Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

16
Nota SJH1107 Sejarah Malaysia Moden BAB SATU: KESAN PENDUDUKAN JEPUN TERHADAP SOSIOPOLITIK TEMPATAN HUBUNGAN KAUM DI TANAH MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN Latar Belakang Hubungan Kaum Semasa Pendudukan Jepun Jepun telah menyerang dan menduduki Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan bermula Disember 1941 sehingga September 1945. Dalam tempoh tersebut, rakyat di Tanah Melayu hidup dalam keadaan menderita disebabkan kezaliman tentera Jepun, masalah bekalan makanan dan keperluan yang meruncing, penularan wabak dan penyakit serta keadaan yang huru- hara. Pada waktu itu juga, hubungan antara kaum yang tidak begitu baik pada zaman pemerintahan British disebabkan oleh dasar pecah dan perintah menjadi semakin buruk apabila wujudnya diskriminasi kaum oleh Jepun ke atas masyarakat Cina di Tanah Melayu berbanding masyarakat Melayu dan India. Diskriminasi dan kebencian tentera Jepun terhadap masyarakat Cina adalah disebabkan dua siri Perang China- Jepun sebelumnya. Hal ini kerana, masyarakat Cina di seberang laut telah memberikan bantuan kepada China ketika berlakunya perang tersebut. Konflik di antara pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dan masyarakat Cina semakin meruncing apabila wujudnya pergerakan bersenjata dalam kalangan orang-orang Cina 1 Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Transcript of Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Page 1: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

BAB SATU: KESAN PENDUDUKAN JEPUN TERHADAP SOSIOPOLITIK TEMPATAN

HUBUNGAN KAUM DI TANAH MELAYU SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN

Latar Belakang Hubungan Kaum Semasa Pendudukan Jepun

Jepun telah menyerang dan menduduki Tanah Melayu selama tiga tahun lapan bulan

bermula Disember 1941 sehingga September 1945.

Dalam tempoh tersebut, rakyat di Tanah Melayu hidup dalam keadaan menderita

disebabkan kezaliman tentera Jepun, masalah bekalan makanan dan keperluan yang

meruncing, penularan wabak dan penyakit serta keadaan yang huru-hara.

Pada waktu itu juga, hubungan antara kaum yang tidak begitu baik pada zaman

pemerintahan British disebabkan oleh dasar pecah dan perintah menjadi semakin

buruk apabila wujudnya diskriminasi kaum oleh Jepun ke atas masyarakat Cina di

Tanah Melayu berbanding masyarakat Melayu dan India.

Diskriminasi dan kebencian tentera Jepun terhadap masyarakat Cina adalah

disebabkan dua siri Perang China-Jepun sebelumnya. Hal ini kerana, masyarakat Cina

di seberang laut telah memberikan bantuan kepada China ketika berlakunya perang

tersebut.

Konflik di antara pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dan masyarakat Cina semakin

meruncing apabila wujudnya pergerakan bersenjata dalam kalangan orang-orang

Cina bagi menentang Jepun di bawah Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA).

Seterusnya, dasar Jepun terhadap masyarakat Melayu dan India adalah lebih baik di

mana Jepun melantik orang Melayu bagi mengisi jawatan dalam kerajaan seperti

kerani, polis dan tentera selain menggalakkan orang Melayu menyertai Kesatuan

Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) pimpinan Dr.Burhanuddin al-Helmy yang

bertujuan memperjuangkan kemerdekaan di Tanah Melayu.

Di pihak masyarakat India pula, Jepun cuba berbaik-baik dengan masyarakat India

bagi menjayakan cita-cita Jepun menakluki India. Oleh itu, pentadbiran Jepun

menggalakkan masyarakat India di Tanah Melayu menyertai Liga Kemerdekaan India

dan menyokong kerajaan buangan India, Azad Hind di Singapura di bawah pimpinan

Subhas Chandra Bose.

Pentadbiran Parti Komunis Malaya Mencetuskan Ketegangan Kaum

1Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 2: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

Selepas tentera Jepun menyerah kalah pada September 1945, tentera Parti Komunis

Malaya (PKM) iaitu MPAJA mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu selama 14

hari sebelum kedatangan tentera British ke Tanah Melayu.

