercayaan. Tanpa objektiviti

ujian, nilai kebolehpercayaan sesuatu ujian akan menjadi kurang. Oleh itu, hubungan antara

objektiviti dengan kesahan adalah sama penting.

5.1.1 Kesahan

Apa itu kesahan ? Cuba anda jawab..

Kesahan antara kriteria yang terpenting dan yang perlu dipertimbangkan apabila melakukan

penilaian dalam ujian. Menurut Bhasah (2007) Kesahan merujuk kepada takat sesuatu alat

itu mengukur apa yang seharusnya diukur. Mohamad Najib (2011) menjelaskan kesahan

merujuk kepada sejauh mana pengukuran berguna dalam tujuannya. Contohnya ujian bangkit

tubi adalah sah untuk mengukur daya tahan otot dan kekuatan otot bahagian abdominal tetapi

ia tidak sah digunakan untuk mengukur kepantasan kerana bilangan ulangan yang dilakukan

semasa ujian tidak dipengaruhi oleh kepantasan.

24

Page 8: nota PJM3115

Sesuatu instrumen atau ujian yang sah mestilah boleh dipercayai tetapi sebaliknya

ujian yang mempunyai kebolehpercayaan mungkin belum tentu sah untuk digunakan. Jika

data yang datangnya daripada sesuatu instrumen atau ujian pengukuran yang tidah sah, maka

data tersebut adalah tidak boleh diguna pakai dalam proses pengukuran dan penilaian. Sidek

(2002) pula menegaskan bahawa sesuatu pengukuran mempunyai kesahan yang tinggi seki-

ranya darjah kebolehannya mengukur apa yang semestinya diukur adalah tinggi. Kebanyakan

pengukuran fizikal dalam Pendidikan Jasmani akan diterima jika nilai korelasi kesahan ujian

di antara .80 dan ke atas.

Terdapat empat jenis pengukuran kesahan yang biasa digunakan dalam Pendidikan

Jasmani iaitu kesahan logikal, kesahan kandungan, kesahan kriteria dan kesahan konstruk.

a) Kesahan Logikal

Kesahan logikal juga disebut sebagai kesahan muka (face validity). Secara umumnya, kesa-

han merujuk kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian. Sesuatu ujian dikatakan mempun-

yai kesahan logikal apabila ujian tersebut jelas mengukur prestasi lakuan yang terlibat. Na-

mun, ia tidak menjamin sama ada ujian tersebut betul-betul mengukur lakuan dalam domain

pengukuran yang terlibat.

Bagi menguatkan kesahan logikal ini, ia sepatutnya digunakan berserta dengan salah

satu bukti sama ada daripada kesahan kandungan, kesahan kriteria atau kesahan konstruk. Se-

bagai contoh, ujian tekan tubi ialah ujian yang sah bagi mengukur kekuatan otot seseorang

kerana ujian tersebut memang benar-benar mengukur kekuatan otot individu.

(b) Kesahan Kandungan

Ujian bertulis biasanya mempunyai kesahan kandungan apabila soalan-soalan yang dibina

telah mengambil kira kesemua item yang telah ditentukan dalam sesuatu topik yang hendak

diuji. Secara amnya, kesahan kandungan dapat ditingkatkan dengan menilai item-item

berdasarkan spesifikasi ujian oleh panel pakar rujuk yang akan menyemak item dan mem-

berikan komen bagi penambahbaikan jika diperlukan.

Kesahan kandungan menjadi tinggi apabila wujud kesemua sasaran kandungan ujian

secara sama rata. Kesahan kandungan sesuatu instrumen merujuk kepada sejauh mana instru-

men tersebut dapat mengumpulkan data yang merangkumi kandungan sesuatu bidang yang

25

Page 9: nota PJM3115

dikaji. Sesuatu instrumen dikatakan mempunyai kesahan kandungan yang tinggi sekiranya in-

strumen tersebut dapat mengukur semua isi serta kandungan bidang yang dikaji dengan

berkesan dan bersesuaian (Mohd Majid, 2000; Syaharom, 1990). Sesuatu instrumen dianggap

mempunyai kesahan kandungan yang baik apabila memenuhi syarat-syarat berikut iaitu:

Menepati sasaran populasi di mana instrumen yang dibina mengambil kira

aspek latar belakang dan tingkah laku pelajar;

Situasi pengajaran dan pelaksanaan instrumen adalah baik dan memuaskan;

Masa yang diperuntukkan kepada pelajar untuk menyelesaikan sesuatu instru-

men

mencukupi dan memadai

Berlaku peningkatan pencapaian pelajar: dan

Berlaku perubahan sikap ke arah lebih cemerlang

Kesahan kandungan (content validity) merupakan penilaian yang sistematik ke atas isi kan-

dungan ujian untuk menentukan sama ada domain tingkah laku yang hendak diukur mewakili

keseluruhan kandungan sesuatu domain.

