NOTA BMM3106.docx

47
1 PENGENALAN Pendidikan di Malaysia amat diutamakan oleh kerajaan dalam menjadikan Malaysia berdaya saing dalam kemajuan dan perkembangan ilmu. Jadi, sehubungan dengan keutamaan ini, pelbagai kekurangan dalam pelbagai aspek pendidikan akan diberikan perhatian yang serius demi menjadikan semua yang menerima pendidikan dapat menerima pendidikan yang terbaik. Salah satu usaha dalam memperbaiki segala kekurangan dalam pendidikan yang diterima ialah pengenalan kepada pendidikan pemulihan. Pendidikan pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. Pendidikan pemulihan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang terdapat pada pelajar pada peringkat awalan iaitu pada tahap 1, bermula dari darjah dua dan lanjutan ke darjah tiga dalam subjek-subjek tertentu mengikut sukatan- sukatan pelajran yang telah disediakan. Program pendidikan pemulihan ini bukan sekadar hanya menggunakan pengajaran teknik pengajran harian, ia dibantu oleh pelbagai alat bantuan mengajar bagi membolehkan murid yang terlibat lebih memahami dan mendekati sukatan pelajaran pemulihan. Dalam tugasan ini, akan dibentang dan dibincangkan tentang pengurusan program pendidikan pemulihan dan strategi pelaksanaan program pemulihan bagi memberi pendekatan kepada pihak yang terlibat dalam memahami, mendekati dan mengajar kelas pemulihan dengan lebih berkesan. Segala isi akan diterangkan dengan mendalam.

Transcript of NOTA BMM3106.docx

Page 1: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 1/47

 

1

PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia amat diutamakan oleh kerajaan dalam menjadikan Malaysia

berdaya saing dalam kemajuan dan perkembangan ilmu. Jadi, sehubungan dengan

keutamaan ini, pelbagai kekurangan dalam pelbagai aspek pendidikan akan

diberikan perhatian yang serius demi menjadikan semua yang menerima pendidikan

dapat menerima pendidikan yang terbaik.

Salah satu usaha dalam memperbaiki segala kekurangan dalam pendidikan

yang diterima ialah pengenalan kepada pendidikan pemulihan. Pendidikan

pemulihan merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang

mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan

mengira. Pendidikan pemulihan bertujuan untuk memperbaiki kelemahan yang

terdapat pada pelajar pada peringkat awalan iaitu pada tahap 1, bermula dari darjah

dua dan lanjutan ke darjah tiga dalam subjek-subjek tertentu mengikut sukatan-

sukatan pelajran yang telah disediakan. Program pendidikan pemulihan ini bukan

sekadar hanya menggunakan pengajaran teknik pengajran harian, ia dibantu oleh

pelbagai alat bantuan mengajar bagi membolehkan murid yang terlibat lebih

memahami dan mendekati sukatan pelajaran pemulihan.

Dalam tugasan ini, akan dibentang dan dibincangkan tentang pengurusan

program pendidikan pemulihan dan strategi pelaksanaan program pemulihan bagi

memberi pendekatan kepada pihak yang terlibat dalam memahami, mendekati dan

mengajar kelas pemulihan dengan lebih berkesan. Segala isi akan diterangkan

dengan mendalam.

Page 2: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 2/47

 

2

1.0 DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN

1.1 Definisi Utama:

Merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang mengalami

kesukaran dalam menguasai kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira. 

Beberapa pihak lain juga turut memberikan definisi mereka tentang pemulihan.

Kebanyakan definisi yang diberikan merujuk pada satu maksud yang sama iaitu

untuk membantu murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira. Antara definisi-definisi itu ialah:

1. Tansley(1967): „ ..satu bentuk pengajaran yang mengutamakan langkah-langkah

yang benar-benar teliti dan sistematik bagi membolehkan pengajaran pemulihan

dijalankan dengan tersusun.‟ 

2. Persatuan Pendidikan Pemulihan Kebangsaan (NARE) UK (1975):

„..satu program pengajar an khas yang dirangka bagi memenuhi keprluan pendidikan

bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran dalam kalangan murid-

murid di sekolah-sekolah biasa.‟ 

3. Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM (1984):

„...langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid yang

menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas membaca,

menulis dan mengira...hendaklah dipulihkan sebaik sahaja masalah tersebut dapat

dikesan dan ditentukan.‟ 

4. Bahagian Sekolah-Sekolah, KPM(1986):

„...satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah-sekolah rendah, khususnya ditumpukan kepada kemahiran

Page 3: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 3/47

 

3

asas membaca, menulis dan mengira, di bawah kelolaan guru-guru pemulihan yang

telah menerima latihan khas dalam bidang ini‟. 

1.2 Konsep:

Pendidikan pemulihan berkonsepkan:

- satu usaha dalam pendidikan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid

lemah di Sekolah Rendah

- ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira

- dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas

dalam bidang ini

1.3 Rasional:

Rasional pendidikan pemulihan diwujudkan:

1. Dari sudut “Falsafah”: 

- memenuhi keperluan setiap murid yang ketinggalan kerana tidak dapat

belajar sepenuhnya dalam kelas biasa

- selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua”. 

2. Dari sudut “Teori” 

- Pendekatan pengajaran seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”,

“Precision Teaching”, dan “Clinical Teaching” telah terbukti berjaya - asas

pelaksanaan program ini

3. Dari sudut “Pencegahan” 

Page 4: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 4/47

 

4

- Masalah yang dialami oleh setiap murid akan bertambah dan semakin

menyulitkan jika tidak ditangani dengan segera

1.4 Punca dan Bidang Kuasa:

Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan laporan dan pekeliling

mengenai program pendidikan pemulihan ini dan pelaksanaan program ini serta

garis panduan untuk menjalankan dan melicinkan program ini. Berikut ialah laporan

yang menyasarkan tentang pendidikan pemulihan dan pelaksanaannya dan surat

pekeliling:

1. Laporan Jawatankuasa Pelaksanaan Dasar Pelajaran 1979 (Perakuan 5):

“Adalah diperakukan supaya perkara-perkara yang berkaitan dengan

langkah-langkah pengajaran pemulihan selepas daripada ujian rujukan

kriteria dijalankan, diteliti dan diperbaiki. Antara lain perkara-perkara tersebut

termasuklah kaedah-kaedah mengajar, bahan-bahan bantu mengajar yang

sesuai, saiz kelas yang

lebih kecil, peruntukan guru bagi mengendalikan pengajaran pemulihan serta

penggunaan bahan-bahan tertentu”. 

2. Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran:

Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia, Bil. KP(BS)8691/Jld.II/32 bertarikh 22 Januari 1985. 

“Guru Khas Pendidikan Pemulihan”. 

Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia, Bil. KP(BS)8502/5/PK/Jld.V/26 bertarikh 18 Januari 1986.

“Kelas Khas Pemulihan Di Sekolah-Sekolah Rendah 1986”. 

Page 5: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 5/47

 

5

Surat pekeliling Bahagian Sekolah-Sekolah Kementerian Pelajaran

Malaysia, Bil. KP(BS)85021/5/PK/Jld.V/(34) bertarikh 30 Jun 1989.

“Guru Khas Pemulihan dan Penubuhan Kelas Khas Pemulihan di

Sekolah-Sekolah Rendah”.

 

1.5 Objektif Program Pemulihan Khas:

Objektif Program Pemulihan Khas

1. membantu murid-murid mengatasi masalah dalam penguasaan kemahiran-

kemahiran asas dengan pendekatan, kaedah, bahan-bahan pengajaran

alternatif selaras dengan keupayaan dan potensi serta minat mereka;

2. memberi khidmat layanan dan perhatian individu dari segi pembelajaran

mengikut kadar perkembangan intelek kanak-kanak yang berbeza di antara

satu dengan yang lain;

3. memperkembangkan potensi murid-murid semaksimum mungkin;

4. meneruskan proses pembelajaran murid-murid dalam sistem persekolahanbiasa;

5. membantu memupuk dan memperkembangkan konsep kendiri dan sikap

positif terhadap pelajaran;

6. membantu menyelesaikan masalah sikap dan tingkah laku yang negatif, yang

boleh menjejaskan pelajaran;

7. menyuburkan emosi, mental, sosial, dan intelek terutama bagi murid-murid

yang datang daripada keluarga yang bermasalah; dan

8. memberi peluang atau keseronokan kepada murid-murid untuk belajar dan

merasa gembira di atas kejayaan dan kemajuan yang dicapai.

Page 6: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 6/47

 

6

PENGURUSAN GRAFIK 1: DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN

DEFINISI DAN KONSEP PEMULIHAN:

- merupakan tindakan yang dijalankan untuk

membantu murid-murid yang mengalami kesukaran

dalam menguasai kemahiran asas membaca,

menulis, dan mengira.

Tansley(1967) : „ ..satu

bentuk pengajaran yang

mengutamakan langkah-

langkah yang benar-benar

teliti dan sistematik bagimembolehkan pengajaran

pemulihan dijalankan dengan

tersusun.‟ 

Persatuan Pendidikan

Pemulihan Kebangsaan

(NARE) UK (1975):

„..satu program pengajaran

khas yang dirangka bagimemenuhi keperluan

pendidikan bagi murid-murid

yang menghadapi masalah

pembelajaran dalam

kalangan murid-murid di

sekolah-sekolah biasa.‟ 

Bahagian Sekolah-Sekolah,KPM(1986):

„...satu usaha dalam pendidikan

untuk mengatasi masalah

pembelajaran murid-murid lemah di

sekolah-sekolah rendah,

khususnya ditumpukan kepada

kemahiran asas membaca, menulis

dan mengira, di bawah kelolaan

guru-guru pemulihan yang telahmenerima latihan khas dalam

bidang ini‟. 

