Nota Roslan Hamid

download Nota Roslan Hamid

of 29

Transcript of Nota Roslan Hamid

  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    1/29

    1

    CATATAN DATOROSLAN AB HAMID DIFB

    Dengar dan dengar. Belajar berulangkali. Ibu kepada kejayaan itu adalahpengulangan. Usah jemu. Usah bosan. Belajar berguru.

    Ilmu itu tidak mendatangi. Ia perlu didatangi. Esok ke KL. Belajar lagi. Peluang

    datang pada minda yang bersedia. Tidak kira usia.

    NOTA BISNES TIGA PERKARA.

    1. KEPIMPINAN. Lebih banyak "minta maaf" dari "minta kebenaran". Usahawanadalah tentang redah. Redah dan redah. Kadang kadang kita tersangkut kaki orang.Ada yang tersepak tanpa sengaja. Ada yang terluka rasa. Kadang kadang kitatersinggung. Minta Maaf.

    Kita bukan warga terlalu "minta kebenaran". Saya yang menurut perintah. IniPlanet Bisnes. Sentiasa berparut luka. Rempuh dinding. Kaca pecah berderai.

    Andai kata tidak berani redah, keluar dari Planet Bisnes. Belantara berpuaka initidak sesuai untuk kita.

    2. METRIKS. Startup bermula dengan tiada apa apa. Kita bukan korporat besar yangbahasa mereka adalah accounting.Income statements. Balance Sheets. Cash Flow.Semua itu hanya ada makna apabila ada duit. Ada jualan. Tiada duit, tiada jualan,usah cakap tentang itu semua. Metrik ini tidak relevan. Saat kita bermula, kitatidak tahu apa apa pun tentang metrik. Apa yang utama bermula.

    Adalah "ok" untuk bercakap tentang berapa likes, berapa shares, berapa page viewsaat mula, apatah lagi ada bisnes online.Lepas ada jualan, dalam tempoh 6 bulan,mula aplikasi metrik yang menggerakan syarikat. Ianya tiga pada permulaan,

    Income Statement, Balance Sheets dan Cash Flow.

    3. VISI DAN MISI.

    Tahu sejarah mula. Samada kita domain insider atau outsider perlu tahu sejarahmula. Sebagaimana saya dan teman teman memulakan EKONOMI PERSAHABATAN.Khemah ini mengamalkan "persahabatan bersyarat". Ada sebabnya. Hanya yangpernah ke Pulau Jutawan dan pernah bakar "Buang Ego dan Buat Duit" sahaja yangmengerti akan hakikat yang inti.

    Ia tidak semestinya terpakai bagi semua orang. namun ia terpakai bagi Tribe itu.Hormati peraturan disitu.

    ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.

    1. Kata Puan Guru Ainon Mohd, ramai orang membuka bisnes dengan mindset yangsalah.

    KESALAHAN 1: Mereka menyamakan 'membuka bisnes' dengan 'membuka kedai'.Belum apa-apa kita sudah berfikir di mana mahu membuka kedai.Kita sudah memikirkan duit yang diperlukan bagi menyewa kedai dan merenovasikedainya.

  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    2/29

    2

    2. Sambung Puan Guru, TUJUAN BISNES adalah membuat keuntungan $$$. Bukanmembuka kedai. Banyak peniaga membuka kedai. Kemudian kedai terpaksaditutup. Jika kedai itu kedai francais kita rugi ratus ribu riban ringgit!

    3. Telusur Puan Guru lagi, KESALAHAN 2: Bisnes mesti menjual produk sendiri.Belum apa-apa kita sudah memikirkan produk apa yang mahu dijual.Kita membayangkan benda itu adalah benda yang kita keluarkan sendiri.Mahu keluarkan produk kecantikankah? Mahu keluarkan produk kesihatankah? Mahukeluarkan pakaian muslimahkah?

    4. Sambung Puan Guru, TUJUAN BISNES adalah membuat keuntungan $$$. Bukanmenjadi pengeluar produk. Selepas mengeluarkan produk, produk berlonggok didalam setor. Hutang bank tidak dapat dibayar.

    5. Puan Guru merangkaikan kebijaksanaannya, dalam bisnes, kita mahu untung$$$.Dalam bisnes, barang-barang yang dijual hanyalah alat bagi membuat keuntungan

    $$$. Kita tidak perlu membuat barang-barang itu sendiri. Kita boleh menjualbarang yang dikeluarkan oleh pihak lain.

    6. Pesan akhir Puan Guru, Pilih bisnes yang mendatangkan keuntungan $$$.Modalnya pula kecil, supaya tidak perlu berhutang dengan bank. Pilih bisnes yangmudah dikembangkan.

    7. Alangkah benarnya kata kata Puan GuruAinon Mohd.

    NOTA BISNES TIGA PERKARA.

    1. OPERASI BISNES. Sentiasa ada jawapan. jawab dalam real time.Orang datangmahu jawapan. Kita besarkan lagi keraguan. Itu cara tercepat bunuh masa depansyarikat. Ada dua keputusan - "revocable decision dan irrevocable decision". Buatkeputusan segera pada hal yang revocable. Pada hal irrevocable ambil masa,berfikir dan kaji teliti.

    2. PERSAINGAN. Usah masuk dalam pasaran yang tepu dengan abang besar. Bolehmati kena kerat 18. Masuk dalam pasaran yang belum ada capaian abang besar.Ataupun ambil kerja secara kecil kecilan. Tapi banyak. Bukan besar tapi sedikit.Inilah content yang disebut jelas dalam Blue Ocean Strategy.

    3. PEMBANGUNAN PELANGGAN. Tiada BMC yang jadi nyata tanpa ada hubungan

    terus dengan pelanggan. Usah banding dengan syarikat besar. Untuk buat BisnesPlan mereka ada segala sumber. Mereka boleh bermesyuarat berminggu minggudengan otak otak terbaik dalam pelbagai lapangan. Kita, yang startup mahu buatbenda serupa. Kita boleh masuk longkang dengan langkahan pertama.

    Apa yang utama, masuk dalam medan.Belajar cara mahu buat BMC. Buat.Kemudian masuk medan. Ubahsuai semasa dalam medan dalam pada kita adahubungan terus dengan pelanggan.

    Ini bukan teguran tapi ingatan untuk saya juga. Kita selalu letak CEO pada gelaran.

    dalam istilah korporat CEO mesti ada COO dan CFOnya. Baru terbentuk Exco.

    https://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdpts
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    3/29

    3

    Apbila letak gelaran kita boleh letak Executive Director, Marketing Director,

    Finance Director, baru nampak company kita besar. Ini adalah gambaran yang

    perlu dalam dunia korporat.

    Ramai ingin berbisness gaya korporat. Belum apa apa.lagi ceo dan coo dah perasan

    duduk di syarikat abang besar walaupun hakikat syarikat sendiri baru nak mula....akhirnya ceo dan coo banyak minum minum kopi dan teh drpd buat kerja...

    Idea idea dato ni akan disimpan dalam buku buku catatan utk sentiasa dirujuk,

    diperhalusindan diamalkan.

    Manusia boleh berubah. Mereka hanya berubah apabila belajar. Waktu itu minda

    mereka terbuka. Manusia juga berubah apabila tertiarap. Jatuh . Hati mereka

    telah luka. Dua perkara ini, mida terbuka dan hati terluka menjadikan manusiaberubah.

    Kata kuncinya: Minda yang Bersedia. Level of Understanding manusia berbeza.

    Diikuti kemampuan manusia tukarkan apa yang dicatat jadi actionable knowledge.

    Itu yang utama. Bertindak dengan ilmu.

    idak ada ketuhanan jika tiada ujian, tidak ada rasa kehambaan jika tiada

    kepasrahan, tiada rasa kebergantungan jika tiada kepayahaan. Tunjangkan

    resahmu dgn solat

    Himpunkan peritmu di genganman doa

    Tutupi kekecewaa mu dgn ketakwaan

    Sucikan hatimu dgn keiklasan hati

    Serahkan sepenuh jiwa dan raga mu pada maha Pencipta.

    KEPINTARAN.Ada macam macam. Bagi usahawan ada beberapa kepintaran yang kita kenakuasai. Antaranya:

    1. Emotional Intelligence adalah upaya untuk faham dan bertindak balas kepadaperasaan diri dan orang lain.

    2. Fluid Intelligence adalah upaya untuk selesaikan masalah.

    3. Crystallized Intelligence adalah ilmu yang kita miliki.

    4. Perceptual Intelligence adalah pintar melihat peluang.

  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    4/29

    4

    Baca buku menjadikan kita ada Crystallized Intelligence yang tinggi.Namun ia

    membeku kat situ. Sebab itu kita perlukan MENTOR untuk cairkan ia jadi

    bercampur dengan Fluid Intelligence dan Perceptual Intelligence. Apabila kita buat

    kita tambah Emotional Intelligence.

    Setuju PuanNorhanita Kayat. Panjangkan lagi kepada Spiritual Intelligence,Financial Intelligence, Dan banyak lagi.

    NOTA BISNES TIGA PERKARA.

    1. BAKAT. Pada mula bisnes, kita tidak mampu bayar pekerja. Kita buat semuaperkara. Selalunya lepas 2 tahun, kita sudah mampu ambil pekerja. Ambil merekayang berbeza. Mereka yang melengkapkan apa yang kita tidak suka buat.

    Kuasa dan kekuatan orang yang kita ambil itu mestilah melengkapkan titik lemahdiri kita.Selalunya sebagai usahawan kita suka keluar. Kita suka apadapemasaran.Cari orang yang dapat jaga kewangan dan akaun syarikat. Andai kitakreatif, cari pengurus yang efektif.

    2. DUIT. Duit adalah kanta pembesar diri kita. Apabila kita tamak, duit jadikan kitalebih tamak dan jahat. Duit berikan energi dan kuasa. Andai kita baik, duit jadikankita bertambah warak dan baik. Perbaiki diri. Besarkan modal diri yang baik.Apabila kaya kita jadi lebih budiman.