(c) Kesahan Kriteria

Ahmad (2004), kesahan kriteria ditentukan berdasarkan hubungan yang sistematik antara

pengukuran kriteria dengan pengukuran lain yang digunakan untuk menganggarkan sesuatu

kriteria. Mohd. Majid Konting (2005) kesahan kriteria bagi sesuatu alat kajian merujuk

kepada sejauh mana kaitan antara butiran-butiran dalam alat kajian dengan kriteria luaran

yang berkecuali. Kesahan kriteria digunakan dalam bentuk kesahan sejajar dan kesahan

jangkaan.

i. Kesahan sejajar

Kesahan sejajar juga dikenali sebagai kesahan serentak (concurrent validity). Pen-

gukuran kesahan ini diperoleh dengan menentukan kriteria terlebih dahulu dan digu-

nakan ke atas ujian yang sama sebagai pengganti atau alternatif. Biasanya ujian yang

dipilih sebagai kriteria telah diterima pakai secara meluas. Instrumen pengukuran kri-

teria adalah sukar diperoleh dan digunakan serta memerlukan kos perbelanjaan yang

mahal. Oleh itu, bagi memudahkan pentadbiran ujian kepada sejumlah murid yang ra-

mai dan menjimatkan masa, maka instrumen pengukuran yang baru diperkenalkan se-

bagai pengganti kepada instrumen kriteria. 26

Page 10: nota PJM3115

Pengiraan pekali korelasi digunakan antara pencapaian skor ujian berdasarkan

instrumen baru dengan pencapaian berdasarkan instrumen kriteria ke atas kumpulan

subjek yang sama. Apabila nilai pekali kesahan menghampiri nilai 1, maka ini menun-

jukkan ujian yang digunakan untuk mengukur sesuatu pemboleh ubah adalah menya-

mai kriteria dan mempunyai kesahan. Bagi menentukan kesahan sejajar, kedua-dua

ujian tersebut hendaklah ditadbirkan ke atas sekumpuan subjek yang sama pada masa

yang hampir sama.

ii. Kesahan Jangkaan

Kesahan jangkaan juga dikenali sebagai kesahan ramalan (predictive validity). Kesa-

han jangkaan samalah seperti kesahan sejajar di mana ia ditentukan oleh ukuran krite-

ria. Jika data ujian dan data kriteria dikumpulkan pada masa yang sama, kesahan

tersebut dirujuk sebagai kesahan sejajar. Namun jika data ujian dikumpul terlebih

dahulu untuk meramal data kriteria yang akan dikumpul pada suatu masa akan datang,

maka kesahan tersebut dikenali sebagai kesahan jangkaan. Oleh itu, kesahan jangkaan

yang tinggi ditunjukkan apabila data yang diperoleh daripada ujian awal mempunyai

korelasi yang tinggi dengan data yang didapatkan pada masa hadapan.

(d) Kesahan Konstruk

Kesahan konstruk diperoleh berdasarkan kaedah saintifik dengan menggunakan pelbagai

prosedur statistik. Sebagai contoh, ujian kepantasan berlari dilakukan ke atas pelari yang

mewakili pasukan sekolah dengan pelari yang tidak mewakili pasukan sekolah. Oleh kerana

pelari yang mewakili pasukan sekolah lebih pantas, maka kesahan konstruk dapat ditun-

jukkan bila skor min kepantasan pelari pasukan sekolah adalah lebih tinggi dan berbeza se-

cara signifikan berbanding dengan pelari yang tidak mewakili pasukan sekolah.

Biasanya perbezaan signifikan antara dua min ditentukan pada aras alpha .01 bagi

memastikan kedua-dua kumpulan tersebut benar-benar berbeza. Contoh, perbandingan

prestasi antara dua kumpulan pelajar sebelum dan selepas menjalani latihan. Pra-ujian di-

lakukan ke atas kumpulan pelajar tersebut sebelum diberikan latihan. Murid dalam kumpulan

tersebut diberikan beberapa teknik latihan untuk beberapa minggu, biasanya empat hingga

enam minggu sebelum pasca ujian dilakukan. Kesahan konstruk (construct validity) merujuk

kepada ketepatan instrumen mengukur sesuatu konstruk atau gagasan berasaskan beberapa

27

Page 11: nota PJM3115

ciri tingkah laku dapat ditentukan jika skor min pasca ujian adalah lebih baik dan signifikan

berbanding dengan pra-ujian.

e) Faktor-faktor Mempengaruhi Kesahan

Ujian kesahan mungkin dipengaruhi oleh beberapa faktor. Di antara faktor yang mempen-

garuhi kesahan adalah seperti berikut:

a) Arahan tidak jelas

b) Struktur ayat dan bahasa yang tidak sesuai

c) Tahap kesukaran soalan yang tidak sesuai

d) Pembinaan soalan yang tidak baik

e) Kesamaran

f) Soalan tidak sesuai untuk tahap kemahiran yang diukur

g) Kekurangan masa

h) Ujian terlalu pendek

i) Susunan soalan yang tidak betul

j) Pola jawapan yang boleh dikenal pasti oleh pelajar

( Mohamad Najib Abdul Ghafar, 2011)

5.1.2 Kebolehpercayaan

Apa yang anda faham tentang kebolehpercayaan?

