Nota Tambah BMM 3117

download Nota Tambah BMM 3117

of 13

Transcript of Nota Tambah BMM 3117

  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    1/13

    nota tambah BMM 3117

    a) Teknik latih tubi

    Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.

    Tujuannya untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran di sampimg menjamin kekekalannya. Teknik ini sesuai digunakan untuk pengajaran Bahasa Melayu Boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran seperti kemahiran menyebut perkataan,

    ayat-ayat, atau mengingat fakta-fakta penting.

    Melalui teknik ini pelajar akan mengalami proses mendengar, melihat, memikirkan maksudperkataan-perkataan serta tugasnya dalam situasi yang penggunaan perkataan-perkataan itu.

    Berasaskan pengajaran bahasa dengar dan sebut (audiolingual) yang biasanya digunakan dalam

    pengajaran bahasa kedua.

    Mengikut teknik ini, perhatian akan diberikan kepada 5 aspek kebolehan menggunakan bahasa

    iaitu :

    Sebutan - Menyebut patah perkataan atau suku kata dengan betul termasuk intonasi yangmembawa makna dalam sesuatu situasi. Tatabahasa - Penggunaan bahasa yang tepat mengikut hukum bahasa daripada semua aspek.

    Perbendaharaan kata - Meluaskannya dengan penggunaan imbuhan yang sesuai mengikut

    konteksnya dalam situasi tertentu. Kefasihan - Menggunakan perkataan lain dengan cara spontan tanpa memikirkan apakah

    maksudnya.

    Kefahaman latihan memahami soalan dan memberikan jawapan yang wajar.

    Teknik ini dikenali juga dengan teknik menghafaz. Antara kelemahan teknik ini ialah teknik ini

    mengehadkan kebebasan berfikir dan menumpukan daya kreativiti murid. Namun begitu, teknik

    ini amat berguna dan sesuai untuk isi kandungan pengajaran yang memerlukan ikutan danulangan.

    b) Teknik Simulasi

    Simulasi ditakrifkan sebagai satu situasi yang diwujudkan hampir menyerupai keadaan sebenar

    yang memerlukan pelajar berinteraksi sesama sendiri berdasarkan peranan masing-masing bagi

    membuat keputusan menyelesaikan masalah, isu, atau tugasan semula. Melalui teknik ini para pelajar dapat menggunakan kemahiran belajar seperti mengumpulkan

    maklumat, menjalankan temu ramah dengan individu tertentu, dan mencatat isi penting.

    Dalam proses ini pelajar digalakkan untuk memberi pendapat, cadangan, membuat keputusan,

    dan menyelesaikan masalah berdasarkan peranan yang dipertanggungjawabkan. Memberipeluang kepada pelajar mengalami sendiri situasi dan masalah.

    Melalui teknik ini pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan dan dipertingkatkan terutamanya

    dalam kemahiran lisan membaca dan menulis. Dapat menwujudkan pelabagi aktiviti menarik yang menjadi sumber motivasi kepada pelajar

    untuk meneruskan proses pengajaran dan pembelajaran.

    c) Teknik Permainan

  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    2/13

    Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi, masalah, atau peristiwa yang dianggap

    penting.

    Pelajar diberi peranan dan bertindak sebagai watak yang ditentukan dalam satu situasi yangdisediakan.

    Main peranan ialah dramatisasi yang tiada kaitan atau penghafalan skrip. Melalui teknik ini

    pelakon cuba menyelesaikan atau menjelaskan situasi kepada pelajar lain supaya mempraktikankepada diri mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya dimulakan dengan pemikiran masalah yang sesuai. Masalah ini

    dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui

    filem, televisyen, mendengar rakaman, dan sebagainya.

    d) Teknik Sumbang Saran

    Teknik ini dikenali juga sebagai percambahan fikiran (brainstorming) yang merupakan satu sesiperbincangan yang membolehkan setiap ahli kumpulan menyumbangkan pendapat dan idea.

    Boleh didekati sebagai aktiviti permainan bahasa pada peringkat sekolah rendah dan

    berkembang menjadi aktiviti perbincangan yang lebih serius dan kompleks pada peringkatsekolah menengah, universiti, dan latihan profesional.

    Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan pembelajaran

    secara analitis.

    Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid. Garis panduan guru haruslah ringkas dan jelas.

