Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

58
PERISTILAHAN BAHASA MELAYU BMM3111 PENSYARAH : EN ISMAIL B. HASBULLAH TAJUK 9

description

slide

Transcript of Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Page 1: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

PERISTILAHAN BAHASA MELAYU

BMM3111PENSYARAH : EN ISMAIL B.

HASBULLAH

TAJUK9

Page 2: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Istilah ialah lambang linguistik yang berupa huruf, bentuk bebas atau gabungan beberapa bentuk bebas yang gramatis dan sistematik, yang mengandungi timbunan konsep atau objek khas dalam bidang tertentu. Bentuknya telah disepakati oleh sekumpulan pakar melalui jawatankuasa bidang berkenaan sebagai mempunyai nilai komunikatif yang sesuai.

Page 3: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Kewujudan sesuatu istilah itu dianggap penting kerana mempunyai nilai komunikatif yang menjadi unsur penyampai ilmu pengetahuan. Melalui istilah, sesuatu konsep dalam bidang ilmu tertentu dapat diungkapkan dan disampaikan kepada khalayak. Kedudukan istilah menjadi lebih penting lagi dalam bidang sains dan teknologi yang mengandungi pelbagai konsep khusus dan bersifat teknikal.

Page 4: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Dari segi teorinya, bidang peristilahan merupakan bidang ilmu yang sama dengan bidang-bidang ilmu yang lain, iaitu mempunyai teori yang tersendiri.

Peristilahan merupakan bidang linguistik praktis yang menerapkan Teori Umum Peristilahan (TUP) dalam melaksanakan tugas pembinaan istilah. Teori ini dikembangkan oleh Professor Dr. Eugen Wuster, Vienna. Manakala teori yang lebih khusus, Gumperz (1908) telah memperkenalkan model dari segi tiga teori peristilahan iaitu konsep, simbol dan objek. Teori ini kemudiannya disesuaikan lagi oleh Wuster (1931) dengan Teori Ferdinand de Saussure yang menyatakan empat perkara, iaitu lambang, bahasa lisan/tulisan, makna, dan objek.

Page 5: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Definisi Istilah

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:591),

> istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen, serta mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya.

Menurut Pedoman umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu (1992: 1-3) Tataistilah / ‘terminology’ ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuklah kumpulan istilah yang dihasilkannya). Ia merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk menurut peraturan-peraturan yang ada.

> Misalnya, tataistilah matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu.

> Tatanama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu (termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya).

Page 6: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Perbezaan Kata Umum dan Kata Istilah

Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. • Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa di

dalam bahasa. Namun demikian, kata umum bole menjadi istilah.,

• Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus

• pada bidang tertentu. Contohnya, kata hidrogren, nitrogen, neonatal, fonem, alofon, alormof dan morfem merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.

Page 7: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Morfem dan Proses Peristilahan

• Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan

• imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilah. Proses pembentukan istilah

• Bahasa Melayu ialah pengimbuhan, pengandaan dan penggabungan

Page 8: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Pada tahun 1950-an, dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu.

Pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera.

Istilah ilmu dan nama alat perkakas asing yang sedia ada di dalam bahasa Melayu pada masa itu dipakai terus setelah disesuaikan dengan kemajuan ilmu pengetahuan.

Jika istilah yang tiada di dalam bahasa Melayu di Tanah Melayu, istilah yang dipakai di Indonesia akan digunapakai di TM. Jika istilah Indonesia itu tidak sesuai atau tidak memuaskan hati barulah dibentuk baharu.

Istilah-istilah asing yang dipakai oleh kebanyakan bangsa-bangsa dunia atau istilah asing yang tidak dapat diterjemahkan dengan setepat-tepatnya bolehlah diterima jadi istilah Melayu.

Pembentuk istilah baharu hendaklah digunakan akar kata Melayu.

Page 9: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Di bawah ini diberikan contohnya:• a) Acid - asid (bukan acid)• b) Aciditiy - keasidan (bukan asiditi)• c) Acidic - berasid (bukan asidik)

• dilarang mengambil bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk-bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

Page 10: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Pedoman Pembentukan Istilah Baharu• Pada penghujung tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah

disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.

i. Pembentukan istilah baharu hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden,Dasar baharu yang ditetapkan ini membolehkan penggubal-penggubal istilah untuk melihat dengan lebih luas cakupan pandangannya menuju ke arah peringkat antarabangsa. Pada masa lalu apabila menggubal istilah, penggubalan itu dibuat dengan melihat ke dalam bahasa Melayu sahaja.