Dalam tempoh 14 hari, MPAJA telah bertindak menguasai bandar-bandar dan daerah

penting, serta menduduki balai-balai polis dan pejabat-pejabat kerajaan.

MPAJA juga telah bertindak melakukan huru-hara di Tanah Melayu pada ketika itu

dengan menangkap serta menghukum mereka yang disyaki bersubahat dan menjadi

tali barut Jepun di Tanah Melayu ketika pemerintahan Jepun. Antara tindakan

MPAJA termasuklah:

1. Di Batu Pahat misalnya, tentera MPAJA bertindak membunuh seorang

penghulu yang dituduh sebagai tali barut Jepun.

2. Tentera MPAJA turut bertindak membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat

yang cuba untuk berunding. Selain itu, tentera MPAJA turut bertindak

membunuh Kadi Daerah Batu Pahat kerana mengingkari arahan MPAJA

yang tidak membenarkan orang Islam berkumpul dan berjemaah di

masjid..

3. Di Jelebu, Negeri Sembilan, tentera MPAJA telah bertindak mencemarkan

masjid dan surau.

4. Di Kampung Bakor dan Sungai Manik di Perak, tentera MPAJA telah

bertindak membakar rumah-rumah yang berpenghuni di waktu malam.

Tindakan MPAJA yang melampau terutamanya di Batu Pahat telah mengakibatkan

berlakunya ketegangan kaum yang hebat di kawasan tersebut apabila orang-orang

Melayu dari Batu Pahat dan Muar pimpinan Kiyai Salleh yang menggelarkan diri

mereka Tentera Selempang Merah bertindak balas dengan memburu tentera MPAJA

dan cuba menyerang orang-orang Cina di Pekan Batu Pahat.

Walaubagaimanapun, pendekar Melayu pimpinan Kiyai Salleh itu beralah daripada

menyerang orang-orang Cina setelah dipujuk dan ditenangkan oleh Pegawai Daerah

Batu Pahat yang baru iaitu Dato’ Onn Jaafar.

2Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 3: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

Ketegangan kaum tersebut akhirnya berjaya dikawal apabila tentera British tiba di

Tanah Melayu dan menubuhkan Pentadbiran Tentera British di Tanah Melayu.

Oleh itu, berdasarkan beberapa kejadian yang berlaku di Tanah Melayu pada ketika

itu, adalah dapat disimpulkan bahawa kesan pendudukan tentera Jepun telah

meninggalkan kesan yang buruk kepada hubungan kaum di Tanah Melayu.

Faktor-faktor ketegangan kaum selepas pendudukan Jepun termasuklah:

1. Penguasaan tentera MPAJA selama 14 hari di Tanah Melayu yang

merupakan majoriti tentera Cina. Masyarakat Melayu menganggap

mereka sebagai cuba merampas kuasa Sultan di Tanah Melayu.

2. Tentera MPAJA telah memburu polis dan pegawai Melayu yang dianggap

sebagai tali barut Jepun ketika pemerintahan Jepun.

3. Tentera MPAJA telah bertindak mencemarkan kesucian masjid.

4. Tentera MPAJA telah bertindak kejam dengan membunuh pegawai

Melayu tanpa usul periksa termasuk penghulu, pegawai daerah dan kadi

di Batu Pahat.

5. Tentera MPAJA bertindak kejam membakar rumah-rumah orang Melayu

di Kampung Bakor dan Sungai Manik di Perak.

6. Orang Melayu bangkit menentang tentera MPAJA di bawah pimpinan

Kiyai Salleh dan cuba menyerang orang Cina di Batu Pahat.

KEINTELEKTUALAN DI TANAH MELAYU SELEPAS ERA PENDUDUKAN JEPUN

Sebelum Perang Dunia Kedua, golongan intektual dalam kalangan orang Melayu

semakin bertambah dengan munculnya golongan berpendidikan Barat, golongan

agama berpendidikan Timur Tengah, selain golongan lepasan Maktab Perguruan

Sultan Idris (MPSI).

