Nota Psv3143 Libre

21
PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI PROFORMA KURSUS PSV3143 1. KEPENTINGAN DAN ASAS PENGETAHUAN DALAM PROJEK SENI SEPERTI: - Pameran Seni Visual - Kembara Visual - Bengkel dan Kursus - Seminar - Pertandingan - Mural - Lawatan - Tayangan dan Apresiasi - Minggu Seni - Pesta Seni Kanak-kanak 2. PENGURUSAN DAN PROSES MENGENDALIKAN PROJEK SENI: - Mengumpul maklumat - Konsep Projek, Essential Questions - Pemilihan tema, slogan - Hasil pembelajaran - Strategi dan Tasks *Kajian kekangan kewangan, masa, tenaga manusia, bahan, peralatan dan kaedah - Perancangan projek - Pembentukan jawatankuasa - Pengendalian mesyuarat - Minit mesyuarat - Penubuhan jawatankuasa kerja - Penyediaan kertas kerja - Pelan tindakan pelaksanaan dan pengawalan - Menyediakan laporan - Tindakan susulan NOTA PSV3143 1. KEPENTINGAN DAN ASAS PENGETAHUAN DALAM PROJEK SENI SEPERTI: Definisi Seni *Kamus Dewan Edisi baru - seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Ia mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. - Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi. *Imam Muslim melalui penulisan Kitab Al- Iman - menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej / objek yang ditemui. - Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu (pengetahuan) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. - Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri. *Herbert Read (buku, The Meaning of Arts) - seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression). - Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada. Definisi Pengurusan - satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. *bahasa Itali - Kata kerja mengurus (management): „maneggiare‟ iaitu „menangani‟ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin „manus‟ (tangan). *bahasa Perancis - „mesnagement‟ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris „management‟ pada abad-abad ke 17 dan 18. *Ensiklopedia Bebas Wikipedia - „pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu / lebih orang / entiti untuk tujuan

description

nota

Transcript of Nota Psv3143 Libre

Page 1: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI PROFORMA KURSUS PSV3143 1. KEPENTINGAN DAN ASAS PENGETAHUAN

DALAM PROJEK SENI SEPERTI: - Pameran Seni Visual - Kembara Visual - Bengkel dan Kursus - Seminar - Pertandingan - Mural - Lawatan - Tayangan dan Apresiasi - Minggu Seni - Pesta Seni Kanak-kanak 2. PENGURUSAN DAN PROSES

MENGENDALIKAN PROJEK SENI: - Mengumpul maklumat - Konsep Projek, Essential Questions - Pemilihan tema, slogan - Hasil pembelajaran - Strategi dan Tasks *Kajian kekangan kewangan, masa, tenaga

manusia, bahan, peralatan dan kaedah - Perancangan projek - Pembentukan jawatankuasa - Pengendalian mesyuarat - Minit mesyuarat - Penubuhan jawatankuasa kerja - Penyediaan kertas kerja - Pelan tindakan pelaksanaan dan pengawalan - Menyediakan laporan - Tindakan susulan NOTA PSV3143 1. KEPENTINGAN DAN ASAS PENGETAHUAN

DALAM PROJEK SENI SEPERTI: Definisi Seni *Kamus Dewan Edisi baru - seni didefinisikan sebagai karya (sajak, lukisan, muzik dan lain-lain) yang diciptakan dengan bakat, kebolehan mencipta sesuatu yang indah. Ia mengakui bahawa untuk menghasilkan sesuatu produk seni, bakat, kebolehan dan penghayatan serta pemahaman yang jitu amat penting. - Kebolehan adalah sesuatu yang mampu dipelajari dan dibentuk manakala bakat pula adalah sesuatu yang berdiri dengan sendiri hasil daripada kurniaan Ilahi. Kedua-dua ini saling berkait rapat di dalam menghasilkan sesuatu produk seni yang mempunyai nilai estetika yang tinggi.

*Imam Muslim melalui penulisan Kitab Al- Iman - menjelaskan tentang kesenangan estetik dan konsep keindahan sebagai pertemuan antara seseorang yang mempunyai pengetahuan terhadap mesej / objek yang ditemui. - Muslim menjelaskan seni itu sebagai suatu bentuk ilmu (pengetahuan) di mana seseorang yang mempunyai ilmu ataupun pengetahuan seni tersebut akan mencipta serta melahirkan manifestasi pemikiran dan perasaannya terhadap sesuatu objek yang dihayatinya melalui karya-karya seni, ataupun setidak-tidaknya akan menghargai keindahan objek serta karya tersebut, sekiranya tidak mampu menghasilkan karya seni. - Ini adalah kerana seni itu sendiri mempunyai pertalian erat di antara penggiat dan khalayak seni itu sendiri. *Herbert Read (buku, The Meaning of Arts) - seni adalah penghasilan rupa bentuk yang menimbulkan keceriaan, keseronokan dan kesenangan estetik (Art is Expression). - Kesenangan estetik di sini adalah merujuk kepada konsep kesenangan yang terhasil kesan oleh penghayatan terhadap keindahan seni visual. Kepuasan, kenikmatan, kesukaan dan kegembiraan juga termasuk di dalam kesenangan ini. Kesimpulannya, biar dari sudut pandangan mana sekalipun, seni merupakan sesuatu yang berkait rapat dengan estetika dan keindahan. Keindahan yang mampu memukau dan mempersonakan mata dan hati yang menghayatinya dengan segenap pancaindera yang ada. Definisi Pengurusan - satu seni bagi melaksanakan proses kerja yang terancang dan dilaksanakan secara bersistematik, teratur dan mempunyai garis panduan tertentu. *bahasa Itali - Kata kerja mengurus (management): „maneggiare‟ iaitu „menangani‟ dan kata nama ini diterbitkan daripada perkataan Latin – „manus‟ (tangan). *bahasa Perancis - „mesnagement‟ telah banyak mempengaruhi perkembangan maksud perkataan Bahasa Inggeris „management‟ pada abad-abad ke 17 dan 18. *Ensiklopedia Bebas Wikipedia - „pengurusan terdiri daripada pengarahan dan pengawalan sebuah kumpulan yang terdiri daripada satu / lebih orang / entiti untuk tujuan

Page 2: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI menyelaraskan dan mengharmonikan kumpulan tersebut untuk mencapai sesuatu matlamat. Ia seringya merangkumi sumber-sumber manusia, kewangan, teknologi serta juga sumber semula jadi. Pengurusan juga boleh merujuk kepada seorang atau sekumpulan orang yang menjalankan fungsi pengurusan‟. *Mary Parker Follet (1868 -1933) - pengurusan „adalah sebagai seni untuk mencapai sesuatu melalui orang lain‟. *Free-Content Encyclopedia Wikipedia - pengurusan boleh ditakrifkan berdasarkan fungsinya sebagai „tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh-tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan, mengubahsuai rancangan asal ataupun tindakan untuk mencapai maklumat yang dirancang‟. *James A.F Stoner & Charles Wienkel - „pengurusan adalah proses merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal daya usaha anggota organisasi dan menggunakan sumber-sumber lain dalam organisasi bagi mencapai matlamat organisasi yang ditetapkan‟. *Wan Azmi Ramli - merumuskan pengurusan adalah aktiviti perancangan dan pergerakan atau panduan oleh sesuatu perusahaan atau organisasi berhubung dengan segala kaedah-kaedah, peraturan-peraturannya, juga tanggungjawab dan tugas-tugas kakitangannya itu. Seni dan Pengurusan - Mengurus dan mengendali aktiviti/ projek seni 2-dimensi atau 3-dimensi dengan pertimbangan pelbagai kekangan kewangan, masa tenaga manusia, bahan, peralatan dan kaedah. - Mengaplikasi pengetahuan pembelajaran melalui projek mengikut prosedur dan tata cara terhadap projek seni visual. - Memupuk nilai kerjasama, bertimbang rasa, keyakinan diri dikalangan ahli-ahli kumpulan dalam mengurus dan mengendalikan sesuatu projek seni. - Mengendalikan projek seni dengan melibatkan masyarakat setempat. Projek Seni - projek seni visual merupakan satu aktiviti yang biasanya dijalankan di luar bilik darjah. - semua pelajar memainkan peranan. - menjalani suatu kajian tentang sesuatu perkara. - melaksanakan pelbagai jenis aktiviti.

- bertujuan memperkembangkan kemahiran merancang dan mengurus. - aplikasi unsur-unsur seni serta prinsip rekaan dalam menghasilkan sesebuah karya seni. - tatacara mengurus projek seni: Membuat perancangan Mengadakan mesyuarat – melantik AJK,

menetapkan tarikh, lokasi, pengisian projek Menentukan bajet/ kos Menyediakan kertas kerja Tindakan susulan Laporan projek – mendokumentasi projek Post mortem – melihat kekuatan/ kelemahan, usaha penambahbaikan

Pameran Seni Visual Terma Umum: Pameran Seni (Art Exhibition) Definisi Pameran: *Myers, B. (1985) dalam Penulisan “How to Look at Art” - pameran sebagai satu aktiviti yang melibatkan satu ruang (biasanya galeri / dewan) dan mempamerkan hasil karya seni seperti lukisan, catan, cetakan, arca, ukiran, gambar foto dan karya yang siap (finished artwork). - dipamerkan untuk tontonan dan dihayati oleh orang ramai. - selalunya berlaku hanya sementara pada masa yang tertentu dan telah ditetapkan dan dipersetujui oleh pihak penganjur serta mereka yang terlibat mengambil bahagian dalam pameran tersebut. - jika Pameran Tetap (Permanent Exhibition) bermakna pameran itu akan berterusan tanpa had waktu pengakhirannya. *Preble, S & Duane (1996) - di Amerika: pameran sebagai „exhibit‟ (pamer) - di Perancis: pameran sebagai „exposition‟ / „show‟ (pameran) - di United Kingdom: pameran sebagai „exhibitions‟, individu terlibat pameran „exhibit‟. *Definisi umum pameran - satu tempat yang mempamerkan hasil-hasil karya seni yang melibatkan individu yang tertentu / kumpulan yang tertentu di dalamnya. Tempat yang digunakan mempunyai kemudahan dan ianya senang bagi masyarakat setempat untuk berkunjung serta melihat hasil karya yang dipamerkan.

