Novel Empangan

28
BAHAGIAN 1- KEPULANGAN J J pulang ke tanah air setelah 12 tahun merantau di Amerika. Dia tidak sesiapa tentang kepulangannya itu. Pada pukul 10 malam dia sampai di pekan Rembau. Dia dapati tidak banyak perbezaan yang berlaku di Kampung Paya. Dengan menaiki kereta terpakai yang dibelinya ketika singgah Kuala Lumpur sebelum itu dia cuba memandu melalui jalan becak untuk ke rumahnya. Oleh sebab cuaca buruk, keretanya rosak, dan jambatan pun tidak selamat untuk diseberangi, J berjalan kaki dan singgah di sebuah masjid. Di situ dia bertemu dengan sahabat lamanya iaitu Daun Nadim. Menurut Daun Nadim, dia telah bermimpi bahawa J akan pulang hari itu dan sebab itulah dia menunggu J di masjid. Mereka berasa gembira kerana dapat bertemu semula setelah sekian lama berpisah. J memberitahu tujuan dia pulang ke kampungnya ialah untuk menulis buku bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan ijazah kedoktorannya, dan tajuk penulisannya ialah The Malay Concept of Maya: A Philosophical enquiry. Dari masjid mereka ke rumah Daun Nadim, dan dari situ J minta diri lalu pulang ke rumah pusakanya. Ketika sampai di rumahnya, J dapati keadaan rumah itu sangat usang. Di rumah itu J mendapat ketenangan dan dia mula ingat kembali kisah tentang datuk neneknya iaitu Tukang Daud yang telah membunuh Tukang Andam akibat tidak berpuas hati dengan keputusan dalam beberapa pertandingan bertukang. Pembunuhan itu dilakukan di gelanggang laga ayam. Walaupun peristiwa itu terjadi pada tahun 1820, namun dia dapat mengetahuinya melalui ‘cerita warisan’ iaitu sejarah yang tidak formal atau sejarah yang disebarkan melalui lisan oleh penduduk-penduduk kampung itu. BAHAGIAN 2 - PROJEK EMPANGAN Nira Hitam datang ke rumah J bersama dengan Penghulu Kampung Paya dan beberapa pengikutnya. J tidak mempelawa Nira Hitam naik kerana lantai rumahnya yang telah uzur. Peristiwa ini menyebabkan Nira Hitam berasa kecil hati. Perbualan J dengan Nira Hitam dipenuhi dengan sindir-menyindir antara satu sama lain. Nira Hitam seolah- olah tidak suka melihat J pulang. Nira Hitam minta J mengalihkan keretanya kerana menghalang kenderaan yang lalu lalang di situ iaitu lori pembawa tanah. J kemudiannya diberitahu oleh Daun Nadim tentang projek membina empangan yang sedang berjalan di kampung itu iaitu di sebelah hulu sungai Titianwangsa, antara kaki Gunung Bunian dan Gunung Gajah. J bertekad untuk menyiasat dengan lebih lanjut lagi tentang projek empangan itu. Melalui Daun Nadim juga, J dapat tahu bahawa Nira

Transcript of Novel Empangan

Page 1: Novel Empangan

BAHAGIAN 1- KEPULANGAN J J pulang ke tanah air setelah 12 tahun merantau di Amerika. Dia tidak sesiapa tentang kepulangannya itu. Pada pukul 10 malam dia sampai di pekan Rembau. Dia dapati tidak banyak perbezaan yang berlaku di Kampung Paya. Dengan menaiki kereta terpakai yang dibelinya ketika singgah Kuala Lumpur sebelum itu dia cuba memandu melalui jalan becak untuk ke rumahnya. Oleh sebab cuaca buruk, keretanya rosak, dan jambatan pun tidak selamat untuk diseberangi, J berjalan kaki dan singgah di sebuah masjid. Di situ dia bertemu dengan sahabat lamanya iaitu Daun Nadim. Menurut Daun Nadim, dia telah bermimpi bahawa J akan pulang hari itu dan sebab itulah dia menunggu J di masjid. Mereka berasa gembira kerana dapat bertemu semula setelah sekian lama berpisah. J memberitahu tujuan dia pulang ke kampungnya ialah untuk menulis buku bagi memenuhi syarat untuk mendapatkan ijazah kedoktorannya, dan tajuk penulisannya ialah The Malay Concept of Maya: A Philosophical enquiry. Dari masjid mereka ke rumah Daun Nadim, dan dari situ J minta diri lalu pulang ke rumah pusakanya.

Ketika sampai di rumahnya, J dapati keadaan rumah itu sangat usang. Di rumah itu J mendapat ketenangan dan dia mula ingat kembali kisah tentang datuk neneknya iaitu Tukang Daud yang telah membunuh Tukang Andam akibat tidak berpuas hati dengan keputusan dalam beberapa pertandingan bertukang. Pembunuhan itu dilakukan di gelanggang laga ayam. Walaupun peristiwa itu terjadi pada tahun 1820, namun dia dapat mengetahuinya melalui ‘cerita warisan’ iaitu sejarah yang tidak formal atau sejarah yang disebarkan melalui lisan oleh penduduk-penduduk kampung itu.

BAHAGIAN 2 - PROJEK EMPANGAN

Nira Hitam datang ke rumah J bersama dengan Penghulu Kampung Paya dan beberapa pengikutnya. J tidak mempelawa Nira Hitam naik kerana lantai rumahnya yang telah uzur. Peristiwa ini menyebabkan Nira Hitam berasa kecil hati. Perbualan J dengan Nira Hitam dipenuhi dengan sindir-menyindir antara satu sama lain. Nira Hitam seolah-olah tidak suka melihat J pulang. Nira Hitam minta J mengalihkan keretanya kerana menghalang kenderaan yang lalu lalang di situ iaitu lori pembawa tanah. J kemudiannya diberitahu oleh Daun Nadim tentang projek membina empangan yang sedang berjalan di kampung itu iaitu di sebelah hulu sungai Titianwangsa, antara kaki Gunung Bunian dan Gunung Gajah.

J bertekad untuk menyiasat dengan lebih lanjut lagi tentang projek empangan itu. Melalui Daun Nadim juga, J dapat tahu bahawa Nira Hitam telah melarang orang ramai yang tidak berkenaan daripada menghampiri kawasan projek itu termasuklah orang suku Biduanda yang telah turun temurun tinggal di kawasan itu. Begitu juga dengan penduduk yang tinggal dekat dengan banjaran gunung itu, dan termasuk juga penduduk di lembah yang merangkumi Kampung Paya. J terkejut dan tidak berpuas hati dengan larangan-larangan itu. Orang-orang yang ditangkap kerana menceroboh akan dihukum dan nama mereka diumumkan di masjid setelah selesai kuthbah Jumaat.

Daun Nadim telah membawa J ke satu tempat untuk menyaksikan sendiri projek itu. J dapat melihat banyak kawasan hutan dan tanaman dimusnahkan. J juga melihat pengawal Nira Hitam mengikat tangan dan leher 3 orang daripada penduduk kawasan gunung termasuklah Datuk Datin Biduanda sendiri. J memarahi pengawal itu dan melepaskan ikatan.

J juga memberitahu bahawa perbuatan seperti itu tidak berperikemanusiaan. Kejadian itu telah dilaporkan kepada Nira Hitam dan 3 orang termasuk Datin Biduanda itu telah dilepaskan. Pada pendapat J, mereka merupakan penduduk di sekitar kawasan yang telah lama tinggal di situ dan penceroboh yang sebenarnya ialah pekerja-pekerja berbangsa cina dan korea yang terlibat dengan pembinaan empangan itu.

Page 2: Novel Empangan

Terdapat juga peristiwa 4 orang pengawal yang mengejar orang gunung telah tersesat dan termasuk ke dalam perangkap babi hutan. Peristiwa ini menjadi buah mulut orang kampung dan memalukan Datuk Endut Bondorang dan Nira Hitam. Lanjutan peristiwa itu, peraturan melalui kawasan larangan itu telah dilonggarkan. Peristiwa ini juga menambah kemarahan Nira Hitam terhadap J.

J kerap pergi ke kawasan pembinaan empangan itu untuk mengambil gambar . Dan pada suatu hari dia terserempak dengan seorang gadis ayu yang sedang membawa kayu api. J terpikat dengan kecantikan gadis tersebut.

