Novel Anak Din Biola(T1)

5
Anak Din Biola (T1) Sinopsis : Mengisahkan kehidupan Budiman, iaitu anak yatim piatu yg. dibesarkan di Rumah Bonda. Budiman mempunyai dua orang rakan yg. senasib denganya iaitu Chong dan Chandra. Di rumah Bonda berlaku pelbagai peristiwa antara Budiman dengan. Pak Mat Tukang Masak dan Pak Man Tukang Jahit. Walaupun yatim piatu, Budiman tidak mahu menjadi peminta sedekah kerana itulah amanat daripada arwah ayahnya. Arwah ayahnya, iaitu Din Biola merupakan penggesek biola yang terkenal. Budiman telah berusaha untuk memenuhi wasiat arwah ayahnya. Selain itu, Budiman mencuba mengesan biola Bayu Senja milik arwah ayahnya. Budiman telah bertemu dengan seorang penggesek biola buta yang bernama Pak wan Busu. Pak wan Busu ialah anak murid arwah ayahnya. Hasil tunjuk ajar Pak Wan Busu, Budiman cekap menggesek biola. Budiman belajar muzik di bawah bimbingan Datin Siti Norbayu juga. Akhirnya, Budiman berjaya menjuarai pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Budiman akan dihantar untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik di Tokyo, Jepun agar menjadi pemuzik profesional kelak. Budiman, Chong, dan Candra tidak lagi tinggal di Rumah Bonda kerna masing-masing telah dapat berdikari. Tema Novel Anak Din Biola membawa tema kegigihan dan semangat juang seorang remaja yang serba kekurangan demi mencapai cita- citanya. Persoalan 1. Menunaikan wasiat arwah ayah supaya menjadi penggesek biola yang disegani. Budiman, anak yatim yang tidak mahu menjadi peminta sedekah, sebaliknya berusaha untuk menjadi seorang penggesek biola terkenal demi memenuhi wasiat arwah ayahnya. 2. Penyelewengan pemegang amanah. Misalnya, Pak Mat Tukang Masak menjual biola Bayu Senja yang diamanahkan kepadanya. 3. Sikap prihatin terhadap nasib yang dialami oleh anak-anak yatim. Terdapat orang-orang yg. bersimpati terhadap nasib yg. dialami oleh anak-anak yatim. Antara mereka termasuklah Pak Jais dan Pak Rahim. Pak Wan Busu dan Datin Siti Norbayu bertindak sebagai guru pembimbing kpd. Budiman hingga berjaya dim. bidang muzik. 4. Semangat muhibah antara kaum. Budiman, Chong dan Candra yg. tinggal di rumah anak-anak yatim, hidup tolong- menolong utk. Menyelesaikan kesulitan hidup dan bersama-sama membanteras kecurangan yg. dilakukan oleh pekerja-pekerja rumah anak yatim. 5. Ketaatan kepada ajaran agama. Misalnya, anak-anak yatim bersembahyang berjemaah dan mengadakan majlis tahlil serta doa arwah. Budiman juga teringat akan pesanan arwah ayah/ibunya agar mengerjakan sembahyang. 6. Keistimewaan orang cacat. Misalnya, Pak Wan Busu dan Linda buta tetapi mahir bermain biola. 7. Kepercayaan karut dalam masyarakat. Misalnya, No. 13, dikatakan tidak mendatangkan nasib baik. 8. Banyak masalah timbul akibat kemiskinan. Misalnya, Budiman cuba mencuri biola Pak Wan Busu manakala kanak-kanak sanggup meminta sedekah. 9. Kasih sayang sesama manusia. Pak Jais misalnya sangat menyayangi anak- anak yatim di bawah jagaannya. 10. Penghargaan kepada jasa baik seseorang. Misalnya, ayah Budiman, dianugerahkan pingat atas jasanya (R) Ahmad Shakir Bin Jaafar @ Nota Novel ADB 1

Transcript of Novel Anak Din Biola(T1)

Page 1: Novel Anak Din Biola(T1)

Anak Din Biola (T1)