Page 3: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI Objektif Pameran: - menghargai hasil-hasil seni yang telah dihasilkan oleh para pelukis dan pereka. - satu bentuk aktiviti bagi mendekatkan masyarakat dengan hasil karya-karya seni. - mengajak dan mengajar masyarakat tempatan untuk menghayati keindahan hasil seni itu. - satu penghargaan dan motivasi kepada pengkarya. - pengiktirafan yang tertinggi kepada pengkarya di dalam proses penghasilan karya mereka. Jenis-jenis Pameran: Pameran solo

- Biasanya hasil karya seorang individu sahaja. - Tempat di galeri seni komersial yang dimiliki

oleh individu/ di galeri-galeri awam/ di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/ penaja dan pengkarya/ pelukis) Pameran berkumpulan

- Biasanya melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu.

- Tempat di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu/ di galeri-galeri awam/ di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/ penaja dan pengkarya/ pelukis) Pameran berbentuk retrospektif

- Melibatkan hasil karya yang dihasilkan dari awal penglibatan beliau sehinggalah ke hari ini.

- Pameran melibatkan seorang individu/ hasil koleksi karya seseorang/ organisasi.

- Tempat di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu/ di galeri-galeri awam/ di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/ penaja dan pengkarya/ pelukis/ penyimpan koleksi karya berkenaan) Pameran koleksi tetap

- Hasil karya yang telah dibeli/ dipunyai oleh sesuatu organisasi itu.

- Pameran melibatkan seorang individu/ hasil koleksi karya seseorang/ organisasi itu.

- Tempat di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu/ di galeri-galeri awam/ di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur/ penaja dan penyimpan koleksi karya berkenaan) Pameran berbentuk jelajah

- Melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu.

- Tempat di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu/ di galeri-galeri awam/ di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua

pihak (penganjur/ penaja dan pengkarya/ pelukis)

- Pameran akan berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain setelah tamat tarikh yang telah ditetapkan. Pameran hasil daripada pertandingan

- Melibatkan hasil karya lebih daripada seorang individu.

- Karya yang dipamerkan adalah karya-karya yang telah dipilih sebagai pemenang dan karya yang layak mengikut kategori yang telah ditentukan oleh pihak penganjur pertandingan.

- Tempat di galeri seni komersial yang dimiliki oleh individu/ di galeri-galeri awam/ di tempat-tempat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak (penganjur dan penaja)

- Tempoh pameran ditetapkan oleh penganjur. Peringkat Pameran: Pameran peringkat antarabangsa

- Ianya melibatkan hasil-hasil karya dan pengkarya dari dalam dan luar negara. Pameran peringkat kebangsaan

- Ianya melibatkan hasil karya dan pengkarya dalam negara sahaja. Pameran peringkat negeri dan daerah

- Ianya hanya melibatkan karya dan pengkarya tempatan sahaja.

Pengurusan Pameran: Perlantikan AJK Pameran

- Jawatankuasa Induk Pameran Terdiri daripada Penaung, Penasihat, Pengarah, Kurator, Pembantu Kurator, Setiausaha dan Bendahari. Bertanggungjawab terhadap urusan jemputan, penyediaan katalog pameran, penyediaan teks ucapan, penyediaan kad jemputan dan lain-lain hal berkenaan dengan pameran.

- Jawatankuasa Kecil Pameran Terdiri daripada JKK Seranta I, JKK Seranta II, JKK Teknikal dan Percetakan, JKK Penempatan dan Kemudahan dan JKK Sambutan. Melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh Jawatankuasa Induk dari semasa ke semasa. Tugas-tugas AJK Kecil Pameran

- Jawatankuasa Kerja Seranta I Ahli-ahli bertanggungjawab untuk menguruskan publisiti, poster, brosur, banner, siaran akhbar dan lain-lain bentuk promosi.

- Jawatankuasa Kerja Seranta II Ahli-ahli bertanggungjawab sepenuhnya dalam menguruskan penaja, cenderamata dan sijil penyertaan.

Page 4: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI - Jawatankuasa Kerja Teknikal dan Percetakan

Ahli-ahli bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan kelengkapan peralatan pandang dengar serta sistem bunyi, hiasan-hiasan pada hari perasmian pameran. Kerja-kerja mereka bentuk poster, katalog, kad jemputan dan cenderamata.

- Jawatankuasa Kerja Sambutan Ahli-ahli menguruskan hal-hal tentang pemilihan pengacara, penyambut tetamu, hal-hal berkenaan dengan protokol majlis, jamuan dan hal-hal yang berkaitan dengan upacara perasmian pada hari pameran diadakan nanti. Penyediaan Kertas Kerja Pameran (Tema dan

Kos) Bahagian A: i. Tajuk dan tema pameran ii. Latar belakang pameran iii. Rasional pameran iv. Objektif pameran v. Pelantikan ahli-ahli jawatankuasa induk vi. Pelantikan jawatankuasa kecil Bahagian B: i. Aturcara perasmian pameran

Tarikh perasmian: 08.00 pagi : Ketibaan Jemputan 09.00 pagi : Majlis Perasmian 10.00 pagi : Jamuan 10.30 pagi : Melawat Pameran

Bahagian C: Implikasi kewangan keseluruhan pameran. i. Anggaran pendapatan = RM...

- yuran penyertaan = RM... - tajaan/iklan = RM... - lain-lain sumber = RM...

ii. Anggaran perbelanjaan = RM... - kos jamuan perasmian = RM... - kos katalog pameran = RM... - kos poster/banner = RM... - kos kad jemputan = RM...

iii. Iklan di dalam katalog pameran = RM... iv. Cenderamata = RM...

Perlaksanaan Pameran: Aktiviti Perasmian Pameran

- Kata-kata aluan dan ucapan selamat datang kepada tetamu jemputan kehormat dan hadirin oleh pengerusi majlis.

- Ucapan terima kasih kepada tetamu kehormat yang dijemput khas untuk merasmikan pameran.

- Menjemput penaung pameran untuk memberikan ucapan dan kata-kata aluan.

- Menjemput kurator pameran untuk memberikan ucapan dan kata-kata aluan.

- Menjemput tetamu khas untuk memberikan ucapan dan seterusnya merasmikan pameran.

- Penyampaian cenderamata kepada tetamu khas.

- Pengerusi menjemput tetamu khas, jemputan khas dan hadirin untuk melihat hasil karya yang dipamerkan.

- Pengerusi menjemput tetamu khas dan semua hadirin untuk menikmati jamuan.

- Penutup dan bersurai. Pelaksanaan Aktiviti Pameran - Peringkat I:

AJK mengiklan dan mengumumkan tentang pameran yang akan diadakan melalui media massa dan media elektronik.

- Peringkat II: AJK mengira jumlah karya yang telah diterima daripada pengkarya dan seterusnya mengelaskan mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh jawatankuasa. AJK yang menyediakan katalog pameran akan mengambil gambar semua gambar karya yang telah dipilih untuk dimasukkan ke dalam katalog pameran yang telah dirancang sebelum itu.

- Peringkat III: AJK Kecil menyusun dan menggantung hasil karya yang telah dipilih di tempat yang telah ditetapkan untuk mengadakan pameran itu.

- Peringkat IV: AJK menyediakan katalog dan publisiti yang mencukupi bagi memastikan tugas mereka telah sempurna dijalankan sebelum hari perasmian.

- Peringkat V: Satu minggu sebelum tarikh perasmian pameran diadakan, AJK Promosi akan menjemput para wartawan dan media massa serta media elektronik untuk mengadakan sidang akhbar. Tujuannya untuk menghebahkan tentang pameran yang bakal diadakan untuk tontonan masyarakat. Post Mortem dan Kajian Tindakan Selepas

Pameran - Komen-komen dan maklum balas daripada

pengunjung perlu diambil kira untuk mengetahui sejauh mana pencapaian serta keberkesanan daripada pameran yang telah dijalankan.

- Semua maklum balas ditulis dalam satu laporan lengkap diberikan kepada penaung dan salinan pada setiap AJK sebagai tindakan susulan, sebagai makluman dan sebagai rekod.

- Kajian Tindakan penting kerana menjadi tanda aras ke arah memurnikan dan menambah baik

Page 5: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI apabila mengadakan pameran pada masa yang akan datang.

Kelebihan Pameran: - Mesej komunikasi lebih mudah diterimadan

difahami melalui pengamatan terhadap hasil karya yang dipamerkan.

