Notes Fiqh #3 - Wajib haji - · PDF fileFiqh #3 – Wajib haji Q - Apakah yang dimaksudkan...

4
1 Tahun 10 Fiqh #3 – Wajib haji Q - Apakah yang dimaksudkan dengan wajib haji? Ia adalah amalan dalam ibadat haji yang wajib dilakukan. Sekiranya terlupa atau senghaja ditinggalkan, tidak batal hajinya tetapi dikenakan bayaran dam atau denda. Perkara-perkara wajib haji - Ada 6 perkara 1. Berniat ihram di Miqat 2. Bermalam di Muzdalifah 3. Melontar jamratul Aqabah 4. Bermalam di mina 5. Melontar ketiga-tiga jamrah. 6. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram. Keterangan bagi tiap-tiap perkara wajib haji. 1. Berniat ihram di Miqat. Niat ihram merupakan salah satu dari rukun haji & ia wajib dilakukan di miqat Jika seseorang tidak berniat maka tidak sah hajinya & jika ia berniat selain di miqat maka wajiblah ia membayar dam. Apakah yang dimaksudkan dengan Miqat? Miqat ialah : permulaan masa atau sempadan tempat untuk memulakan niat ihram kerana menunaikan ibadat haji atau umrah. BAHAGIAN-BAHAGIAN MIQAT Miqat terbahagi kepada 2 bahagian: 1. Miqat zamani & 2. Miqat Makani. Miqat Zamani iaitu masa permulaan bagi memulakan ihram (dari segi masa). Miqat Makani Iaitu sempadan bagi niat haji & umrah (dari segi tempat). Miqat zamani Niat berihram ditentukan oleh masa/waktu Dari awal bulan syawal hingga waktu subuh pada 10 Zulhijjah. NOTE : Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun pada bila-bila masa sahaja. Miqat Makani (pembacaan niat ditentukan oleh tempat) Ada 5 tempat membaca niat haji. 1. Yalamlam 2. Zulhulaifah 3. Al-Juhfah 4. Zatu Iraq 5. Qarnul manazil Note 1. Miqat bagi jemaah haji yang datang dari Madinah atau yang datang melaluinya - Zulhulaifah 2. Miqat bagi jemaah haji yang datang dari Sham, Mesir, maghribi,sepanyol dan dari barat laut merah – Al Juhfah. 3. Miqat bagi jemaah haji yang datang dari Iraq & negeri-negeri di sebelah timurnya – Zatu Irqin.

Transcript of Notes Fiqh #3 - Wajib haji - · PDF fileFiqh #3 – Wajib haji Q - Apakah yang dimaksudkan...

Page 1: Notes Fiqh #3 - Wajib haji - · PDF fileFiqh #3 – Wajib haji Q - Apakah yang dimaksudkan dengan wajib haji? ... • Niat ihram merupakan salah satu dari rukun haji & ia wajib dilakukan

1

Tahun 10 Fiqh #3 – Wajib haji

Q - Apakah yang dimaksudkan dengan wajib haji? Ia adalah amalan dalam ibadat haji yang wajib dilakukan. Sekiranya terlupa atau senghaja ditinggalkan, tidak batal hajinya tetapi dikenakan bayaran dam atau denda. Perkara-perkara wajib haji - Ada 6 perkara

1. Berniat ihram di Miqat 2. Bermalam di Muzdalifah 3. Melontar jamratul Aqabah 4. Bermalam di mina 5. Melontar ketiga-tiga jamrah. 6. Meninggalkan perkara-perkara yang dilarang semasa dalam ihram.

Keterangan bagi tiap-tiap perkara wajib haji.

1. Berniat ihram di Miqat.

• Niat ihram merupakan salah satu dari rukun haji & ia wajib dilakukan di miqat • Jika seseorang tidak berniat maka tidak sah hajinya & jika ia berniat selain di miqat maka

wajiblah ia membayar dam. Apakah yang dimaksudkan dengan Miqat? Miqat ialah : permulaan masa atau sempadan tempat untuk memulakan niat ihram kerana menunaikan ibadat haji atau umrah. BAHAGIAN-BAHAGIAN MIQAT Miqat terbahagi kepada 2 bahagian:

1. Miqat zamani & 2. Miqat Makani.

Miqat Zamani iaitu masa permulaan bagi memulakan ihram (dari segi masa). Miqat Makani Iaitu sempadan bagi niat haji & umrah (dari segi tempat). Miqat zamani

• Niat berihram ditentukan oleh masa/waktu • Dari awal bulan syawal hingga waktu subuh pada 10 Zulhijjah.

