Novel Di Sebalik Wajah
-
Upload
heary-razani -
Category
Documents
-
view
35 -
download
0
description
Transcript of Novel Di Sebalik Wajah
NOVEL DI SEBALIK WAJAH
SINOPSIS
Novel Di Sebalik Wajah mengisahkan kesukaran hidup yanag terpaksa
ditempuh oleh seorang budak lelaki yanag sejak azalinya dilahirkan balar,
berkulit putih kemerahan, berambut kuning keemasan yang dinamakan
sebagai Doktor Fikri.
Selepas bapanya , Cikgu Saiful berpindah ke pekan Menggatal, Doktor
Fikri bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal di tingkatan
Dua Mawar. Di sana, dia berkawan rapat dengan beberapa oranag rakan
seperti Azizi, Suriani , Josy, Dayang Mahani dan Sanin.Walaupun sering diejek
akan penampilannya yang berbeza namun Doktor Fikri tidak pernah
mengambil hati. Malah, dia mempelawa rakan-rakannya itu ke rumahnya
untuk melihat hobinya menanam sayur dan memelihara ayam. Selain itu,
Doktor Fikri juga gemar membaca. Oleh sebab itu, terdapat perpustakaan
mini di dalam rumahnya dan Doktor Fikri mempelawa rakan-rakannya
meminjam buku miliknya. Dia juga mengajak rakan-rakannya ke Tamu
Menggatal untuk bersama-sama menjual sayur-sayuran yang ditanam.
Namun nasib kurang menyebelahi mereka apabila hujan turun dengan
lebatnya pada hari itu. Akibatnya, hasil yang diperoleh kurang
memberangsangkan.
Narius, Jais dan Jamadi ialah murid-murid nakal di sekolah Doktor Fikri.
Mereka merupakan murid-murid tingkatan empat. Mereka memeras ugut
Doktor Fikri untuk meberikan wang sebagai cukai kepada mereka.Namun
akhirnya mereka tertangkap oleh pihak sekolah dan dihukum rotan di
hadapan perhimpunan sekolah.Rentetan itu mereka berdendam kepada
Doktor Fikri yang disangka telah melaporkan kejadian tersebut kepada guru
disiplin.
Satu pemeriksaan mengejut dilakukan di sekolah Doktor Fikri. Semasa
pemeriksaan dijalankan di tingkatan Dua Mawar, buku-buku perpustakaan,
pen dan dompet yang dilaporkan hilang oleh murid-murid di sekolah itu
ditemui dalam beg sekolah Doktor Fikri. Doktor Fokri dituduh mencuri oleh
rakan-rakannya dan hubungan mereka menjadi renggang. Hanya Josy yang
mempercayai kata-kata Doktor Fikri.
Walau bagaimanapun, rahsia akhirnya terbongkar jua setelah Narius dan
rakan-rakannya berjaya diberkas oleh pihak polis atas pelbagai kesalahan
termasuk mencuri basikal baharu Doktor Fikri. Namun, niat baik Doktor Fikri
memujuk ayahnya supaya menjamin Narius menyebabkan Narius berasa
kesal dan malu akan sikap buruknya terhadap Doktor Fikri selama ini.
Selepas kejadian itu, hubungan antara Narius dan Doktor Fikri semakin
rapat .Hal ini menimbulkan keraguan rakan-rakannya yang bimbang Doktor
Fikri terpengaruh denga kelakuan buruk Narius. Narius dan rakan-rakanya
masuk ke kelas Tingkatan Dua Mawar dan
memperjelaskan kedudukan sebenar dan memohon maaf kepada rakan-
rakan Doktor Fikri. Narius dan rakan-rakannya juga menyampaikan sepucuk
surat daripada Doktor Fikri kepada rakan-rakan baik Doktor Fikri. Pemergian
Doktor Fikri dan keluaraganya ke Jepun amat memeranjatkan mereka.
Setelah setahun berlalu, Doktor Fikri dan keluarganya pulang ke Malaysia.
Kepulangan mereka disambut mesra oleh rakan-rakan Doktor Fikri di
Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu. Rakan-rakan Doktor Fikri
menawarkan untuk mengemaskan rumahnya yang telah lama ditinggalkan.
Dalam pada itu, Doktor Fikri turut memberikan cenderamata kepada rakan-
rakan baiknya itu di samping mencerikatakan pengalamannya berada di
Jepun.
Doktor Fikri menyampaikan hasratnya untuk menawan puncak Gunung
Kinabalu kepada kedua-dua orang tuanya. Ibu dan bapanya bersetuju untuk
menunaikannya. Mereka berehat di Panalaban sebelum meneruskan
pendakian. Semasa berada di rumah rehat itu. Doktor Fikri telah bermimpi
dikejar oleh seekor naga yang menjadi dongeng masyarakat Dusun
sehinggakan dia terjatuh dari katil dan menyebabkan penghuni rumah rehat
Panalaban berasa terkejut akan jeritan Doktor Fikri.