    Semua cadangan dan idea yang dikemukakan haruslah dicatat untuk dibincangkan dalam sesi

    umum. Setiap kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak.

    Setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan cadangan.

    Pelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea.

    Suasana perbincangan yang tidak formal hendaklah diwujudkan. Pastikan peruntukan masa untuk sesi sumbang saran adalah patut dan mencukupi.

    Digalakkan menggunakan prinsip 5WH (What? Why? Who? Where? When? How? )

    Cadangan dan idea yang dikemukakan tidak boleh dikritik. Setiap kumpulan dimestikan mempunyai ahli yang pelbagai kebolehan.

    e) Teknik Permainan Bahasa

    Permainan bahasa ialah salah satu cara dalam mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Penglibatan dalam permainan memberi peluang kepada pelajar memperoleh latihan intensif,

    pembelajaran bermakna, dan sebagai alat dianogstik.

    Kebanyakan aktiviti yang dijalankan akan menggunakan pelbagai kemahiran berbahasa pelajar

    antaranya kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis.

    Permainan bahasa mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan kemahuan dalam sistem

    pendidikan negara amnya dan Falsafah Pendidikan Negara khasnya. Ia diintepretasikan melaluiobjektif tersirat dalam permainan bahasa tersebut iaitu :

  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    3/13

    merangsang interaksi verbal pelajar,

    menambah kefasihan dan keyakinan,

    menyediakan konteks pembelajaran, bertindak sebagai alat yang dapat mengikis rasa bosan, dan

    bertindaksebagai alat pemulihan, pengukuhan, dan penggayaan.

    f) Teknik Soal Jawab

    Merupakan teknik yang paling lama dan paling popular digunakan dalam bidang pendidikan

    Pemilihan teknik ini bukan kerana ia mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yangberupaya mewujudkan interaksi guru dengan murid secara berkesan.

    Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukakan soalan yang berkaitan dengan isi

    pelajaran dan pelajar dikehendaki memberi tindak balas yang sewajarnya.

    Soalan yang dikemukakann memerlukan pelajar berfikir di samping dapat menguji dan menilaiapa yang diajar.

    Tujuan utama teknik soal jawab ialah : Untuk mengesan pengetahuan berbahasa murid

    Untuk menggalakkan pelajar berfikir secara kreatif, inovatif, logik, dan kritis.

    Untuk mendorong pelajar menyusun dan menghuraikan bahan yang diajar.

    Soalan yang terancang dan bermutu dapat membantu menajamkan pemikiran pelajar di sampingdapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih dinamik dan berkesan.

    g) Teknik Bercerita

    Merupakan salah satu teknik yang sesuai digunakan untuk membina kecekapan berbahasa

    kerana cerita merupakan sesuatu yang dapat menarik minat dan perhatian pelajar.

    Latihan pemahaman, perluasan perbendaharaan kata, dan tatabahasa dapat disampaikan. Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis

    dalam kalangan pelajar.

    Perkembangan cerita hendaklah diberi perhatian agar ada peringkat permulaan, kemuncak, dankesudahan cerita. Perhatian perlu diberi kepada teknik persembahan, suara, gerak laku, dan

    kawalan mata.

    Suara memainkan peranan yang penting yang harus dikawal supaya jangan mendatar dan tidakmenimbulkan kebosanan.

    Langkah-langkah dalam persediaan teknik bercerita ialah :

    Pilih cerita yang sesuai dengan umur, kecerdasan, dan minat murid. Kemudian, sesuaikan puladengan isi pelajaran yang hendak disampaikan.

    Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek bahasa.

    Hafazkan frasa atau ayat penting.

    Latih bercerita seolah-olah guru berada dihadapan murid sekurang-kurangnya sekali sebelummenggunakan teknik ini.

    Guru bercerita dalam keadaan yang selesa.

    Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar, atau BBM lain. Sediakan kad perkataan, frasa, atau ayat yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak

  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    4/13

    disampaikan.

    h) Teknik Drama

    Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif

    iaitu kaedah terus, elektif, dan audiolingual. Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik(jeda, nada, dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala, dan dan lain-

    lain) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.

    Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannyadengan mata pelajaran yang dipelajarinya.

    Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.

    Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran

    dan pembelajaran. Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, di samping

    dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

    i) Teknik Inkuiri

    Teknik ini dikenali sebagai teknik tinjau siasat.

    Merangkumi aspek-aspek soal selidik untuk mendapatkan jawapan atau kesimpulan yangberorientasikan masalah.

    Dapat menimbulkan daya refleksi di kalangan pelajar.

    Merupakan satu kaedah pengajaran bahasa yang dinamik untuk menimbulkan minat dan dayakreativiti di kalangan pelajar kerana pelajar sering mengemukakan soalan bagaimana. Oleh itu,

    ia dapat melatih pelajar mengemukakan pelbagai soalan.

    Ciri lain yang terdapat dalam teknik ini termasuklah memberi latihan yang sebenar dalam

    proses kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis.

    Pengendalian teknik inkuiri ialah :

    Proses mengenali masalah Mengkaji ramalan

    Mengumpul maklumat

    Menganalisis Membuat rumusan

    4.5.10 Teknik Perbincangan

    Teknik perbincangan didefinisikan sebagai satu aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat

    tentang sesuatu tajuk. Tujuannya untuk melatih pelajar mengeluarkan fikiran dan pendapat

    dengan bernas (Kementerian Pendidikan 1990:85). Teknik perbincangan ialah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran berbentuk perbualan dan

    dilakukan dalam kalangan pelajar di bawah penyeliaan dan kawalan seorang guru.

    Melibatkan aktiviti perbincangan antara pelajar secara bekerjasama dalam mengeluarkanpandangan masing-masing tentang sesuatu perkara atau topik yang diberi. Misalnya

  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    5/13

    bermesyuarat, forum, seminar, bengkel, bahas dan debat.

    Dalam perbincangan ini akan memberi peluang dan ruang bagi mereka untuk bercakap

    terutama dalam aktiviti separa formal. Latihan sebegini bukan sahaja sekadar mempertajamminda malah dapat melatih kepetahan pelajar untuk bercakap dan mengeluarkan pendapat.

    Peranan guru akan berubah-ubah kerana aktiviti ini dikendalikan oleh pelajar sendiri.

    Teknik perbincangan boleh dijalankan mengikut langkah-langkah berikut : Guru menarik perhatian murid kepada tajuk perbincangan yang akan dijalankan. Guru membahagikan murid kepada beberapa kumpulan dan kemudian memilih seorang ketua

    yang boleh dipertanggungjawabkan untuk memastikan semua aspek perbincangan dapat

    dijalankan dan dicapai. Guru kemudian menugaskan setiap kumpulan mendapatkan maklumat dengan cara berbincang

    dengan ahli kumpulan.

    Ketika perbincangan guru harus bergerak dari satu kumpulan ke satu kumpulan yang lain,

    menegaskan perkara yang perlu dibincangkan dan mengarahkan perbincangan menghala ke arahperkara yang betul.

    Setelah tamat perbincangan guru boleh meminta laporan daripada setiap kumpulan. Hasil

    perbincangan boleh dicatatkan di papan tulis mengikut apa yang penting. Setelah dibincang gurubolehlah menjalankan aktiviti penulisan dan sebagainya.

    4.5.11 Teknik Forum

    Forum merupakan satu sesi perbincangan yang melibatkan beberapa ahli panel untuk mencanai

    fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk dan dijalankan secara formal. Teknik berforum merupakan salah satu aktiviti lisan yang sesuai, yang membolehkan pelajar

    berkongsi pengetahuan dan pengalaman secara langsung untuk meningkatkan kemahiran

    menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas, objektif, kreatif dan rasional.

    Untuk menjayakan aktiviti ini, tajuk forum yang dipilih haruslah mudah, menarik danmencabar selaras dengan kemahiran, pencapaian serta peringkat umur pelajar.

    Persediaan yang rapi perlu dibuat sama ada sebelum, semasa dan selepas aktiviti.

    4.5.12 Teknik Perbahasan Bahas ialah pengucapan sama ada menyokong atau membangkang sesuatu pendirian dengan

    alasan yang logik dan idea yang tersusun.

    Teknik perbahasan ini sesuai diajar untuk semua peringkat pelajar di sekolah menengah.Antara manfaat teknik ini ialah :

    Memperkembangkan kecekapan berkomunikasi dengan berkesan

    Melatih berfikir dengan pantas dan melahirkan buah fikiran dengan tepat dan teratur

    Menguasai kemahiran berbahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan larasbahasa yang sesuai.