NOTE : Miqat zamani bagi umrah ialah sepanjang tahun pada bila-bila masa sahaja. Miqat Makani (pembacaan niat ditentukan oleh tempat) Ada 5 tempat membaca niat haji.

1. Yalamlam 2. Zulhulaifah 3. Al-Juhfah 4. Zatu Iraq 5. Qarnul manazil

Note

1. Miqat bagi jemaah haji yang datang dari Madinah atau yang datang melaluinya - Zulhulaifah

2. Miqat bagi jemaah haji yang datang dari Sham, Mesir, maghribi,sepanyol dan dari barat laut merah – Al Juhfah.

3. Miqat bagi jemaah haji yang datang dari Iraq & negeri-negeri di sebelah timurnya – Zatu Irqin.

Page 2: Notes Fiqh #3 - Wajib haji - · PDF fileFiqh #3 – Wajib haji Q - Apakah yang dimaksudkan dengan wajib haji? ... • Niat ihram merupakan salah satu dari rukun haji & ia wajib dilakukan

2

4. Miqat bagi jemaah haji yang datang dari Najjad, Kuwait & Yaman – Qarnul Manazil.

5. Miqat bagi jemaah haji yang datang dari Asia atau melalui laut merah - Yalamlam. Miqat makani bagi umrah – ada 3!!!

1. Tan’im 2. Hudaibiyah 3. Jakranah

2. Bermalam di muzdalifah

Bermalam di muzdalifah bermaksud berada di muzdalifah antara tengah malam pada 10 dzulhijjah hingga naik fajar sadiq. Nota tambahan:

• Muzdalifah adalah nama suatu tempat diantara Arafah dengan mina & jarak diantara kedua-dua tempat itu lebih kurang 8 kilometer.

• Semasa berada di muzdalifah, disunatkan memungut anak-anak batu bagi melontar di mina. (selepas itu para haji akan bertolak ke mina).

Question? Jika seseorang berada di muzdalifah sebelum tengah malam, apa patut dibuatnya? Jawapan – ingat balik maksud bermalam di muzdalifah. Activity – Make a timeline of the events from berniat ihram to bermalam di muzdalifah

3. Melontar Jamratul Aqabah.

• Ini bermaksud melontar Jamratul Aqabah dengan 7 biji batu sebesar kacang kuda.

• Masa melontar bermula pada tengah malam 10hb dzulhijjah hingga maghrib hari tersebut

• Nota tambahan – Diwajibkan melontar batu jamratul Aqabah kerana mengambil sempena Nabi ibarahim A.S yang digoda syaitan di tempat itu lalu dilontar dengan 7 kali lontaran.

Page 3: Notes Fiqh #3 - Wajib haji - · PDF fileFiqh #3 – Wajib haji Q - Apakah yang dimaksudkan dengan wajib haji? ... • Niat ihram merupakan salah satu dari rukun haji & ia wajib dilakukan

3

4. Bermalam di mina.

• Maksud bermalam di mina bukan bererti berada di sana dari jatuh matahari sehingga terbit fajar pada tiap-tiap hari tetapi memadai dengan berada dalam kawasan mina pada sebahagian besar dari tiap-tiap malam itu.

• Wajib bermalam di mina pada hari Tashrik iaitu pada malam 11, 12 dan 13 dzulhijjah Note:

• Harus meningalkan mina pada 12hb dzulhijjah ini digelar nafar awal.

Nafar Apakah yang dimaksudkan dengan nafar? Meninggalkan Mina dengan niat tidak akan kembali lagi ke Mina pada masa itu. Nafar terbahagi kepada 2

• Nafar awal – meninggalkan mina pada 12hb dzulhijjah dengan mengikut syarat-syaratnya. • Nafar Thani – meninggalkan Mina sesudah selesai melontar pada 13hb dzulhijjah.