Sinopsis :Mengisahkan kehidupan Budiman, iaitu anak

yatim piatu yg. dibesarkan di Rumah Bonda. Budiman mempunyai dua orang rakan yg. senasib denganya iaitu Chong dan Chandra. Di rumah Bonda berlaku pelbagai peristiwa antara Budiman dengan. Pak Mat Tukang Masak dan Pak Man Tukang Jahit. Walaupun yatim piatu, Budiman tidak mahu menjadi peminta sedekah kerana itulah amanat daripada arwah ayahnya. Arwah ayahnya, iaitu Din Biola merupakan penggesek biola yang terkenal. Budiman telah berusaha untuk memenuhi wasiat arwah ayahnya. Selain itu, Budiman mencuba mengesan biola Bayu Senja milik arwah ayahnya. Budiman telah bertemu dengan seorang penggesek biola buta yang bernama Pak wan Busu. Pak wan Busu ialah anak murid arwah ayahnya. Hasil tunjuk ajar Pak Wan Busu, Budiman cekap menggesek biola. Budiman belajar muzik di bawah bimbingan Datin Siti Norbayu juga. Akhirnya, Budiman berjaya menjuarai pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Budiman akan dihantar untuk melanjutkan pelajarannya dalam bidang muzik di Tokyo, Jepun agar menjadi pemuzik profesional kelak. Budiman, Chong, dan Candra tidak lagi tinggal di Rumah Bonda kerna masing-masing telah dapat berdikari.

TemaNovel Anak Din Biola membawa tema kegigihan dan semangat juang seorang remaja yang serba kekurangan demi mencapai cita-citanya.

Persoalan1. Menunaikan wasiat arwah ayah supaya menjadi

penggesek biola yang disegani. Budiman, anak yatim yang tidak mahu menjadi peminta sedekah, sebaliknya berusaha untuk menjadi seorang penggesek biola terkenal demi memenuhi wasiat arwah ayahnya.

2. Penyelewengan pemegang amanah. Misalnya, Pak Mat Tukang Masak menjual biola Bayu Senja yang diamanahkan kepadanya.

3. Sikap prihatin terhadap nasib yang dialami oleh anak-anak yatim. Terdapat orang-orang yg. bersimpati terhadap nasib yg. dialami oleh anak-anak yatim. Antara mereka termasuklah Pak Jais dan Pak Rahim. Pak Wan Busu dan Datin Siti Norbayu bertindak sebagai guru pembimbing kpd. Budiman hingga berjaya dim. bidang muzik.

4. Semangat muhibah antara kaum. Budiman, Chong dan Candra yg. tinggal di rumah anak-anak yatim, hidup tolong-menolong utk. Menyelesaikan kesulitan hidup dan bersama-sama membanteras kecurangan yg. dilakukan oleh pekerja-pekerja rumah anak yatim.

5. Ketaatan kepada ajaran agama. Misalnya, anak-anak yatim bersembahyang berjemaah dan mengadakan majlis tahlil serta doa arwah. Budiman juga teringat akan pesanan arwah ayah/ibunya agar mengerjakan sembahyang.

6. Keistimewaan orang cacat. Misalnya, Pak Wan Busu dan Linda buta tetapi mahir bermain biola.

7. Kepercayaan karut dalam masyarakat. Misalnya, No. 13, dikatakan tidak mendatangkan nasib baik.

8. Banyak masalah timbul akibat kemiskinan.Misalnya, Budiman cuba mencuri biola Pak Wan Busu manakala kanak-kanak sanggup meminta sedekah.

9. Kasih sayang sesama manusia. Pak Jais misalnya sangat menyayangi anak-anak yatim di bawah jagaannya.

10. Penghargaan kepada jasa baik seseorang. Misalnya, ayah Budiman, dianugerahkan pingat atas jasanya dalam bidang muzik.

Watak Budiman

Nama penuhnya Budiman Bin Baharuddin atau Budin atau Din.

Berusia 14 tahun Berasal dari Kampung Tiga, Kuala Lumpur Anak yatim piatu dan dibesarkan di Rumah

Bonda Hidup miskin dan tidak ada wang Kawan baiknya ialah Chong dan Candra Minat bermain biola Belajar menggesek biola dengan Pak Wan

Busu dan memasuki Sekolah Muzik Lagu Bayu yg. Dipimpin oleh Datin Siti Norbayu.