    3. LEMBAGA PENGARAH. Kita selalu cakap kepakaran. Kita juga kena adun denganpengalaman. Cerdik pintar tapi muda. Kita perlukan orang matang usia yang

    banyak pengalaman. Ini penting. Pengalaman, "domain of decades" dalam bidangkeusahawanan amat penting. Masukan orang yang ada pengalaman dalam BOA kita.Mereka selalunya tidak mahu jadi BOD.

    Nota tambahan: Ada sekumpulan anak muda mencabar perkataan, "Buang Ego BuatDuit". Saya tidak perlu berdebat dengan pembaca buku. Cukup saya katakanpengalaman 25 tahun saya menjelaskan, buang ego amat perlu.

    Nanti apabila anak muda pintar terdidik ini telah capai umur 50 tahun, merekaakan temui jawapan yang sama. Saya dulu juga menentang perkataan mentormentor saya yang telah berumur 70an sekarang.

    THE POWER OF MICROPHONE.

    Public Speaking -

    Pengucapan Awam adalah satu kemahiran mikro yang perlu bagi komunikasiberkesan baik dalam apa bahasa sekalipun. Ramai orang mengalami phobia sosial.Mereka menunjukan rasa takut dan ragu ragu. Mereka bimbang ucapan merekabakal dinilai dan mereka akan dicemuh oleh audiens.

    Perasaan ini perlu diperbaiki dan ianya boleh diatasi. Serang yang mahu jadipengucap yang baik perlu tahu seni , strategi dan kemahiran bagi meninggalkan

    impak yang tinggi kepada audiens.Public Speaking adalah satu proses berucap, dengan sekumpulan orang

    https://www.facebook.com/norhanita.kayathttps://www.facebook.com/norhanita.kayathttps://www.facebook.com/norhanita.kayathttps://www.facebook.com/norhanita.kayat
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    5/29

    5

    secara terancang untuk menyampaikan maklumat membujuk atau meraikanpendengar.

    PESAN PAPA.

    Anak anak ku fahami ini baik baik.

    Salah satu sebab utama seseorang tidak dapat, "apa yang dia mahu".,adalah diatidak tahu apa yang dia mahu.

    5K - Kejelasan, Ketepatan, Keterujaan, Komitmen dan Konsisten.

    Belum terlewat. Peluang akan datang kepada "prepared mind"

    TEORI LIMA MERIAM RETORIK CICERO.

    Antara teori yang perlu dipelajari oleh protege Public Speaking Mastery.

    Inventio,Dispotio,Memoria, Elocutio, Pronounciatio,elocutio:

    the skill of clear and expressive speech, especially of distinct pronunciation and

    articulation."lessons in singing and elocution"synonyms:pronunciation,

    enunciation, articulation, diction, speech, voice production,intonation, voicing,

    vocalization, modulation.

    Pendekatan pro aktif kepada kesilapan adalah memperakuinya secara serta merta.

    Perbetulkan dalam tempoh segera.Belajar darinya. Ini akan menukar apa yang

    tersurat dan secara tersiratnya membentuk perilaku seorang pejaya.

  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    6/29

    6

    DARI WALL DR AZIZAN OSMAN.

    1. Kata Dr HajiAzizan Osman"Saya dapat ini dari WA, panjang betul nak baca danrajin pula orang ini kaji hukuman untuk pelbagai negara. Bukan salah orang lainmasuk ke tanah kita.....

    Hukuman menyeberangi sempadan.1) Jika anda menyeberangi sempadan Korea Utara secara haram, anda akanmendapat 12 tahun kerja keras.

    2) Jika anda menyeberangi sempadan Iran secara haram, anda dipenjara 100%.

    3) Jika anda menyeberangi sempadan Afghanistan secara haram, anda akanditembak.

    4) Jika anda menyeberangi sempadan Arab Saudi secara haram, anda akan disebat.

    5) Jika anda menyeberangi sempadan China secara haram, anda mungkin tidakakan dilihat lagi.

    6) Jika anda menyeberangi sempadan Amerika Syarikat secara haram, anda akandikenakan bayaran sebagai pengganas.

    7) Jika anda menyeberangi sempadan Rusia secara haram, anda akan dijenamakansebagai mata-mata dan dihukum gantung.

    8) Jika anda menyeberangi sempadan British secara haram, anda akan ditangkap,didakwa, dihantar ke penjara dan akhirnya dihantar pulang.

    9) Jika anda menyeberangi sempadan Cuba secara haram, anda akan dibuang kedalam penjara politik reput.

    10) Jika anda seorang Indonesia / bangladesh / dan sewaktu dgnnya, dan secaraharam menyeberangi sempadan Malaysia, anda berpeluang tinggi untk mendapat:

    Status PR Penduduk Tetap

    Lesen Memandu

    Tempahan Kerja

    Keistimewaan Khas Bumiputera

    Kad kredit

    Pendidikan Percuma

    Penjagaan kesihatan Percuma..

    Sama2 dapat menikmati segala subsidi Kerajaan.

    Mampu bina rumah kediaman lebih besar dan selesa drpd rakyat tempatan.

    Boleh jalankan aktiviti perniagaan kecil tanpa diganggu oleh PBT.

    Boleh bercucuk tanam di Cameron Highland tanpa diganggu PBT.

    Welcome to Malaysia.."

    2. KOmen DAO pula yang saya petik,

    "Mesej ini sepatutnya buat kita berfikir, orang luar mahu dapatkan PR Malaysiauntuk bina kehidupan, kewangan dan perniagaan mereka, kenapa kita yang

    memang so-called rakyat Malaysia especially orang Melayu yang dah siap dengan

    https://www.facebook.com/azizanosmanofficialpagehttps://www.facebook.com/azizanosmanofficialpagehttps://www.facebook.com/azizanosmanofficialpagehttps://www.facebook.com/azizanosmanofficialpage
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    7/29

    7

    pelbagai suapsidi tidak mampu nak berniaga dan harapkan kerja di Putrajaya atauyang sewaktu dengannya. Tak gitu Dato Roslan Ab Hamid?

    9 PERKARA UNTUK 2015.

    1. Simpan. Ada 6 tabung. Kita aset utama masa hidup di Planet Bisnes. Raikankejayaan walaupun kecil. Bercuti, rehatkan diri. Usah sampai terkena wabak"dimishing marginal productivity"

    Revenues kita kan bertambah apabila kita boleh delegasi. Elakan rutin. Iamenggodam diri kita sampai penat dan tidak larat.

    2. Berkongsi dengan staf. Praktiskan "ghanimah". Ia amat membantu. Ia adalahcara nabi (bacalah selawat). Ia lebih baik dari profit sharing ataupun defined

    benefit plan.3. Melabur. Labur adalah 80:20 risiko. Bukan 50:50. Melabur dalam bidang yangkita tahu. Belajar dahulu sebelum melabur. Andai tidak tahu apa itu saham atautiada ilmu dalam hartanah, usah cuba cuba. nanti tangan kita terbakar. Pedih danperit. Labur dalam bidang yang kita tahu sahaja.

    4. Bayar Bulanan. Tambahbaik "debt to income ratio". Tingkatkan cashflow.Perbaiki credit rating.

    5. Gabubgkan loan yang ada. Samada ia car loans, credit cards, loans rumah danofis. Tanya pakar bagaimana mahu melakukannya.

    6. Strukturkan bisnes kita. Entreprise, PLT, Sdn Bhd mahupun Bhd. Belajar caramenstrukturkan syarikat. Ia bukan bidang kepakarantax accountant. Cari orangyang terlatih dalam bidang penstrukturan syarikat.

    7. Taxes. Jumpai penyedia tax kita pada pertengahan April hingga Disember.Waktu ini mereka tidak sibuk. Ruang minda mereka lapang untuk menyusun aturapa yang perlu untuk kita. Edah masa Januari - April adalah masa sibuk mereka.

    8. Perbelanjaan. Fahami apa itu produktif, consumptif,destruktif. Ini tiga bentukperbelanjaan yang berbeza dan beri pulangan berbeza.

    9. Credit Score. Buat mental checkmark untuk tahu lebih lanjut tentang creditscore.

    Tuan HajiJerry Zafrul Rizal Matkita kena sebarkan secara dalam ilmu ilmu ini.

    Mendidik hati adalah kritikal.

    Ia pelantar panjang untuk minda terdidik mendarat selepas terbang tinggi di awan.

    Semua milik Tuhan. Ia pinjaman untuk kita. Masa dalam pinjaman kita jaga dengan

    doa pada Tuhan. Hati itu berbolak balik. Maka jaga ia supaya tidak terbalik. Usaha

    kita. Doa pada Tuhan.

    https://www.facebook.com/jerry.richworkshttps://www.facebook.com/jerry.richworkshttps://www.facebook.com/jerry.richworkshttps://www.facebook.com/jerry.richworks
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    8/29

    8

    NOTA BISNES 3 PERKARA.

    1. KEPEMIMPINAN: Ketabahan adalah bertindak walaupun dalam ketakutan.Seseorang yang kaya dan berjaya tidak capai sesuatu kerana mereka tidak adaketakutan. Mereka juga ada ketakutan yang menerpa.Cuma mereka "bertindak"

    Gugup. Gementar.Takut terketar. Apa yang membezakan mereka adalah merekanekad dan tabah. Meeka salurkan ketakutan itu ke tempat lain. Ketakutan adalahtenaga. Ia adalah energi. Ia tidak boleh dimusnahkan. Ia cuma dapat dipindahkan.

    2. PEMBANGUNAN PRODUK. Usah jual produk atau khidmat dengan harga murah.Jual ia dengan nilai tambah. Kata kata yang popular adalah. " Don't Make ItCheaper. Make It Better". Sentiasa teruja untuk memimpin pasukan bagi melakukansesuatu dengan cara yang lebih baik.