    Mengemukakan hujah secara rasional, kritis dan kreatif.

    Melatih kemahiran mendengar, menaakul, berhujah dan membidas.

    Guru perlu mengambil inisiatif sendiri untuk memupuk kebolehan berbahas dalam kalanganpelajar.

    Perkembangan kebolehan berbahas dengan sendirinya akan membawa kepada perkembangan

    kemahiran berbahasa, perkembangan mental yang positif, peningkatan ilmu dan pemupukansifat-sifat kepimpinan.

  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    6/13

    4.5.13 Teknik Kuiz

    Diperkenalkan pada tahun 1940 di England melalui Perbadanan Penyiaran British (B.B.C).

    Aktiviti kuiz bermula di negara ini setelah dimasukkan dalam masa pembelajaran Bahasa

    Inggeris di sekolah Inggeris dan diikuti di sekolah Melayu.

    Tujuannya ialah :

    Guru dapat mengukuhkan pengajaran dan memantapkan pemahaman pelajar mengenai topik

    tertentu. Pelajar dapat mengulang kaji sambil bergembira.

    Pelajar dapat melupakan permasalahan mereka dengan mengemukakan soalan secara teka-teki.

    Pelajar dapat belajar kaedah cara berfikir yang baru.

    Membantu pelajar memahami sistem Bahasa Melayu terutama dari segi bentuk, makna danpenggunaan bahasa yang tepat.

    Terdapat 2 bentuk pengajaran dan pembelajaran bahasa melalui teknik ini iaitu : Dijalankan secara spontan pada peringkat permulaan, perkembangan dan penutup. Ini

    bermakna kuiz dapat dijadikan sebagai aktiviti rangsangan, penggayaan, pemulihan dan

    pengukuhan.

    Kuiz sebagai aktiviti pertandingan meliputi pertandingan antara pelajar.

    4.5.14 Teknik Permainan Bahasa

    Permainan bahasa merupakan aktiviti pengajaran pembelajaran yang mengandungi unsur

    bermain yang menggembirakan. Aktiviti ini dijalankan dengan menggunakan bahan-bahan

    tertentu dan daya kreativiti pelajar untuk mewujudkan suasana belajar yang menyeronkkan,

    bersahaja dan bermakna.

    Jenis-jenis permainan bahasa digolongkan mengikut tumpuan kemahiran tertentu.

    KEMAHIRAN AKTIVITIMendengar Mengecam, meneka bunyi tertentu atau penyataan yang diberikan.

    Bertutur Menceritakan kembali cerita yang didengar, main teka teki, meneka tokoh, membisik

    pesanan atau nyayian-puisi.Membaca Membaca teks sastera, menyesuaikan gambar dengan cerita atau silang kata.

    Menulis Menulis dialog berdasarkan teks atau kartun, menulis sinopsis, membina ayat dll.

    Bentuk permainan bahasa: Permainan bahasa terdiri daripada dua bentuk.

    Bentuk pertandingan

    Bentuk penghayatan kendiri.

    Langkah pelaksanaan:

    Sebelum: Menentukan jenis permainan

  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    7/13

    Cara permainan ( innndividu, pasangan, kumpulan )

    Syarat permainan masa, bahan, peraturan, petugas.

    Semasa:

    Peringkat awal, induksi set.

    Peringkat pertengahan langkah pengajaran.Peringkat akhir kemahiran pengukuhan

    Selepas:

    Menentukan semua bahan disimpan semula.

    Perbincangan guru-pelajar.

    4.6 Rumusan

    Kesimpulan daripada penerangan serta perbincangan kita di atas dapatlah dikatakan bahawa

    perkembangan teknologi komputer dalam pendidikan akan terus berkembang pesat.Perkembangan pesat teknologi digital akan terus memberi suntikan kepada sektor pendidikan.

