NOTA SAINS TAHUN 4

download NOTA SAINS TAHUN 4

of 7

description

PROSES HIDUP MANUSIA

Transcript of NOTA SAINS TAHUN 4

  • 1

    PROSES HIDUP MANUSIA

    PROSES PERNAFASAN MANUSIA

    1. Manusia bernafas untuk mendapatkan gas oksigen.

    2. Manusia menggunakan hidung, trakea dan peparu untuk bernafas.

    3. Peparu merupakan organ pernafasan manusia.

    4. Penerangan tentang trakea dan peparu manusia.

  • 2

    5. Proses pernafasan manusia ada DUA peringkat iaitu:

    a. Menarik nafas

    b. Menghembus nafas

    6. Apabila manusia menarik nafas, udara masuk melalui hidung ke trakea ke peparu.

    7. Apabila manusia menghembus nafas, udara keluar dari peparu ke trakea ke hidung.

    8. Apabila bernafas, manusia memerlukan GAS OKSIGEN.

    9. Apabila menghembus nafas, manusia mengeluarkan GAS KARBON DIOKSIDA.

    10. Semasa menarik nafas, kita menyedut OKSIGEN ke dalam peparu kita. Jadi, dada kita

    mengembang dan naik ke atas.

  • 3

    11. Semasa menghembus nafas, kita menghembus keluar KARBON DIOKSIDA keluar dari

    peparu kita. Jadi, dada kita mengempis dan turun ke bawah.

    12.

    13. Udara yang kita sedut mengandungi:

    a. Banyak gas oksigen

    b. Sedikit gas karbon dioksida

    14. Udara yang kita hembus mengandungi:

    a. Banyak gas karbon dioksida

    b. Sedikit gas oksigen

    15. Peparu kiri lebih kecil daripada peparu kanan. Hal ini adalah untuk memberi ruang

    kepada jantung yang terletak sedikit ke kiri dalam dada manusia.

  • 4

    LATIHAN

    1. Namakan gas yang diperlukan oleh badan semasa pernafasan.

    2. Namakan gas yang dibuang daripada badan semasa menghembus nafas.

    3. Berikan TIGA organ pernafasan manusia.

    a. ..

    b. ..

    c. ..

    4. Label rajah di bawah.

    5. Nyatakan laluan gas oksigen semasa manusia menarik nafas.

    . . .

    6. Nyatakan laluan gas karbon dioksida semasa manusia menghembus nafas.

    . . .

    7. Namakan saluran yang menghubungkan hidung dengan peparu.

  • 5

    8. Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul semasa menarik nafas.

    a. Oksigen masuk .

    b. Karbon dioksida masuk .

    c. Oksigen keluar .

    d. Karbon dioksida keluar .

    e. Dada naik .

    f. Dada turun .

    g. Dada mengembang .

    h. Dada mengempis .

    9. Tandakan ( ) pada pernyataan yang betul semasa menghembus nafas.

    a. Oksigen masuk .

    b. Karbon dioksida masuk .

    c. Oksigen keluar .

    d. Karbon dioksida keluar .

    e. Dada naik .

    f. Dada turun .

    g. Dada mengembang .

    h. Dada mengempis .

    10. Kandungan oksigen tinggi; kandungan karbon dioksida rendah.

    11. Kandungan oksigen rendah; kandungan karbon dioksida tinggi.

  • 6

    12. Gas apakah yang diperlukan oleh badan manusia?

    a. Karbon dioksida.

    b. Helium.

    c. Oksigen .

    13. Organ apakah yang TIDAK diperlukan semasa pernafasan?

    a. Hidung.

    b. Jantung.

    c. Peparu.

    14. Menyedut udara masuk ke peparu dipanggil

    a. Menghembus nafas.

    b. Menarik nafas.

    c. Menahan nafas.

    15. Mengeluarkan udara daripada peparu dipanggil

    a. Menghembus nafas.

    b. Menarik nafas.

    c. Menahan nafas.

    16. Mengapakah peparu kiri lebih kecil daripada peparu kanan?

    a. Kerana jantung di sebelah kanan.

    b. Kerana jantung di sebelah kiri.

    c. Kerana jantung di tengah tengah.

  • 7

    17. Kelaskan aktiviti aktiviti berikut mengikut kadar pernafasan masing masing.

    KADAR PERNAFASAN

    RENDAH

    KADAR PERNAFASAN

    SEDERHANA

    KADAR PERNAFASAN

    TINGGI