Pada keesokannya, J diperintahkan berjumpa dengan Nira Hitam untuk memberi penjelasan tentang tingkah lakunya yang mengancam projek empangan itu. Perjumpaan itu turut dihadiri oleh Datuk-Datuk Lembaga-wakil setiap suku kaum. J memberi penjelasan bahawa pengawal yang mengikat leher dan tangan orang yang dikatakan menceroboh itu adalah tidak perlu kerana pengawal itu memiliki senapang oleh itu, tawanan mereka pasti tidak akan melarikan diri. Perjumpaan itu dipenuhi dengan pertengkaran antara J dengan Nira Hitam dan ternyata Nira Hitam tidak dapat mengatasi kebijaksanaan J menyampaikan hujah-hujahnya. J dianggap biadap dan menderhaka. Nira Hitam tersinggung dengan apa yang telah berlaku.

Dalam perjumpaan itu juga Nira Hitam telah mengeluarkan salinan fotostat hasil penulisan J yang disiarkan dalam sebuah jurnal di Kuala Lumlpur. Rencana itu membicarakan tentang projek pembinaan empangan yang pada pendapat J mengandungi kepentingan peribadi kerana penduduk kampung tidak dibawa berbincang mengenainya. Misalnya tentang hak pampasan, kepentingan projek, peranan penduduk, dan sebagainya. Walau bagaimanapun J telah dibebaskan dengan pesanan supaya lebih berhati-hati atas tindak-tanduknya selepas itu atau menerima akibat buruk.

BAHAGIAN 3 - INGIN BERUMAH TANGGA

Selepas peristiwa di balairung itu, J banyak mengurungkan dirinya di rumah sambil memikirkan tindakan dan sikapnya sebelum ini, dan bertekad ingin mengubah sikap dan menjadi seorang yang lebih bersabar.

J bersembahyang sunat Dhuha dengan mengikut panduan daripada buku. Sepanjang masa dia berkurung itu, dia banyak menghabiskan masanya dengan membaca al-Quran, buku tafsiran, dan banyak bersembahyang. J jugak memberitahu Daun Nadim tentang pertemuannya dengan seorang gadis cantik ketika berada di kawasan pembinaan empangan. Dan J menyatakan hasratnya ingin berumah tangga. J juga bertekad untuk menghadapi sebarang tindakan susulan Nira Hitam terhadapnya sama ada secara terbuka atau secara halus. Di samping itu, J juga kesal kerana Nira Hitam tidak mahu mengajak dia berunding sedangkan dia termasuk golongan orang yang terdidik dan dapat memahami sebarang penerangan tentang projek itu jika diberi peluang.

Dengan perkataan lain, J inginkan perspektif atau pandangan pihak yang menjalankan projek membina empangan itu. Kisah J membangkang Nira Hitam telah menjadi buah mulut orang-orang kampung di mana-mana. J mengambil kesempatan ini dengan memberikan satu persoalan kepada penduduk kampung iaitu pertengkaran antara dia dengan Nira Hitam itu tidak penting tetapi yang lebih penting ialah empang itu iaitu “…hak siapa, dan untuk siapa?”.

Bagi Nira Hitam, tidak ada sesiapa yang dapat merobohkan projek yang telah mula dibina itu dan dia juga kerap memberikan hadiah kepada beberapa orang penyokong kuatnya. Hadiah-hadiah itu berupa barang-barang dari pasar raya dan surat sokongan untuk mendapatkan pekerjaan di Rembau, motosikal, lesen teksi, dan lesen lori balak. Pada masa itu wujud dua pihak iaitu yang

Page 3: Novel Empangan

menyokong Nira Hitam dan satu pihak lagi yang menyokong J. Berlaku juga pergaduhan di sana sini sehingga terpaksa di letakkan ambulans sebagai langkah berjaga-jaga.

J telah menemubual beberapa orang penduduk dan didapati hanya 5 peratus penduduk yang tahu tentang projek itu. 25 peratus sahaja yang mendengar tentang projek itu setelah mendengar ada pergaduhan. 80 peratus penduduk sokong sekiranya projek itu dihentikan dan hanya 10 peratus sahaja yang mahu melihat projek itu diteruskan. J berpendapat Nira Hitam sepatutnya memberitahu sejauh manakah projek itu akan dilaksanakan. Berapa ekar tanah lagi akan diambil dan siapakah yang akan mendapat faedah hasil projek empangan ini. Bagi J, sungai Titian terus itu penting kerana penduduk kampung menggunakan airnya untuk diminum, mengairkan sawah, dan kebun. Sekiranya disekat dengan empangan itu, hasil penduduk akan terjejas.

Imam masjid kampung itu iaitu imam Kelawai juga turut mengecam J melalui khutbahnya pada hari Jumaat. Keadaan ini jelas kerana gaji imam Kelawai dibayar oleh Nira Hitam. Setelah menerima sindiran daripada seorang ahli jemaah, imam Kelawai berasa malu lalu menghentikan khutbahnya itu. Pada masa itu terjadi masalah perpecahan suku. Suku Batu Belang (J) dan suku Batu Berkembar (Daun Nadim) menyokong J. Dan orang-orang suku Batu Berhampar menyokong Nira Hitam. Didapati tidak ada lagi ciri-ciri perpaduan seperti saling membantu dan bertegur sapa. Namun, J ditegur sapa oleh ketujuh-tujuh suku itu. Sementara itu masalah kecurian juga dihadapi oleh penduduk kampung itu termasuklah Nira Hitam yang kehilangan sepasang kasut yang berharga RM 300.00. J merakamkan semua kejadian di kampung itu melalui perbualannya dengan orang-orang kampung dengan menggunakan pita rakamannya yang kecil.

Melalui perbualannya dengan orang-orang kampung juga J dapat tahu bahawa ada orang yang akan mencuri keretanya dan diberitahu juga tarikh, hari, dan nama bakal pencuri itu iaitu Badak. Pada hari yang berkenaan J bersedia dan telah dapat melihat pencuri itu dan mengambil gambarnya sekali. Percubaan Badak gagal kerana laluan jalan telah di sekat oleh J dengan batang pisang. Dalam pergelutan itu pencuri itu talah dapat ditangkap setelah dipukul oleh J dengan sebatang kayu. Namun begitu beberapa orang lagi yang datang bersama Badak telah sempat membakar keretanya. Kejadian itu dilaporkan kepada Nira Hitam pada malam itu juga. J diminta membuat laporan itu secara bertulis.

BAHAGIAN 4 - MEMELUK ISLAM BERAMAI-RAMAI

Pada malam itu J bermimpi dia dilanda ombak besar. Dia tidak dapat menafsir mimpinya itu tetapi ada kemungkinan penunggu rumah tersebut ingin menyampaikan sesuatu mesej kepadanya. J teringat cerita warisan yang membuktikan bahawa darah keturunannya ada juga orang alim seperti uztaz Abdul Karim. J dan Daun Nadim pergi semula ke kawasan pergunungan dan dalam perjalanan itu Daun Nadim menceritakan tentang keadaan kampung Sunyian yang selalu kehilangan haiwan ternakan akibat dimakan harimau. Cerita itu dikaitkan pula dengan cerita warisan. Kononnya tindakan menyerang haiwan ternakan itu ialah akibat tindak balas harimau kepada manusia yang mungkir janji tentang siapa yang akan memiliki gua. Manusia yang bersetuju untuk berkongsi tempat itu dengan harimau telah mingkir janjinya akibat tamak.

Masyarakat gunung juga kurang bersetuju dengan perkahwinan campur antara suku. Pada pendapat mereka perkahwinan antara J dengan Melur Putih itu tidak akan kekal kerana telah banyak perkahwinan campur antara perempuan dari daerah gunung dengan lelaki dari lembah tidak aman. Meraka juga mungkin akan melahirkan keturunan yang tamak , dengki, panas baran dan sebagainya. Namun pada hari itu Daun Nadim dan J pergi juga ke rumah Datin Biduanda untuk berbincang

Page 4: Novel Empangan

dengan ibu bapa Melur Putih. Melalui pantun, J memberikan bayangan tentang hajat mereka datang iaitu untuk bertanya dan merisik Melur Putih untuk dijadikan isteri J.

Datin Biduanda juga menjelaskan kepada J bahawa haiwan seperti pelanduk, rusa, dan kijang juga telah banyak berkurangan akibat pembinaan empangan itu. Datin Biduanda juga menganggap Nira Hitam menghinanya kerana sanggup meminang Melur Putih setelah pernah memperlakukan dirinya seperti binatang ketika diikat tangan dan lehernya dahulu. Badak juga pernah datang meminang Melur Putih tetapi ditolak. Dalam perbualan antara Daun Nadim dan Datin Biduanda itu, Daun Nadim dan J tidak bangkitkan soal agama walaupun mereka tahu Melur Putih bukan beragama Islam. Pada petang itu juga mereka berdua pergi ke Seremban untuk membeli cincin pertunangan.Urusan pertunangan diserahkan kepada Daun Nadim dan isterinya Latifah yang latah. Pada suatu ketika dahulu usaha untuk mengislamkan penduduk di kawasan gunung telahpun dilakukan orang tetapi semua usaha itu menemui kegagalan. J berpendapat keadaan itu kerana para mubaligh itu sendiri tidak jujur dan mereka sendiri masih belum betul-betul menunjukkan tingkah laku seperti orang Islam. Mereka juga sering menipu orang-orang di kawasan pergunungan itu.