Mohd. Majid Konting (2005) Kebolehpercayaan ialah ketekalan sesuatu alat ukur dalam

mengukur pembolehubah atau gagasan. Ketekalan sesuatu alat ukur dalam mengukur sesuatu

ujian dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan sebaliknya. Sekiranya ujian

yang diberikan kepada kumpulan individu tertentu dalam sehari sepatutnya menghasilkan

keputusan yang sama jika ujian tersebut diberikan kepada kumpulan yang sama pada hari

yang berikutnya. Mungkin sesetengah individu tidak mempunyai keputusan yang sama ter-

hadap pengurusan ujian yang kedua kerana kepenatan, motivasi, keadaan sekeliling dan kesi-

lapan mengukur boleh mempengaruhi keputusan. Walau bagaimanapun, ia boleh meng-

hasilkan susunan keputusan yang sama jika ujian tersebut mempunyai kebolehpercayaan. Ke-

bolehpercayaan merujuk kepada ujian yang konsisten dan tekal.

28

Page 12: nota PJM3115

Untuk ujian yang mempunyai kadar kesahan yang tepat, ia hendaklah mempunyai ni-

lai kebolehpercayaan yang tinggi. Jika keputusan ujian tidak boleh dipercayai, kesahan ter-

hadap ujian menjadi terhad. Bayangkan anda menguruskan satu ujian untuk mengukur ke-

bolehan menendang bola untuk hantaran jauh sebagai permulaan kelas permainan bola sepak.

Mungkin ramai individu akan mendapat keputusan yang bagus dalam percubaan yang per-

tama tetapi keputusan yang semakin menurun bagi percubaan yang berikutnya. Kekurangan

konsistensi akan mempengaruhi kesahan ujian tersebut, meskipun kebolehpercayaan yang

tinggi tidak diperlukan. Ini bermakna ujian kesahan adalah tinggi.

Sesetengah ujian akan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi daripada yang lain

dalam bidang sukan. Ujian fizikal seperti larian, lompatan, dan balingan secara keseluruhan-

nya mempunyai kebolehpercayaan koefisien yang tinggi. Sebaliknya, ujian seperti membuat

servis dalam permainan tenis, badminton dan golf selalunya mempunyai kebolehpercayaan

koefisien yang rendah. Safrit dan Wood (1995) dan Miller (2006) mencadangkan nilai pekali

korelasi atau pekali kebolehpercayaan dari 0.80 hingga 1.00 adalah tinggi, 0.60 hingga 0.79

sederhana tinggi, 0.40 hingga 0.59 sederhana, 0.20 hingga 0.39 rendah dan 0.00 hingga 0.19

menunjukkan tiada perkaitan.

a. Ujian kebolehpercayaan berkaitan norma

Empat kaedah untuk menganggarkan kebolehpercayaan terhadap ujian berkai-

tan norma adalah kaedah ujian-semula, bentuk selari, pembahagian setengah,

dan Kuder Richardson Formula 21.

(i) Kaedah ujian semula (Ulang uji)

Kaedah ujian semula memerlukan dua pengurusan ujian yang sama terhadap individu kumpu-

lan yang sama, dengan pengiraan terhadap pertalian koefisien di antara dua set markah.

Kaedah penghasilan pertalian atau analisis perbezaan mungkin digunakan untuk mengira koe-

fisien. Dalam persekitaran sekolah, sumber kesilapan yang terbaik dalam kebolehpercayaan

ujian semula adalah disebabkan perubahan terhadap pelajar itu sendiri. Jika ujian penge-

tahuan dilakukan, mereka akan sentiasa sedar akan soalan yang akan ditanyakan dalam ujian

semula dan jawapan mereka berikan adalah jawapan pada ujian yang pertama.

(ii) Kaedah bentuk selari

29

Page 13: nota PJM3115

Kaedah ini memerlukan pentadbiran yang selari atau sama banyak terhadap ujian yang

diberikan kepada kumpulan yang sama dan pengiraan berkaitan koefisien antara dua set

markah. Kedua-dua bentuk ini dapat dilakukan semasa waktu ujian yang sama atau dalam

dua waktu yang berlainan dengan masa yang terhad. Masalah yang selalu timbul dengan

kaedah ini adalah menganggarkan kesukaran kebolehpercayaan dalam membentuk dua set

yang selari dalam isi kandungan dan ciri-ciri sifat tersebut. Jika ujian ini dilakukan dalam

masa yang singkat, pembelajaran, motivasi dan keadaan penilaian tidak akan mempengaruhi

pertalian koefisien. Ujian kebolehpercayaan yang dilakukan dalam pendidikan selalunya

menggunakan kaedah ini.

(iii) Kaedah pembahagian setengah (split-half)

Ujian kaedah pembahagian setengah ialah ujian pengukuran ketekalan dalaman. Apabila

kaedah ini digunakan, ujian akan dibahagikan kepada setengah dan markah di antara kedua-

duanya berkait rapat. Kaedah ini memerlukan satu pelaksanaan terhadap ujian tersebut dan

tidak memerlukan pembentukan ujian kedua. Melalui kaedah ini, ia mungkin akan memben-

tuk satu perkembangan pertalian koefisien. Ia selalunya digunakan untuk menganggarkan ke-

bolehpercayaan koefisien untuk ujian pengetahuan. Ia juga boleh digunakan terhadap ujian

kemahiran yang berhubungkait. Koefisien kebolehpercayaan boleh dikira melalui keadah ini

bagi ujian yang bersifat setengah daripada ujian asal. Ini adalah kerana kebolehpercayaan se-

lalunya akan meningkat dalam bentuk berpanjangan dan kebolehpercayaan untuk ujian ini

memerlukan anggaran. Formula Spearman-Brown selalunya digunakan untuk kaedah ini.