Tema
Dalam novel Di Sebalik Wajah, tema yang ingin disampaikan oleh pengarang
ialah kehidupan suka dan duka seorang budak balar. Novel ini
mefokuskan kehidupan yang dialami oleh seorang budak balar yanag
berambut kuning keemasan dan berkulit putih yanag mempunyai nama yang
unik iaitu Doktor Fikri. Dia menjadi bahan ejekan dan sering dicemuh oleh
murid-murid lain disekolahnya namun doktor Fikri tetap bersabar. Kehadiran
lima orang sahabat dalam hidupnya menceriakan hari-harinya . Dia
berkongsi minat membaca dan menjual sayur-sayuran di Tamu Menggatal
dengan rakan-rakannya. Akibat dendam . Doktor Fikri difitnah mencuri buku
dari perpustakaan oleh Narius dan rakan-rakannya. Namun, rahsia akhirnya
terbongkar apabila Narius ditangkap pihak polis kerana mencuri basikal
baharu Doktor Fikri dan akhirnya dijamin keluar oleh bapa Doktor Fikri.
Hubungan Narius dan Doktor Fikri bertambah baik dan kemudian Doktor Fikri
meninggalkan tanah air bersama dengan keluarganya ke Jepun. Setahun
kemudian Doktor Fikri pulang dan rakan-rakan baiknya tyang dirindui.
Persoalan
Terdapat banyak persoalan yang boleh kita pelajari dalan novel Di
Sebalik Wajah. Antara persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis ialah
kasih sayang sesebuah keluarga. Kasih sayang ini ditunjukkan oleh Cikgu
saiful terhadap anaknya.Cikgu saiful menyayangi anaknya yang baru
dilahirkan walaupun anaknya itu cacat. Dia berharap agar anaknya itu kelak
akan menjadi seorang yang berguna dan mulia.
Selain itu, persoalan yang dapat dilihat ialah balasan ke atas
perbuatan jahat. Narius dan rakan-rakannya dikenakan hukuman setimpal
kerana perbuatan jahat mereka. Tanpa disangka-snagka perbuatan Narius
dan rakan-rakannya memeras ugut Doktor Fikri telah membawa akibat buruk
kepada mereka.Mereka ditangkap dan dihukum oleh pengetua di hadapan
murid-murid lain sewaktu perhimpunan sekolah.
Persoalan seterusnya ialah jenayah dan gejala sosial. Persoalan ini
dapat dilihat melalui peristiwa Narius dan rakan-rakannya memeras ugut dan
meminta cukai keselamatan daripada Doktor Fikri. Mereka juga tergamak
menghabiskan bekalan makanan yang dibawa oleh Doktor Fikri ke sekolah.
Di samping itu, mereka juga turut terlibat dengan kegiatan mencuri basikal
dan bergerak di bawah arahan seorang ketua.
Persoalan lain yang ingin disampaikan ialah takdir yang tidak dapat
dielakkan. Cikgu saiful dan Puan Halipah reda akan nasib mereka
dikurniakan seoanag anak yang balar walaupun pada awalnya mereka tidak
dapat menerima kenyataan bahawa bayi yang baru dilahirkan itu berbeza
daripada bayi-bayi lain.Namun, pada akhirnya mereka pasrah serta reda
akan ketentuan Tuhan kerana pada pendapat mereka, zuriat adalah
anugerah buat setiap ibu dan bapa.
Akhir sekali, persoalan yang ingin disampaikan oleh penulis ialah cinta
akan tanah air. Perasaan cinta akan tanah air dipamerkan oleh Doktor Fikri
yang sering teringat akan tanah air ketika berada di negara Jepun. Dia selalu
berasa rindu akan tanah air dan rakan-rakannya . Dia juga mengimpikan
untuk menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah.
Watak dan Perwatakan
Watak Utama
Watak utama dalam novel Di sebalik wajah ialah Doktor Fikri. Doktor Fikri
berusia 14 tahun dan merupakan anak tunggal kepada Cikgu saiful dan Puan
Halipah. Bertubuh kecil dan sentiasa berpakaian kemas. Keadanya balar
manakala rambutnya pula kuning keemasan.
Perwatakan Doktor Fikri pula ialah seorang yang rajin dan berdikari.
Sifat ini terserlah apabila dia gigih memelihara ayam dan mengusahakan
sayur-sayuran di kebunya sehingga membuahkan hasil yang kemudiannya
dijual di Tamu Menggatal. Hasil jualannya disimpan pula sebagai persiapan
di kemudian hari, Dia tidak mahu bergantung kepada kedua-dua ibu dan
bapanya.
Seterusnya, perwatakan doktor Fikri yang dapat dilihat ialah sabar .
Sifat sabar Doktor Fikri sering diuji apabila ia sering diperli dan diejek.Doktor
Fikri juga tetap bersabar walaupun dituduh mencuri buku-buku di
perpustakaan , pen dan dompet yang hilang.
Perwatakan taat kepada perintah agama dipaparkan ketika peristiwa
Doktor Fikri menunaikan kewajipannya sebagai muslim dengan menunaikan
solat semasa berada di Chalet Taman Negara Kinabalu sebelum menunaikan
pengembaraannya ke Gunung Kinabalu.