Setelah beberapa kali berulang alik ke suatu tempat yang disebut perteduhan ( yang dipercayai tempat Tukan Daud pernah bertapa dahulu) J pergi sendiri ke rumah Datin Biduanda dengan membawa Al Quran untuk menerangkan kepada Melur Putih tentang Islam. Setelah itu seluruh penghuni gunung telah memeluk agama Islam. Upacara memeluk agama Islam secara beramai-ramai itu dilakukan dimasjid pada suatu hari Jumaat. Sementara itu urusan peminangan ditangguhkan kerana dikhuatiri Melur putih dan J adalah sesuku berdasarkan keturunan nenek moyang mereka. Oleh sebab perkahwinan antara sesuku tidak dibenarkan, mereka akan menyiasat latar belakang keluarga Datuk Datin Biduanda dahulu secara terperinci.

BAHAGIAN 5 - PERBICARAAN BADAK

Perbicaraan ke atas Badak yang membakar kereta J dijalankan di rumah Nira Hitam. Jemaah hakim diketuai oleh Nira Hitam sendiri dan barisan hakim terdiri daripada setiap ketua suku. Bagi ketua suku yang menjadi pembela, tempat mereka sebagai hakim akan digantikan oleh anak mereka sendiri. Badak akan dibela oleh Datuk Suku Batu Hampar manakala J akan dibela Oleh Datuk Suku Batu Belang.

Nira Hitam menyarankan agar perbicaraan itu tidak berlanjutan, hanya mereka perlu menetapkan nilai kereta J yang terbakar itu sahaja. Menurutnya lagi, perkara ini perlu demi kesejahteraan penduduk kampung. J tidak berpuas hati dengan pendapat itu dan meminta perbicaraan itu diteruskan. Pendapat ini disokong oleh DS Batu Belang.

Setelah pertuduhan(aquisation) dibaca, Badak tidak mengaku salah dan dia membawa beberapa orang saksi termasuklah ibunya sendiri. Imam Kelawai juga menjadi saksi dengan mengatakan bahawa dia pulang bersama dengan Badak agak lewat pada malam kejadian dan tak mungkin Badak yang kelihatan sangat letih itu dapat melakukan pekerjaan yang terkutuk itu. Semua saksi menyampaikan keterangan mereka setelah bersumpah sambil meletakkan tangan di atas al Quran. Pihak penyokong yang berada di bawah riuh rendah dan saling menyindir pihak masing-masing sehingga suasana perbicaraan bertukar menjadi seperti sarkas.

Nira Hitam membuat keputusan J tidak ada kes untuk menuduh Badak kerana Badak dapat mengemukakan saksi alibinya. Namun keadaan dan suasana perbicaraan telah bertukar apabila J telah menunjukkan bukti foto yang diambilnya pada malam kejadian. Foto tersebut dengan jelas menunjukkan wajah Badak dari depan, sisi, dan belakang. Bahan bukti ini ditunjukkan kepada barisan hakim dan semua saksi berasa malu kerana rahsia mereka terbongkar. Penonton yang

Page 5: Novel Empangan

menyokong Badak sebelum itu juga berasa malu kerana saksi mereka telah mengangkat sumpah dengan menggunakan Al Quran.

J telah membuat tuntutan ganti rugi sebanyak RM 6 000.00. Ganti rugi itu dibayar oleh Badak dan kawan-kawannya melalui pinjaman daripada Nira Hitam. Keadaan ini telah menambah pecah belah penduduk antara suku, dan J tidak suka keadaan ini berlaku. Dia berasa bertaggungjawab ke atas apa yang telah berlaku. Keputusan itu juga telah menyebabkan Onton telah tidak tahan menanggung malu lalu mengamuk dengan parangnya. Beberapa orang telah cedera termasuklah seorang pengawal yang cedera parah kerana cuba menghalang. Namun begitu J telah dapat menenteramkan Onton (bapa Badak) secara pujukan dan psikologi. Pada hari itu juga Badak membuat pengakuan bahawa dia telah melakukan percubaan mencuri itu bersama-sama dengan kawan-kawannya iaitu Kudung, Dokut, Bulo, dan Buduk. Mereka ditangkap ketika sedang minum arak di belakang kedai Sideeq.

BAHAGIAN 6 - TERMAKAN RACUN

Antara peristiwa penting dalam babak ini ialah rombongan peminangan J telah di rompak oleh Badak dan kawan-kawannya. Badak telah melarikan wang hantaran berjumlah seribu ringgit. Setelah hal ini diketahui oleh J, dia telah berpakat dan cuba memerangkap Badak dengan menyebarkan berita bahawa rombongan peminangan akan diteruskan.

Setiap kali pihak rombongan gagal memenuhi janjinya, Datuk Datin Biduanda menuntut denda sebanyak 1 000 ringgit setelah beberapa hari ditangguhkan, jumlah tuntutan menjadi 5 000 ringgit dan rombongan empat orang itupun bergerak ke rumah DD Biduanda. Di petengahan jalan, mereka diserang lagi. Kali ini Badak terkena kerana mereka telah dikepung oleh beberapa orang yang bersembunyi bersama dengan J. Setelah diugut, Badak mengaku dia yang merompak wang seribu ringgit dahulu dan berjanji akan mengambilnya balik dari rumah Nira Hitam. Sementara itu kawan-kawannya yang lain ditambat dekat dengan sarang penyengat sebagai tebusan. Sekiranya dia tidak balik, kawan-kawannya akan disengat. Dengan itu Badak terus pergi dan pulang semula dengan wang seribu ringgit itu, dan kawan-kawannya dilepaskan. Rombongan peminangan diteruskan.

Rombongan itu disambut secara besar-besaran. Hanya pasangan DS Batu Belang dan isterinya sahaja dibenarkan naik. Tetamu yang lain akan dilayan oleh jiran. Seorang tetamu bagi setiap rumah. J bertamu di sebuah rumah di tepi hutan. J telah dijamu dengan tapai yang beracun. Setelah sedar dirinya diracun, J cepat-cepat pulang ke rumahnya dan mengubati dirinya sendiri. Dia makan pil membersihkan perut dari racun yang dibawa pulang dari Amerika. Setelah agak sembuh sedikit dia pergi ke rumah Daun Nadim dan dia pengsan di situ.

BAHAGIAN 7 - PEMBUKAAN RASMI

J masih menderita akibat termakan racun . Kebanyakan orang kampung dapat mengagak siapa yang melakukan kerja terkutuk itu namun tidak seorang pun yang berani bersuara tentang hal tersebut. Ada juga yang percaya J ditimpa malang kerana makhluk halus dari gunung tidak merestui pertunangan J dengan Melur Putih.

Sementara itu, kerja-kerja projek pembangunan diteruskan di Kampung Paya. Penduduk kampung dapat melihat sendiri bagaimana pokok getah dan pokok-pokok di dusun mereka tumbang akibat dirempuh jentolak. Pekerja projek lebuh raya pula mengalami masalah kerana terpaksa bekerja dalam hujan. Banyak juga pekerja yang jatuh sakit sehingga akhirnya mereka berhenti seorang demi seorang kecuali juruukur. Pekerja tempatan telah diambil bekerja menggantikan pekerja mahir yang telah berhenti itu namun tidak dapat menjalankan tugas mereka dengan memuaskan. Namun

Page 6: Novel Empangan

begitu, projek lebuh raya itu siap juga setelah dibantu oleh 50 orang pekerja Korea yang membina empangan itu.

Hari pembukaan rasmi lebuh raya itu diadakan di pekan Rembau dengan dihadiri oleh pembesar-pembesar negeri termasuk DE Bondorang dan isterinya. Lebuh raya yang siap itu telah dilengkapi dengan tiang-tiang lampu yang diimport dan berukiran cara barat pada zaman Victoria. Yang anehnya ialah bekalan elektrik masih belum wujud lagi di kampung itu dan penduduk di situ tidak banyak yang mempunyai kenderaan untuk memanfaatkan lebuh raya itu. Lagipun, pembinaan lebuh raya tersebut terhenti separuh jalan dan tidak dipanjangkan melalui kampung paya. Oleh itu lebuh raya tersebut kebanyakannya digunakan oleh lembu dan kerbau.