Dia berjaya menjuarai pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya.

Perwatakan: Amanah. Contohnya, tidak membocorkan

rahsia Pak Mat Tukang Masak. Sabar. Contohnya, sabar walaupun sering

diganggu oleh Pak Mat. Bercita-cita tinggi. Contohnya, ingin menjadi

pemain biola yg. terkenal. Gigih. Contohnya, gigih berusaha berlatih

menggesek biola utk tunaikan pesan ayahnya. Berdikari. Contohnya, bekerja di stesen

minyak utk. mendapatkan wang. Taat perintah Tuhan. Contohnya tidak

meninggalkan sembahyang. Tabah. Contohnya, tabah menjalani hidup

sebagai anak yatim.

(R) Ahmad Shakir Bin Jaafar @ Nota Novel ADB1

Page 2: Novel Anak Din Biola(T1)

Berbakat besar. Contohnya, pandai menggesek biola dan memainkan lagu-lagu Melayu, Jepun, dan Hindi.

Jujur. Contohnya tidak mahu menerima rasuah dalam bentuk sedekah makanan yg. diberi oleh Pak Mat Tukang masak.

Penyayang. Contohnya menyayangi kawan-kawannya. Sayang akan arwah ibu bapa (tidak meninggalkan sembahyang)

Mengenang budi. Contohnya, tetap mengenang jasa bakti Rumah Bonda walaupun sesudah keluar nanti.

Murah hati. Contohnya, berhasrat akan menderma kpd. Rumah Bonda.

Chong- Anak yatim piatu berketurunan Cina. - Tinggal di rumah anak yatim (Rumah Bonda )- Ibu dan ayahnya mati dim. kemalangan jln raya. - Sahabat karib Budiman dan Candra. Dia sanggup menghadapi susah senang bersama Budiman.- Berkawan baik dgn Linda.- Berjaja barang-barang hasil kerja tangan bapa Linda. - Akan tinggal dgn. keluarga Linda setelah keluar dari

Rumah Bonda (anak angkat Keluarga Linda).

Candra- Anak yatim piatu beketurunan India yg. menjadi penghuni Rumah Bonda.- Suka makan makanan yg. pedas.- Penggemar lagu Hindi- Kawan baik Budiman dan Chong.- Bekerja dgn. bapa saudaranya seorang doktor bedah

mata di Kuala Lumpur.

Pak Mat Tukang Masak.- Ketua tukang masak di Rumah Bonda.- Sangat garang dan pemarah- Terlibat dgn. perkara-perkara keji seperti mencuri bahan-bahan makanan anak-anak yatim dan mengedar dadah.- Dia menjual biola Bayu Senja milik arwah Din Biola.- Dia akhirnya dipenjarakan apabila Budiman melaporkan kegiatan pengedaran dadah yg. dilakukannya.

Pak Man Tukang Jahit- Tukang jahit di Rumah Bonda- Seorang penakut tetapi baik dgn. Budiman.- Takut kepada ugutan Pak Mat.- Dia bersubahat kerana menyimpan rahsia yg.- dilakukan oleh Pak Mat Tukang Masak.

Pak Jais *- Penguasa Rumah Bonda Penyayang dan mesra

dgn anak-anak yatim Dipanggil "bapak" oleh semua anak yatim.

- Seorang yg. bertanggungjawab dan amat mengambil berat tentang pengurusan anak-anak yatim.

Pak Rahim- Beliau menggantikan tempat Pak Jais. Belaiau

didatangkan dari sebuah sekolah pemulihan akhlak.

- Orangnya nampak keras dan tegas tetapi lembut hati terhadap anak-anak yatim.

Latar

1. Latar Tempat.- Rumah anak-anak yatim di Kuala Lumpur.- Kampung tiga, tempat kelahiran budiman, Chong dan Candra.- Dewan seri Kota, tempat berlangsungnya pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya.- Stesen minyak - 3 sahabat bekerja sebagai pencuci

kereta.- Tanah perkuburan Ampang - (Din Biola dikebumikan)- Sekolah Muzik Lagu Bayu

2. Latar Masa- Dalam tempoh masa kira-kira setahun, iaitu

bermula ketika Budiman berusia 13 tahun sehingga genap setahun kematian aayahnya, Din Biola.

