Nota Ruhul Istijabah

download Nota Ruhul Istijabah

of 10

Transcript of Nota Ruhul Istijabah

  • 7/30/2019 Nota Ruhul Istijabah

    1/10

    (Semangat Menyambut Seruan)

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------

    -------------------------Selepas mendapat tajuk ini, para peserta dapat:

    1. Menggambarkan suasana Ruhul Istijabah para Sahabat RA kepada seruan Allah danRasul.

    2. Memahami kepentingan bersegera dalam menyambut setiap seruan Allah dan Rasul-Nya.

    3. Merasai nikmatnya bersegera menyambut seruan dalam setiap amal-amal kebaikan.4. Menjelaskan 4 jenis Istijabah iaitu Fikriyah, Nafsiyah, Maaliyah dan Harakiyah.5. Memberi cadangan tentang aspek praktikal untuk dilaksanakan bagi setiap Istijabah.

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------

    -------------------------

    A. Pengenalan:Menjelang Perang Badar, Rasulullah SAW ingin mengetahui setakat mana kesediaan para

    Sahabat RA menghadapi perang pertama dalam sejarah umat Islam itu. Sebuah perang yang

    akan menentukan hidup atau berkuburnya Dakwah Islamiyah di muka bumi ini.

    Dari kalangan Muhajirin, Abu Bakar RA dan Umar RA tanpa ragu-ragu segera menyambut

    seruan jihad tersebut. Kemudian, Miqdad bin 'Amru RA pula mengatakan;

    "Ya Rasulullah, laksanakanlah apa yang telah diberitahu Allah kepadamu, kami tetap akan

    bersamamu. Demi Allah, kami tidak akan mengatakan kepadamu seperti apa yang dikatakan

    Bani Israel kepada Nabi Musa AS, "Pergilah kau bersama Rabbmu dan berperanglah, kami

    tetap duduk di sini." Sebaliknya kami akan mengatakan kepadamu, "Pergilah kau bersama

    Rabb-Mu dan berperanglah, kami ikut berperang bersamamu." Demi Allah yang mengutusmu

    membawa kebenaran, jika kau mengajak kami ke Barkul Ghimad (di Yaman), pasti kami tetapmengikutimu sampai ke sana!"

    Dari kalangan Ansar pula, Saad bin Muadz RA berkata kepada Rasulullah SAW;

    Barangkali kau khuatir jika kaum Ansar memandang bahawa mereka wajib menolongmu di

    negeri mereka (Madinah) sahaja. Aku sebagai wakil kaum Ansar menyatakan, jalankan apa

  • 7/30/2019 Nota Ruhul Istijabah

    2/10

    yang kau kehendaki, jalinlah persaudaraan dengan siapa saja yang kau kehendaki dan

    putuskanlah tali persaudaraan dengan siapa saja yang kau kehendaki. Ambillah harta benda

    kami sebanyak yang kau perlukan dan tinggalkanlah untuk kami seberapa saja yang kau

    sukai, apa saja yang kau ambil dari kami itu lebih kami sukai daripada yang kau tinggalkan.

    Apapun yang kau perintahkan maka kami akan mengikutinya. Demi Allah, jika kau berangkatsampai ke Barkul Ghimad, kami akan berangkat bersamamu. Demi Allah, jika kau

    menghadapkan kami pada lautan kemudian kau terjun ke dalamnya, maka kami pun akan

    terjun ke dalamnya bersamamu."

    Setelah mendengar pengakuan kesediaan dan sambutan para Sahabat terhadap seruan

    jihad Allah dan Rasul-Nya itu, maka berangkatlah pasukan Islam ke medan Badar.

    Walaupun kekurangan persediaan senjata dengan ada sahabat yang hanya bersenjatakan

    pelepah tamar dan berbekalkan 2 ekor kuda dan 70 ekor unta, mereka tidak pernah ragu-

    ragu atau berpaling dari medan jihad Badar.