Pada malamnya Nira Hitam mengadakan mesyuarat dan dalam mesyuarat itu dia telah menghalau Daun Nadim dan semua penduduk dari suku Batu Belang dengan alasan perbincangan itu tidak memerlukan penduduk dari suku Batu Belang. Terdapat dua perkara penting yang dibincangkan malam itu. Yang pertama ialah penubuhan syarikat kerjasama yang akan menjalankan perniagaan menjual dan membaiki alat-alat elektrik.

Syarikat tersebut juga akan mengendalikan kenderaan awam (bas) yang akan berulang alik dari Kampung Paya ke Rembau. Nira Hitam akan memiliki 50% daripada saham syarikat itu manakala 50% lagi akan dijual kepada ahli-ahli. Yang kedua ialah tentang undang-undang. Dalam soal empangan ini, Nira Hitam memberitahu bahawa undang-undang adat yang diamalkan oleh penduduk kampung selama ini tidak boleh diaplikasikan. Sebaliknya mereka perlu akur dengan undang-undang biasa kerana mereka akan berhubung dengan orang-orang yang berada di luar kawasan tempat tinggal mereka. Oleh itu syarikat yang akan ditubuhkan itu akan membeli tanah-tanah mereka dan kemudian akan dijual semula dengan harga ansuran yang murah. Menurut Nira Hitam, mereka dianggap setinggan kerana tanah pusaka yang mereka duduki selama ini tidak mempunyai geran. Nira Hitam menamakan syarikat itu Syarikat Kerjasama Kampung Paya (SKKP) dan dia telah menyediakan pejabat sementaranya di dalam sebuah ‘wagon’ dan orang kampung menggelarkan pejabat itu pejabat beroda.

Peristiwa Daun Nadim dihalau itu telah menyebabkan berlaku keretakan dalam perhubungan antara Suku Batu Belang dengan suku-suku yang lain. Oleh sebab itu mereka tidak lagi bersembahyang di masjid di Kampung Paya sebaliknya mereka berjumaah di surau mereka sendiri. Nira Hitam mempelawa semua penduduk mengambil borang untuk memohon menjadi ahli. Daun Nadim bertanya sama ada Suku Batu Belang juga boleh menyertainya lalu Nira Hitam memberitahu sekali lagi bahawa semua penduduk Kampung Paya layak memohon tanpa mengira suku. Pertanyaan dari Daun Nadim itu rupa-rupanya telah sengaja disuruh oleh Nira Hitam terdahulu daripada itu.

J juga turut memohon atas desakan Daun Nadim walaupun dia mengesyaki suku Batu Belang tentu tidak akan berjaya kerana pada borang tersebut diminta menulis nama suku. Pada pendapat J, maklumat itu tentulah untuk memudahkan panel pemilih membuat pengasingan dan orang2 Batu Belang akan tertipu lagi. Panel pemilih adalah terdiri daripada ketua suku masing-masing. Apabila pengumuman dibuat, tidak seorang pun dari suku Batu Belang yang terpilih kecuali DS Batu Belang sekeluarga dan Daun Nadim sekeluarga. Alasannya ialah, ketika membuat pemilihan itu DS Batu Belang tidak hadir kerana pergi ke Genting Highland dengan Nira Hitam untuk ‘membincangkan hal-hal penting’.

Keputusan itu menyebabkan J rasa bersalah kerana dia seolah-olah menjadi penyebab orang-orang suku Batu Belang tidak dapat peluang itu. Keputusan itu juga bererti J akan bermusuhan dengan

Page 7: Novel Empangan

Daun Nadim kerana mulai saat itu Daun Nadim sudah menjadi ahli syarikat SKKP sedangkan dia tidak. J pulang kerumahnya walaupun keadaannya masih belum pulih betul. Selama ini dia berasa dia membebankan Daun Nadim kerana tinggal di rumahnya. J dapati rumahnya berselerak kena geledah. Setelah bangun dari tidur, J terasa sihat sedikit, dia berbasikal ke Rembau. Di Rembau, dia pergi ke pejabat tanah. Setelah menyemak beberapa fail. Dia dapati terdapat beberapa kawasan tanah di K.Paya itu telah mempunyai geran, termasuklah tanah pusaka miliknya sendiri. Tanah ketua suku dan Nira Hitam juga mempunyai geran. Tanah-tanah yang lain dikategorikan sebagai tanah rezab Melayu. Ini bermakna penduduk yang meneroka atau tinggal di situ memang berhak menuntut tanah itu walaupun tanpa penubuhan syarikat SKKP.

BAHAGIAN 8 - HIDUPAN LIAR TERANCAM

Ketika berehat di hadapan pejabat tanah, J ternampak Daun Nadim dengan anak-anaknya sedang melintas jalan. Daun Nadim berpusing balik kerana tidak mahu bertembung dengan J. Mereka seolah-olah menjadi musuh sejak Daun Nadim menjadi ahli syarikat SKKP. J tidak menyalahkan Daun Nadim kerana dia perlu membeli tanah pusaka nenek moyangnya dan caranya ialah dengan menjadi ahli syarikat itu. Pada pendapat J, sekiranya Daun Nadim tidak mahu bertegur sapa dengannya, maka kehendak Daun Nadim itu akan dihormati. J juga terfikir, urusan pertunangannya yang sepatutnya diuruskan oleh Daun Nadim tentu terpaksa ditarik balik.

Ketika pulang dari Rembau hari itu, J ikut jalan lama. Dia melihat beberapa kejadian yang anih. J ternampak ikan yang berwarna warni melompat-lompat di dalam lubuk di tepi jalan. Terdapat ikan yang melompat ke atas tebing. Ikan itu mati apabila J pegang. J juga ternampak seekor ular sawa yang besar yang kemudiannya menjadi jambatan untuk beberapa ekor pelanduk melintasi sebatang anak sungai.

Kejadian yang anih itu disaksikan oleh J dan sepasang teruna dara yang sedang berdua-duaan tidak jauh dari situ. J menemani pasangan itu pulang. Dalam perjalanan, mereka menyaksikan pula berpuluh-puluh ekor gajah liar sedang mandi di dalam kubang. Apabila sampai di sebuah kampung mereka menyaksikan pelbagai haiwan yang sedang merayau-rayau. Orang-orang kampung lari dan menyembunyikan diri kerana takut kena serang tetapi binatang-binatang liar itu tidak mengganggu sesiapa. Apabila terdengar bunyi tempikan gajah-gajah liar, binatang-binatang itu keluar dari kampung itu. J juga melihat gajah-gajah liar itu balik semula ke gunung.

Hasil bekerjasama dengan Nira Hitam, Daun Nadim telah mendapat sebuah rumah baru, anaknya sulungnya dihantar melanjutkan pelajaran ke Amerika, Daun Nadim juga mendapat sebuah bengkel di Rembau untuk berniaga hasil rotan dan pertukangan tangan, dan dia memiliki sebuah kereta Honda Accord. Isteri Daun Nadim pula memarahi J kerana tidak hadir ketika mereka mengadakan kenduri sempena rumah mereka yang baru. J dituduh tidak mengenang budi. J memberikan alasan dia tidak pergi kerana dia bukan ahli syarikat SKKP.

J pergi lagi ke Pejabat Tanah. Dia membuat aduan bahawa SKKP cuba merampas tanah penduduk Suku Batu Belang kerana syarikat tersebut akan membeli tanah-tanah mereka dan mereka sendiri tidak dapat membeli tanah-tanah itu kerana mereka bukan ahli. Walaupun penduduk suku Batu Belang mempunyai hak untuk membeli rumah-rumah teres yang akan didirikan, namun mereka tidak mampu berbuat demikian. Oleh itu J berpendapat, syarikat SKKP tidak seharusnya dibenarkan beroperasi. J juga meminta akan Pejabat Tanah memberikan geran kepada penduduk suku Batu

Page 8: Novel Empangan

Belang menurut undang-undang biasa. J juga meminta agar projek pembinaan empangan dihentikan untuk mengekalkan imbangan ekologi dan menyelamatkan habitat hidupan liar.

Pegawai dari Pejabat Tanah memberitahu J bahawa pihaknya tidak dapat menarik balik pendaftaran syarikat SKKP kerana pada dasarnya syarikat tersebut ditubuhkan secara sah. Dia juga berkata, syarikat tersebut ada juga mengambil penduduk suku Batu Belang menjadi ahli. Alasan syarikat itu menghalau suku Batu Belang juga tidak diterima kerana perkara itu hanya satu ancaman dan satu kemungkinan yang tidak berlaku lagi. Soal empangan pula katanya melibatkan projek yang besar dan adalah di luar bidang kuasanya untuk membuat keputusan. Seterusnya J mengutus surat kepada DE Bondorang dan memberitahunya bahawa projek empangan telah membuat ramai penduduk Kampung Paya menjadi pecah belah. J mencadangkan projek itu dihentikan segera. Kesan surat itu ialah larangan untuk menghampiri kawasan empangan telah ditarik balik.

