Note 1

45
UNIVERSITI KUALA LUMPUR BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE ISLAM, SAINS DAN TEKNOLOGI BGB32201 NOTE 1 KETEGORI ILMU & PENGETAHUAN MENURUT ISLAM (FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH) 1

Transcript of Note 1

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

BRITISH MALAYSIAN INSTITUTE

ISLAM, SAINS DAN TEKNOLOGI

BGB32201

NOTE 1

KETEGORI ILMU & PENGETAHUAN MENURUT ISLAM

(FARDHU AIN DAN FARDHU KIFAYAH)

USTAZ KAMALULHYSHAM BIN MOHD SUHUT

1

PENGENALAN

Pepatah mengatakan: “Sesiapa yang teguh, ia akan berjaya. Sesiapa yang

bersungguh-sungguh, ia akan mendapat. Sesiapa yang menanam, kelak ia

akan menuai. Sesiapa yang bersabar, ia akan beruntung, dan sesiapa yang

kuat kemahuannya, ia akan mulia.” Menuntut ilmu merupakan suatu kewajipan

kepada setiap manusia. Fitrah manusia dijadikan Allah sebagai seorang yang

mencinta ilmu pengetahuan.

Kelahiran manusia ke dunia, berbekalkan naluri ingin mengetahui dan

menambah maklumat. Fitrah ini telah mendorong manusia untuk melangkah

dan menuju ke alam pengajian, bagi mendapat pengetahuan yang lebih

lengkap dan meluas. Ilmu adalah asas kehidupan. Ilmu adalah antara perkara

keperluan utama manusia. Ia menjadi sebagai petunjuk, pembantu, bekalan

dan senjata untuk melayari kehidupan di dunia. Lebih dari itu, ilmu menjadi

tonggak kehidupan yang harmoni. Juga sebagai satu aset penting bagi

manusia. Ilmu juga merupakan suatu keperluan yang penting dalam hidup. Ilmu

yang baik dan disertai dengan amalan yang istiqamah akan mencapai kepada

matlamat sebenar dalam kehidupan iaitu keberkatan.

Bahkan semata-mata dengan memiliki ilmu pengetahuan, darjat atau

kedudukan berbeza-beza. Seseorang itu dimuliakan kerana ilmu yang

dimilikinya. Tanpa ilmu, kekayaan tidak memberi erti kepada manusia. Oleh hal

yang demikian Nabi Muhammad s.‘a.w bersabda (bermaksud): “Bukankah

dunia ini dilaknat. Perkara di dalamnya dilaknat melainkan zikrullah dan perkara

yang seiring dengannya. Juga orang berilmu atau orang yang belajar.” (Riwayat

Al-Tirmizi daripada Abu Hurairah).

2

DEFINISI ILMU

Dari segi Bahasa

Berasal dari Bahasa Arab yang bererti mengetahui atau perbuatan yang

bertujuan untuk mengetahui sesuatu perkara dengan sebenar.

Dalam Bahasa Inggeris ilmu selalunya disebut sebagai ‘sciences’.

Ilmu dan pengetahuan (knowledge) sebenarnya mempunyai makna yang sama

walaupun dari segi penggunaannya kadang-kadang berbeza.

Dari segi istilah

Ilmu ialah fahaman subjek mengenai objek yang dihadapi.

Ilmu merupakan himpunan pengetahuan manusia yang dikumpulkan

melalui proses pengajian dan dapat diterima oleh rasio.

Ilmu adalah usaha pemahaman manusia yang disusun dalam satu

sistem mengenai kenyataan, struktur, bahagian-bahagian dan hukuman

tentang hal ehwal yang diselidik (alam dan manusia) sejauh yang dapat

dijangkau oleh pemikiran yang dibantu oleh pancaindera manusia yang

kebenarannya diuji secara empiris dan experimental.

3

KEDUDUKAN ILMU DAN KEPENTINGANNYA

Islam meletakkan ilmu dan orang yang berilmu di tempat yang tinggi. Firman

Allah bermaksud :

“Allah mengangkat beberapa darjat orang-orang yang beriman dan

orang yang diberikan ilmu di kalangan kamu.” (Surah Al – Mujadalah :11)

Ilmu merupakan perintah yang utama dan pertama yang diturunkan Allah

kepada manusia muslim. Firman Allah bermaksud:

“Bacalah dengan nama Tuhan mu yang menjadikan. Yang menjadikan

manusia dari segumpal darah. Bacalah dan Tuhan mu Yang Maha

Pemurah. Yang mengajarkan manusia dengan perantaraan qalam. Yang

mengajarkan manusia apa yang mereka tidak ketahui.”

(Surah Al-Alaq :1-5)

Ayat tersebut mengandungi dua persoalan utama iaitu :

i. Perintah supaya manusia membaca dan mencari ilmu pengetahuan.

ii. Memerintah manusia supaya berfikir dan mengkaji tentang kejadian alam

dan manusia.

Islam melarang umatnya melakukan sesuatu perkara tanpa ilmu yang

membolehkan mereka untuk membezakan sesuatu perbuatan itu baik atau

buruk. Firman Allah bermaksud : “Jangan kamu mengikut sesuatu perkara yang

kamu tidak mempunyai pengetahuan mengenai (baik-buruk)nya.”

Agama dalam Islam adalah ilmu, kerana Islam tidak hanya bersandarkan

kepada perasaan atau ikutan (taqlid buta) semata-mata, malah didasarkan

kepada pengkajian, renungan dan ilmu pengetahuan. Islam mewajibkan

umatnya menuntut ilmu. Sabda Rasulullah bermaksud ; “Menuntut ilmu adalah

4

fardu ke atas setiap individu muslim” Ilmu menjadi alat dan syarat perlaksanaan

dan penerimaan ibadat.

PEMBAHAGIAN ILMU

Dapat dilihat dari beberapa sudut :

I. Dari segi hukum mempelajari.

II. Dari segi sumber

III. Dari segi cara memperolehi

IV. Dari segi hubungannya dengan syariat

I. Dari segi hukum mempelajari, Ia terbahagi kepada dua :

a. Ilmu Fardhu Ain

b. Ilmu fardhu kifayah

a. Ilmu Fardhu Ain

Ilmu fardhu ain ialah ilmu-ilmu tentang kebenaran objektif untuk pedoman

manusia.Ia merupakan objektif untuk pedoman manusia.Ia merupakan ilmu

abadi yang menjadi inti dasar kepada ajaran Islam. Contohnya adalah ilmu-

ilmu mengenai akidah, syariat dan akhlak lain-lain yang berkaitan dengan

selok belok agama Islam.

Sumber utama ilmu fardhu ain adalah Al-Quran dan Al-Sunnah. Manakala

sumber yang kedua adalah Ijmak Ulama dan Qias. Kewajipan mempelajari

ilmu fardhu ain adalah wajib ke atas setiap individu muslim yang mukallaf

memahami dan mengamalkannya. Ia juga mesti dipelajari dari peringkat

kanak-kanak hinggalah dewasa mengikut tahap yang sesuai. Ilmu fardhu ain

adalah sebagai panduan hidup setiap umat Islam supaya tidak melebihi

garisan dan batas-batasan syariat.

