Nota Tauhid M

5
QADHA DAN QADAR Percaya kepada Qadha dan Qadar itu adalah salah satu daripada rukun iman, iaitu rukun iman yang keenam dan terakhir. Qadar ialah penetapan Allah berlakunya sesuatu pada makhluknya atau (ketetapan Allah yang azali bagi semua makhluk dan segala hal yang berlaku kepadanya). Contoh: Api sifatnya membakar. Ketetapan bagi sifat api membakar itu telah dibuat oleh Allah semenjak azali lagi. Qadha / Qada` ialah berlakunya kejadian mengikut ketetapan yang ditakdirkan oleh Allah atau (Perlaksanaan Allah ke atas tiap-tiap makhluk dan segala sesuatu yang berlaku mengikut ketetapan yang ditentukan Allah pada azali lagi). Contoh: Api yang sifatnya membakar itu apabila didekatkan dengan bahan-bahan seperti minyak ,gas, kertas dan sebagainya maka akan menghasilkan kebekaran. Terbakarnya kertas itu merupakan perlaksanaan (Qada`) bagi ketetapan azali Allah iaitu sifat api adalah pembakar. Setiap apa yang berlaku pada makhluk sama ada baik atau buruk semuanya adalah takdir Allah. Oleh itu janganlah kita merasa terlalu bersuka cita dengan kebaikan yang diperolehi tetapi hendaklah bersyukur kepada Allah kerana itu adalah anugerah darinya semata-mata. Dan sebaliknya janganlah merasa terlalu dukacita dan berputus asa atas kesusahan atau malapetaka yang didatangkan oleh Allah tempuhilah dengan kesabaran, bertawakal dan berdoa kerana semua itu adalah takdir dari Allah s..w. Mempercayai Qadha dan Qadar 1. Umat Islam wajib mempercayai bahawa Allah telah menetapkan bagi semua makhluk dan segala hal yang berlaku. Segala hal yang berlaku terhadap makhluknya adalah berdasarkan ketetapan Allah sejak azali. 2. Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada yang sebesar-besarnya adalah mengikut pelan ketetapan Allah yang tidak boleh terkeluar walaupun sedikit. 3. Apabila berlaku sesuatu peristiwa (Qadha) daripada sesuatu sebab adalah mengikut ketetapan Allah yang azali. 4. Umat Islam dilarang membicarakan masalah yang berlebihan sehingga terkeluar daripada kemampuan fikiran kerana dikhuatiri terpesong aqidah yang boleh menyebabkan menjadi murtad. Dalil wajib percayakan Qadha dan Qadar @¥K?»@° 8 ç Çí Èç Çõ Ëá ±ñ ¸@ç ÃÉâ Áç ¼ã Øâ Êõ Èõ _Ý?õ ¿ã Éá Ëñ ¸?á Èç ÃÉâ Áç ¼ã Øâ Ê Ertinya: "Beriman dengan Allah dan Hari Qiamat dan beriman kepada Qadar baik dan buruknya". Perbezaan di antara Qadha dan Qadar Qadha ialah kesediaan dan peristiwa yang berlaku ke atas makhluk menurut jadual atau pelan yang telah ditetapkan oleh Allah pada azali lagi. Sementara Qadar ialah ketetapan atau pelan perjalanan segala makhluk dengan segala peristiwa berlaku yang telah ditetapkan oleh Allah pada azali lagi sebelum perkara itu berlaku. Dengan kata lain Qadha ialah perlaksanaan Allah terhadap sesuatu perkara dan Qadar ialah ketetapan atau rancangan Allah sejak azali lagi. Tujuan / Hikmah / faedah beriman kepada Qadha dan Qadar 1. Untuk menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah, agar dapat mengukuhkan keimanan seseorang kepada Allah. 2. Memelihara diri daripada berputus asa, kerana percaya sesuatu itu berlaku dengan izin Allah. 3. Memelihara diri daripada sifat sombong dan insaf akan kelemahan diri kerana semuanya ditentukan dengan kekuasaan Allah. pdfMachine A pdf writer that produces quality PDF files with ease! Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across nearly all Windows platforms, if you can print from a windows application you can use pdfMachine. Get yours now!