Selain itu, gemar membaca merupakan perwatakan yang dimiliki oleh
Doktor Fikri. Doktor Fikri berpendpat amalan membaca akan memperkaya
ilmu pengetahuan. Sikap positif ini membolehkannya membuat satu
perpustakaan mini di rumahnya.
Akhir sekali, perwatakan Doktor Fikri yang jelas kelihatan ialah sikap
berjimat cermat. Doktor Fikri lebih gemar membawa bekalan daripada
makan di kantin sekolah. Dia juga gemar menabung sehinggakan wang
simpanannya di dalam bank mencecah RM1000.00.
Watak sampingan
Antara watak sampingan yang terdapat dalan novel ini ialah Cikgu
Saiful.Cikgu Saiful merupakan suami Puan Halipah dan ayah kepada Doktor
Fikri. Dia merupakan seorang guru di sebuah sekolah menengah di Tuaran,
Sabah. Bagaimanapun dia telah meletakkan jawatan sebagai guru dan
berkhidmat di sektor swasta.
Perwatakan Cikgu Saiful merupakan seorang suami yang taat setia
dan penyayang. Ketika isterinya Halipah mengandung, dia telah mencari
daging rusa di persekitaran Kota Kinabalu demi memenuhi permintaan
isterinya. Dia juga kelihatan cemas dan risau ketika isterinya berada di wad
bersalin.
Selain itu,Cikgu Saiful juga merupakan seorang ayah yang
bertanggungjawab dan penyayang. Dia amat sayang akan anak tunggal
mereka, iaitu Doktor Fikri. Dia sentiasa mengambil berat pelajaran dan
kehendak anaknya. Contohnya dia membenarkan anaknya mempraktikkan
Pendidikan Kemahiran Hidup dengan berkebun sayur-sayuran, menternak
ayam dan menjual sayur-sayuran, malah dia turut membantu Doktor Fikri
mengutip najis lembu di jalan raya sebagai baja sayur-sayuran.
Cikgu Saiful juga seorang yang alim. Dia sentiasa menunaikan solat
sembahyang. Ketika anaknya dilahirkan dia segera meminta kebenaran
daripada jururawat untuk membaca azan anaknya. Cikgu Saiful juga mudah
insaf akan kesilapannya. Contohnya pada mulanya, dia tidak percaya
bahawa bayi yang balar itu adalah cahaya matanya. Setelah ditegur oleh
doktor, dia segera insaf akan kesilapannya lalu menerima hakikat tersebut.
Dia meminta maaf kepada bayi itu atas kezaliman dan bersyukur atas
anugerah Tuhan itu.
Akhir sekali, Cikgu Saiful seorang yang baik hati.Sikap baik hati ini
ditunjukkan semasa dia berada di balai polis untuk mengambil basikal
anaknya semula. Setelah dipujuk oleh Doktor Fikri, Cikgu Saiful mengambil
keputusan untuk menjamin Narius keluar dari lokap walaupun budak lelaki
itu sering membuli dan menganiaya anaknya.
Watak sampingan yang seterusnya ialah Puan Halipah. Puan Halipah
ialah isteri kepada Cikgu Saiful dan ibu kepada Doktor Fikri. Dia ialah
seorang suri rumah tangga dan dan berpewatakan penyayang. Dia amat
sayang akan suami dan anaknya, Doktor Fikri. Dia sentiasa membekalkan
makanan kepada anaknya ke sekolah. Puan Halipah juga seorang ibu yang
bertanggung jawab dan mengambil berat pelajaran anaknya.
Contohnya setiap petang dia pasti memeriksa buku latihan Doktor Fikri dan
menemani anaknya membuat latihan. Dia berjaya memupuk tabiat
membaca kepada anaknya.
Halipah juga seorang yang mesra. Ketika kawan sekelas Doktor Fikri datang
ke rumah mereka, Halipah melayani mereka dengan mesra. Makanan dan
minum segera dihidangkan.
Selain itu watak yang dipaparkan ialah watak Josy seorang pelajar
perempuan di Kelas Dua Mawar di SMK Menggatal. Berketurunan Dusun,
berkulit cerah, berambut panjang yang diikat kemas dan mempunyai tahi
lalat di tengah-tengah dahi.
Perwatakan Josy merupakan seorang yang mudah bergaul mesra dengan
orang lain. Dia sanggup pergi ke Kelas Dua Mawar untuk berinteraksi dengan
pelajar baru, iaitu Doktor Fikri. Josy juga bersikap setia kawan. Dia
menaruh kepercayaan yang sepenuh kepada Doktor Fikri ketika Doktor Fikri
didakwa sebagai pencuri. Dia sentiasa menasihati Doktor Fikri atas kejadian
tersebut. Selain itu, Josy juga seorang yang baik hati. Dia memberikan kata-
kata semangat kepada Doktor Fikri ketika Doktor Fikri hendak menyertai
acara larian 1500 meter pada hari sukan sekolah.