5

Ilmu-ilmu fardhu ain terbahagi kepada beberapa bahagian yang utama iaitu

Tauhid, Fekah dan Tasauf.Daripada bahagian-bahagian ini ianya terbahagi

pula kepada beberapa tajuk kecil yang merupakan ilmu yang wajib dituntut

oleh setiap individu muslim meliputi soal-soal :

Aqidah tauhid

Ibadat-ibadat fardu

Ilmu untuk membaca Al-Quran

Akhlak

Dan lain-lain perkara yang menjadi kewajipan kepada individu

tersebut waktu itu.

1. TAUHID

Ilmu tauhid ialah satu ilmu ketuhanan untuk mengenal Allah S.W.T

dengan sifat-sifat-Nya yang wajib, mustahil dan harus.Selain itu ilmu

tauhid juga merupakan satu ilmu yang membahaskan segala rukun-

rukun iman yang menjadi keyakinan seluruh umat Islam.

Kepentingan mendalami ilmu Tauhid

Ilmu tauhid perlu dipelajari sedalam-dalamnya bertujuan antaranya:

a. Membetulkan kepercayaan dan keyakinan terhadap zat Penciptanya.

b. Menjauhkan sebarang keyakinan selain dari Allah SWT.

c. Menjauhkan sebarang penyembahan selain dari Allah S.W.T

d. Memberi panduan bagaimana untuk mengabdikan diri kepada Allah

dengan sebenar-benarnya.

Perbezaan Iman, Islam, Murtad, kafir, munafik dan syirik :

IMAN

6

Iman ertinya percaya dengan penuh keyakinantentang adanya Tuhan

yang menciptakan Alam dan membenarkan Nabi Muhammad SAW

sebagai Nabi yang diutuskan oleh Allah serta juga mempercayai

kesemua Rukun-rukun Iman yang enam.

Rukun Iman ada 6 perkara;

1. Percaya kepada Allah.

2. Percaya kepada malaikat-malaikat-Nya.

3. Percaya kepada kitab-kitab-Nya.

4. Percaya kepada Rasul-rasul-Nya.

5. Percaya kepada hari akhirat.

6. Percaya kepada qada’ dan qadar.

ISLAM

Islam ertinya tunduk dan patuh menurut apa yang dibawa oleh nabi

Muhammad SAW dengan menunaikan kewajipan, iaitu melaksanakn

dengan perbuatan lahir.

MURTAD

Murtad adalah keluar dari agamanya, tidak setia pada agama atau

kembali menjadi kafir setelah Islam.

KAFIR

Kafir ialah orang yang mengingkari kebenaran Islam serta jahil tentang

ketuhanan Allah dan keesaannya dan jahil mengenai kerasulan Nabi

Muhammad SAW. Seseorang yang kafir boleh menghilangkan

kekafirannya dengan mengucapkan dua khalimah Syahadat serta

mengetahui syarat-syarat sahnya.

MUNAFIK

Munafik ialah seorang yang menzahirkan dirinya beragama Islam tetapi

sebenarnya tidak beriman atau dengan kata lain mereka ini berpura-

pura.

7

SYIRIK

Syirik ialah menyamakan Allah dengan sekutu dengan yang lain seperti

menyembah batu, kayu, matahari dan seumpamanya.

2. FEKAH

Ilmu Fekah dari segi bahasa Feqah bererti faham. Manakala disegi

Istilah pula ialah mengenal hukum-hakam syarak berhubung dengan

amalan dan perbuatan Mukallaf yang diambil dari sumber-sumber Al-

Quran dan Al-Hadith secara terperinci (tafsiliah) serta sumber dari Ijmak

Ulama dan Ijtihad.

Penggunaan Istilah Fiqhiah:

Wajib atau fardhu

Perintah agama yang mesti dikerjakan.jika dilaksanakan mendapat

pahala dan berdosa jika ditinggalkan.

Wajib terbahagi kepada dua bahagian:

a) Wajib ain atau Fardhu ain.Wajib dikerjakan oleh setiap mukallaf.

b) Wajib Kifayah atau Fardhu Kifayah.Sesuatu yang apabila dikerjakan

oleh sebahagian orang di dalam daerah, maka terlepaslah tuntutan

keatas orang lain. Dan sekiranya tidak ada seorang pun yang

mengerjakannya, maka berdosalah semuanya.

Sunat, Mandub, Mustahab atau tathawwu’

Mendapat pahala bila dikerjakan dan tidak berdosa bila ditinggalkan.

8

Haram

Dilarang keras untuk dikerjakan dan mendapat dosa jika meninggalkan.

Makruh

Dilarang tidak keras untuk dikerjakan dan tidak berdosa.Jika tidak

mengerjakan kerana Allah akan mendapat pahala. Mubah atau Jaaiz

Sesuatu yang boleh dikerjakan atau ditinggalkan.mendapat ganjaran

sekiranya dilaksanakan kerana Allahataupun dijadikansatu amalanyang baik

(ibadah) serta berfaedah untuk org lain.

Sah

Sesuatu ibadah atau muamalah yang di lakukan dengan cukup rukun dan

syaratnya sehingga di terima tuhan atau terlaksana dalam muamalah.

Batal atau Baatil

Sesuatu ibadah atau muamalah yang dilakukan dengan tidak cukup rukun

dan syaratnya sehingga tidak diterima Tuhan atau tidak termasuk dalam

muamalah.

Ijmak

Kata-kata sepakat di kalangan Imam-Imam Mujtahid yang hidup sezaman.

Qiyas

Perbandingan hukum tentang sesuatu yang terjadi di zaman Nabi dengan

apa yang berlaku sekarang.

Ijtihad

Pengolahan dengan ber4sungguh-sungguh serta peralatan yang cukup

untuk sesuatu hukum Agama yang dari sumber Al-Quran, Al-hadith, Qiyas

dan Ijmak.

9

Mujtahid

Ulama-ulama Ahli Fiqh yang menurunkan pengetahuannya dengan

mengeluarkan hukum-hukum Agama bersumberkan Al Quran, Al hadith,

Qiyas dan Ijmak.

Syarat

Sesuatu hal yang terletak di luar Ibadah (Muamalah) tetapi wajib dipenuhi.

Rukun

Sesuatu hal yang wajib dipenuhi dan terletak dalam ibadah Muamalah.

3. TASAUF

Tasauf dari segi bahasa ialah bersih atau suci. Tujuan mempelajari Ilmu Tasauf

Ilmu tasauf ialah satu ilmu yang dipelajari bertujuan antaranya;

1. Untuk membersihkan dan menyucukan hati dari segala sifat-sifat yang keji

(mazmumah) dan mengisikan dengan sifat-sifat yang baik (mahmudah) dengan

tujuan beribadah semata-mata kerana Allah Taala.

2. Memiliki iman yang kuat dan kental di dalam hati.

3. Mengerjakan amalan kebajikan sebanyak-banyaknya.

Firman Allah didalam Al Quran yang memperingatkan tentang kesejahteraan

hati: (Asy Syuara: 88-89)

Ertinya:

Pada hari itu, tiada berguna lagi harta dan anak-anak. Kecuali mereka yang

pergi mengadap Allah dengan hati yang sejahtera.

10

Sumber Ilmu Tasauf

Ilmu Tasauf adalah bersumberkan dari Al Quran dan Hadith Nabi SAW.