Transcript of Nota Tauhid M

Page 1: Nota Tauhid M

QADHA DAN QADAR Percaya kepada Qadha dan Qadar itu adalah salah satu daripada rukun iman, iaitu rukun iman yang keenam dan terakhir. Qadar ialah penetapan Allah berlakunya sesuatu pada makhluknya atau (ketetapan Allah yang azali bagi semua makhluk dan segala hal yang berlaku kepadanya). Contoh: Api sifatnya membakar. Ketetapan bagi sifat api membakar itu telah dibuat oleh Allah semenjak azali lagi. Qadha / Qada` ialah berlakunya kejadian mengikut ketetapan yang ditakdirkan oleh Allah atau (Perlaksanaan Allah ke atas tiap-tiap makhluk dan segala sesuatu yang berlaku mengikut ketetapan yang ditentukan Allah pada azali lagi). Contoh: Api yang sifatnya membakar itu apabila didekatkan dengan bahan-bahan seperti minyak ,gas, kertas dan sebagainya

maka akan menghasilkan kebekaran. Terbakarnya kertas itu merupakan perlaksanaan (Qada`) bagi ketetapan azali Allah iaitu sifat api adalah pembakar.

Setiap apa yang berlaku pada makhluk sama ada baik atau buruk semuanya adalah takdir Allah. Oleh itu janganlah kita merasa terlalu bersuka cita dengan kebaikan yang diperolehi tetapi hendaklah bersyukur kepada Allah kerana itu adalah anugerah darinya semata-mata. Dan sebaliknya janganlah merasa terlalu dukacita dan berputus asa atas kesusahan atau malapetaka yang didatangkan oleh Allah tempuhilah dengan kesabaran, bertawakal dan berdoa kerana semua itu adalah takdir dari Allah s..w.

Mempercayai Qadha dan Qadar 1. Umat Islam wajib mempercayai bahawa Allah telah menetapkan bagi semua makhluk dan segala hal yang berlaku.

Segala hal yang berlaku terhadap makhluknya adalah berdasarkan ketetapan Allah sejak azali. 2. Daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada yang sebesar-besarnya adalah mengikut pelan ketetapan Allah yang

tidak boleh terkeluar walaupun sedikit. 3. Apabila berlaku sesuatu peristiwa (Qadha) daripada sesuatu sebab adalah mengikut ketetapan Allah yang azali. 4. Umat Islam dilarang membicarakan masalah yang berlebihan sehingga terkeluar daripada kemampuan fikiran kerana

dikhuatiri terpesong aqidah yang boleh menyebabkan menjadi murtad. Dalil wajib percayakan Qadha dan Qadar

�@¥K��?�»@°8� �çÇíháoáÈ�çÇõhãËá_�õgádï±ñ@çG�áÃÉâÁç¼ãØâÊõÈ�õhç_Ý?�õ¿ãÉáËñ?áÈ�ç�@çG�áÃÉâÁç¼ãØâÊ� �

Ertinya: "Beriman dengan Allah dan Hari Qiamat dan beriman kepada Qadar baik dan buruknya". Perbezaan di antara Qadha dan Qadar Qadha ialah kesediaan dan peristiwa yang berlaku ke atas makhluk menurut jadual atau pelan yang telah ditetapkan oleh Allah pada azali lagi. Sementara Qadar ialah ketetapan atau pelan perjalanan segala makhluk dengan segala peristiwa berlaku yang telah ditetapkan oleh Allah pada azali lagi sebelum perkara itu berlaku. Dengan kata lain Qadha ialah perlaksanaan Allah terhadap sesuatu perkara dan Qadar ialah ketetapan atau rancangan Allah sejak azali lagi. Tujuan / Hikmah / faedah beriman kepada Qadha dan Qadar 1. Untuk menunjukkan kebesaran dan keagungan Allah, agar dapat mengukuhkan keimanan seseorang kepada Allah. 2. Memelihara diri daripada berputus asa, kerana percaya sesuatu itu berlaku dengan izin Allah. 3. Memelihara diri daripada sifat sombong dan insaf akan kelemahan diri kerana semuanya ditentukan dengan kekuasaan

Allah.

pdfMachine A pdf writer that produces quality PDF files with ease!

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across nearly all Windows platforms, if you can print from a windows application you can use pdfMachine.

Get yours now!

Page 2: Nota Tauhid M

4. Menimbulkan kesabaran jiwa apabila menghadapi dugaan hidup kerana meyakini sesuatu yang berlaku adalah dengan kehendak Allah.