Watak-watak lain yang terdapat dalam novel ini ialah Dayang Mahani,
Suriani, Sanin dan Azik .Mereka merupakan kawan baik kepada Doktor
Fikri. Mereka tidak memandang serong terhadap Doktor Fikri yang
merupakan budak balar. Mereka telah banyak memberikan bantuan kepada
Doktor Fikri. Bagaimanapun, mereka turut tidak mempercayai Doktor Fikri
seperti murid lain apabila Doktor Fikri didakwa sebagai pencuri. Mereka juga
mencurigai kawan yang baru ini.
Narius merupakan watak antagonis dalam novel ini.Narius merupakan
murid Tingkatan Empat. Dia berasal daripada keluarga yang miskin dan
ayahnya telah manakala adik-beradiknya banyak. Narius berpewatakan
nakal dan bertindak ganas. Dia dan rakannya, Jais dan Jamadi merupakan
gengster di sekolah mereka. Mereka sentiasa membuli murid yang lemah.
Mereka sentiasa memeras ugut pelajar yang baru seperti Doktor Fikri.
Setelah berguru dengan seorang banduan untuk belajar ilmu silat, sikap
bertambah teruk sehingga sanggup mencuri harta di sekolah dan di luar
sekolah sehingga dia ditahan oleh pihak polis,
Dia bersikap pendendam . Narius berdendam dengan Doktor Fikri yang
disangka melaporkan kegiatan peras ugut mereka sehingga dirotan oleh
pengetua, mereka sanggup menganiaya Doktor Fikri dengan memasukkan
barang curian ke dalam beg sekolah Doktor Fikri.
Bagaimanapun, akhirnya dia telah insaf akan kesalahan setalah dibantu
oleh Doktor Fikri dan Cikgu Saiful dengan membayar wang ikat jamin dari
lokap, Sejak itu, dia menjadi kawan baik Doktor Fikri. Dia sanggup memohon
maaf kepada semua pelajar Kelas Dua Mawar kerana telah mencemarkan
nama baik kelas mereka dengan memasukkan barang curian ke dalam beg
sekolah Doktor Fikri.
Watak terakhir ialah watak Cikgu Wahab merupakan seorang guru
disiplin. Dia merupakan seorang yang bertanggungjawab dan tegas. Dia
bersikap serius ketika berhadap dengan pelajar yang melanggar peraturan
sekolah.Contohnya, beliau bertindak tegas ketika menahan Doktor Fikri yang
datang lewat ke sekolah. Bagaimanapun, dia turut bersikap timbang rasa.
Contohnya dia membuka pintu pagar dan membenarkan Doktor Fikri yang
lewat ke sekolah kerana tidak tahu waktu persekolahan sekolah barunya.
LATAR
Latar Tempat
Antara latar tempat yang terdapat dalam novel Di Sebalik Wajah ialah
Hospital Ratu Elizabelt, Kota Kinabalu .Peristiwa yang berlaku di latar
tempat ini ialah Cikgu Saiful berasa cemas ketika berada di luar bilik
bersalin. Dia berdoa agar anak dan isteri akan selamat setelah agak lama
isteri dihantar ke dalam bilik bersalin. Di situ, dia bertemu dengan seorang
doktor Melayu yang bernama Doktor Fikri yang berbudi bahasa dan alim
sehingga dia berhasrat untuk menamai anak yang bakal dilahirkan itu
sebagai Doktor Fikri. Peristiwa yang terpenting ialah anak Cikgu Saiful dan
Puan Halipah telah dilahirkan berpenyakit balar di hospital itu.
Selain itu, Rumah Cikgu Saiful merupakan latar tempat yang juga
terdapat dalam novel ini.Rumah ini terletak di 69, Taman Richdar,
Menggatal. Rakan sekolah telah mengunjungi rumah ini dan disambut mesra
oleh Puan Halipah di ruang tamu. Di bilik bacaan, mereka ternampak banyak
buku yang ada di dalam rak. Mereka juga meminjam buku daripada Doktor
Fikir. Di belakang rumah Doktor Fikri, dia menanam pelbagai jenis sayur
seperti sawi, kacang bendi, tomato, cili dan menternak ayam. Dia telah
membawa rakannya mengunjungi kebun sayurnya. Doktor Fikri sanggup
mengutip tahi lembu sebagai baja tanamannya. Dia menjual hasil
tanamannya di tamu dan menyimpan wang dalam bank .
Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal juga merupakan salah
satu latar tempat yang turut terdapt dalam novel Di Sebalik Wajah.SMK
Menggatal merupakan latar tempat yang terpenting dalam perkembangan
plot. Di situ, Doktor Fikri menuntut pelajaran. Dia merupakan pelajar kelas
Dua Mawar. Dia mendapat banyak kawan baru, iaitu Josy, Dayang Mahani,
Suriani, Sanin dan Aziz. Dia juga menyertai lumba lari 1500 Lelaki B sehingga
jatuh pengsan dalam beberapa langkah sebelum garis penamat. Dia sering
mengunjungi perpustakaan di sekolah dan suka membaca buku di situ,
Bagaimanapun dia turut dianiayai oleh pelajar samseng yang membuat
dakwaan bahawa dia telah mencuri pen, buku perpustakaan, dompet dan
sebagainya.