    Akhirnya, 1000 orang tentera Musyrikin Mekah dengan 200 ekor kuda dan unta serta

    bersenjata lengkap itu yang dikalahkan oleh tentera-tentera Allah ini.

    Begitulah contoh teladan para generasi terunggul Dakwah dan Tarbiyah ini dalam

    menyambut seruan Allah dan Rasul-Nya!!

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    ---------------------------

    B. Semangat Menyambut Seruan ( ):Firman Allah SWT di dalam Al-Quran tentang Ruhul Istijabah:

    Hai orang-orang yang beriman,penuhilah seruan Allah dan seruan Rasul apabila Rasul

    menyeru kamu kepada suatu yang memberi kehidupan kepada kamu, dan ketahuilah

    bahawa sesungguhnya Allah membatasi antara manusia dan hatinya, dan sesungguhnya

    kepada-Nya lah kamu akan dikumpulkan."(Al-Anfal 8:24 )

    Dalam Tafsir Al-Jalalain, maksud "penuhilah" itu ditafsirkan sebagai "mentaati".

    Manakala "sesuatu yang memberi kehidupan kepada kamu" ditafsirkan sebagai "hal

    berkaitan dengan Ad-Din, kerana hal-hal itulah yang akan menyebabkan kehidupan

    yang kekal."

  • 7/30/2019 Nota Ruhul Istijabah

    3/10

    Ibnu Katsir dalam tafsirnya pula membawa penjelasan 'Urwah bin Az-Zubair RA tentang ayat

    ke-24 ini sebagai:

    Sambutlah tatkala seruan jihad dikumandangkan, nescaya Allah akan memberikanmukemungkinan setelah kelemah-lembutan, kekuatan setelah kelemahan, dan melindungimu

    daripada musuh yang ingin menindasmu."

    Imam Hassan Al-Banna pula berkata:

    "Dakwah pada tahap Takwin (Pembentukan) adalah Sufi dari sisi Ruhiyah dan 'Asykari

    dari sisi Amaliyah, slogannya adalan Amrun wa Tha'atun (Perintah dan Taat) tanpa

    wujud rasa bimbang, ragu, komentar dan rasa berat."

    ----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    ---------------------------

    Terdapat 4 aspek Ruhul Istijabah yang perlu diperhatikan oleh para aktivis dakwah iaitu:

    1. (Menyambut dengan Penuh Kesedaran & Fikiran)2. (Menyambut dengan Perasaan & Emosi)3. (Menyambut dengan Harta Benda)4. (Menyambut dengan Tindakan & Pergerakan)-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    1. (Menyambut dengan Penuh Kesedaran & Fikiran)Ikhwani wa akhawati Fillah;

    Ketika mendapat tugasan atau arahan daripada Qiyadah (juga Murabbi), kita perlu

    memahami dengan penuh kesedaran bahawa apa yang akan dikerjakan itu adalah dalam

    rangka taat kepada perintah Allah SWT dan untuk mendapatkan keredhaan-Nya.

    Kita juga menyakini bahawa segala kerja, tugasan dan aktiviti yang akan kita lakukan dengan

    ikhlas serta bersungguh-sungguh ini insyaallah akan diganjari pahala oleh Allah SWT.

    Dan yang tidak kurang pentingnya, kita hendaklah sedar bahawa mentaati perintah

    pemimpin yang beriman itu adalah arahan langsung daripada Allah SWT dan Rasulullah

    SAW.

  • 7/30/2019 Nota Ruhul Istijabah

    4/10

    Firman Allah SWT:

    "Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan pemimpin

    di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka

    kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur'an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar

    beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebihbaik akibatnya."(An-Nisa' 4:59)

    Rasulullah SAW bersabda lagi:

    "Seorang muslim wajib mendengar dan taat dalam perkara yang dia sukai atau benci

    selama tidak diperintahkan untuk bermaksiat. Apabila diperintahkan untuk bermaksiat,

    maka tidak ada kewajiban mendengar dan taat.(HR Bukhari)

    Setelah kita dengan penuh kesedaran menerima tanggungjawab dan tugasan yang

    diberikan, termasuk dalam Istijabah Fikriyah juga adalah dengan kita memikirkanbagaimanakah kita mampu melaksanakan segala tugasan itu dengan baik.