- Pelajar akan dapat menjalankan apresiasi seni dan menghargai para pengkarya serta tokoh-tokoh seni tahahair dan dunia.

- Pelajar dapat menimba ilmu dan meningkatkan kreativiti mereka.

- Suatu pengalaman pembelajaran yang dapat mencetuskan idea baru.

- Pelajar dapat memahami secara mendalam tentang unsur seni dan prinsip rekaan.

- Pameran yang melibatkan demonstrasi pembuatan sesuatu hasil karya dapat diperhatikan oleh orang ramai.

- Menarik minat pelajar untuk menghasilkan sesuatu karya.

Kelemahan Pameran: - Memerlukan pelajar menetapkan tema yang

sesuai untuk pameran agar dapat menarik lebih ramai pengunjung untuk datang.

- Ruang letak atau ruang pameran memerlukan lokasi yang luas dan selesa.

- Penetapan lokasi perlu sesuai. - Memerlukan kos yang tinggi. - Memerlukan perancangan yang sistematik agar

pengunjung yang datang dapat mengamati pameran secara berkesan.

- Pemilihan hasil karya pameran perlu tepat dan berkualiti tinggi.

- Memerlukan penterjemah seni yang bijak menilai seni untuk menerangkan suatu hasil karya yang dipamerkan.

- Publisiti secara besar-besaran perlu dilaksanakan bagi mempromosi pameran yang ingin diadakan.

Kembara Visual Pengenalan: Kembara Seni bertujuan untuk melaksanakan eksplorasi dan eksperimentasi untuk meningkatkan pengalaman estetik. Para pelajar akan dapat mengggunakan pelbagai media, alat, bahan dan teknik untuk menterjemahkan pengalaman persepsi dan pengalaman estetik dalam bentuk visual. Kelebihan Kembara Visual: - Pelajar dapat melihat secara realiti objek-objek

dan bahan alam semulajadi dengan jelas dan kajian lebih terperinci berbanding visual secara maya, kaca TV atau skrin komputer.

- Pendidikan dan pengalaman langsung diperolehi dan ia banyak membantu kekusutan ilmu di bilik darjah

- Melatih pelajar untuk menghayati dan menghargai alam sekitar warisan sepanjang zaman.

- Pelajar akan dapat mentafsirkan alam semualajadi yang dilihat menerusi penghasilan beberapa karya Seni Visual seperti lukisan, catan, arca dan sebagainya.

- Keseronokan dalam pembelajaran. Kelemahan Kembara Visual: - Memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. - Para pelajar sukar dikawal kerana terlalu teruja

dan seronok. - Memerlukan bantuan rakan sekerja untuk turut

serta sebagai guru pengiring namun tugas guru sangat banyak dan adakalanya guru-guru tidak dapat turut serta.

- Kembara visual memerlukan pemilihan lokasi yang sesuai dan strategik.

Pengurusan: Pelantikan AJK

- Penaung - Penasihat - Pengerusi - Naib pengerusi - Setiausaha - Bendahari - Biro-biro:

i. Promosi ii. Makanan iii. Penginapan iv. Pengangkutan v. Keselamatan vi. Tugas khas Mengendalikan mesyuarat

Langkah 1: Pra-perancangan dengan mengenal pasti siapa yang akan menghadiri mesyuarat tersebut, tujuan mesyuarat dilakukan, topik/ isu yang akan diperbincangkan dan segala informasi yang akan dikumpulkan dan disebarkan. Langkah 2: Nyatakan tujuan dan objektif mesyuarat dengan spesifik. Pastikan hal tidak berkenaan diketepikan dalam agenda mesyuarat. Objektif atau tujuan akhir dijalankan dengan sesi sumbang saran (brainstorming) agar dapat keputusan/ resolusi kukuh. Langkah 3: Menulis agenda dengan jelas dan tepat. Perincikan fakta penting, senarai mereka yang akan dihubungi, termasuklah rancangan/ aktiviti dan perbincangan untuk tindakan lanjut. Agenda terperinci akan membolehkan ahli

Page 6: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI (participants) mendapatkan semua maklumat dengan jelas serta menjadikan komunikasi lebih lancar. Langkah 4: Mengedarkan agenda mesyuarat sebelum ia bermula. Menggalakkan ahli menyenaraikan (jot down) soalan-soalan yang spesifik serta membawa material tambahan sekiranya agenda di luar jangkaan berlangsung. Langkah 5: Mengalukan ahli mesyuarat dan memastikan mereka membawa agenda mesyuarat yang akan diadakan. Nyatakan tujuan mesyuarat dan menetapkan anggaran waktu mesyuarat berakhir. Langkah 6: Mulakan perbincangan pada kadar segera dan mengelakkan agenda/ isu yang tidak berkaitan dengan sesi mesyuarat yang diadakan. Tidak tersasar daripada agenda/ isu utama mesyuarat dan pantas mengenal pasti soalan diajukan. Langkah 7: Adakan pembahagian waktu agar mesyuarat mengikut anggaran waktu ditetapkan. Beri peringatan pada 5 minit terakhir agar masing-masing maklum bahawa masa untuk perbincangan agenda tersebut hampir tamat. Langkah 8: Mencatatkan nota pada setiap perbincangan. Senaraikan sebarang cadangan, bantahan, maklumat tambahan yang dirasa perlu dan pelan-pelan tindakan. Langkah 9: Buat rumusan terhadap perkara-perkara utama apabila mesyuarat berakhir. Berikan setiap ahli, tugasan untuk tindakan (action assignments). Tamatkan mesyuarat mengikut masa yang telah ditetapkan dan mengucapkan terima kasih kepada setiap peserta terhadap sumbangan diberikan. Kertas kerja (Tema dan Kos) - Tujuan umum penyediaan kertas kerja:

i. Mengeluarkan idea-idea dan data tertentu mengenai sesuatu tajuk kepada sasaran tertentu.

ii. Menambahkan pengetahuan kepada sasaran.

iii. Menggalakkan perbincangan, diskusi dan penyelidikan susulan dalam bidang-bidang tertentu.

iv. Sebagai suatu bahan sejarah yang menjadi bahan rujukan pada masa-masa akan datang.

- Tema: relevan dan bersesuaian dengan bentuk kembara visual yang akan dijalankan. Contoh, persekitaran dan dimensi hutan seperti “flora”, “habitat”, “rimba”, “damai alam” etc.

- Kos: mendapatkan sumber kewangan bagi menjayakan kembara visual seperti menjual

pakaian, menjual barang-barang, cenderamata dan berniaga untuk mengumpul wang.

- Proses penyediaan kos: Johny et al. (1999) proses penyediaan kos hendaklah mengikut langkah berikut: i. Meninjau keadaan ekonomi semasa. ii. Mengenal pasti panduan belanjawan bagi

menyempurnakan objektif yang sudah ditetapkan termasuklah sub-belanjawan bagi aktiviti tersebut.

iii. Mengenal pasti menganggarkan kos-kos yang akan ditanggung serta sumber pendapatan bagi membiayai aktiviti tersebut.

iv. Menyediakan draf belanjawan bagi jawatankuasa serta bagi mendapatkan pembiayaan kewangan.

v. Menilai draf belanjawan dan menyediakan belanjawan akhir nisbah kawalan.

Pelaksanaan Kembara Visual: Menjalankan kembara

Mengenal pasti tema kembara, lokasi kembara, menetapkan tarikh dan jangka, masa ekspedisi, kos yang mencukupi, promosi serta bilangan peserta kembara yang telah dipastikan agar tidak berlaku perubahan jadual dan perancangan di saat-saat akhir. Melaksanakan pameran - Tujuan utama: pameran diadakan sebagai bukti

dokumentasi visual untuk dikongsi dengan orang ramai (audiens). Dapat memberi penghayatan (ekspresi) dan penghargaan (apresiasi) terhadap karya-karya visual yang anda hasilkan. Dapat memberi pendedahan kepada masyarakat untuk menghargai, mempelajari dan turut berkongsi idea, pandangan, kritikan terhadap ekspedisi visual yang telah dijalankan.

- Tempat: di kawasan terbuka dan kawasan lapang seperti di padang, di dalam dewan, di galeri-galeri dan lokasi-lokasi yang difikirkan sesuai dan strategik. Laporan dan pembentangan

Kaedah penulisan laporan (Samsudin Wahab, 2006): - Sekapur sirih - Objektif - Tujuan - Faedah - AJK - Projek - Anggaran kewangan - Jadual aktiviti - Penerangan aktiviti

Page 7: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI - Penutup

Seminar, Bengkel dan Kursus Pengenalan: Seminar, bengkel dan kursus seni boleh diertikan sebagai satu bentuk pengajaran akademik (perbahasan masalah secara ilmiah). Ia dilaksanakan di peringkat sekolah, universiti mahupun sebuah organisasi oleh golongan profesional. Ia biasanya berfokuskan kepada suatu topik dan peserta yang hadir akan melibatkan diri secara aktif. Seminar dilaksanakan dalam bentuk dialog, persembahan hasil kajian,dalam bentuk formal, sesi debat atau sesi perkongsian ilmu dan pengalaman. Kelebihan: - Pelajar akan meningkatkan ilmu pengetahuan

tentang seni. - Pelajar akan dapat berkongsi pengalaman

bersama-sama dengan peserta lain. - Meluangkan masa dengan aktiviti berfaedah. - Memupuk semangat kerjasama dan toleransi

dalam aktiviti merancang dan menjalankan seminar.