Antara tokoh intelektual yang terkenal sebelum pencerobohan Jepun di Tanah

Melayu termasuklah Raja Chulan, Mohd Eunos Abdullah dan Dato’ Onn Jaafar.

Sebelum kedatangan Jepun, sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah bersifat

terpecah-pecah di mana hanya golongan elit Melayu sahaja yang berpeluang

3Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 4: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih baik seperti memasuki Maktab

Melayu Kuala Kangsar dan melanjutkan pelajaran ke Barat.

Walaubagaimanapun, ketika era pendudukan Jepun di Tanah Melayu, dasar

pendidikan Jepun kepada masyarakat Melayu adalah lebih baik walaupun berlaku

proses penjepunan dalam diri pelajar di sekolah.

Dalam zaman pendudukan Jepun sukatan yang diajarkan meliputi bidang-bidang

Matematik, Pertanian, Sains dan pelbagai subjek akademik lain. Hal ini

mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan.

Guru-guru Melayu dihantar ke Jepun untuk menambahkan pengetahuan berbahasa.

Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya

dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme.

Selepas era pendudukan Jepun di Tanah Melayu, perkembangan keintelektualan

dalam kalangan masyarakat di Tanah Melayu semakin baik dengan munculnya

beberapa orang tokoh intelektual Melayu yang memainkan peranan penting dalam

menggerakkan masyarakat di Tanah Melayu seperti Dr.Burhanuddin al-Helmy, Ishak

Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Dato’ Onn Jaafar, Datuk Nik Ahmad Kamil,

Datuk Panglima Bukit Gantang dan lain-lain.

Tokoh-tokoh intelektual ini kebanyakannya mempunyai latar pendidikan yang baik

dan merupakan golongan profesional dalam bidang masing-masing.

Golongan intelektual Melayu dilihat menonjol ketika era pentadbiran Jepun seperti

Dr.Burhanuddin al-Helmy yang menyandang jawatan tinggi dalam pentadbiran Jepun

iaitu sebagai Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu. Dr.Burhanuddin

kemudiannya menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan

merupakan individu penting yang menyokong penubuhan Kesatuan Melayu Raya

yang bercita-cita menggabungkan Tanah Melayu dan Indonesia. Dr. Burhanuddin

bersama-sama rakannya seperti Ahmad Boestamam dan Mokhtaruddin Laso

memperjuangkan Kesatuan Melayu Raya melalui PKMM.

Dato’ Onn Jaafar pula merupakan seorang ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor

sebelum ditugaskan menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat selepas peristiwa

pembunuhan pegawai daerah sebelumnya oleh tentera MPAJA. Dato’ Onn juga

merupakan individu penting yang berjaya menyatukan orang-orang Melayu di bawah

sebuah parti politik iaitu UMNO.

4Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 5: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

Ishak Haji Muhammad (lebih dikenali sebagai Pak Sako) adalah merupakan tokoh

intelektual Melayu yang menerbitkan karya-karya kesedaran sejak 1930-an melalui

penulisannya seperti novel Putera Gunung Tahan dan akhbar Utusan Melayu.

Selain itu, intelektual dalam kalangan masyarakat Melayu yang memainkan peranan

penting dalam menggerakkan rakyat di Tanah Melayu pada era selepas pendudukan

Jepun dan ketika era penentengan Malayan Union termasuklah dua orang Menteri

Besar iaitu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Ahmad Kamil dan Menteri Besar

Perak, Dato’ Panglima Bukit Gantang.

Datuk Nik Ahmad Kamil adalah merupakan tokoh penting yang menggerakkan orang

Melayu di Kelantan bagi menentang Malayan Union menerusi Persatuan Melayu

Kelantan dan Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan manakala Dato’ Panglima

Bukit Gantang memainkan peranan penting bersama-sama Dato’ Onn Jaafar dalam

menubuhkan Umno.

Antara peranan golongan intelektual selepas era pendudukan Jepun di Tanah

Melayu termasuklah:

Peranan Huraian/Contoh

Menggerakkan Rakyat

Melalui Persatuan

Datuk Nik Ahmad Kamil menggerakkan orang Melayu

Kelantan menerusi Persatuan Melayu Kelantan dan

Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan.