    3. PERHUBUNGAN AWAM: Kita adalah pegawai terbaik untuk mengetuaiperhubungan awam. Ingat 5 Modal Bisnes. Modal petama, modal diri. Kita hadirdan bercakap. Bertemu, bersemuka. Terangkan dari hati dan ianya bakal

    menambat hati. Sungguh berkesan apabila orang dapat membaca bahasa badankita tatkala atas pentas.

    NIKMAT ILMU BISNES DAN KEHIDUPAN YANG PADAT.

    APA KATA DAO.

    "Setahun lagi bakal berlalu dan setiap tahun persoalan besar yang kita perlu tanyadiri kita adalah beberapa soalan penting untuk kita melihat apakah peningkatanyang kita telah capai.

    Kegagalan terbesar di dalam hidup ramai orang adalah kegagalan mengenalpastipeningkatan hidup dalam setiap aspek kehidupan mereka samada lebih baik atautidak.

    The largest room in the world is the room for improvement, tapi provided that kitaperhatikan di mana kita hari ini dan apakah yang boleh kita perbaiki"

    Sangat menarik dan teruja saya apabila akan hadir dan dapat bertemu denganDrAzizan Osmanyang baru kembali dari Toronto setelah menghadiri sesi 4-hariworld-class Leadership Summit bersama Robin Sharma dan Richard Branson,seorang billionaire pemilik Virgin Group dan ramai lagi.

    Menurut DAO."Susah saya mahu terangkan di sini tentang betapa impactful sesi-sesi sayabersama mereka serta dihadiri oleh 140 orang multi-millionaire dan billionaire dariseluruh dunia, 35 buah negara.

    Pendek kata, saya telah melihat dimensi lebih tinggi tentang matlamat hidup sayaserta perniagaan saya dan perspektif yang sangat berbeza tentang betapabernilainya dan pentingnya saya memperbaiki tahap kesihatan saya serta beberapaaspek kehidupan saya ke tahap world-class player.

    Saya lebih jelas tentang hala tuju organisasi saya Insya Allah for the next 100 yearswalaupun saya tiada lagi nanti. Legasi yang saya boleh tinggalkan buat generasiakan datang.

    https://www.facebook.com/drazizan.osmanhttps://www.facebook.com/drazizan.osmanhttps://www.facebook.com/drazizan.osmanhttps://www.facebook.com/drazizan.osman
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    9/29

    9

    Setiap orang yang bermain pada tahap world-class, mereka pasti mahu buatsesuatu atau capai sesuatu 100 kali ganda lebih baik dari apa yang mereka lakukansekarang dan komitmen yang mereka berikan juga berbeza"

    DAO bertanya, "Adakah sama cara mereka berlatih di antara jaguh kampung danjaguh dunia?"

    Untuk mengakhiri tahun 2014 ini adalah tekad saya bagi menyedut elmu yang DAOperolehi:

    1. DAO bakal berkongsi dengan peserta-peserta Advanced kami di dalam kelasmarketing seperti Millionaire Marketing Mastery (MMM), Advanced Marketing Power(AMP) ataupun Intensif Jutawan Industri (IJI) untuk hadir satu sesi Reunion MMMyang saya bakal adakan pada 20 Disember 2014 ini di Wisma MCA.

    Saya telah sediakan buku nota untuk mendapat maklumat terperinci tentang apayang DAO belajar di Toronto. Kos pelaburan DAO mencecah RM200,000 untukkeseluruhan trip tersebut.

    2. Reunion IMKK- Program khas ini adalah sesi reunion untuk kita yang pernah hadirke Intensif Magnet Kekayaan & Kejayaan ataupun Intensif Mentor Kekayaan &Kejayaan (IMKK) selama beberapa tahun ini. Sesi ini adalah pada 27 Disember 2014di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam. Sesi ini diadakan untuk berkongsisedikit sebanyak apa yang saya dapat di Toronto tetapi fokus paling utama adalahuntuk reset minda dan fokus anda untuk mencapai kejayaan yang lebih luar biasapada tahun 2015.

    3. DAO dan pasukannya juga telah melancarkan Majalah Online AO Tribe Edisi 8yang terbaru yang memberikan kita perkongsian Richard Branson Billionaire Virgin

    Group tentang formula kejayaan beliau serta banyak lagi.Kita boleh download Majalah AO Tribe ini secara Percumadihttp://aotribe.com.my/majalah-ao-tribe-edisi-8/..

    NOTIS MAKLUMAN.

    Saya pohon maaf secara terbuka kepada cikguJune Mohd Somatas kekhilafan sayaberkongsi ilmu OP beliau yang saya temui dalam dunia maya FB ke dalam wallsaya.

    Niat saya mahu merekemen ramai teman teman ke kelas beliau. Namun, ianya

    tidak selaras dengan mazhab beliau. Saya silap.Saya akur pada permintaan beliau untuk deletekan ilmu OP yang saya kongsikanitu. Saya juga mohon teman teman yang terambil ilmu OP cikgu June yang sayakongsikan itu agar delete segera.

    Setiap sekolah ada mazhab masing masing.. Kita wajib raikan mazhab cikgu June.Saya hormati beliau.

    Tulus Luhur saya pohon maaf. Saya terkhilaf dengan bacaan sendiri, "memberitanpa nanti, berkongsi tanpa henti". Ampunkan dosa saya mengambil tanpabertanya.

    MAAFKAN SAYA CIKGU JUNE. Maafkan saya cikpuanSalzaida Zainul Abidin

    http://aotribe.com.my/majalah-ao-tribe-edisi-8/http://aotribe.com.my/majalah-ao-tribe-edisi-8/http://aotribe.com.my/majalah-ao-tribe-edisi-8/https://www.facebook.com/junemohdsomhttps://www.facebook.com/junemohdsomhttps://www.facebook.com/junemohdsomhttps://www.facebook.com/salzaida.abidinhttps://www.facebook.com/salzaida.abidinhttps://www.facebook.com/salzaida.abidinhttps://www.facebook.com/salzaida.abidinhttps://www.facebook.com/junemohdsomhttp://aotribe.com.my/majalah-ao-tribe-edisi-8/
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    10/29

    10

    SEMAI DAHULU BARU TUAI.

    Bersabar dengan peredaran masa, mulberi akan jadi gaun sutera. Rama rama yangcantik datang dari tumbesaran perlahan penuh kesabaran. Pada hari kelima selepas

    menetas, ulat bulu tergantung dalam keadaan metamorfosis. Selepas bermingguminggu membesar dalam kepompong, barulah muncul rama rama yang cantik.

    Kita orang kampong pun tahu, anak ayam diperolehi dengan menungggu telormenetas, bukan dengan memecahkannya.

    Kita hanya dapat tukar buah apabila kita tukar akar.

    2015 tahun tukar akar.

    Akar yang mahal tak semestinya elok,

    Akar yang elok tak semestinya bagus,

    Akar yang murah tak semestinya kotor,

    Akar yang kotor tak semestinya buruk

    STATUS FENINGG.Psikologi disebalik sistem perakaunan - accounting system adalah pelik. Manusiadikatakan perbelanjaan (expenses). Bangunan dan benda dikatakan pelaburan(investment). Sepanjang yang terjangkau dek akal saya manusia dalah pelaburanterbaik dan semua benda lain adalah perbelanjaan.

    Apa kata sahabat IBC saya Tuan HajiJerry Zafrul Rizal Mat.Dalam konteks perakauan, setiap perbelanjaan yang digunakan untuk menjana

    untung kasar perniagaan adalah perbelanjaan yang dibenarkan- expenses dan

    pembelian aset syarikat pula adalah expenditure yang akan dikira elaun modal dan

    dimasukkan di dalam kunci kira- kira (balance sheet) syarikat.

    Gaji pekerja R&D yang membuat kajian keatas produk baru yang ada harapan

    untuk dikomersilkan boleh dikira aset. Gaji Mak Cik buat kopi, susahlah nak

    dijadikan aset melainkan pelanggan datang balik nak minun kopi dia sambil

    membeli barangan lain.

    Perinsipnya, setiap perbelanjaan yang menghasilkan aliran tunai masa depan boleh

    dikategorikan sebagai aset. Yang hangus tu kenalah jadi belanja.

    https://www.facebook.com/jerry.richworkshttps://www.facebook.com/jerry.richworkshttps://www.facebook.com/jerry.richworkshttps://www.facebook.com/jerry.richworks
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    11/29

    11

    NOTA BISNES 3 PERKARA:

    1. KEGAGALAN. Kita tidak gagal apabila mencuba. Ianya pengalaman berharga.Ianya laluan bermakna. Setiap minggu tuliskan satu "ketidakcapaian" maksud yang

    telah kita lalui. Tidak mengapa. Itulah aturan kehidupan.Lihat pada cermin setiap pagi, dan apabila ada waktunya kita mula berkata " sayatidak mencuba lantaran saya takut" - tatkala itu tahu diri, kita telah GAGAL.

    2. FOKUS MASA DAN TENAGA. Tambah baik tawaran kita dan "Revenues" akanmengekori kita. Amat malang andai kita berdoa mahu Allah kayakan kita. Itumudah bagi Allah yang Maha Kaya.Apa yang payah dapatkan rahmat Allah.

    Begitu juga kehidupan ini. Dengar apa masalah manusia. Bantu mereka selesaikanmasalah berdasarkan kepandaian kita dan tambah nilai dalam hidup mereka. Lepasitu duit akan datang dengan sendiri.

    3. SUMBER MANUSIA. Kenalpasti "areas of improvement". Sentiasa tanya apakahyang staf kita dan kita boleh lakukan lebih baik. Tuliskan 3 perkara. Tuliskan juga 3perkara yang syarikat kita boleh buat lebih baik. Selepas itu lakukan.

    Keluar dari kotak dan biar mereka rasa suara didengari. Inilah permulaan kepadasyarikat mengganda setiap tahun. Kita bekerja dalam pasukan.

    NOTA UNTUK DIRI.