Pusat Perkembangan

Kurikulum, KPM (1984):

„...langkah-langkah khusus

yang dijalankan untukmembantu murid yang

menghadapi masalah

pembelajaran tertentu dalam

kemahiran asas membaca,

menulis dan mengira...

hendaklah dipulihkan sebaik

sahaja masalah tersebut

dapat dikesan dan

ditentukan.‟ 

KONSEP:

- satu usaha dalam pendidikian untuk mengatasi masalah pembelajaran murid-murid lemah di SR

- ditumpukan khusus kepada kemahiran asas membaca, menulis, dan mengira

- dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang telah menerima latihan khas dalam bidang ini

Page 7: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 7/47

 

7

RUMUSAN BAB 1.0 

Melalui definisi yang telah diberikan di atas pada awal bab, dapatlah di sini

dirumuskan bahawa pemulihan menjurus kepada aktiviti untuk membaik pulihsesuatu perkara bagi memperbaiki taraf sesuatu atau seseorang. Manakala bagi

pendidikan pemulihan, ia merupakan tindakan yang dijalankan untuk membantu

murid-murid yang mengalami kesukaran dalam menguasai kemahiran asas

membaca, menulis, dan mengira. Pendidikan pemulihan berobjektifkan untuk

memulihkan murid-murid yang lemah dalam kemahiran asas pembelajaran, memberi

khidmat layanan dan penumpuan kepada individu dalam pembelajaran,

memperbaiki mentaliti murid dan memperkembangkan potensi mereka sertamembantu mereka meneruskan pelajaran dalam kelas harian seperti biasa.

Konsep pendidikan pemulihan ialah usaha dalam pendidikan untuk mengatasi

masalah pembelajaran murid-murid lemah di sekolah. Selain dari yang dinyatakan,

pendidikan pemulihan juga berkonsepkan penumpuan kepada kemahiran asas

pembelajaran, iaitu 3M dan ia dikendalikan oleh guru-guru pemulihan khas yang

menerima latihan khas dalam bidang ini. Rasional pendidikan pemulihan dipandang

dari tiga aspek, iaitu aspek falsafah, teori dan pencegahan. Dari aspek falsafah,

rasional pendidikan pemulihan adalah untuk memenuhi keperluan setiap murid yang

ketinggalan kerana tidak dapat belajar sepenuhnya dalam kelas biasa. Kenyataan ini

selaras dengan konsep “Pendidikan Untuk Semua” yang diuar -uarkan oleh Kerajaan

dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Di sudut teori pula, pendekatan pengajaran

seperti “Prescriptive-Diagnostic Teaching”, “Precision Teaching” dan “Clinical

Teaching” telah terbukti berjaya yang mana pendekatan ini semua merupakan asas

pelaksanaan program ini; manakala dari sudut pencegahan, masalah yang dialami

oleh setiap murid akan bertambah dan semakin menyulitkan jika tidak ditangani

dengan segera.

Page 8: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 8/47

 

8

2.0 SEJARAH, PERKEMBANGAN DAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN

2.1 Sejarah Pendidikan Pemulihan 

1. Luar Negara:

- Di Amerika Syarikat, program pendidikan pemulihan ini bermula

setelah termaktubnya PL 94 – 142:

Michael ialah seorang kanak-kanak autistik yang berjaya mendapat anugerah

pelajar terbaik semasa beliau di sekolah rendah dan sekolah menengah. Beliau

telah memasuki universiti dan memperolehi ijazah sarjana muda dan kini bekerja

walaupun dianggap seorang yang kurang upaya. Michael terdiri daripada ramai

orang kurang upaya yang berjaya hasil daripada kelulusan undang-undang terkenal

pada tahun 70-an. Pada 29 Novermber, 1975 Kongres (atau Parlimen) Amerika

Syarikat meluluskan Public Law 94-142  yang dahulunya dikenali sebagai Akta

Pendidikan untuk Semua Kanak-Kanak Cacat (Education for All Handicapped 

Children Act). Undang-undang ini menjamin bahawa setiap individu diantara umur 3

hingga 21 tahun akan menerima pendidikan percuma dalam persekitaran yang

seberapa boleh tidak menghalang perkembangan intelek mereka.

Undang-Undang ini memberi kuasa kepada negeri-negeri (Amerika Syarikat

terdiri daripada 50 negeri) dan pihak berkuasa tempatan melindungi hak serta

memenuhi keperluan bayi, kanak-kanak dan belia yang kurang upaya serta keluarga

mereka. Melalui undang-undang ini, kanak-kanak yang kurang upaya dibenarkan

belajar bersama dengan kanak-kanak normal atau biasa. Bagaimana pun, sekiranya

kekurangan upaya kanak-kanak itu melampaui dan didapati dia tidak akan maju

dalam kelas biasa, dia ditempatkan dalam kelas khas. Setiap sekolah disediakan

dengan seorang Guru Pendidikan Khas. Pada tahun 1990, Public Law 94-142 diberi

nama baru dan diperluaskan. Kini ia panggi. Undang-undang ini menunjukkan

betapa penting hak orang kurang upaya dilindungi. Antara yang ditekankan ialah:

Penyediaan pendidikan percuma dan pendidikan bercorak awam yang sesuai

kepada kanak-kanak berkeperluan khas (Provide a free and appropriate 

public education ). Hal ini bermakna tidak ada sebarang bayaran dikenakan ke

atas kanak-kanak khas terhadap persekolahan mereka. Semuanya dibiayai

Page 9: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 9/47

 

9

oleh kerajaan yang mendapat hasil daripada sistem percukaian negara, yang

kemudiannya disalurkan kepada sekolah dan kanak-kanak ini.

Pendidikan bagi kanak-kanak khas dilaksanakan dalam persekitaran yang

tidak menghalangkan mereka untuk berkembang (Educate children in the least restrictive environment ). Hal ini membawa pengertian bahawa tidak ada

pengasingan sama ada dalam bentuk sekolah atau kelas dalam pelaksanaan

pendidikan khas. Kanakkanak khas boleh belajar di dalam sekolah awam

biasa dan di dalam kelas kanak-kanak biasa. Pendidikan bercorak sebegini

dikenali sebagai “pendidikan inklusif”. 

Kanak-kanak khas dilindungi daripada sebarang elemen bercorak diskriminasi

dalam penilaian pendidikan (Protection against discrimination in testing ).

Penilaian pendidikan dilaksanakan dalam pelbagai cara. Namun dengan

terlaksananya undang-undang ini, penilaian ke atas kanak-kanak khas

hendaklah mengambil kira ciri-ciri yang ada pada kanak-kanak khas dan

hendaklah disesuaikan dengan kecacatan atau kekurangan mereka.

Penglibatan ibu bapa dalam merancang dan menentukan perkembangan

pendidikan setiap murid. Memberi dan membuka ruang kepada ibu bapa yang

mempunyai kanak-kanak khas untuk melibatkan diri dalam merancang dan

menentukan perkembangan pendidikan untuk anak-anak mereka. Hal ini tidak

diberikan penumpuan sebelum ini.

Penyediaan rancangan pendidikan individu bagi setiap murid khas, iaitu guru

pendidikan khas dikehendaki menyediakan rancangan pendidikan individu bagi

setiap murid khas dengan mengikut prosedur yang ditetapkan. Hal ini bagi

membolehkan guru merancang objektif yang hendak dicapai oleh murid khas dalamsatu-satu jangka masa tertentu semasa kanak-kanak khas ini bersekolah dengan

mengambil kira potensi dan kekurangan seseorang kanak-kanak khas. Dalam hal ini

konsep „kolaboratif‟ dalam pendidikan diamalkan iaitu satu konsep yang mana

pelbagai pihak seperti ibu bapa, kaunselor dan guru, terlibat sama dalam merancang

pendidikan murid-murid khas.

Page 10: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 10/47

 

10

Sebelum IDEA, ramai kanak-kanak seperti Michael tidak diberi peluang

pendidikan Contohnya, pada tahun 1970, hanya seorang daripada lima kanak-kanak

kurang upaya berpeluang pergi ke sekolah. Kebanyakkan negeri-negeri di Amerika

Syarikat mempunyai undang-undang yang tidak membenarkan kanak-kanak pekak,

buta, kecelaruan emosi atau kerencat mental menghadiri sekolah biasa. Oleh kerana

IDEA, kini program intervensi awal disediakan untuk lebih 200,000 bayi dan kanak-

kanak kurang upaya dan pada tahun 2000 di Amerika Syarikat. Kira-kira-kira 6.5 juta

kanak-kanak dan belia menerima pendidikan khas dan perkhidmatan lain bagi

memenuhi keperluan mereka. Lebih ramai pelajar kurang upaya menghadiri sekolah

di kawasan perumahan masing-masing yang dahulunya tidak terbuka untuk mereka.