Formulanya adalah:

Jika kebolehpercayaan antara dua setengah ialah 0.80, kebolehpercayaan ter-

hadap ujian penuh akan didapati seperti berikut:

Ujian penuh kebolehpercayaan = 2 x 0.80 = 1.60 = .89=1+ 0.80 1.80

Kaedah ini selalunya digunakan untuk menganggarkan koefisien kebolehper-

cayaan bagi ujian pengetahuan. Ia juga boleh digunakan bagi sesetengah ujian

30

Page 14: nota PJM3115

kemahiran di mana ia mempunyai hubungan dengan keganjilan dan per-

cubaan.

(iv) Kaedah Kuder Richardson Formula 21

Kaedah Kuder Richardson digunakan untuk menentukan nilai kebolehpercayaan dengan

menggunakan ujian sahaja. Kaedah ini sentiasa digunakan untuk Ujian kognitif bilik darjah .

Dua asas andaian dalam kaedah ini ialah:

i. Jenis ujian boleh dikira 1 untuk betul dan 0 untuk salah (dikotomi); dan

ii. Jumlah markah adalah sama jumlah terhadap markah jenis ujian.

Seperti mana yang diterangkan dalam kaedah pembahagian setengah, formula Kuder

Richardson sepatutnya digunakan dalam ujian faktor kepantasan yang penuh. Penggunaan

KR 20 memerlukan pengiraan melibatkan formula yang mudah. Penggunaan KR 21, se-

lalunya digunakan untuk menyediakan anggaran kasar dari KR 20.

Formula untuk KR 21 adalah:

rKR =

n = Nombor item

X = Purata ujian

s2= Kekerapan ujian (Kekerapan jawapan dengan betul)

(b) Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria

Ebel (1979), menegaskan bahawa ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria boleh dikenal

pasti dalam bentuk yang sama dengan ujian kebolehpercayaan berkaitan norma-norma iaitu

ujian semula, bentuk selari, pembahagian setengah atau Kuder Richardson. Ujian kebolehper-

cayaan berkaitan kriteria mungkin dianggarkan melalui pembahagian persetujuan koefisien.

Melalui prosedur ini, ujian ini dilakukan dalam kumpulan berdasarkan asas keputusan

markah ujian.

31

Page 15: nota PJM3115

Setiap individu diklasifikasikan sebagai mahir atau tidak mahir. Begitu juga untuk

hari berikutnya. Pembahagian persetujuan dikenal pasti melalui berapa banyak ahli kumpulan

diklasifikasikan sebagai mahir atau tidak mahir dalam ujian kedua yang dilakukan. Seseten-

gah hasil klasifikasi di antara ujian dalam dua hari mungkin disebabkan oleh secara kebetu-

lan. Ujian kebolehpercayaan berkaitan kriteria bermaksud pengelasan konsisten atau

bagaimana konsistennya ujian pengelasan individu sebagai mahir atau tidak mahir. (c) Fak-

tor-faktor mempengaruhi kebolehpercayaan Terdapat enam faktor yang mempengaruhi ujian

kebolehpercayaan iaitu:

i. Kaedah permarkahan

Lebih banyak objektif dalam ujian, lebih tinggi kebolehpercayaannya.

ii. Kumpulan yang pelbagai

Koefisien berdasarkan jumlah markah daripada yang berumur 15 tahun, kemu-

ngkinan akan menjadi lebih kecil daripada markah ujian yang berdasarkan

kumpulan saiz yang sama. Ini termasuklah 14, 15, 16 tahun. Oleh yang

demikian, apabila koefisien kebolehpercayaan terhadap ujian tersebut

berdasarkan permarkahan ujian daripada kumpulan yang tinggi kebolehannya,

ia akan menjadi anggaran yang berlebihan.

iii. Tempoh masa ujian

Lebih lama ujian tersebut, lebih bagus kebolehpercayaan. Hubungkait ini

adalah benar dalam prestasi fizikal dan ujian pengetahuan.

iv. Suasana menjalankan ujian

Guru perlu memberikan pertimbangan terhadap persekitaran tempat mengadakan

ujian; sentiasa konsisten semasa memberikan arahan kerana arahan yang kurang jelas

dan tepat akan mempengaruhi skor ujian serta memberikan peluang kepada semua

pelajar memanaskan badan dan melakukan percubaan.

v. Ciri-ciri yang sepatutnya dipunyai oleh seseorang guru

Guru mestilah mempunyai kecekapan menjalankan ujian; mempunyai keyakinan

melakukan ujian serta membiasakan diri dengan ujian.

32

Page 16: nota PJM3115

vi. Kaedah prosedur

Arahan mestilah jelas, semua pengambil ujian hendaklah bersedia untuk diberi ujian,

bermotivasi dan melakukan ujian dengan cara yang sama dan penilaian persekitaran

seharusnya menjadi pendorong dalam persembahan yang bagus.

5.1.3 Objektiviti

Apa yang anda tahu tentang objektiviti?

