Nota Sejarah Polis Malaysia

16
Nota Sejarah PDRM Nota ini digunakan sebagai rujukan kelas Undang-Undang SUKSIS UIAM Skuad 1/2013 di bawah kendalian Sarjan Nazri

Transcript of Nota Sejarah Polis Malaysia

Page 1: Nota Sejarah Polis Malaysia

Nota Sejarah PDRM

• Nota ini digunakan sebagai rujukan kelas Undang-Undang SUKSIS UIAM Skuad 1/2013 di bawah kendalian Sarjan Nazri

Page 2: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Zaman Tradisional Melayu

• Sistem polis boleh dilihat pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka. Ketika ini, peranan, tugas dan tanggungjawab polis digabungkan dengan tugas-tugas ketenteraan. Sultan menjadi pusat kuasa yang mengawal sistem ini, mempunyai kuasa mutlak. Baginda juga menjadi Hakim, Ketua Agama dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera serta berkuasa mengubal undang-undang. Undang-undang terpenting pada zaman itu ialah Hukum Kanun Melaka. Bendahara ialah orang kedua tertinggi selepas baginda Sultan. Beliau berkuasa sebagai Penasihat Sultan, Ketua Pentadbir dan boleh bertindak sebagai Panglima Perang. Tun Perak, yang bergelar Bendahara Paduka Raja pernah memimpin angkatan tentera Melaka untuk berperang.

• Melalui petikan Sejarah Melayu, halaman 142-143:

• Setelah siang hari, maka Sultan Alaudin pun keluar dihadap orang. Maka Bendahara dan segala orang besar-besar dan para menteri, sida-sida, bentara, hulubalang sekaliannya hadir menghadap. Maka titah sultan kepada Seri Maharaja, kerah ia Temenggung, "Adakah kawal semalam?"

• Maka sembah Seri Maharaja, "Ada, tuanku." Maka titah sultan, "Kita dengar ada orang mati dibunuh orang, diatas bukit seorang, dibawah bukit seorang, dihujung jambatan seorang, jikalau demikian orang itu, Seri Maharajakah yang membunuhnya?" Maka sembah Seri Maharaja, "Tiada patik tahu, tuanku." Titah sultan, "Sia-sialah kawal Seri Maharaja, tiga orang mati tiada diketahui. Sekarang kita dengar pencuri terlalu ganas dalam negeri ini." Maka sultan pun memerintahkan memanggil Hang Isap, ia pun datang, peti itu pun dibawanya. Maka titah Sultan Alauddin kepada Hang Isap dan Hang Siak, "Apakah pemandangan engkau semalam?" Maka Hang Isap dan Hang Siak pun berceritalah akan segala peri hal ehwal semalam, semua dikatakannya.......

• "Semenjak itu kawal Seri Maharaja terlalu keras. Jika bertemu dengan orang di jalan, dibunuhnya, tiada ditangkap lagi. Pada suatu malam Seri Maharaja berkawal, bertemu dengan seorang pencuri. Maka diparang oleh Seri Maharaja dengan pedang bertupai, putus di bahunya......."

Page 3: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Dari gambaran di atas, Temenggung ialah orang yang

bertanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman di seluruh negeri, termasuk kawasan istana. Tugasnya untuk menangkap penjenayah, membina penjara dan melaksanakan hukuman-hukuman. Pada zaman sekarang, jawatan Temenggung seperti Ketua Polis Negara sekarang. Beliau juga dipertanggungjawabkan untuk menjaga pelabuhan, menyelesaikan masalah jenayah, pasar, jalan, pekan, timbangan dan sukatan. Temenggung juga mempunyai pengawal peribadi, dikehendaki mengawasi pemeriksaan penjara, berlaku adil, mencari pengikut-pengikut yang amanah dan berunding dengan rakan-rakan sejawat.

• Para Penghulu merupakan wakil sultan, juga mempunyai pasukan kawalan masing-masing. Tugas utama pasukan ini adalah memungut cukai, menguatkuasakan undang-undang dan menjaga keselamatan kampung jagaannya. Sistem kepolisan tradisional ini berubah apabila Melaka ditakluk Portugis pada 10 Ogos 1511, yang diketuai oleh Alfonso de Albuquerque.

