Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

download Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

of 9

Transcript of Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

    1/9

    1

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    BAB LIMA: DARURAT (1948 - 1960)

    PUNCA DARURAT

    Pengaruh Parti Komunis Malaya selepas Perang Dunia Kedua telah menyusup kedalam gerakan-gerakan politik termasuklah parti-parti berhaluan kiri seperti Parti

    Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) danAll Malayan Council Joint Action (AMCJA).

    Melalui perjuangan parti berhaluan kiri, unsur-unsur komunisme seperti perjuanganke arah negara tanpa kelas, kuasa mutlak kepada rakyat, pemansuhan sistem feudal

    seperti pemerintahan beraja yang diamalkan di Tanah Melayu cuba untuk

    ditegakkan.

    Oleh itu, tidak hairanlah apabila parti-parti berhaluan kiri menyokong kuat gagasanMalayan Union yang menghapuskan kuasa Raja-raja Melayu.

    Walaubagaimanapun, apabila perjuangan mereka untuk mewujudkan sebuah negarakomunis berasaskan politik gagal dan disekat oleh kerajaan British pada 1948,

    mereka telah memulakan perjuangan secara kekerasan di Tanah Melayu.

    Antara punca yang membawa kepada darurat termasuklah:

    Punca Darurat Huraian / Contoh

    Keganasan Komunis Pada tahun 1947, kepimpinan Parti Komunis Malaya (PKM)telah bertukar apabila pemimpin terdahulu iaitu Lai Teck

    telah melarikan diri bersama-sama sejumlah wang

    menyebabkan Chin Peng mengambil alih kepimpinan PKM.

    Pada waktu tersebut, persidangan komunis di Calcutta, Indiamenyeru parti-parti komunis di seluruh dunia bersifat lebih

    militan terhadap penjajah.

    Oleh itu, PKM bersetuju untuk mewujudkan gerakan geriladi Tanah Melayu melalui sayap gerilanya iaitu Malayan

    Races Liberation Army(MRLA).

    MRLA telah bertindak ganas dengan menyerangkepentingan British dan tempat-tempat strategik seperti

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

    2/9

    2

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    balai polis dan ladang-ladang estet di kawasan pinggir

    bandar.

    Selain itu, tentera MRLA diperkuatkan dengan Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang terdiri daripada pengganas

    komunis berbangsa Melayu yang diketuai oleh

    Mokhtaruddin Lasso dan beberapa pemimpin daripada parti

    berhaluan kiri seperti Abdullah C.D., Rashid Maidin dan

    Shamsiah Fakeh.

    Pemberontakan

    Buruh

    PKM telah bertindak menyusup ke dalam kesatuan sekerjadan buruh di Tanah Melayu bagi menentang dan

    melemahkan kerajaan British.

    Bagi menguasai kesatuan buruh, PKM bertindakmempengaruhi pekerja di limbungan kapal, pekerja

    lombong, kilang, ladang dan pekerja landasan kereta api.

    Antara tindakan PKM termasuklah menghasut para buruhuntuk melancarkan mogok dan melakukan demonstrasi

    menentang British.

    Contohnya, PKM berjaya menghasut para pekerja lombongdi Batu Arang, Selangor untuk melancarkan mogok dan

    mengambil alih lombong.

    Dalam mogok tersebut, British telah menghantar 300 orangpolis bagi mengawal kembali keadaan.

    Sabotaj Bagi menentang dan melemahkan kerajaan British di TanahMelayu, pihak komunis telah bertindak melakukan

    perbuatan sabotaj dan kianat dengan menyerang dan

    memusnahkan estet dan lombong.

    Contohnya, komunis telah bertindak memusnahkan ladangdi Simpang Tiga, Sitiawan, Perak disebabkan penduduknya

    enggan berkerjasama dengan komunis.

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

    3/9

    3

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Selain itu, pengganas komunis turut bertindak menyerangbalai-balai polis, membakar bas, mengalihkan landasan

    kereta api, dan membunuh mereka yang berkerjasama

    dengan British.