Menyertai Pentadbiran Kebanyakan golongan intelektual memainkan peranan

dalam menyertai pentadbiran di negeri masing-masing

seperti Dato’ Onn yang menjadi Pegawai Daerah, Datuk

Panglima Bukit Gantang sebagai Ahli Dewan Undangan

Negeri Perak sebelum dilantik menjadi Menteri Besar dan

Datuk Nik Ahmad Kamil sebagai Menteri Besar Kelantan.

Menubuhkan Parti Politik Intelektual berhaluan kiri seperti Dr.Burhanuddin al-Helmy

dan Ishak Haji Muhammad menubuhkan Parti Kebangsaan

Melayu Malaya (PKMM) hanya sebulan selepas

5Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 6: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

pengunduran Jepun daripada Tanah Melayu. Selain itu,

Dato’ Onn bersama-sama Datuk Panglima Bukit Gantang dan

lain-lain pula memainkan peranan menubuhkan Parti

Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).

Menuntut Kemerdekaan PKMM adalah merupakan antara parti terawal yang

menuntut kemerdekaan daripada British dan berhasrat

menggabungkan Tanah Melayu, Indonesia dan Brunei di

bawah Persekutuan Melayu Raya di bawah Tuntutan

Sembilan Perkara.

Membangkit Kesedaran

Rakyat

Sentimen anti-penjajah di Tanah Melayu selepas Perang

Dunia Kedua semakin membesar dan diperjuangkan oleh

golongan intelektual yang berhaluan kanan dan kiri. Usaha

terbesar membangkitkan kesedaran rakyat dilakukan oleh

Dato’ Onn dan pemimpin Melayu di seluruh Tanah Melayu

melalui rapat-rapat umum dan demonstrasi besar-besaran

ketika menentang Malayan Union.

Penulisan di Akhbar Ishak Haji Muhammad (Pak Sako) merupakan seorang

pengasas kepada Utusan Melayu dan menjadi wartawan dan

penulis kepada akhbar tersebut sebelum ditahan British

dalam tahun 1948.

ORGANISASI POLITIK SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Selepas tentera Jepun menyerah kalah kepada Tentera Bersekutu pada September

1945, pentadbiran Tanah Melayu ditinggalkan tanpa kerajaan sementara dan

mengakibatkan berlakunya penguasaan selama 14 hari oleh tentera MPAJA di Tanah

Melayu.

6Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 7: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

Ketika menguasai Tanah Melayu, beberapa tindakan telah dilakukan oleh

pentadbiran tentera MPAJA termasuklah:

1. Menguasai bandar dan daerah penting dengan menduduki balai polis dan

pejabat kerajaan

2. Menangkap dan menghukum mereka yang didapati bersubahat dengan

Jepun

3. Menyeksa dan membunuh mereka yang disyaki tali barut Jepun

4. Memperkenalkan cukai seperti cukai kepala, cukai harta dan cukai tanah

5. Merampas harta benda orang awam

Selepas 14 hari, tentera British mula tiba di Tanah Melayu dan membentuk

pentadbiran tentera British yang dikenali sebagai British Military Adminstration

(BMA).

Bermula September 1945 sehingga Mac 1946, BMA telah mentadbir secara

sementara Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu

dan Negeri-negeri Selat (termasuk Singapura) di bawah satu unit pentadbiran yang

diketuai oleh Mejar Ralph Hone yang bertindak sebagai Pegawai Hal Ehwal Awam.

BMA diberi peranan untuk mentadbir Tanah Melayu sehingga sebuah kerajaan

awam yang baharu dapat dibentuk di Tanah Melayu.

Pada asasnya, pentadbiran tentera British di Tanah Melayu dikuasai oleh golongan

tentera dan terdapat beberapa orang awam yang dilantik sebagai penasihat.

Pentadbiran tentera British telah dilihat gagal untuk menguruskan Tanah Melayu

dengan baik dan gagal untuk mengatasi masalah yang berlaku disebabkan

peperangan termasuklah:

1. BMA tidak dapat mengawal tenteranya yang bertindak sewenangnya dan

melanggar undang-undang.