    10 hari lagi genaplah 10 bulan saya tanpa talian telefon. Ini proses mendidik diri.Tanpa WA dan tanpa SMS. 10 bulan saya hilang dari pentas politik. Tidak ke

    Eropah, tidak ke Indonesia, tidak ke Makkah bersama Tan Sri Annuar Musa.

    Saya belajar untuk tidak layan ajakan bertumbuk. Tidak juga mengajak orangbertumbuk. Namun, harus saya garisbawahi kepakaran "bertumbuk" masih ada.Usah tolak saya rapat ke dinding. Jangan.

    Mulai akhir bulan ini saya akan mula proses sehari kenyang, sehari lapar. Dulu masaberkongsi ilmu kehidupan di UMKI, saya janji dengan diri untuk sertai kelab 4 pagidan juga puasa Nabi Daud a.s. Apabila saya tidak dapat buat secara konsisten, sayatidak menulis. Saya pohon maaf pada Prof DrMuhd Kamil Ibrahimyang sayahormati.

    Akhir bulan ini saya kembali boleh dihubungi. Saya rasa sudah ada disiplin kawaldiri. 2014 : Kawal diri - tiada debat dan bertumbuk dalam politik dan kehidupan.Pedang setiawan tersarung kemas pada dinding. Belum buang, sekadar sarung.

    2015: Sehari lapar, sehari kenyang. InsyaAllah.

    EKONOMI PERSAHABATAN.

    Kata Tuan Faz Reen:

    "WeChat lebih power daripada WhatsApp.

    Saya predict 2016 marketer Malaysia akan beralih kepada WeChat.

    https://www.facebook.com/muhdkamil.ibrahimhttps://www.facebook.com/muhdkamil.ibrahimhttps://www.facebook.com/muhdkamil.ibrahim
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    12/29

    12

    2015, saya sedang melihat segerombolan online marketers baru mahu berjinakdengan Instagram"

    Ini yang menjadikan saya lebih berminat dengan konsep The Vocket dari membuatmajalah biasa. The Vocket menarik 2.1 juta pengunjung.

    Halusi perkara ini TuanNorlukmal Mat Ghanidan TuanShuhairy Norhisham

    Strategist di Belakang The Vocket

    Strategi Internet Marketing untuk kumpulan anak-anak syarikat di bawah ABS

    Holdings Sdn Bhd adalah didesain oleh Tuan Mohd Fazreen Jasni.

    Mengapa The Vocket dibangunkan?

    Apa agenda tersembunyi yang ada di sebalik The Vocket?

    Gen-Y adalah pasaran yang menjadi target ABS.

    The Vocket adalah tool ABS mahu berhubung dengan Gen-Y.

    The Vocket menyediakan konten yang memenuhi keperluan dan citarasa Gen-Y

    sehingga mereka menjadikan The Vocket sumber bacaan harian mereka.

    Pada saat post ini ditulis, jumlah pembaca The Vocket sudah lebih 2.1 juta orang.

    The Vocket berfungsi sebagai channel yang menyampaikan informasi tentang

    pelbagai produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh anak-anak syarikat ABS.

    Generasi-Y akan mempunyai anak-anak kecil yang memerlukan perkhidmatan:

    Rangkaian Tadika ABS

    Rangkaian Akademi Al Quran ABS

    Rangkaian Sekolah Bakat ABS

    Rangkaian Sekolah Rendah ABS

    Dalam ucapan di syarahan Ekonomi Persahabatan siri satu TuanNik

    Hasyudeenmenerangkan tentang crowd funding: Mungkin kata kata Tuan Muda Faz

    Reen ini boleh kita jadikan pedoman.

    Kadang kadang audience website kita sendiri boleh dijadikan funder.

    Sebagai contoh, website The Vocket yang mempunyai pembaca seramai 2.1 juta

    boleh ditawarkan saham the vocket.

    https://www.facebook.com/norlukmal.matghanihttps://www.facebook.com/norlukmal.matghanihttps://www.facebook.com/norlukmal.matghanihttps://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/hasyudeenhttps://www.facebook.com/hasyudeenhttps://www.facebook.com/hasyudeenhttps://www.facebook.com/hasyudeenhttps://www.facebook.com/hasyudeenhttps://www.facebook.com/hasyudeenhttps://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/norlukmal.matghani
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    13/29

    13

    Dengan mengambil contoh seorang membeli satu unit saham pada harga RM1, The

    Vocket akan menerima dana tambahan sebanyak RM2.1 juta. (contoh saja)." cc

    TuanNorlukmal Mat Ghanidan TuanShuhairy Norhisham

    KENAPA TOLAK HUDUD? Apabila rasa mampu siap dengan segala persediaan dantidak menimbulkan fitnah pada kesempurnaan Islam - buat.

    Penerapan nilai Islam bermula seawal tahun 1981. Tun M kata kita sedang buatpersiapan. Masa itu buat UIAM. Bank Islam dan banyak lagi.34 tahun telah masa berlalu. Dari era orang tak pakai tudung kepada era hampirsemua dah pakai tudung. Apabila rasa siap kita buat.

    Peduli apa pada DAP.

    NOTA BISNES TIGA PERKARA.

    1. Tatkala orang bercakap tentang "follow your passion". Saya berfikir, passionmenjadikan kita seronok berbuat sesuatu. Namun yang harus digarisbawahi,apakah perkara yang kita pandai. Kita suka, namun tidak pandai, tiada banyakmakna. Kita pandai dan kita buat buat buat sampai dapat. Tentu kita suka.Kemungkinan mencipta peluang. Kemungkinan untuk berjaya tinggai apabila kitapandai.

    2. Leverage komuniti. Apa yang penting adalah kemampuan daya dorong.Kemamapuna menyebar idea. Ianya mewujudkan "network effect". Lebih baik kita

    berbuat, lebih ramai orang minat. Lebih terangkat reputasi kita. Hasilnya "upwardspiral". Ia berjaya bawa kita ke tempat tinggi.

    3. Bina untuk "niche". Kekalkan daya tarikan. Melebar. Fahami market psychology.Human psychology. Customer psychology. Menguasai teknologi itu baik, namuntanpa perbekalan psychology kita boleh lemas dalam perjalanan. Kita sukaperkataan "cool".

    Cool yang sebenarnya perlu di hidang dalam acuan yang menarik juga supaya iamenarik sebilangan kecil manusia. Tugas pertama orang bisnes adalah berkongsiilmu ilmu bisnes. Mereka yang datang dalam kelas kita akan bercakap tentang kita."Those selective people will tell others" dan idea mula tersebar. Idea akan tumbuh

    membugar apabila tersebar.

    Kekanda saya TuanRoslan Latifmenggarap cantik tentang Psikologi Manusia:

    "Zaman ekonomi meleset ni hanya " feel good factor " yg boleh membantu. Ditakdir Rimau kalahkan Gajah , sah 2 minggu rakyat tak bincang pasal harga barang,tak bincang 1MDB tak bincang GST tapi asyik kagum dgn Dolah Salleh - sentuhanberbisa orang tua. Tapi kalau sebalik nya, tunggu je le , bukan saja Dollah, KJ disuruh letak jawatan silap silap Datin Rosmah pun di libatkan sama"

    Itulah manusia. Terlalu lama diajar berfikir ala Greek Gang of Three. Melihatsesuatu samada hitam atau putih. Kelabu tarak suka.

    https://www.facebook.com/norlukmal.matghanihttps://www.facebook.com/norlukmal.matghanihttps://www.facebook.com/norlukmal.matghanihttps://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/roslan.latifhttps://www.facebook.com/roslan.latifhttps://www.facebook.com/roslan.latifhttps://www.facebook.com/roslan.latifhttps://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/norlukmal.matghani
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    14/29

    14

    Benar Puan GuruAinon Mohd.Anak anak Bangsawan ini naik tidak bertangga. Pakai

    Lift. Itu yang menjadikan parti yang ayahDatuk Nur Jazlan Mohamedpernah jadi

    SUA hampir tertiarap. Nurjazlan junior saya setahun dalam ANSARA. Dia jadi EXCO

    PEmuda UMNO masa umur 30 tahun masa ayah dia SUA UMNO. Saya tabik padakeberanian dia sekarang selepas berbelas tahun dia diam.

    BERI KAMI PELUANG.

    Apabila kita pakai baju PRIBUMI, kita mudah berkata "BERI KAMI PELUANG". Apalahsangat istimewanya Bumiputera saat masa langit terbuka sekarang ini.

    Hakikat Nyata dalam hidup siapakah yang mahu beri peluang kepada kita. Kitayang perlu desain dan cipta peluang.

    Benar, Pada mulanya tiada siapa mahu beri peluang kepada kita. Usah merungut.Buat buat buat. Akhirnya apabila kita buat dengan penuh minat tanpa rasa penat.Tidak berkira beri khidmat. Kita akan mula dapat perhatian. Peluang mulaterbuka.

    Lakukan dengan sebaik mungkin. Buat persediaan. Berlatih. Apabila sampaimasanya persembahkan. Itu detik memisahkan antara amatur dengan profesional.

    Profesional akan dipanggil berulang kali. Peluang sekali datang mengetuk pintu dankita layan dia dengan hidangan terbaik akan datang berulangkali menyapa kitasetiap hari.

    CATATAN PAGI.

    Dr Mohamad Kamil menulis:

    "Sekitar tahun 1930an, menurut kata MALEK BENNABI jalan raya belum ada dipadang Pasir negara Arab. Apabila minyak ada orang kaya Arab sudah beli keretamewah di Barat. Tetapi kereta tak boleh di guna kerana tiada kemudahan jalanraya. Akhirnya kereta mewah seperti cadillac jadi reban ayam.

