Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

download Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

of 12

Transcript of Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    1/12

    - 1 -

    MODUL TAHANAN

    1.0 PENDAHULUANModul Tahanan ini diadakan bertujuan untuk memberi garispanduan

    khususnya kepada Institusi Pemulihan Akhlak dan Tempat TahananPerlindungan dalam melaksanakan pemulihan terhadap tahanan-tahananyang telah dikenakan perintah tahanan. Modul ini juga disediakan bagimemberikan bentuk pemulihan yang seragam kepada semua tahanantanpa membezakan tempoh hukuman dan jenis kesalahan yang dilakukan.

    Pendekatan modul ini adalah berdasarkan kepada Pelan PembangunanInsan yang mana ianya mempunyai tiga fasa, iaitu Pembinaan Disiplin,Pengukuhan Sahsiah, Program Latihan dan Kemahiran Sosial.

    2.0 TEMPAT TAHANAN PERLINDUNGAN2.1.1 Tempat Tahanan Perlindungan adalah merupakan tempat untuk

    menahan orang-orang yang melakukan kesalahan di bawah AktaKeselamatan Dalam Negeri.

    2.1.2 Pengertian Orang Tahanan ialah orang yang ditahan oleh kerajaandengan Surat Kuasa `Order of Detention dan orang ini akanditahan di Tempat Tahanan Perlindungan dan dikenali denganpanggilan `Orang Tahanan. `Order of Detention adalah satuPerintah Tahanan yang ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri

    untuk menahan mana-mana orang yang melakukan kesalahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

    2.1.3 Akta Keselamatan Dalam Negeri merupakan suatu akta yangdiluluskan oleh parlimen untuk menjaga keselamatan dalam negaraMalaysia. Akta ini bertujuan untuk mencegah perbuatan-perbuatanyang menimbulkan huru-hara dalam negara atau perbuatan-perbuatan yang hendak menggulingkan kerajaan atau pemerintahtanpa mengikut lunas undang-undang yang sah. Ianyadikuatkuasakan pada 1 hb. Ogos 1960.

    2.1.4 Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960, Seksyen 8 (1) memberikuasa kepada Menteri Dalam Negeri untuk menahan mana-manaorang daripada melakukan sesuatu kegiatan yang bolehmengancam keselamatan dalam negara atau menimbulkan huru-hara. Mereka ini akan ditahan di Tempat Tahanan Perlindungandalam tempoh tidak lebih daripada 2 tahun.

    2.1.5 Kesalahan-kesalahan di Bawah Akta Keselamatan Dalam Negeriadalah seperti berikut :

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    2/12

    - 2 -

    a) Bergiat menceburkan diri di dalam kegiatan-kegiatan pro-komunis.

    b) Memiliki senjata api dan bahan letupan.c) Memakai pakaian seragam tentera dan menjalani latihan tentera

    dengan menggunakan senjata api.d) Mencetak dan menerbitkan buku-buku subversif.e) Menampalkan pelekat-pelekat yang bersifat subversif.f) Membuat laporan yang palsu atau kenyataan yang palsu yang

    mungkin menimbulkan gamgguan awam.g) Memiliki dokumen-dokumen subversif.h) Membekalkan bahan-bahan makanan kepada pengganas-

    pengganas komunis.i) Menghasut atau mempengaruhi fikiran rakyat untuk

    menderhaka kepada kerajaan.j) Mengapikan perasaan perkauman supaya menimbulkan

    permusuhan di antara penduduk yang berbilang kaum.k) Memberi maklumat kepada negara-negara luar atau

    membocorkan rahsia-rahsia mengenai hal ehwal negaraMalaysia.

    l) Pelampau-pelampau Agama yang boleh menjejaskankeselamatan negara.

    Selain daripada itu, undang-undang ini juga mencegah penuntutbergerak cergas dalam persatuan dengan secara berkumpulan yangmengandungi 5 orang atau lebih. Manakala pertubuhan yangmempunyai ahli-ahli lebih daripada 10 orang mestilah mendaftarnamanya di Pejabat Pendaftaran Kesatuan sebelum dibenarkanbertugas atau menjalani kesatuan itu.