    Maka, mulalah 'Brainstorming' input dan idea yang diberikan Qiyadah, kemudian

    cambahkannya dengan idea dan pendapat kita secara kreatif dan inovatif.

    Contohilah para Sahabat RA:

    - Habab bin Al-Munzir RA sewaktu Perang Badar yang mengusulkan kepada Rasulullahagar dipindahkan posisi tentera Muslimin ke tempat yang lebih stategik.

    - Kreativiti Salman Al-Farisi yang mencadangkan agar digali parit mengelilingi Madinahdalam Perang Khandaq.

    - Perang Qadisiyyah melawan Parsi. Tentera Islam mengalami kesulitan kerana kuda-kudamereka takut kepada gajah-gajah Parsi. Qa'qa' bin Amr membuat inovasi berupa replika-

    replika gajah yang besar untuk membiasakan kuda-kuda tentera Islam dalam latihan.

    Hasilnya, dalam peperangan sebenar, tiada lagi kuda-kuda yang lari ketakutan kepada

    gajah dan memberikan kemenangan gemilang buat tentera Muslimin.

    Begitulah ikhwah dan akhwat sekalian, adakah kita sudah memaksimakan Ruh Istijabah

    Fikriyah dalam dakwah ini? Kita telah mengetahui adanya kebenaran, tapi sejauh mana kita

    mencurahkan segala fikiran, idea, serta pendapat untuk menegakkan kebenaran itu?

    Firman Allah SWT:

    "Adakah orang yang mengetahui bahwasanya apa yang diturunkan kepadamu dari

    Tuhanmu itu benar sama dengan orang yang buta? Hanyalah orang-orang yang

    berakal saja yang dapat mengambil pelajaran."(Ar-Ra'd 13:19)

  • 7/30/2019 Nota Ruhul Istijabah

    5/10

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------

    ------------------------

    2. (Menyambut dengan Perasaan & Emosi)

    Ikhwani wa Akhawati Fillah;

    Tatkala kita dipanggil untuk diamanahkan sebarang tugasan (Tarbawi, Dakwi, mahupun

    Tanzimi), maka bergegaslah untuk menyambutnya dengan perasaan gembira, senang hati

    dan penuh semangat!

    Penuhi hatimu dengan rasa bahagia kerana Allah SWT memberikan satu lagi peluang untuk

    menyumbang kepada tertegaknya Ad-Din Allah yang dicintai ini.

    Kita telah memahami bahawa Dakwah merupakan simulasi kepada Jihad. Kedua-duanya

    berkongsi tujuan dan matlamat yang sama; iaitu demi meruntuhkan taghut dan agar

    tegaknya Ad-Din Al-Islam di muka bumi ini.

    Oleh itu, tidak kiralah ketika diseru itu kita dalam keadaan berat atau ringan, mudah atau

    payah, cukup atau kurang, maka berangkatlah untuk menyambutnya!

    Firman Allah SWT:

    "Berangkatlah kamu baik dalam keadaan merasa ringan atau pun merasa berat, dan

    berjihadlah dengan harta dan dirimu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik

    bagimu jika kamu mengetahui." (At-Taubah 9:41)

    Contohilah keteladanan para kader Dakwah yang dibina langsung oleh Rasulullah SAW.

    Bagaimana tatkala seruan jihad berkumandang, mereka tanpa ragu-ragu terus

    menyambutnya dengan gembira dan bersemangat!

    Malah, Allah SWT merakam kesedihan dan kedukaan mereka apabila mereka tidak mampu

    memenuhi seruan jihad itu kerana keuzuran atau tiada kenderaan...