Page 11: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

• Contohnya, kata berakhiran “gy” dalam bahasa Inggeris maka dalam bahasa Melayu hendaklah dipakai kata “kaji”, sedangkan kata-kata dasarnya yang lain dicari kata terjemahannya dalam bahasa Melayu. Contohnya adalah seperti yang berikut:

a) Biology - kajihayatb) Anthropology - kajimanusiac) Sociology - kajimasyarakatd) Archeology - kajipurbae) Phonology - kajibunyif) Geology - kajibumig) Psychology - kajijiwah) Climatology - kajiiklim

Page 12: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

• Bentuk istilah seperti di atas menggambarkan bahawa bahasa Melayu memang cukup kaya dengan istilah dan mudah pula membentuk kata-kata istilah baharu dalam bahasa Melayu.

• Penggubalan kata istilah di atas ini berlaku kerana kita cuba hendak mempertahankan keaslian bahasa Melayu dan dalam bentuk istilah Melayu yang sedia ada.

Page 13: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

ii. Istilah baharu hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa, supaya kita dapat menggubal istilah dengan lebih pantas dan cepat.

• Bidang ilmu yang sudah tersebar luas di seluruh dunia, seperti farmasi, farmakologi,

• filologi, fotosintesis, neurologi, antropologi, linguistik, dan yang seumpamanya.

iii. Pembentukan istilah baharu, dalam semua bidang ilmu atau yang popular, hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di kerana bahasa Melayu dan bahasa Indonesia berakarkan induk bahasa yang sama, iaitu bahasa Melayu Johor-Riau.

• PersamaannyA sangat banyak, jika berbeza pun hanya kerana pengaruh persekitaran dan penjajahan yang berlainan. Kalau di Indonesia ada pengaruh bahasa Belanda, di Malaysia pula ada pengaruh bahasa Inggeris yang kuat.

Page 14: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia;

Menggali lebih banyak kosa kata daripada sumber yang lebih tua, iaitu daripada bahasa Melayu klasik dan bahasa Indonesia.

Dapat memperlihatkan kekayaan bahasa Melayu-Indonesia dan ini akan dapat meningkatkan kemampuan dan kudrat bahasa Melayu-Indonesia dalam dunia ilmu pengetahuan. v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

merapatkan hubungan antara bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa Melayu dengan bahasa-bahasa dunia antarabangsa yang lain,

jika membentuk atau menggubal istilah mengikut arus perdana antarabangsa seperti istilah bahasa Inggeris yang sudah menjadi bahasa induk.

menyerap istilah daripada bahasa Latin yang menjadi induk bahasa barat yang maju

Page 15: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Kaedah Peristilahan• untuk merealisasikan dasar – dasar berkenaan maka• DBP telah menyediakan 8 kaedah peristilahan, iaitu:

Bagi istilah pinjam-terjemah.• a) Meminjamterjemahkan istilah asing yang sesuai

ke dalam bahasa Melayu.• Misalnya:• i. Fixed price - harga tetap• ii. Market price - harga pasaran• iii. Price list - senarai harga• iv. Cost price - harga kos• v. Cost section - bahagian kos

Page 16: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

• Untuk kepentingan kecekapan, keseragaman, penyelarasan, praktis, ekonomi dan ilmiah, maka (mengikut keutamaan):

• i. Beberapa istilah asing yang sama konsep/pengertiannya dalam satu bidang ilmu tertentu hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya;

• ii. Sesuatu istilah asing yang hanya satu sahaja pengertiannya, walau dalam apa bidang sekalipun, hendaklah ditetapkan dengan satu sahaja istilah Melayunya; dan

• iii. Sesuatu istilah asing, hendaklah ditakrifkan Melayunya dalam bentuk istilah (bukan terjemahan) yang ringkas dan jumlah perkataan atau suku kata yang minimum.