3. Latar Masyarakat- Gambaran masyarakatnya berbilang kaum seperti Melayu, Cina dan india.- Masyarakatnyanya mempunyai latar belakang

seperti penguasa, guru muzik, pengurus, pelajar, anak yatim, tukang masak, tukang jahit, sultan, pemandu, orang awam dan kakitangan awam.

Plot Permulaan

Budiman anak yatim yang tinggal di rumah kebajikan Rumah Bonda. Pak Jais menyampaikan khabar bahawa Budiman diundang ke upacara pengurniaan pingat PJK untuk bapanya. Budiman, Chong, dan Chandra melihat Pak Mat Tukang Masak membawa kotak besar.

(R) Ahmad Shakir Bin Jaafar @ Nota Novel ADB2

Page 3: Novel Anak Din Biola(T1)

Perkembangan- Budiman berminat bermain biola. Budiman, Chong,

dan Chandra merancang untuk mencari wang bagi membeli biola.

- Budiman dapat bertemu dengan Pak Wan Busu yang sering bermain biola di rumah banglo tua di lereng bukit. Dia belajar bermain biola dengan Pak Wan Busu.

- Pak Jais membawa Budiman belajar belajar muzik di Sekolah Muzik Lagu Bayu. Dia berhasrat untuk menyertai pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya. Hasrat itu cuba dihalang olah Pak Mat Tukang Masak. Perumitan / Konflik

- Pak Mat membawa Budiman makan di restoran dan cuba memberi wang sebagai rasuah kpd Budiman supaya tidak bertanding dlm Pertandingan Bintang Biola Remaja.

- Perbuatan jahat Pak Mat diketahui umum. Akhirnya Pak Mat dibuang kerja.

- Pak Mat Tukang Masak mengajak Budiman ke kota dan menjalankan kerja mengedar dadah tetapi Budiman bijak dan berjaya memerangkap Pak Mat sehingga dia ditangkap polis kerana makan harta anak yatim dan mengedar dadah. Puncak / Klimaks

- Budiman kemudiannya menyertai pertandingan Bintang Biola Remaja Kota Raya dan diumumkan sebagai juara. Peleraian

- Budiman diberikan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran seni muzik di Tokyo, Jepun. Chong dan Chandra juga telah dapat berdikari, belajar sambil bekerja.

Gaya Bahasa- Kata-kata yg. digunakan utk. menggambarkan

peristiwa tersebut adalah tepat, jelas, dan berkesan.

- Ayat-ayat yg. digunakan mudah difahami.- Penggunaan ayat dalam bentuk dialog banyak

digunakan oleh pengarang.- Penggunaan bahasa Inggeris spthomework,- Penggunaan bahasa Jepun spt. Syino No Yoru- Penggunaan bahasa Tamil spt. Sanggam- Penggunaan bahasa istana spt patik, pacal, dan

tuanku.- Pepatah spt. Tempat jatuh lagi dikenang dan

sepandai-pandai tupai melompat, jatuhjua ke tanah,dan perumpamaan spt hangat-hangat tahi ayam.

- Personifikasi spt Pohon tembusu di luarpagar akan kesunyian.

- Imejan spt. Hari telahjauh malam.Hawa cukupsejuk. Angin malamyg.bertiup itu masukmelaluijendela.Aku menggelatuk kesejukan. Rasa hendakbuang air kecil tidak tertahan-tahan.

- Metafora spt. Btilan sudah condong ke barat, tidaklama lagi terbenam di kaki langit.

- Simile seperti:(a) Ayahpun dah meningggal dunia seperti lilin

yang dah padam.(b) Dadamu bidang seperti dada ayahmu.

Nilai dan Pengajaran

Nilai- Memberi kasih sayang kpd golongan yg. tidak

bernasib baik spt. yg ditunjukkan Pak Jais,- Datin Siti Norbayu dan Pak Wan Busu terhadap

anak yatim dan orang buta.- Mengenang budi spt. yg ditunjukkan oleh watak

Pemerintah, Budiman dan Linda.- Rajin, tekun dan gigih dapat dilihat melalui watak

Budiman. Malam Sabtu, Isnin dan Rabu telahditetapkan sebagai malam utk Budiman belajarbermain biola.