    Firman Allah SWT:

    "Dan tiada (pula dosa) atas orang-orang yang apabila mereka datang kepadamu, supaya

    kamu memberi mereka kenderaan, lalu kamu berkata: "Aku tidak memperoleh kendaraan

    untuk membawamu", lalu mereka kembali, sedang mata mereka bercucuran air mata

    kerana kesedihan, lantaran mereka tidak memperoleh apa yang akan mereka

    nafkahkan."(At-Taubah 9:92)

  • 7/30/2019 Nota Ruhul Istijabah

    6/10

    Bagaimana pula dengan kita? Apabila diberikan sesuatu tugas... atau sekadar diminta untuk

    menghadiri program-program Tarbawi... adakah kita menyambutnya dengan gembira dan

    bersemangat?

    Atau dengan bermalas-malasan kerana terpaksa 'membazirkan' masa cuti? Sedihkah kita jika

    tidak dapat pergi ke program tersebut? Atau kita gembira kerana ada alasan untuk tidakpergi?

    Ingatlah firman Allah SWT ini:

    "Hai orang-orang yang beriman, apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu:

    "Berangkatlah (untuk berperang) pada jalan Allah" kamu merasa berat dan ingin tinggal di

    tempatmu?Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di

    akhirat?padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di

    akhirat hanyalah sedikit."(At-Taubah 9:38)

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------

    ------------------------

    3. (Menyambut dengan Harta Benda)Ikhwani wa akhawati Fillah;

    Dakwah untuk menegakkan kerja Dinul Islam di muka bumi ini merupakan projek besar dan

    mega, malah tidak ada kerja-kerja yang lebih besar daripadanya. Maka, dakwah ini

    memerlukan dana yang sangat besar seperti projek-projek mega yang lainnya, bahkan lebih

    banyak lagi peruntukannya!

    Oleh sebab itulah, kita sudah terlalu biasa mendengar pengorbanan seluruh harta benda

    yang tiada taranya di kalangan para duat terdahulu. Menafkahkan harta dan jiwa sudah

    menjadi pakej yang tidak mungkin terpisahkan lagi antara daI dan dakwah!

    Firman Allah SWT:

    Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta merekadengan memberikan syurgauntuk mereka...(At-Taubah 9:111)

    Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan solat dan

    menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan

    diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkanperniagaan yang tidak akan

    merugi.(Al-Faathir 35:29)

  • 7/30/2019 Nota Ruhul Istijabah

    7/10

    Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang

    dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah

    dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih

    baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.(As-Saff 61:10-11)

    Merenung maksud ayat-ayat di atas, adakah kita masih merasa bakhil dan kedekut untuk

    menafkahkan sebahagian daripada rezeki kita untuk dakwah ini? Adakah kita masih merasa

    berat untuk sekadar membayar RM 10, 20 untuk yuran program?

    Bukankah slogan kita: Sunduquna Juyuubuna- Tabung Kami, Poket Kami?!

    Tidak yakinkah kita dengan janji-janji Allah SWT bahawa segala infaq kita di jalan-Nya ini

    tidak akan pernah sia-sia?

    Firman Allah SWT:

    Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di

    jalan Allah adalah serupa dengan sebiji benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada

    tiap-tiap tangkai: seratus biji. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia

    kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.(Al-Baqarah 2:261)

    Apa saja yang kamu nafkahkan pada jalan Allah nescaya akan dibalas dengan cukup

    kepadamu dan kamu tidak akan dianiaya (dirugikan).(Al-Anfal 8:60)

    Sila baca kisah-kisah pengorbanan Khadijah RA, Abu Bakar RA, Uthman RA dan Abdul

    Rahman bin Auf RA dalam menafkah harta benda mereka untuk dakwah ini.

    ------------------------------------------------------------------------------------------------------

    ------------------------

    5. (Menyambut dengan Tindakan & Pergerakan)Ikhwani wa akhawati Fillah;

    Dakwah dan perjuangan ini perlukan para aktivis yang sanggup berkerja, bukan semata-

    mata yang mampu bercakap dan berfalsafah! Sudah ramai orang yang boleh bercakap

    tentang kesempurnaan sistem Islam, tetapi tidak ramai yang sanggup berkerja, bergerak,

    dan bertindak agar sistem yang sempurna itu tertegak di muka bumi ini!