- Mampu mengatasi masalah kognitif („Knowing, Learning & Understand‟).

- Sesi komen atau diskusi memberi lebih banyak peluang menguji dan bertanya soalan sesama peserta untuk memahami lebih lanjut tentang sesuatu prinsip atau teknik.

Kelemahan: - Topik yang akan disampaikan atau dibincangkan

oleh ahli panel perlu bersesuaian dengan audien agar tidak membosankan.

- Memerlukan perancangan yang rapi dan sistematik serta kerjasama yang utuh dari semua ahli jawatankuasa penganjur.

- Memerlukan kos yang tinggi kerana melibatkan penempahan dewan, peralatan seminar, jamuan, publisiti dan sumbangan kepada panel profesional.

- Panel profesional yang ingin dijemput perlu dimaklumkan awal kerana jadual seminar akan berubah sekiranya jadual para panel bercanggah.

- Memerlukan masa yang lama dalam merancang seminar.

- Kurang publisiti menyebabkan tiada penyertaan. Pertandingan Definisi Pertandingan Seni Visual: - Merujuk kepada segala aktiviti persaingan,

perlawanan, peraduan dan pertandingan. - Ia melibatkan proses kreativiti, kemahiran

menggunakan media, sensitiviti terhadap visual-

ruang (visual-spatial), kecenderungan mengaplikasikan elemen serta prinsip rekaan bagi memenuhi kriteria, tema, kempen dan konsep khusus sesuatu pertandingan yang diadakan.

- Kebiasaannya, mempertandingkan karya-karya seni tampak seperti lukisan, catan, fotografi dan seni grafik dengan menggunakan pelbagai medium seperti: i. Pensel ii. Pensel warna iii. Krayon iv. Pastel v. Cat air vi. Cat minyak vii. Akrilik viii. Marker ix. Campuran media dan Instalasi x. Kamera (kompak, SLR dan DSLR – bagi

pertandingan fotografi) xi. Media digital (aplikasi perisian komputer –

bagi pertandingan karya seni grafik) Tujuan Pertandingan: - Untuk membangkitkan rasa apresiasi terhadap

karya seni yang dihasilkan. - Ganjaran atau peneguhan yang diterima dalam

bentuk hadiah dan penghargaan dapat menyuntik semangat seorang artis/ seniman untuk lebih gigih dan prolifik dalam berkarya.

- Kemahiran dalam menggunakan pelbagai media sewaktu menghasilkan karya dapat dipertingkatkan.

- Mewujudkan persaingan yang sihat di kalangan artis, seniman/ pengkarya.

Pengurusan: Tiga langkah atau strategi yang boleh diberikan tumpuan. Langkah-langkah tersebut ialah perlantikan ahli jawatankuasa sebagai persediaan dalam pembahagian tugas, pengendalian mesyuarat supaya maklumat dan matlamat aktiviti dapat dibincangkan dengan jelas, penulisan kertas kerja bagi menyatakan tema dan kos aktiviti yang ingin anda jalankan juga dapat dibincangkan dengan jelas. Pelantikan AJK

- Mengadakan mesyuarat/ perbincangan khusus melantik dan membentuk AJK.

- AJK dipilih mengikut kemampuan, kecenderungan, kemahiran, kreativiti dan pengalaman seseorang bagi mengisi jawatan-jawatan dalam pembentukan AJK.

- Tujuan: Pembentukan/ pelantikan AJK memastikan setiap aktiviti yang dijalankan

Page 8: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI berlangsung dengan sempurna dan mengikut ketetapan waktu kerana banyak perkara kecil boleh menjadi isu besar sekira terlepas pandang.

- Tujuan: setiap gerak kerja dan aktiviti yang melibatkan proses persediaan pertandingan seperti pemilihan lokasi, persediaan ruang/ pentas, promosi pertandingan, pengurusan acara, persediaan perasmian, penilaian hasil karya dan penyediaan hadiah dapat dijalankan dengan lancar. Mengendalikan mesyuarat

- Tujuan: proses perbincangan, perkongsian idea, cadangan dan bantahan bagi memastikan aktiviti dirancang berjaya dilaksanakan.

- Menjalankan satu mesyuarat dengan produktif tanpa memerlukan peruntukan masa yang panjang tetapi mendapat keberkesanan yang maksimum.

- Fokuskan kepada perkara-perkara khusus pertandingan: i. Siapa?

Ahli mesyuarat telah mengenal pasti skop dan subjek yang ingin dibincangkan (pertandingan seni visual).

ii. Apa? Sesuatu yang diharapkan dalam mesyuarat berkenaan agenda yang ingin dibincangkan. Pastikan pengisian mesyuarat dengan agenda dan konteks yang telah dikenal pasti (mengadakan pertandingan seni visual).

iii. Di mana? Mesyuarat diadakan di lokasi sesuai dan senang dihadiri oleh ahli.

iv. Bila? Perlu ditetapkan dan dipatuhi agar kehadiran dapat dipenuhi. Mesyuarat bermula dan berakhir mengikut perancangan yang ditetapkan membuatkan ahli menghormati dan menghargai masa.

v. Mengapa? Memberi peluang kepada ahli untuk: - membuat laporan berkenaan perkara

yang dibincangkan - membincangkan tema, perancangan

dan tindakan - cuba menyelesaikan masalah yang

dibangkitkan vi. Bagaimana?

- Sediakan agenda kepada ahli sebelum mesyuarat bermula.

- Cuba elakkan sebarang kejutan (perkara luar jangkaan).

- Peruntukkan waktu bagi setiap topik yang dibincangkan.

- Menghormati pandangan dan saranan setiap peserta.

- Galakkan peserta memberi idea dan informasi.

- Galakkan pertukaran idea dan pandangan serta kerjasama berpasukan (teamwork).

- Sediakan minit mesyuarat, tindakan lanjutan dan tepati waktu yang telah diperuntukkan.

- Mesyuarat dirumuskan dengan pelan-pelan tindakan yang bakal diambil.

Kertas kerja (tema dan kos) - Tema:

Menentukan tema yang relevan dan bersesuaian dengan bentuk pertandingan yang akan dijalankan. Contoh: Jika pertandingan seni visual yang diadakan memilih konsep kenali Malaysia sebagai tema, nama/ istilah yang boleh digunakan adalah “Negaraku”, “Malaysia, The Visual Stories”, “Pertiwi” etc.

- Kos: Memastikan aktiviti pertandingan seni visual dirancang dapat direalisasikan. Ianya laporan berangka yang mengandungi maklumat sumber dan kos perbelanjaan yang akan dilakukan terhadapnya sehingga aktiviti dirancang berakhir dengan jayanya. Dalam merancang kos, fikirkan kaedah mendapatkan sumber kewangan sama ada menggunakan peruntukan khas daripada dana/ tabung atau mendapatkan sumbangan/ penajaan daripada sumber-sumber mengikut kaedah yang dibenarkan oleh undang-undang. Perancangan kos: i. Kos penyewaan tapak/lokasi pertandingan ii. Kos peralatan bagi tujuan persiapan

pertandingan iii. Kos promosi iv. Kos peruntukan hadiah v. Kos penyediaan penilaian karya vi. Kos pengurusan acara dan perasmian vii. Kos-kos sampingan seperti makanan,

perubatan etc.

Pelaksaan Pertandingan: Aktiviti perasmian Biasanya aktiviti melukis/ mewarna akan bermula sejurus selepas perasmian dilakukan sekiranya pertandingan tersebut diadakan di dewan, ruang legar/ galeri. Penghasilan dan penilaian karya

Page 9: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI - Pertandingan melibatkan tempoh masa sehari

(pagi hingga petang) atau dua hari seperti pertandingan melukis dan mewarna yang bergantung kepada syarat, keperluan, jumlah peserta dan tema pertandingan.

- Pertandingan mencipta poster, logo, catan artistik, grafik dan fotografi mengambil masa seminggu, sebulan/ beberapa bulan untuk karya dinilai.

- Panel/ juri yang mahir dan berpengalaman akan menilai karya-karya yang dihasilkan untuk menentukan pemenang pertandingan.

- Mengambil kira keaslian idea, komposisi, kreativiti, daya usaha, kemahiran menggunakan media dan nilai-nilai artistik karya dihasilkan. Penyampaian hadiah

- Dilakukan oleh individu yang dipilih seperti orang-orang kenamaan, tokoh seniman/ individu tertentu.

- Hadiah dalam pelbagai bentuk dan medium seperti piala, wang tunai, hamper, pakej-pakej tertentu, sijil penghargaan etc.

- Urusan penyampaian hadiah: i. Menentukan jenis hadiah. ii. Kategori hadiah. iii. Peringkat-peringkat hadiah. Contoh: hadiah utama (bonanza), hadiah tempat pertama (johan), hadiah tempat kedua (naib johan), hadiah tempat ketiga, hadiah sagu hati dan hadiah khas/ anugerah juri.

Kelebihan: - Dapat mencungkil bakat pelajar dalam bidang

seni. - Menarik minat pelajar untuk belajar dan

mendalami pengetahuan dalam mata pelajaran seni visual.

- Dapat memahirkan pelajar dalam teknik dan kaedah penciptaan sesuatu karya.

- Pelajar akan dapat menghargai seni dan menjalankan apresiasi.