Ujian mempunyai objektiviti yang tinggi apabila dua atau lebih individu yang melakukan

ujian yang sama dengan kumpulan yang sama dan menganggarkan akan memperoleh keputu-

san yang sama. Objektiviti adalah tertumpu kepada bentuk kebolehpercayaan dan boleh di-

tentukan melalui ujian semula (dengan individu yang berbeza melakukan ujian) dengan

prosedur yang berkaitan. Sesetengah bentuk pengukuran mempunyai lebih objektif daripada

yang lain. Ujian betul-salah, pilihan jawapan dan padankan mempunyai objektiviti yang

tinggi apabila kunci jawapan diberikan, manakala ujian esei pula mempunyai terjunan, dan

meluncur. Objektiviti boleh ditentukan apabila sesetengah faktor wujud, antaranya ialah:

a) Arahan yang lengkap dan jelas untuk dilakukan serta markah ujian diberikan.

b) Melatih penguji melakukan ujian. Semua penguji hendaklah mentadbir ujian den-

gan cara yang sama.

c) Contoh prosedur pengukuran diikuti. Jika pengukuran tersebut sukar, banyak kesi-

lapan yang akan timbul.

d) Bahan mekanikal dalam pengukuran adalah sesuai. Dengan menggunakan bahan

yang sesuai akan merendahkan kadar kesilapan dalam pengukuran.

e) Keputusan dinyatakan dalam nombor. Markah dinyatakan dalam frasa atau terma-

terma akan memberi impak terhadap objektiviti.

Terdapat dua faktor yang boleh mempengaruhi objektiviti iaitu:

a) Kejelasan sistem permarkahan; dan

b) Kadar di mana hakim dapat memberi markah dengan tepat.

33

Page 17: nota PJM3115

5.1.4 Norma-norma

Apakah yang dimaksudkan norma-norma?

Norma-norma adalah nilai yang berhubung kait dengan keputusan seseorang dalam

masyarakat umum. Sesetengah jawatankuasa mencadangkan nombor objektiviti yang rendah.

Pengukuran terhadap kebolehan lompatan, balingan bebas, balingan jarak jauh, dan berjaya

dalam memanah adalah objektif tetapi tidak dalam sukan pengadilan terhadap kualiti persem-

bahan dalam gimnastik, peserta yang minimum untuk membuktikan norma-norma adalah ser-

atus orang untuk setiap kategori. Sebagai contoh, nombor populasi penduduk adalah kurang

daripada seratus, atau contoh antara populasi penduduk (kumpulan-kumpulan tertentu) adalah

kurang daripada seratus, ia selalunya lebih tepat untuk merujuk kepada data sebagai keputu-

san secara perbandingan dan lebih tepat daripada norma-norma.

Norma-norma adalah sekumpulan peserta, yang mana keputusan tersebut digunakan

untuk membuat tafsiran antara peserta lain. Peratusan daripada norma-norma menghuraikan

kategori-kategori seperti sangat lemah, lemah, sederhana, baik, dan cemerlang. Norma-norma

selalunya diterjemahkan dalam populasi yang besar seperti pelajar sesebuah negara sebagai

keseluruhannya.

5.2 KRITERIA PEMILIHAN UJIAN DALAM PENILAIAN

Kriteria pemilihan ujian dalam penilaian kesahan, kebolehpercayaan dan objektiviti hendak-

lah diambil kira apabila memilih atau membentuk ujian. Jika dua ujian bersamaan dengan ke-

sahan, kebolehpercayaan dan objektiviti, dan kriteria. Berikut adalah penerangan lanjut bagi

kriteria-kriteria tersebut:

a) Mudah ditadbir

Adakah anda memerlukan pembantu untuk melakukan ujian? Jika perlu, adakah anda

melatih pembantu anda atau bertanyakan pengajar lain untuk membantu anda? Pelatih

penguji pelajar memerlukan masa yang banyak, tetapi memerlukan pentadbir ujian

yang berkelayakan untuk melakukannya. Adakah arahan senang untuk diikuti?

Pengambil ujian hendaklah memahami arahan dan tidak kiralah siapa yang mentadbir

34

Page 18: nota PJM3115

ujian tersebut, keputusan hendaklah sama. Adakah ujian bersesuaian dengan kehen-

dak pengambil ujian? Mereka tidak sakit selepas mengambil ujian.

b) Kos pentadbiran ujian

Adakah ujian tersebut memerlukan peralatan yang mahal di mana anda tidak mampu

untuk membelinya? Kos menjalankan ujian sebaik-baiknya hendak murah, berpatutan

serta mudah diperoleh. Tidak perlu melakukan ujian sekiranya anda tidak mampu

dengan kos yang diperlukan.

c) Sumber manusia dan peralatan

Sumber manusia dan peralatan adalah amat penting untuk melakukan sesuatu ujian.