Hukum

Umat Islam (termasuk ilmu Fardhu Ain selain dari tauhid dan feqah)

mengetahui sifat baik dan buruk yang ada pada diri manusia. Sifat-sifat yang

baik disebut Mahmudah, dan sifat-sifat yang buruk disebut sifat Mazmumah.

Didalam maka ini lah di senarai antara sifat-sifat tersebut yang penting

diketahui oleh semua umat Islam.

b.Ilmu fardu kifayah

Ilmu menurut Kamus Dewan bermaksud pengetahuan, kepandaian ( dalam

perkara dunia, akhirat, zahir batin dan kajian berkenaan sesuatu perkara.

Fardu pula bermaksud kewajipan yang dituntut (ditentukan) oleh agama.

Kifayah bermaksud fardu. Oleh itu ilmu fardu kifayah bermaksud ilmu

pengetahuan yang wajib dituntut dalam Islam. Ilmu fardu kifayah ialah semua

disiplin ilmu yang diperlukan untuk menyempurnakan keperluan hidup manusia

sama ada yang berbentuk keagamaan atau keduniaan. Contohnya ialah semua

ilmu yang berkembang dari semasa ke semasa sesuai dengan keperluan

manusia kepadanya. Misalnya ialah dalam bidang perubatan, sains dan

teknologi, astronomi, kejuruteraan ,botani, pentadbiran dan lain-lain.

Di antara kewajipan mempelajar ilmu fardu kifayah ini ialah wajib ke atas

anggota masyarakat secara kolektif. Selain itu,penglibatan sebahagian dari

anggota masyarakat dalam sesuatu bidang ilmu fardu kifayah adalah mewakili

keseluruhan anggota yang lain dalam aspek tersebut. Sekiranya semua

anggota masyarakat melepaskan dan mengabaikan tanggungjawab ini

kesemuanya dianggap menanggung dosa.

Ilmu-ilmu fardu kifayah merupakan ilmu yang lebih bersandarkan akal. Oleh

itu,ia di tempat kedua dari segi hirarkinya. Ilmu ini sebagai penyempurna dan

pelengkap kepada umat Islam dalam menangani persoalan-persoalan

11

kepentingan masyarakat semasa. Ia dapat difahami dengan mudah oleh setiap

akal yang sempurna. Oleh sebab itulah Rasulullah SAW apabila ditanya oleh

seorang sahabat tentang mencantumkan baka pokok tamar untuk

menghasilkan buah yang bermutu, maka

Rasulullah SAW menjawab, “Kamu lebih mengetahui tentang urusan keduniaan

kamu”.

Ilmu Kifayah juga ilmu yang mana sebahagian dari UmatIslam wajib

menguasainya dan tidak menjadi kewajipan kepada setiap orang

Ianya meliputi :

i. Mempelajari ilmu yang berkaitan akidah ketuhanan secara

mendalam.

ii. Ilmu yang berhubung dengan akidah syariat secara detail.

iii. Ilmu-ilmu yang berkaitan dengan dunia umat Islam seperti

astronomi, matematik, fizik, kedoktoran dan lain-lain.

Ilmu fardu kifayah ini secara ringkas dapat dibahagikan kepada tiga

bahagian besar :

I. Ilmu indera (knowledge ) iaitu ilmu yang dapat diperolehi melalui

pengamatan, penelitian dan pengalaman seperti ilmu sejarah, ilmu

ekonomi , ilmu politik dan lain-lain lagi yang tersimpul di dalam kategori

ilmu sains kemasyarakatan dan kemanusiaan.

II. Ilmu sains (science) iaitu ilmu yang diperolehi melalui penelitian,

penghimpunan fakta, penganalisaan fakta, pengujian di makmal,

perumusan daripada keputusan yang dihasilkan da percubaan

(eksperimen ). Ia mempunyai ruang lingkup yang luas seperti biologi,

kimia, matematik, perubatan, kejuruteraan dan lain-lain lagi.

III. Ilmu falsafah iaitu yang berasaskan kepada panduan ilmu dan

pengalaman yang berusaha menangkap kebenaran yang berada di luar

12

pengalaman. Keputusan itu pula belum muktamad tentang kebenaran

atau kesalahannya dan tidak pula dapat diuji.

IV. Dari segi sumber, terbahagi kepada dua:

a. Ilmu aqli

b. Ilmu naqli

a. Ilmu aqli

Iaitu yang bersumberkan kepada akal semata-mata.

b. Ilmu naqli

Ilmu yang diambil atau bersumber dari wahyu Allah (al-Quran) dan

Sunnah Rasul- Nya.

V. Dari segi hubungannya dengan syariat :

a. Ilmu syariat

b. Ilmu bukan syariat

a. Ilmu syariat

iaitu segala yang berkaitan dengan al-Quran dan al-Sunnah yang secara

langsung menyentuh persoalan hubungan dengan Allah dan hubungan

dengan sesama manusia.

b. Ilmu bukan syariat

iaitu ilmu yang berkaitan dengan kehidupan dunia dan kemajuannya.

Dari segi cara memperolehi, terbahagi kepada :

13

a. Ilmu kasbi : Iaitu yang diperolehi melalui jalan pengkajian dan

pembelajaran seperti ilmu matematik, kedoktoran, kejuruteraan dan lain-

lain.

b. Ilmu laduni (wahbi) : Iaitu ilmu pemberian langsung dari Allah melalui

ilham dan wahyu

Sumber ilmu dalam Islam

Seperti yang kita maklum setiap ilmu dimuka bumi ini mempunyai bahan

rujukannya yang tersendiri begitu juga dengan ilmu dalam islam ia mempunyai

bahan rujukannya sendiri. Antara bahan atau sumber ilmu bagi islam ialah :

I. Al-Quran

II. Sunnah

III. Akal dan pancaindera

IV. Fenomena tabii

V. Ilham \ mimpi

Wahyu yang mana kebenarannya adalah bersifat mutlak.

Akal iaitu yang meliputi apa yang dinamakan sebagai instict atau

gharizah atau naluri intelligence iaitu kepintaran atau kemampuan untuk

memahami.

Pancaindera seperti penglihatan, pendengaran, rasaan dan lain-lain.

Ilham iaitu melalui renungan hayalan dan seumpamanya.

KLASIFIKASI ILMU PENGETAHUAN MENURUT IMAM AL-GHAZALI

14

Topik ini mula diberi perhatian oleh Imam al-Ghazali setelah beliau mendapati

sebahagian daripada ilmuan Islam dari pelbagai bidang disiplin ilmu seperti ilmu

kalam [tawhid], fiqh, tasawuf, tafsir dan hadith bercanggah pendapat tentang

bidang-bidang ilmu yang wajib dikuasai oleh setiap individu Islam.

Berdasarkan sabda Nabi Muhammad (s.a.w) yang bermaksud “Menuntut ilmu

adalah fardhu yang diwajibkan ke atas setiap individu Islam”. Imam al-Ghazali

menimbulkan persoalan tentang ilmu; adakah menuntut ilmu itu fardhu ‘ain

ataupun fardhu kifayah atas individu Islam. Berpandukan persoalan tersebut

Imam al-Ghazali telah mengkalsifikasikan ilmu kepada dua bahagian utama

iaitu :

1. Ilmu Mu‘amalah.

Ilmu mu‘amalah dimaksudkan sebagai suatu ilmu yang diperolehi manusia

samada melalui utusan Allah, akal [pembelajaran], pengalaman dan

pendengaran. Pada asasnya ilmu tersebut [mu‘amalah] tiada sebarang

perbezaan melainkan menerusi nama-nama khas yang dberikan kepadanya

seperti ilmu fardhu ‘ain dan ilmu fardhu kifayah oleh para ilmuan Islam.