Page 17: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Prinsip Pembentukan Istilah* Selepas tahun 1975. DBP dengan kerjasama Majlis Bahasa Indonesia-

Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pedoman Umum Pembentuk Istilah. Jawatankuasa ini berfungsi untuk menghasilkan istilah yang seragam antara Malaysia dengan Indonesia.

• Badan ini bertanggungjawab mengembangkan istilah Melayu dan menghasilkan istilah yang lebih khusus, abstrak dan tepat bersesuaian dengan bidang bidang ilmu yang terdapat di Malaysia.

• Asas bahasa Melayu atau bahasa bahasa serumpun lebih diutamakan.. Pinjaman juga turut dilakukan.

• Kerja kerja penggubalan istilah dan pembentukan istilah berdasarkan kepada beberapa prinsip tertentu.

• Istilah boleh dibentuk dengan menggunakan;i. Kata tunggal iaitu kata yang tanpa imbuhan.ii. Kata terbitan.iii. Kata ganda.iv. Kata gabungan.

Page 18: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Kata akar terdiri daripada satu morfem bebas.Kata dasar merupakan konsep yang lebih

menyeluruh. Boleh terdiri daripada a. kata akar : ada (berada, keadaan)b. kata berlapis : kemampuan (berkemampuan)c. kata gandaan : olok-olok (memperolok- olokkan)

d. kata majmuk : setiausaha (kesetiausahaan)

Page 19: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

IMBUHAN dan KATA BERIMBUHAN

Imbuhan

unit-unit bahasa tertentu, ditambahkan pada bentuk-bentuk lain menyebabkan perubahanmakna nahunya.

Page 20: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

1.AWALAN

imbuhan yang ditambahkan pada bahagian hadapan kata dasar

2.AKHIRAN

yang ditambahkan pada bahagian belakang kata dasar, misalnya -an dalam tekanan dan -kan dalam ambilkan.

Page 21: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

3.SISIPAN

imbuhan yang diselitkan di antara unsur-unsur kata dasar seperti –em- dalam g+em+uruh.ada tiga imbuhan sisipan iaitu –el-, -er-, dan-em-. Imbuhan sisipan diimbuhkan ke dalam bentuk dasar selepas konsonan pertama kata dasar.

Page 22: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

sisipan –el-, -er- dan –em- tidak produktif dan hanya menerbitkan sebilangan kecil nama terbitan.

contohkemumur k-el-emumurkelemumurkopak k-el-opak kelopaktapak t-el-apak telapaksuling s-er-uling seruling

Page 23: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

4.APITAN

imbuhan yang ditambahkan serentak pada hadapan dan belakang kata dasar seperti “ke-……-an” dalam kelembutan dan “pe…..-an”dalam pedalaman

Page 24: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

5.MORFEM KOSONG

terdapat morfem yang berubah fungsi nahunya tanpa apa-apa perubahan pada bentuknya.-contoh dalam bahasa Inggerissheep (kambing biri-biri).Bentuk jamaknya tetap sheep tanpa menambah –s.inilah yang dipanggil morfem kosong.

Page 25: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

6.BENTUK FLEKSI

imbuhan yang ditambahkan pada kata dasar untuk menentukan atau melahirkan sesuatu makna nahu.

Page 26: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

GABUNGAN KATA dan BENTUK PROTOTAIP

1.Gabungan cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan.istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih.semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.

Page 27: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

a.Tanpa ImbuhanContoh:garis lintangdaftar masukmesin kira tanganganda tiga

Page 28: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

b.Dengan Imbuhan Pada Salah Satu UnsurnyaContoh:saksi pendakwadalam talianpelarasan gajipenerima janji

Page 29: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

c.Dengan Imbuhan Pada Kedua-dua UnsurContoh:jagaan perlindunganperjanjian meluluskankedudukan anggaranperbelanjaan terealisasi

Page 30: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

2.Bentuk Prototaipmerupakan kata yang masih berbentuk seperti dalam bahasa sumber dan belum mengalami proses penyesuaian ke dalam bahasa Melayu.

Contoh:proteinradiatormagnet

Page 31: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

PARADIGMA KATA ISTILAHmerupakan satu perenggan istilah yang diterbitkan daripada satu bentuk yang sama.