Sekiranya sumber manusia dan peralatan tidak mencukupi, ia akan menyukarkan anda

untuk mentadbir ujian tersebut.

d) Memenuhi objektif

Objektif amat penting dalam melakukan sesuatu ujian. Ia merupakan asas dalam apa

juga ujian yang hendak kita lakukan. Objektif dan matlamat akan menentukan apa

yang hendak kita lakukan dan apa keputusan yang kita dapat, objektif adalah teras

atau asas dalam ujian. Dengan keputusan yang anda dapat, ia akan memberi kesan ter-

hadap ujian yang dilakukan. Sekiranya ujian dilakukan tanpa objektif yang kukuh, ia

akan menjadi sia-sia kerana anda tidak tahu apa yang hendak dinilai.

e) Mencabar dan bermakna

Ujian yang hendak dilakukan hendaklah bermakna dan mencabar. Ini kerana ia amat

penting demi tujuan ujian yang hendak dilakukan. Sekiranya ia tidak mencabar dan

bermakna, ia akan mengurangkan keberkesanan terhadap ujian tersebut.

35

Page 19: nota PJM3115

5.3 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN UJIAN DAN PENILAIAN

Kunci untuk penilaian adalah merancang sebelum ujian itu diberikan. Ia diikuti semasa per-

ancangan tersebut dan selepas pentadbiran ujian dilakukan.

Persediaan Pra-ujian

Anda perlu merancang sebelum memberi ujian untuk memastikan persediaan yang anda

lakukan adalah memadai dan pentadbiran tersebut akan berjalan dengan lancar. Persediaan

pra-ujian adalah merangkumi kesemua persediaan yang wujud sebelum pentadbiran ujian

tersebut. Ia termasuklah beberapa tugasan iaitu memahami ujian tersebut, memaklumkan

prosedur ujian, memberikan arahan, persediaan terhadap individu yang hendak melakukan

ujian, merancangkan ujian percubaan dan memanaskan badan, menyediakan peralatan dan

kemudahan untuk ujian tersebut, membuat kertas permarkahan, menganggarkan masa ujian

yang diperlukan dan memberi ujian. Tugasan-tugasan ini dijelaskan dengan terperinci seperti

berikut:

i. Memahami ujian

Apabila anda melakukan perancangan dalam pentadbiran ujian untuk per-

tama kali, baca arahan atau manual ujian beberapa kali, fikirkan tentang

ujian yang kamu baca. Ini adalah cara untuk menghindarkan terlepas pan-

dang segelintir prosedur, dimensi dan bentuk ujian tersebut.

ii. Memaklumkan prosedur ujian

Apabila anda sudah mahir dengan ujian yang dilakukan, mulakan dengan

memajukan prosedur untuk pentadbiran tersebut. Ini termasuklah pemili-

han prosedur penilaian yang berkesan, memutuskan sama ada untuk

melakukan ujian secara serentak terhadap semua individu atau dalam

berkumpulan dan memastikan sama ada seorang sahaja melakukan ujian

tersebut atau secara berpasangan melakukan ujian sesama sendiri. Jika

anda merancang untuk mentadbir beberapa ujian dalam hari yang sama,

maka kepenatan mereka akan terbatas. Jangan beri ujian yang melibatkan

kumpulan otot yang sama. Jangan rancang untuk mentadbir ujian yang

memenatkan seperti marathon atau ujian yang memerlukan ulangan maksi-

mum (repetition maximum). Langkah yang seterusnya adalah mengenal

36

Page 20: nota PJM3115

pasti keperluan markah dan unit pengukur. Sebagai contoh, dalam ujian

anda mungkin memerlukan individu tersebut memulakan dalam keadaan

telentang, dengan keadaan bahu rapat dengan lantai dan lutut lurus. Kemu-

dian, dengan lengan bersilang dan tangan diletakkan dalam keadaan

bertentangan untuk bangkit sampai kedua-dua siku menyentuh paha, dan

akhir sekali, balik kepada keadaan permulaan. Semua dikira satu jika ia di-

lakukan dengan betul. Pastikan anda memilih unit pengukuran yang betul

serta mengetahui bagaimana hendak memasukkan markah. Selain itu, un-

tuk memastikan markah boleh dianalisis dengan cepat, anda hendaklah

menggunakan satu unit pengukuran dalam ukuran kecil. Anda juga harus-

lah memutuskan apa yang hendak dilakukan sekiranya individu tersebut

melakukan kesilapan semasa ujian dilakukan. Sama ada anda mengabaikan

kesalahan tersebut, memberi amaran dan terus mengira ujian tersebut, atau

memberi potongan markah, anda perlulah memastikan ia dilakukan ter-

hadap semua individu. Akhir sekali, prosedur keselamatan juga amat pent-

ing. Perancangan yang baik amat penting dan pastikan anda mematuhi

prosedur keselamatan agar sebarang risiko kemalangan dapat dihindari

atau dielakkan.

iii. Memberikan arahan

Selepas anda mengenal pasti prosedur, anda hendaklah memaklumkan tu-

juan ujian diadakan. Arahan yang jelas dan tepat perlu dibaca kepada

kumpulan sebelum melakukan ujian. Arahan tersebut hendaklah mudah di-

fahami dan mestilah mengandungi perkara-perkara berikut:

Prosedur pentadbiran;

Arahan terhadap persembahan;

Prosedur permarkahan dan polisi terhadap persembahan

yang salah;dan

Isyarat terhadap teknik untuk meningkatkan markah.