Ilmu mu‘amalah menurut beliau terbahagi kepada dua bahagian iaitu :

I. Ilmu fardhu ‘ain.

Ilmu fardhu ‘ain secara ringkas dimaksudkan sebagai ilmu tentang asas-

asas agama Islam seperti mengucap syahadah, menunaikan

sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dan menunaikan fardhu

haji bagi yang berkemampuan. Ia merupakan suatu ilmu yang wajib

dituntut oleh setiap individu Islam kerana menerusi ilmu pengetahuan

tersebut individu Islam dapat melaksanakan segala tuntutan yang

ditaklifkan samada berbentuk iktikad [kepercayaan], melaksanakan

perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu fardhu ‘ain hanya diperolehi

menerusi utusan Allah iaitu para rasulNya.

II. Ilmu fardhu kifayah.

15

Ilmu fardhu kifayah menurut ajaran Islam merupakan suatu ilmu yang

perlu dikuasai oleh sebahagian manusia yang mendiami sesebuah

kawasan, daerah atau negeri. Hukum mempelajari ilmu fardhu kifayah

berubah menjadi fardhu ‘ain apabila tiada seseorang pun di sesebuah

kawasan, daerah atau negeri mengetahui tentang sesuatu ilmu seperti

ilmu perubatan, pertanian, pembinaan, pengiraan dan sebagainya. Ilmu

fardhu kifayah juga dimaksudkan sebagai ilmu yang berhubung kait

dengan kehidupan sosial. Ilmu tersebut terbahagi kepada tiga bahagian

iaitu :

a. Terpuji

Ilmu terpuji adalah ilmu yang bermanfaat kepada kehidupan manusia di

dunia dan di akhirat. Menurut Imam al-Ghazali ilmu terpuji merangkumi

dua kategori iaitu :

i. Ilmu syariah.

Ilmu syariah hanya dapat diperolehi menerusi utusan Allah atau

dalam kata lain ilmu yang tak tercapai oleh akal, pengalaman dan

pendengaran untuk mengetahuinya seperti ilmu tentang hari kiamat.

ii. Ilmu umum.

Ilmu umum pula mampu diperolehi manusia menerusi akal

(pembelajaran), pengalaman dan pendengaran seperti ilmu bahasa

dan ilmu perubatan.

b. Harus.

Ilmu yang harus dipelajari oleh manusia adalah seperti ilmu-ilmu

kesusasteraan, sejarah dan sebagainya.

c. Tercela.

Ilmu tercela merupakan ilmu yang dilarang kepada manusia untuk

mempelajarinya seperti ilmu sihir dan sebagainya.

2. Ilmu Mukasyafah.

16

Ilmu mukasyafah merupakan suatu ilmu yang hanya diperolehi oleh

manusia menerusi ilham yang diberikan oleh Allah kepadanya setelah

melalui peringkat-peringkat tertentu dalam amalannya. Ilmu ini lebih dikenali

di kalangan ahli-ahli tasawuf sebagai ilmu ladunni.

Pembahagian ilmu-ilmu tersebut adalah berdasarkan kepada pemerhatian

Imam al-Ghazali tentang :

I. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada manusia dari segi

penggunaanya seperti ilmu bahasa.

II. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan

beragama manusia.

III. Sejauhmanakah ilmu-ilmu tersebut bermanfaat kepada kehidupan

manusia di dunia seperti ilmu perubatan dan pengiraan.

IV. Sejauhmanakah kesan ilmu-ilmu tersebut dalam memberi ilmu

pengetahuan dan keseronokan kepada manusia seperti ilmu

kesusasteraan dan ilmu sejarah.

Menurut Imam al-Ghazali dasarnya sesuatu ilmu tidak tercela sehinggalah ilmu

tersebut :

I. Mendatangkan kemudaratan ke atas diri orang yang mempelajarinya

serta orang lain.

II. Mendatangkan lebih banyak kemudaratan kepada penuntutnya

III. Tidak memberikan sebarang faedah kepada penuntutnya mahupun

orang lain.

Berdasarkan kepada klasifikasi ilmu yang diberikan oleh Imam al-Ghazali ilmu

fardhu ‘ain merupakan ilmu yang wajib dipelajari oleh setiap individu Islam.

Manakala lain-lain ilmu adalah berdasarkan kepada sejauhmanakah ilmu-ilmu

tersebut bermanfaat kepada kehidupan individu ataupun masyarakat di dunia

dan di akhirat.

KESIMPULAN

17

Ilmu fardhu ain dan ilmu fardhu kifayah. Ilmufardhu ain adalah ilmu teras

agama yang mengandungi kebenaran mutlak, disampaikan melalui

perantaraan wahyu,

Mengisi keperluan rohani manusia, mengandungi panduan-panduan yang

bersifat abadi dan diwajibkan ke atas setiap orang untuk mengetahui

dan mempelajarinya. Manakala ilmu fardhu kifayah pula memenuhi

keperluan intelek dan emosi serta berkaitan dengan kehidupan dan

kemakmuran dunia. Setiap bahagian tersebut mempunyai fungsi-

fungsinya yang tersendiri dan perlu diletakkan pada tempatnya yang betul.

Dewasa ini, telah mengangkat kembali martabat ilmu fardhu ain dengan

mengembalikan fungsinya sebagai teras dalam sistem pendidikan umat

khususnya di peringkat pengajian tinggi. Justeru, kesepaduan ilmu

menurut perspektif Islam bukan sekadar memasukkan semua jenis

ilmu.

Dalam konteks epistemologi ilmu dalam Islam, perkembangan ilmu

fardhu kifayah perlu berpaksikan kepada ilmu fardhu ain . Walau

bagaimanapun, ilmu fardhu kifayah yang berkembang pesat masa kini

(merujuk khusus kepada ilmu sains moden Barat) terpisah dari paradigma

tauhid. Ini menjadikan proses kesepaduan ilmu fardhu ain dengan ilmu

fardhu kifayah tidak lagi dapat dilakukan dengan mudah

Jika ia tidak dilakukan dengan sempurna, proses tersebut hanya akan

mengulangi kesilapan yang sama iaitu mengekalkan kesinambungan

keterpisahan ilmu naqli dan aqli.

18

KEDUDUKAN SAINS DAN TEKNOLOGI

MERUJUK KEPADA KETEGORI ILMU DAN

ISLAM

PENDAHULUAN

Ilmu pengetahuan dan teknologi merupakan dua elemen yg tidak dapat

dipisahkan satu sama lain. Ilmu adalah sumber teknologi yg mampu

memberikan kemungkinan munculnya berbagai penemuan rekaan dan idea-

idea. Adapun teknoogi adalah terapan atau aplikasi dari ilmu yg dapat

ditunjukkan dalam hasil nyata yg lbh canggih dan dapat mendorong manusia

utk berkembang lbh maju lagi.