    Teknologi komputer akan menjadi pengupaya penting dalam proses pendidikan. Teknologi ini

    penting untuk menyediakan pelajar-pelajar bagi menghadapi era maklumat.Dari Wikipedia, ensiklopedia bebas

    Boneka (dari bahasa Portugis boneca) adalah sejenis mainan yang dapat berbentuk macam-

    macam, terutamanya manusia atau hewan, serta tokoh-tokoh fiksi. Boneka bisa dikatakan salah

    satu mainan yang paling tua, karena pada zaman Yunani, Romawi ataupun Mesir kuno saja

    boneka sudah ada. Namun fungsi, bentuk, maupun bahan pembuatnya ternyata berbeda sekali

    antara dulu dan sekarang.

    Umumnya boneka dibuat sebagai mainan anak-anak, namun terkadang digunakan untuk fungsi

    fungsi ritual yang berhubungan dengan alam atau hal-hal yang bersifat gaib ataupun mistik

    misalnya berupa upacara upacara ritual keagamaan pada zaman dulu, permainan jelangkung,

    sihir ataupun upacara pemanggilan roh. Seringkali boneka ditemukan pada makam-makam

    kuno atau situs-situs sejarah maupun prasejarah.

    https://reader009.{domain}/reader009/html5/0407/5ac8575fcf47d/5ac857622497c.jpg

    You might also like:

    Guru bahasa yang baik : Pengenalan

    Prabacaan

    Nota UAK BM - Ringkasan 1

    LinkWithin

    http://officesoft.files.wordpress.com/2008/04/boneka-muslim.jpghttp://officesoft.files.wordpress.com/2008/04/boneka-muslim.jpghttp://notapismp.blogspot.com/2010/09/guru-bahasa-yang-baik-pengenalan.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2010/09/guru-bahasa-yang-baik-pengenalan.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2009/10/prabacaan.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2009/10/prabacaan.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2010/10/nota-uak-bm-ringkasan-1.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2010/10/nota-uak-bm-ringkasan-1.htmlhttp://www.linkwithin.com/learn?ref=widgethttp://www.linkwithin.com/learn?ref=widgethttp://www.linkwithin.com/learn?ref=widgethttp://notapismp.blogspot.com/2010/10/nota-uak-bm-ringkasan-1.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2009/10/prabacaan.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2010/09/guru-bahasa-yang-baik-pengenalan.htmlhttp://officesoft.files.wordpress.com/2008/04/boneka-muslim.jpg
  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    8/13

    Posted by pak long at2:05 PM

    Labels:Nota Literasi Bahasa

    04 October 2009

    Prabacaan

    Prabacaan ialah tahap penyediaan murid-murid untuk membaca di mana guru perlulah

    menyediakan pengalaman bahasa , iaitu mengenal dan mengecam huruf. Murid perlu didedahkan

    dengan aktiviti yang boleh mendorong murid-murid dalam mempertingkatkan ketajaman

    penglihatan dan pendengaran. Ia perlu bagi membentuk kelaziman membaca seperti membaca

    dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah. CITATION www09 \l 1033 (www.bakalguru.com, 2009).

    Membaca memerlukan satu tingkat berfikir yang tinggi dan komunikasi mesej atau makna atau

    sebutan makna. Membaca merupakan proses kognitif iaitu berfikir melalui bahan bercetak. Proses

    menguasai bacaan melibatkan tahap penguasaan yang berbeza-beza. Pada setiap aras penguasaan

    mencerminkan tahap penguasaan pembacaan bagi individu tersebut. Pada setiap penguasaan bacaan ini

    terdapat beberapa kaedah yang boleh diaplikasikan oleh pembaca. Setiap tahap boleh disimpulkan seperti

    berikut:

    http://notapismp.blogspot.com/2009/10/boneka.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2009/10/boneka.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2009/10/boneka.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/search/label/Nota%20Literasi%20Bahasahttp://notapismp.blogspot.com/search/label/Nota%20Literasi%20Bahasahttp://notapismp.blogspot.com/search/label/Nota%20Literasi%20Bahasahttp://notapismp.blogspot.com/2009/10/prabacaan.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/2009/10/prabacaan.htmlhttp://3.bp.blogspot.com/_PqGnDQaZbqA/SsjdRnWG7RI/AAAAAAAAAR8/2K-LXc5g1cc/s1600-h/ABM.jpghttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=2299175003161797618&postID=4706661236916331674&from=pencilhttp://3.bp.blogspot.com/_PqGnDQaZbqA/SsjdRnWG7RI/AAAAAAAAAR8/2K-LXc5g1cc/s1600-h/ABM.jpghttp://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=2299175003161797618&postID=4706661236916331674&from=pencilhttp://notapismp.blogspot.com/2009/10/prabacaan.htmlhttp://notapismp.blogspot.com/search/label/Nota%20Literasi%20Bahasahttp://notapismp.blogspot.com/2009/10/boneka.html
  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    9/13

    Kaedah Abjad (Tahap prabacaan). Kaedah ini juga dikenali sebagai kaedah huruf atau kaedah

    mengeja dan merupakan kaedah tradisional yang digunakan oleh guru untuk mengajar bacaan. Murid-

    murid dikehendaki mengenali nama, bentuk dan mengecam huruf abjad.