J cuba menubuhkan sebuah syarikat untuk membantu orang-orang suku Batu Belang namun permohononnya ditolak 3 kali berturut-turut dengan alasan tanda tangannya tidak sama ketika mengisi borang-borang permohonan itu.

Sementara itu, Nira Hitam telah dimalukan dalam satu majlis penyerahan anak kunci. Hal ini berlaku kerana terdapat beberapa orang dari suku Batu Belang yang layak menerima rumah teres tetapi enggan keluar menerima anak kunci tersebut apabila nama mereka dipanggil. Datuk Suku Batu Belang telah keluar mewakili mereka. Dia tidak menerima anak kunci itu malah menyumbatkan anak-anak kunci itu kedalam saku Nira Hitam dan berkata “Kau boleh mampus dengan rumah batu kau.”

Projek yang dijalankan oleh Nira Hitam juga melibatkan pembinaan masjid yang berharga 3 juta ringgit sebagai menggantikan masjid asal Kampung Paya yang dirobohkan oleh Tan Loi Sue apabila kerana mendapat upahan daripada Nira Hitam. Kebanyakan penduduk kampung kurang senang dengan tindakan ini lalu pergi ke rumah Nira Hitam untuk mendapatkan penjelasan. Mereka diberitahu bahawa masjid yang baru itu lebih sesuai untuk kampung mithali dan tarikan pelancong nanti. Penduduk kampung tidak dapat mendengar penjelasan Nira Hitam hingga selesai kerana hujan lebat dan pekat.

BAHAGIAN 9 - PERKAHWINAN J

Hari perkahwinan J telah ditetapkan. Penduduk suku Batu Belang turut bergembira dan J menerima pelbagai hadiah dari penduduk kampung seperti beras, lembu, kerbau, rusa, ayam, itik, bawang, lada, dan sebagainya untuk kenduri perkahwinan itu. J telah mengundang sendiri Nira Hitam dan Daun Nadim tetapi mereka tidak dapat datang kerana hendak pergi berkelah di empangan anjuran Nira Hitam.

Nira Hitam juga telah memecat pekerja dari suku Batu Belang yang bekerja dengannya kerana belot. Dia juga telah memberikan wang kepada pekerja yang diberhentikan itu sebanyak 50 ringgit supaya tidak dikatakan bertindak zalim.

Pada hari perkahwinan J ada juga beberapa orang yang membatalkan rancangan berkelah lalu pergi ke majlis perkahwinan J. Pada hari itu juga J menerima berita bahawa semua hadiah untuk kenduri perkahwinannya itu telah musnah. Beras ditebuk, dan haiwan untuk disembelih itu dibunuh secara kejam. Oleh sebab itu majlis kenduri di adakan di rumah pengantin perempuan sahaja. J kecewa kerana Daun Nadim tidak hadir bersama. Dengan bertemankan Hamzah dan Kadut, J pergi ke empangan tempat Daun Nadim dan orang-orang lain berkelah. J berasa hutang budinya akan terbayar sekiranya Daun Nadim dan keluarganya hadir di majlis perkahwinannya itu. Sekurang-

Page 9: Novel Empangan

kurangnya J ingin Daun Nadim melihat upacara dia diijab kabulkan dan bersanding. Ketika mengundang, Daun Nadim tidak menjawab salam J ,dan tidak menyambut tangan J malah dia berasa malu kalau dilihat oleh orang lain dia bercakap dengan J.

Di dalam masjid, sebelum mendirikan solat zuhur, Daun Nadim datang kononnya hendak menyampaikan satu pengumuman. Dia membawa borang untuk memohon mendapatkan geran bagi membuka tanah hutan di Kampung Sunyian. Orang-orang yang mendengar kata-kata Daun Nadim menganggap itu merupakan taktik untuk menghalau orang-orang Batu Belang dari lembah. Mereka dipelawa membuka tanah baru dan tanah mereka yang sedia ada di lembah akan dirampas. Mereka marah dan meneruskan sembahyang zuhur.

BAHAGIAN 10 - EMPANGAN ROBOH

Para jemaah yang bersembahyang zuhur pada hari itu tidak kusyuk kerana mengingatkan apa yang dikatakan oleh Daun Nadim. Selepas solat, J mengambil borang lalu dibaca. Dia terkejut kerana borang itu meminta penduduk memberitahu pihak Pejabat Daerah sempadan lama tanah mereka sama ada sempadan pokok atau batu tanda. Mereka juga diminta membuat lakaran tanah-tanah itu dan itu bererti sesiapa yang memiliki tanah tempat tinggal di Kampung Paya, dengan sendirinya diakui Oleh Pegawai Daerah. Daun Nadim mungkin tersilap menerima arahan. Tetapi dia telah dianggap sebagai pembohong, tidak bermaruah, serta mengkhianati suku kaumnya sendiri. Daun Nadim berasa takut lalu melarikan diri dengan terjun melalui tingkap masjid. J berasa dia mendapat satu kemenangan kerana Pegawai Daerah sudah bersetuju untuk merasmikan tanah pusaka milik penduduk di Kampung Paya.

J membuat rumusan bahawa Daun Nadim menjadi keliru kerana dia menerima 3 arahan dan tekanan. Pertama, daripada Pegawai Daerah yang memintanya menyelesaikan masalah tanah pusaka di Kampung Paya itu. Yang kedua, arahan daripada Nira Hitam supaya borang-borang itu ditangguhkan kepada suku Batu Belang dengan alasan borang sudah habis dan dalam proses dicetak semula. Ketiga arahan daripada isterinya supaya jangan diberi langsung borang itu kepada suku Batu Belang.

Sementara itu J sukar melafazkan ijab kabul kerana dikehendaki melafazkannya dalam bahasa Arab. J akhirnya membaca lafaz tersebut yang ditulis oleh jurunikah Haji Azman dalam tulisan khat. J masih belum berpuas hati kerana perkahwinannya tidak dapat disaksikan oleh Daun Nadim. Bagi J Daun Nadim seolah-olah telah menarik pengiktirafan perkahwinannya dan ini mungkin satu kemenangan bagi Daun Nadim. J berkonflik dengan dirinya sendiri kerana dia berasa tindakannya selama ini banyak mendatangkan keburukan terhadap orang kampung. Namun dia juga berasa tindakannya itu tidak salah kerana dia berniat baik. Dia tidak ingin melihat wajah kampungnya berubah buat selama-lamanya dan tidak indah lagi.

Majlis perkahwinan berjalan sederhana dengan bunyian muzik dan berbalas-balas pantun.

Dan menurut laporan, empangan yang dibina itu pecah dan mengakibatkan semua kampung yang berhampiran telah musnah kecuali Kampung Sunyian yang terletak di tempat tinggi.

Page 10: Novel Empangan

WATAK & PERWATAKAN

1. WATAK - J

1. J merupakan watak protagonis dalam novel Empangan. Dia tergolong sebagai seorang yang mempunyai ciri-ciri intelektual dan telah merantau ke luar negeri selama 12 tahun untuk belajar sehingga ke peringkat ijazah kedoktoran. Sebagai seorang intelek, J tidak menerima secara membuta tuli apa yang dikatakan oleh orang lain. Misalnya, J tidak terus menganggap projek pembinaan empangan itu sebagai sesuatu yang baik seperti yang dianggap oleh kebanyakan penduduk di Kampung Paya. Sebaliknya J mendapati projek tersebut sebenarnya tidak banyak mendatangkan manfaat malahan banyak keburukannya. J juga enggan mempercayai mimpinya. Baginya mimpi itu hanya mainan tidur dan imej hasil pengalaman yang dilalui ketika sedar.

2. Pada peringkat awal, J digambarkan sebagai seorang yang tidak kuat iman. Walaupun pada suatu ketika dahulu dia pernah belajar mengaji Al-Quran dan mempunyai pengetahuan agama yang cukup dia lupa bagaimana mengerjakan solat sehinggalah dia diingatkan oleh seorang nenek berkulit hitam. J belajar mengucap semula dengan pertolongan seorang nenek itu dan seorang imam di Masjid Quincy. Setelah peristiwa itu J tidak lagi mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslim malah dia telah mengatur rancangan mengislamkan beberapa orang dari Kampung Gunung secara serentak.

