nota ringkas penulisan UPSR

download nota ringkas penulisan UPSR

of 12

Transcript of nota ringkas penulisan UPSR

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    1/12

    UNIT 1 : STRATEGI MANJAWAB SOALAN MEMINDAHKAN

    MAKLUMAT.

    1. Teliti gambar yang diberikan dan memahami idea keseluruhan gambar tersebut,

    2. Mengenal pasti aktiviti atau perkara yang dapat dilihat dengan jelas dalam gambar.

    3. Bina lima ayat yang lengkap berdasarkan bahan tersurat sahaja

    4. Jangan memberikan nama khusus kepada watak tertentu yang terdapat dalam

    gambar. Gunakan gelaran secara umum untuk watak tersebut.

    5. Pastikan ayat yang dibina menggunakan tatabahasa dan ejaan yang betul.

    UNIT 2 : STRATEGI MENGARANG YANG BERKESAN

    A. Pilih soalan yang tepat.

    a. Baca semua soalan.

    b. Pilih tajuk karangan berserta format yang benar-benar kamu kuasai.c. Cari isi-isi penting yang tepat dan sesuai dengan kehendak soalan.

    B. Carilah Kunci Soalan

    I). Kunci karangan biasanya berupa kata atau rangkaian kata. Contohnya :i. Nyatakanii Tulis laporan..

    iii Sediakan teks syarahan..

    II) Garislah kata kunci soalan untuk mengelakkan karangan terpesong daripada

    kehendak soalan

    C. Sediakan Rangka Karangan.

    Rangka karangan perlu mempunyai pendahuluan, isi dan penutup

    Isi-isi karangan perlu diberikan huraian berserta contoh yang sesuai. Karangan anda harus mempunyai penutup, yakni kesimpulan tentang tajuk

    D. Tulislah karangan yang baik

    karangan mestilah mempunyai pendahuluan, isi dan penutup

    Isi pengenalan yang dimuatkan mestilah dapat memberikan gambaran umum

    tentang kehendak soalan.

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    2/12

    Pada bahagian isi,memadailah empat isi berserta contoh yang sesuai.

    Pada perenggan penutup pula, isi mestilah dapat menyimpulkan apa-apa yang

    apa-apa yang ditulis dalam perenggan isi

    Gunakan penanda wacana seperti selain itu, disamping itu, walaupun, dan

    sebagainya untuk memastikan kesinambungan ayat-ayat dalam karangan.

    E. Semaklah karangan

    Tujuannya supaya:

    (a) markah tidak ditolak(b) dapat membetulkan kesilapan ejaan dan frasa;

    (c) dapat mengelakkan kekurangan dan pengulangan isi;

    (d) panjang karangan menepati arahan soalan

    UNIT 3 Strategi Menjawab Soalan Membina Ulasan

    1. Ayat perlu memahami kehendak soalan yang diberikan misalnya daripada petikan:

    (a) nilai murni/pengajaran yang diperolehi;(b) kebaikan-kebaikan yang diperolehi;

    (c) keburukan yang diperolehi.

    2. Semaklah ulasan anda supaya tiada kesalahan tatabahasa, tanda bacaan, ejaan, dan

    sebagainya.

    UNIT 4 Karangan Keperihalan

    1. Karangan keperihalan menghendaki anda menceritakan semula sesuatu perkara

    yang telah berlaku.

    2. Anda harus mempunyai pengetahuan dan pengalaman sendiri kerana perkara yangakan anda ceritakan berkait rapat dengan diri anda.

    3. Perkara yang anda ceritakan itu ialah apa-apa yang dilihat, rasa dan dengar4. Perkara-perkara tersebut bolehlah terdiri daripada sesuatu yang berbentukkenyataan

    atau rekaan.

    5. Perkara-perkara yang anda ceritakan mungkin sesuatu peristiwa, pengalaman,pemandangan, suasana, sikap, keadaan dan sebagainya.

    6. Gunakan ayat-ayat ringkas , mudah dan padat.7. Pastikan anda menyusun perkara-perkara yang berlaku mengikut urutannya.