Pelajar kurang upaya yang belajar dalam kelas atau bangunan terasing telah

berkurangan dan kini belajar bersama dengan pelajar lain. IDEA dilihat sebagai satu

pembaharuan yang mana pendidikan untuk kanak-kanak berkeperluan khas diberi

perhatian yang lebih khusus. Melalui akta ini juga konsep „pendidikan untuk semua ‟

dan „pendemokrasian pendidikan ‟ diperkemaskan dan ibu bapa yang mempunyai

kanak-kanak khas dilibatkan sama dalam perancangan keperluan pendidikan anak-

anak mereka. Di samping itu konsep „kolaborasi‟ dalam pendidikan yang

membabitkan pihak dalam pelbagai kepakaran disepadukan untuk kepentingan

masa depan kanak-kanak berkeperluan khas. Akta ini juga dijadikan asas panduan

dalam pelaksanaan pendidikan khas di sesetengah negara lain.

- Di United Kingdom pula, program pendidikan pemulihan bermula

selepas laporan Warnock dikeluarkan:

Pada tahun 1974, Jawatankuasa Inkuiri Pendidikan Kanak-kanak Cacat

Warnock ditubuhkan dengan tujuan mengkaji semula pendidikan khas di Britain.

Laporan Warnock yang diumumkan pada 1978 banyak mempengaruhi

perkembangan dan pembangunan pendidikan khas di Britain. Walaupun cadangan-

cadangan yang dikemukan dalam laporan itu tidak dilaksanakan serta merta tetapi

laporan Warnock dijadikan asas dalam pelaksanaan pendidikan khas dan cadangan-

cadangan yang dikemukan dimasukkan dalam akta pendidikan pada tahun-tahun

berikutnya. umpamanya, sebelum laporan ini dikemukakan, konsep pendidikan

untuk kanak-kanak berkeperluan khas adalah berasaskan kepada „pengasingan‟

Page 11: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 11/47

 

11

iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar di sekolah khas yang menyekat dan

menghalang mereka daripada bergaul dengan kanak-kanak biasa. Laporan ini

menekankan kepada konsep percampuran antara kanak-kanak berkeperluan khas

dengan kanak-kanak biasa yang dikenali sebagai „integerasi‟ atau „inklusif‟

diperluaskan.

Konsep integrasi atau inklusif menekankan bahawa kanak-kanak

berkeperluan khas perlu belajar di sekolah harian biasa dan berpeluang bergaul

dengan kanak-kanak biasa. Dasar ini dilaksanakan dan diamalkan sehingga ke hari

ini. Dasar ini juga dijadikan panduan kepada negara-negara lain dalam

melaksanakan pendidikan khas. Akta Pendidikan 1981 pula meletakkan kepentingan

peranan ibu bapa dalam pelaksanaan pendidikan khas. Manakala Akta Kanak-kanak

1989 (Child ren’s Act, 1989) memperkukukan pelaksanaan pendidikan khas melalui

dua perubahan yang ditekankan. Pertama, amalan membuat diagnosis ke atas

kanak-kanak berkeperluan khas yang sebelum ini dilakukan oleh hanya ahli

perubatan dipinda kepada konsep „koloboratif‟ iaitu, diagnosis dilakukan oleh

pelbagai pihak yang terlibat dalam pendidikan khas mengikut kepakaran dan

keperluan. Umpamanya, ahli psikologi pendidikan membuat diagnosis ke atas

keperluan mengikuti pendidikan dan ahli patologi bahasa membuat penilaianterhadap keupayaan berbahasa ke atas kanak-kanak berkeperluan khas. Apa yang

 jelas, akta ini memberi ruang kepada pelbagai pihak dengan pelbagai kepakaran

dalam menentukan pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas. Keduanya, konsep

„pengasingan‟ tempat belajar kanak-kanak berkeperluan khas diganti dengan konsep

integrasi atau inklusif iaitu kanak-kanak berkeperluan khas belajar bersama dengan

kanak-kanak biasa dalam sekolah dan kelas yang sama.

Kedua-dua akta (Akta Pendidikan 1981 dan Akta Kanak-kanak 1989) tersebut

telah mengambil kira cadangan-cadangan dalam Laporan Warnock. Hal ini selari

dengan apa yang berlaku di Amerika. Perubahan yang berlaku berkait rapat dengan

kesedaran masyarakat dan dasar semasa yang dilaksanakan oleh kerajaan

terhadap pendidikan kanak-kanak berkeperluan khas di Britain.

Page 12: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 12/47

 

12

2. Dalam Negara:

- Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an

di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah

atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran. Di Malaysia pendidikan khas

formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan

Khas Princess Elizabeth di Johor Bharu untuk kanak-kanak buta. Pada tahun 1954

Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-

kanak pekak. Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam

menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya)

bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak „Bermasalah

Pembelajaran‟ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali

Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan

Batu, Kuala Lumpur. Kelihatan bahawa perkembangan pendidikan khas di Malaysia

bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah

pembelajaran.

2.2 Perkembangan Pendidikan Pemulihan

Dalam Deklarasi Hak-hak Kemanusiaan Sejagat (1948) menegaskan hak bagi

setiap individu mendapat pendidikan. Perkara ini ditegaskan semula dalam

Persidangan Dunia bertemakan „Pendidikan Untuk Semua‟ di Jomtien, Thailand

yang menekankan: Keperluan-keperluan pembelajaran untuk orang kurang upaya 

menuntut perhatian khusus. Langkah-langkah perlu diambil untuk menyediakan 

persamaan akses kepada pendidikan untuk semua kategori orang kurang upaya 

sebagai bahagian yang sepadu dalam sistem pendidikan.

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) telah mengisytiharkan Hak Kanak- 

kanak Sedunia  dan antara yang ditegaskan ialah hak kanak-kanak istimewa iaitu

mereka berhak mendapat penjagaan yang khusus dan bimbingan mengikut

kecacatan yang dialami serta peluang menjadi seberapa normal yang mungkin.

Dasar mengenai pendidikan khas di Malaysia dinyatakan dalam Akta

Pelajaran1961. Dalam Bahagian I (Tafsiran) Akta ini dinyatakan bahawa; “sekolah

Page 13: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 13/47

 

13

khas bermakna sekolah yang menyediakan layanan pendidikan yang khas untuk

murid-murid yang kurang upaya”. 

Laporan Jawatankuasa Kabinet (1978) yang mengkaji Perlaksanaan Dasar

Pelajaran melalui Perakuan 169 merupakan satu titik tolak yang membawa kepada

satu penekanan dan tumpuan yang lebih jelas kepada perkembangan Pendidikan

Khas di Malaysia. Perakuan ini menyebut; Dengan adanya kesedaran bahawa

kerajaan seharusnya bertanggungjawab terhadap pendidikan kanak-kanak cacat

adalah diperakukan kerajaan hendaklah mengambil alih sepenuhnya tanggungjawab

pendidikan itu dari pihak-pihak persatuan yang mengendalikannya pada masa ini. Di

samping itu penyertaan oleh badan-badan sukarela dalam memajukan pendidikan

kanak-kanak cacat hendaklah terus digalakkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Perancangan Pendidikan telah bersidang pada 30 Jun

1981 dan memutuskan penubuhan sebuah Jawatankuasa Antara Kementerian untuk

mengkaji dan menentukan bidang tugas masing-masing mengenai kanakkanak

kurang upaya. Kementerian-kementerian yang terlibat selain daripada Kementerian

Pendidikan ialah Kementerian Kesihatan, Kementerian Kebajikan Masyarakat (kini

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat) dan Kementerian

Buruh. Pada amnya, Jawatankuasa ini menetapkan:

Tanggungjawab Kementerian Pendidikan terhadap pendidikan kanak-kanak

bermasalah penglihatan, bermasalah pendengaran dan kanak-kanak

bermasalah pembelajaran (terencat akal) yang boleh dididik.

Tanggungjawab Kementerian Kebajikan Masyarakat terhadap pendidikan

kanak-kanak yang kurang upaya fizikal, terencat akal sederhana dan teruk

serta kanak-kanak spastik.

Tanggungjawab Kementerian Kesihatan untuk mengenal pasti di peringkat

awal dan menyaring kanak-kanak yang dilahirkan dalam keadaan berisiko.

Akta Pelajaran 1961 disemak semula dan digantikan dengan Akta

Pendidikan 1996. Satu bab khusus mengenai Pendidikan Khas telah

Page 14: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 14/47

 

14

dimasukkan dalam akta tersebut yang menyarankan bahawa: Seksyen 40

and seksyen 41 dalam Akta 1995 dilihat oleh pelbagai pihak sebagai „era

baru‟ dalam dunia pendidikan khas kerana Menteri Pendidikan dikehendaki

membuka kelas jika ada permintaan daripada masyarakat. Akta ini juga

memperuntukan kuasa kepada Menteri untuk menentukan tempoh

persekolahan dan kandungan kurikulum untuk keperluan pendidikan khas.

Amalan pada masa ini, kanak-kanak berkeperluan khas dibenarkan

bersekolah sehingga mereka berumur 19 tahun. 41. 1. Tertakluk kepada 

subseksyen (2) dan (3), menteri boleh melalui peraturan-peraturan 

menetapkan: 

Tempoh pendidikan rendah dan menengah yang sesuai dengan keperluan

murid yang menerima pendidikan khas.

Kurikulum yang hendaklah digunakan berhubungan dengan pendidikan khas

Kategori murid yang memerlukan pendidikan khas dan kaedah yang sesuai

bagi pendidikan murid dalam setiap kategori sekolah khas.

Apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh Menteri suaimanfaat atau perlu bagi

maksud topik ini. Menteri hendaklah mengadakan pendidikan khas di sekolah

khas yang ditubuhkan di bawah perenggan 34(1)(b) atau di mana-mana

sekolah rendah atau menengah yang difikirkan oleh menteri suaimanfaat.

Page 15: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 15/47

 

15

2.3 Program Pendidikan Pemulihan

Program pendidikan pemulihan dibahagikan kepada dua jenis, iaitu pogram

pemulihan dalam kelas dan program pemulihan khas. Program pemulihan dalam

kelas ialah program pemantapan kemahiran asas yang dipelajari iaitu membaca,

menulis dan mengira. Ia hanya dilakukan dalam kelas dan pengajaran hanya seperti

biasa. Manakala bagi program pemulihan khas, ia melibatkan penekanan kepada

subjek yang menjadi kelemahan pelajar tertentu yang telah melalui proses program

pemulihan. Dalam pemulihan khas, subjek yang menjadi tumpuan utama ialah

Bahasa Melayu dan Matematik. Berikut ialah penerangan bagi program-program

pendidikan pemulihan:

Pemulihan Dalam Kelas

Pemulihan KBSR

- dalam kelas biasa

- bantu murid lemah menguasai kemahiran yang telah dipelajari

KIA2M

- oleh BPK

- bantu murid tahun 1 menguasai kemahiran asas 2M (membaca dan

menulis)

- dikehendaki menduduki Ujian Pelepasan sebelum di‟bebas‟kan 

- gagal Ujian Pelepasan 3  – masuk ke kelas Pemulihan Khas pada

tahun berikutnya

PROTIM

- Program Pemulihan 3M

- Membantu murid tahun 6 menguasai 3M

- Dilaksana selepas menduduki UPSR

Page 16: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 16/47

 

16

Pemulihan Khas

Sistem Penarikan Keluar (withdrawal System)

- murid yang dikenalpasti

- ke kelas pemulihan pd waktu tertentu utk BM dan Matematik

- dihantar balik ke kelas setelah menguasi kemahiran asas yang

ditentukan

Kelas Khas

- murid yang dikenalpasti dimasukkan ke dalam kelas secara sepenuh

masa

- dihantar balik ke kelas biasa setelah menguasai tahap prestasi yang

ditentukan dalam kemahiran asas 3M

Selain itu, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia juga memperkembangkan lagi

program pendidikan pemulihan di Malaysia dengan menubuhkan beberapa program

lagi seperti program IPP3M dan Program Permata Negara.

IPP3M

Program Pemulihan Khas merupakan satu program yang disediakan bagi membantu

murid-murid mengatasi masalah belajar yang khusus terutamanya dalam penguasaan

kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M). Murid-murid yang telah dikesan dan

dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada Tahap I akan mengikuti

Program Pemulihan Khas. Program ini diadakan dihampir semua sekolah rendah. 

Murid-murid disaring dengan menggunakan IPP3M (Instrumen Penentu Penguasaan

3M), dan dibahagi kepada 3 :

  IPP3M 1 ~ Murid Tahun 1

  IPP3M 2 ~ Murid Tahun 2

  IPP3M 3 ~ Murid Tahun 3

Pendekatan pengajaran dan pembelajaran ialah dengan menggunakan sistem

pengasingan sementara (withdrawl). Bermaksud, murid-murid yang terlibat akan ke

kelas pemulihan khas semasa mata pelajaran Bahasa Malaysia dan Matematik dan

Page 17: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 17/47

 

17

akan kembali semula ke kelas masing-masing apabila masa pengajaran dan

pembelajaran tersebut tamat. Bagi murid-murid yang telah mencapai tahap

pelepasan yang ditentukan, mereka tidak perlu lagi masuk ke kelas pemulihan khas

dan belajar seperti biasa di kelas seperti biasa.

Program Permata Negara

Kanak-kanak berumur 0-4 tahun adalah satu kumpulan yang amat penting

dan mereka mesti melalui satu proses perkembangan yang teratur. Sebagai modal

insan yang sangat bermakna kepada masa depan negara, perlu ada satu program

atau perancangan yang teratur, fokus dan bersepadu daripada mereka mula lahir

hingga memasuki alam persekolahan sebagai satu strategi nasional, tambahan pula

banyak negara-negara lain di dunia terutamanya negara-negara maju sudah

menjadikan pendidikan awal kanak- kanak sebagai satu pelan nasional yang

bersepadu.

Maka dengan itu Projek Perintis PERMATA Negara mula dilaksanakan pada

tahun 2007, hasil dari pemerhatian yang dibuat pada program asuhan dan didikan

awal kanak-kanak di negara-negara maju seperti Perancis, Amerika Syarikat,

Australia dan New Zealand. Daripada pemerhatian, didapati negara-negara maju

telah lebih awal memberikan penekanan kepada kaedah „pembelajaran yang

menyeronokkan‟ dan didikan mengikut kecenderungan kanak-kanak terbabit. 

Sehubungan itu, kurikulum PERMATA telahpun digubal dengan diadaptasi

dari model Pen Green Centre sebagai contoh amalan terbaik dan kemudiannya

disesuaikan dengan budaya masyarakat setempat dan Falsafah Pendidikan Negara

bagi memantapkan lagi kandungannya. Tema „Setiap Anak PERMATA Negara‟ juga

telah dipilih untuk menggambarkan kesungguhan kerajaan dan agensi-agensi

pelaksana untuk menggubal satu dasar pendidikan awal kanak-kanak yang

bersepadu dan menyeluruh. Hasil dari kesungguhan ini, Dasar Asuhan dan Didikan

Awal Kanak-kanak Kebangsaan juga telah diluluskan oleh kerajaan ke arah

menyediakan pendidikan yang sempurna dan berkualiti dan menyeluruh kepada

kanak-kanak.

Hasil kejayaan pelaksanaan Projek Perintis Program PERMATA Negara,

pelaksanaannya telahpun diperluas dan diperkasakan ke seluruh negara bagi

Page 18: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 18/47

 

18

memastikan lebih ramai anak akan mendapat peluang untuk diberi permulaan

terbaik dalam kehidupan mereka sebagai persediaan menghadapi cabaran masa

hadapan.

Page 19: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 19/47

 

19

PENGURUSAN GRAFIK 2: PROGRAM PEMULIHAN DALAM DAN LUAR

NEGARA

SEJARAH PENDIDIKAN DAN PROGRAM

PEMULIHAN KHAS

i. Luar Negara:

- US berkembang pesatselepas termaktub PL 94-142

- UK selepas LaporanWarnock

ii. Dalam Negara:

- bermula 1965 – 3guru dapat latihan

dr England- 1968 - 9 guru lagi

dihantar berkursus- Projek Khas Universiti

Malaya

- Pendidikan Imbuhan dptsumbangan dr Yayasan Vande Leer Belanda

- Latihan Guru: sbg kursus

dalam perkhidmatan

- Penuh Masa atau dalamcuti dr 2 hari hingga 1 tahun(KSPK)

- Mulai 2001 ditawar sbgpengkhususan utk KDPMsepenuh masa (3 th)

- 2007 KPM memberikanperhatian serius

Jenis-jenis Program:

Pemulihan dalam kelas

- Pemulihan KBSR

- KIA2M

- PROTIM

Pemulihan Khas

- Sistem penarikan keluar

(Withdrawal system)

- Kelas Khas

Page 20: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 20/47

 

20

RUMUSAN BAB 2.0 

Pendidikan pemulihan di luar negara, sebagai contoh, di Amerika Syarikat dan

United Kingdom, bermula selepas termaktubnya PL 94-142 (Public Law 94-142) dan

Laporan Warnock 1978. Di dalam negara, pendidikan bermula sejak tahun 1920-an

lagi yang mana dengan penubuhan sekolah bagi pelajar yang mempunyai masalah

dalam pancaindera dan pembelajaran oleh sukarelawan-sukarelawan. Pendidikan

pemulihan bermula pada tahun 1988 dengan inisiatif Kementerian Pendidikan

Malaysia yang telah menjadikan Sekolah Jalan Batu, Kuala Lumpur sebagai sekolah

yang mempunyai kelas perintis pendidikan pemulihan.

Pendidikan pemulihan berkembang setelah termaktubnya beberapa akta

berkaitan kanak-kanak pada persidangan-persidangan dunia. Setelah itu barulah

tindakan susulan diambil negara-negara yang berkenaan seperti Malaysia.

Pendidikan pemulihan lebih berkembang di Malaysia setelah keluarnya Laporan

Jawatankuasa Kabinet tentang dasar pendidikan dan selepas Mesyuarat

Perancangan Pendidikan.

Setelah perkembangan pendidikan pemulihan di Malaysia, diwujudkan

pelbagai program pendidikan pemulihan bertujuan membantu pelajar yang lemah

dalam kemahiran asas belajar. Antara program-program yang diwujudkan ialah

Pemulihan KBSR, KIA2M, PROTIM, Sistem Penarikan Keluar (Withdrawal System),

IPP3M dan termasuk Projek Permata Negara, yang merupakan langkah awal

mencegah masalah lemah kemahiran asas belajar dan masalah pembelajaran.

