Nota_Tambahan_JKA_314

download Nota_Tambahan_JKA_314

of 10

Transcript of Nota_Tambahan_JKA_314

Nota Tambahan JKA 314- Bahagian Pertama

Perkataan agama dalam bahasa Inggeris (religion) berasal daripada perkataan Latin ( religare atau relegere) yang bermaksud kumpulan dan melakukan aktiviti yang memenatkan. Namun begitu, maksud perkataan ini sangat kabur dan tidak dapat digunakan secara objektif dalam mengkaji peranan agama dalam masyarakat. Maka, untuk kursus ini, kita akan menggunakan enam kriteria yang boleh meletakkan makna kepada agama . 1- Enam Kriteria Agama (Johnstone, 1975/2001) a- Agama ialah fenomena berkumpulan Agama ialah satu fenomena sosial yang dilakukan dan diamalkan secara berkumpulan. Agama-agama konvensional seperti Islam, Budha, Hindu dan Kristian; dan agama-agama zaman baru seperti Scientiologi perlu menjadi satu fenomena sosial barulah boleh dikenali sebagai satu agama. b- Agama berkaitan dengan perkara suci dan luar biasa Setiap agama mempunyai perkara-perkara yang dianggap sebagai suci dan mempunyai kaitan dengan kuasa luar biasa (supernatural). Durkheim melihat perkara ini sebagai satu perkara kesucian (sacred), Rudofl Otto memanggilnya sebagai holy atau wholly other. Orang Kristian misalnya melakukan tindakan cross bila berdoa, penganut Islam melakukan puasa dan haji, manakala orang Asli Amerika tidak menganggu tempat yang dianggap suci. Setiap perkara ini dilakukan kerana kepercayaan kepada kesucian kuasa luar biasa yang wujud. c- Agama melibatkan satu set ideologi/kepercayaan Untuk menjustifikasikan pengalaman luar biasa dan kesucian agama masing-masing, setiap agama mempunyai set kepercayaan/ideologi tersendiri. Setiap agama utama mempunyai kitab suci yang memberikan penerangan tentang ideologi dan kepercayaan masing-masing. Tambahan lagi, setiap agama besar juga mempunyai kaedah untuk meng-intepretasikan pendekatan pengasas agama masingmasing. Walaubagaimanapun, terdapat juga agama-agama yang diturunkan secara lisan tidak mempunyai bahan bertulis, melainkan kepercayaan yang diturunkan dari mulut bergenerasi lamanya.

d- Agama melibatkan ritual amalan Setiap agama juga mempunyai ritual amalan tersendiri. Ini ialah salah satu aspek yang ketara nampak dalam setiap agama kerana ia melibatkan persembahan ritual tersendiri mengikut kepercayaan masingmasing. Perlu di ingatkan bahawa setiap amalan harian cumalah amalan harian sehinggalah penganut mendefinisikan ia sebagai satu upacara keagamaan. Makan cuma makan, kecuali dimasukkan makna keagamaan sehingga menjadikan ia upacara puasa, dan sebagainya. e- Agama mempunyai set moral

Setiap agama juga mempunyai set moral yang jelas. Ada perkara yang digalakkan untuk dilakukan dan difikirkan. Ada juga sesetengah perkara yang tidak baik untuk dilakukan dan difikirkan. Agama meletakkan set moral ini untuk menggalakkan penganutnya bertindak selari dengan kepercayaan dan ideologi masing-masing setiap hari. 2- Magis dan Agama Terdapat tiga persamaan antara magis dan agama: 1- keduanya ialah perkara serius yang digunakan untuk menangani perkara asas yang selalu dihadapi oleh masyarakat. 2- keduanya diasaskan oleh kepercayaan kepada kewujudan dan kuasa menghasilkan yang tidak boleh dilihat dan hanya boleh dipercayai melalui keputusannya. 3- keduanya melibatkan aktiviti ritual melalui kaedah tradisional 4- keduanya dipercayai dalam budaya masyarakat massa dan mempunyai norma dan taboo yang boleh di ikuti dan di perhatikan. Bronislaw Malinowski melihat agama dan magis timbul kerana situasi yang menekan emosi dalam hidup seperti krisis hidup, kegagalan, kematian, cinta tidak kesampaian, kebencian dan dendam. Terdapat juga perbezaan antara agama dan magis, iaitu: 1- Agama tertumpu kepada isu-isu yang besar seperti makna hidup dan mati, manakala magis lebih tertumpu kepada mengatasi masalah tertentu seperti patukan ular, memanggil hujan, menumpaskan musuh sebagai contoh. 2- Agama lebih berorientasikan masa depan, sedangkan magis menyentuh perkara-perkara masa kini (atau masa depan terdekat) 3- Ritual dalam agama lebih berfungsi sebagai gerakan menyerah dan menghargai seperti korban dan sembahyang, sedangkan magis bersifat manipulatif dan merendahkan penganutnya (meminta pengeras sebagai contoh atau mendakwa seseorang sebagai musuh). 4- Agama biasanya bersifat kolektif, manakala magis lebih bersifat individu.