- Pelajar dapat mengisi masa lapang dengan menjalankan aktiviti yang berfaedah.

- Meningkatkan fahaman pelajar tentang unsur seni dan prinsip rekaan.

- Memberi peluang kepada semua pelajar untuk menzahirkan idea dalam bentuk penghasilan karya seni.

- Pelajar dapat belajar untuk menyampaikan mesej melalui karya yang dihasilkan.

Kelemahan: - Penganjur perlu membuat penelitian awal dan

kajian awal berkenaan minat peserta.

- Kurang penilai/pengadil yang berkemahiran dan berpengalaman dalam menilai hasil karya seni peserta. (jika dijalankan di peringkat sekolah)

- Masa yang terhad. - Kurang penglibatan peserta sekiranya kurang

publisiti. Mural Definisi Mural: *Al Hurwitz & Day, M. (2007) dalam buku “Children and Their Art” - Mural sebagai sebuah catan yang sangat besar

yang dihasilkan di atas dinding. - Merupakan sebahagian daripada hasil karya seni

yang sangat unik dan proses penghasilannya memerlukan perancangan yang rapi dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan.

- Zaman Renaissance, Michelangelo

menghabiskan masa 14 tahun menyiapkan keseluruhan mural di dalam Sistine Chapel, Rom.

- Menggunakan fresco sebagai bahan utama menghasilkan mural.

- Masih kekal sebagai satu hasil karya seni yang agung sehingga ke hari ini.

- Bermula zaman Paleolitik (35,000-8,000)

sebelum masihi. - Mural pertama di Gua Lascaux, Montignac,

Perancis. - Dipercayai dihasilkan oleh golongan primitif di

sekitar tahun 15,000-10,000 sebelum tahun masihi.

- Mereka menghasilkan mural pada dinding-dinding gua yang menjadi kediaman mereka menggunakan batu kapur sebagai bahan untuk melukis.

*Definisi umum mural - mural satu catan bersaiz besar yang dihasilkan di

atas satu permukaan dinding dan mempunyai tema yang telah ditetapkan oleh penaja/ pelukis sendiri.

Proses pemilihan tema dan reka bentuk: - Mural biasa dijalankan secara berkumpulan. - Tema digunakan berdasarkan isu-isu sekeliling

atau berdasarkan pengalaman dan kehendak kumpulan pelajar berkenaan.

- Guru hendaklah cuba mengenal pasti idea-idea yang boleh dikembangkan oleh pelajar-pelajar bagi menyediakan satu lakaran cadangan kepada proses penghasilan mural yang sebenar nanti.

- Subjek-subjek seperti bangunan-bangunan, rumah-rumah, kumpulan orang yang sedang melakukan satu aktiviti adalah sangat sesuai

Page 10: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI dipilih untuk tujuan penghasilan aktiviti secara berkumpulan.

- Elakkan memilih tema menjurus ke arah peribadi seseorang pelajar. Hal ini menyebabkan idea menjadi sempit dan sukar dikembangkan dalam bentuk satu kumpulan.

- Guru disarankan memilih tema-tema yang mempunyai banyak elemen-elemen rupa dan bentuk apabila ianya dihasilkan dalam bentuk mural kelak.

- Membuat beberapa cadangan dan perkembangan idea sebelum menghasilkan lakaran cadangan akhir berserta cadangan kajian warna yang akan digunakan.

Pengurusan dan pelaksanaan mural: - Mengenal pasti dinding-dinding yang akan dibuat

mural berdasarkan kepada idea-idea yang telah diputuskan.

- Membentuk satu kumpulan tenaga kerja kreatif yang dipilih dari kalangan pelajar. Contoh: kelab seni supaya penghasilan mural akan lebih memberi makna kepada ahli-ahli terlibat.

- Menyediakan peralatan dan bahan-bahan yang akan digunakan untuk menghasilkan mural. Contoh: cat, berus, bekas mencampur warna etc.

- Sediakan tangga dan binalah menara, sekiranya perlu. Ia bertujuan mewarna di bahagian lebih tinggi.

- Guru menetapkan jangka masa diperlukan menyiapkan mural supaya pelajar tidak bosan. Sekiranya terlalu lama, ianya akan melemahkan momentum kerja-kerja mereka.

- Selesai penghasilan mural, catatkan nama-nama mereka yang terlibat sebagai tanda penghargaan dan memotivasikan diri mereka dalam penghasilan karya seni.

Lawatan Definisi: - Lawatan sambil belajar merujuk aktiviti luar kelas

yang melibatkan pelajar dan guru melawat sesuatu tempat, kawasan, bangunan atau apa-apa yang memberi ilmu pengetahuan.

- Aktiviti ini menjadi satu aktiviti yang paling dinanti-nantikan oleh pelajar kerana mereka berpeluang untuk meneroka kawasan atau perkara baru.

Kelebihan: - Hubungan pelajar dengan guru akan menjadi

lebih intim. - Pelajar mempelajari konsep mengurus sesuatu

aktiviti dengan lebih efektif. - Pelajar memperoleh pengalaman pembelajaran

yang menyeronokkan. - Pengurusan aktiviti dapat dirancang dengan lebih

teratur dan sistematik melalui penerapan sikap bekerjasama.

- Mengatasi masalah kebosanan dan menarik minat pelajar untuk belajar Pendidikan Seni Visual.

- Memupuk semangat keyakinan diri, setia kawan, disiplin diri dan patriotisme.

- Mendedahkan pelajar tentang alam semulajadi, kebudayaan dan membuat apresiasi.

- Mempertingkatkan daya pemikiran dan kematangan minda dalam seni.

- Pelajar akan dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah.

Kelemahan: - Memerlukan tenaga kerja yang ramai - Jangka masa yang lama diperlukan untuk

merancang dan melaksanakan program. - Peserta perlu membuat penelitian setiap aktiviti

yang dirancangkan. - Memerlukan perancangan masa yang sistematik

agar perjalanan aktiviti semasa lawatan dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

- Memerlukan kos yang tinggi. - Memerlukan persefahaman yang utuh antara

semua peserta agar lawatan berjalan dengan lancar dan selamat.

Tayangan dan Apresiasi Minggu Seni Pengenalan:

Page 11: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI Minggu Seni Visual dilaksanakan di peringkat sekolah bagi menarik minat para pelajar untuk mendalami pembelajaran seni visual di dalam bilik darjah. Pelbagai aktiviti dijalankan seperti aktiviti melukis, mewarna, membuat hasil kraf, membuat arca dan sebagainya. Kelebihan: - Aktiviti yang dirancang melibatkan semua

pelajar. - Menarik minat pelajar untuk menghasilkan karya. - Penerapan seni visual secara menyeluruh kerana

semua pihak turut terlibat. - Pengurusan yang terancang. - Dapat melibatkan semua guru. - Memartabatkan seni visual di peringkat sekolah. - Tidak memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Kelemahan: - Masa yang terhad kerana aktiviti PdP tidak boleh

diganggu. - Kurang guru opsyen PSV yang mahir

mengendalikan minggu seni visual. - Para pelajar kurang didedahkan dengan pelbagai

bidang seni dan aktiviti-aktiviti seni. - Komitmen kerja guru semakin bertambah.

Minggu seni visual diadakan dengan seadanya. - Tempat dan lokasi aktiviti terhad mengikut

suasana persekitaran sekolah. - Pelajar pasif tidak berminat untuk mengikuti

aktiviti seni. - Kurang mendapat sokongan dari pihak

pentadbiran kerana menanggap seni visual merupakan m/pelajaran elektif semata-mata.

Pesta Seni Kanak-kanak Pengenalan: Pesta Seni Kanak-Kanak dijalankan adalah bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat-bakat baru dalam seni visual tetapi secara tidak langsung mewujudkan satu lagi aktiviti para pelajar sekolah di mana para pengunjung dapat menyaksikan pameran pelbagai hasil karya seni visual pelukis. Kelebihan: - Para pelajar dapat mencungkil bakat dalam

bidang seni visual. - Pameran hasil karya seni visual dapat dijalankan

secara besar-besaran. - Pelajar dan guru akan mengetahui cara

pengurusan pesta seni kanak-kanak secara menyeluruh.

- Melibatkan masyarakat setempat. - Keyakinan diri serta apresiasi seni dapat

ditingkatkan.

Kelemahan: - Memerlukan perbelanjaan yang tinggi. - Tanpa kerjasama yang baik di kalangan guru-

guru dan para pelajar mengakibatkan pesta kanak-kanak tidak dapat dijalankan dengan lancar.

- Memerlukan masa untuk memilih hasil karya yang terbaik yang dihasilkan oleh para pelajar.

- Kurang guru berpengalaman untuk menilai hasil karya.

- Tugas guru semakin banyak dan mengakibatkan kurang pembabitan guru secara menyeluruh.