Tamu di Pekan Menggatal “Tamu” merupakan pasar minggu yang
lazimnya terdapat di pekan-pekan Sabah. Lazimnya penduduk peribumi, iaitu
orang Dusun dan Kadazan akan membawa hasil tanaman mereka di tamu
untuk dijual di samping bertemu dengan kawan. Doktor Fikri dan lima orang
rakannya telah membawa sayur-sayuran ke tamu di pekan untuk dijual. Pada
awal pagi, mereka telah tiba di situ. Mereka meletakkan sayur-sayuran di
atas tikar di tepi jalan untuk dijual. Ada seorang wanita telah membeli
seringgit sayur sawi. Tiba-tiba hujan turun dengan lebat. Mereka terpaksa
berteduh di kaki lima kedai. Sayur-sayuran itu tidak dapat dijual. Walaupun
hanya mendapat hasil jual sebanyak seringgit sahaja, Doktor Fikri masih
sabar dan menasihati rakannya bahawa dalam ilmu perdagangan, untung
dan rugi adalah lumrahnya.
Balai Polis Pekan Menggatal merupakan tempat dimana Doktor Fikri
dan ayahnya Cikgu Saiful telah ke Balai Polis Pekan Menggatal untuk
mengambil balik basikal yang telah dicuri. Di situ, Doktor Fikri telah
menjumpai Narius telah ditahan di dalam lokap. Narius menangis kerana
ayahnya yang tua tidak mampu mengeluarkan wang untuk mengikat
jaminnya keluar dari balai polis. Doktor Fikri segera merayu ayahnya untuk
mengikat jamin terhadap Narius walaupun Narius pernah memeras ugutnya,
mencuri basikal baharunya dan menganiayainya, iaitu sengaja memasukkan
barang yang dicuri ke dalam begnya.
Di samping itu,Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
diselitkan dalam novel ini sewaktu Doktor Fikri dan ibu bapa balik dari
Osaka, Jepun. Mereka tiba di lapangan itu dan disambut oleh
rakannya,Dayang Mahani, Suriani, Sanin dan Aziz. Setelah setahun berpisah,
mereka gembira dapat bertemu semula.
Akhir sekali, latar tempat yang dipaparkan dalam Novel Di Sebalik Wajah
ialah Gunung Kinabalu .Doktor Fikri dan ibu bapanya telah menginap di
sebuah chalet di Taman Negara Kinabalu. Udara di situ sungguh nyaman
malah dingin dan terdapat pemandangan yang mempesonakan, iatu Gunung
Kinabalu yang tinggi dan tersergam serta kaya dengan flora yang unik.
Ketika tiba di tengah lereng gunung itu, iaitu Panalaban, mereka bermalam
di situ dan akan meneruskan pendakian gunung pada keesokan subuh pagi.
Bagaimanapun pada malam itu, Doktor Fikri bermimpi dan mengigau
sehingga terjatuh dari katil .
Latar Masa
Latar masa dalam novel Di Sebalik Wajah ialah zaman moden atau zaman
sekarang, iaitu berlaku pada tahun 1990-an dan 2000-an. Jarak masa novel
ini dalam tempoh 15 tahun.
Salah satu peristiwa yang berlaku pada waktu pagi ialah lima orang
rakan Doktor Fikri telah datang ke rumahnya pada awal pagi. Mereka
membantu Doktor Fikri membungkus sayur-sayuran lalu mengayuh basikal
ke tamu untuk dijual. Selain itu, pada waktu pagi hari kedua belajar di SMK
Menggatal, Doktor Fikri menunggang basikal baharunya ke sekolah. Dia
terlewat dan pintu pagar telah terkunci. Akhirnya Cikgu Wahad telah
memberikan amaran kepadanya supaya tidak lewat ke sekolah lalu
membuka pintu untuknya. Seterusnya, pada suatu pagi, Doktor Fikri dan ibu
bapanya bangun dengan awal kerana hendak mendaki gunung. Oleh sebab
terlalu sejuk, mereka tidak mandi lalu mengemaskan semua bekalan untuk
menaiki sebuah lori ke kaki bukit.
Latar masa kedua ialah Peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah
lima orang rakan Doktor Fikri telah melawat ke rumahnya yang dua tingkat.
Mereka telah dibawa ke bilik bacaan Doktor Fikri. Mereka juga mengunjungi
kebun sayur-sayuran Doktor Fikri di belakang rumah. Mereka bergurau
senda di situ. Salah satu peristiwa yang berlaku pada waktu petang ialah
sebulan menjelang hari sukan tahunan sekolah, setiap petang Doktor Fikri
dan rakan-rakannya akan pergi ke sekolah untuk menjalani latihan sukan.
Pada suatu petang, dalam perjalanan ke sekolah, Doktor Fikri ditahan oleh
tiga orang pelajar Tingkatan Empat kerana mereka mengugutnya supaya
membayar wang keselamatan. Selain itu, pada suatu petang, Doktor Fikri
dan ayahnya telah pergi ke balai polis untuk mengambil balik basikalnya
yang telah dicuri. Di situ dia ternampak ayah Narius yang tua dan tidak
mampu mengikat jamin Narius kerana keluarga mereka yang miskin.