- Semanagat setia kawan. Muhibah antara kaum.Budiman, Chong dan Candra mempunyai semangat setia kawan yg sgt baik. Walaupun berlainan bangsa dan agama, mereka tetap setia, segala suka^duka dan susah senang mereka rasai bersama.

- Menghargai nilai budaya tradisi spt. ayah Budimanyg sgt menghargai nilai lagu-Iagu asli sehinggamahukan Budiman menyampaikan lagu-lagu aslidalam pertandingan.

Pengajaran:- Kita hendaklah membantu orang yg. susah dan

memerlukan pertolongan. Contohnya Pak Jais, Datin Siti Norbayu, Pak Wan Busu, Chong dan Candra berusaha membantu Budiman bagi mencapai cita-citanya utk. Menyertai PerJuodingan Bintang Biola Remaja.

- Kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah. Contohnya Pak Mat Tukang Masak cuba merasuah Budiman dgn memberi lauk lebih ketika makan. Pak Mat berbuat demikian agar Budiman tidak membocorkan rahsianya.

- Kita hendaklah berusaha dgn. gigih utk mencapai cita-cita. Contohnya, Budiman sgt gigih berusaha belajar dan berlatih menggesek biola tiap-tiap malam.

- Kita mestilah mengenangjasa org. yg berbakti kpd. Negara. Contonya, Din Biola yg menghidupkan semula lagu-Iagu Melayu asli tradisional telah dihargai. Beliau telah dianugerahkan pingat Jasa Kebaktian (PJK).

(R) Ahmad Shakir Bin Jaafar @ Nota Novel ADB3

Page 4: Novel Anak Din Biola(T1)

Sudut Pandangan- Novel Anak Din Biola menggunakan sudut pandangan orang pertama. Di sini pengarang menggunakan kata

ganti nama "aku" bagi menggantikan diri watak utama yg. terlibat dim. cerita atau "kami" iaitu kelompok yg. terdiri drp. beberapa org. watak. Contonya :

- Aku tidak faham yg dikatakan rahsia itu. Tetapi mulai dari hari itu, dia terus berbuat baik dgn aku. Pada waktu makan, diberinya aku lauk agak banyak.

- Pada suatu malam kami terpaksa mengadu kpd. Pak Jais. Kami katakan makanan tidak cukup spt dahulu lagi. Semuanya telah berkurangan. Makan pun tak kenyang. Oleh sebab itu, kami tidak dapat tidur lena.

Biodata Pengarang- Maaruf Mahmud atau nama penanya Marmah atau Mas Merah.- Beliau dilahirkan pada 4 Disember 1920, di Hulu Yam Baru, Ulu Selangor.- Penddidikaan awal yg diterimanya adalah di Sekolah Melayu Hulu Yam Baru (1926 - 1927). Selepas itu ke

Sekolah Melayu Port Swettenham/ Pelabuhan Kelang sebelum berhijrahkerana mengikut baapanya dan bersekolah di Sungai Selisik, Selangor pada tahun 1934.

- Pada tahun 1935 - 1936 beliau menjadi guru pelatih di Kalumpang, Selangor dan pada tahun 1937 -1939mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim.

- Beliau pernah bertugas sebagai guru di SekolahMelayu Batang Kali, Selangor dan Sekolah Melayu Princess Road dan juga sefaagai editor /penyunting di DBP dan Karyawan Tamu.

- Beliau banyak menghasilkan novel kaanak-kanak selain novel remaja, cerpen, biografi, danautobiografi.

- Antara hadiah yg dimenanginya dim bidang penulisan ialah:- Hadiah penghargaan dim peraduan menulis.- Novel sejarah (kanak-kanak) DBP - Pelita yang Menyala.- Hadiah khas dim Sayembara Buku Biografi- Hadiah pertama dalam peraduan hadiah Sastera Remaja ESSO -GAPENA.

(R) Ahmad Shakir Bin Jaafar @ Nota Novel ADB4