    Di Malaysia pun apabila harga getah naik selepas perang dunia kedua orang kaya ke

    bandar membeli peralatan letrik seperti peti sejuk. Namun tak dapat guna sebabbelum ada kemudahan letrik. Akhirnya dijadikan almari kain"

    Apa yang menarik dari catatan ini adalah ia berlaku juga sekarang. Ramai dari kitaberlumba lumba masuk kelas itu dan ini belajar ilmu dan cari pengetahuan.

    Apabila pulang kita tidak "ubah mindset" dan masih terperangkap dengan kawankawan yang tidak mendorong kita ke hadapan. Akhirnya walhasil balik asal. Kitamula marah dengan tanggapan apa yang dipelajari tidak menjadi. Hakikatnya kitasukar sedari faktor 5%. Hanya 5% manusia berjaya lantaran mereka telah sediakan"jalanraya dalam minda" dan "janakuasa elektrik dalam jiwa" terlebih dahulu.

    Hubaya hubayalah.

    https://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/datuknurjazlan.mohamedhttps://www.facebook.com/datuknurjazlan.mohamedhttps://www.facebook.com/datuknurjazlan.mohamedhttps://www.facebook.com/datuknurjazlan.mohamedhttps://www.facebook.com/ainonmohdpts
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    15/29

    15

    CARA BERFIKIR.

    Semuanya bermula dari cara kita berfikir. Pemikiran "melombong emas" sepertiyang diajar oleh Greek Gang of Three ataupun pemikiran "membina rumah" yangdiperolehi dalam Parallel Thinking.

    Melombong emas adalah pemikiran gali dan cari. Cari dan temui.Membina rumah adalah pemikiran desain dan buat.

    GGT mengajari pemikiran "Apakah ini". Benar atau Salah. Ya atau Tidak.

    Parallel Thinking berkongsi "Apakah Boleh Jadi". Ianya kemungkinan tanpapenilaian. Ianya Tangguh Peniaian. Ianya adalah logik air yang sentiasa mengalir.

    GGT adalah logik batu. Membeku dan kekal disitu. Tidak beralih. Sukar diganjak.

    TUAN NORIZAN BIN SHARIF MENULIS.

    Ada kawan tanya, mengapakah saya menulis mengenai aktiviti rasmi saya di sini.Jawapan saya ialah:

    1. Saya ingin transparen. Saya tidak ada apa-apa kepentingan peribadi dan apasaja yang saya lakukan adalah dengan niat ingin mempromosikan "pertumbuhanberketerangkuman" atau "inclusive growth" di mana kelompok majoriti harusberpartisipasi dan merasai impak ekonomi sewajarnya.

    2. Saya ingin katakan bahawa kerajaan komited dengan agenda ekonomiBumiputera. Apa yang menyebabkan berlaku jurang yang besar ialah sikap tidakamanah dalam masyarakat. Saya melihat terlalu banyak yang kerajaan lakukan.

    Sebahagian besar tidak dapat saya tulis kerana terikat dengan Akta Rahsia Rasmi.3. Saya ingin komuniti Bumiputera berhenti menuding jari kepada orang lain. Cubalihat kelemahan sendiri. Dengan cara itu, kita lebih mudah mengubah diri. Usahlaungkan Melayu! Melayu! Melayu! sekiranya kita Ali-Baba atau jadi proksi oranglain.

    4. Saya ingin membawa "bahasa" baru dalam diskusi agenda ekonomi Bumiputera.Saya fikir ini lebih dekat dengan hati generasi muda. Agenda ekonomi Bumiputerabukanlah agenda pertentangan, sebaliknya ia adalah agenda muafakat. Sayapernah menulis mengenai perkara tersebut sebelum ini.

    5. Saya ingin komuniti Bumiputera mencium peluang yang saya sediakan. Seperti

    yang saya sebutkan dulu - saya tidak agih projek, saya tidak buat surat sokongandan saya juga tidak lobi projek untuk sesiapa. Peranan saya sediakan peluang.Apabila saya sediakan peluang, ambillah. Saya tak minta apa-apa. Saya cukupgembira apabila dapat bantu. Tak perlu berterima kasih apa-apa.

    Semoga niat saya ini difahami.

    EP BUAH POTONG.

    Bisnes Kecil, Jualan Besar :

  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    16/29

    16

    Dulu saya selalu himpit dan berdepek dengan menteri mahu dapat projek.Juta juta. Sekarang saya hanya berdepek dengan teman ekonomi persahabatan,mahu jual buah potong dengan perolehan EP Buah Potong rm1,000,000 sebulan.

    On Your Mark, Get Set. GOZulhairi Ibrahimdan Firdaus Yasin.

    INTENSIVE BUSINESS COACHING RICHWORKS.

    CikpuanMunirah Fuziadalah protege saya. Beliau buat catatan pati beberapaperkara penting yang diajar oleh Tuan Haji "Jerry" semasa Intensive BusinessCoaching.

    Catatan itu adalah sebilangan kecil sahaja dari banyak perkara yang TuanZafrolRizal Mat "Jerry"sampaikan. Walaupun ia nampak sempurna namun ada lompangdisana sini. Apa yang Munirah buat terpuji.

    Ianya diviralkan oleh Tuan Muda Firdaus Yasin dan hari ini nampaknya telah

    merebak dalam FB. Saya suka. Saya teruja. Cuma, andai ada perdebatan tidakperlu, saya minta Mun dan Fir rujuk pada saya untuk klarifikasi.

    Subjek ini kering. Hj J telah memasak ranggup untuk peserta IBC. Harapnya ianyatidak liut apabila disaji sedikit untuk kefahaman teman teman FB.

    Ini dunia SYMP "Saya Yang Menurut Perintah. Selamat dan Berpencen".

    Tulus Luhur tanpa mereka bahtera negara berantakan.

    Hargai dan muliakan Pegawai Kerajaan.

    Mereka dalam tamadun Cina, warganegara kelas pertama.

    Usah masuk Planet Bisnes. Redah. Pecah Kepala. Luka dan hampa.

    Ini dalam tamadun Cina, warganegara kelas tiga.

    Parut luka bertepek seluruh badan. Tiada harga selagi belum berjaya.

    NOTIS MAKLUMAN.

    Pada 11hb ini pembukaan cawanganTam Nasi AyamSeremban 2.

    Sementelahan saya datang ke KL, saya kendalikan Bengkel Master Your PublicSpeaking pada 9 dan 10hb. Januari.

    9hb Januari, 2015.

    Tajuknya: Speaking For Impact - Connecting with Every Audience.

    1. Apakah yang Audiens mahukan hari ini?

    2. Buka Jendela Diri.

    3. Apakah mesej. Carian kediaman mudah huni dalam dunia kompleks.

    4. Apakah passion kita?

    5. Apakah yang audiens mahu dengar dan ingat?

    6. 4 Wajah pada setiap audiens. Bagaimana mahu menepati diri dalam dunia

    pelbagai.

    https://www.facebook.com/mrzulhairihttps://www.facebook.com/mrzulhairihttps://www.facebook.com/mrzulhairihttps://www.facebook.com/munirahfuzihttps://www.facebook.com/munirahfuzihttps://www.facebook.com/munirahfuzihttps://www.facebook.com/pages/Zafrol-Rizal-Mat-Jerry/174684099340487https://www.facebook.com/pages/Zafrol-Rizal-Mat-Jerry/174684099340487https://www.facebook.com/pages/Zafrol-Rizal-Mat-Jerry/174684099340487https://www.facebook.com/Tamnasiayamhttps://www.facebook.com/Tamnasiayamhttps://www.facebook.com/Tamnasiayamhttps://www.facebook.com/Tamnasiayamhttps://www.facebook.com/pages/Zafrol-Rizal-Mat-Jerry/174684099340487https://www.facebook.com/pages/Zafrol-Rizal-Mat-Jerry/174684099340487https://www.facebook.com/munirahfuzihttps://www.facebook.com/mrzulhairi
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    17/29

    17

    7. Kuasai tiga intipati utama untuk penyampaian berimpak tinggi.

    Program percuma hari pertama ini untuk semua protege Public Speaking Masterydan SAM. Ianya adalah pembelajaran berterusan. Ianya program boleh hadirdengan bayaran rm100 sehari kepada yang mahu mendalami ilmu Public Speakingpengetahuan spesifik.

    10hb Januari, 2015

    Tajuk: Choosing Powerful Words. Eloquence That Works.

    1. Pertuturan Lisan, Retorik dan Kefasihan.

    2. Susunan abjad kata. Bagaimana merenda bahasa.

    3. Content dan credibility.

    4. Metafora. Tandatangan Pengucap berkualiti.

    5. RO: Repeating and Omitting. Point dan counterpoint.

    6.

    Kuasa penempatan.7. Tentang Penyampaian.

    Program hari kedua ini juga percuma untuk semua protege Public Speaking Masterydan SAM. Ianya adalah pembelajaran berterusan. Ianya program boleh hadirdengan bayaran rm100 untuk hari kedua kepada yang mahu mendalami ilmu PublicSpeaking pengetahuan spesifik.

    Nota Public Speaking Mastery sahaja ada 365.

    Semua modul yang diberi meliputi teori dan praktikaliti.

    Ilmu dan kemahiran public Speaking sangat luas. Walaupun kami sudahmemulakannya 8 hari namun setiap lapis kulit itu ada lagi cambahan urat yang

    perlu di hadam.

    Belajar untuk menguruskan diri seorang public Speaking dari mutu ketahanan di

    atas pentas, suara dan pernafasan yang betul, kawalan kegugupan itu sahaja ilmu

    yang luas.

    Selepas pandai mengawal diri belajar pula untuk urus diri dan penampilan diri di

    atas pentas. Dari posture, gesture, intonasi suara, nada suara, bermain dengan 100

    pemula kata, hafal bidalan kata dan banyak lagi.

    Beralih kepada kenal pasti audiens kita. Apa yang audiens mahu. Bagaimana

    mengenali audiens. Bagaimana melontarkan perkataan yang dicampurkan dengan

    mesej dapat memberi impak pada audiens. Belajar tentang audiens sahaja pun

    sudah mengambil masa.