Sebagai umat Islam kita harus menyedari bahawa dasar-dasar falsafah utk

mengembangkan ilmu dan teknologi itu dapat dikaji dan digali dalam Alquran

sebab kitab suci ini banyak mengupas keterangan-keterangan mengenai ilmu

pengetahuan dan teknologi. Sebagai contoh adl firman Allah SWT dalam surat

Al-Anbiya ayat 80 yg artinya:

“Telah kami ajarkan kepada Daud membuat baju besi utk kamu guna

memelihara diri dalam peperanganmu.”

Dari keterangan itu jelas sekali bahwa manusia dituntut utk berbuat sesuatu

dgn sarana teknologi. Sehingga tidak menghairankan jika abad ke-7 M telah

banyak lahir pemikir Islam yg sungguh produktif dan inovatif dalam

pengembangan ilmu pengetahuan dan teknologi. Kepeloporan dan keunggulan

umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan sudah dimulai pada abad itu.

19

Tetapi sangat disayangkan bahwa kemajuan-kemajuan itu tidak sempat

ditindaklanjuti dgn sebaik-baiknya sehingga tanpa sadar umat Islam akhirnya

melepaskan kepeloporannya. Menurut catatan sejarah, bangsa Barat berhasil

mengambil khazanah ilmu pengetahuan yg telah dikembangkan lebih dahulu

oleh kaum muslimin kemudian mereka mengembangkannya di atas paham

materialisme tanpa mengindahkan lagi nilai-nilai Islam sehingga terjadilah

perubahan total sampai akhirnya terlepas dari sendi-sendi kebenaran.

Ilmu Sains dan Teknologi

Manusia boleh mengetahui rahsia kebesaran Allah SWT melalui dua cara iaitu

melalui al-Quran yang merupakan bukti-bukti yang tersurat melalui kosmos dan

alam tabii yang merupakan bukti-bukti yang tersirat. Al-Quran memaparkan ilmu

mengenai nilai-nilai semasa serta perkara-perkara ghaib seperti alam akhirat

dan lain-lain yang perlu diketahui oleh manusia. Di samping itu, di dalam Al-

Quran juga terdapat banyak ayat-ayat yang membicarakan tentang ilmu sains

tabii dan sains sosial. Terdapat lebih 900 ayat yang menerangkan tentang sains

sumber air dan kejuruteraan dan lebih 1400 ayat mengenai

ekonomi. Di dalam Al-Quran terdapat banyak sekali ayat-ayat yang menggesa

manusia supaya mengkaji dan meneliti tentang fenomena alam agar mereka

mencapai ilmu pengetahuan dan berupaya membina tamadun di dunia ini

malah ia juga menggalakkan manusia mengembara untuk mencari penemuan-

penemuan baru.

Astronomi.

Sumbangan sarjana Islam dalam bidang ilmu astronomi bermula apabila

Muhammad Ibn Ibrahim al-Fazari menterjemahkan sebuah buku astronomi dari

India yang bertajuk “Siddharta” ke bahasa arab pada tahun 155H/771M.

20

Seterusnya beliau menterjemahkan pula “Jadual Pahlavi” yang diberi nama

“Zij”. Diikuti pula seterusnya dengan penterjemahan karya-karya astronomi

berbahasa Yunani. Buku Yunani yang pertama diterjemahkan ke bahasa Arab

ialah “Almagest” karangan Ptolemy. Dua buah buku Ptolemy yang lain turut

diterjemahkan oleh al-Hajaj Ibn Mathar pada tahun 212H/887M dan oleh

Hunain bin Ishaq yang kemudiannya disemak semula oleh Thabit Ibn Qurrah

329H/901M. Abu Abdullah Muhammad Ibn Jahir al-Battani ( Al-bategnius )

berasal dari Harran adalah salah seorang ahli kaji bintang. Beliau telah

membuat penyelidikan seperti melakukan pencerapan astronomi di Raqqah.

Hasil pencerapan itu beliau telah berjaya membuat pembetulan beberapa

pendapat Ptolemy, termasuk membuat hitungan yang betul terhadap orbit bulan

dan planet-planet tertentu. Beliau membuktikan tentang kemungkinan gerhana

matahari dan mengemukakan teori tentang penentuan dapat melihat bulan

baru. Di antara kepentingan mempelajari ilmu ini ialah menambahkan

kefahaman di dalam ilmu peredaran malam dan siang seperti perlu mengetahui

kedatangan waktu subuh, waktu terbit matahari dan sebagainya.

Geografi.

Mempelajari ilmu geografi merupakan suatu perkara yang amat penting bagi

umat Islam. Ini kerana melalui ilmu inilah akan dapat diketahui di mana letaknya

Mekah yang menjadi kiblat umat Islam dan juga tempat mereka menunaikan

fardu haji. Justeru itu kita perhatikan umat Islam sejak dari zaman awal lagi

telah memberikan perhatian terhadap ilmu itu. Hasil daripada kesungguhan

mereka mempelajari ilmu ini, maka sejak abad ke-1H/7M lagi umat Islam

berjaya sampai ke negeri China, baik melalui jalan darat mahupun jalan laut.

Mereka telah berjaya sampai ke hujung paling selatan benua Afrika dan di

bahagian utara pula telah sampai ke Russia. Sarjana-sarjana geografi Islam

Zaman Pertengahan telah pun mempunyai maklumat yang agak jelas tentang

asal-usul fosil sebagai peninggalan binatang-binatang laut yang telah menjadi

batu.Dalam artikal-artikel yang dihasilkan oleh anggota Ikhwan al-Shafa

mengenai mineralogy, mereka menjelaskan tentang teori siklus kosmik yang

21

menyebabkan terhasilnya perubahan-perubahan pada muka bumi. Kawasan

Steppe boleh berubah menjadi laut atau sebaliknya. Demikian juga kawasan

pertanian boleh bertukar menjadi gurun pasir dan sebaliknya. Mereka

menjelaskan tentang kepentingan malapetaka seperti gempa bumi dalam

mengubah bentuk permukaan bumi.

Matematik.

Perkembangan ilmu matematik di dalam dunia Islam berkait rapat dengan

perkembangan ilmu astronomi. Justeru itu sudah menjadi kebiasaan seorang

ahli astronomi Islam beliau juga seorang ahli matematik. Sarjana-sarjana Islam

telah memberikan sumbangan yang amat besar dan bermakna di dalam bidang

perkembangan ilmu matematik. Mereka banyak mencipta perkara-perkara baru

yang menjadikan ilmu matematik lebih mudah dipelajari. Salah satu sumbangan

paling besar sarjana Islam di dalam bidang ini ialah memperkenalkan system

angka baru, termasuklah angka sifar ( kosong ) yang belum ada pada zaman

sebelumnya. Di antara kepentingan mempelajari ilmu ini ialah dalam

pembayaran zakat yang diwajibkan yang memerlukan mereka mengetahui ilmu

matematik dan begitu juga soal pembahagian harta pusaka dan lain-lain. Di

antara tokoh terkenal matematik ialah Al-Khawarizmi. Baliau telah membuktikan

persoalan yang telah dikemukakan oleh Neo-Babylonian dalam bentuk dugaan.

Beliau yang telah memperkenalkan angka Arab ke dunia barat. Justeru itu

orang-orang Barat menyebut angka arab sebagai “algorismus” yang diambil

dari nama Al-Khawarizmi. Begitu juga dengan nama daftar logaritma.

Perubatan.