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    3/12

    UNIT 5: KARANGAN LAPORAN

    1. Ditulis untuk melaporkan sesuatu hal atau peristiwa yang telah berlaku.

    2. Dalam peperiksaan anda biasanya diminta membuat laporan tentang kegiatanpersatuan , lawatan , pameran, hari penyampaian hadiah dan sebagainya.

    3. Soalan biasanya meminta anda membayangkan diri sebagai pengerusi, setiausaha,bendahari atau ahli jawatankuasa

    4. Butir-butir untuk laporan dapat diketahui dengan memikirkan soalan seperti apa,

    siapa, bila, di mana dan mengapa.

    FORMAT LAPORAN

    ________________________1 1 : Tajuk

    2 : Isi Laporan

    __________________________________________

    _______________________________________________

    3 : Pangakuan _______________________________________________ Pelapor

    2 5 : Tandatangan

    _________________________________________ pelapor

    _______________________________________________ 6 : Nama penuh

    Pelapor_______________________________________

    ____________________ 3 ___________ 6

    ____________________ 5

    ____________________

    6

    ____________________

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    4/12

    UNIT 6 : KARANGAN UCAPAN & SYARAHAN

    1. Karangan ucapan atau syarahan biasanya disampaikan dalam sesuatu majlis atau

    pertandingan.

    2. Kedua-dua jenis karangan ini haruslah memberikan penerangan , penjelasan dan

    fakta tentang sesuatu perkara.

    3. Bahasa yang digunakan haruslah mudah difahami, padat, tegas, berkesan dan

    meyakinkan pembaca.

    4. Anda boleh menggunakan ayat Tanya , kiasan, peribahasa, pantun dan sebagainya.

    Format Ucapan & Syarahan

    a. Pengenalan:

    Pembukaan kata yang berupa kata-kata aluan Contoh: Yang Mulia Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang arif,Guru Besar,

    Guru-guru, dan rakan-rakan sekalian. Selamat sejahtera saya ucapkan.

    b. Isi-isi :

    Tujuan ucapan dan isi ucapan yang seterusnya.

    c. Kata-kata Penghadapan:

    Kata-kata penghadapan diberikan untuk menarik perhatianContoh: Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian

    d. Penutup:Kata-kata yang diberikan bagi menandakan ucapan/syaarahan akan ditamatkanContoh: Akhir sekali saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan serangkap pantun.

    UNIT 7 Karangan Perbincangan

    1. Karangan perbincangan memerlukan anda membincangkan sesuatu tajuk atau

    menyatakan pendapat tentang tajukyang diberikan.

    2. Pastikan bahawa anda diminta memberikan hujah daripada satu pihak atau daripada

    kedua-dua pihak.

    3. Jika soalan itu hanya meminta anda menyokong pernyataan itu, anda mestilah

    memberikan fakta-fakta yang berkaitan dengannya dan begitulah sebaliknya.

    4. Anda haruslah mempunyai pengetahuan yang luas mengenai tajuk yang dikemukakan.

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    5/12

    5. Hujah-hujah yang dikemukakan haruslah cukup, betul, tepat dan logik.

    6. Sebagainya kesimpulan karangan anda, anda haruslah menyatakan pendirian andaterhadap tajuk dengan pernyataan meyakinkan dan berkesan.

    UNIT 8 Karangan Fakta

    1. Dalam karangan fakta anda haruslah mengemukakan isi dengan fakta yang benar,

    logis,dan menepati kehendak soalan.

    2. Oleh itu, anda haruslah mempunyai pengetahuan yang luas tentang perkara yanghendak diperkatakan.

    3. Isi dan fakta yang diberikan perlulah lengkap,tersusun, dan sesuai dengan tajuk.

    4. Fakta-fakta ini haruslah ditulis dalam ayat yang sempurna dan disertai huraian serta

    contohnya sekali pada perenggan-perenggan yang sesuai.