Page 21: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 21/47

 

21

3.0 GURU DAN MURID PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS SERTA PERANAN

PENTADBIR (KPM, JPN, PPD DAN SEKOLAH)

3.1 Murid Pemulihan Khas

Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan mengikut beberapa kajian

mereka hanya belajar bila telah „bersedia‟ 

Perkembangan Murid Pemulihan dipengaruhi oleh:

Rencatan akal ringan

Kurang peluang

Budaya / ekonomi tersekat

Gangguan emosi

Kurang upaya sensori

Bermasalah dalam pembelajaran secara khusus

Ganjaran intrinsik

Perlukan masa tambahan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan (task)

Kanak-kanak perlu ditawarkan dengan insentif yang sesuai  – boleh

ditangguhkan supaya kanak-kanak belajar bersabar

Pemakanan yang betul  – sarapan yang berkualiti dan tepat pada

masanya

Tidur yang mencukupi – boleh menambahbaik prestasi mereka

Guru/ibu bapa perlu mencari bahan atau apa-apa sumber yang boleh

memudahkan, menjadikan pembelajaran lebih bermakna dan relevan.

CIRI-CIRI PELAJAR YANG MEMERLUKAN PEMULIHAN (SLOW LEARNERS)

Secara umumnya kanak-kanak ini dapat dikenal pasti melalui beberapa ciri yang

dipamerkan, ini bergantung juga kepada peringkat umur dan aras kesukaran yang

digunakan di sekolah.

Page 22: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 22/47

 

22

Kurang matang dalam hubungan dengan orang lain dan di sekolah

Tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja

Hilang kawalan masa, tidak boleh memindahkan apa yang telah dipelajari

dalam situasi baru Sukar menguasai kemahiran yang bersifat akademik, seperti membaca jadual

waktu atau dalam menguasai peraturan mengeja

Tidak dapat merancang objektif jangka panjang. Mereka lebih suka

merancang untuk keperluan semasa.

Bermasalah dalam pengurusan masa kerana bermasalah dalam memberi

tumpuan

Lemah daya ingatan – Pengamatan, kemahiran asas dan pertuturan Kurang yakin diri, kurang tekun, kurang pengalaman

Perbendaharan kata terbatas, tidak kreatif,

Kesukaran mengawal emosi, menerima konsep mendiskriminasi dan

memahami perkaitan

Kesihatan sering terganggu, ponteng sekolah, bermasalah tingkah laku

Bersikap egosentrik

Slow learners differ from reluctant learners. A slow learner initially wants to learn,

but has a problem with the process.

A reluctant learner is not motivated and can also be passive aggressive, creating 

more problems for teachers and parents through non-cooperation. Reluctant 

learners seldom have learning disabilities.

Page 23: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 23/47

 

23

3.2 Guru Pemulihan Khas

Ciri-ciri guru Pemulihan Khas

Chua & Koh (1992) memetik syor Haigh (1977):

- punyai peribadi yang stabil dan mantap

- luas bacaan

- cerdas

- tidak takut disisihkan

- sentiasa ingin belajar

- cekap dalam pengajaran dan pentaksiran

Peranan Guru Pemulihan Khas

i. Peranan Penilaian (Assessment Role )

Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-

murid yang menghadapi masalah penguasaan kemahiran asas 3M.

Menjalankan ujian diagnostik untuk mengenal pasti masalah-masalah

yang dihadapi oleh murid secara khusus.

Menjalankan penilaian berterusan dan merekod dengan rapi dan

sistematik.

ii. Peranan Preskriptif (Prescriptive Role )

Merancang, menyedia dan melaksanakan program secara individu bagi

murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu.

Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan sekiranya

diperlukan.

iii. Peranan Pengajaran (Therapeutic Role )

Mengajar dengan menggunakan berbagai pendekatan dan kaedah serta

penggunaan bahan dan aktiviti yang berfungsi agar objektif-objektif

pembelajaran khusus dapat dicapai.

Menilai dan merekod prestasi murid dari semasa ke semasa.

Mengajar bersama-sama dengan guru kelas secara ‘team- teaching’ atau

„khidmat damping sekiranya perlu.

Page 24: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 24/47

 

24

iv. Peranan Khidmat Bantu (Supportive Role )

Membantu guru-guru merancang dan mengubah suai aktiviti-aktiviti dan

bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran.

Membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada guru-guru mengenaiteknik-teknik mengajar kanak-kanak yang menghadapi m,asalah

pembelajaran.

v. Peranan Perhubungan (Liaison Role )

Berhubung dengan:

Pentadbir sekolah –Guru Besar dan Penolong Kanan

Guru-Guru lain – guru kelas dan guru subjek

Ibu bapa dan waris

Masyarakat

Khidmat sokongan – pegawai perubatan, kaunselor dan agensi luar.

vi. Peranan Kaunseling (Counseling Role )

Memupuk hubungan mesra (rapport ) dengan murid dalam suasana yang

bebas dari ancaman

Menolong mengubah tingkah laku murid ke arah yang positif.

vii. Peranan Advokasi (Advocative Role)

Wujudkan jaringan hubungan sesama guru pemulihan khas sama ada di

peringkat PKG, daerah malah sehingga ke peringkat negeri. 

Dedahkan apa yang dibuat kepada rakan sejawat, pentadbir sekolah dan

 juga para waris melalui program „reach out‟ atau „outreach‟. 

Bidang Tugas Guru Pemulihan

Ditentukan oleh Surat-surat Pekeliling KPM

  Senarai Tugas

o Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus

- murid-murid yang dikenal pasti dari th 1 – 6

- keutamaan kpd tahun 1, 2 dan 3

Page 25: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 25/47

 

25

o Membantu guru-guru asas dalam:

- mengenal pasti untuk pemulihan khas

- merancang, menyediakan aktiviti dan bahan pemulihan

- mengatur jadual waktu pemulihan

- mengajar bersama sekiranya perlu

o berjumpa dan berbincang dengan guru asas/ibu bapa/doktor/pegawai

kebajikan atau pihak lain berkaitan hal-hal:

- mendapat maklumat lanjut murid – kelakuan, tabiat, kesihatan

- latar belakang

o melaksanakan penilaian berterusan untuk progres murid di kelas

pemulihan dan merekodkan butiran berikut:

- kemajuan murid

- latar belakang murid

- laporan kesihatan

- hasil temu bual

- rujukan

Jadual Waktu Guru Pemulihan Khas

Agihan masa guru Pemulihan Khas adalah seperti berikut:

o Masa mengajar – 990 minit

o Masa untuk persediaan dan panduan  – 120 minit (dimasukkan ke

dalam JW)

o Masa luang (free period) sama seperti guru-guru lain

Prosedur Mengadakan Kelas Pemulihan

o Sekolah-sekolah yang mempunyai dua kelas atau lebih bagi satu

darjah  – murid kelas pemulihan boleh diambil dari kelas tersebut jika

 jumlah yang ada hanya 3 – 4

Page 26: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 26/47

 

26

o Sekolah-sekolah yang mempunyai satu kelas sahaja bagi satu darjah – 

murid kelas pemulihan boleh diambil dari darjah lain tetapi bilangan

tidak melebihi 15

o Jika murid pemulihan diambil dari 1 kelas sahaja  – bilangan tidak

melebihi 6

*Pilihan mana-mana alternatif tertakluk kepada persetujuan antara guru 

pemulihan, guru besar dan guru-guru asas 

3.3 Peranan Pentadbir Dalam Program Pemulihan Khas

i. Jabatan Pendidikan Khas/ Bahagian Sekolah KPM 

- memberi kelulusan untuk membuka kelas

- memberikan latihan untuk guru pemulihan

- menyediakan kewangan untuk pengurusan

ii. Jabatan Pelajaran Negeri 

- melantik guru-guru pemulihan

- memantau pelaksanaan

- memastikan pihak sekolah menghantar data pada masa yang

ditetapkan dan dikemukakan kepada JPK

iii. Pejabat Pelajaran Daerah 

- memantau pelaksanaan program

- menggerakkan aktiviti di peringkat daerah

- memastikan semua guru besar memahami prosedur pelaksanaan

- memastikan pihak sekolah menghantarkan data

iv. Pentadbir / Pengurus Sekolah 

Page 27: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 27/47

 

27

- memastikan program berjalan mengikut surat pekeliling/ surat siaran

yang sedang

berkuatkuasa

- mewujudkan JK Pemulihan Khas di peringkat sekolah

- memastikan JK Kurikulum merancang program kecemerlangan untuk

Program Pemulihan

- Memastikan data kekemuka kepada PPD dan JPN pada waktu yang

ditetapkan

- Menyediakan prasarana bilik darjah yang cukup

- Memastikan semua peralatan/bahan yang dibekalkan untuk kelas

pemulihan berada dalam kelas berkenaan

- Menyalurkan kewangan

Page 28: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 28/47

 

28

RUMUSAN BAB 3.0

Murid pemulihan khas ialah Kanak-kanak belajar pada kadar yang berbeza dan

mengikut beberapa kajian mereka hanya belajar bila telah „bersedia‟. Perkembangan

murid pemulihan khas dipengaruhi oleh beberapa faktor yang antaranya ialah

kurangnya peluang dalam mencuba sesuatu, gangguan emosi dan rencatan akal

yang ringan. Antara ciri pelajar yang memerlukan pemulihan ialah murid yang

kurang matang dalam berinteraksi bersama warga sekolah (guru dan murid lain),

tidak dapat menyiapkan tugasan yang kompleks dan sangat lambat bekerja dan

hilang kawalan masa, iaitu tidak dapat memindahkan apa yang telah dipelajari dalam

satu situasi yang baru.