    Contohnya, pihak komunis telah bertindak menyerang danmengepung Balai Polis di Bukit Kepong, Johor yang

    membawa kepada kematian para pegawai polis di balai

    tersebut dan membakar balai polis berkenaan.

    Pembunuhan

    pengurus ladang

    Permulaan kepada darurat di Tanah Melayu bermula apabilatiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai

    Siput, Perak pada 18 Jun 1948.

    Dalam hari yang sama, serangan hendap dilakukan ke atasbalai polis di Kampung Jeram Choh, Johor menyebabkan

    British merasakan keganasan komunis semakin berleluasa di

    Tanah Melayu.

    Langkah Membanteras Komunis oleh Kerajaan

    Dalam mengatasi ancaman komunis di Tanah Melayu, kerajaan British di TanahMelayu telah mengadakan beberapa strategi termasuklah strategi ketenteraan dan

    strategi bukan ketenteraan. Antaranya termasuklah:

    Strategi Huraian / Contoh

    Mempertingkatkan

    keselamatan

    Bagi menghadapi ancaman komunis, pihak British telahmemperkuatkan bilangan tentera di Tanah Melayu kepada

    20 buah batalion berbanding 10 batalion sebelumnya.

    Selain itu, pasukan Polis Hutan juga dibentuk dalam usaha

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

    4/9

    4

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    menambah kekuatan pertahanan dan keselamatan di Tanah

    Melayu.

    Dalam bahagian udara pula, pasukan tentera udara telahdiperkuat dengan kewujudan unit penggempur bagi

    menyerang kedudukan strategik pengganas komunis dari

    arah udara.

    Selain itu, pasukan tentera laut pula dibentuk bagimenyerang kedudukan komunis dari arah sungai-sungai.

    Pertambahan kekuatan tentera juga dibuat denganmembawa masuk tentera-tentera dari negara Komanwel

    seperti Fiji, Kenya, Nepal, Australia dan New Zealand.

    Selain itu, pasukan khas pengawal kampung diwujudkanyang dinamakan sebagai Home Guard. Antara tugasan Home

    Guard termasuklah melindungi dan mengawal kampung,

    mengawal kawasan strategik dan membantu polis membuat

    pemeriksaan dan tugasan lain yang diperlukan.

    Bagi mengatasi masalah balai polis yang sentiasa menjadisasaran komunis, rekrut polis baharu dipertingkatkan

    melibatkan polis biasa dan polis cawangan khas seramai

    hampir 4000 anggota.

    Rancangan Briggs Rancangan Briggs dilancarkan oleh Sir HenryGurney di Persekutuan Tanah Melayu pada pertengahan

    tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab ialah

    Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs.

    Rancangan Briggs merupakan tindakan oleh kerajaanjajahan British untuk menyekat bekalan makanan serta

    ubat-ubatan daripada berjaya sampai ke tangan Parti

    Komunis Malaya yang pada masa itu berniat menguasai

    Persekutuan.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Henry_Gurneyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Henry_Gurneyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1950http://ms.wikipedia.org/wiki/Harold_Rowdon_Briggshttp://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Parti_Komunis_Malayahttp://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdomhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Harold_Rowdon_Briggshttp://ms.wikipedia.org/wiki/1950http://ms.wikipedia.org/wiki/Persekutuan_Tanah_Melayuhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Henry_Gurneyhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Henry_Gurney
  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

    5/9

    5

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Antara tindakan yang dijalankan ialah denganmemindahkan penduduk Cina dari kawasan-kawasan

    terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di

    kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru.

    Rancangan itu merangkumi pemindahaan penduduk Cinadari kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan

    menempatkan mereka di Kampung Baru seperti di Jinjang

    supaya tidak diugut oleh Min Yuen untuk memberi

    maklumat dan bekalan makanan serta ubat-ubatan.

    Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan MinYuen.

    Kampung-kampung baru ini dipagar dengan kawat berduriserta dikawal oleh pasukan keselamatan. Penduduk

    Kampung Baru diberi banyak kemudahan

    seperti pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal

    serta bekalan elektrik dan air paip.