2. BMA telah menimbulkan kesulitan kepada rakyat apabila mengisyhtiharkan

wang pokok pisang pada zaman Jepun tidak disahlaku dalam urusan

urusniaga. Kesannya, rakyat tidak dapat membeli barang keperluan dan

memberi tekanan terhadap ekonomi rakyat.

3. BMA gagal mengatasi kegiatan pasaran gelap, penyeludupan dan rasuah yang

berleluasa pada zaman Jepun.

7Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 8: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

4. BMA gagal mengatasi masalah perpaduan kaum dan pergaduhan antara

kaum sering berlaku.

Akhirnya, pada bulan April 1946, pentadbiran BMA telah dibubarkan dan diserahkan

kepada kerajaan awam di Tanah Melayu.

KESEDARAN KEBANGSAAN SELEPAS ERA PENDUDUKAN JEPUN

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah membangkitkan kesedaran kebangsaan

yang tinggi dalam kalangan rakyat di Tanah Melayu.

Bermula dengan propaganda Jepun ketika mula melancarkan perang iaitu ingin

membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman penjajahan Barat dan

memberikan kemerdekaan dan berkerajaan sendiri kepada rakyat tempatan

menyebabkan sebahagian pemimpin tempatan menyokong pendudukan Jepun di

Tanah Melayu terutamanya Kesatuan Melayu Muda pimpinan Ibrahim Haji Yaacob.

Walaubagaimanapun, apabila Jepun berjaya menguasai Tanah Melayu, janji-janji

tersebut tidak ditepati dan rakyat telah ditindas dan dizalimi oleh tentera Jepun.

Kehidupan yang meruncing semasa era pendudukan Jepun disebabkan bekalan

makanan dan ubatan yang gagal dibawa masuk ke Tanah Melayu telah

mengakibatkan rakyat hidup menderita dan kebuluran.

Janji-janji untuk memberikan kemerdekaan dan berkerajaan sendiri adalah janji

semata-mata dan ketika Jepun di ambang kekalahan, barulah mereka menggalakkan

dan menyokong perjuangan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS)

menuntut kemerdekaan dan melantik Dr.Burhanuddin al-Helmy memegang jawatan

Penasihat Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu.

Disebabkan berlakunya mungkir janji oleh Jepun, akhirnya rakyat tempatan mulai

sedar bahawa semua penjajah adalah sama baik daripada Barat ataupun Timur.

Kehadiran penjajah hanyalah bersifat untuk mengaut keuntungna semata-mata.

Setelah merasakan keperitan hidup di bawah pemerintahan Jepun, kesedaran

kebangsaan masyarakat Melayu mulai menebal dan tinggi bagi menghentikan

8Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 9: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

penjajahan di Tanah Melayu dan melantik pemerintah dalam kalangan rakyat

tempatan sendiri.

Antara usaha terawal yang dilakukan oleh pejuang tempatan selepas pendudukan

Jepun dalam menuntut kemerdekaan dilakukan oleh Parti Kebangsaan Melayu

Malaya (PKMM) yang ditubuhkan hanya sebulan selepas pengunduran Jepun dari

Tanah Melayu dan PKMM bercita-cita untuk mewujudkan sebuah negara Malaya

Merdeka yang dikenali sebagai Melayu Raya yang menggabungkan Tanah Melayu,

Indonesia dan Brunei.

Kemudiannya, semangat kebangsaan dalam kalangan penduduk tempatan semakin

meninggi apabila British cuba menubuhkan Malayan Union pada tahun 1946 yang

membawa kepada penentangan secara besar-besaran oleh orang Melayu yang tidak

pernah dilihat dalam sejarah di Tanah Melayu sebelumnya.

Antara faktor yang membawa kepada kesedaran kebangsaan yang tinggi dalam

kalangan masyarakat di Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun termasuklah:

FAKTOR HURAIAN/CONTOH

Keperitan di bawah

Penjajahan

Ketika penjajahan British di Tanah Melayu, masyarakat Melayu

dikekalkan dengan cara hidup tradisional mereka dan mereka

tidak menghadapi masalah hidup yang meruncing di mana

mereka masih mampu mengusahakan tanaman dan meneruskan

kehidupan dengan baik. Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu,

krisis makanan, penyakit dan tekanan hidup yang dilalui

menyebabkan mereka mulai sedar bahawa penjajah tidak boleh

membela nasib mereka dan mereka sendirilah yang perlu

membela nasib negara mereka sendiri.