5. Menambahkan keikhlasan atas segala yang dilakukan kerana yakin bahawa segala urusan hidup adalah dibawah

kekuasaan Allah. 6. Menyedarkan manusia bahawa ada kuasa yang lebih besar disebalik alam yang nyata ini. 7. Agar dapat membina suatu sikap yang sihat pada diri setiap individu dalam menenpuh hidup yang penuh cabaran. 8. Menjauhkan manusia daripada sifat sombong dan takbur. Qadha dan Qadar tidak bertentangan dengan usaha dan ikhtiar Sebab Qadha dan Qadar itu dikatakan tidak bertentangan dengan usaha dan ikhtiar ialah kerana tidak ada siapa yang dapat mengetahui apakah qadarnya melainkan setelah berlaku Qadha ke atasnya. Percaya kepada Qadha dan Qadar bukan bererti seseorang itu malas bekerja, berpeluk tubuh dan menyerahkan kepada nasib tanpa berusaha. Maka yang menjadi kewajipan dan tugas kita ialah berusaha dan berikhtiar dan hendaklah seharusnya lebih kuat bekerja untuk dunia bagi menentukan nasib masa depan, dan beramal untuk akhirat supaya lebih menguatkan keimanan dan percaya kepada Allah. Bersesuaian dengan Qadha dan Qadar yang tidak bertentangan dengan usaha dan ikhtiar kerana itulah, Allah mengurniakan akal fikiran dan nafsu kemahuan kepada manusia, dimana terpulanglah kepada manusia menggunakannya untuk mencapai sebarang kemajuan. Contohnya: Jika seseorang itu ingin menjadi kaya, maka tidak boleh tidak, dia hendaklah berusaha dan berikhtiar untuk mencapai apa yang diinginkannya itu, dan lagi melalui usaha dan ikhtiar sajalah manusia itu akan mencapai kejayaan, walaupun tidak semua usaha dan ikhtiar itu menemui kejayaan. Kerana itu terpulanglah kepada takdir Allah. Di samping itu, usaha dan ikhtiar tidaklah boleh mengatasi Qadha dan Qadar Allah akan tetapi Qadha dan Qadar Allah itu pula tidak akan berlawanan dengan usaha dan ikhtiar manusia. Contoh lain: Abu mendapat kemalangan pada 25/2/2003. Huraiannya: Allah telah melaksanakan (Qadha) kemalangan ke atas Abu pada 25/2/2003 sebagaimana apa yang telah ditetapkan oleh Allah (tertulis di Luhil Mahfuz) sejak azali lagi. Jadi Abu dapat mengetahui qadar (takdir) Allah ke atasnya setelah berlaku kemalangan (Qadha).

Perselisihan pendapat manusia mengenai Qadha dan Qadar Berhubung dengan Qadha dan Qadar ini, cara kepercayaan dan pegangan manusia bermacam-macam dan masing-masing dengan aliran fahaman yang tersendiri di antaranya ialah fahaman Jabariah, Qadariah, Muktazilah dan fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah (Golongan Ash`ariah). 1. Pendapat Jabariah

Golongan Jabariah berpendapat, bahawa manusia tidak mempunyai ikhtiar dan usaha sama sekali dalam menentukan nasibnya sama ada baik atau buruk, semuanya bergantung kepada takdir Allah semata-mata. Segala perbuatan manusia itu adalah berlaku semata-mata dengan takdir Allah tanpa ada sebarang usaha.(Manusia diibaratkan debu yang berterbangan ditiup angina kemana sahaja).

2. Pendapat Qadariah

Qolongan Qadariah berpendapat, bahawa sesuatu yang berlaku pada manusia itu bukanlah ditentukan oleh takdir Allah, tetapi daripada usaha dan ikhtiar manusia itu sendiri semata-mata. Ini bererti manusia bebas melakukan sesuatu dengan usaha dan ikhtiarnya. Pendapat ini juga menafikan bahawa adanya hubungan perbuatan manusia dengan kekuasaan Allah.

3. Pendapat Muktazilah.

Golongan ini pula berpendapat bahawa takdir Allah yang berlaku pada manusia itu hanya dalam kerja-kerja kebajikan sahaja. Manakala kerja-kerja kejahatan adalah daripada ikhtiar usaha manusia itu sendiri. Dan mereka mengatakan wajib bagi Allah memberi balasan yang baik kepada manusia yang menjunjung perintah Allah.

pdfMachine A pdf writer that produces quality PDF files with ease!

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across nearly all Windows platforms, if you can print from a windows application you can use pdfMachine.

Get yours now!