Guru pemulihan khas pula ialah seseorang yang mempunyai ciri peribadi

yang mantap, luas bacaan dan tidak takut disisihkan. Guru pemulihan khas

berperanan sebagai penilai, pengajar, khidmat bantu, penghubung, kaunselor dan

advokator dalam mendidik murid pemulihan. Antara bidang tugas guru pemulihan

ialah menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus, membantu guru-guru asas dalam

perkara yang berkaitan dengan pemulihan dan melaksanakan penilaian yang

berterusan untuk progres murid di kelas pemulihan dan merekodkan butiran yang

didapati.

Page 29: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 29/47

 

29

4.0 PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS

4.1 Pencalonan

Pada akhir tahun 1 (Murid KIA2M yang gagal Ujian Pelepasan 3)

Selepas Ujian Semester 1 Dicalonkan oleh

o Guru besar

o Guru kelas/guru subjek

o Guru pemulihan

o Ibu bapa

Pencalonan dibuat melalui:

o pengumpulan maklumat

o Borang Latar Belakang

o Maklumat pencapaian dengan merujuk keputusan peperiksaan dan

buku latihan

4.2 Ujian Saringan

Mekanisme yang digunakan untuk meninjau pencapaian murid secara am dalam

kemahiran asas BM dan Matematik – menilai semula apa yang telah dipelajari di

dalam kelas.

 Bentuk dan skop

- Ujian bertulis

- Merangkumi apa yang sepatutnya telah dipelajari

- Keputusan Ujian Pelepasan KIA2M, IPP3M dan EMA boleh diguna pakai

 Pentadbiran Ujian

- dilaksanakan secara kumpulan

- murid dalam keadaan selesa – jauh dari gangguan

- masa dihadkan

Page 30: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 30/47

 

30

- keperluan alat tulis yang lengkap

  Kriteria Pemilihan Murid

- Murid yang gagal Ujian Saringan

- Jumlah murid yang telah ditentukan – yang mampu diurus - Jenis masalah yang dihadapi murid 

4.3 Ujian Diagnostik

- Mekanisme yang diguna pakai untuk membolehkan guru pemulihan khas

mengesan punca dan kawasan kelemahan secara terpeinci yang dihadapi oleh

seseorang murid secara khusus.

  Jenis Ujian Diagnostik

- Ujian Pengamatan (UDP)

- Bahasa Melayu (UDBM)

- Matematik (UDM)

  Tujuan Ujian Diagnostik

- membantu guru mengenalpasti secara khusus kesulitan- kesulitan

yang dihadapi oleh murid

- membantu guru mengenal pasti punca kegagalan murid untuk

menguasai sesuatu kemahiran

- membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut

kebolehan dan kawasan-kawasan kesukaran yang dihadapi oleh

murid

- membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus

pada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik

- membolehkan guru merancang dan membina program dan bahan

bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid

Page 31: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 31/47

 

31

  Bila dilaksana

- selepas dicalonkan/ hasil daripada Ujian Saringan

- setelah menguasai satu-satu kemahiran dan bersedia untuk kemahiran

baru

  Subjek yang diuji

- BM dan Matematik

- Ujian Pengamatan sebagai pelengkap kepada pengumpulan maklumat

yang mungkin mempengaruhi pencapaian murid

  Pembinaan Ujian

Sebelum membina sesuatu ujian diagnostik, beberapa perkara utama perlu

ditentukan :

- Kemahiran yang hendak diuji

- Bagaimana hendak menguji individu / kumpulan.

- Ujian berbentuk lisan dan bertulis lebih sesuai untuk menilai kesukaran yang

dihadapi oleh murid dalam pembelajaran.

- Kemahiran tersebut mestilah telah diajar sebelum ia diuji. Kemahiran tersebut

hendaklah disusun dari senang ke susah.

- Item yang hendak dibina berdasarkan kemahiran yang telah diperincikan terlebih

dahulu.

- JPU disediakan berdasarkan senarai kemahiran mengikut subjek

- Jumlah item hendaklah ganjil – 5 hingga 9 – perlu ada contoh

- Sebaran aras kesukaran mengikut nisbah 2:2:1 untuk aras senang, sederhana

dan susah

- Item-item bagi satu kemahiran hendaklah disediakan dalam satu muka surat

- Bentuk soalan:

padanan / suaian

pelbagai pilihan / diskriminasi

mengisi tempat kosong

benar / salah

Page 32: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 32/47

 

32

  Pentadbiran Ujian

- dilaksanakan selepas Ujian Saringan / pemilihan murid telah dibuat

- secara kumpulan atau individu- ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah kepada yang

paling tinggi – pengetahuan, pemahaman, penggunaan, maka hendaklah dimulakan

dengan ujian lisan dan di ikuti dengan ujian bertulis.

- Ujian Diagnostik lisan dijalankan secara individu, sementara ujian diagnostik

bertulis dijalankan secara kumpulan kecil tidak melebihi empat orang dalam satu

masa

- Setiap jawapan murid dalam ujian lisan hendaklah direkodkan

- pemerhatian guru perlu semasa ujian

- Berikan masa yang cukup kepada murid untuk menjawab soalan supaya mereka

dapat menjawab dengan tenang dan selesa.

- jika murid gagal menjawab tiga kamahiran secara berurutan – hentikan ujian

- Markah uijan yang diberi tidak penting, tetapi yang penting ialah keterangan-

keterangan atau data-data yang diberi

  Analisis Ujian

- dibuat mengikut setiap kemahiran yang diuji

- jika murid gagal setiap item, analisisnya ialah tidak menguasai kemahiran

- jika gagal separuh, analisisnya ialah belum menguasai kemahiran

- Jumlah kesalahan setiap kemahiran yang dilakukan oleh murid hendaklah

direkodkan dalam Borang Analisis

- Setiap kesalahan dan kesilapan murid hendaklah direkodkan untuk menjadipanduan kepada guru pada satu masa yang lain

  Penyediaan Objektif pengajaran dan pembelajaran

- Keputusan analisis ujian diguna untuk merangka obektif p & p

- Contoh:

Analisis: Belum menguasai kemahiran abjad kecil mengikut urutan

Objektif: Dapat menyebut abjad kecil secara berurutan dengan betul

Page 33: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 33/47

 

33

4.4 Ujian Diagnostik Pengamatan

4.4.1 Rasional 

Dalam proses awal pembelajaran kanak-kanak, kemahiran landasan yang kukuh

amatlah penting. Justeru itu ujian pengamatan patut diberikan kepada murid-murid

untuk melihat faktor kesukaran murid dalam penerimaan pengajaran bacaan.

4.4.2 Apa itu pengamatan 

- Mengikut pendapat Ruth Srang dalam bukunya “Reading Diagnosis and

Remediation” beliau mengatakan pengamatan merupakan satu proses yang

bergantung kepada kognitif dan kederiaan.

- Janet W Learner(1971) dalam bukunya “ Children With Learning Disabilities”

telah mentafsirkan bahawa pengamatan adalah satu proses untuk mengenal

maklumat daripada tindak balas pancaindera ataupun mekanisma yang

mentafsirkan sesuatu pergerakan pancaindera dengan kuasa intelek.

4.4.3 Objektif Ujian Diagnostik Pengamatan 

- Mengecam orentasi kedudukan, persamaan atau perbezaan bentuk, corak, saiz,

warna, huruf, nombor, suku kata dan perkataan

- Menentukan sesuatu saiz, jarak, kiri ke kanan serta hubungan antara satu-satu

objek

- Mengingat kembali, menyalin atau melengkapkan sesuatu bentuk, corak, huruf,

nombor, suku kata, perkataan dan ayat

- Menyelaras pergerakan motor mata tangan khususnya dari kiri ke kanan, atau ke

bawah dan dari bawah ke atas

- Memahami dan mengingati sesuatu mengikut turutan- Sequencing

- Memahami dan berupaya mencari jalan untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Page 34: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 34/47

 

34

4.4.4 Komponen Ujian Pengamatan 

- Diskriminasi yang sama ( Discrimination Sameness)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri persamaan yang terdapat

pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya

- Diskriminasi yang ganjil dan tidak sama ( Discrination of differences)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mencari ciri-ciri perbezaan yang terdapat

pada objek, bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya

- Diskriminasi saiz ( Discrimination of size)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan saiz sesuatu objek, bentuk,

corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya

- Diskriminasi kedudukan ( Position in space)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat membezakan keudukan sesuatu objek,

bentuk, corak, warna, nombor, huruf dan sebagainya

- Koordinasi Motor  –mata  –tangan.

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelaraskan pergerakan motor-mata-tangan dan fahaman arah kiri, kanan dan sebagainya

- Pertalian jarak (Spatial Relationship)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengagak sesuatu saiz , jarak kiri ke kanan

serta antara satu hubungan objek dengan objek-objek yang lain

- Mazing 

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah melalui

aktiviti mencari jalan keluar daripada mudah kepada yang susah

- Turutan ( Sequencing)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat mengingati dan menyusun semula aktiviti-

aktiviti bersiri.

- Rajah latar belakang / Benda tersembunyi ( Figure  – Ground)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menyelesaikan sesuatu masalah abstrak.

Page 35: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 35/47

 

35

- Menyalin ( Visual Copying)

Tujuan : Melatih murid supaya dapat menghasilkan apa yang telah dilihat.