Latar masa yang terdapat dalam novel ini juga ialah pada waktu
malam.Peristiwa yang berlaku pada waktu malam ialah Doktor Fikri telah
bermimpi ngeri sehingga dia mengigau. Dia bermimpi bahawa dia tersesat
jalan ketika mendaki gunung lalu bertempur dengan seorang naga. Untuk
mengelakkan serangan naga dia terjatuh ke gaung. Akibatnya dia menjerit
sehingga menjagakan ibu bapanya.
Latar Masyarakat
Penulis menggambarkan satu latar masyarakat dalam latar tempat ini,
iaitu masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, India, Melayu dan
Cina. Contohnya,Cikgu Saiful bapa kepada Doktor Fikri,Doktor Vasuthevan
yang bertanggungjawab membedah Puan Halipah dan Cikgu Girlie Tan
berbangsa Cina selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Kebangsaan
Menggatal.
Selain itu, latar masyarakat yang mengetengahkan ialah golongan
murid sekolah dan masyarakat yang terdiri daripada pelbagai jenis
pekerjaan. Contohnya masyarakat yang bekerja sebagai guru, pemandu ,
pelancong, suri rumah dan peniaga.
Masyarakat yang turut dipaparkan ialah masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai lapisan usia.Tiga golongan utama yang terdapat
dalam novel ini ialah golongan remaja , golongan dewasa dan golongan tua.
Contoh golongan remaja yang terdiri daripada murid-murid sekolah seperti
Narius, Doktor Fikri, Sanin, Aziz, Josy dan pelajar-pelajar lain. Manakala
golongan dewasa pula teriri daripada Cikgu Saiful, Puan Halipah, Cikgu
Wahab, Cikgu Fatmahwati, Puan Hamdah dan jurupandu di Gunung Kinabalu.
Golongan tua pula ialah seorang lelaki tua yang berumur dalam lingkungan
50-an yang sedang menunggu anaknya bersalin.
Akhir sekali, masyarakat yang mendiami kawasan pekan.
Memfokuskan masyarakat yang tinggal di kawasan pekan dan bandar .
Contohnya, Cikgu Saiful dan keluarga yanag tinggal di Taman
Richda,Menggatal.
PLOT
Plot ialah susunan atau jalinan peristiwa berdasrkan sebab dan akibat.
Terdiri daripada i) binaan plot ii)Teknik plot
Binaan Plot
Binaan Plot yang pertama ialah permulaan. Bahagian permulaan plot
novelDi Sebalik Wajah mengisahkan Cikgu Saiful yanag menunggu
kelahiaran bayinya di Hospital Ratu Elizabeth.
Kemudian, isterinya Puan Halipah telah selamat melahirkan seorang bayi
lelaki, namuan bayi itu balar. Anak itu dinamakan Doktor Fikri.
Perkembangan plot ialah sewaktu Doktor Fikri berumur 14 tahun dan
betukar ke Sekolah Menengah Kebangsaan Menggatal kerana mengikut
bapanya berpindah. Dia mejadi bahan ejekan di sekolah kerana namanya
yang unik dan penampilannya yang berbeza. Namun dia tenang dna sabar
menghadapinya. Di Sekolah, dia berkawan baik dengan Sanin,Aziz, Dayang
Mahani, Suriani dan Josy. Doktor Fikri berkongsi hobinya iaitu berkebun
dengan lima orang rakannya.
Doktor Fikri dibuli oleh Narius dan rakan-rakannya.Mereka memeras ugut
Doktor Fikri untuk memberikan wang sebagai cukai kepada mereka.Namun
akhirnya mereka tertangkap oleh pihak sekolah dan dihukum rotan di
hadapan perhimpunan sekolah.Rentetan itu mereka berdendam kepada
Doktor Fikri yang disangka telah melaporkan kejadian tersebut kepada guru
disiplin.
Mereka memfitnah Doktor Fikri mencuri buku-buku perpustakaan, pen dan
dompet yang dilaporkan hilang . Nama baik Doktor Fikri tercemar dan
dipulaukan oleh rakan-rakanya.
Klimaks plot ini diteruskan dengan peristiwa Narius dan rakan-rakanya
ditahan polis atas tuduhan mencuri . Mereka berkomplot di bawah kelolaan
seorang bekas banduan. Cikgu saiful menamin Narius keluar dari lokap atas
pujukan Doktor Fikri. Setelah itu , hubungan Narius dan Doktor Fikri menjadi
rapat. Kehilangan Doktor Fikri selama dua hari menjadi tanda tanya. Rakan-
rakannya berasa khuatir akan kemungkinan bahawa Doktor Fikri terjerumus
kearah kejahatan.
Novel ini diakhiri dengan peleraian plot. Narius memberikan sepucuk
surat daripada Doktor Fikri kepada Aziz dan rakan-rakannya. Doktor Fikri
mengikut ayahnya menyambung pelajaran di jepun selama lima tahun.
Setelah setahun merantau, Doktor Fikri kembali bercuti ke tanah air dan
kepulangannya disambut mesra oleh rakan-rakan baiknya. Akhir
sekali,Doktor Fikri dan keluaganya mendaki puncak Kinabalu.