    Jumlah penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalahseramai 470,509 orang yang ditempatkan di 440 buah

    kampung baru.

    Persatuan Cina Malaya (MCA) yang ditubuhkan padatahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan

    menempatkan semula orang Cina.

    Selain itu, Gerakan Kelaparan juga telah dilaksanakan dibawah Rancangan Briggs. Semua anggota di Kampung

    Baru yang terlibat dalam Rancangan Briggs perlu

    memastikan bahawa segala keperluan asas seperti

    bahan makanan, ubat-ubatan, pakaian serta senjata tidak

    diberikan kepada pihak komunis.

    Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanandalam jumlah yang ditetapkan sahaja.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Tionghoahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jinjanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Min_Yuenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Min_Yuenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perkhidmatan_kesihatan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Elektrikhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Air_paip&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/1949http://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makananhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ubathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Senjatahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Komunishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Komunishttp://ms.wikipedia.org/wiki/Senjatahttp://ms.wikipedia.org/wiki/Ubathttp://ms.wikipedia.org/wiki/Makananhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/1949http://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Air_paip&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Elektrikhttp://ms.wikipedia.org/w/index.php?title=Perkhidmatan_kesihatan&action=edit&redlink=1http://ms.wikipedia.org/wiki/Pendidikanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Min_Yuenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Min_Yuenhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Jinjanghttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kampung_Baruhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Tionghoa
  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

    6/9

    6

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Kad pengenalanjuga dikeluarkan bagi mengawal pergerakanpenduduk di Kampung Baru. Sekatan-sekatan jalan raya

    diadakan juga untuk menghalang pergerakan Min Yuen.

    Perang Saraf Ketika Sir Gerald Templer mengambil alih jawatanPesuruhjaya Tinggi British selepas peristiwa pembunuhan Sir

    Henry Gurney, beliau menyedari bahawa langkah kekerasan

    sahaja tidak mencukupi untuk mengatasi ancaman komunis

    di Tanah Melayu.

    Oleh itu, beliau telah berusaha untuk menumpukan usahauntuk memenangi hati dan fikiran rakyat supaya bersama-

    sama membantu kerajaan membanteras komunis melalui

    Perang Saraf.

    Perang Saraf adalah merupakan satu kempen psikologikerajaan dalam memenangi hati dan fikiran rakyat dalam

    mendapatkan sokongan rakyat dalam membanteras

    komunis.

    Melalui Perang Saraf, British telah berjaya menyatukanrakyat berbilang kaum untuk menghapuskan perasaan

    perkauman dalam kalangan mereka.

    Selain itu, antara strategi perang saraf termasuklahmenawarkan ganjaran dan hadiah kepada mana-mana pihak

    yang berjaya menangkap atau membunuh pengganas

    komunis.

    Kerajaan juga telah memperkenalkan kempen BulanPenduduk Tanah Melayu Menentang Komunis yang

    mewujudkan gerakan kesedaran dalam kalangan rakyat

    untuk membenci komunis.

    Hasilnya, 500 000 orang rakyat berdemonstrasi membawasepanduk anti-komunis, membakar patung komunis dan

    menawarkan diri menyertai pasukan keselamatan.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_pengenalanhttp://ms.wikipedia.org/wiki/Kad_pengenalan
  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

    7/9

    7

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Selain itu, di bawah strategi Perang Saraf, kawasan hitamdan kawasan putih diperkenalkan di mana kawasan hitam

    adalah kawasan aktif komunis manakala kawasan putih

    adalah kawasan bebas komunis.

    Melaka adalah negeri pertama yang diisyhtihar kawasanputih diikuti Terengganu, Kedah, Perlis dan Negeri Sembilan.

    Di kawasan yang hitam seperti Tanjung Malim, kerajaanBritish memperkenalkan perang saraf yang menyukarkan

    mereka yang enggan berkerjasama dengan British termasuk

    mengurangkan catuan makanan dan mengenakan tempoh

    berkurung selama hampir 22 jam sehari.

    Perang saraf pada dasarnya berjaya melemahkan pengaruhkomunis di Tanah Melayu.