    3.0 OBJEKTIF MODUL TAHANANAntara objektif utama diwujudkan Modul Tahanan ini adalah untuk:

    3.1 Memberi penekanan dalam pemulihan fizikal dan mental orangtahanan bagi memastikan mereka menjalani kehidupan lebih baikselepas dibebaskan;

    3.2 Memastikan orang tahanan dapat menumpukan lebih perhatiankepada program kerohanian melalui pendekatan keagamaan danmoral bagi membentuk individu yang berfikiran positif dalamkehidupan;

    3.3 Melatih orang tahanan supaya menjadi individu berguna danproduktif selaras dengan norma-norma sosial;

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    3/12

    - 3 -

    3.4 Meningkatkan kefahaman dan pengetahuan kepada tahanantentang pemupukan disiplin dan pengukuhan sahsiah dalam dirimereka;

    3.5 Memberi peluang kepada tahanan mendalami lebih mendalam lagiberkenaan dengan kemahiran sosial dan vokasional di penjara;

    3.6 Memupuk nilai kesedaran dan keinsafan dalam diri tahanan supayamenjadi pengajaran yang berguna dan tidak terjerumus lagi denganaktiviti-aktiviti yang dilakukan sebelum ini;

    3.7 Memberi didikan agama yang secukupnya tentang moral dan nilaidiri dalam kehidupan manusia;

    3.8 Mengajar mereka mengikut kemahiran vokasional yang ada agarmenjadi bekalan apabila dibebaskan kelak.

    4.0 PELAN PEMBANGUNAN INSAN

    Program pemulihan yang dijadikan teras kepada Modul Tahanan ini adalahPelan Pembangunan Insan. Bagi mencapai program Pelan PembangunanInsan ini, empat fasa telah dibentuk iaitu :

    4.1 Program Pembinaan Disiplin (Fasa 1)Program ini dibentuk dengan objektif utamanya adalah untukmelahirkan penghuni yang berdisiplin dan mematuhi arahan sertamelahirkan penghuni yang cergas dan mengamalkan gaya hidup

    sihat. Antara modul yang terdapat dalam program ini adalah modulinformasi, modul fizikal dan pembentukan disiplin, modulsivik/moral, modul motivasi, modul kenegaraan, modul kaunselingdan modul kerohanian.

    4.2 Program Pengukuhan Sahsiah (Fasa 2)Program Pengukuhan Sahsiah merupakan core treatment dalamPelan Pembangunan Insan. Program ini dilaksanakan dalamtempoh antara 6 bulan hingga 12 bulan di mana penekanan adalahdiberi kepada aspek pembentukan jati diri dan pembentukan sikappositif. Ianya merupakan teras utama yang mengisi modul-modul

    yang terdapat dalam program ini. Antara modul utama yangterdapat dalam program ini adalah Modul Halaqah dan ModulTherapeutic Community.

    4.3 Program Latihan dan Kemahiran Sosial (Fasa 3)

    Objektif utama Program Latihan dan Kemahiran Sosial ini adalahuntuk melahirkan banduan mahir dan bersijil serta banduan yangcemerlang dalam bidang sukan. Antara modul utama yangterdapat dalam program ini adalah modul kemahiran bersijil, modul

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    4/12

    - 4 -

    vokasional, modul usahasama dalam penjara dan modulkecemerlangan sukan. Disamping modul-modul di atas, modulkerohanian juga masih menjadi modul teras dalam fasa ini di manamodul ini akan dilaksanakan kepada semua penghuni tanpamengambil kira anutan agama mereka. Selain daripada itu, modulini juga adalah untuk mendedahkan kepada tahanan tentang

    latihan-latihan kerjaya dan asas keusahawanan melalui ceramah-cermah yang berkaitan dengannya.

    5.0 KERANGKA MODUL PEMULIHAN ORANG TAHANAN

    5.1 Perlaksanaan Modul Tahanan adalah mengikut Fasasepertimana berikut:

    a) Fasa 1 : Program Pembinaan Disiplinb) Fasa 2 : Program Pengukuhan Sahsiah

    c) Fasa 3 : Program Latuhan dan Kemahiran Sosial

    5.2 Tempoh masa setiap fasa dalam Modul Tahanan

    Secara umumnya, tempoh masa setiap modul adalah ditetapkanseperti berikut.