Teknik Plot
1. Imbas kembali (flashback)
Watak megingatkan kembali peristiwa ataupun dicerita secara langsung oleh
pengarang.
Contoh: Ingatan Cikgu Saiful menerawang pada ketika isterinya mula-mula
mengandung dahulu. Puan Halipah mengalami munta-muntah sewaktu
kandungannya berusia dua bulan.Dia juga hilang selera makan.
2. Imbas muka
Sesuatu yang belum berlaku tetapi dibayangkan akan berlaku.
Contoh: Puan Halipah berasa risau apabila membayangkan jika anak yang
dilahirkannya kelak cacat sebaik-baik sahaja dia melihat bayi-bayi yang ada
di dalam klinik semasa dia ingin membuat pemeriksaan.
3. Saspens
Dikenali sebagai unsur ketegangan. Lebih dikenali sebagai unsur tertanya-
tanya dan pembaca ingin mengetahu kisah selanjutnya.
Contoh:Pembaca tertanya-tanya akan nasib dan masa depan Doktor Fikri
yang cacat.Apabila bersekolah, dia diejek oleh rakan-rkan dan beberapa
orang guru. Di sini , pembaca akan dapat melihat kemampuan Doktor Fikri
menangani ayau menepis semua ejekan itu sama ada meneruskan
persekolahan atau tidak.
4. Konflik
Konflik bermaksud pertentangan atau pertikaian antara dua pihak.Terdapat
dua jenis konflik iaitu konflik luaran dan konflik dalaman.Konflik luaran
ialah pertentangan manusia dgn manusia, manusia dengan alam, dan
manusia dengan haiwan. Bukan setakat pertentangan fizikal tetapi juga
pertentangan pendapat, idea dan sikap .
Contoh: Pertelingkahan yang berlaku antara Doktor Fikri dengan Narius dan
rakan-rakannya. Narius mengugut Doktor Fikri supaya membayar cukai
keselamatan kepadanya tetapi Doktor Fikri tidak memberikannya kerana
tidak mempuyai wang pada ketika itu.
Konflik dalaman pula ialah pertentangan watak dengan dirinya
sendiri.
Contoh:
Doktor Fikri berasa gelisah apabila memikirkan balasan yanag mungkon
diterima nya selepas Narius, Jais dan Jamadi dikenakan hukuman rotan.
5. Dialog
Bermaksud pertuturan ataupun perbualan
Contoh: Dialog yang diucapkan oleh Cikgu Saiful ketika memberitahu
isterinya, Puan Halipah nama yang bakal diberikan kepada bayi lelaki
mereka.Daia meletakkan nama Doktor Fikri bersempena nama seorang
doktor yang budiman yang turut bersolat di surau bersama-samanya dan
mendoakan keselamatan Puan Halipah dan anak mereka.
6. Monolog Dalaman
Kata-kata yang terucap dalam hati seseorang watak.
Contoh:Doktor Fikri bercakap dalam hatinya tentang rakan-rakannya yanag
sedang berbisik dan ketawa. Doktor Fikri menganggap rakan-rakannya itu
sedang memperkatakan sesuatu tentang dirinya.
7. Monolog
Pertuturan atau rungutan yanag dilahirkan oleh seseorang watak.Monolog
selalunya tidak disambut oleh watak lain.
Contoh: Monolog yang dilahirkan oleh Cikgu Saiful yang merungut sendirian
ketika menunggu isterinya bersalin.
8. Pemerian/keperihalan
Pengarang menceritakan sesuatu secara langsung tidak kira sama ada aspek
latar ataupun perwatakan.
Contoh: Pengarang mengetengahkan latar masa iaitu pada waktu petang.
Pada petang itu. Narius, Jais dan Jamadi duduk di bawah sebatang pokok
yang rendang sambil menunggu Doktor Fikri pulang dari sekolah. Pokok itu
terletak di pinggir jalan.
Nilai-nilai murni
Salah satu nilai dalam novel ini adalah rajin. Watak utama Doktor Fikri
merupakan seorang budak yang rajin. Dia sanggup menanam sayur-sayuran
dan menjual hasilan tanaman di tamu. Dia juga tekun membaca buku.
Selain itu, nilai kasih sayang jelas terpapar dalam watak Cikgu Saiful
dan Puan Halipah. Mereka sangat sayang akan anak kandung mereka dan
sentiasa memenuhi kehendak anak kesayangan. Sebagai contoh, Cikgu
Saiful sanggup menemani anak mengutip najis lembu sebagai baja sayur-
sayuran ketika diminta oleh anak mereka.
Nilai tabah turut digambarkan dalam diri doktor Fikri sebagai seorang
pelajar. Dia tabah menghadapi layanan rakannya yang telah salah faham
akannya. Dia sentiasa tabah menghadapi layanan yang buruk daripada
murid yang lain.
Doktor Fikri juga mengamalkan nilai sedia memaafkan dan tidak
menaruh dendam terhadap orang yang pernah menganiayainya, iaitu Narius
yang meletakkan barang dicurinya ke dalam beg Doktor Fikri. Doktor Fikri
bukan memaafkan Narius malah meminta ayahnya mengikat jamin terhadap
Narius kerana terlibat dalam kes kecurian.