  • 7/30/2019 Nota Ruhul Istijabah

    8/10

    Oleh itu, apabila jundiyah mendapat arahan, tugasan, atau perintah daripada qiyadahnya

    hendaklah menyambutnya dengan tindakan yang segera, tanpa menangguh-nangguh lagi!

    Cepat & Cergas mungkin kita boleh pinjam motto Grup Gerak Khas (GGK) a.k.aKomando Malaysia dalam membayangkan bagaimana respon kita terhadap seruan dakwah

    ini.

    Ingatlah bahawa Al-Wajibaat aktsar minal Awqaat, Kewajipan-kewajipan kita ini

    tersangatlah banyak berbanding masa yang ada.

    Dengan dakwah ini sudah memasuki era yang baru, maka pastilah cabaran dan tuntutan

    untuk bekerja itu lebih tinggi. Jika kita menangguh-nangguh masa beramal, maka kita akan

    ketinggalan dalam rombongan dakwah yang bergerak laju ini!

    Golongan yang bergerak akan terus bergerak, dan orang yang memilih untuk berdiam diri

    akan ditingggal jauh di belakang

    Bacalah kisah Perang Tabuk dan renungilah penyeksaan batin 3 orang Sahabat (Murarak

    bin Rabi RA, Hilal bin Umayyah RA dan Ka'ab bin Malik RA) yang tertinggal kerana

    menangguh-nangguh keberangkatan ketika perang Tabuk.

    C. Kesimpulan:Ikhwani wa Akhawati Fillah;

    Nikmat yang paling besar dan perlu disyukuri oleh kita semua adalah kesudian Allah SWT

    dan kehendak-Nya menyelitkan nama kecil kita ini di dalam senarai panjang nama-nama

    yang ingin menegakkan Dinul Islam di muka bumi ini.

    Ini bukanlah disebabkan Allah SWT ingin menyusahkan atau membebankan kita dengan

    tanggungjawab tersebut. Sebaliknya merupakan tanda kecintaan dan rahmah-Nya kepada

    kepada kita!

    Oleh yang demikian, terpulanglah kepada kita untuk terus menyambut huluran kecintaan ini

    ataupun tidak. Kita boleh saja mengabaikannya Pura-pura tidak tahu

    Tapi, kita juga boleh bergegas menyambut segala peluang mendekatkan diri kepada-Nya

    dengan segera! Secara Fikriyah, Nafsiyah, Maaliyah dan juga Harakiyah!

  • 7/30/2019 Nota Ruhul Istijabah

    9/10

    Semoga Allah memberikan kepada kita semua kekuatan

    Kita akhiri tajuk ini dengan sama-sama mentaddabur firman Allah SWT ini:

    Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya. Dia

    telah memilih kamu dan Dia sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama

    suatu kesempitan. (Ikutilah) agama orang tuamu Ibrahim. Dia (Allah) telah menamai kamu

    sekalian orang-orang muslim dari dahulu, dan (begitu pula) dalam (Al Qur'an) ini, supaya

    Rasul itu menjadi saksi atas dirimu dan supaya kamu semua menjadi saksi atas segenap

    manusia, maka dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berpeganglah kamu pada tali

    Allah. Dia adalah Pelindungmu, maka Dialah sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik

    Penolong.(Al-Hajj 22:78)

    Wallahu alam. Moga bermanfaat! ^^

    Rujukan dan Bahan Bacaan:

    1. Al-Quran Terjemahan2. Ruhul Istijabah, Rasmul Bayan3. Sirah Nabawiyah, Mustafa As-Sibaie4. Tafsir Al-Jalalain5. Tafsir Ibnu Kathir

    Skema Peta Minda:

  • 7/30/2019 Nota Ruhul Istijabah

    10/10