Tamadun Islam juga telah memberikan sumbangan yang besar di dalam bidang

perubatan sama ada di dunia Timur mahupun di Barat. Pada zaman kemuncak

perkembangan ilmu pengetahuannya tamadun Islam telah berjaya melahirkan

tokoh-tokoh ilmu perubatan yang ramai. Di sebelah Timur, cabang ilmu

pengetahuan yang pertama sekali dikaji ialah ilmu kedoktoran dan perubatan.

Ada tiga faktor utama yang mendorong para sarjana menumpukan minat

mereka untuk mengkaji bidang ilmu perubatan dan kedoktoran. Tersebarnya

22

wabak penyakit terutamanya penyakit mata di kalangan masyarakat. Ini

berpunca daripada iklim panas dan debu gurun yang beterbangan. Sikap

prihatin para pemerintah terhadap kesihatan rakyat di mana mereka mengambil

berat atas kesihatan rakyat.

Profesion kedoktoran mendapat penghormatan dan bayaran yang tinggi.

Dengan faktor-faktor tersebut, maka ramailah lahir doktor-doktor yang

berkaliber di seluruh dunia Islam. Antaranya ialah Yuhanna Ibn Musawah

(237H/851M) yang membuat kajian mengenai anatomi tubuh manusia. Selain

itu, Ali Ibn Sahl Rabban al-Tabari yang berasal dari Tabaristan telah berkhidmat

sebagai doctor peribadi Khalifah al-Mutawakkil. Pada tahun 236H/850M, beliau

telah menghasilkan buku yang bertajuk “Firdaus al-Hikmah” yang merupakan

sebuah copendium ilmu kedoktoran. Buku ini merupakan naskah tertua tentang

ilmu perubatan yang ditulis dalam bahasa arab. Ia juga turut membicarakan

serba sedikit tentang ilmu falsafah dan astronomi. Ibn Sina juga merupakan

seorang yang pakar dalam bidang kedoktoran, ilmu falsafah dan syair. Beliau

telah menulis kitab ilmu kedoktoran iaitu “al-qanun Fi al-Tibb”. Kitab itu

merupakan sebuah karya perubatan yang amat berpengaruh.

Kimia

Al-Quran berulang kali menggesa umat islam agar memikirkan tentang

penciptaan alam ini dan mengkaji bagaimana langit dan bumi diciptakan untuk

kepentingan manusia. Ini jelas membuktikan bahawa tidak wujud pertentangan

di antara iman dan akal di dalam Islam. Maka itulah kita dapati sejak dari awal

lagi uamt Islam telah membuat kajian yang serius tentang ilmu fizik dan kimia.

Kimia Islam mencapai kemuncaknya dengan cepat dalam abad ke 8M dengan

kemunculan Jabir Ibn Hayyan(776M). Jabir yang dikenali di barat sebagai

Geber telah menghasilkan banyak penulisan yang kemudiannya ditambah lagi

oleh pengikut-pengikutnya yang menulis mengikut doktrin Jabir. Himpunan hasil

penulisan ini dikenali sebagai “Korpus Jabir”. Diantaranya termasuklah “Kitab

al-Sab’in” dan “Kitab al-Mizan” yang merupakan asas kepada kimia Katin yang

mula berkembang pada abad ke 15M. Selain itu, al-Razi juga merupakan

23

seorang ahli kimia. Beliau telah menolak proses kerohanian (ta’wil) dari zahir

kepada batin dan ini sudah tentu merupakan penyisihan dari kimia tradisi.

Sumbangan yang terpenting al-Razi kepada kimia moden termasuklah

pengelasan benda-benda kepada logam, tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Beliau

juga memberikan penerangan yang lebih teliti berbanding dengan Jabir tentang

proses penyulingan, pengkalsinan,penurasan dan sebagainya.

Zoologi

Pemahaman asas mengenai habitat, kelakuan dan pengelasan haiwan dan

tumbuh-tumbuhan telah dikaji dan dicatatkan oleh orang Islam sejak dari zaman

Bani Umaiyyah lagi. Mereka amat berminat di dalam perkara pembiakan kuda

dan unta dan ini telah memberikan dorongan kepada mereka memulakan kajian

dalam bidang zoology dan biologi biak-baka. Sejumlah

monograf khusus menjelaskan tentang jenis-jenis kuda, nama bahagian-

bahagian tubuhnya, warna dan jenis kuda yang baik, telah dihasilkan oleh

pakar-pakar zoology Islam.(18)Di antara karya terawal di dalam bidang ini ialah

“Kitab al-Ibil”, “Kitab al-Khail”, “Kitab al-Wuhusy” dan “Kitab al-Sya” yang telah

dihasilkan oleh al-Asma’I yang berasal dari Basrah (739-738 M). Abu Uthman

Amr Ibn Bahr al-Jahiz (254 H / 868 M)yang berasal dari Basrah telah

menghasilkan buku bertajuk “Kitab al-Hayawan”. Buku ini menyentuh tentang

psikologi haiwan, persaingan di antara haiwan-haiwan untuk kehidupan dan

adaptasi mereka kepada alam sekitar.

Kejuruteraan

Kajian-kajian mutakhir menunjukkan banyak sunbangan sarjana dan jurutera

Islam tersebar ke benua Eropah khususnya melalui Andalus (Sepanyol) dan

Itali. Sarjana-sarjana Islam dahulu menganggap kejuruteraan sebagai salah

satu daripada sains matematik. Sains matematik pula dibahagikan kepada

sains bentuk, sains nombor, sains muzik dan sains kejuruteraan. Sains

24

kejuruteraan pula dibahagikan kepada 12 bidang kecil iaitu bangunan, ukur,

pelayaran dan pengapungan, optik,cermin membakar, mesin perang, pusat

gravity, mengangkat beban berat, imbangan dan pengimbangan, jam

pengangkutan air dan mesin rohani. Terdapat banyak bukti yang menunjukkan

sarjana-sarjana Islam memberi sumbangan besar di dalam tiap-tiap bidang

kecil tersebut. Kemahiran dan kefahaman sarjana Islam dalam segala bidang

kejuruteraan pada zaman itu, apabila dicampur dengan seni-seni halus,telah

dapat menghasilkan rekaan-rekaan yang amat menarik. Pada awal abad ke-

8M, jurutera-jurutera Islam telah mempelajari teknologi membuat keatas dan

sebelum akhir abad ke-8M beberapa buah kilang keatas telah didirikan di

Samarqand dan Baghdad.

25

Islam Mementingkan Ilmu Sains Dan Teknologi

Islam menuntut umatnya mempersiapkan diri dengan segala ilmu dan teknologi

yang perlu untuk menghadapi musuh, dan persiapan ini termasuk di dalam

tuntutan fardu kifayah yang telah disebutkan sebelum ini.

Allah berfirman, Dan siapkanlah untuk menghadapi mereka dengan apa saja

kekuatan yang kamu sanggup dan dari kuda-kuda yang ditambat untuk

berperang (yang dengan persiapan itu) kamu menggentarkan musuh?

(SurahAl-Anfal:60)

Salah seorang peribadi unggul yang kisahnya disebutkan di dalam Al-Quran

ialah raja Zulqarnain. Beliau pernah menemui satu kumpulan manusia yang

terpencil dan mereka memohon jasa baik beliau melakukan sesuatu yang dapat

mencegah Yakjuj dan Makjuj dari mendatangkan kerosakan ke atas mereka.