Contoh:satu disatukanmenyatukan kesatuanpenyatuan persatuanbersatu

Page 32: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

a.Paradigma kata dengan imbuhan ber-Contoh:

belajarbertapabertani

Page 33: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

b.Paradigma dengan Penambah me(N)-Contoh:

menulismengajarmengamalmembesar

Page 34: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

c.Paradigma dengan me(N)-,ber-Contoh:

memberhentikan

d.Paradigma dengan me(N)-,per-Contoh:

mempersatukanmemperoleh

Page 35: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

e.Paradigma kata dengan ke-anContoh:

saksi kesaksianbermakna kebermaknaanterbuka keterbukaanpenduduk kependudukansesuai kesesuaian

Page 36: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

f.Paradigma Kata dengan Sisipan –en--er-, -el-, -em-, -in-

gigi gerigisusu tenusutapak telapakkuncup kemuncupsambung sinambungan

Page 37: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

TAMAT

Page 38: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Sebagai sebuah badan tunggal yang bertanggungjawab mengubal istilah bahasa Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mencipta banyak istilah dalam bahasa itu. Hingga kini, DBP telah berjaya menghasilkan lebih daripada sejuta istilah dalam pelbagai bidang ilmu, yang kemudiannya diterbitkan dalam bentuk buku.

Pencapaian tersebut amat jelas menunjukkan bahawa DBP begitu kominted untuk memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa berteknologi tinggi dan bertamadun melalui peristilahan.

Page 39: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka DBP merupakan satu satu badan yang ditubuhkan

oleh kerajaan khusus untuk memajukan bahasa Melayu.

Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka di dalam memajukan bahasa amat penting dan tidak ada badan – badan lain yang mampu berperanan sebagaimana yang dimainkannya.

Dewan Bahasa dan Pustaka memainkan peranan yang penting di dalam pembentukan istilah bahasa Melayu.

Page 40: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

membina korpus dan menyebarkan melalui buku buku istilah, tatabahasa dan perkamusan;

membina dan memperkembangkan istilah, mengadakan penyelidikan;

menyebarkan hasil pemerolehan mereka. Mengawal penggunaan bahasa dengan

mengeluarkan risalah dan panduan umum kepada sektor awam dan sektor swasta di samping menyediakan khidmat nasihat.

Page 41: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Ditubuhkan pada tahun 1980. Unit ini bertanggungjawab menggalakkan penggunaan bahasa Melayu.

Ia telah melaksanakan beberapa langkah seperti mengadakan ceramah, taklimat, forum, kursus, rancangan Dewan Bahasa di radio, menyebarkan panduan mengawasi penggunaan bahasa Melayu di sektor awam dan swasta.

pelaksanaan perancangan bahasa yang dijalankan oleh DBP melalui bahagian -bahagian tersebut di dalamnya bersifat revolusi tetapi teratur dan sistematik.

Di dalam usaha memajukan lagi bahasa Melayu, DBP juga telah mengadakan kerjasama dengan beberapa pihak lain. Kerjasama terbesar DBP ialah dengan Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM). Kerjasama ini diperluaskan lagi dengan memasukkan Negara Brunei Darussalam.

Page 42: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

melaksanakan usaha bagi memenuhi matlamat Bahagian Peristilahan DBP.;

> Mengumpul istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

> Membentuk istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

> Memperbanyak istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

> Menerbitkan istilah bahasa Melayu di dalam pelbagai bidang ilmu.

> Mewujudkan Pangkalan Data Peristilahan yang bersistem, sesuai dengan matlamat penyebaran dan pemasyarakatan istilah.

> Menyelaraskan istilah dan penggunaan istilah bahasa Melayu dan

mengadakan kerjasama dengan Indonesia dan Brunei Darussalam

melalui MABBIM, dan negara-negara lain.