    Ada lagi. Strategi dan senjata di atas pentas juga perlu di hadam.

    Tidak boleh pandai hanya dengan salin nota. Perlu terus buat buat buat apa guru

    kata. Kerja keras untuk pandai.

    Bukan mudah untuk buat duit air liur.

  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    18/29

    18

    Namun segala yang dilabur pasti berbaloi.

    Beginilah ringkasan kupasan ditulis di sela nafas berperang dengan anak anak yang

    masih kecil di malam dini DatoRoslan Ab Hamid.

    NOTA PETANG.

    Pasaran saham sepi. Pekerja diberhenti terima VSS. Ini petanda 3 tahun yangsuram. 1998 -2000. Dulu 2001 mula naik balik.

    2015 - 2017. 2018 Ekonomi naik semula. Perkemaskan kuda kuda. Ini masa ikatperut. Usah takut. Apa yang perlu rapatkan ikatan persahabatan. Jemaah akanmengangkat kita.

    Saya mahu keluar dari perbincangan yang diselubungi unsur pesimis ini. Sayamemberitahu hujan akan turun. Mungkin ribut juga. Itu saja. Bukan suruh takut.

    Inilah musim menjala ikan. Inilah musim memukat lampan jawa. Inilah musim buat

    tuai dan serkup. Inilah musim menggali telaga menangkap puyu dan sepat. Aduhaii

    Aduhh anak bangsaku.

    CATATAN PERJALANAN.

    Hari Sabtu 20hb Disember: Saya hadir program reunion MMM DAO di Wisma MCA.

    Sedut ilmu yang segar dari Canada. Beliau balik berguru dengan Robin Sharma danRichard Branson.

    Hari Ahad 21hb Disember: Saya hadir program ABS di Pusat Sains Negara. Menekuniilmu Hal Ehwal Syarikat dari Puan Guru Ainon Mohd dan pasukannya.

    Mencari masa mahu ke Restoran Ayam Madoo, Putrajaya milik CikpuanFaizatiMohamed,warga Pulau Jutawan Ekonomi Persahabatan.

    Minggu ini saya bercadang mahu berguru dengan Tuan MudaFaisalAbdullahtentang shogun e mail, namun kami bertuah apabila Timbalan PresidenSAM ini telah berpakat dengan TuanShuhairy Norhisham,Presiden SAM, mahu buat

    Shogun e mail edisi istimewa di MPWS untuk semua teman teman EkonomiPersahabatan pada bulan Februari nanti. Perghhh.

    Hari Isnin mahu jumpa Dato' DrZuraidi Ishakdi ofis. Apakah Dato' ada di Putrajaya.Apakah sahabat saya TuanAhmad Lotfi Zubirjuga ada di pejabat?

    BERANI BERMULA.

    Ada anak muda tanya mahu baca buku apa apabila mahu mula bisnes. Saya jawabdalam akronim BERANI.

    B = Bermula.

    https://www.facebook.com/roslan.abhamidhttps://www.facebook.com/roslan.abhamidhttps://www.facebook.com/roslan.abhamidhttps://www.facebook.com/faizati.mohamedhttps://www.facebook.com/faizati.mohamedhttps://www.facebook.com/faizati.mohamedhttps://www.facebook.com/buatduitonlinehttps://www.facebook.com/buatduitonlinehttps://www.facebook.com/buatduitonlinehttps://www.facebook.com/buatduitonlinehttps://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/zuraidi.ishak.3https://www.facebook.com/zuraidi.ishak.3https://www.facebook.com/zuraidi.ishak.3https://www.facebook.com/ahmadlotfi.zubir.3https://www.facebook.com/ahmadlotfi.zubir.3https://www.facebook.com/ahmadlotfi.zubir.3https://www.facebook.com/ahmadlotfi.zubir.3https://www.facebook.com/zuraidi.ishak.3https://www.facebook.com/shuhairy.norhishamhttps://www.facebook.com/buatduitonlinehttps://www.facebook.com/buatduitonlinehttps://www.facebook.com/faizati.mohamedhttps://www.facebook.com/faizati.mohamedhttps://www.facebook.com/roslan.abhamid
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    19/29

    19

    E = Emosi (kawal)

    R = Redah.

    A = Ambil Berat (staf, pelanggan yang telah beli, pelanggan yang bakal membeli).

    N = Nekad.

    I = ILMU.

    Saya berikan 5 buku wajib baca pada saya:

    1. The Lean Startup by Eric Ries.

    2. Delivering Happiness by Tony Hsieh.

    3. Purple Cow by Seth Godin.

    4. Start Something That Matters by Bale Mycoskie.

    5. The Four Step To The Epiphany by Steve Blank.

    Syarikat paling parah apabila staff telah kutuk syarikat dari belakang. Itu tandasyarikat terus menjunam.

    PILIH 5 MENTOR PADA SATU MASA.

    5 Mentor dalam bidang yang mahu diceburi.

    5 mentor dalam ilmu kehidupan.

    Pilih pilih tempat mandi. Pertama teluk kedua pantai.

    Pilih pilih tempat menjadi, pertama elok kedua pandai.

    Tentukan siapa mentor kita. Usah salah pilih. Nanti buang masa buang tenaga.

    Mentor mesti orang yang telah capai kejayaan. Mesti orang yang telah banyakpengalaman. Mesti tulus luhur.

    Saya bukan mentor. Saya hanya orang desa yang mahu berkongsi. Tidak lebih dariitu. Dari bersembang di kedai kopi, baik berkongsi di FB.

    Suka kata-kata itu..

    Pilih pilih tempat mandi, pertama teluk, kedua pantai;

    Pilih pilih tempat menjadi,

    Pertama elok kedua pandai.

    TED TALK>

    Ada orang PM saya,

    "Dato' selalu kata tengok TED. Berikan saya 5 yang terbaik pada tontonan Dato'untuk kami tonton"

    Saya berikan 8 lah...

    1. Simon Snek. How Great Leaders Inspire Action.

    2.

    Col. Chris Hadfield.What I Learned From Going Blind in Space.

    https://www.facebook.com/AstronautChrisHadfieldhttps://www.facebook.com/AstronautChrisHadfieldhttps://www.facebook.com/AstronautChrisHadfield
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    20/29

    20

    3. Amy Cuddy. Your Body Language Shapes Who You Are.

    4. Dan Gilbert. The Surprising Science of Happiness.

    5. Seth Godin. On the Tribes We Lead.

    6. Gary Vaynerchuck. Do What You Love (No Excuse)

    7.

    John Gerzima. The Post Crisis Consumer.

    8. Susan Cain. The Power of Introverts.

    Seth Godin, dato ade sebut mase ibc

    when talking about introvert. Since im one of them. Dan apabila saya dengar TEDTalk ke #8, saya berbahagia menjadi seorang introvert walaupun orang mungkinnampak pelik. Since I choose to be different

    SUMPAHAN BERPUAKA TIGA TAHUN PERTAMA.

    25% startup gagal pada tahun pertama mereka beroperasi.

    36% dari 75% yang tinggal gagal pada tahun kedua.Ini bermakna 27% lagi telah tumbang dalam dua tahun pertama.

    Tinggal 48% sahaja yang survive pada tahun ketiga. dari 48% yang tinggal, 44% lagitumbang. Dari 100% yang asal tinggal 21,2% sahaja. Ini bermkana 78.8% syarikattutup kedai dalam 3 tahun pertama. Mudah cakap 80 dari 100 tutup kedai.

    Dari 80 yang tutup kedai itu pula , menurut bacaan dan pengalaman PuanGuruAinon Mohd., 82% syarikat bungkus adalah akibat ALIRAN TUNAI merekatercekik.Bukan disebabkan produk mereka tidak berkualiti. Bukan disebabkanproduk mereka tidak laku.

    1. Duit dibelanjakan pada tempat yang salah.

    2. Duit tersangkut di tangan orang:

    3. Hutang tidak dikutip secara berdisiplin.

    4. Kredit tidak diuruskan dengan betul.

    5. Invois tidak di-trek dengan sistematik.

    Alangkah benarnya pernyataan ini.

    Saya dah 11 tahun urus bisnes sendiri, y

    apa yg dato bagi fakta itu adalah tepat sekali, problem bagi bisnesman/woman yg

    blum establish ni dsbbkan modal pusingan tak cukup sbb hutang org tak bayar,

    selalu kena tipu serta spend pada mende2 tak kena waktu, satu lagi dato nak

    tambah, ramai org buat bisnes ikut org, tengok jual tudung nak tudung jual

    tudung gak, must be specialist skit, baru ada ummphh

    DEPAN MAYBANK WAKAF SIKU, KELANTAN.

    https://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdpts
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    21/29

    21

    Sambil tunggu isteri, saya minum. Dalam warung itu ada ramai orang. Duduk satumeja ada 3 orang. Seorang kata, "The more you give, the more you get". Segerasaya berpaling.

    Seorang lagi kata, "Haaaa, itu yang Dr Azizan Osman kata"

    Saya dengar dengan tekun. Apa lagi mereka nak kata.Yang berkata mula mula terus sambung. "Mahu lebih, beri lebih. Mahu pulanganlebih, labur lah lebih". Hati saya berdebar. Kata hati saya, perangkap cantik ni.

    Yang kata DAO kata, terus sambung berkata, "Labur aja rm100,000. Pulangannyasejuta. MLM ni memang macam tu. Mesti Labur Manyak Manyak".

    Yang ketiga masih diam. Yang pertama tadi terus berbicara, "Faham konsep. Inibukan skim. Ini adalah peluang sekali seumur hidup.Rancangan kerajaan nak atasigawat yang bakal datang"

    Saya bayar air dan keluar. Terasa panas pula Teh O Beng yang dimunum.

    Penyelewengan fakta tahap gaban. Sembang temberang.

    PEMBELAJARAN PUBLIC SPEAKING 16.12.2014

    Tuan Erman Abdurrahman:

    Cuba tuan terangkan kepada saya kefahaman tuan tentang Ethos. Pathos danLogos.