Zulqarnain bersetuju untuk menolong mereka dan berhubung dengan ini, Allah

berfirman, (Berkata Zulqarnain): Berilah aku potongan-potongan besi. Hingga

apabila besi itu telah sama rata dengan kedua puncak gunung itu, Tiuplah (api

itu). Apabila besi itu menjadi (merah seperti) api, Berikan aku tembaga yang

mendidih agar ku tuangkannya ke atas besi panas itu. Maka mereka tidak

mampu mendakinya dan mereka juga tidak mampu untuk melubanginya.

(SurahAl-Kahfi:96-97)

Teknologi yang dimiliki oleh raja Zulqarnain begitu hebat sekali sehingga

gerakan Yakjuj dan Makjuj dapat dibendung melalui pembinaan tembok yang

kukuh ini. Allah menegaskan, di antara kelebihan yang ada pada raja

Zulqarnain ialah beliau sentiasa mencari jalan serta pendekatan baru untuk

mencapai matlamat yang beliau tetapkan. Ketika menceritakan tentang

Zulqarnain, kalimat yang diulang-ulangi sebanyak tiga kali di dalam surah Al-

26

Kahfi ialah yang bermaksud, “(Zulqarnain) telah mengikuti satu jalan atau

pendekatan tertentu”.

Berhubung dengan ini Said Hawa di dalam Al-Asas fit Tafsir telah berkata:

Orang-orang Islam dituntut untuk menegakkan Islam dengan menggunakan

hukum sebab musabab dan tidak mengharapkan kejadian yang luar biasa

untuk mencapai kejayaan. Kisah yang terdapat di dalam surah ini menunjukkan

Zulqarnain menggunakan pendekatan sebab musabab yang pelbagai untuk

mencapai matlamat perjuangan beliau dan aspek ini telah diabaikan oleh umat

Islam pada hari ini.

Di dalam proses untuk mempersiapkan diri, umat Islam diizinkan untuk

menimba ilmu dan kemahiran dari golongan yang bukan Islam, tidak kira sama

ada dari Timur atau Barat, selagi mana ianya tidak bercanggah dengan dasar-

dasar Islam. Nabi s.a.w bersabda: "Kalimah yang bijaksana (hikmat) adalah

suatu barangan yang telah hilang dari orang yang bijaksana. Di mana saja dia

menemuinya, dialah yang lebih berhak untuk memilikinya." (Riwayat Ibn Majah

danTarmuzi)

Di Dalam Usul 20, Imam Hasan Al-Banna berkata: Islam membebaskan akal,

mendorong supaya menganalisis dan mengamati kejadian alam sekeliling.

Islam mengangkat tinggi kedudukan ilmu dan ahli-ahli ilmu serta mengalu-

alukan sesuatu yang baik dan bermanfaat. Hikmat (atau ilmu pengetahuan)

merupakan suatu yang telah hilang dari tangan seorang mukmin. Di mana saja

beliau mendapatinya, beliaulah yang lebih berhak untuk memilikinya.

Contoh yang paling baik ialah Nabi Muhammad s.a.w Ketika berlaku perang

Khandak, Baginda s.a.w memanfaatkan strategi perang orang-orang Parsi

dengan mengorek parit yang besar. Strategi ini telah mendatangkan kesan

yang positif ke atas umat Islam di dalam peperangan itu. Begitu juga dengan

Omar Al-Khattab ra, di zaman pemerintahannya, beliau telah serapkan

beberapa cara pentadbiran Parsi ke dalam pentadbirannya.

27

Semua ini sepatutnya merangsang umat Islam untuk fokus di dalam bidang

penyelidikan dan pembangunan serta bersikap inovatif di dalam perancangan

dan perjuangan mereka. Sebenarnya, di samping ketakwaan kepada Allah,

inilah di antara sebab umat Islam dahulu menjadi gilang gemilang dan dikagumi

hinggalah ke hari ini. Sebagai contoh, di zaman Nabi s.a.w dan dua khalifah

yang pertama, kekuatan tentera Islam difokuskan untuk peperangan di darat.

Namun, di zaman khalifah Uthman ra, pada tahun 28 H bersamaan dengan 648

M, arahan telah dikeluarkan oleh khalifah kepada Muawiyah ra agar

memberikan tumpuan kepada kekuatan laut yang ketika itu dikuasai oleh Rom.

Bermula dari tahun itu, pakar-pakar dan tenaga mahir Islam telah dihimpunkan

sehingga berjaya membina sebuah armada yang kuat. Peperangan laut yang

pertama di antara armada Islam dan Rom berlaku pada tahun yang sama di

perairan pulau Cyprus dengan kemenangan berpihak kepada tentera Islam. Di

saat kemuncaknya pada tahun 31 H (652 M), armada Islam mempunyai 1,700

buah kapal dan bermula dari tahun itu panglima armada Islam digelar sebagai

Amirul Bahri dan dari gelaran inilah lahirnya kalimat Admiral kemudiannya.

Kekuatan armada Rom menjadi lumpuh selepas dikalahkan oleh armada Islam

di dalam peperangan Mount Phoenix pada tahun 652 M.

Umat Islam juga sebelum ini amat menonjol di dalam bidang sains. Mereka

merupakan pemangkin kepada kebangkitan sains dan teknologi di Barat. Di

zaman pertengahan dahulu, dunia Eropah jauh berbeza dari dunia Islam dan

hal ini telah disebutkan oleh Victor Robinson di dalam The Story of

Medicine:Europe was darkened at sunset, “Cordova shone with public lamps;

Europe was dirty, Cordova built a thousand baths; Europe was covered with

vermin, Cordova changed its undergarment daily; Europe lay in mud, Cordovas

streets were paved; Europe?s palaces had smoke-holes in the ceiling,

Cordovas arabesques were exquisite; Europe?s nobility could not sign its

name, Cordovas children went to school; Europes monks could not read the

baptismal service, Cordova?s teachers created a library of Alexandrian

dimension.”

28

Ia bermaksud: “Eropah bergelap di waktu malam, Cordova bercahaya dengan

lampu; Eropah kotor, Cordova membina 1000 tempat mandi; Eropah dipenuhi

serangga, penduduk Cordova menukar pakaian dalam mereka setiap hari;

Eropah dipenuhi selut, jalan-jalan di Cordova bertar; Istana di Eropah dipenuhi

lubang asap di bumbung, bangunan-bangunan di Cordova tersergam indah;

tokoh-tokoh Eropah tidak tahu untuk menandatangani nama sendiri, anak-anak

di Cordova sudah ke sekolah; tokoh-tokoh agama di Eropah tidak tahu

membaca risalah Kristian, ulama (Islam) di Cordova telah membina kutub

khannah yang besar”.

Hal yang sama juga disebutkan oleh Robert Briffault, seorang tokoh orientalis

yang terkenal, di dalam bukunya yang bertajuk Making of Humanity: “It was

under the influence of Arabian and Moorish revival of culture, and not in the

15th century, that the real renaissance took place. Spain and not Italy, was the

cradle of the rebirth of Europe. After sinking lower and lower in barbarism, it had

reached the darkest depths of ignorance and degradation when the cities of the

Saracenic world Baghdad, Cairo, Cordova, Toledo, were growing centres of

civilization and intellectual activity. It was there that the new life arose which

was to grow into a new phase of human evolution. From the time when the

influence of their culture made itself felt, began the stirrings of new life.”