    Murid diperkenalkan dengan nama semua huruf yang terdapat dalam sistem ejaan semasa.

    Mereka perlu menghafal nama semua huruf yang diperkenalkan itu. Menurut Abdul Aziz Abdul Talib

    (2000), biasanya, huruf besar diperkenalkan terlebih dahulu sebelum huruf kecil diajarkan. Menurut

    Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, kedua-dua bentuk huruf kecil dan huruf besar

    didedahkan serentak. Setelah murid menghafal semua nama huruf, pengajaran difokuskan pula pada nama

    dan bunyi huruf vokal a, e, i, o, dan u.

    Setelah murid menghafal nama semua huruf dan mengenal huruf vokal serta bunyinya, pelajaran

    diteruskan dengan pembentukan suku kata secara berturutan. Murid dilatih tubi membaca suku kata itu.

    Daripada suku kata itu dibentuk perkataan seperti baba, baca, bola, buku, dada, dan cucu. Latih

    tubi mengeja perkataan diadakan. Lazimnya pengejaan dilakukan dengan menyebut nama huruf pada

    sesuatu suku kata diikuti dengan penyebutan suku kata itu. Misalnya untuk perkataan buku, mula -mula

    disebut nama hurufbi dan yu diikuti penyebutan bunyi suku kata bu; kemudian disebut nama hurufke

    danyudikuti penyebutan bunyi suku kata ku, dan akhir disebut perkataan buku.

    Penekanan terhadap nama abjad dan bunyi suku kata sesuai dengan sistem ejaan bahasa Melayu.

    Kecuali bentuk dwihuruf (digraf) seperti konsonan ng dan diftong ai, umumnya satu huruf dalam bahasa

    Melayu melambangkan satu bunyi sahaja.

    Setiap perkataan pula mesti terdiri daripada sekurang-kurangnya satu suku kata. Suku kata itu terhasil

    dengan menggabungkan satu atau lebih daripada satu konsonan dengan satu vokal atau diftong. dengan

    satu vokal atau diftong.

    Dengan perkataan lain, struktur suku kata bahasa Melayu bersifat tetap dan mudah dikenal pasti. Hal ini

  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    10/13

    memudahkan murid mengingat dan menyebut suku kata. Apabila murid menguasai suku kata, mereka

    dapat membentuk perkataan. Seterusnya, murid dapat membentuk apa-apa sahaja perkataan baharu

    dengan suku kata itu walaupun mereka tidak memahami makna perkataan itu. Rumusannya, kaedah ini

    menyediakan murid asas yang kukuh untuk membaca.

    Kaedah ini mudah dikendalikan dan tidak memerlukan alat bantu belajar yang banyak. Berbekalkan

    pengalaman belajar membaca dengan menggunakan kaedah ini dan dengan menggunakan sumber yang

    minimum seperti buku, ditokok dengan kesungguhan dan kesabaran, sesiapa sahaja dapat mengajarkan

    bacaan kepada mana-mana kumpulan sasar dengan menggunakan kaedah ini.

    Guru sekolah rendah dapat melaksanakan kaedah ini berpandukan buku dan dengan menggunakan carta

    abjad, carta suku kata dan kad perkataan. (http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com, 2009).

    Kaedah Fonik (Tahap bacaan mekanis). Kaedah ini lebih menekankan amalan membuat latih

    tubi tentang penyebutan bunyi huruf, suku kata, frasa, ayat-ayat dan kurang memberi tumpuan kepada

    nama huruf. Kanak-kanak dilatih menyebut huruf secara terasing dan kemudiannya menggabungkan

    dengan bunyi-bunyi huruf lain untuk membentuk suku kata dan perkataan. Contoh lambang b bukannya

    bi tetapi disebut beh, a disebut ah dan begitulah seterusnya.