3. J mempunyai prinsip tersendiri tentang keadilan. Bagi J, apabila keadilan yang dipinta tidak diberikan, maka keadilan perlu dirampas. Hal ini jelas dalam peristiwa keretanya dibakar. Apabila masalah itu tidak diambil tindakan yang wajar oleh Nira Hitam, J bertekad untuk mengambil tindakan sendiri. Dia berjaya menangkap pencuri itu. Dia juga berusaha untuk mendapatkan satu keputusan yang adil dalam perbicaraan itu.

4. J menentang penganiayaan, penghinaan, dan kekejaman. Hal ini jelas dalam peristiwa J melepaskan Datin Biduanda yang diheret dengan keadaan tangan dan lehernya diikat seperti haiwan kerana dikatakan bersalah menceroboh kawasan pembinaan empangan sedang bagi J, Nira Hitamlah sebenarnya yang menceroboh kawasan penduduk kampung itu. Dalam peristiwa itu juga J minta disampaikan pesan kepada Nira Hitam bawaha mengikat tangan dan leher orang yang ditangkap itu merullpakan satu tindakan yang biadap.

5. J mempunyai pandangan hidup yang jauh. Ini jelas kerana sejak awal lagi dia telah melihat kesan negatif pembinaan empangan di hulu sungai Titianterus terutama dari segi sosio ekonomi yang dialami oleh masyarakat di Kampung Paya. J memandang dan menganalisis pembinaan empangan tersebut dari pelbagai aspek. J tidak mudah terpedaya dengan pulangan hasil dari projek tersebut seperti yang dikatakan oleh Nira Hitam. Dia lebih memikirkan aspek kehidupan masyarakat Kampung Paya dan masalah alam semula jadi yang sedang terancam ketika itu.

6. J juga memiliki sifat pemaaf. Dia memaafkan Nira Hitam dan Daun Nadim walaupun kereka menyakiti hatinya. Misalnya walaupun Nira Hitam secara berterusan cuba menjatuhkan maruahnya, J tetap menjemput Nira Hitam ke majlis perkahwinannya. Dia juga menganggap dirinya terhutang budi kepada Daun Nadim. Oleh itu, dia juga cuba berbaik-baik dengan Daun Nadim walaupun sahabat baiknya itu telah memihak kepada Nira Hitam.

2. WATAK DAUN NADIM

Page 11: Novel Empangan

Daun Nadim berketurunan suku Batu Berkembar dan berfungsi sebagai watak dinamik serta mempunyai dua sisi, iaitu memihak kepada J dan kemudiannya memihak kepada Nira Hitam. Daun Nadim (orang semenda) telah berkahwin dengan Latifah daripada suku Batu Belang.

Daun Nadim merupakan seorang tukang kayu yang mahir dan berjiwa seni. Dia telah membina mimbar masjid dan kerusi meja di rumah Datuk Endut Bondorang juga adalah hasil pertukangannya.

Daun Nadim juga mempunyai pengetahuan yang luas mengenai selok-belok hutan di Kampung Paya. Dia telah membawa J ke kawasan pergunungan untuk melihat projek pembinaan dan ke Kampung Sunyian untuk merisik Melur.

Daun Nadim mempunyai pengetahuan yang luas mengenai cerita warisan. Dia dapat menceritakan mengenai penduduk Kampung Sunyian dan Kampung Paya kepada J dengan jelas ketika pendakian mereka di Gunung Bunian.

Namun begitu, sikap Daun Nadim didapati berubah pada pertengahan cerita iaitu setelah menjadi ahli SKKP. Dia digambarkan sebagai menerima rasuah daripada Nira Hitam yang berupa sebuah kereta dan sebuah rumah batu,bengkel, dan anaknya dihantar melanjutkan pelajaran ke Amerika dengan perbelanjaan dibiayai oleh Datuk Endut Bondorang. Daun Nadim mula angkuh, besar diri, dan tidak bertegur sapa dengan orang-orang yang bukan ahli SKKP. Daun Nadim mula berpihak kepada Hitam dan melakukan segala yang disuruh oleh Nira Hitam.

3. NIRA HITAM

Nira Hitam merupakan watak antagonis dalam novel ini. Pernah belajar di Universiti Oxford pada tahun 1949. Menjadi penghulu dan perancang kemajuan Kampung Paya. Memiliki pelbagai kemewahan termasuklah helikopter, beberapa buah kereta mewah, dan mempunyai 3 orang isteri. Dia juga merupakan orang kepercayaan Datuk Endut Bondorang.

1. Nira Hitam tidak berperikemanusiaan. Ini dapat dilihat melalui sikap, tindakan, serta pemikirannya pada sepanjang plot novel ini. Nira Hitam juga merupakan perancang pertama dalam usaha untuk memburuk-burukkan dan menjatuhkan maruah J.

2. Nira Hitam sangat lincah dalam menjalankan kegiatan serta muslihatnya kerana dia pandai berselindung. Kejahatannya tidak diperlihatkan dengan jelas melalui perbuatan serta gerak lakunya, tetapi dilihat melalui pemikiran serta sikapnya. Contohnya, bagi melindungi niat jahatnya dia tidak melakukan sendiri perbuatan jahatnya itu tetapi mengupah Badak, Imam Kelawai, Kudung, Bulo, dan beberapa orang pengikutnya termasuklah Daun Nadim. Dia juga berselindung dengan sikap talam dua mukanya terutama pada J.

3. Nira Hitam juga seorang yang bercita-cita tinggi. Dia menggerakkan pembangunan di Kampung Paya dengan projek-projek mega dan melibatkan perbelanjaan yang besar dan memerlukan pekerja-pekerja asing. Misalnya projek pembinaan empangan, lebuh raya Rembau-Kg Paya, serta projek-projek perumahan secara besar-besaran.

4. Nira Hitam bersikap angkuh, sombong, dan ego. Tutur katanya memperlihatkan kesombongannya. Misalnya dia pernah menyindir J bahawa penduduk Kampung Paya tidak memerlukan seseorang yang memiliki PhD untuk sekadar memberikan pendapat.

5. Dia juga seorang oportunist iaitu bijak mencari peluang yang sesuai pada masanya. Misalnya dia merasuah Daun Nadim dengan segala kemewahan. Kesannya Daun Nadim meninggalkan J dan

Page 12: Novel Empangan

memihak kepadanya kerana telah bersikap materialistik. Dia juga sanggup membelanjakan wang dengan banyak untuk mengukuhkan kedudukan serta pengaruhnya. Misalnya dia sanggup membayar RmM 6000 sebagai denda yang dikenakan ke atas Badak atas kesalahan membakar kereta J.

6. Nira Hitam telah mengupah Imam Kelawai supaya memburuk-burukkan J dalam khutbah Jumaat. Dengan itu bolehlah dikatakan bahawa dia juga seorang yang sanggup memperalatkan agama demi kepentingan dirinya sendiri. Nira Hitam juga mengugut untuk melucutkan jawatan Imam Kelawai sekiranya dia enggan memihak kepadanya.

7. Dengan sikap iri hati yang ada padanya pula, Nira Hitam sanggup mengkhianati J dengan cubaannya menggagalkan kenduri perkahwinan J dengan Melur. Ini kerana dia juga menaruh hati kepada gadis tersebut. Apabila barang-barang keperluan untuk majlis kenduri dimusnahkan, J terpaksa membatalkan kenduri itu di Kampung Paya dan mengadakan kenduri di rumah pengantin perempuan, di masjid Kampung Sunyian. Dia juga dipercayai mengupah Badak untuk merompak rombongan peminangan Melur.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * PERBEZAAN DAN PEPRSAMAAN PERWATAKAN/ SIKAP J - NIRA HITAM

1. J sensitif tentang hak-hak asasi manusia dan menentang unsur-unsur kekejaman sedangkan Nira Hitam didapati bertindak tanpa perikemanusiaan. Contohnya dalam peristiwa penangkapan DD Biduanda.

2. J dan Nira Hitam sama-sama tergolong sebagai orang yang berpendidikan tinggi.

3. Apabila insaf tentang kecuaiannya menunaikan tanggungjawab dalam agama, J muncul sebagai seorang yang berjaya mengislamkan masyarakat di kawasan pergunungan sedangkan Nira Hitam tidak mampu berbuat demikian kerana tidak mendapat kepercayaan dan keyakinan daripada penduduk kampung tersebut. Di samping itu Nira Hitam juga menggunakan imam Kelawai untuk mempengaruhi orang ramai dengan menabur fitnah terhadap J dalam Khutbah Jumaat.

4. J bersifat perihatin terhadap alam sekitar sedangkan Nira Hitam lebih mementingkan keuntungan wang ringgit dan sanggup melihat kemusnahan alam sekitar berlaku demi mencapai cita-citanya.