Ia bermaksud: Era kebangkitan yang sebenarnya telah diledakkan oleh orang-

orang Arab Islam sebelum berlakunya kesedaran dan kebangkitan di Eropah

pada abad kelima belas.. Sepanyol dan bukannya Itali merupakan benih yang

telah melahirkan Eropah moden. Ketika Eropah tenggelam di dalam kejahilan

dan keruntuhan, bandar-bandar Islam seperti Baghdad, Cairo, Cordova dan

Toledo menjadi pusat ilmu dan Tamadun.

Umat Islam pada hari ini sepatutnya bangun dari tidur dan mengorak langkah

ke arah perubahan minda dan cara fikir agar ilmu-ilmu sains dan teknologi

dapat dikuasai demi untuk masa depan Islam yang gilang gemilang.

29

TOKOH-TOKOH ILMUAN SAINS ISLAM

Tokoh – Tokoh

Tamadun Islam

Al – Khindi Al – Biruni Ibn Sina

(789 – 873M) (973 – 1048 M) (980 – 1037 M)

Tidak dinafikan tokoh-tokoh perubatan Islam banyak menyumbangkan ilmu

perubatan mereka kepada dunia perubatan. Kejayaan mereka telah mendapat

penghargaaan yang tinggi di kalangan pengarang dunia Barat. Oftalmologi

merupakan sumbangan yang terkemuka dalam perubatan Islam. Istilah-istilah

seperti retina dan katarak yang digunakan dalam oftalmologi sekarang adalah

berasal dari orang Arab. Orang Arab juga telah membuat sumbangan yang

penting terhadap beberapa jenis penyakit mata dan rawatannya. Satu keadaan

yang dinamakan Pannus terdapat dalam penyakit Trakoma telah dijelaskan

oleh orang Arab. Glaukoma merupakan suatu keadaan peningkatan tekanan

dalam bebola mata telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh orang Arab.

30

Sumbangan tamadun Islam terhadap farmasi, farmakologi fan farmakognosi

masih ketara hingga kini. Materia media penulisan orang Islam masih lagi

digunakan di Afrika Utara, India, Pakistan, Bangladesh dan beberapa negara

lain di Asia. Secara umumnya tokoh-tokoh Islam telah menghasilkan tiga prinsip

penting.

Dalam bidang kimia ubat dan alkemi, tokoh-tokoh Islam telah memperkenalkan

kepada dunia betapa pentingnya kejituan pemerhatian, kawalan percubaan dan

penyimpanan rekod. Berdasarkan kepada prinsip-prinsip ini masyarakat Islam

telah merangsang dan menggalakkan pertumbuhan serta perkembangan kimia

di Eropah.

Orang Islam buat pertama kalinya telah menubuhkan kedai apotekari dan

dispensari yang mempelopori pusat pengajian farmasi.

Umat Islam merupakan masyarakat yang pertama sekali melaksanakan

pengawalan etik farmasi melalui undang-undang pemeriksaan. Formulasi

farmaseutikal terkawal telah diterbitkan oleh umat Islam dan menggariskan

secara rasmi penyediaan dan penyimpanan ubat.

Di samping itu pelbagai bentuk dos ubat telah dikemukakan oleh tamadun

Islam. Diantaranya ialah dalam bentuk salap, serbuk, minyak, pes, pil tablet,

rebusan, sirap dan lain-lain. Selain cara-cara membuat ubat, umat Islam adalah

umat yang pertama sekali melaksanakan kawalan mutu ke atas hasilnya.

Seorang pegawai khas akan dilantik oleh kerajaan untuk melaksanakan

pengawalan mutu.

Selain itu, Islam dalam zaman kegemilangannya telah memberi sumbangan

yang terbesar dalam bidang perubatan kepada manusia dengan menghasilkan

beberapa tokoh yang ternama dalam bidang tersebut. Mereka bukan sahaja

mahir dalam perubatan tetapi juga dalam beberapa ilmu di luar perubatan yang

diwarisi dan dimajukan oleh dunia Barat.

Sementara itu beberapa inovasi baru telah dibuat seperti pengawasan ubat,

kod etnik perubatan dan kursus lanjutan perubatan. Sumbangan tokoh-tokoh

pengamal perubatan Islam kepada dunia ialah dari segi mengenalpasti penyakit

31

dan juga cara rawatannya. Sementara itu pula, oftalmologi merupakan suatu

bidang yang sangat maju pada masa itu. Ubat-ubatan tradisional pula masih

boleh digunakan sampai kini.

KESIMPULAN  

Di dalam Islam, ilmu pengetahuan mempunyai kedudukan yang tinggi dan

istimewa di sisi Allah. Ini  terbukti melalui pengiktirafan Allah terhadap ilmu

melalui wahyu pertama Ilahi kepada junjungan besar Rasulullah iaitu surah

al-‘Alaq. Allah telah memerintahkan baginda untuk mempelajari ilmu dan

menitikberatkan kepentingan pembelajaran dalam setiap aspek kehidupan

manusia.

Ilmu, pencarian ilmu, penyebaran ilmu memiliki akar yang kuat dalam ajaran

Islam. Begitu banyak ayat dan hadith dapat dikutip untuk menerangkan hal ini.

Pakar Ilmu Al Quran pernah menyebut bahawa pengulangan konsep

kepentingan ilmu di dalam Al Quran merupakan satu indikasi terhadap

penekanannya atau makna penting konsep tersebut. Salah satu hadith yang

boleh dijadikan sebagai ilustrasi mengenai pentingnya ilmu adalah salah satu

sabda Rasulullah yang menyatakan keunggulan seorang berilmu dibandingkan

dengan orang yang beribadah seperti terangnya bulan purnama dan bintang-

bintang.            

Jelas di sini bahawa ilmu pengetahuan dalam Islam mengandungi satu

kefahaman ilmu yang menyeluruh dan bersepadu yang menyaksikan ilmu dan

nilai tidak dapat dipisahkan sama sekali. Termasuk dalam konteks ini, ilmu

sains dan teknologi adalah antara cabang ilmu pengetahuan yang memberi

manfaat dan faedah besar kepada kelangsungan tamadun manusia. Dalam erti

kata lain, sebarang ilmu yang boleh mendatangkan manfaat kepada manusia

dan memandu manusia ke arah jalan benar merupakan ilmu yang mendapat

tempat mulia di sisi Islam.            

32

Sebagai kesimpulannya, umat Islam perlu bersatu agar dapat menghadapi

segala ujian dan rintangan, dengan cara menghidupkan kembali semangat dan

roh cintakan ilmu ke dalam jiwa dan sanubari. Penghayatan ilmu itu bukan

sahaja dititik beratkan dalam soal pelajaran di institusi pengajian sahaja, tetapi

penghayatan itu merangkumi kajian, penelitian dan perlaksanaan ilmu  itu

sendiri.

 Sesungguhnya ilmu tidak boleh dipisahkan dari kehidupan umat Islam. Ini

adalah kerana ilmu itu sebenarnya menjadi tunjang atau asas kekuatan umat,

yang mengandungi berbagai-bagai hikmah dan pengajaran serta menjadi

panduan dan teras kehidupan. Oleh itu, pembudayaan ilmu wajar dihayati dan

dilaksanakan oleh segenap lapisan masyarakat Islam di dunia.

33