4.4.5 Panduan melaksanakan ujian pengamatan

- Ujian ini sesuai untuk mengesan murid yang sukar menguasai konsep

sepertimana yang terkandung dalam komponen pengamatan.

- Dalam ujian ini murid diberi pelbagai latihan pengamatan.

- Ujian boleh dijalankan secara kumpulan kecil atau individu.

- Murid telah bersedia dengan peralatan menulis sebelum memulakan ujian.

- Arahan diberi kepada murid dengan terang dan jelas.

- Pastikan murid tunjuk dengan jari sebelum menjawab dengan pensel.

4.4.6 Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Pemulihan Khas

- Menetapkan murid berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik

- Menyediakan Rancangan Pengajaran Individu (RPI)- Menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH)

- Menentukan kumpulan murid

- Menyenaraikan kemahiran yang akan diajar

- Menentukan strategi, pendekatan dan kaedah p & p yang sesuai

- Menyediakan Bahan Bantu Mengajar (BBM)

- Menyediakan bahan Pemulihan Khas

- Menyediakan aktiviti

4.4.7 Penilaian

- Bentuk ujian – formatif, sumatif, pencapaian

- Analisis

- Keputusan – meneruskan program atau balik ke kelas biasa

Page 36: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 36/47

 

36

4.4.8 Tindakan Susulan

- Pemantauan ke atas murid yang telah pulang ke kelas biasa perlu

dilaksanakan secara berterusan

Page 37: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 37/47

 

37

PENGURUSAN GRAFIK 3: PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN

PEMULIHAN

PENGURUSAN PROGRAMPENDIDIKAN PEMULIHAN

Pencalonan 

Ujian Saringan 

Mekanisme yang digunakan untukmeninjau pencapaian murid

secara am dalam kemahiran asasBM dan Matematik – menilai

semula apa yang telah dipelajari di

dalam kelas.

 

Ujian Diagnostik 

Mekanisme yang diguna pakai untukmembolehkan guru pemulihan khas

mengesan punca dan kawasankelemahan secara terpeinci yang

dihadapi oleh seseorang murid secarakhusus.

Page 38: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 38/47

 

38

RUMUSAN BAB 4.0 

Pengurusan program pemulihan khas merupakan satu tindakan untuk membentuk

sebuah kelas pemulihan. Ia bermula dengan sesi pencalonan, membawa kepada

ujian saringan dan akhir sekali ujian diagnostik. Setiap stu peringkat itu mempunyaigaris panduan pelaksanaannya yang tersendiri yang berlaku secara sistematik.

Sesi pencalonan ialah sesi mengenalpasti murid-murid yang mepunyai

masalah pembelajaran pada tahun satu. Murid-murid dicalonkan selepas ujian

semester satu dan pencalonan ini dibuat oleh sama ada guru besar, guru kelas, guru

subjek atau ibu bapa. Pencalonan dibuat berdasarkan data-data murid yang telah

dikumpulkan dari pelbagai sumber.

Ujian saringan ialah penentuan untuk seseorang murid itu betul atau tidaklemah dalam pembelajaran dan perlu dimasukkan ke dalam kelas pemulihan khas.

Ujian saringan merupakan sebuah ujian bertulis yang merangkumi apa yang telah

dipelajari oleh murid yang terlibat, dilaksanakan secara berkumpulan di tempat yang

selesa dan masa menjawab terhad.

Ujian diagnostik ialah ujian untuk mengesan apakah kelemahan murid yang

sudah dikenalpasti terlibat dengan kelas pemulihan. Ujian diagnostik dijalankan

dalam tiga bentuk iaitu Ujian Diagnostik Pengamatan (UDP), Ujian Diagnostik

Bahasa Melayu (UDBM) dan Ujian Diagnostik Matematik (UDM). Tjuan ujian

diagnostik ialah, antaranya; membantu guru secara khusus kesulitan-kesulitan yang

dihadapi oleh murid, membantu guru mengenalpasti punca kegagalan murid

menguasai sesuatu kemahiran dan membolehkan guru merancang dan membina

program dan bahan bantu mengajar yang bersesuaian mengikut tahap murid.

Page 39: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 39/47

 

39

5.0 STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM PEMULIHAN DI MALAYSIA

Program pemulihan baru sahaja diperkenalkan di Malaysia. Perlaksanaan

program pemulihan di Malaysia bermula mengikut peringkat. Program pemulihan

dapat dijalankan secara lancar dan terancang dengan adanya peringkat-peringkat

ini. Bermula dengan pencalonan murid, pengumpulan maklumat, proses saringan,

proses diagnosis, analisa ujian diagnosis dan pengamatan dan tindakan susulan.

Pencalonan murid merupakan asas dalam pendidikan pemulihan dan ia

merupakan peringkat pertama dan juga peringkat yang paling penting dalam

melaksanakan program pemulihan.

Pencalonan dan proses mengenal pasti calon untuk program ini dapat

dijalankan melalui beberapa cara. Murid untuk pendidikan pemulihan dapat

diketahui melalui guru kelas . Tugas sebagai guru kelas membolehkan beliau

mencalonkan murid-murid untuk mengikuti kelas pemulihan berdasarkan beberapa

perkara antaranya pencapaian murid-murid dalam menguasai kemahiran asas 3M

(membaca, menulis, mengira), berdasarkan hasil kerja mereka, keputusan ujian

bulanan dan juga ujian dalam setiap kemahiran.

Selain itu, guru mata pelajaran juga memainkan peranan yang penting dalam

proses ini. Guru mata pelajaran Bahasa Malaysia dan juga Matematik juga boleh

mencalonkan murid-murid yang diajar mereka untuk mengikuti kelas pemulihan

berdasarkan atas pencapaian mereka.

Dalam pada itu, Guru besar juga perlu memainkan peranan dengan

memastikan guru-guru menjalankan tugas masing-masing. Guru besar dapat

mencalonkan murid berdasarkan pada kad-kad laporan murid serta berdasarkan

pemerhatian beliau. Malah, ibu bapa atau penjaga boleh mencalonkan anak jagaan

mereka berdasarkan masalah pembelajaran anak mereka.

Peringkat kedua pula ialah pengumpulan maklumat, butir-butir individu dan

prestasi murid akan dapat menolong guru pemulihan memahami murid yang

dicalonkan. Ini dapat menyenangkan guru pemulihan untuk membuat keputusan

samaada murid itu akan mengikuti kelas pemulihan ataupun tidak.

Page 40: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 40/47

 

40

Rekod individu ini akan membantu guru pemulihan mengetahui beberapa

perkara penting dalam mencalonkan murid pemulihan seperti kesihatan, taraf

ekonomi keluarga dan kebudayaan di rumah yang mana kesemua perkara diatas

mungkin menjadi sebab serta berhubung dengan kegagalan. Ia juga membantu

guru pemulihan dalam mengetahui sejauh mana keupayaan murid yang dicalonkan

dalam matapelajaran-matapelajaran asas seperti Matematik dan Bahasa Malaysia.

Peringkat ketiga pula merupakan proses saringan. Proses ujian saringan

berfungsi sebagai satu instrumen pengukur terhadap kekuatan serta kelemahan

dalam menguasai kemahiran-kemahiran asas oleh murid yang ingin dicalonkan.

Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan

pemulihan khas. Dengan kata lain, ujian ini bertujuan untuk menentukan calon yang

layak untuk dimasukkan ke program pemulihan khas.

Bahan yang dimasukkan dalam ujian saringan hanyalah kerja-kerja yang

telah diajar oleh guru kelas sehingga masa saringan diberikan. Oleh itu, senarai

kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam jadual penentu

ujian. Ujian boleh dijalankan apabila pencalonan diterima. Selain daripada itu, ujian

akan dilaksanakan secara individu atau kumpulan kecil. Hasil daripada ujian akan

direkodkan dalam boring rekod ujian untuk difailkan. Murid yang dicalonkan kedalam

kelas pemulihan adalah diatas beberapa faktor antaranya ialah skor yang lemah,

 jenis masalah yang dihadapi oleh murid dan ruang yang ada untuk kelas pemulihan.

Peringkat keempat pula ialah ujian diagnosis, ujian diagnosis merupakan

ujian yang terpenting dalam program pemulihan. Ujian ini digunakan untuk

membantu guru pemulihan mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang

dihadapi oleh setiap murid yang sudah tercalon dalam kelas pemulihan. 

Ujian diagnostik wajib dijalankan dengan tujuan untuk membantu GPK

mengesan kawasan-kawasan kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh

seseorang murid secara khususnya dan seterusnya membentuk objektif pengajaran

(baseline). Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk

mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengenalpasti punca

kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. 

Seterusnya ialah perigkat analisa ujian diagnosis dan pengamatan. Pada

peringkat ini, segala keputusan dikumpul dan direkodkan dan diberi intepretasi

dengan cermat untuk mempastikan setiap masalah murid pemulihan. Keputusan

analisa ujian diagnosis akan menunjukkan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan

Page 41: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 41/47

 

41

seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran. Cara ini juga dapat

membantu guru mengenal pasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan daerah-

daerah kesukaran yang dihadapi. Analisa kesalahan ujian tersebut juga dapat

membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada

seseorang individu atau kepada satu kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

Berdasarkan kepada analisa kesalahan ujian diagnosis tersebut, guru pemulihan

akan dapat mengenal pasti daerah-daerah kelemahan murid yang telah dipilih.

Daerah-daerah kelemahan itu akan membantu guru untuk memilih kemahiran yang

tepat untuk memulakan proses pengajaran dan pembelajaran. 