    TEMPOHMASA

    HUKUMANFASA 1 FASA 2 FASA 3

    2 tahun 3 bulan 6 bulan 15 bulan

    18 bulan 3 bulan 6 bulan 9 bulan1 tahun 3 bulan 6 bulan 3 bulan

    6.0 FASA 1 : PROGRAM PEMBINAAN DISIPLIN TAHANAN

    Sebagai institusi ketiga dalam sistem keadilan jenayah di negara kita,Jabatan Penjara Malaysia telah dipertanggungjawabkan untukmenempatkan dalam jagaan yang selamat pesalah yang telah dijatuhihukuman dan memulihkan pesalah-pesalah tersebut agar dapat kembalike pangkuan masyarakat sebagai warganegara yang normal dan produktif.

    Sehubungan dengan itu, satu program pembinaan disiplin terhadap orangtahanan telah dibentuk untuk memenuhi keperluan proses peralihan orangtahanan daripada orang awam yang bebas di luar penjara kepada seorangtahanan yang menjalani hukuman di institusi penjara. Program iniberkonsepkan memberi pemahaman dan penyesuaian diri tahananterhadap objektif Jabatan Penjara, peraturan-peraturan yang perlu

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    5/12

    - 5 -

    dipatuhi, hak-hak mereka sebagai tahanan dan aktiviti-aktiviti pemulihanyang perlu dilalui oleh para banduan sewaktu menjalani edah hukuman.

    Penyediaan program ini diharapkan dapat menjadi panduan yang seragamkepada institusi penjara di dalam pengurusan tahanan dari peringkat awalkemasukan mereka sehinggalah mereka dibebaskan.

    Perlaksanaan dan kandungan aktiviti Fasa 1 Program Pembinaan Displinbagi Modul Tahanan adalah sebagaimana yang digariskan di dalam PelanPembangunan Insan selama 3 bulan. Dalam Fasa ini, tahanan akandiberikan maklumat dan penerangan secara mendalam tentang peraturandan undang-undang yang terdapat di institusi, misi dan visi bagi ProgramPelan Pembangunan Insan melalui Modul Tahanan yang akan dilaluinya.Tahanan akan memulakan sesi pemulihan dalam Fasa 1 ini selepas 7 hariproses Induksi selepas penerimaan masuk ke dalam pusat tahanan.

    7.0 FASA 2 : PROGRAM PENGUKUHAN SAHSIAH TAHANAN

    Fasa 2 dalam Pelan Pembangunan Insan ini dinamakan sebagai ProgramPengukuhan Sahsiah di mana ianya merupakan teras rawatan atau coretreatmentdalam Modul Tahanan ini. Ianya dilaksanakan selama antara 6bulan hingga 12 bulan bergantung kepada prestasi tahanan itu sendiri.Bagi tahanan yang didapati melanggar peraturan semasa berada di dalamFasa 1 ataupun yang telah dikenakan tindakan tatatertib, mereka tidaklayak dinaikkan ke Fasa 2 dan seterusnya. Pada fasa ini, tahanan akanditekankan dengan sistem pemulihan yang lebih mendalam kepada aspekkerohanian. Di antara aktiviti utama pada fasa ini ialah Modul Halaqah,

    Modul Therapeutic Community, Modul Kaunseling, Modul Kerohanian danModul Moral. Walaubagaimanapun tahanan masih lagi akan mengikutiaktiviti lain seperti kawad, sukan dan rekreasi sebagaimana yang telahditetapkan oleh pihak institusi.

    Penilaian terhadap keberkesanan modul akan dilakukan setiap 3 bulansekali bagi mengesan pematuhan dan pemahaman penghuni terhadapprogram-program yang telah dilalui. Penilaian terakhir akan dibuat padapenghujung bulan ke 6 atau ke 12 bagi pertimbangan kenaikan ke Fasa3.