• Zaman Portugis dan Belanda

• Tugas-tugas kepolisan seterusnya dilaksanakan oleh askar-askar Portugis. Menjelang tahun 1511, Melaka telah menjadi masyarakat kosmopolitan. Pihak Portugis mentadbir Melaka dengan menggunakan sistem "Kapitan". Pada 14 Januari 1641, Empayar Portugis di Melaka berakhir dengan penaklukan Belanda di Melaka dengan bantuan askar-askar negeri Johor, ketika Portugis berperang dengan Acheh. Belanda turut memerintah Melaka dengan menggunakan sistem ketenteraan di samping mengekalkan sistem 'Kapitan' yang diperkenalkan oleh Portugis. Sebuah pasukan polis yang dinamakan 'Burgher Guard' ditubuhkan apabila penduduk Eropah bertambah dan perlunya menubuhkan sepasukan polis. Burgher Guard adalah badan yang baru dan para pegawainya terdiri daripada orang Belanda yang tinggal di Melaka. Anggota-anggota bawahannya adalah orang-orang Melaka. Pasukan ini dikawal dibawah Majlis Keadilan yang anggota-anggotanya dipilih di kalangan orang Belanda di Melaka. Penghulu meneruskan tugas-tugasnya seperti di Zaman Melayu Tradisional semasa Melaka di bawah pemerintahan Belanda. Sistem ini seterusnya melemahkan kuasa pemerintahan raja-raja melayu, yang sebelumnya mengamalkan kuasa mutlak.

Page 4: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Zaman Moden

• Ketika British mengambil alih Melaka pada tahun 1795, Kapten Farquhar, yang merupakan Gabenor Tentera pada masa itu membenarkan Majlis Keadilan Melaka menjelaskan fungsinya sebagai majistret di samping itu meneruskan tugas-tugas kepolisan 'Burgher Guard' yang telah terbentuk pada zaman itu. Organisasi Polis Moden di Malaysia bermula pada 25 Mac 1807 hasil termaktubnya Piagam Keadilan (Charter of Justice) oleh penjajah Inggeris di Pulau Pinang. Sistem ini mencontohi sistem tersusun dan teratur polis British, yang dicipta oleh Sir Robert Peel pada tahun 1829. Jawatan baru yang diwujudkan ialah High Sheriff dan Deputy Sheriff yang diberi tugas untuk mengawal keselamatan dan kemamanan di Pulau Pinang. Penduduk-penduduk tempatan diambil dan berkhidmat sebagai Petty Constables dan diberi gaji. Orang-orang barat yang bertugas sebagai High Constables dikira sebagai khidmat masyarakat dan tidak diberi gaji.

• James Carnery dilantik sebagai High Sheriff yang pertama, manakala timbalannya ialah Andrew Bone. Kebanyakan pegawai polis ketika itu adalah berbangsa British. Selepas itu organisasi ini berkembang kepada Negeri-Negeri Selat dan negeri-negeri lain di Tanah Melayu. Pada ketika itu, organisasi polis adalah terhad kepada negeri masing-masing. Hanya selepas Perang Dunia II, satu organisasi polis tunggal dengan pentadbiran pusat yang pertama telah ditubuhkan dan dikenali sebagai "Civil Affair Police Force" (CAPF). Organisasi ini telah dibentuk di Tanah Melayu bagi menjalankan tugas-tugas kepolisan dengan diketuai H.B. Longworthy. Penjajah British terpaksa memantapkan organisasi polis selepas negara melalui anarki semasa zaman pemerintahan Jepun. Antara masalah yang berleluasa ketika itu ialah pemberontakan pihak komunis. Konsep "Bersedia Berkhidmat" diperkenalkan oleh Pesuruhjaya Polis Tanah Melayu Sir Arthur E. Young pada 15 Disember 1952. Melalui arahannya, Arahan Pesuruhjaya Polis No. 36, tahun 1952: "Operation Service", A. E. Young menegaskan pendekatan polis terhadap orang ramai serta mewujudkan persefahaman terhadap kedua-dua pihak. Beliau juga berharap dengan konsep "Bersedia Berkhidmat" ini, pandangan negatif pasukan dapat dikikis dan sebaliknya dihormati.

Page 5: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Hampir setahun selepas Hari

Kemerdekaan, iaitu pada 24 Julai 1958, DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Almarhum Tuanku Abd Rahman Ibni Almarhum Tuanku Mohamad telah berkenan mengurniakan gelaran 'Diraja' kepada Pasukan Polis Persekutuan Tanah Melayu. Upacara ini dijalankan di Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Jalan Semarak, 54100 Kuala Lumpur. Mulai dari saat itu pasukan polis dikenali dengan nama "Polis Diraja Persekutuan" atau "The Royal Federation of Malayan Police" dan pada 1963 ditukar kepada Polis Diraja Malaysia.