Page 43: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

i. Pengambilan istilah asing dan terus menjadikannya istilah Melayu hendaklah terbatas kepada (menurut keutamaan):a) Istilah ilmiah dalam bidang-bidang ilmu tertentu. Ini bermakna hanya dalam bidang-bidang seperti perubatan, farmakologi,kejuruteraan, aeroangkasa dan seumpanya.

b) Istilah khusus seperti nama tempat atau negeri, orang atau gelaran atau idiom. Contohnya seperti Greenland, Wellington, Burkina Passo, James Watt dan lain-lain.c) Istilah asing yang belum pernah ada konsepnya, atau tidak ada persamaan Melayunya, atau tidak ada persamaan atau terjemahan yang setepat-tepatnya. Contohnya seperti computer dan digital camera. Kata-kata istilah ini diserap sahaja dengan penyesuaian ejaan dan tatabahasa Melayu menjadi komputer dan digital kamera.

d) Istilah umum yang didapati telah popular/praktis dalam masyarakat pemakai bahasa Melayu-Indonesia. Contohnya seperti radio, televisyen dan sebagainya

Page 44: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

ii) Kata istilah pinjaman yang diambil hanya dalam bentuk dasar, sama ada kata nama atau kata sifat. a) Pengambilan istilah terbitan asing dibatasi kepada unsur-unsur atau bentuk-bentuk yang dapat disesuaikan dengan struktur dan kudrat bahasa Melayu. Contohnya kita meminjam hanya perkataan “atom” dan tidak boleh meminjam kata atomic, atomization dan yang seumpamanya. Tetapi perkataan nuklear (daripada nuclear) boleh dipinjam, sekalipun kata akarnya nucleus, kerana ini mempunyai pengertian yang khas.

Page 45: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

iii) Kata yang dipinjam, pada umumnya, hendaklah berdasarkan ejaan asal dan bukan bunyinya dan keutamaannya adalah seperti yang berikut:a) mengambil bentuk istilah Romawi-Yunani.Contohnya seperti nama-nama saintifik untuk tumbuh-tumbuhan dan haiwan.b) mengambil bentuk asal istilah asing dan disesuaikan dengan sistem ejaan baharu bahasa Melayu-Indonesia. Bagi bahagian ini ada dua pecahannya,i. menyesuaikan ejaan konsonan/vokalnya menurut bentuk asal Rumawi-Yunani atau bentuk istilah asal, terutamanya bagi istilah ilmiah, atauii. menyesuaikan bunyi ejaan konsonan/vokal istilah asing dengan bunyi menurut ejaan Melayu-Indonesia, terutama bagi istilah bukan ilmiah.

Page 46: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga

negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia, yang ditubuhkan pada 29 Disember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta.

Page 47: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Brunei Darussalam menganggotai majlis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih

menjadi negara pemerhati Majlis sehingga kini. Matlamat penubuhan MABBIM ini untuk membina

dan mengembangkan bahasa rasmi atau bahasa kebangsaan di tiga buah negara anggota tetap berkenaan.

MABBIM bertujuan untuk mendaulat, menyebar dan mengangkat martabat Bahasa Melayu sebagai bahasa peradapan yang tinggi bukan sahaja di rantau malah di dunia.

Usaha ini boleh menjadi realiti apabila usaha – usaha peristilahan berterusan dan lebih mantap. Ini meliputi semua bidang keilmuan seperti sains, teknologi, komunikasi maklumat, perubatan, perundangan, perekonomian, kesusasteraan dan sebagainya

Page 48: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Pada tahun 1950-an, apabila dasar pelajaran kebangsaan dirangka dan

diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen

Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan

ditingkatkan. Dengan itu, istilah sains dan teknologi perlu diadakan dengan segera.

Bagi mendapat hasil yang seragam dan lebih cepat maka disusun pedoman

pembentukan ini sejak tahun 1950-an. Adalah dilarang kita mengambil sembarangan

bentuk Inggeris secara sepenuhnya seperti acid, asiditi, dan asidik, kerana bentuk –

bentuk morfologi Melayu berlainan dengan morfologi bahasa Inggeris.

Manakala pada penghujung akhir tahun 1960-an dan awal tahun 1970-an telah

disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci.

Page 49: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Berdasarkan pedoman yang baharu itu ada beberapa bahagian yang ditetapkan sert adiperluas dari segi dasar, cara dan pedoman, iaitu:i. Pembentukan istilah baru hendaklah berdasarkan sikap dan pandangan yang progresif dan fleksibel bagi bahasa Melayu moden;ii. Istilah baru hendaklah yang praktis sama ada dalam bidang ilmu atau masyarakat pemakai bahasa;iii. Pembentukan istilah baru, dalam semua bidang ilmu atau yang popular,hendaklah sentiasa diselaraskan dengan yang dibuat di Indonesia;iv. Istilah baharu hendaklah memperlihat kekayaan perbendaharaan kata bahasa Melayu dan yang mempunyai sistem struktur menurut kudrat bahasa Melayu-Indonesia; v. Istilah ilmu hendaklah seboleh-bolehnya memperlihat bentuk yang jelas dengan istilah asal atau istilah antarabangsa.