5. J ingin melihat kampung Paya maju. Nira Hitam turut berkongsi cita-cita yang sama. Namun begitu mereka berselisih pendapat tentang cara melaksanakan pembangunan itu. J berpendapat pembangunan itu perlu mengambil kira faktor-faktor alam sekitar dan perasaan penduduk tempatan serta masa depan mereka. Nira Hitam tidak menghiraukan aspek-aspek tersebut.

Page 13: Novel Empangan

TEMA

Novel Empangan membawa pembaca menghayati tema pembangunan desa.

Kampung Paya ialah sebuah desa yang terpencil yang terletak berhampiran dengan Pekan Rembau di Negeri Sembilan. Desa ini digambarkan sedang mengalami satu perubahan ke arah pembangunan yang mendadak dengan terlaksananya projek pembinaan empangan yang akan berfungsi sebagai penjana kuasa elektrik dan sebagai sebuah tasik untuk tarikan pelancong. Projek usahasama dengan sebuah syarikat dari Korea itu juga membawa masuk pembangunan infrastruktur yang lain iaitu pembinaan lebuh raya 4 lorong 2 hala yang menghubungkan Kampung Paya dengan pekan Rembau sepanjang 5 kilometer dan diberi nama Lebuh Raya Nira Hitam, sempena nama orang yang merancang projek tersebut.

Selain itu, kawasan yang terlibat juga mengalami perubahan dari segi penempatan dan perumahan. Sebahagian daripada penduduk telah menikmati tempat tinggal yang lebih selesa dengan terbinanya rumah-rumah teres dan banglo untuk menggantikan rumah tradisional mereka. Nira Hitam juga merancang untuk menjadikan Kampung Paya sebagai sebuah tempat tarikan para pelancong. Oleh itu dibina beberapa tempat penginapan pelancong seperti 'Holiday Resort' yang terletak berhampiran dengan tasik empangan. Untuk menarik pelancong juga, Nira Hitam telah merobohkan masjid yang lama untuk dan diganti dengan masjid yang berharga 3 juta ringgit. Terdapat juga rumah-rumah contoh yang dicat dengan cantik. Keluarga yang tinggal di rumah tersebut dibayar gaji untuk tinggal di situ sebagai tontonan pelancong. Dengan itu, pembangunan desa juga telah menaikkan taraf sosio ekonomi beberapa orang penduduk di kawasan yang terlibat sehingga ada yang mampu untuk membeli kereta dan motosikal yang baru. Walau bagaimanapun, pembangunan desa ini juga telah menimbulkan beberapa persoalan lain. Keadaan ini berlaku kerana di sebalik pembangunan yang mendadak itu, terdapat ciri-ciri penindasan, kepentingan peribadi, penipuan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, masalah kesukuan, dengki, pengkhianatan, dan pemusnahan alam sekitar. Tema ini dipaparkan secara jelas kerana segala permasalahan yang timbul dari awal plot hingga ke akhir peristiwa adalah berkaitan dengan pembangunan desa di Kampung Paya. Watak-watak utama dalam Empangan juga bergerak atas landasan pembangunan desa.

Watak J dikenali sebagai orang yang bertanggungjawab untuk mempertahankan penindasan dan pemusnahan alam sekitar sehingga dia dianggap sebagai anti pembangunan. J cuba menggagalkan projek pembinaan empangan itu kerana pada pedapatnya projek itu tidak dirancang dengan sempurna memandangkan pembinaannya dijalankan secara tergesa-gesa. J dapati pekerja-pekerja Korea itu membancuh simen dalam cuaca hujan yang mengakibatkan benteng atau dinding empangan yang dibina itu tidak kukuh. Apa yang ditakuti itu akhirnya terjadi juga. Empangan tersebut pecah dan mengakibatkan berlaku banjir. Pembinaan lebuh raya juga merupakan satu projek yang tidak mendatangkan manfaat secara langsung kepada penduduk desa. Keadaan ini demikian kerana setelah lebuh raya itu dibuka secara rasmi, lebuh raya itu gelap pada waktu malam kerana tiada kuasa elektrik, dan hanya digunakan oleh lembu dan kerbau kerana penduduk desa kebanyakannya masih belum berkenderaan kecuali basikal dan motosikal. Sementara itu , watak Nira Hitam pula digambarkan sebagai orang yang cuba mengambil kesempatan ke atas kelemahan penduduk desa dengan berselindung di sebalik tujuannya yang murni iaitu untuk membawa penduduk desa ke arah kemajuan agar tidak ketinggalan zaman.

Dari hasil perbincangan di atas, dapatlah dirumuskan bahawa novel Empangan telah berjaya mengutarakan tema yang menarik dan sesuai dengan ekoran persoalan-persoalan sampingan yang

Page 14: Novel Empangan

dikemukakan untuk renungan pembaca. Secara tidak langsung, tema ini juga turut disesuaikan dengan mesej utamanya iaitu: pembangunan mendadak tanpa perancangan yang teliti akan mengakibatkan kemusnahan dan merugikan masyarakat sekeliling yang terbabit. Tema pembangunan desa yang dikemukakan juga dipaparkan secara seimbang dari segi kesan positif dan kesan negatifnya.

PERSOALAN (Nota Ringkas)

1. Perbalahan antara suku

-perbalahan antara suku Batu Belang dengan suku-suku yang lain. -perbalahan akibat dendam Nira Hitam terhadap J. -Nira Hitam berasa kehadiran J di Kampung Paya mengancam kedudukannya dan mungkin akan menggagalkan rancangannya. -penduduk berlainan suku tidak bertegur sapa -mewujudkan dua buah masjid yang berbeza untuk bersembahyang jemaah. -percubaan untuk menggagalkan perkahwinan J -pemilihan yang tidak adil bagi permohonan untuk menjadi ahli syarikat SKKP. -perbalahan antara J dengan Daun Nadim -J diracun -hanya suku Batu Belang yang menghadiri majlis perkahwinan J sedangkan suku-suku lain pergi berkelah pada hari tersebut sebagai alasan. -perhubungan dua sahabat karib, J dan Daun Nadim juga menjadi renggang akibat sikap Daun Nadim yang beranggapan dia tidak akan memperolehi apa-apa keuntungan dengan menyebelahi J oleh itu dia memihak kepada Nira Hitam dan mendapat banyak faedah termasuklah memiliki sebuah kereta, rumah, dan memiliki saham dalam syarikat SKKP.

2. Pelaksanaan projek pembangunan yang tidak terancang

-projek yang dijalankan tidak sesuai dengan masa (musim) dan tempat -projek dilaksanakan dalam musim hujan, mengakibatkan bahan-bahan binaan yang digunakan tidak kukuh. -projek yang dijalankan lebih banyak mendatangkan keburukan dan tidak memberikan faedah kepada penduduk kampung. -projek tidak mengambil kira masalah alam sekitar dan keselamatan penduduk.

3. Pemusnahan alam sekitar dan hidupan liar - keindahan desa tercemar akibat projek yang dilaksanakan termasuk kemusnahan kebun dan dusun milik penduduk tempatan -banyak haiwan liar hilang tempat tinggal lalu merayau ke dalam kampung - kawasan lembah menerima bencana banjir akibat empangan yang pecah -tindakan merobohkan masjid mungkin menghilangkan kesan-kesan yang bernilai sejarah -projek pembinaan mengakibatkan bunyi bising dan mengganggu ketenteraman hidupan liar -secara umumnya, kemusnahan sebuah kampung juga akan mengakibatkan orang Melayu kehilangan identiti. Ini kerana memang identiti masyarakat Melayu itu sentiasa dikaitkan dengan kampung.

Page 15: Novel Empangan

4. Sikap manusia yang mementingkan diri sendiri - Nira Hitam mementingkan dirinya sendiri untuk mengaut keuntungan yang lumayan - Datuk Endut Bondorang juga tidak menunjukkan sikap mengutamakan penduduk desa dan membiarkan Nira Hitam menjalankan aktivitinya sesuka hati. - Datuk Endut Bondorang tidak mahu menonjolkan dirinya ketika pembukaan rasmi dan tidak hadir dalam upacara penyerahan anak kunci rumah.