Peringkat yang terakhir ialah peringkat susulan. Pada peringkat ini, murid-

murid pemulihan yang telah dapat menguasai kemahiran yang telah dipulihkan akan

menjalankan kerja susulan yang dijalankan oleh guru kelas biasa dengan bantuan

dan kerjasama dari guru pemulihan. Guru kelas, guru matapelajaran dan juga guru

pemulihan perlu bekerjasama bagi mengukuhkan kemahiran yang telah dikuasai

oleh murid tersebut. 

Murid pemulihan yang telah berjaya menguasai kemahiran akan ditempatkan

semula ke kelas biasa untuk mengikuti proses pembelajaran seterusnya. Mereka

akan sentiasa dipantau oleh guru pemulihan ketika berada di kelas biasa. Dan ini

bertujuan untuk melihat sejauh mana perkembangan pelajar tersebut dan disamping

membantu guru di kelas biasa dalam proses pengajaran mereka.

Page 42: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 42/47

 

42

PENGURUSAN GRAFIK 4: STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM

PENDIDIKAN PEMULIHAN

STRATEGI PELAKSANAAN PROGRAM

PENDIDIKAN PEMULIHAN

Dilaksanakan mengikut peringkat/secara

berperingkat

Peringkat pertama:

Pencalonan murid yang didapati

lemah dalam kelas harian.

Peringkat kedua:

Pengumpulan maklumat tentang

individu yang dicalonkan.

Peringkat ketiga:

Proses saringan untuk mengenalpasti

murid yang betul-betul lemah.

Peringkat keempat:

Pelaksanaan ujian diagnosis

untuk mengesan kelemahan

murid terlibat selepas disahkan

masuk program pemulihan.

Peringkat kelima:

Analisa ujian diagnosis untuk

penumpuan pada pengajaran

pemulihan.

Peringkat terakhir:

Peringkat susulan iaitu tindakan

selepas murid berjaya dipulihkan.

Page 43: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 43/47

 

43

RUMUSAN BAB 5.0 

Program pemulihan perlu dilaksanakan dengan berstrategi supaya ia berkesan.

Strategi yang diaplikasikan adalah secara berperingkat dan sistematik. Permulaanbagi startegi melaksanakan program pemulihan ialah dimulakan dengan

pencalonan. Pencalonan merupakan strategi awalan dalam memastikan program

pemulihan dapat menjurus kepada objektif. Seterusnya ialah ujian saringan di mana

ujian saringan adalah strategi dalam mengenalpasti murid-murid yang perlu terlibat

dengan kelas pemulihan. Selepas ujian saringan, strategi berikut ialah ujian

diagnostik yang mempunyai tiga komponen iaitu UDP, UDBM dan UDM; dalam

mengesan kelemahan yang ada pada murid. Selepas analisis ujian diagnostik, yangmana ia merupakan peringkat berikutnya, penumpuan pengajaran baru dibentuk

memfokuskan kepada aspek kelemahan yang ada pada murid. Tindakan susulan

adalah strategi terakhir setelah pengajaran berjaya dilaksanakan untuk memastikan

murid yang terlibat terus mengikuti pembelajaran harian.

Page 44: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 44/47

 

44

6.0 RUMUSAN KESELURUHAN

Pendidikan pemulihan merupakan satu aspek penting dalam pembangunan

pendidikan negara. Pendidikan pemulihan berteraskan pendidikan bantuan dalam

memastikan pelajar dapat terus mempelajari sesuatu subjek dengan berkesan dan

dapat berdikari. Di zaman yang serba maju ini, ketinggalan sedikit dalam sesuatu

aspek akan menyebabkan kita terus mengundur kebelakang. Antara aspek tersebut

ialah pendidikan.

Dalam pendidikan pemulihan, pendidikan diberikan untuk memperbaiki

potensi dan kemahiran belajar murid yang lemah dalam pelajaran. Ini bertujuan

untuk membolehkan mereka terus bersaing dengan pelajar lain dan mampu berada

sama tahap dengan mereka. Bukan untuk memaksimumkan pencapaian tapi ialah

untuk memastikan murid yang terlibat dengan kelas pemulihan ini dapat menjalani

pembelajaran dan kehidupan seperti biasa.

Pendidikan pemulihan mula dipandang serius setelah di luar negara

dimaktubkan beberapa dasar berkaitan pendidikan pemulihan. Bermula di Amerika

Syarikat dengan PL 94-142 dan Laporan Warnock di United Kingdom, ia

kemudiannya menjadi keperluan bagi sesebuah negara dalam memperbaharui dan

menjamin sistem pendidikan mereka, termasuk di Malaysia sendiri.

Pelbagai program pemulihan diwujudkan di sekolah bagi memastikan tidak

ada murid yang lemah dalam pembelajaran. Sebagai contoh; IPP3M. IPP3M ialah

sebuah program membantu pelajar yang lemah dalam kemahiran asas membaca,

mengira dan menulis. Di peringkat yang lebih awal juga ditubuhkan Program

Permata Negara, idea asal oleh Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, yang mana

program ini bertujuan bagi mengurangkan kadar masalah pembelajaran dari

peringkat awal.

Pengurusan program pemulihan merupakan cara mengatur dan

melaksanakan program pemulihan. Pengurusan program pemulihan dijalankan

dengan teliti agar dapat menjadikan pengajaran pemulihan berjalan dengan lancar.

Bukan sekadar mengurus, turut menjadi nadi perkembangan program pemulihan

ialah strategi pelaksanaan program pemulihan. Strategi pelaksanaan program

pemulihan berkait rapat tentang pendekatan untuk memastikan murid pemulihan

dapat dikenalpasti, diajar dan diubah.

Page 45: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 45/47

 

45

REFLEKSI 

Tajuk kerja kursus yang saya terima ialah Pengenalan Kepada Pendidikan

Pemulihan; iaitu berkait rapat tentang definisi, sejarah, program pengurusan dan

strategi pendidikan pemulihan. Semasa menjalankan tugasan ini, saya telah

memperolehi beberapa faedah yang amat berguna kepada saya disamping

beberapa masalah yang menjadi pembantut kepada usaha untuk menyiapkannya.

Antara faedah daripada menjalankan tugasan ini yang saya perolehi ialah

saya dapat menjalankan kerja secara sistematik dan langkah demi langkah.

Sebelum menjalankan tugasan ini, saya dapati adalah amat sukar untuk melakukan

tugas secara teratur kerana saya bukanlah seorang yang tersusun cara kerjanya,

tambahan berkaitan dengan cara untuk mendapatkan maklumat dan

memprosesnya. Namun, dengan menjalankan tugasan secara teratur, dapatlah saya

mencari maklumat dengan baik dan memprosesnya mengikut kehendak tugasan.

Inilah apa yang diperlukan untuk saya melengkapkan diri menjadi bakal pendidik

anak bangsa.

Selain itu, saya juga dapat menimba faedah yang lain iaitu saya dapat

mengeratkan lagi hubungan persahabatan antara sesama rakan kelas, lebih-lebih

lagi rakan sekerja yang bersama-sama melakukan tugasan ini. Ini merupakan salah

satu faedah yang berharga juga kepada saya di mana sebagai seorang guru, kita

mesti mempunyai sikap saling bekerjasama dalam membentuk dan melahirkan

generasi bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Dengan adanya sikap

seperti ini dalam diri saya, maka segala urusan lain yang akan dilakukan dengan

rakan sekelas akan mudah dilaksanakan dan dapat mewujudkan hubungan

kekeluargaan di dalam kelas seterusnya menceriakan suasana kelas.

Itulah di antara faedah yang saya perolehi melalui tugasan ini. Saya dapatmemperbetulkan diri saya melalui faedah yang saya terima dan saya harap dapat

Page 46: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 46/47

 

46

melakukan yang terbaik pada masa akan datang dan berterusan melakukan yang

terbaik untuk sesuatu agar hasilnya memuaskan saya dan mendatangkan kebaikan

kepada saya. Tugasan ini telah banyak memberi pendedahan kepada saya dan

membentuk sahsiah diri saya sebagai seorang guru. Semoga apa yang saya

perolehi dan yang telah mengubah saya ini berterusan.

.............................................

(MOHAMMAD IQRAM AKEEF BIN MOHD AMIN)

PISMP 1.14

Page 47: NOTA BMM3106.docx

5/17/2018 NOTA BMM3106.docx - slidepdf.com

http://slidepdf.com/reader/full/nota-bmm3106docx 47/47

 

47

BIBLIOGRAFI / RUJUKAN

INTERNET:

1. Public Law 94-142. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari

www.wikipedia.com/public_law_94_142.html 

2. Warnock’s Report. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari

www.wikipedia.com/warnocks_report.html 

3. Konsep Pendidikan Pemulihan. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari

www.pemulihanduniaku.blogspot.com/konsep_pendidikan_pemulihan.html 

4. Dr. Boon, K. B. (1980) Siapa dan Mengapa Dalam Pengajaran Pemulihan. 

Diambil pada Februari 22, 2011, dari laman web Jabatan Ilmu Pendidikan, IPG 

Sandakan,  www.jabatanilmupendidikanipgsandakan.com/pemuliha_siapa

 _dan_mengapa.html 

5. Program Permata Negara. (n. d.). Diambil pada Februari 22, 2011, dari

www.permatanegara.edu.my/bagaimana_kami_bermula.html