    Peranan Orang Asli Disebabkan usaha British melalui Rancangan Briggs, pihakpengganas komunis menghadapi masalah dalam

    mendapatkan bekalan makanan dan keperluan lain seperti

    ubatan daripada Min Yuen dan penduduk yang bersimpati

    dengan perjuangan mereka.

    Oleh itu, pihak komunis telah menyasarkan golongan orangasli dalam mendapatkan bekalan makanan kepada mereka.

    Selain itu, sebahagian pemuda orang asli turut didoktrinkan

    menjadi kader-kader baru komunis di Tanah Melayu.

    Hal ini telah disedari oleh kerajaan British. Pada mulanyaorang-orang asli cuba dipindahkan ke kampung-kampung

    baru namun tidak sesuai kepada mereka.

    Oleh itu, pihak kerajaan telah bertindak mengekalkan orangasli di kawasan mereka dengan mendapatkan kawalan

    daripada tentera dan polis hutan.

    Selain itu, Jabatan Orang Asli diperkenalkan pada 1950 yangturut menekankan aspek kesihatan dan pendidikan kepada

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

    8/9

    8

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    mereka.

    Dalam mengambil hati masyarakat orang asli juga, kedaimenjual barang keperluan harian dibuka berhampiran pos

    kawalan tentera bagi mengurangkan rasa takut dan curiga

    terhadap kawalan tentera ke atas perkampungan mereka.

    Tindakan kerajaan mengawal perkampungan orang asli telahberjaya melemahkan lagi kedudukan komunis di Tanah

    Melayu akibat desakan yang meruncing.

    Rundingan Baling Sebagai menangani pengaruh komunis, kerajaan telahbersetuju untuk menawarkan pengampunan kepada

    pengganas komunis yang ingin menyerah diri dan

    meletakkan senjata.

    Dalam kempen PRU 1955, Tunku Abdul Rahman juga telahberikrar untuk memberikan kemerdekaan kepada Tanah

    Melayu dalam tempoh empat tahun dan menamatkan

    darurat.

    Oleh itu, apabila beliau menjadi Ketua Menteri, beliaumenawarkan pengampunan beramai-ramai kepada

    pengganas komunis. Hal ini menyebabkan pemimpin

    tertinggi PKM, Chin Peng mengutuskan surat kepada Tunku

    Abdul Rahman untuk mengadakan satu pertemuan dan

    berunding.

    Dalam bulan Disember 1955, satu pertemuan di antara wakilPKM dan wakil kerajaan diadakan di Baling, Kedah.

    Dalam pertemuan tersebut, kerajaan diwakili Tunku AbdulRahman, David Marshall dan Tan Cheng Lock manakala PKM

    diwakili Ching Peng, Chien Tien dan Rashid Maidin.

    Melalui rundingan tersebut, PKM bersetuju untukmenamatkan penentangan dan meletakkan senjata dengan

    syarat kerajaan mengiktiraf Parti Komunis Malaya sebagai

    sebuah pertubuhan politik yang sah di Tanah Melayu.

  • 7/31/2019 Nota Sejarah Malaysia Moden Bab 5

    9/9

    9

    Disediakan oleh: Hazman_ipda2012

    Nota SJH1107

    Sejarah Malaysia Moden

    Selain itu, Chin Peng meminta kerajaan tidak mempertikaikesetiaan dan keikhlasan ahli PKM yang menyerah diri.

    PKM juga meminta mereka dibenarkan bergerak aktifsebagai sebuah parti politik di Tanah Melayu.

    Di peringkat kerajaan pula, Tunku Abdul Rahman memintaPKM keluar terlebih dahulu daripada hutan dan meletakkan

    senjata.

    Selain itu, Tunku meminta ahli-ahli PKM menyatakan taatsetia kepada Tanah Melayu dan bukannya negara lain dan

    meminta PKM dibubarkan.

    Walaubagaimanapun, Tunku Abdul Rahman engganmenerima cadangan tersebut. Pun begitu, Tunku

    menegaskan kerajaan sedia untuk berunding pada bila-bila

    masa sekiranya PKM terbuka hati.