    5. Gunakanlah kata dan ayat yang mudah,ringkas, tetapi, dan padat.

    UNIT 9 Karangan Peribahasa

    1. Anda haruslah mengetahui dan memahami maksud peribahasa yang diberikan.

    2. Ada dua teknik untuk menulis karangan jenis ini, iaitu :

    (a) teknik huraian - anda haruslah menjelaskan maksud peribahasa itu dan mengaitkan

    Peribahasa itu dengan peribahasa lain yang mempunyai persamaan maksud.(b) teknik cerita cara penulisannya adalah sama dengan cara penulisan karangan

    yang berbentuk cereka.

    3. Keseluruhan cerita anda itu hendaklah dapat menjelaskan maksud peribahasa itu.

    4. Cerita yang anda tulis boleh merupakan rekaan atau berdasarkan pengalaman anda.

    5. Cerita anda hendaklah mempunyai permulaan, kemuncak, dan kesimpulan.

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    6/12

    UNIT 10 Karangan Temu Ramah/Dialog

    1. Karangan temu ramah/dialog melibatkan 2 pihakuntuk bertukar-tukar fikiran tentangsesuatu hal.

    2. Kedua-dua pihak haruslah saling bertanya atau memberikan padangan mereka

    3. Dalam karangan jenis ini anda, anda boleh juga memasukkan aksi kedua-dua pihak itu

    dalam kurungan.

    4. Gunakan ayat-ayat yang ringkas supaya mudah difahami,serta betul dari segi

    tatabahasanya.

    Format Temu Ramah/Dialog

    1

    A: _______________________ 1. Nama Watak: Ditulis di sebelah kiri.B: _____________________ Tanda titik bertindih ditulis selepas

    A: _____________________ nama watak.

    B ______________________ 2 2. Isi Temu Ramah/Dialog: DitulisA: ______________________ selepas tanda titik bertindih.

    B ______________________

    UNIT 11 Karangan Catatan

    1. Karangan jenis ini ialah catatan tentang peristiwa atau kejadian penting yang berlaku

    kepada diri anda.

    2. Ada catatan yang ditulis mengikut masa dan mengikut tarikh peristiwa itu berlaku.

    3. Catatan haruslah ringkas, tepat dan padat.

    4. Tulis peristiwa yang penting dan harus disusun mengikut urutan.

    5. Bahasa yang digunakan mudah,menarikdan betul tatabahasanya.

    6. Anda boleh menggunakan pelbagai jenis ayat, peribahasa atau ungkapan.

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    7/12

    UNIT 12 Karangan Perbahasan

    1. Karangan jenis ini selalunya berbentukpertandingan.

    2. Tajuk perbahasan akan dinyatakan dalam soalan. Ada soalan yang menghendaki anda

    menyatakan pendapat, samada sebagai pencadang atau pembangkang

    3. Kata alu-aluan perlu dinyatakan terlebih dahulu semasa hendak menulis karangan ini.

    4. Hujah-hujah mestilah betul, tepat dan logik

    5. Kesimpulan haruslah menyatakan pendirian anda terhadap tajuk dengan pernyataan

    meyakinkan dan berkesan.

    UNIT 13 : KARANGAN SURAT TAK RASMI

    1. Surat tak rasmi bersifat peribadi.

    2. Contoh surat tak rasmi ialah surat bertanyakan khabar, surat tahniah dan takziah.

    3. Penggunaan kataganti diri penerima yang betul sangat penting dalam penulisan surat

    tak rasmi.

    4. Anda digalakkan menggunakan kiasan atau peribahasa supaya dapat menarik

    perhatian pembaca.

    5. Penggunaan bahasa baku dan penggunaan tatabahasa dan ejaan hendaklah betul.

    Bahasa haruslah mudah, tepat dan padat.

