Nota
Transcript of Nota
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Malaysia mempunyai Perlembagaan bertulis·
Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957·
Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning (British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim A. Hamid
(Pakistan)·
Digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti politik dan pertubuhan Tanah
Melayu·
• Merupakan sebuah dokumen yang merupakan
sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara
·Mengandungi undang-undang tertinggi untuk
mewujudkan satu sistem kerajaan yang teratur.·
Dikanunkan tetapi boleh dipinda·
Memperakukan semua undang-undang yang wujud di Sabah dan Sarawak sbelum Hari Malaysia.
KONSEP KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
·
perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
·
Parlimen atau badan perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa masing-masing daripada
perlembagaan
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara juga menjalankan kuasa mengikut Perlembagaan.
Sebarang undang-undang yang bercanggahan dengan Perlembagaan
akan terbatal setakat mana yang bercanggah.
KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 perkara seperti yang diberikan di dalam
jadual.
Bahagian Butir-butir Perkara
1 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang Persekutuan
Perkara 1- 4
2 Kebebasan Asasi
Perkara 5-13
3 Kewarganegaraan
Perkara 14-31
4 Persekutuan
Perkara 32-69
5 Negeri-negeri
Perkara 70-72
6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri
Perkara 73-95E
7 Peruntukan-peruntukan Kewangan
Perkara 96-112D
8 Pilihan raya
Perkara 113- 120
9 Kehakiman Perkara 121-131A
10 Perkhidmatan Awam
Perkara 132-148
11 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-kuasa Darurat
Perkara 149-151
12 Am dan Pelbagai
Perkara 152-160
12A Perlindungan Tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan Sarawak
Perkara 161-161H
13 Peruntukan Sementara dan Peralihan Perkara 162-180
14 Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan sebagainya
Perkara 181
15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja
Perkara 182-183
CIRI-CIRI KERAJAAN MALAYSIA
Jenis Kerajaan Persekutuan
Raja Berperlembagaan
Demokrasi Berparlimen dan bercorak Westminster
Dwidewan
Ketinggian Perlembagaan
HAK ASASI WARGANEGARA
· setiap warganegara Malaysia mempunyai hak-hak asasi berikut:
(a) tidak boleh diambil nyawa atau dilucutkan kebebasan diri kecuali menurut undang-undang
(b) tidak boleh ditahan polis lebih daripada 24 jam kecuali selepas dibawa ke hadapan seorang majistret / pegawai daerah untuk mendapatkan perintah tahanan.
(c) Berhak diberitahu tentang kesalahannya ketika ditangkap oleh pihak berkuasa dan dibela oleh peguam dalam perbicaraan yang diadakan secepat mungkin
(d) Tiada sesiapa yang boleh ditahan sebagai abdi kecuali bagi perkhidmatan kerahan (kerja paksa) yang mengikut undang-undang
(e) Berhak mendapat perlindungan undang – undang dan seseorang yang telah dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa lagi atas kesalahan yang sama
(f) Berhak memohon habeas corpus apabila seseorang ditahan secara tidak sah
(g) Berhak menikmati kesamarataan, iaitu seseorang tidak boleh didiskriminasikan dari segi agama, keturunan dan budaya
(h) Seseorang warga negara bebas bergerak dan bermastautin di mana-mana bahagian Persekutuan
(i) Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan
(j) Kebebasan beragama
(k) Kebebasan pemilikan harta
No.Jenis undang-undang
Ringkasan1
Undang-undang Subversif- kerajaan berkuasa untuk menahan dan menghukum mereka yang mengancam
keselamatan negara
SEKATAN-SEKATAN TERHADAP KEBEBASAN ASASI
2Undang-undang Darurat
- kerajaan berkuasa untuk mengenakan perintah berkurung dan menembak serta membunuh seseorang yang mengingkari
undang-undang darurat tanpa perbicaraan 3
Aka Keselamatan Dalam Negeri (ISA)- seseorang boleh ditahan tidk melebihi 2 tahun
tanpa perbicaraan jika pada pandangan kerajaan, orang itu mengancam negara
4Akta Universiti dan Kolej Universiti
- para pelajar dilarang bergerak aktif dalam politik.
5
Akta Rahsia Rasmi- tidak boleh membocorkan rahsia kerajaan
6Akta Mesin Cetak
- badan-badan penerbitan dan media elektronik tiada kebebasan untujk mengungkitkan isu-isu
sensitif yan boleh mengancam keselamatan negara.
7
Akta Hasutan- rakyat dilarang menabur fitnah dan
mengungkitkan isu-isu sensitif, iaitu hak-hak istimewa orang Melayu, bahasa, kuasa raja dan
kewarganegaraan. 8
Hak Keistimewaan Sabah dan Sarawak- berkuasa untuk mengawal kemasukan rakyat dari
Semenanjung Malaysia ke Sabah dan Sarawak.