Page 3: Nota Tauhid M

4. Pendapat Asy`ariah (Ahli Sunnah Wal Jama'ah)

Golongan Ahli Sunnah berpendapat, memang sebenarnya tiap-tiap suatu yang berlaku pada makhluk ini semuanya ditakdirkan oleh Allah tetapi apa yang kita nampak pada lahirnya diusahakan oleh manusia dengan ikhtiarnya berpandukan akal fikiran yang diberikan oleh Allah.

Huraian mengenai pendapat-pendapat golongan di atas Dari keempat-empat pendapat aliran (pendapat) di atas terdapat peselisihan fahaman mengenai takdir dan usaha

manusia. Dan hanya golongan Asy`ariah yang termasuk dalam golongan Ahli Sunah Wal Jama'ah. Golongan Jabariah menolak sama sekali usaha dan ikhtiar manusia dalam menentukan nasib kerana hanya berserah

semata-mata kepada Allah tanpa ada usaha. (pendapat ini tidak diterima oleh Ahli Sunnah Wal Jama'ah) dan bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ar Ra` ayat 11:

�@¥K��?�»@°� �?ÈâhíËá©âÊ�ÐéLáW�ö¿ãÉï±çG�@á¼�âhíËá©âÊ�ïÙ�ï�?�éÃõE�@á¼�ã¾õÅçlð­ÀïBçG� �

Ertinya: " Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka sendiri berusaha mengubahnya".

Ayat ini menunjukkan bahawa takdir Allah itu berlaku atau terjadi disamping usaha manusia.

Golongan Qadariah beranggapan bahawa manusia sendiri yang menentukan nasibnya bukanya takdir. Mengikut pendapat mereka, kiranya manusia itu berkehendak menjadi kaya maka dengan usahanya sudah pasti menjadi kaya. Tetapi mereka lupa bahawa jika manusia itu boleh menentukan nasibnya, kenapa masih banyak hajat manusia tidak tercapai dan menemui kegagalan yang tidak diingini walaupun setelah diusahakan. (pendapat ini tidak diterima oleh Ahli Sunnah Wal Jama'ah)

Golongan Muktazilah ini lebih banyak menggunakan logik akal fikiran dalam menjelaskan sesuatu perkara.

Sehinggakan mereka beranggapan bahawa setiap perkara yang baik atau berkebajikan itu adalah takdir Allah sementara perkara yang buruk atau kejahatan adalah dari usaha ikhtiar manusia itu sendiri. Selain itu mereka meletakkan Allah dibawah undang-undang iaitu mewajibkan Allah membalas baik kepada orang yang mengerjakan kebaikan dan membalas kejahatan kepada orang yang melakukan kejahatan. Ini bererti Allah itu lemah sedangkan mustahil bagi Allah bersifat lemah. (pendapat ini tidak diterima oleh Ahli Sunnah Wal Jama`ah).

Golongan Asy`ariah percaya penuh dengan takdir Allah di samping itu manusia ada usaha dan ikhtiar. Tiap-tiap

sesuatu itu berlaku dengan takdir Allah yang pada lahir/zahirnya kita lihat adalah usaha manusia. (pendapat ini adalah pendapat golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah)

pdfMachine A pdf writer that produces quality PDF files with ease!

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across nearly all Windows platforms, if you can print from a windows application you can use pdfMachine.

Get yours now!

Page 4: Nota Tauhid M

KHURAFAT

Pengertian Khurafat Kepercayaan karut yang bertentangan dengan ajaran Islam atau yang berlawanan dengan al Quran dan Hadis. Di antara sebab-sebab kenapa Khurafat sukar dihapuskan ialah: a- Ianya dianggap sebagai satu kepercayaan warisan yang telah dimiliki secara turun temurun. b- Ia dianggap sebagai satu kebudayaan atau pun teradisi yang mesti dipusakai dari zaman ke zaman dan hendaklah

dikekalkan hingga bila-bila masa. Di antara sebab-sebab terjadinya Khurafat a- Kurangnya pengetahuan dalam agama. b- Iman yang tidak teguh c- Khayalan manusia kepada perkara-perkara ganjil dan menakutkan sehingga ianya dihubungkaitkan dengan kuasa ghaib

dan seumpamanya. Contoh perkara-perkara Khurafat yang diamalkan oleh sesetengah masyarakat. i. Membuang ancak.

Iaitu memberi makan hantu dan syaitan, kononnya agar dapat menyembuhkan orang sakit. ii. Mandi Safar.

Iaitu bertujuan untuk menolak bala.atau mengugurkan dosa. iii. Memuja semangat padi.