    Kaedah fonik ini sesuai diajar kepada kanak-kanak kerana bahasa Melayu terdiri daripada suku

    kata yang hampir tetap bunyinya. Amalan ini akan membolehkan mereka yang baru belajar membaca

    melakukan latihan sebutan perkataan-perkataan baru.

    Menurut Sofiah Hamid (1985: 1), selepas murid-murid mempelajari sejumlah perbendaharaan

    kata, mereka akan membandingkan unsur-unsur yang sama dalam perkataan-perkataan tersebut, dan

    kemudiannya membuat satu kesimpulan umum mengenai bunyi-bunyi yang terdapat dalam perkataan-

    perkataan yang telah dipelajari. Contohnya, selepas murid-murid diajarkan perkataan-perkataan yang

  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    11/13

    dimulakan dengan bunyi yang sama seperti mana, mama, makan, baju, bapa, bawa, mereka diajar

    melihat dan mengenal bahawa perkataan-perkataan itu bermula dengan huruf dan suku kata yang sama

    tetapi memberi makna yang berbeza-beza.

    Kaedah Seluruhan Perkataan (Tahap bacaan dan kefahaman). Kaedah inijuga dikenali

    dengan kaedah perkataan, kaedah rangkai kata, dan kaedah ayat. Kaedah ini lebih menumpukan

    kepada menyebut keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk kepada menyebut

    keseluruhan perkataan dengan bantuan gambar untuk merujuk benda yang dipamerkan itu.

    Kanak-kanak dilatih untuk melakukan dua kemahiran di dalam satu masa, iaitu menyebutkan

    keseluruhan perkataan dan melakukan pengesanan terhadap rangsangan berbentuk gambar. Berbantukan

    gambar yang dilabelkan berhampiran dengan perkataan tersebut, kanak-kanak boleh menyebut perkataan

    untuk mewakili maksud yang terdapat di dalam gambar tersebut.

    Kaedah Frasa. Seperti kaedah perkataan, kaedah ini pun mementingkan unsur-unsur yang

    bermakna semasa permulaan pengajaran membaca. Kaedah ini berasaskan andaian bahawa frasa

    merupakan unit yang lebih besar daripada perkataan, dan dengan ini lebih menarik minat murid-murid

    daripada perkataan.

    Frasa-frasa yang bermakna boleh dibentuk dengan dua atau tiga perkataan yang mudah,

    contohnya:

    Ini meja

    Ini kerusi

    Itu buku

    Itu bola

    Frasa-frasa ini kemudiannya dipanjangkan untuk membentuk ayat-yat mudah, misalnya:

  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    12/13

    Ini meja saya

    Ini kerusi guru

    Itu buku saya

    Itu bola Ahmad

    Semasa mengajar, guru akan memilih frasa-frasa yang sesuai agar terdapat peningkatan dalam proses

    pengajaran, daripada yang senang kepada yang susah. Dengan cara ini juga perkataan-perkataan yang

    baru dapat diperkenalkan.

    Kaedah Kalimat. Menurut kaedah ini, murid-murid terlebih dahulu diperkenalkan kepada

    kalimat-kalimat atau ayat-ayat yang pendek dan bermakna. Guru akan menulis dan membaca satu kalimat

    daripada pertuturan beberapa kali. Kemudian murid-murid disuruh mengulangi membaca kalimat

    tersebut. Sesudah itu perhatian murid-murid ditarik kepada perkataan-perkataan yang membentuk kalimat

    itu. Perkataan-perkataan yang dipelajari kemudian disisipkan ke dalam kalimat-kalimat baru.

    Selepas itu barulah unsur-unsur suku kata dan huruf dalam perkataan diperkenalkan. Pengetahuan

    mengenai unsur-unsur kemudiannya digunakan untuk membentuk kemampuan mengenal perkataan baru

    secara tepat dan berdikari.

    Rujukan:

    http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/

    http://bakalguru.com

    Sofiah Hamid

    Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang mempunyai urutan yang tertentu.

    Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang untuk menghasilkan perubahan tindkah laku yang agak

    kekal dalam diri seseorang yang lain. Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti cercerita, perbincangan,

    bermain, latih tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan, projek, soalan

    atau Socratik dan lain-lain lagi.

    http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/http://bakalguru.com/http://bakalguru.com/http://bakalguru.com/http://mohdisa-abdrazak.blogspot.com/
  • 7/28/2019 Nota Tambah BMM 3117

    13/13

    Teknik-teknik pengajaran adalah kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah. Jika

    seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada apda sesuatu kaedah maka kemungkinan besar

    matlamat kaedah itu akan tidak berhasil.

    Misalnya katakanlah seorang ingin menggunakan kaedah bercerita untuk mengajar sesuatu tajuk pelajaran. Teknik-

    teknik bercerita yang dimaksudkan ialah kawalan nada suara, penggunaan alatan yang berkenaan, kemahiran

    mengekalkan minat murid, gerrakan tangan "facial expression", serta kedudukan murid-murid semasa aktivitibercerita itu berlangsung.

    Kaedah mengajar seperti syarahan juga mempunyai teknik-teknik yang tersendiri. Teknik-teknik syarahan adalah

    seperti mempelbagaikan nada sera kadar percakapan, bahasa yang sesuai, penggunaan OHP, garis kasar kuliah yang

    disampaikan, menyoal soalan-soalan yang mencabar pemikiran pelajra dan lain-lain lagi.

    Satu lagi contoh kaedah mengajar ialah kaedah soalan. Jika kita ingin mengajar dengan kaedah soalanmaka kita pelu

    menggunakan teknik-teknik menyoal yang baik seperti soalan-soalan yang ditanya haruslah jelas dan tepat, pelajar-

    pelajar diberi masa untuk memikirkan jawapan soalan sebelum sesiapa dipanggil untuk menjawab, layanan yang

    munasabah bagi semua tindak balas daripada murid, suara haruslah jelas, mempelbagaikan soalan-soalan yang

    ditanya dan sebagainya.

    Jadi jika kita hendak mengajar seseorang berenang kita haruslah memilih kaedah-kaedah yang sesuai. Kaedahseperti perbincangan serta syarahan sudah tertentu tidak berkesan. Kaedah pengajaran seperti demostrasi adalah

    lebih sesuai. Meskipun demikian, untuk memastikan bahawa demostrasi itu berjaya kita mesti menguasai teknik-

    teknik demostrasi.

    Sebagai kesimpulan, bila kita sebut teknik pengajarankita mesti bertanya teknik pengajaran untuk kaedah apa. Setiap

    kaedah pengajaran mesti mempunyai teknik-teknik yang tertentu.

    PENDEKATAN

    Pendekatan biasanya dimaksudkan dengan arah atau hala yang kita ambil untuk menuju sesuatu sasaran. Dalam

    pengertianyang lebih luas pendekatan juga diertikan sebagi "to come near to in any sense" atau jalan yang diambil

    untuk melakukan sesuatu. Pendekatan-pendekatan yang dipilih biasanya berasaskan teori-teori atau generalisasiyang tertentu.

    Sebagai contoh, pendekatan-pendekatan memasak ikan yang kita boleh gunakan ialah seperti pendekatan Timur atau

    pendekatan Barat. Bagi pendekatan Barat, kita dapati keutamaan ditegaskan pada nilai kalori, nilai makanan dari

    segi zat makanan dan ciri-ciri makanan seimbang. Bagi pendekatan Timur pula, keutamaan adalah diberi kepada

    rasa seperti rupa makanan tetapi tidak begitu mementingkan nilai kalori atau ciri-ciri makanan seimbangan.

    Pendekatan Barat ini adalah amat berkaitan dengan perkembangan sains dan teknologi pemakanan yang mempunyai

    prinsip-prinsip makanan serta hubungannya dengan kesihatan.

    Suatu lagi contoh tentang pendekatan melakukan sesuatu ialah pendekatan seseorang dalam belajar bermain tenis.

    Dia boleh menggunakan pendekatan profesional atau pendekatan konvensyenal (tradisional atau acquired) atau

    biasa. Bagi pendekatan profesional, semua kaedah bermain dipelajari berdasarkan prinsip-prinsip sains yang sangat

    bersistematik. Manakala bagi pendekatan konvensyenal, kaedah-kaedah bermain dipelajari berdasarkan pengalaman,perbincangan informal serta dengan pemerhatian.