2. PENGURUSAN DAN PROSES

MENGENDALIKAN PROJEK SENI: - Mengumpul maklumat - Konsep Projek, Essential Questions - Pemilihan tema, slogan - Hasil pembelajaran - Strategi dan Tasks *Kajian kekangan kewangan, masa, tenaga

manusia, bahan, peralatan dan kaedah - Perancangan projek - Pembentukan jawatankuasa - Pengendalian mesyuarat - Minit mesyuarat - Penubuhan jawatankuasa kerja - Penyediaan kertas kerja - Pelan tindakan pelaksanaan dan pengawalan - Menyediakan laporan - Tindakan susulan CONTOH SOALAN (OBJEKTIF) 1. Pameran seni visual (pernyataan tepat)

D. memberi maklumat hasil karya seni kepada masyarakat.

2. Menentukan tempat seminar (aspek penting) D. kesesuaian penganjur dan peserta.

3. Bahan sesuai pertandingan mewarna (peringkat sk rendah) D. pensel warna, krayon, cat poster

4. Proses penting penghasilan mural. B. SALAH-merancang aktiviti dapat membantu perkembangan kreativiti murid.

5. Proses dalam Pesta Seni Kanak-kanak. C. pelaksanaan (tema, persediaan, jualan, pameran)

6. Tujuan mengumpul maklumat semasa mengendali projek seni?

Page 12: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI C. memperkembangkan aspek pengetahuan dan pengurusan.

7. Kepentingan tema program? A. hala tuju program.

8. Strategi menggalakkan penyertaan pihak sekolah di sekitar? D. mengadakan aktiviti pertandingan antara wakil sekolah di daerah penganjur.

9. Pengurusan kewangan diuruskan oleh? D. penyelaras projek (bendahari hanya pegang duit)

10. Ketua setiap bahagian dilantik semasa mesyuarat pembentukan AJK Tertinggi program. Tujuan pelantikan itu? C. merancang / membantu AJK setiap aktiviti program.

11. Penyediaan kertas kerja (susunan item) D. pengenalan – tujuan – objektif – tarikh – tempat – atur cara – bilangan peserta – kewangan – keperluan alat

12. Pelan tindakan dilaksanakan memastikan kelancaran. Ciri-ciri pelan tindakan berkesan: -membuat hipotesis -tindakan susulan -pemilihan ahli panel berkualiti B. SALAH-membuat „post mortem‟

13. Tujuan pelaksanaan dan pengawalan. D. memastikan pelaksanaan aktiviti lancar.

14. Perancangan kewangan – pernyataan tidak benar. C. memastikan ahli-ahli mengumpul sumber kewangan mencukupi.

15. Terdapat tatacara memupuk pelbagai nilai. Nilai utama dapat diterapkan? B. bekerjasama

16. Jawatan-jawatan dalam AJK Induk Seminar Seni. A. penaung – penasihat – pengerusi – timbalan pengerusi – setiausaha – bendahari – urus setia

17. Tujuan mengendalikan mesyuarat sebelum

sesuatu projek seni dijalankan untuk? C. perbincangan, perkongsian idea dan cadangan.

18. Langkah awal – pertandingan melukis poster. B. syarat pertandingan

19. Pernyataan paling tepat tentang „post mortem‟. D. kekuatan dan kelemahan

20. Pernyataan paling tepat berkaitan pembentangan laporan projek seni. B. pembentangan laporan projek seni dapat dijadikan bahan rujukan.

CONTOH SOALAN (SUBJEKTIF) 1. (a) Senaraikan empat jenis pameran. i. ii. iii. iv.

1. (b) Pengurusan lawatan dilaksanakan bertujuan membantu murid dalam pembelajaran. Justifikasi pandangan anda. i. ii. iii. 2. (a) Kemahiran memilih tema dalam pengendalian aktiviti projek seni. Dua aspek perlu diberi perhatian ketika menentukan tema. i. ii. 2. (b) Huraikan tujuan minit mesyuarat disediakan. i. ii. iii. 3. (a) Dua tujuan utama penulisan kertas kerja. i. ii. 3. (b) Analisis tentang tugas seorang pengarah projek.

Page 13: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI “Pengerusi AJK dianggap sebagai pengarah projek. Terdapat beberapa tugas penting supaya objektif projek akan tercapai” i. ii. iii. 4. (a) Huraikan tiga aktiviti perlu diuruskan oleh jawatankuasa perasmian pertandingan semasa majlis perasmian pertandingan mewarna. i. ii. iii. 4. (b) Empat kriteria bagaimana menyediakan pembentangan laporan projek seni yang menarik. i. ii. iii. iv. CONTOH SOALAN (ESEI) 1. Tujuan pameran diadakan untuk menghargai karya seni oleh guru / murid sebagai motivasi kepada pengkarya. Buat justifikasi anda tentang pameran dan perincikan kelebihan dan kelemahan mengadakan pameran di sekolah. (20 markah) JSU (PEPERIKSAAN NOVEMBER 2014) i. Struktur 1. Lawatan - tujuan lawatan / prosedur mengadakan lawatan / bagaimana membuat lawatan / kebaikan & kelemahan etc. 2. Mural - prosedur membuat mural / alat & bahan (berus, pembaris, projektor/lcd, cat emulsion) etc. 3. Projek seni - AJK etc.

4. Minit mesyuarat - minit curai (laporan) - definisi minit mesyuarat etc. 5. Tema kertas kerja - contoh „ArtVenture‟ etc. 6. Perancangan kewangan - conoth: 3 cara mendapatkan sumber kewangan (peruntukan, sponsor/ tajaan, sumbangan ahli) etc. 7. Kertas kerja - item-item kertas kerja etc. ii. Esei 1. Kembara visual - konsep etc. 2. Kertas kerja - bajet / kewangan etc. 3. Pameran seni visual - konsep / jenis-jenis etc.

Page 14: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI MINIT MESYUARAT Minit mesyuarat ialah satu hal atau perkara yang telah dibincangkan dalam sesuatu mesyuarat dan persetujuan telah dicapai terhadap perbincangan tersebut.Ini bermakna catatan minit mesyuarat amat penting bagi membolehkan tindakan dapat dilaksanakan oleh pihak-pihak yang terlibat dengan berkesan.Minit mesyuarat menjadi panduan perlaksanaan yang terlibat.Tanpa penulisan minit mesyuarat yang baik dan sempurna perlaksanaan mesyuarat juga tidak akan sempurna,ini bermakna minit mesyuarat adalah satu perkara yang penting kerana ianya akan merakamkan segala maklumat yang diajukan dan dibincangkan didalam mesyuarat tersebut. Terdapat kaedah dalam menguruskan minit mesyuarat,ia merangkumi pelbagai cara dalam menulis minit mesyuarat tersebut.Ada yang kelihatan kemas,rapi,jelas dan ringkas dan ada juga yang berjela-jela dan tidak mengikut peraturan dan format tertentu walaupun isi penting bagi sesuatu minit mesyuarat itu terdapat didalamnya.Bagi mewujudkan kesempurnaan dalam mesyuarat,minit mesyuarat perlulah lengkap dan teratur bagi memastikan segala maklumat tersebut diperolehi dengan lengkap. Sesuatu minit mesyuarat perlulah mengandungi tajuk iaitu nama mesyuarat berkenaan ,bilangan mesyuarat yang biasanya di tulis diatas sekali,tarikh mesyuarat iaitu bila mesyuarat tersebut akan diadakan,tempat mesyuarat iaitu dimanakah mesyuarat tersebut akan diadakan,senarai kehadiran iaitu bilangan ahli yang hadir dan jumlah tersebut perlulah dicatatkan,agenda mesyuarat,catatan mesyuarat dengan tindakan serta tandatangan penyelia mesyuarat. Dalam bahagian hal-hal lain,dicatatkan segala perbincangan dan keputusan yang dicapai berhubungan dengan hal-hal lain yang dikemukakan oleh anggota yang tidak berkaitan dengan agenda tetapi berkaitan dengan kepentingan persatuan/pertubuhan dan perjalanan projek secara keseluruhan.Anggota lain ini juga mempunyai kepentingan dalam mesyuarat tersebut.Minit mesyuarat juga mempunyai bahagian penutup yang biasanya dicatatkan tarikh mesyuarat ditangguhkan dan ucapan terima kasih kepada pengerusi.

Konsep

Satu catatan, rekod atau dokumen rasmi mengenai sesuatu perbincangan dan keputusan yang dicapai dalam perbincangan tersebut.

Fungsi

Minit mesyuarat menjadi bahan rujukan, tindakan susulan, pelaporan semula untuk mesyuarat akan datang dam nerfungsi sebagai bukti rasmi salah satu punca kuasa atas sebarang arahan kerja dalam sesebuah organisasi.

Sifat

Dokumen ini adalah sulit dan tidak boleh didedahkan sewenang-wenangnya untuk tatapan umum. Dari segi cara penulisannya, minit mesyuarat perlu ditulis dengan menggunakan format yang khusus.

Ciri – ciri

Sebahagian besar ciri minit mesyuarat disenaraikan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilang 2 Tahun 1991 (PKPA 2/1991) – Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatan – Jawatankuasa Kerajaan

Minit mesyuarat seharusnya mempunyai dan menepati kehendak format yang telah ditetapkan seperti berikut:

Butiran awal mesyuarat

Page 15: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI Merangkumi nama mesyuarat, nombor bilangan mesyuarat, tahun, tarikh, masa dan tempat berlangsungnya mesyuarat.

Kehadiran :

Susunan nama bermula dengan nama pengerusi dan nama-nama seterusnya mengikut kekananan ahli mesyuarat di bawah tajuk Hadir. Ahli yang tidak hadir dicatatkan di bawah tajuk Tidak Hadirdengan menyatakan sebab ketidakhadiran. Sekiranya ada pegawai-pegawai yang bukan ahli dijemput khas, senarai nama mereka perlu dicatat di bawah tajuk Hadir Bersama.