iv. Menyediakan pelajar atau prosedur program

Memberitahu ujian yang akan dilakukan supaya mereka boleh melakukan

latihan. Ia akan meningkatkan markah mereka. Bila kelas atau kumpulan

37

Page 21: nota PJM3115

tersebut tidak biasa dengan ujian yang diberikan, lebihkan masa kepada

mereka untuk mendapatkan keterangan, sehari sebelum ujian tersebut di-

lakukan. Ini termasuklah teknik-teknik untuk meningkatkan markah ujian,

dan memerhati latihan pra-ujian tersebut. Walaupun seseorang itu telah

didedahkan terhadap ujian, mereka juga memerlukan masa untuk mengin-

gati teknik-teknik yang diperlukan. Individu tersebut haruslah diberitahu

tentang apa yang akan dilakukan dan apa yang terlibat dalam ujian. Ini

membolehkan mereka lebih bersedia daripada segi fizikal dan mental.

v. Merancangkan ujian percubaan dan memanaskan badan

Aktiviti memanaskan badan hendaklah dirancang dan dilakukan secara ter-

perinci dengan memberikan tumpuan kepada bahagian badan atau otot

yang terlibat dalam kemahiran atau ujian yang akan dilakukan.

vi. Menyediakan peralatan dan kemudahan untuk ujian

Anda hendaklah menyediakan semua peralatan yang diperlukan dan perse-

diaan kemudahan tempat sebaik-baiknya sehari sebelum ujian dilakukan

seperti membuat garisan halangan, menanda tempat yang betul. Persediaan

awal akan menghindarkan masalah yang akan timbul semasa ujian sedang

berlangsung.

vii. Menyediakan borang skor permarkahan

Menyediakan borang skor permarkahan sebelum ujian untuk kesemua ahli

kumpulan atau individu adalah amat penting. Masukkan semua nama pe-

serta dalam borang skor permarkahan sebelum ujian dilakukan. Penggu-

naan borang skor pemarkahan membolehkan peserta bergilir ketika

melakukan ujian di stesen-stesen yang ditetapkan dan memudahkan pen-

tadbir atau pelajar mengisi markah dengan cepat selepas melakukan ujian

tersebut. Pengurusan masa akan lebih berkesan apabila seseorang

melakukan ujian sambil merekodkan permarkahan untuk setiap kumpulan.

viii. Menganggarkan masa ujian yang diperlukan

38

Page 22: nota PJM3115

Apabila ujian tidak melibatkan keseluruhan kelas atau waktu program atau

apabila terdapat setengah kumpulan sedang mengambil ujian dalam hari

tertentu, anda haruslah merancangkan beberapa aktiviti untuk mengisi

masa yang terluang. Jika ujian program kecergasan dilakukan terhadap

agensi atau syarikat, perancangan yang sama juga diperlukan. Mengang-

garkan masa yang diperlukan dalam mentadbir ujian boleh memini-

mumkan kekeliruan dan memaksimumkan penggunaan masa yang ada.

5.3.1 Pelaksanaan Ujian

Anda seharusnya merancang dengan teliti penilaian yang dilakukan supaya ia berjalan den-

gan lancar. Walaupun anda mengambil berat waktu hari ujian itu dilaksanakan, anda juga

harus bersedia terhadap para pengambil ujian, motivasi dan keselamatannya. Pelaksanaan

ujian yang baik perlu mempertimbangkan tiga perkara berikut:

1. Persediaan

Peserta ujian seharusnya mengetahui ujian apa yang akan dilakukan dan mengapa

ujian itu dilaksanakan. Perkara utama yang perlu diambil kira adalah latihan. Selepas

itu, terangkan arahan dan prosedur ujian dengan jelas dan tepat. Jika perlu, lakukan

demonstrasi sebagai contoh. Selain itu, dapatkan komen atau ulasan peserta tentang

ujian sebelum dan selepas ia dilakukan. Bagaimanapun, ini boleh mengurangkan

ketepatan ujian serta boleh meningkatkan kebolehpercayaan ujian tersebut.

2. Motivasi

Berikan motivasi dan galakan yang sama kepada semua peserta. Walaupun kita lazim-

nya memberikan galakan terhadap peserta yang lemah, kita seharusnya memberikan

layanan yang serupa kepada semua pentadbir ujian. Jika perlu, berikan semangat

kepada peserta ujian setelah percubaan pertama. Ini akan memberikan motivasi

kepada mereka untuk melakukan yang terbaik untuk percubaan yang kedua. Elakkan

pemakluman markah rendah yang boleh memalukan peserta.

3. Keselamatan

39

Page 23: nota PJM3115

Semasa sesi penilaian dilakukan, beri perhatian kepada aspek keselamatan. Peserta

akan mengabaikan keselamatan jika mereka tidak mengikut arahan.

5.3.2 Penilaian dan Pelaporan

Apakah kepentingan penilaian?