Iaitu menjamu dengan sembelihan binatang tertentu, kononnya untuk menjamin sawah padi tidak rosak dan mendapat hasil yang banyak.

iv. Mempercayai tangkal azimat.

Bertujuan supaya terselamat daripada bala bencana atau penyakit dan lain-lain. v. Meminta pertolongan di tempat-tempat yang dianggap keramat.

Meminta pertolongan melalui Roh orang yang meninggal dunia yang dianggap mempunyai keramat. vi. Tasyaum '¿×@pK&

Mengikut atau membuat sempena baik dengan sesuatu. Misalnya: Mempercayai kupu-kupu masuk ke rumah menandakan ada orang akan datang.

vii. Tafaul '»×@­K�&

Membuat sempena jahat atau buruk dengan sesuatu. Misalnya: Mempercayai biawak, ular masuk ke rumah menandakan ada bala akan menimpa.

Mempecayai kepada khurafat ini boleh mengakibatkan rosaknya iman, kerana kepercayaan seumpama itu adalah

kepercayaan yang salah lagi menyekutukan Allah dengan makhluk. Maka apakah yang mesti kita lakukan. Iaitu berdoa kepada Allah semata-mata, bukannya meminta atau memohon

pertolongan kepada yang lain selain Allah, kerana hanya Allah sahajalah yang maha berkuasa ke atas makhluk.

pdfMachine A pdf writer that produces quality PDF files with ease!

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across nearly all Windows platforms, if you can print from a windows application you can use pdfMachine.

Get yours now!

Page 5: Nota Tauhid M

Pengertian doa Permohonan hamba kepada Allah untuk mendapat sesuatu yang dihajati atau menolak sesuatu yang tidak dikehendaki

(buruk). Pengertian Keramat Keramat berasal dari perkataan '�Ï]¼?h´&� ertinya kemuliaan. Keramat ialah kejadian yang luar biasa yang berlaku ke atas

manusia yang sangat mentaati dan menurut perintah Allah biasanya ia berlaku ke atas para wali-wali Allah. Perbezaan Keramat dengan Sihir Sihir adalah rekaan manusia dan dapat dipelajari serta ianya adalah perbuatan syirik, sedangkan Keramat hanya

dikurniakan ke atas orang-orang yang benar-benar taatkan perintah Allah sahaja. Perbizaan Keramat dengan Mukjizat. Mukjizat hanya berlaku ke atas para Nabi dan Rasul sahaja. Sedangkan Keramat dikurniakan ke atas orang-orang awam

yang benar-benar taatkan perintah Allah sahaja (Seperti orang-orang soleh dan wali Allah). TAWAKAL Pengertian Tawakal Tawakal ialah berserah semata-mata kepada Allah S.W.T. setelah berusaha dan berikhtiar. Adapun bertawakal itu tidaklah bertentangan dengan Qada dan Qadar. Ini adalah oleh kerana setiap tawakal yang

dilakukan itu mestilah terlebih dahulu dengan berusaha dan berikhtiar.

Contoh: Jika kita ingin berjaya dalam peperiksaan, maka kita hendaklah berusaha dengan belajar dan mengulangkaji pelajaran bersungguh-sungguh sambil berdoa, dan setelah itu berserah kepada Allah, kerana kejayaan yang diharapkan itu akan terjadi dengan kehendak dan kekuasaan Allah sahaja. Dari contoh di atas, dapatlah kita simpulkan bahawa sebelum kita berserah diri atau bertawakal kepada Allah, maka semestinya terlebih dahulu kita berusaha dan berikhtiar sambil berdoa kepada Allah, dan apabila semua ini sudah dilakukan barulah kita bertawakal kepada Allah.

Diantara hikmat bertawakal: a- Bertawakal akan dapat membawa kepada kuat dan bertambahnya keimanan seseorang itu serta mempercayai

sepenuhnya kekuasaan Allah. b- Dengan bertawakal juga akan dapat menghindarkan diri daripada sifat berputus asa. c- Ianya juga akan dapat menambah kerajinan seseorang itu untuk berusaha dan berikhtiar lagi. Walaupun ianya tidak

berjaya akan tetapi ia tahu bahawa semuanya itu adalah dengan kehendak Allah.,

pdfMachine A pdf writer that produces quality PDF files with ease!

Produce quality PDF files in seconds and preserve the integrity of your original documents. Compatible across nearly all Windows platforms, if you can print from a windows application you can use pdfMachine.

Get yours now!