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    8/12

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    9/12

    FORMAT BERITA

    __Nama tempat (1) _ , __nama hari_(2)_ - ________________________

    _____________________________________________________________

    _____________________________________________________________

    ______________________________________________________________________________________.

    ____________________________________________________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________3. Isi berita

    ____________________________________________________________________________________________________________________

    ______________________________________________________________

    _____________________________________________________

    ______________________________________________________________ ____________________4. Penutup_________________________________

    UNIT 15 : KARANGAN AUTOBIOGRAFI

    1. Karangan autobiografi menceritakan dan mengisahkan riwayat hidup penulis

    2. Biasanya apa yang dikisahkan adalah peristiwa penting yang tidak dapat dilupakan

    dalam riwayat hidup penulis.

    3. Soalan meminta penulis sebagai sesuatu benda atau haiwan.

    4. Karangan bografi menceritakan riwayat hidup seseorang seperti tokoh, guru dan

    sebagainya.

    5. Murid perlu mempunyai pengetahuan luas agar kisah yang dikisahkan itu logik

    6. Murid digalakkan menggunakan ungkapan atau peribahasa yang sesuai supaya

    Karangan lebih menarik.

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    10/12

    UNIT 16 : KARANGAN CEREKA

    1. Karangan jenis cereka berbentuk cerita rekaan seperti cerpen, khayalan atau

    imaginasi.

    2. Perkara-perkara yang dikelukan ialah :

    a. menceritakan peristiwa,suka, duka dan ngeri

    b. menceritakan pengalaman sendiri dengan berdasarkan tajukc. menlengkapkan cerita dengan berpandukan permulaan cerita atau penutup

    cerita yang diberikan.

    3. Peristiwa atau cerita yang digambarkan haruslah logik

    4. Urutan peristiwa perlu disusun dan diolah dengan teratur untu mendapatkan kesan

    yang baik

    5. Bahasa haruslah menarik. Gunakan pelbagai jenis ayat dan ungkapan atau kiasan

    yang sesuai dengan cerita.

    6. Cerita anda hendaklah berunsur nasihat dan pengajaran yang berfaedah kepada

    pembaca.

    UNIT 17 : KARANGAN SURAT RASMI

    1. Surat rasmi berbentuk formal

    2. Ia ditulis untuk tujuan seperti membuat aduan, permohonan, rayuan, jemputanrasmi, pesanan barang dan sebaginya.

    3. Bahasa yang digunakan haruslah baku , mudah, tepat dan padat.

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    11/12

    FORMAT SURAT RASMI

    ___Alamat_________________

    __pengirim_________________ 1__________________________

    _____________________________________________ 2 .garis panjang

    __Alamat penerima__________ 3

    __________________________

    __________________________ _Tarikh__4

    ___Panggilan hormat penerima__,5

    ____Perkara_________________________6

    ___________________________________________________

    ____________________________________________________ 7. Isi

    _______________________________________________________________________________________________

    ____________________________________________________

    Pengakuan pengirim _ 8_Tandatangan _______ 9

    (___nama penuh pengirim____)

    UNIT 18 Memindahkan Maklumat

    1. Anda haruslah memahami kehendak soalan dan meneliti gambar yang diberikan

    2. Fahami idea keseluruhan gambar tersebut.

    3. Kenalpasti aktiviti-aktiviti atau perkara yang dapat dilihat dalam gambar untukmemudahkan anda memperolehi maklumat tentang gambar tersebut.

    4. Anda dikehendaki membina lima ayat yang berkaitan dengan gambar. Pastikan ayat-ayat tersebut adalah isi tersurat sahaja.

    5. Nomborkan ayat-ayat.

  • 8/14/2019 nota ringkas penulisan UPSR

    12/12

    UNIT 19 Membina Ulasan

    1. Soalan ini memerlukan anda memberikan maklum balas tentang situasi yang

    dikemukakan dalam petikan.

    2. Anda perlu memahami kehendak soalan yang diberikan.

    3. Ulasan yang perlu anda tulis berkaitan dengan beberapa aspek daripada petikanyang dinyatakan dalam arahan. Misalnya:

    (a) nilai yang dapat diperoleh;

    (b) pengajaran yang dapat diperoleh;

    (c) faedah-faedah yang diperoleh;

    4. Panjang jawapan mestilah tidak kurang daripada 50 pata kata. Jawapan ditulis dalam

    satu perenggan sahaja.