Page 50: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Istilah Kata Tunggal (Tanpa Imbuhan) Istilah yang berupa bentuk dasar dipilih antara

golongan kata utama, saperti kata nama, kata kerja, dan kata adjektif. Contoh: Kata nama:

buruj constellationrawan gristlecahaya light

Kata kerja: pecut accelerate Imbas scanreka invent

Kata adjektif: kenyal elasticRawak randomCemas anxious

Page 51: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Dewan Bahasa dan Pustaka (2007:26) menjelaskan akronim adalah kependekan yang terbentuk daripada gabungan huruf – huruf pertama atau suku kata beberapa perkataan yang boleh diujarkan sebagai satu perkataan. Contoh :

Cerpen cereka tabika kugiran pawagam RISDA MARA ADUN BERNAMA PLUS KOBENA BERNAS

Page 52: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Istilah Kata Terbitan Istilah yang berupa kata terbitan dibina daripada kata

dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan atau apitan. Istilah kata terbitan ini juga termasuk kata dasar

yang menerima imbuhan bahasa Sanskrit, Arab dan Jawa.

a. Paradigma kata dengan imbuhan ber- Contoh:

belajar pelajar pelajaran bertapa pertapa pertapaan bertani petani pertanian

b. Paradigma dengan Penambah me(N)- Contoh:

Menulis penulis penulisan tulisan mengajar pengajar pengajaran ajaran mengamal pengamal pengamalan amalan membesar pembesar pembesaran - mengubah pengubah pengubahan - mengairi - pengairan

Page 53: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

c. Paradigma dengan me(N)-, ber- Contoh:

memberhentikan - pemberhentian perhentian perkecualian pembelajar pelajaran

d. Paradigma kata dengan me(N)-, per- Contoh:

Mempersatukan pemersatu pemersatuan persatuan Memperoleh pemeroleh pemerolehan perolehan mempelajari pelajar - pelajaran

e. Paradigma kata dengan ke - an Contoh:

saksi Kesaksian bermakna Kebermaknaan terbuka Keterbukaan penduduk Kependudukan sesuai kesesuaian

Page 54: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

f. Paradigma Kata dengan Sisiapan -en-, -er-, -el-, -em-, -in-

Contoh:Gigi gerigisusu tenusu tapak telapakkuncup kemuncupsambung sinambung

Page 55: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Istilah yang terdiri daripada kata ganda boleh

merupakan gandaan kata dasar sepenuhnya atau sebahagiannya dengan atau

tanpa imbuhan atau perubahan bunyi.a. Ganda Penuh

Contoh: langit-langit kanak-kanak labi-labi paru-parubuku-buku guru-guru

Page 56: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

b. Ganda Suku Kata Awal Contoh:

Tetikus reronggaCecair Rerambutgegua jejari

c. Ganda Suku Kata Awal dengan Imbuhan Contoh:dedaunan

pepohonan jejarian

d. Kata Ganda Berentak Contoh:

Warna-warni Batu-batanSerta-merta Bengkang-bengkokBolak-balik Hingar-bingarDolak dalih Mudar mandirPupu poyang rempah ratus

Page 57: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih. Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripada bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan.i. Tanpa Imbuhan:

Contoh:garis lintang atas aras lautdaftar masuk mesin atur hurufmesin kira tangan segi empat tepatganda tiga kamera laut dalam

Page 58: Tajuk 9 Bmm3111 Peristilahan Bahasa Melayu Nasrah n Ailezah

ii. Dengan Imbuhan Pada Salah Satu Unsurnya Contoh- contoh seperti :

saksi pendakwa pelarasan gajidalam talian atas talianmengambil alih menerima pakaipenerima janji gelombang melintang Contoh - contoh

seperti:iii. Dengan Imbuhan pada Kedua-dua Unsur Jagaan perlindungan kedudukan anggaranPerjanjian meluluskan perbelanjaan terealisasi