Di samping itu,nilai simpati terpapar sewaktu Doktor Fikri bersikap
simpati terhadap nasib Narius, iaitu keluarganya miskin, bapanya sudah tua
dan tidak mampu mengikat jaminnya keluar dari lokap. Doktor Fikri segera
meminta ayahnya menghulurkan bantuan.
Dalam novel di sebalik Wajah juga dipaparkan nilai bertanggungjawab
.Kakitangan perubatan di Hospital Ratu Elizabelt menjalankan tugas dengan
bertanggungjawab. Mereka melayani keluarga pesakit dengan mesra. Hal ini
terpapar oleh jururawat Cina yang membenarkan Cikgu Saiful mengucapkan
nazar kepada anaknya yang dilahirkan. Doktor yang berketurunan India juga
menjalankan tugas dengan amanah. Selain itu pengetua SMK Menggatal
sanggup merotan pelajar yang terlibat dalam kes peras ugut di dewan
sekolah. Cikgu Wahab juga melaksanakan tugasnya sebagai guru disiplin
dengan tegasnya.
Nilai berjimat cermat ditunjukkan oleh Doktor Fikri melalui sikapnya
yang sentiasa membawa bekalan emaknya ke sekolah daripada berbelanja
di kantin untuk menjimatkan wang.
Nilai Alim turut dipaparkan melalui watak Doktor Fikri yanag bekerja di
Hospital Ratu Elizabelt merupakan seorang yang alim dan bersopan santun.
Ketika melihat Cikgu Saiful dalam keadaan yang gelisah, dia turut mengajak
Cikgu Saiful menjalankan solat sembahyang di bilik surau di hospital
tersebut. Sikapnya yang mulia turut menyebabkan Cikgu Saiful hendak
menamai anak lelakinya sebagai “Doktor Fikri”.
Akhir sekali nilai Gigih juga terdapat dalam Doktor Fikri. Nilai ini dapat
dilihat ketika menyertai acara lumba lari 1500 lelaki B, dia tidak berputus
asa walaupun lututnya sakit dan berasa sukar bernafas. Bagaimanapun dia
jatuh pengsan ketika mendekati garis penamat.
Selain itu ketika mendaki Gunung Kinabalu, Doktor Fikri dan ibu bapanya
tidak berpatah semangat untuk meneruskan pendakian walaupun berasa
penat, sejuk, susah bernafas serta kaki yang sakit.
Pengajaran
Berdasarkan novel Di Sebalik Wajah, pengajarannya ialah kita harus
tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
Contohnya sebagai anak balar yang cacat dari segi kulit, Doktor Fikri
sentiasa tabah dan sabar ketika diejek, disindir malah dianiaya oleh murid
lain.
Pengajaran yang seterusnya ialah kita harus sedia memaafkan
kesalahan orang lain. Contohnya Doktor Fikri sedia memaafkan Narius
yang pernah memeras ugut terhadap malah meminta ayahnya membantu
Narius keluar dari lokap polis dengan membayar wang ikat jamin.
Selain itu, kita perlu rajin untuk mengusahakan sesuatu kerja.
Contohnya Doktor Fikri mengerjakan kebun sayur-sayurannya di belakang
rumah pada setiap petang. Dia sanggup mengutip najis lembu sebagai baja.
Selain itu dia juga menjualkan hasil tanaman di tamu.
Bukan itu sahaja, terdapat pengajaran tentang kita perlu bertanggungjawab
terhadap kerjaya kita. Misalnya kakitangan Hospital Ratu Elizabelt dapat
menjalankan tugas dengan baik.
Di samping itu, kita perlu berjimat cermat dalam kehidupan kita.
Doktor Fikri sentiasa berjimat cermat dan membawa bekalan ibu ke sekolah
tanpa berbelanja di kantin. Wang simpanan mencapai seribu ringgit di bank.
Dia dapat membeli basikal barunya dengan wang simpanan sendiri.
Tambahan pula, terdapat pengajaran kita harus hormat dan taat
kepada ibu bapa. Contohnya, Doktor Fikri sentiasa mematuhi perintah ibu
bapanya. Dia juga meminta kebenaran ibu bapanya dahulu sebelum
bertindak, seperti membeli basikal dengan wang simpanan sendiri.
Pengajaran lain ialah ibu bapa harus mengambil berat pelajaran
anak mereka. Contohnya ketika Doktor Fikri belajar , ibunya puan Halipah
pasti akan memeriksa buku latihan dan bertanya tentang pelajarannya di
sekolah.
Akhir sekali,terdapat pengajaran tentang ibu bapa harus menerima
kelahiran anak yang tidak sempurna dari segi fizikal. Tamsilnya pada
mula Cikgu Saiful sukar menerima bayinya agak berbeza dengan bayi yang
lain, anaknya ialah anak balar. Bagaimanapun atas nasihat doktor, dia telah
menyesal atas sikapnya dan sedia menerima bayi yang cacat dari segi kulit.