Peranan pemimpin

tempatan

Golongan pemimpin tempatan baik yang berhaluan kanan dan

kiri memainkan peranan penting dalam menggerakkan

kesedaran dalam kalangan rakyat terutamanya apabila

berlakunya peristiwa yang cuba menghapuskan kuasa Raja-raja,

kedudukan Islam dan hak istimewa orang Melayu melalui

9Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 10: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

penubuhan Malayan Union.

Kemerdekaan Indonesia Kemerdekaan Indonesia daripada tangan Belanda pada tahun

1945 memberikan inspirasi kepada rakyat tempatan untuk turut

menuntut kemerdekaan sendiri di Tanah Melayu. Antaranya,

penubuhan PKMM berhasrat untuk menubuhkan Melayu Raya

yang merupakan sebuah negara merdeka yang menggabungkan

Tanah Melayu, Brunei dan Indonesia yang dianggap sebagai

rumpun Melayu.

EMANSIPASI WANITA SELEPAS PENDUDUKAN JEPUN

Emansipasi wanita bermaksud pemberian hak yang sama kepada wanita. Selepas era

pendudukan Jepun di Tanah Melayu, emansipasi wanita bertambah baik

terutamanya penglibatan mereka dalam politik di Tanah Melayu.

Antara wanita yang terlibat secara aktif dalam politik selepas era Perang Dunia

Kedua adalah Shamsiah Fakeh yang menubuhkan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).

Penubuhan AWAS juga adalah merupakan satu bukti bahawa berlakunya penglibatan

aktif wanita dalam politik di Tanah Melayu. AWAS adalah merupakan salah satu

daripada sayap Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM).

Pada awalnya, Shamsiah Fakeh terlibat dalam politik di Tanah Melayu secara terbuka

melalui Jabatan Wanita PKMM dan kemudiannya AWAS, namun disebabkan

berlakunya pengharaman parti berhaluan kiri oleh British, Shamsiah telah

mengangkat senjata dan menyertai Parti Komunis Malaya.

Antara asas yang terkandung dalam objektif penubuhan AWAS termasuklah:

1. Menyedari dan menyusun satu barisan wanita Tanah Melayu yang

sefaham untuk membantu mencapai kemerdekaan bangsa dan tanahair.

2. Menyatu-padukan kaum ibu Tanah melayu supaya mengerti akan

kewajipan terhadap bangsa dan nusa.

10Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012

Page 11: Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 1

Nota SJH1107Sejarah Malaysia Moden

3. Memperbaiki taraf-taraf kaum ibu Melayu Tanah Melayu, hingga dapat

menyamai taraf kaum ibu bangsa asing yang ada di dunia ini.

4. Memperbanyakkan taraf-taraf pelajaran, pergaulan dan membanteras

buta huruf di kalangan kaum ibu Malaya.

5. Merapatkan tali persahabatan di antara wanita-wanita Melayu khasnya

dan wanita-wanita bangsa asing umumnya, dan lain-lain lagi.

Selain AWAS, antara persatuan wanita yang bergerak aktif selepas era Perang Dunia

Kedua termasuklah Pergerakan Kaum Ibu, yang merupakan sayap wanita kepada

Umno.

Pergerakan Kaum Ibu ditubuhkan pada tahun 1949, yang diketuai oleh Puan Putih

Mariah sebelum diketuai dan digerakkan secara berkesan oleh Zainon Munsyi

Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain.

Sebelum penubuhan Umno sendiri, golongan kaum ibu telah memainkan peranan

penting dalam menentang Malayan Union dan menyertai demonstrasi yang

diadakan di bandar-bandar utama.

Hal ini menunjukkan peranan wanita dalam politik selepas era Perang Dunia Kedua

telah setaraf dan sebanding dengan kaum lelaki.

11Disediakan oleh: Hazman_ipda©2012