    8.0 FASA 3 PROGRAM LATIHAN DAN KEMAHIRAN SOSIAL

    Jabatan Penjara Malaysia sebagai institusi terakhir di dalam prosesKeadilan Jenayah telah dipertanggungjawabkan menempatkan denganselamat pesalah yang dijatuhkan hukuman serta memulihkan merekasupaya dapat diintegrasikan semula ke pangkuan masyarakat sebagaiinsan yang berguna dan produktif. Bagi merealisasikan perkara ini satu

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    6/12

    - 6 -

    modul telah dirangka khusus bagi mengawal serta memulihkan orangtahanan yang telah ditahan oleh Menteri Dalam Negeri sama ada diTempat Tahanan Perlindungan atau Pusat Pemulihan Akhlak mengikutperuntukan perundangan yang ditetapkan.

    Fasa 3 merupakan fasa di mana tahanan-tahanan diterapkan dengan

    program kemahiran sama ada melalui latihan kemahiran di bengkelvokasional ataupun di dalam skim usahasama yang diadakan. Selaindaripada itu, tahanan juga akan mengikuti program-program yangdirancangkan khusus kepada mereka terutamanya dalam bidangkaunseling, pendidikan, keagamaan dan sebagainya. Diantara perkara-perkara yang diberi penekananan kepada tahanan dalam fasa ini adalahyang berkait rapat dengan pembangunan kerjaya tahanan, Khidmat Sosial,Pendidikan Pencegahan Jenayah, Kursus Keusahawanan dan aspekpengukuhan kekeluargaan.

    9.0 PENUTUP

    Objektif utama Pelan Pembangunan Insan adalah untuk menerap danmembentuk diri tahanan yang bermasalah supaya mereka dapatdipulihkan dan menjadi seorang yang berguna selepas dibebaskan kelak.Dalam fasa ini, banduan akan diberi penekanan kepada latihan kemahirandan vokasional dalam bidang seperti perabut, mekanik, jahitan, kimpalan,ukiran dan lain-lain serta mengadakan program usahasama dengan agensiswasta untuk penghasilan produk. Pelbagai usaha juga dijalankan melaluifasa ini dalam mencapai hasrat jabatan untuk menjadi sebuah organisasikoreksional bertaraf dunia menjelang tahun 2020 kelak.

    Secara keseluruhannya, Modul Tahanan ini dibentuk khusus bertujuanuntuk melahirkan tahanan-tahanan yang mempunyai sikap yang positif,berkemahiran tinggi dan mempunyai tahap pengetahuan yang setimpaldengan orang lain. Pendekatan pemulihan secara bersepadu melaluipembentukan Modul Tahanan ini adalah bertepatan dengan pelaksanaanProgram Pelan Pembangunan Insan yang dilaksanakan di seluruh institusipenjara. Melalui aktiviti-aktiviti yang dijalankan melalui Fasa 4 ini, adalahdiharapkan supaya semua tahanan dapat diterapkan dengan nilai-nilaimurni dan budaya kerja yang positif yang dapat dijadikan asas dalamkehidupan mereka selepas dibebaskan kelak.

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    7/12

    - 7 -

    A. KEMUDAHAN-KEMUDAHAN DI TEMPAT TAHANANPERLINDUNGAN TAIPING

    Kawasan Balai Pengawal Jalan utama di luar Balai Pengawal

    Tapak projek tanaman nenas Tanaman bunga melor

    Pemandangan jalan masuk ke KEMTA Pintu Masuk Utama

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    8/12

    - 8 -

    Balai Pengawal untuk kemudahan pelawat

    Susur masuk ke kawasan ISA Susur masuk ke kawasan ISA

    Padang untuk riadah bagi Kawasan T3 Kemudahan untuk riadah bagi Kawasan T3

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    9/12

    - 9 -

    Kemudahan untuk perjumpaan dengankeluarga

    Kemudahan untuk perjumpaan dengankeluarga

    Pintu Masuk ke kawasan perjumpaan

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    10/12

    - 10 -

    B. JADUAL HARIAN PENGHUNI TTP TAIPING

    1. JADUAL HARIAN PROGRAM PEMBINAAN DISIPLIN (3 BULAN)

    0530 0600 : Urus Diri

    0600 0630 : Solat Subuh Berjemaah & Zikir

    0630 0700 : Tazkirah (banduan)