Note : nafar Thani adalah lebih baik dari nafar awal. Syarat-syarat melakukan nafar awal

Hendaklah meninggalkan mina selepas gelincir matahari pada 12hb dzulhijjah Selesai melontar jamrah pada hari itu dan hari-hari sebelumnya. Setelah bermalam di mina selama dua malam ie 10-11 dzulhijjah Jangan ada niat kembali ke mina Hendaklah disertakan dengan niat semasa keluar dari mina

5. Melontar ketiga-tiga jamrah.

Hendaklah melontar pada ketiga-tiga jamrah iaitu pada hari-hari tashrik iaitu 11, 12 & 13 dzulhijjah Waktu melontar itu adalah dari terbit matahari hingga terbenam matahari pada 13 dzulhijjah. Note: nama bagi ketiga-tiga jamrah itu adalah :

1. Jamratul Ula, 2. Jamratul Wusta & 3. jamratul Aqabah.

Tiap satu jamrah dilontar dengan 7 biji anak batu setiap hari. Syarat-syarat melontar jamrah

Hendaklah dengan tertib iaitu dimulai melontar dari jamrah ula kemudian jamrah wusta & akhirnya jamrah aqabah

Hendaklah dengan tujuh kali lontaran pada setiap satu jamrah Hendaklah dengan anak-anak batu walaupun apa jenisnya. Jangan ada tujuan lain dalam lontaran itu. Hendaklah anak –anak batu itu kena pada tempat yang dilontar iaitu dalam kawasan

lengkongan. Hendaklah dengan cara melontar bukan dengan cara meletakkannya sahaja Tidak boleh melontar bagi orang lain kecuali selesai melontar bagi diri sendiri.

WAKTU MELONTAR Sesudah berlaku tengah malam 10 Zulhijjah hinggalah jatuh matahari akhir hari Tasyrik pada 13 Zulhijjah. Peringatan:

Yang dimaksudkan dengan tempat lontaran tiap-tiap jamrah itu ialah kawasan yang melingkungi atau kawasan yang mengelilingi tanda jamrah

Tiang yang berdiri di tengah-tengah linkungan itu bukanlah dikatakan jamrah ia hanya tanda jamrah sahaja.

Barangsiapa yang melontar dan terkena tanda jamrah itu maka lontaran itu tidak sah tetapi jika batu itu jatuh pada tempat lontaran maka lontaran itu adalah sah.

Page 4: Notes Fiqh #3 - Wajib haji - · PDF fileFiqh #3 – Wajib haji Q - Apakah yang dimaksudkan dengan wajib haji? ... • Niat ihram merupakan salah satu dari rukun haji & ia wajib dilakukan

4

TABLE MELONTAR KETIGA-TIGA JAMRAH

TARIKH JAMRATUL

KUBRA/ULA

JAMRATUL WUSTA JAMRATUL

AQABAH

10 Dzulhijjah - - 7 biji anak batu

11 Dzulhijjah 7 biji anak batu 7 biji anak batu 7 biji anak batu 12 Dzulhijjah 7 biji anak batu 7 biji anak batu 7 biji anak batu 13 Dzulhijjah 7 biji anak batu 7 biji anak batu 7 biji anak batu

jumlahnya 21 biji anak batu 21 biji anak batu 28 biji anak batu

Jumlah batu yang mesti disediakan – 70 biji anak batu.

Peringatan: Orang yang melakukan nafar awal hendaklah menyediakan 49 biji anak-anak batu kerana dia

tidak akan melontar pada 13 hb dzulhijjah. Orang yang melakukan nafar Thani hendaklah menyediakan 70 biji anak-anak batu kerana dia

akan melontar pada 13 hb dzulhijjah.

6. Meninggalkan perkara yang dilarang semasa dalam ihram: Semasa berihram dilarang melakukan berikut :

1. Bersetubuh dan melakukan sesuatu yang boleh menaikkan nafsu seperti bergurau senda & bercumbu-cumbuan.

2. Mengerjakan maksiat dan kejahatan yang melalaikan 3. Bertengkar, berkelahi dan bergaduh dengan kawan atau orang lain 4. Mengeluarkan perkataan-perkataan yang kotor 5. Memakai pakaian yang berjahit bagi orang lelaki seperti baju kemeja, seluar, songkok dan

sebagainya. 6. Mengadakan akad nikah 7. Memotong kuku 8. Menggugurkan rambut atau sebarang bulu sama ada dengan bercukur, bergunting atau

mencabutnya. 9. Memakai bau-bauan atau minyak wangi sama ada pada badan atau pakaian 10. Memakai pakaian yang dicelup dengan bau-bauan yang berbau wangi 11. Memburu dan membunuh binatang yang hidup di darat dan menghalaunya, termasuk juga

dengan merosakkan telur binatang darat, menjual, membeli dan memerah susu binatang. 12. Makan daging binatang buruan. 13. Menutup kepala bagi orang lelaki dan menutup muka bagi orang perempuan. 14. Memakai sarung tangan. 15. Memotong, mengerat, membinasakan, mencabut dan menebang pokok-pokok di tanah haram.

(HMS/2K11)