    Bijak berkata kata itu adunan tiga perkara: Pertama, perasaan yang halus,

    tersusun

    bermakna. Kedua, fasih berkata, panjang nafasnya, jelas kesan letupan, geseran

    dan kemerduannya. Ketiga, kaya bahasanya. Ada dua bentuk bahasa.Dipertuturkandan digayakan. Apabila kongruen, terjelma lah "al bayan". Ia mempesonakan orangyang mendengar.

    Dato mengikut penyampaian saya tempoh hari tu Ethos ialah penyampaian

    mengenai diri penyampai kadar perlu tak melebihi 10% dari jumlah masa yangdiberi. Logos ialah olahan 3 babak yang berturutan dan ikut kefahaman yang logik25% dari jumlah waktu yg diberi. Pathos pula penyampaian diolah dengan emosi.Juga umpama kuah kepada keseluruhan topik pada kadar 65% masa.

    Bagusss TuanErman Abdurrahman. Logos adalah logik. Data dan fakta. Pathosadalah tenunan cerita, wisdom orang tua, cantik bahasa, kiliran jenaka, adunansabda dan firman Tuhan yang menggemerlapkan lagi fakta dan data kering yangmahu dihidangkan.

    https://www.facebook.com/ermanmuslimhttps://www.facebook.com/ermanmuslimhttps://www.facebook.com/ermanmuslimhttps://www.facebook.com/ermanmuslim
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    22/29

    22

    Bijak

    berkata kata itu adunan tiga perkara: Pertama, perasaan yang halus, tersusunbermakna. Kedua, fasih berkata, panjang nafasnya, jelas kesan letupan, geseran

  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    23/29

    23

    dan kemerduannya. Ketiga, kaya bahasanya. Ada dua bentuk bahasa.Dipertuturkan dan digayakan. Apabila kongruen, terjelma lah "al bayan". Iamempesonakan orang yang mendengar.

    Ada masa mood serious. Ada masa mood happy. Ada masa mood sedih.Ada masamood selamba ceria. Lambakan fakta pada setiap mood yang kita ada.

    Kita takut pada sesuatu yang kita tak tahu.

    Kita gementar pada sesuatu yang kita belum cuba.

    Kita gubra pada berita yang separuh fakta.

    ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.

    Pada hari Ahad ini Puan GuruAinon Mohd.akan mengendalikan programmembangunkan syarikat. Antara tajuknya :Bagaimanakah kita dapat menjadi ahlilembaga pengarah sesebuah syarikat?

    Syarikat sendirian berhad wajib mempunyai ahli lembaga pengarah (ALP).

    Jumlah paling minimum adalah 2 orang ALP.

    Kedua-dua orang itu wajib memiliki saham dalam syarikat. Minimum saham yangwajib dimiliki adalah RM1.

    Jumlah maksimum adalah 9 orang ALP.

    Bagi syarikat sendirian berhad yang baru hendak didaftarkan, siapakah yang

    melantik ALPnya? Apabila kita yang hendak mendaftarkan syarikat sendirian berhaditu, maka kitalah yang memilih siapa yang hendak kita lantik menjadi ALP dalamsyarikat kita.

    Kita pilih sesiapa yang kita mahu. Minimum usia individu yang layak menjadi ALPadalah 18 tahun. Kita berikan nama-nama bakal ALP itu kepada companysecretary.Company secretary yang akan menguruskan pendaftaran syarikat dengan nama-nama itu sebagai ALPnya.

    Ringkasan nota untuk memudahkan kefahaman.

    1.

    Jumlah ALP adalah antara 2 - 9 orang sahaja.2. 2 orang sahaja yang wajib memiliki saham dalam syarikat itu. Yang lain

    tidak perlu memiliki saham sewkiranya tidak perlu. Sekiranya perlu, punboleh.

    3. Pemilik saham tidak wajib menjadi ALP.

    4. Usia layak menjadi ALP adalah 18 tahun.

    5. ALP boleh memegang jawatan dalam syarikat, dan menerima gaji bulananmacam staff lain.

    6. Staff pun boleh dilantik sebagai ALP. Selalunya dilantik bersandarkan

    kepakaran.

    https://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdpts
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    24/29

    24

    7. Jawatan yang lazim dipegang oleh ALP adalah:

    Pengerusi eksekutif - executive chairman

    Pengarah urusan - managing director

    Pengarah eksekutif - executive director

    CEO hadir. Dia kan bentang bagi pihak mangement. Masa BOD mahu buatkeputusan, CEO keluarlah sebab dia tiada kuasa mengundi. Yang ada kuasamengundi hanya BOD.

    Hidup ini bagai selimut singkat. Tutup kaki nampak kepala. Tutup kepala nampakkaki. Pandai pandai lah bawa diri. Kita nanti yang kena tanggung dan jawabsendiri.

    Bersihkan kolam jiwa biar sanubari berseri. Buang hasad dan dengki. Tiada iri hati.Insaf diri. Usah sombong diri. Jadi orang pintar bistari. Kepada Allah kita berserah

    diri.

    NOTA UNTUK WARGA EKONOMI PERSAHABATAN.

    Kata Tuan Aqif Azizan.

    Dia dengar dari Tuan Azizi Ali tentang 4 tindakan utama orang luar biasa.

    1. Tindakan #1 - Buku berilmu. Bukan buku bernafsu.

    Orang luar biasa akan gunakan masa mereka untuk membaca buku.

    Bukan buku yang melalaikan. Tetapi buku yang menambahkan ilmu pengetahuan.

    Orang luar biasa percaya, ilmu itu adalah penyuluh kehidupan. Tanpa ilmu, kitamudah sesat dan mudah gagal.

    2. Tindakan #2 - Hari minggu adalah hari majlis ilmu.

    Orang luar biasa menggantikan perkara hiburan di hujung minggu denganmenghadiri majlis ilmu. Mereka sanggup laburkan wang beribu ringgit dan masaberjam-jam untuk belajar dengan orang lain menerusi:

    1) Seminar.

    2) Kursus.

    3)

    Coaching.3. Tindakan #3 - Tidak jadi super hero.

    Orang luar biasa jarang buat semua kerja seorang diri.

    Mereka bijak menguruskan kehidupan dan kelemahan. Apa sahaja yang merekalemah, mereka akan:

    1) Cari pakar.

    2) Minta pakar untuk uruskan hal itu.

    4. Tindakan #4 - Membina ekonomi persahabatan bersama pakar.

    Orang luar biasa juga akan luangkan masa bersama dengan orang-orang pakar.

  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    25/29

    25

    Mereka percaya nilai persahabatan. Seperti kata-kata Pengerusi syarikatpenerbitan buku PTS, iaitu Puan Ainon Mohd, "Zaman sekarang adalah zamanekonomi persahabatan."

    Seminggu sekali, mereka akan pastikan diri mereka bergaul dengan orang-orangyang mempunyai kepakaran yang spesifik.

    Ermmm warga EKONOMI PERSAHABATAN - inilah yang kita lakukan sekarang.

    BERKONGSI TIDAK BERHENTI.

    Masa di IBC saya janjikan 3 hingga 4 pedoman bisnes dari pengalaman setiapminggu kepada peserta IBC sepanjang tahun 2015. Saya akan e mail kepadamereka. InsyaAllah.

    Sekarang saya buka satu lagi perkongsian. Setiap hari sepanjang tahun 2015, bagiyang berminat dengan Public Speaking saya akan e mailkan tips sederhana

    panjang. 365 tips. InsyaAllah. Hantarkan alamat e mail bagi yang berminat [email protected] dan katakan dalam paparan ini, "365 tips PSM"GENERASI ITU BUKAN PADA UMUR. IA PADA JIWA.

    FACEBOOK. Guru saya adalah Puan GuruAinon Mohd..Dia kata content Marketing.Kongsi dan kongsi. Saya buat. Dia kata TRIBE MARKETING. Dapatkan followersampai 20,000. Saya buat. Dia kata baca bukuSeth Godin. Saya telah baca 10buah. Apalagi perlu saya buat Puan Guru?

    INSTAGRAM. CikpuanSuraya Alibuatkan untuk saya. Sue kata posting gambar danfoto. Berikan saya masa sepanjang 2015. Saya akan buat buat dan buat.

    BLOG. Dalam proses. KingRaja Safuandiam aja. Mahu minum kopi dengan sahabatlamaDenaihati Ilhamku.

    E mail marketing: Tunggu berguru dengan TuanFaisal Abdullah.

    Apapun berlaku usah salahkan sesiapa atas salah dan silap yang terjadi. Kitatanggung dan jawab 100%. Matang usia itu tandanya kita sedia di palu. Kita bangkitatas pengalaman yang telah di lalui.

    40% dari apa yang kita lakukan setiap hari datangnya dari TABIAT HARIAN kita.

    Teori tingkahlaku mengatakan apabila kita berbuat sesuatu 20 kali ianya menjadi

    perbuatan yang melekat diri kita. Bila dibuat 40 kali ia sudah jadi habit kita.Apabila tret tingkahlaku dilakukan ianya menjadi personaliti kita

    Jarak Usia Muhammad Muda

    Muhammad Muda memulakan bisnesnya sendiri pada usia 18 tahun. Partner danpemodalnya berusia 33 tahun.

    Mereka tidak sama usia.