SOALAN PERBINCANGAN. 1- Ada pandangan bahawa ideologi dan budaya seperti budaya pop, komunisme, saintifiksm dan lain-lain boleh dianggap sebagai agama. Adakah anda bersetuju atau tidak dengan pandangan ini? Jika tidak, mengapa? Jika ya, mengapa?

PUSAT PENGAJIAN PENDIDIKAN JARAK JAUH UNIVERSITI SAINS MALAYSIA Academic Session 2010/11 JKA 314 Agama Dan Masyarakat Sidang Video 1Nota untuk Sidang Video Pertama (15/8/2010) En. Tramizi Hussin

Salam Semua, Attach ialah nota tambahan kepada modul yang diberikan. Terdapat juga soalan perbincangan yang akan dibincangkan semasa sidang video nanti. Sebarang masalah atau tidak faham berkenaan nota ini, bolehlah dikemukakan semasa sidang video. Terima Kasih Semua dan Selamat Membaca.

Agama Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan. Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:y y

y y

Perlakuan seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. Sikap seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama. Pernyataan seperti jambi,mantera dan kalimat suci. Benda-benda material yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk. (sila lihat dibawah) Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme.

Jenis-jenis Agama

Agama boleh dibahagi kepada beberapa jenis menurut kriteria tertentu. Orang ramai biasanya menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat. Penjenisan mudah ini adalah subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam masayrakat yang berbilang kaum dan agama. Dengan itu, agama haruslah dijeniskan berdasarkan kriteria yang zahir. Dari segi penyebaran Dari segi penyebarannya,sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:y

Agama Universal merupakan agama-agama yang "besar" dan mempunyai minat untuk menyebarkan ajaran

untuk keseluruhan umat Manusia. Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Contohnya: Agama Islam, Kristian dan Buddha.y

Agama Folk merupakan agama yang kecil dan tidak mempunyai sifat dakwah seperti agama universal. Amalannya hanya terhad kepada etnik tertentu. Contohnya: Agama Rakyat China/Taoismedan agama Sikh

Dari segi sumber rujukan Semua agama menganggap ajarannya kudus. Kekudusan itu berpunca daripada satu sumber yang kudus juga. Dari segi sumber, agama-agama di dunia boleh dibahagi kepada dua jenis:y

Agama Bersumberkan wahyu. Merujukkan agama yang menuntut dirinya sebagai agama yang diturunkan daripada Tuhan sendiri. Penurunan ini biasanya melalui seorang Rasul. Daripada itu, agama yang berkenaan menganggap ajarannya adalah kebenaran yang muktamad. Contohnya: agama Yahudi, Kristian, Islam. Agama Budaya. merujuk kepada agama yang tidak menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini mengabsahkan dirinya dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti pembuktian, tradisi, falsafah dan sebagainya. Contohnya: agama Buddha, Hindu.

y

Dari segi tanggapan ketuhanan Agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan. Secara amnya, agama menurut penjenisan ini dapat dibahagi kepada 2 jenis.y

Agama Monoteisme merupakan agama yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni mendukung konsep kewahidan Tuhan. Contohnya, agama Islam. Agama Politeisme merupakan agama yang menganggap bahawa Tuhan wujud secara berbilangan, yakni ada banyak Tuhan atau Tuhan boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya, agama Hindu, Agama Rakyat China.

y

Fungsi Agama Kepada Manusia Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk menjaga kebahagiaan hidup. Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang dihuraikan di bawah:y

Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia. Agama dikatankan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan), dan juga kedudukan manusia di dalam dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan sedikit penerangan daripada falsafah. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allah(s.w.t) dan setiap manusia harus menaati Allah(s.w.t). Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia. Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah berfungsi untuk menjawab soalan-soalan ini. Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia. Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama. Memainkan fungsi kawalan sosial. Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan agama memainkan fungsi kawalan sosial.

y

y

y

Senarai agamay

Islam Sunni Shi'a Kristian o Katolik o Ortodoks o Protestan Anglikanisme Methodisme Presbyterianisme Luteranisme Baptis Masehi Adven Hari Ketujuh Kalvinisme Yahudi Buddha o Buddha Theravada o Buddha Mahayana Hindu Ayyavali Agama Bah' Sikhismeo o

y

y y

y y y y

Lihat jugay y y y

Animisme Atheis Makhluk halus Kepercayaan

Budaya popBudaya pop merupakan budaya vernakular yang diamalkan oleh masyarakat moden. Kebanyakannya isi budaya pop ditentukan oleh industri-industri yang menyebarkan bahan-bahan kebudayaan, umpamanya filem, televisyen dan industri-industri penerbitan, termasuk media berita. Walau bagaimanapun, budaya pop tidak boleh hanya dianggap sebagai produk aggregat industri-industri sahaja; sebaliknya, ia merupakan hasil daripada interaksi yang berlangsung antara industri-industri tersebut dan orang-orang di dalam masyarakat yang menggunakan produk-produk itu. Walaupun pengkritik-pengkritik kekadang mengatakan bahawa budaya pop adalah terlalu cetek kerana ia merupakan fesyen dan rekaan sementara; gembar-gembur yang berkaitan dengan perkara-perkara budaya pop sering merupakan pendahuluan yang kemudiannya menjadi sebahagian daripada budaya harian masyarakat ataupun subbudaya, umpamanya televisyen dan internet.

KomunismeKomunisme adalah ideologi politik dan struktur sosio ekonomi yang menggalakkan penubuhan masyarakat yang egalitarian, tanpa kelas, dan tanpa negara berdasarkan pemilikan dan kawalan sama ke atas faktor pengeluaran dan harta secara umumnya. Karl Marx menganjurkan komunisme sebagai peringkat akhir dalam masyarakat manusia, yang boleh dicapai melalui revolusi golongan proletariat. "Komunisme tulen" menurut Marx merujuk kepada masyarakat tanpa kelas, tanpa negara dan bebas penindasan di mana keputusan tentang pengeluaran dan dasar yang dibuat secara demokratik bermakna membenarkan setiap ahli masyarakat mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan dari segi ekonomi, politik dan sosial. Sebagai ideologi politik, komunisme dianggap sebagai satu cabang sosialisme; satu falsafah luas berkenaan ekonomi dan politik yang dipengaruhi oleh pelbagai gerakan politik dan intelektual dengan asalnya dari hasil kerja mereka pada Revolusi Perindustrian dan Revolusi Perancis. Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalisme. Marx menyatakan hanya satu jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah ini adalah bagi golongan pekerja (proletariat), yang menurut Marx adalah pengeluar utama kekayaan dalam masyarakat yang dieksploitasi oleh kelas kapitalis (borjuis), menolak golongan borjuis ini daripada kelas pemerintah bagi menubuhkan masyarakat bebas tanpa pembahagian kelas dan kaum. Selain Karl Marx, tokoh penting lain adalah Friedrich Engels. Fahaman dominan komunisme seperti Leninisme, Stalinisme, Maoisme dan Trotskyisme adalah berakar dari Marxisme. Akan tetapi wujud juga fahaman bukan Marxisme dalam komunisme seperti komunisme Kristian. Dalam gunaan zaman moden, komunisme selalu merujuk kepada Bolshevisme atau MarxismeLeninisme.

Era kegemilangan komunisme ialah antara akhir Perang Dunia II dan tahun 90-an apabila komunisme berkuasa di Kesatuan Soviet. Komunisme juga mempunyai pandangan bahawa "agama adalah racun yang boleh mengongkong pemikiran rakyat".