    0700 0730 : Muster, nyanyian Negaraku, Patriotik, Ikrar & Doa

    0730 0800 : Sarapan Pagi

    0800 0900 : Kelas Kerohanian/ Motivasi/ LDK/ Ketatanegaraan/

    Sivik/Moral/ Kaunseling

    0900 1100 : Senaman pagi dan kawad

    1100 1130 : Rehat

    1130 1200 : Muster

    1200 0100 : Makan

    0100 1400 : Persiapan Solat Zohor Berjemaah & Solat Zohor

    1400 1430 : Muster

    1430 1600 : Kawad

    1600 1630 : Muster & Khidmat Diri1630 1700 : Solat Asar Berjemaah & Mathurat

    1700 1800 : Kelas Kerohanian/ Motivasi/ LDK/ Ketatanegaraan/

    Sivik Moral/ Kaunseling

    1800 1830 : Muster, makan malam & membaca surat khabar

    1830 1900 : Urus Diri

    1900 1945 : Persiapan Solat Maghrib & Solat Maghrib Berjemaah.

    1945 2030 : Bacaan Surah Al-Waqiah

    2030 2100 : Solat Berjemaah Isyak dan Bacaan Surah Al-Mulk

    2100 0530 : Tutup bilik

    Mengikut kesesuaian

    Institusi Penjara

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    11/12

    - 11 -

    2. JADUAL HARIAN PROGRAM PENGUKUHAN SAHSIAH (6 - 12

    BULAN)

    0530 0600 : Urus Diri

    0600 0630 : Solat Subuh Berjemaah & Zikir

    0630 0700 : Tazkirah

    0700 0730 : Muster, nyanyian Negaraku, Patriotik, Ikrar & Doa

    0730 0800 : Sarapan Pagi

    0800 0900 : Kawad

    0900 1030 : Kelas Teras Modul

    1030 1100 : Rehat

    1100 1200 : Kelas Teras Modul1200 1300 : Muster & makan tengahari

    1300 1400 : Persiapan Solat Zohor Berjemaah & Solat Zohor

    1400 1430 : Muster

    1430 1600 : Kelas Teras Modul

    1600 1630 : Muster & Urus Diri

    1630 1700 : Solat Asar Berjemaah & Mathurat

    1700 1800 : Sukan & Rekreasi

    1800 1830 : Muster, makan malam

    1830 1900 : Urus Diri

    1900 1945 : Persiapan Solat Maghrib & Solat Maghrib Berjemaah.

    1945 2030 : Bacaan Surah Al-Waqiah

    2030 2100 : Solat Berjemaah Isyak dan Bacaan Surah Al-Mulk

    2100 0530 : Tutup Bilik

  • 8/3/2019 Nota Rujukan Hubungan Etnik : Modul Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)

    12/12

    - 12 -

    3. JADUAL HARIAN PROGRAM KEMAHIRAN

    0530 0600 : Urus Diri

    0600 0630 : Solat Subuh Berjemaah & Zikir

    0630 0700 : Tazkirah

    0700 0730 : Muster, nyanyian Negaraku, Patriotik, Ikrar & Doa

    0730 0800 : Sarapan Pagi

    0800 0830 : Senaman Ringan

    0830 1030 : Aktiviti Kemahiran

    1030 1100 : Rehat

    1100 1500 : Aktiviti Kemahiran

    : Muster & makan tengahari: Persiapan Solat Zohor Berjemaah & Solat Zohor

    1500 1530 : Urus Diri

    1530 1630 : Kaunseling Kelompok / Ceramah Motivasi/

    Kerohanian/ Sivik/Moral

    1630 1700 : Muster & Urus Diri

    : Solat Asar Berjemaah & Mathurat

    1700 1800 : Sukan & Rekreasi

    1800 1830 : Muster, makan malam

    1830 1900 : Urus Diri

    1900 1945 : Persiapan Solat Maghrib & Solat Maghrib Berjemaah.

    1945 2030 : Bacaan Surah Al-Waqiah

    2030 2100 : Solat Berjemaah Isyak dan Bacaan Surah Al-Mulk

    2100 0530 : Tutup Bilik