• Bendera dan insignia dalam Polis Diraja Malaysia ini berlatarbelakangkan warna biru yang melambangkan rakyat jelata di negara Malaysia. Lambang ini yang seringkali dipasang pada bendera, panji-panji pasukan dan sebagainya. Di bahagian tengah bendera terdapat lambang PDRM yang berwarna perak atau putih. Lambang polis ini terdiri daripada sebilah Keris dan sebilah Parang Ilang/Kelewang yang bersilang. Di atas silangan itu terdapat pula kepala Harimau yang timbul dilingkari oleh Kalungan Bunga Padi dan di bawahnya ialah skrol dengan perkataan Polis Diraja Malaysia. Di bahagian kemuncak rangkaian bunga padi terdapat sebuah Mahkota yang mengandungi perkataan Allah di sebelah kanan dan Muhammad di sebelah kiri (dalam tulisan jawi).

Page 6: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Bulan dan bintang

• Bulan dan Bintang melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

• Mahkota

• Mahkota melambangkan yang pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian Islam dan kebesaran Allah, serta merupakan satu sanjungan kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong diatas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada pasukan. Perkataan Allah dan Muhammad melambangkan Tuhan Yang Maha Esa dan Rasulullah sebagai pesuruh-Nya, juga melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara dan keimanan dalam pasukan PDRM yang sanggup berjuang demi menegakkan maruah negara, bangsa dan agama Islam serta sanggup berkorban diri.

• Keris dan parang

• Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Keris merupakan senjata yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan dan pendekar-pendekar Melayu di zaman purbakala. Ia mula dicipta selepas bermulanya zaman logam dan asalnya direka oleh bangsa Arab sebelum menular ke seluruh Kepulauan Nusantara (terdiri daripada kepulauan Indonesia, Malaysia, Thailand, Myanmar dan Filipina) dan ia juga turut digunakan pahlawan dari empayar Hindu Majapahit yang berasal dari Indonesia (ketika itu agama Islam belum tersebar luas ke seluruh tanah Indonesia dan Malaysia) serta Siam. Parang Tradisional atau Kelewang melambangkan Negeri Sarawak dan Sabah dan ia melambang semangat kepahlawanan kedua-dua negeri yang berbilang bangsa iaitu Dayak, Dusun, Bajau, Kadazan serta Melayu Brunei.

Page 7: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Kepala harimau• Kepala Harimau melambangkan

kegagahan, keberanian dan semangat juang pasukan PDRM dalam menghadapi segala ancaman musuh. Sebelum ini, PDRM menggunakan kepala Singa sebagai lambang keberanian pada 16 September 1963 iaitu gelaran baru yang diberi selepas pembentukan Malaysia selepas kemerdekaan sehinggalah pada 15 Mei 1994, ia digantikan dengan kepala harimau sebagai lambang rasmi kerajaan Malaysia.

• Bunga padi• Bunga padi melambangkan makanan asasi

rakyat Malaysia serta kemakmuran negara.

• Moto

• Moto Polis Diraja Malaysia menunjukan ketinggian semangat serta keazaman anggota pasukan.

• Sang Saka Biru

• Itulah dia bendera PDRM (SANG SAKA BIRU), setiap warna atau warna membawa makna dan erti tersendiri, menjadi kemegahan anggota Polis.

Page 8: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Organisasi PDRM

• Selain 2 jabatan yang terlibat dalam pentadbiran iaitu Jabatan Pengurusan dan Jabatan Logistik, PDRM mempunyai 5 jabatan yang terlibat dalam pencegahan jenayah iaitu Jabatan Siasatan Jenayah, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA), Cawangan Khas dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil. Jabatan-Jabatan ini diketuai oleh pengarah-pengarah yang berpangkat Komisioner Polis (Jeneral Tiga Bintang)

• Jabatan Pengurusan• Secara amnya, Jabatan Pengurusan

bertanggungjawab dalam hal-ehwal pengurusan dan pentadbiran PDRM. Berperanan dalam menggerakkan sistem pengurusan yang mantap sebagai pemangkin kepada kemajuan PDRM.