    Kata Puan GuruAinon Mohd.:

    Implikasi bagi orang muda yang baru pertama kali hendak memulakan bisnes:+ Jangan mulakan bisnes secara solo-solo.

    https://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/sethgodinhttps://www.facebook.com/sethgodinhttps://www.facebook.com/suelunatotshttps://www.facebook.com/suelunatotshttps://www.facebook.com/suelunatotshttps://www.facebook.com/sipenglipurlarahttps://www.facebook.com/sipenglipurlarahttps://www.facebook.com/sipenglipurlarahttps://www.facebook.com/denaihati.ilhamkuhttps://www.facebook.com/denaihati.ilhamkuhttps://www.facebook.com/denaihati.ilhamkuhttps://www.facebook.com/buatduitonlinehttps://www.facebook.com/buatduitonlinehttps://www.facebook.com/buatduitonlinehttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/ainonmohdptshttps://www.facebook.com/buatduitonlinehttps://www.facebook.com/denaihati.ilhamkuhttps://www.facebook.com/sipenglipurlarahttps://www.facebook.com/suelunatotshttps://www.facebook.com/sethgodinhttps://www.facebook.com/ainonmohdpts
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    26/29

    26

    + Berpartner dengan partner yang lebih tua dan mempunyai modal.

    + Pilih partner yang sudah mempunyai kejayaan dalam bisnes.

    Nota: Statistik di US menunjukkan usia purata pendiri syarikat-syarikat teknologiyang berjaya adalah 39 tahun.

    TuanNorlukmal Mat Ghani- Koperasi Ekonomi Persahabatan.

    Ini target kita - Koperasi Besar dalam tempoh tiga tahun.

    Nota dari Tuan Norizan, Teraju.

    "Dato Roslan Ab Hamid - Koperasi besar (perolehan lebih RM5 juta) ada 176,manakala koperasi sederhana ada 475. Daripada RM32 bil perolehan keseluruhankoperasi (11,000), sekitar 94% adalah dari koperasi besar. Dua koperasi iaitu BankRakyat dan KPF mencatatkan perolehan RM21 bil. Purata perolehan koperasisederhana ialah RM2.3 juta"

    Kita tidak buat sesuatu sekadar untuk "hidup segan mati tak mahu"

    JAWAPAN SAYA>

    Ramai PM mahu berhenti kerja "Putrajaya" dan mahu berniaga.Tanya, saya jawab "JANGAN". Usah masuk dua belah kaki dalam Planet Bisnes.Kerja 8 jam di Putrajaya. Ambil masa lepas jam 6 petang -4 jam untuk mulaberniaga.

    Apabila kita dapat kerja 12 jam sehari selama 3 tahun tanpa merungut penat, itutanda telah bersedia. Apabila pendapatan kerja 4 jam itu melebihi 3 kali gandadari kerja 8 jam di Putrajaya, maka berhentilah.

    Bisnes ini belantara berpuaka. Belajar dahulu menangani usikan jembalang dan

    lembaga sebelum masuk ke hutan ini.

    Demikian lah adanya jawapan saya.

    ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.

    Saya ikut sahaja apa Puan Guru kata. Ianya tentang "Risiko Membela Diri"

    Kata Puan Guru Ainon Mohd, apabila kita menuliskan sudut pandangan kita postdalam media sosial, salah satu risikonya adalah apa yang pendapat kita itu belumtentu disetujui oleh semua friend-FB kita.

    Mereka mungkin mengulas dan mengkritik, malah mungkin menghentam sudutpandangan kita itu. Apabila itu berlaku:

    Pertama, Diam sahaja. Jalan terus.

    Kedua, Jangan mempertahankan sudut pandangan kita itu.

    Ketiga, Jangan membela diri sendiri.

    Keempat, Jika memang sudut pandangan kita itu salah, jangan mengaku salah,tidak perlu meminta maaf. Baiki kesilapan itu. Baiki sahaja diri kita. Baiki sahajapenulisan kita seterusnya. Jalan terus.

    Berdamailah dengan Diri.

    https://www.facebook.com/norlukmal.matghanihttps://www.facebook.com/norlukmal.matghanihttps://www.facebook.com/norlukmal.matghanihttps://www.facebook.com/norlukmal.matghani
  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    27/29

    27

    NOTA BISNES.

    Kunci kejayaan dalam bisnes adalah ketangkasan.

    Sesiapa yang memperlahankan larian, bakal ketinggalan.

    Bisnes itu ada dua ilmu:

    ILMU BISNES

    ILMU MENGURUS BISNES.

    MBA adalah ilmu mengurus bisnes. Ianya banyak tentang Individualistic Focus.

    Ianya ilmu sukatan.

    Ilmu BIsnes adalah tentang "company first" not a "me first" attitude.

    Ianya ilmu dapatan.

    Usahawan mesti tahu banyak tentang Ilmu Bisnes. Tugas pertama orang bisnesadalah mengajar ilmu bisnes. Tugas kedua orang bisnes adalah mengambilpengurus pengurus terlatih terutamanya lulusan MBA untuk menguruskan bisneskita secara profesional.

    Dalam Ilmu Bisnes ini ada dua pula:

    ILMU BERNIAGA. Ini ibarat ilmu 'menyusun bata'.

    ILMU MEMBANGUNKAN SYARIKAT. Ini ibarat ilmu 'mendirikan menara'.Untuk membangunkan syarikat kita mesti ada ketangkasan untuk survive. Banyakanmembayar Yuran Kebijaksanaan dari terpaksa membayar Cukai Kebodohan.

    Belajar tentang "STRATEGI". Strategi adalah apa yang ada dalam minda. Taktikadalah apa yang nampak depan mata. Kita boleh meletakan target. Namun, tanpasistem yang betul, target adalah angan angan kosong belaka.

    Belajar tentang "MELIHAT". Melebar, mendalam dan berterusan melihatpersekitaran. Perubahan yang berlaku dan bakal berlaku mencabar kebiasaanseorang usahawan. Usah jatuh cinta dengan produk buatan sendiri. Tatkala orang

    mahu "jeruk berapi" kita usah bertahan dengan "mee kari"Belajar tentang "PERCUBAAN". Test and learn strategy. Inilah yang dipanggil risikoyang boleh dipertimbangkan dan inovasi yang diurus sempurna.

    Belajar tentang "PERLAKSANAAN". Keupayaan dan kebolehan untuk berbuat. Buatdan buat sampai dapat.

    ILMU BISNES DARI PERGURUAN AINON MOHD.

    1. Kata Puan Guru Ainon Mohd, kita mesti pandai santun berbeza pendapat dalamFB. Orang hanya akan menyerahkan duitnya kepada orang bisnes yang disukainya.

    Berbisnes adalah berkawan-kawan. Semakin banyak kawan, semakin mudahmenjalankan bisnes. Orang bisnes berkawan dengan semua orang.

  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    28/29

    28

    2. Puan Guru memberikan "Tip menambah kawan dalam FB":

    Apabila ada Friend-FB mengemukakan pendapatnya dalam post di wallnya, kitaLIKE apabila sudah membacanya.

    Setuju ataupun tidak setuju, LIKE sahaja. Tanda kita sudah membaca postnya.

    Friend kita itu akan sukacita kita sudi membaca pendapatnya.3. Tambah Puan Guru, Tip jangan hilang kawan dalam FB:

    Apabila kita tidak setuju dengan pendapat Friend-FB kita, lakukan begini:

    Jangan kita tulis komen dengan mengatakan pendapatnya itu salah. Iamenjatuhkan air mukanya. Kita telah memberitahu semua kawan-kawan FB-nyabahawa pendapatnya itu salah.

    Jika ada fakta yang disebutnya salah, cara yang betul memberitahunya adalahdengan menulis nota di dalam inboxnya fakta yang betul. Dengan itu kita menjagaair mukanya.

    Jika kita menolak pendapatnya, jangan tulis pendapat kita di wallnya. Kita tulispendapat kita di wall FB kita sendiri. Jangan sebut namanya. Tulis sahaja pendapatkita.

    4. Puan Guru menyambung pula tentang "Pengaruh Cerita".

    Pakar-pakar psikologi US sudah lama mengetahui fakta bahawa cerita sangatmudah mempengaruhi orang. Manusia suka mendengar cerita. Manusia mudahpercaya kepada cerita-cerita.

    5. Kata Puan Guru, Cerita lebih kuat daya pengaruhnya dibandingkan dengan fakta!Apabila orang sudah percaya kepada cerita, mereka menolak fakta yang tidak

    menyokong cerita itu.6. Menurut Puan Guru, hasil kajian pakar-pakar psikologi di US itu telahdiekploitasi oleh dunia kejurujualan. Mereka telah mempergunakan cerita-ceritadan teknik-teknik bercerita sebagai alat-kerja bagi menaikkan angka jualan.

    Demikianlah adanya.

    Saya tidak mengajak orang bertumbuk. Saya hanya orang kecil.

    Saya juga tidak layan ajakan bertumbuk. Tiada dendam di hati saya.

    Masa saya di dunia amat singkat. Waktu untuk berangkat telah hampir.

    Sesiapa yang tidak dapat mengawal emosi dan dialog dalamannya tidak akan dapatmencapai potensinya.

    Satu perkara yang hanya ada dalam pentas DAO, pelajar berlari mengambiltempat. ENERGI sungguh tinggi.

    LIMA RISIKO ATAS PENTAS.

    Ada Lima Risiko apabila kita buka mulut atas pentas:

  • 8/10/2019 Nota Roslan Hamid

    29/29

    1. Risiko "terdedah" kita tentukan berapa banyak orang (audiens) perlu tahutentang "private life" kita. Manusia tanpa wajah dan rupa tidak suka pada "virtualspotlight".

    2. Risiko kedua adalah kita mungkin melakukan perkara yang berbeza dari perkarayang biasa kita lakukan. Diatas pentas kita dapat kembali semula kepada zamankanak-kanak, penuh kreativiti. Kita keluar dari dunia yang didominasi oleh prosesdan prosedur.

    3. Risiko ketiga adalah kita mungkin boleh gagal dan kita bakal dicemuh. Dalambahasa mudah, semua yang berlaku adalah peristiwa, bukan "gagal atau berjaya".

    Berdamai dengan diri - semuanya sekadar "interpretation on an observation".Apakah semasa kecil tatkala jatuh basikal kita definasikan ia sebagai "kegagalan".

    (Bersambung).

    Kuda yang diajar secara jerit dan laung tidak akan akur pada bisikan arahan..