Struktur minit mesyuarat

1. Perutusan pengerusi 2. Pengesahan minit mesyuarat 3. Perkara – perkara berbangkit / maklum balas 4. Perbincangan agenda baru / pembentangan kertas kerja 5. Hal – hal lain 6. Penutup

Nama penyelia dan penyemak minit mesyuarat

Nama penyelia dan penyemak minit boleh dimasukkan sebagai tanda pertanggungjawaban.

( Catatan berkaitan nama dan tandatangan pengesah minit mesyuarat tidak perlu dimasukkan. Minit mesyuarat akan disahkan sewaktu mesyuarat dijalankan ).

Penomboran

Disusun berbeza dengan menggunakan nombor mengikut system perpuluhan atau menggabungkan dengan huruf kecilb dan angka roman kecil dalam kurungan.

Gaya bahasa

Catatan tindakan

Catatan tindakan ditulis secara tebal dengan merekodkan nama pegawai yang akan melaksanakan tindakan tersebut atau sekadar makluman.

Bahasa yang padat, tepat, ringkas dan jelas

Bersifat formal dengan menggunakan bahasa tulisan. Penggunaan bahasa lisan perlulah dielakkan.

Asmah Hj. Omar (1997:8 – 11) berpandangan bahawa gaya bahasa berbentuk ungkapan khusus mengikut keperluan dan keputusan mesyuarata seperti berikut:

Tindakan ke atas minit

Tindakan – tindakan yang mungkin dilakukan ke atas minit ialah meminda, membetul atau mengesahkannya. Jika tiada pindaan, isitilah mengesahkan atau disahkan dan ungkapan tanpa sebarang pindaan digunakan seperti contoh yang berikut:

Minit mesyuarat disahkan tanpa sebarang pindaan.

Page 16: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI Jika ada pindaan, istilah mengesahkan atau disahkan dan ungkapan dengan pindaan digunakan. Contoh:

Minit mesyuarat disahkan dengan pindaan berikut:

(a) ……………………………………………………………

Melaporkan perbincangan

Asmah berpandangan bahawa laporan perbincangan dalam minit mesyuarat sering kali menggunakan bentuk imbuhan meN-…-kan kerana bentuk itu menggambarkan suasana lebih formal dan tidak bersahaja selain memberi kemungkinan menggunakan padanan pasifnya di-…-kan. Antara perkataan yang digunakan ialah membincangkan, mencadangkan, mengesyorkan, mengusulkan dan lain – lain. Contoh:

Mesyuarat mengesyorkan Jabatan Penyelidikan dan Inovasi mengkaji perkara ini dengan lebih teliti.

Ketetapan

Ketetapan ialah keputusan yang diambil oleh mesyuarat sama ada bersetuju, menerima, memperakukan,meluluskan dan sebagainya. Ketetapan ini boleh merupakan ketetapan positif atau ketetapan negatif. Contoh:

Mesyuarat bersetuju agar ………………………..

Jika mesyuarat menolak atau tidak meluluskan sesuatu permohonan, minit mesyuarat akan merekodkan seperti yang berikut:

Mesyuarat bersetuju agar ………………… tidak ……………………..

* Minit mesyuarat tidak akan merekodkan ungkapan tidak bersetuju atau tidak memutuskan dalam merekod sesuatu ketetapan negatif. Contoh:

Mesyuarat tidak bersetuju agar ……………………………

Kelancaran Penyediaan Minit Mesyuarat

Sebelum mesyuarat

Penentuan agenda

Ditentukan lebih awal agar pihak yang berkaitan dapat bersedia secara teliti. Jika ada kertas kerja yang ingin dibentangkan, penentuan kertas kerja itu sebagai agenda mesyuarat seharusnya dilakukan 15 hari sebelum mesyuarat. Pihak yang berkaitan perlu menyediakan jumlah salinan kertas kerja yang mencukupi. Setiausaha perlu memaklumkan pihak berkenaan jumlah ahli mesyuarat.

Surat jemputan mesyuarat

Seharusnya diterima oleh ahli – ahli mesyuarat sekurang – kurangnya 10 hari sebelum mesyuarat mestilah mengandungi maklumat seperti nama jawatankuasa, tarikh, tempat, masa, agenda dan pengerusi mesyuarat.

Semasa mesyuarat

Merekodkan kehadiran, semua maklumat perbincangan, keputusan mesyuarat dan tindakan susulan pihak – pihak yang terlibat tanpa sebarang tambahan fakta atau mereka – reka maklumat.

Page 17: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI Selepas mesyuarat

Semakan minit

Draf minit mesyuarat diserahkan kepada pengerusi untuk disemak dalam tempoh 3 hari selepas mesyuarat dan minit mesyuarat diedarkan selewat – lewatnya 7 hari selepas mesyuarat.

Borang maklum balas

Setiausaha perlu mengedarkan borang maklum balas kepada pihak yang dipertanggungjawabkan untuk melaksanakan tindakan susulan hasil keputusan mesyuarat. Tarikh penghantaran semula borang maklum balas mesti dinyatakan. Sebagai norma kerja, setiausaha sepatutnya telah menerima borang maklum balas 7 hari sebelum mesyuarat berikutnya. Hal ini penting disebabkan setiausaha perlu merekodkan tindakan pihak yang berkenaan dalam borang maklum balas untuk dijadikan sebagai lampiran minit mesyuarat seterusnya.

Contoh borang maklum balas

BIL PERKARA TINDAKAN MAKLUM BALAS

1. Perkara 4.1.1Penolong Kanan HEM menjelaskan bahawa semua guru kelas perlu melengkapkan maklumat murid dalam buku kedatangan seperti nama penjaga, alamat, nombor telefon, yuran dan nombor resit untuk rujukan.

Rujukan

Asmah Haji Omar. 1997.Bahasa Laporan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 2 Tahun 1991 (PKPA 2/1991) – Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatan – Jawatankuasa Kerajaan.

MINIT CURAI (LAPORAN) Minit curai bermaksud (i) terlerai, terurai , tidak bersatu (berikat). Merujuk kepada minit curai bermaksud minit yang dicabut daripada minit keseluruhan; cabutan minit yang hanya merujuk perkara tertentu untuk diambil tindakan oleh pihak tertentu. (ii) jelas atau terang. Minit curai ialah laporan yang dibuat dalam bentuk minit mesyuarat selepas menghadiri satu-satu mesyuarat yang diurus oleh pihak lain. Wakil Unit/Bahagian/Jabatan yang menghadiri mesyuarat akan membuat minit. Minit ini merupakan gabungan laporan dan minit mesyuarat. Ia dinamakan minit curai. Tujuan utama minit curai ialah memaklumkan kepada ketua kita apa dapatan yang kita terima selepas menghadiri sesuatu mesyuarat/taklimat atau kursus. Bila dibuat minit curai ni tindakan selanjutnya dapat dibuat dengan jelas. Tapi ingat masa mendengar taklimat/mesyuarat tu kena dengar dan faham betul-betul. Jangan salah sampai pulak nanti ...lain pulak jadinya. Nak selamat standby kamera..tak sempat salin snap je. Contoh: So ni la format Terkini Minit Curai. Insyaallah semua maklumat yang sepatutnya ada tercatat. Saya sebenarnya mewakili guru besar menghadiri taklimat ni. Masa ni guru besar saya menghadiri mesyuarat Pengetua /Guru Besar Sekolah-sekolah Berprestasi Tinggi di Herritage Hotel, Ipoh.

Page 18: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI SEKOLAH KEBANGSAAN MARIAN CONVENT, Jalan Raja Dihilir, 30350 IPOH, Perak DarulRidzuan. Sekolah Berprestasi Tinggi A. BUTIRAN LAPORAN

1 Tajuk Minit Curai

2 Taklimat/Bengkel/Kursus /Mesyuarat

TAKLIMAT PENGURUSAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH (PBS) & PERSEDIAAN PENGGAL PERSEKOLAHAN TAHUN 2014

3 TARIKH 29 November 2013 (Jumaat)

4 MASA 8.30 ptg 12.30 tgh/ 2.30 ptg– 4.30 ptg

5 TEMPAT Dewan Jubli Kuala Kangsar, Perak

6 ANJURAN Jabatan Pendidikan Negeri Perak

7 PENGERUSI Pegawai Jabatan Pendidikan Negeri Perak

8 KEHADIRAN 5.1. Pegawai-Pegawai JPN Perak 5.2 Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Perak 5.3 Pengetua & Guru Besar Negeri Perak