• Fungsi Jabatan Pengurusan• Perkhidmatan/Perjawatan

– Merangkumi pengambilan, rekod perkhidmatan, pengesahan,kenaikan pangkat, pertukaran, gaji/elaun dan persaraan

• Pentadbiran Am dan Dasar – Merangkumi Pentadbiran Am,

Penyelidik/Pembangunan , Hal Ehwal Awam , Kebajikan, Sukan dan PERKEP

• Latihan – Merangkumi pengendalian-pengandalian

Kursus Asas, Kursus Pembangunan, Kursus Lanjutan di Institut Pengajian Tinggi dan Kursus Pemulihan

• Tatatertib – Merangkumi bidang tugas

pemantauan/tapisan, siasatan/risikan dan tindakan/kaunseling.

Page 9: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Jabatan Siasatan Jenayah

• Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.

• Fungsi

• Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah

• Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah• Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung

perjudian, maksiat dan kongsi gelap

• Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik

• Jabatan ini berfungsi memerangi dadah berbahaya sebagai musuh utama negara dengan menguatkuasakan undang-undang untuk menyekat dan mengurangkan permintaan dan bekalan dadah berbahaya.

• Unit K-9 berperanan membantu JSJN dalam tugasnya mengesan dadah.

• Fungsi• Menguatkuasakan undang-undang penyalahgunaan dan pengedaran

dadah• Mengumpul, mengkaji, menaksir dan menyebar maklumat berkaitan

dadah• Menyiasat kegiatan pengedar-pengedar dan sindiket-sindiket

pengedaran dadah• Membanteras penyeludupan dadah termasuk bahan kimia yang

digunakan untuk memproses dadah• Melaksanakan program pencegahan berkaitan penyalahgunaan dadah• Bertukar maklumat dengan agensi penguatkuasa dadah luar dan dalam

negeri• Menyimpan rekod dan statistik berkaitan dengan pengedaran dan

perkara yang berkaitan dengan dadah• Mengawasi kegiatan mereka yang pernah ditangkap kerana terlibat

dengan kesalahan dan kegiatan sindiket pengedaran dadah• Menyediakan latihan kepada pegawai/anggota Jabatan Narkotik

samada di dalam dan luar negeri• Menghadiri mesyuarat, seminar berkaitan dengan dadah samada di

dalam dan di luar negeri

Page 10: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Jabatan Keselamatan Dalam Negeri &

Ketenteraman Awam

• Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagain besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat.

• Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenyah lanun dan pencerobohan sempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.

• Antara cawangan-cawangan utama di bawah jabatan ini ialah;

• Pasukan Anti-Pengganas

• Ketika ancaman keganasan global semakin meningkat bermula dengan insiden 11 September tahun 2000 di Amerika Syarikat diikuti dengan beberapa siri pengeboman di Bali dan Jakarta, Indonesia hingga Malaysia sendiri turut merasai bahang keganasan global ini, Polis Diraja Malaysia turut mempunyai 2 kor pasukan anti-pengganas yang berperanan besar bukan sahaja membanteras keganasan bersama-sama dengan pasukan elit tentera malahan turut menangani jenayah berbahaya. Dua pasukan elit yang diperkatakan tersebut dikenali sebagai Pasukan Gerakan Khas dan Unit Gempur Marin.

Page 11: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Pasukan Gerakan Khas (PGK)• Pasukan Gerakan Khas adalah

sebuah skuad elit anti-pengganas dibawah tanggungjawab KDN/KA yang berperanan besar memerangi keganasan dan jenayah berbahaya di Malaysia. Unit ini dibentuk hasil gabungan batalion Komando 69 dan Unit Tindakan Khas dan juga berperanan membantu Cawangan Khas.

• Pasukan Gerakan Khas merupakan entiti utama pasukan elit di dalam Polis Diraja Malaysia yang terdiri daripada detasmen Komando 69 dan Unit Tindakan Khas yang menjadi jentera utama pasukan ini. Pasukan ini pada mulanya disusun dan disatukan dalam satu pasukan pada tahun 1997. Beret merun yang menjadi kebanggaan UTK ini dipakai kepada semua pegawai dan anggota bagi tujuan penyeragaman. Namun, penyatuan ini tidak bertahan lama apabila pada tahun 2003, kedua-duanya dipisahkan semula dan menjadi dua detasmen setelah mendapati adanya ketidakseimbangan disebalik penyatuan ini. Beret perang pasir dipakai semula oleh Komando 69, beret yang pernah dianugerahkan oleh Yang Dipertua Rejimen ke-22 Special Air Service British (SAS), manakala UTK masih mengekalkan beret merun mereka. Walaubagaimanapun, kedua-dua detasmen ini tetap berada dibawah kawalan induk dan seliaan Pasukan Gerakan Khas yang dipimpin oleh seorang Komander berpangkat Senior Assistan Commissioner II.