Tujuan utama melakukan penilaian ialah untuk mengumpul maklumat peserta dan perkara

yang berkaitan dengan program pengajaran. Informasi ini hanya boleh digunakan selepas

ujian itu dilakukan. Keputusan ujian hendaklah dipulangkan kepada peserta kerana ia akan

lebih bermakna dan sebagai rujukan untuk mereka dalam proses penilaian. Penilaian dan

pelaporan perlu dimasukkan dalam prosedur selepas ujian. Proses penilaian markah ujian,

penyimpanan dan pelaporan diterangkan seperti berikut:

1. Menilai markah ujian

Selepas ujian dilakukan, markah ujian perlulah dinilai menggunakan teknik-teknik

tertentu. Data perlu dimasukkan dalam komputer untuk dinilai, penyimpanan rekod,

dan/atau penerimaan data. Analisis adalah untuk melihat ciri-ciri yang boleh mempen-

garuhi proses pengajaran, pelaksanaan program, memberi maklumat tentang kumpu-

lan yang diuji dan menyediakan data untuk permarkahan atau tujuan yang lain.

Mungkin juga terdapat individu yang berminat tentang pencapaian mereka. Pelaporan

keputusan ujian peserta merupakan satu cara motivasi yang berkesan.

2. Menyimpan dan melaporkan keputusan ujian

Menyimpan keputusan ujian selalunya dibuat di dalam komputer manakala kertas per-

markahan atau keputusan ujian akan disimpan di dalam lokasi yang sesuai. Segala

data yang diperolehi akan disimpan dalam fail tertentu dan dianalisis bagi mendap-

atkan keputusan ujian. Maklumat yang dibuat boleh memberikan perbezaan antara ke-

las dan antara tahun, program penilaian setiap tahun, dan pembangunan norma-norma.

Agihan kumpulan atau kelas biasanya berdasarkan keputusan ujian dan analisis yang

dibuat. Rekod markah peserta perlu disimpan supaya pengkaji atau guru dapat melihat

perkembangan murid-muridnya mengikut tahap dari setahun ke setahun. Justeru, guru

akan dapat melihat peningkatan murid-muridnya.

Kesimpulan40

Page 24: nota PJM3115

Terdapat empat konsep asas dalam ujian dan penilaian iaitu kesahan, kebolehper-

cayaan, objektiviti dan norma-norma.

a. Kesahan adalah kriteria terpenting perlu dipertimbangkan apabila

melakukan penilaian dalam ujian. Secara tradisionalnya, kesahan merujuk

kepada apa yang hendak dinilai dalam ujian. Terdapat EMPAT jenis kesa-

han iaitu kesahan logikal, kesahan kandungan, kesahan kriteria dan kesa-

han konstruk. Ujian kesahan berkaitan kriteria adalah berhubung secara

langsung dalam menentukan pencapaian objektif.

b. Kebolehpercayaan merujuk kepada ujian yang konsisten. Kesempurnaan

program penilaian bergantung pada keberkesanan perancangan persediaan

praujian. Apakah jenis-jenis perancangan dan prosedur yang patut anda

gunakan untuk mentadbir ujian tersebut? Ujian kebolehpercayaan berkai-

tan kriteria bermaksud pengelasan konsisten, atau bagaimana konsistennya

ujian pengelasan individu sebagai mahir atau tidak mahir.

c. Objektiviti kajian adalah bergantung pada bentuk kebolehpercayaan dan

boleh melalui ujian semula dengan individu yang berbeza melakukannya

melalui prosedur yang sama.

d. Norma-norma adalah sekumpulan peserta, yang mana keputusan tersebut

digunakan untuk membuat tafsiran antara peserta lain. Kriteria-kritera

pemilihan ujian dalam penilaian ialah kesahan, kebolehpercayaan, objek-

tiviti, mudah ditadbir, kos pentadbiran ujian, sumber manusia, peralatan,

memenuhi objektif, mencabar dan bermakna. Terdapat tiga komponen

dalam pengurusan dan pentadbiran ujian dan penilaian iaitu persediaan

praujian, pelaksanaan ujian, penilaian dan pelaporan.

41

Page 25: nota PJM3115

TUGASAN TERARAH

Bagi meningkatkan pengetahuan, anda disaran agar mendapatkan dan mengumpulkan

maklumat tambahan dari bahan bacaan dan bahan multimedia yang berkaitan komponen

kesahan , kebolehpercayaan, objektiviti, dan norma-norma

LAMAN WEB

http://en.wikipedia.org/wiki/Physical_fitness

http://www.cyberparent.com/fitness/five.htm

http://www.cdc.gov/nccdphp/dnpa/physical/everyone/glossary/index.htm

http://www.brianmac.co.uk/conditon.htm

PORTFOLIO

Dokumen atau tugasan perlu disimpan dalam portfolio dan diserahkan kepada

pensyarah dalam bentuk ‘soft’ dan ‘hard’ copy.

RUJUKAN

Bhasah Hj. Abu Bakar (2007). Pengujian, Pengukuran dan Penilaian Pendidikan (2nd edition). Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Mohamad Najib Abdul Ghafar (2011). Pembinaan dan Analisis Ujian bilik Darjah (2nd edition). Skudai: UTM.

42

Page 26: nota PJM3115

Mosston, M. & Ashworth, S. (2002). Teaching physical education (5th edition). San Francisco, CA: Benjamin Cummings.Teng Boon Tong. (1984). Pendidikan jasmani dan kesihatan. Kuala Lumpur: Longman

Malaysia.

Wee Eng Hoe. (1998). Pengajaran pendidikan jasmani dan kesihatan(pengkhususan).

Shah Alam: Fajar Bakti

43