Ideologi komunismeMenurut Manifesto Komunis,Komunisme terdiri daripada sepuluh tiang utama[1]:y y y y y y y y y y

Penghapusan Hakmilik Persendirian. Cukai Pendapatan Progresif yang Berat. Penghapusan Hak Harta Pusaka. Perampasan Hak Pemilikan Harta. Kewujudan Bank Pusat. Sistem Komunikasi dan Pengangkutan Milik Penuh Kerajaan. Kilang dan Kawasan Pertanian dimiliki Kerajaan. Golongan Pekerja Dikawal Kerajaan. Perancangan Serantau dan Perladangan yang Dikorporatkan. Pendidikan di bawah Kawalan Kerajaan.

Negara komunisIdeologi komunisme mula diterapkan ketika meletusnya Revolusi Bolshevik di Rusia pada 7 November 1917. Sejak itu komunisme disebarkan sebagai sebuah ideologi ke negara lain. Komunisme tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Ini menyebabkan ramai penduduk beragama tidak menyokong komunis. Kerajaan komunis juga sering menindas mereka yang berpegang kepada agama. Secara rasminya ada 9 buah negara yang pernah ditubuhkan berpegang dengan fahaman komunis:1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. Kesatuan Soviet (Kesatuan Republik Sosialis Soviet) China (Republik Rakyat China) Cuba (Republik Cuba) Laos (Republik Demokratik Rakyat Lao) Vietnam (Republik Sosialis Vietnam) Korea Utara (Republik Demokratik Rakyat Korea) Yaman Selatan (Republik Demokratik Rakyat Yaman ) Myanmar/Burma (Republik Sosialis Kesatuan Burma) Kemboja/Kampuchea (Demokratik Kampuchea)

Walau bagaimanapun hanya 5 buah negara yang kekal memerintah di bawah komunis iaitu:1. 2. 3. 4. 5. China Laos Vietnam Cuba Korea Utara

Sungguhpun begitu, fahaman komunis yang diperjuangkan dahulu sudah mula luntur dimamah usia selepas pencetusannya. Hal ini dapat dilihat di Negara China sendiri, polisi pemerintah China terhadap pelabur (kapitalis) yang dianggap musuh rakyat telah berubah semenjak 90-an lagi. Hal ini dapat dilihat dengan kebanjiran kilang-kilang di dalam negara China sendiri. Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunisme sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat Parti Komunis di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah. Lihat jugay y y y y y

Parti Komunis Malaya Marxisme Era Runtuhnya Komunisme Maoisme Tukul dan sabit

Kaedah saintifik Kaedah saintifik atau kaedah sains merupakan kaedah-kaedah yang digunakan untuk menyiasat sesuatu fenomenon, menceburi ilmu baru, atau membetulkan dan menyepadukan ilmu terdahulu. Kaeadah ini berasaskan bukti yang boleh cerap, empirik dan boleh diukur berdasarkan prinsip penakulan. Kaedah saintifik meliputi mengumpulan data melalui pencerapan dan pengujikajian, serta perumusan dan pengujian hipotesis. Walaupun prosedur-prosedurnya berbeza untuk pelbagai bidang penyiasatan, terdapat beberapa ciri nyata yang membezakan kaedah saintifik daripada kaedah ilmu lain. Penyelidik sains mencadangkan hipotesis sebagai penjelasan fenomenon, lalu mereka kajian uji kaji untuk menguji hipotesis itu. Langkah-langkah dalam uji kaji mestilah boleh diulangi supaya dapat mentaksir kebolehpercayaan hasil ujian pada masa depan. Teori yang merangkumi bidang yang lebih luas boleh menggabungkan beberapa hipotesis dalam satu struktur koheren. Ini membantu dalam mengatur hipotesis baru, atau meletakkan hipotesis dalam konteks. Ciri-ciri persamaan lain termasuklah pengakuan bahawa proses itu mestilah objektif bagi mengurangkan pentafsiran cenderung. Penguji juga perlu mendokumenkan, mengarkibkan dan berkongsi segala data dan kaedah supaya ia boleh mekaji oleh ahli sains lain, supaya membolehkan penyelidik lain mengesahkan hasil uji kaji dengan melakukan uji kaji semula. Kaedah ini, dipanggil pendedahan penuh, membolehkan kebolehpercayaan data ini diukur secara statistik. Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Kaedah_saintifik"