Page 12: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Pasukan Gerakan Khas ini turut terlibat dalam beberapa siri

operasi menangani keganasan di dalam Malaysia, antaranya terlibat dalam operasi ketenteraan bersama Rejimen ke-22 Komando Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia menumpaskan organisasi pengganas Al-Ma'unah yang baru terbentuk di Bukit Jenalik, Sauk, Perak. Selain itu, pasukan ini turut mengharumkan nama PDRM dengan penyertaan misi pengaman PBB di Timor Leste serta operasi mencari dan menyelamat 700 pegawai dan anggota BRIMOB (Briged Mobil) Polis Indonesia (POLRI) yang hilang dan terperangkap semasa kejadian tsunami di Acheh, Indonesia pada akhir tahun 2005 yang lalu. Pasukan ini turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah membanteras jenayah berbahaya, antara reputasi terbaik PGK ialah kejayaan menumpaskan kumpulan jenayah berbahaya M16 yang terdiri daripada beberapa penjenayah berbangsa Cina termasuk ketua kumpulannya yang merupakan bekas anggota tentera Singapura, kematian ketua kumpulan Gang 13 iaitu Mat Komando serta beberapa lagi operasi yang lain. Cogankata bagi Komando 69 adalah WARISAN DARAH PERWIRA, manakala UTK ialah TANGKAS MEMBANTERAS GANAS.

• Unit Gempur Marin (UST)• Unit Gempur Marin yang menjadi anti-pengganas maritim

turut diletakkan• dibawah Jabatan KDN/KA.• Unit Gempur Marin merupakan sebuah unit elit anti-

pengganas maritim yang baru ditubuhkan pada tahun 2006 dan beroperasi sepenuhnya pada akhir tahun 2007 yang mendapat latihan khas daripada Amerika Syarikat setelah menyedari betapa perlunya sebuah unit khas marin dalam menjaga perairan negara daripada sebarang insiden yang boleh meruntuhkan sektor ekonomi mahupun pertahanan negara. Unit yang diletakkan di bawah formasi Pasukan Gerakan Marin yang berpangkalan di Pangkalan Polis Marin Kampung Aceh, Sitiawan, Perak dan Lahad Datu, Sabah ini berperanan besar dalam menangani ancaman lanun, selain rompakan, penculikan dan rampasan kapal serta serangan pengganas di perairan negara. Pasukan elit asalnya berkekuatan 30 anggota ini dilatih oleh jurulatih SEALs Amerika di Langkawi dan Kota Kinabalu serta dibekalkan dengan persenjataan khas seperti Glock 19, MP5-Navy dan Colt M4A1 (berkemungkinan dibiayai oleh Amerika Syarikat) ini mengamalkan taktik-taktik terkini anti-pengganas maritim yang diamalkan oleh unit-unit komando tentera laut dan Marin Amerika Syarikat.

Page 13: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Pasukan Simpanan Persekutuan

(PSP/FRU)

• Pasukan Simpanan Persekutuan (Bahasa Inggeris: Federal Reserve Unit) atau lebih dikenali dengan singkatan FRU merupakan sebuah pasukan yang bertindak menyuraikan sebarang rusuhan atau perhimpunan haram yang berlaku di Malaysia. Ditubuhkan pada 5 Disember, 1955 3 trup di awal penubuhannya. FRU turut terlibat dalam beberapa siri operasi menangai rusuhan berprofil tinggi, termasuk operasi menangani rusuhan perkauman pada 13 Mei 1969 serta terlibat dalam operasi bersepadu menangkap Ibrahim Libya dalam Insiden Memali di Baling, Kedah yang berakhir dengan 16 kematian termasuk Ibrahim dan 3 orang pegawai polis.

1. PENDAHULUAN

• Pasukan Simpanan Persekutuan ( PSP ), atau Federal Reserve Units

• ( FRU ) yang dianggotai anggota tetap PDRM dari pelbagai pangkat,

• merupakan Pasukan Simpanan Ketenteraman Awam Ketua Polis

• Negara. Pasukan ini lengkap berdikari, boleh bergerak pantas dan

• dilatih khas sebagai “pasukan gempur dan kejutan”. Ianya dilatih dan

• dilengkapi untuk menumpas rusuhan, menyuraikan perhimpunan

• haram, mengawal orang ramai, membantu tugas menyelamat semasa

• bencana, dan penugasan khusus membantu operasi khas kepolisan.