B. AGENDA /PERKARA PENTING YANG DIBINCANGKAN:

Bil Perkara

1 Taklimat Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Perak (Tn. Hj. Muhammat Roli bin Hj. Hassan) 1.1 Memulakan hari pertama persekolahan dengan KPI KPM iaitu 1 Murid 1 Kerusi 1 Meja 1 Buku Teks 0 Isu 1.2 UPSR 2013 – peningkatan GPS Perak hanya 0.02, tiada peningkatan band. Masih di ranking yang sama 2012. Mohon semua pentadbir sekolah meningkatkan prestasi sekolah. 1.3 PIBG – Kutipan sumbangan untuk Program Peningkatan, mesti lulus dalam Mesyuarat sebelum 31hb Mac. 1.4 GB baru – isi borang permohonan pemangkuan GB sebelum 26.2.2014, Sila rujuk syarat-syarat dalam surat makluman. 1.5 BAJET 2014 – 93% untuk pengurusan, 7% untuk pembangunan. Bantuan untuk sekolah-sekolah mubaligh 50juta. Bantuan RM100 bayaran terus kepada murid, tiada kaunter bayaran balik. 1.6 Kesiapsagaan menghadapi banjir. Sedia kertas makluman operasi. 1.7 Laporan Khas Pemantauan Nazir: 1.7.1 Aktiviti Selepas UPSR – Mesti ada Jawatankuasa dan senarai aktiviti. 1.7.2 Kehadiran - %hadir menurun. Ada murid yang diberi cuti, buku kedatangan ditutup awal. 1.7.3 Kehadiran Pengawal Keselamatan dan Pembersihan Kawasan perlu dipantau utk laporan pembayaran- menandatangani dokumen palsu boleh disabitkan kesalahan. 1.8 Pertukaran Guru (etukar)– jumlah memohon melebihi jumlah keperluan di Perak. 1.9 Persiapan penggal persekolahan 1.9.1 Takwim persekolahan bermula 2.1.2014 hingga 21.11.2014 disiapkan awal. 1.9.2 Cuti Tahun Baru Cina, Hari Raya dan Deepavalli – telah ditetapkan cuti peristiwa dan cuti berganti rujuk powerpoint. 1.9.3 UPSR – peperiksaaan dan keputusan diawalkan seminggu 1.10 Program SISC+ dan SIP+ - 2013 perintis di negeri Johor, Pahang Dan Terangganu. Fasa 2 .Perak dan beberapa negeri lain. Pelaksanaan sepenuhnya 2015. 1.11 Sekolah K9 – Model Khas Komprehensif (perkongsian sek.men& sek ren.) 1.12 BUKU TEKS – edar sebelum hari pertama persekolahan. Perabot (kerusi & meja) mencukupi untuk semua murid. Pemantauan oleh Nazir dari Negeri Terengganu

Page 19: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI 2 Taklimat Pengurusan Pentaksiran Sekolah (PBS)

(En. Khairul Anuar bin Abu Bakar – Peg. PPD Kuala Kangsar) Semua bahan rujuk powerpoint dan „hangout‟ yang diberi. (dilampirkan) 2.1 PAJSK – (segak, Dasar1M1S, Kegiatan Extra Kokurikulum) 2.2 Psikometrik 2.3 Penjaminan Kualiti/ Pementoran/ Penyelarasan/Pemantauan/Pengesanan 2.4 PBS Menengah Rendah (PBSMR)

3 Pelaksanaan Dasar Baru dan Dasar Sedia Ada (En. Azmi bin Dahili – Ketua Sektor, Sektor Pengurusan Akademik JPN) Semua bahan rujuk Powerpoint yang diberikan. (dilampirkan) 3.1 Waktu Mengajar Pengetua&GB 3.2 Peperiksaan Selaras 3.3 Pemberian Bantuan Perkapita (PCG) 3.4 MMI 3.5 Pelaksanaan Dasar-dasar KPM 3.5.1 School Improvement Specialist Coaches (SISC+) 3.5.2 Program i-THINK 3.5.3 Professional Learning Communities (PCL - Lesson Study) 3.5.4 Virtual Learning Enviroment (VLE- Frog) 3.5.5 Ujian Kompetensi ICT Secara Dalam Talian 3.5.6 APTIS Test 3.5.7 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan(SEGAK) 3.6 Jadual Waktu 3.7 Dasar Baharu KPM Sekolah Rendah 3.7.1 Mata pelajaran RBT dan TMK 3.7.2 Jadual Waktu KSSR Tahun 4 3.7.3 LINUS 3.7.4 KSSR Tahun 4 3.7.5 Kelas Pemulihan Bahasa Malaysia (SJKC&SJKT) 3.8 Dasar Baharu KPM Sekolah Menengah 3.8.1 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) – Sains dan Matematik 3.8.2 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) - Sejarah 3.8.3 Kerja Projek Matematik Tambahan 3.8.4 Mata Pelajaran Vokesional (MPV)

4 Persediaan Akhir Tahun 2013 dan Awal Tahun 2014 (Tn.Hj. Mohd Idris bin Hj.Ramli – Timbalan Pengarah Pendidikan Perak) Semua maklumat rujuk powerpoint yang diupload dalam portal JPN(dilampirkan) 4.1 Data guru 4.2 Pendaftaran dan Pengurusan Murid Tahun1 & Tingkatan 1 4.3 Kemasukan murid Bukan Warganegara. 4.4 Mesyuarat Agung PIBG 4.5 Penggal, Hari dan Cuti Sekolah 4.6 eKehadiran Guru 4.7 Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) 4.8 Geran Mata Pelajaran (PCG) 4.9 Akaun Sekolah 4.10 Jadual Waktu 4.11 Data guru Pemulihan 4.12 PdP sepenuhnya pada hari pertama 4.13 Pergerakan guru minggu pertama 4.14 Perhimpunan pertama 4.15 Pemantauan persiapan awal sekolah 16-27 Disember. 4.16 Pembersihan kawasan – akhir laporan 25 disember, semua kawasan bersih.

Page 20: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI 4.17 Buku Persediaan Mengajar & Buku Kedatangan – sebelum 15hb.disember 4.18 Peralatan PPSMI 4.19 Bendera – dikibarkan yang baru 4.20 Takwim sebelum 15hb disember 4.21 eOperasi - maklumat terkini guru bertukar pada 1hb Jan. 4.22 Permata Pintar-ujian online, Jan -30 April 2014 4.23 Guru Penyayang 4.24 eKehadiran- masuk sebelum masa yang ditetapkan 4.25. Kebersihan makanan 4.26. Bantuan awal persekolahan 4.27 Persiapan banjir 4.28 Buku teks – edar sbelum buka sekolah/ Sistem eBULK 4.29 1M1S 4.30 Pemarkahan Kokurikulum 4.31 Mesyuarat Guru seminggu sebelum buka sekolah 4.32 Kemasukan Sekolah Kawalan/Vokasional

C. TINDAKAN YANG PERLU DIAMBIL 1. Merancang persiapan persekolahan 2014 dengan lebih kemas dan berpandu. 2. Mengambil semua tindakan mengikut tarikh yang ditetapkan dan memberi taklimat kepada semua guru tentang peranan dan tanggungjawab.

Tandatangan Pegawai Pelapor: hindon

(HINDON BT WAHID) Tarikh Laporan dibuat : 2.12.2013 PROSEDUR MEMBUAT MURAL ok, 1st step, imagine kita dah ada design yg kita nak letak, siap dengan kaler dan sebagainya. make sure ukuran design kita is proportionate dengan dinding tu. contohnya, kalau ukuran design kita 10cm x 10cm, dinding tu should be 5meter x 5meter (square), so atleast kita tau proportionnya kena. 2nd step makesure dinding tu takde kecacatan yg ketara. kalau ada lubang, cracks dan sebagainya, better touchup dengan filla or any type of cosmetic plaster for walls (not the one for the face). ada orang just couldn't be bothered to touch up cracks, dan assume menempek2 cat bebanyak kat crack to hoping that the paint would fill the gap. well, it will, but only for about 3 months. after that, kalau air manage to sip in, kita akan nampak corak2 indah diperbuat dari fungus dan moss tumbuh dari crack tersebut. 3rd step cat undercoat dulu. kadang2 ada dinding yg warna dah luntur, or ada fungus dan sebagainya. u might wanna get rid of that first. external wall kat sekolah ada 3 jenis finish. undercoat biasanya putih. just cat waterbased biasa je. i. plain plaster - ni finishing paling murah, yg mana kalau pakai t-shirt hitam, pastu sandar kat dinding, cat kapur tu akan melekat kat t-shirt tu (especially kalau berpeluh). ii. rough plaster - yg ni sama dengan di atas, tapi permukaan dia rough sikit. u need a bigger brush for this. iii. plain plaster with expensive undercoat - i dont think any school ada pakai coating macam ni. but if they do, ini merupakan surface yg berkilat dan licin, kalau letak tangan rasa macam pegang dinding kat hotel... (in layman's terms) 4th step, depending on saiz dinding tu, ada beberapa cara mudah yg kita boleh buat utk transfer the image to the wall.

Page 21: Nota Psv3143 Libre

PSV3143 SENI DALAM PENGURUSAN FIHP14’IPGKDRI dinding kecik (2m x 3m) lebih cepat kalau kita transfer design tu ke atas transparency, pastu guna OHP, project the image on the wall. dengan cara ni, kita boleh adjust perletakkan dan sebagainya. kerja ni senang buat waktu petang/maghrib/malam or sesudah subuh (assuming buat kat dinding luar laaa). bila dah project ke wall tu, ambik pensel arang or kapur or whatever benda yg mudah utk kita buat lakaran kat dinding. ni nak cerita ke? tak susah kan? dinding besar biasnaya kita guna grid. 1st: draw a grid kat original design tu, contohnya grid 1cm x 1cm. kemudian transfer aaa kat dinding tu. senang je. tapi kalau nak lagi mudah, u can try get one of those LCD projector. projector ni boleh project image jarak lebih dari 25meter, dengan saiz boleh muat bangunan 4 tingkat (16m x 16m). tapi kena buat kerja waktu malam laaa. pasal kalau waktu petang tak nampak sangat. 5th step, bila dah transfer, start mengecat laaa.