Page 14: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• 2. FUNGSI

• Sebagai sebuah pasukan simpanan ketenteraman awam PDRM, PSP direka, dilengkap dan dilatih khusus untuk tugas-tugas menumpas dan menyuraikan rusuhan dan perhimpunan haram. Disamping itu, dengan keupayaan dan latihan yang dilengkapkan kepadanya; PSP boleh dikerahkan untuk tugas-tugas berikut :-

•2.1. Kawalan Orang Ramai – semasa perhimpunan awam besar-besaran, seperti lawatan orang kenamaan, acara sukan, rapat umum dan perarakan; dimana ada kemungkinan tercetus keadaan ketenteraman awam,

• 2.2. Pasukan Bertindak untuk menangani dan menghadapi ancaman dan cabaran situasi “Chemical, Biological, Radiological dan Nuclear”,

• 2.3. Bantuan semasa bencana, seperti banjir, kebakaran besar, kegelinciran keretapi, tanah runtuh, pesawat terhempas, dll; untuk menyelamat nyawa, mencegah kecurian, pengusian dan kepungan kawasan terlibat,

• 2.4. Operasi Cegah Jenayah untuk membantu Ketua Polis Daerah dikawasan-kawasan tertentu yang mengalami kenaikan mendadak kadar jenayah atau kawasan yang kerap berlaku jenayah, untuk jangkamasa yang tertentu,

• 2.5. Operasi besar-besaran, seperti kepung dan mencari, saringan dan tangkapan terhadap kumpulan pelampau atau anasir kongsi gelap, rondaan intensif dan penguatkuasaan Perintah Berkurung.

Page 15: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Cawangan Khas

• Jabatan ini adalah sayap perisikan yang bertanggungjawab untuk mengumpul risikan bagi keselamatan negara. Antara lain peranannya ialah mengumpul risikan keselamatan berkaitan dengan ancaman dari dalam dan luar negara, sebarang aktiviti subversif dan sabotaj oleh kumpulan pelampau atau individu yang boleh mengancam kestabilan negara. Seterusnya dengan memperolehi, mengolah, menilai dan mengedar maklumat serta memberi nasihat kepada jabatan-jabatan di dalam dan luar pasukan, serta pertubuhan-pertubuhan yang berkenaan. Jabatan ini terbahagi kepada beberapa cawangan seperti:- Inteligen Teknikal, Inteligen Sosial, Inteligen Luar, Inteligen Politik, Inteligen Ekonomi dan Inteligen Keselamatan.

• Cawangan Khas diketuai oleh Komisioner Polis (CP).

• Tanda Pangkat PDRM

• Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat mengikut 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor General Polis, dan Kumpulan Pegawai Rendah Polis Dan Konstabel.

• Kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 kelompok di mana pegawai berpangkat Penolong Penguasa Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Ketua Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan.

• Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Pertengahan (ACP - IGP), Kumpulan diwartakan (INSP – SUPT)

Page 16: Nota Sejarah Polis Malaysia

SEJARAH POLIS• Peringkat Pegawai Rendah Polis dan

Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Koperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat atau Anggota Pangkat Rendah ( APR )

• Pangkat setiap anggota polis umumnya dapat dikenali melalui nombor pengenalan polis. Pemegang pangkat IGP sehingga INSP menggunakan 'G' sebagai pangkal nombor dan kumpulan rank and file menggunakan 'RF'.

• Berikut adalah senarai istilah pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM :-

• Senarai Ketua Polis Negara :

• TAN SRI SIR CLAUDE FENNER• TUN MOHAMED SALLEH ISMAEL• TAN SRI ABDUL RAHMAN BIN HASHIM

• TUN MOHAMMED HANIF BIN OMAR• TAN SRI ABDUL RAHIM BIN MOHD.

NOOR• TAN SRI NORIAN MAI• TAN SRI MOHD. BAKRI HJ. OMAR• TAN SRI MUSA BIN TAN SRI HJ. HASSAN• TAN SRI DATO’ SRI ISMAIL BIN OMAR• TAN SRI DATO’ SRI KHALID BIN ABU

BAKAR