5. Penindasan -amalan atau sistem pemerintahan yang dijalankan oleh Nira Hitam menampakkan unsur penindasan -mengambil kesempatan untuk merampas tanah penduduk desa secara lembut dan menipu. -tidak memikirkan manfaat bagi penduduk desa ketika menjalankan projek -penduduk di sekitar kawasan pembinaan tidak dibenarkan menjalankan aktiviti mereka di kawasan tersebut -tidak berlaku adil ketika menjatuhkan hukuman terhadap Badak yang merompak wang hantaran J -menindas kaum suku Batu Belang kerana tidak membenarkan mereka menyertai SKKP sebagai ahli -membeli tanah yang diusahakan oleh penduduk desa dan menjual semula dengan harga yang lebih tinggi

6. Penentangan terhadap kekejaman -J menentang Nira Hitam kerana dianggap kejam -ketua suku Batu Belang menunjukkan protes terhadap Nira Hitam dalam majlis penyerahan anak kunci rumah kerana menganggap pemilihan itu tidak adil dan ada unsur penindasan serta pilih kasih. J melihat pembangunan yang dilakukan di Kampung Paya seolah-olah menenggelamkan kesalahan yang dilakukan oleh mereka yang terbabit terutamanya Nira Hitam. J ingin membetulkan keadaan itu. Oleh itu persoalan ini telah mengubah perwatakan J daripada seorang ‘orang luar yang pasif’ kepada ‘orang dalam yang aktif’.

7. Adab resam dan falsafah masyarakat Melayu -masih menggunakan pantun dalam adat merisik -beberapa falsafah hidup yang disampaikan oleh J - beberapa peristiwa penting seperti adat peminangan, perkahwinan, dan Adat Pepatih. 8. Pelaksanaan undang-undang mengikut adat

9. Pengaruh orang yang berpengaruh

10. Pengaruh terhadap cerita warisan terhadap masyarakat setempat.

Page 16: Novel Empangan

GAMBARAN MASYARAKAT

Taraf hidup (Ekonomi) Secara umumnya, masyarakat di Kampung Paya boleh dikatakan masih lagi dibelenggu kemiskinan. Keadaan ini dapat kita lihat melalui keadaan sekeliling perkampungan mereka dan aktiviti ekonomi yang mereka jalankan. Keadaan sekeliling mereka tidak banyak berubah sejak J berada di luar negara kira-kira 10 tahun sebelum itu. Gambaran ini dapat kita lihat melalui keterangan J sendiri apabila dia mula menjejak kaki di kampungnya. Menurut J, keadaan jambatan di situ masih lagi tidak berpagar seperti dahulu dan lantainya dibuat daripada kayu bulat. J juga mendapati keadaan jalan yang masih lagi becak ketika musim hujan dan begitu juga rumah Daun Nadim dan surau yang sangat usang.semua gambaran yang diberikan itu menunjukkan taraf ekonomi masyarakat di Kampung Paya masih lagi dibelenggu kemiskinan.

Selain itu, kegiatan ekonomi penduduk di situ juga didapati masih tertumpu kepada pertanian secara tradisional iaitu bersawah, menoreh getah, berkebun sayur, kelapa sawit, dan berdusun. Hanya segelintir daripada penduduk di situ yang berniaga secara kecil-kecilan seperti membuka kedai runcit, barang-barang ‘hard ware’, dan kedai kopi. Daun Nadim sendiri bekerja sebagai tukang membuat perabot dan menoreh getah.

Penduduk-penduduk di situ juga kebanyakannya tidak memiliki kenderaan sendiri kecuali beberapa orang yang memiliki motosikal dan basikal.

Taraf pemikiran ( Pendidikan), sikap, dan kepercayaan. Tahap pemikiran penduduk boleh dikatakan masih rendah kerana masih kurang pendedahan dari segi pendidikan dan keadaan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman yang terpencil daripada arus pembangunan. Dengan pemikiran seperti itu, kebanyakan daripada mereka akan menurut sahaja apa-apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka. Mereka menganggap semua orang jujur, dan tidak banyak bersikap melawan kerana menurut keterangan Nira Hitam ketika bertengkar dengan J, penduduk kampung harus menurut perintah pemimpin mereka tanpa soal jawab sekiranya tidak, itu dianggap sebagai menderhaka.(ms: 42) Menurut Nira Hitam lagi, mereka mengamalkan adat mereka menurut apa yang mereka tafsirkan daripada cerita warisan. Oleh sebab itu ketua kaum gunung iaitu Datin Biduanda didapati tidak melawan apabila diberkas oleh orang-orang suruhan Nira Hitam kerana dituduh menceroboh kawasan larangan walaupun dia diikat seperti haiwan dan kawasan yang dikatakan kawasan larangan itu ialah kawasan persekitaran tempat tinggal mereka. Dengan alasan yang sama juga Nira Hitam tidak perlu meminta sokongan daripada penduduk kampung untuk membina empangan kerana dia tahu penduduk kampung akan menurut sahaja apa yang difikirkan baik oleh pemimpin mereka tanpa bangkangan.

Ketika J memberikan penjelasan bahawa dia mengambil gambar di kawasan pembinaan empangan itu bertujuan untuk menulis buku bagi pengajiannya di peringkat ijazah kedoktoran, salah seorang Datuk Lembaga ingin tahu apakah kaitannya gambar empangan dengan ilmu perubatan kerana keliru dengan perkataan kedoktoran itu. Ini menunjukkan tahap pemikiran yang rendah kerana kurang pendidikan. Tahap pemikiran seperti ini juga telah menyebabkan sesetengah daripada mereka melakukan tindakan yang melulu dan kurang bijak. Misalnya tindakan Badak membakar kereta J dan merompak rombongan peminangan J. Begitu juga dengan tindakan Onton (bapa Badak) mengamuk kerana marah anaknya didenda 6000 ringgit bagi kesalahan membakar kereta J.

Kepercayaan: Sejak turun temurun penduduk Kampung Paya memegang teguh kepada cerita warisan. Cirita

Page 17: Novel Empangan

warisan dianggap satu-satunya bahan bukti yang dapat menentukan identiti seseorang penduduk di situ. Cerita warisan atau sejarah tidak formal juga meletakkan kuasa mutlak Datuk Endut Bondorang yang tidak dapat dipertikaikan. Cerita warisan juga telah menetapkan suku kaum dan keturunan penduduk di Kampung Paya.

kebanyakan penduduk juga didapati sudah kehilangan konsep peredaran masa sehingga ada yang meletakkan masa itu menurut waktu sembahyang(ms: 135) seperti berikut: 1. selepas subuh - bersedia untuk ke ladang atau ke sawah. 2. masuk waktu zuhur - masa untuk makan tengah hari. 4. masuk waktu asar - masa untuk berhenti bekerja 5. selepas isya’ - masa untuk kanak-kanak yang mengaji di surau pulang ke rumah.

Terdapat juga penduduk-penduduk yang tidak tahu menghargai masa mereka yang terluang. Mereka yang termasuk dalam golongan ini akan menghabiskan masa mereka dengan berborak-borak di kedai kopi Sidik atau bermain judi, membaca akhbar dan minum minuman keras. Ada juga penduduk yang tinggal di rumah untuk mendengar radio.

Perhubungan antara penduduk Secara umumnya perhubungan antara sesama penduduk di Kampung Paya adalah baik sehinggalah terjadi perpecahan antara suku Batu Belang dengan suku-suku yang lain. Perhubungan yang baik ini dapat kita lihat dari segi permuafakatan mereka dalam kerja-kerja bergotong -royong seperti sewaktu hendak mengadakan kenduri J. dalam hal ini kita dapati kebanyakan penduduk ingin menghulurkan bantuan dalam bentuk tenaga dan benda seperti beras, daging lembu dan kerbau, ayam dan itik, sayur, dan sebagainya. Mereka juga digambarkan sebagai masyarakat yang suka bekerjasama dan bantu membantu. Namun begitu, akibat perpecahan yang tercetus sejak kepulangan J, penduduk suku-suku lain didapati tidak menegur penduduk suku Batu Belang dan Kampung Sunyian. Secara tidak langsung mereka seolah-olah berpecah menjadi kumpulang yang menyokong J, dan kumpulan yang menyokong Nira Hitam. Namun begitu ketika perkahwinan J, penduduk yang dipaksa pergi berkelah itu ada juga yang menukar fikiran dan turut sama memeriahkan majlis perkahwinan J dan melupakan perselisihan faham antara mereka.

Kebanyakan penduduk juga membuat sesuatu keputusan dengan bermesyuarat di surau dan mereka menjadikan surau seperti dewan perhimpunan orang ramai yang rasmi. Namun perpecahan yang berlaku telah menyebabkan mereka bersembahyang Jumaat di masjid yang berlainan dan perasaan perkauman antara suku yang berlainan semakin menebal. Keadaan ini jelas dilihat dalam peristiwa perbicaraan J dengan Badak. Keadaan menjadi huru-hara dan bising kerana penyokong sibuk menjeritkan nama Badak dan nama J. menurut gambaran pengarang, apa yang berlaku dalam peristiwa itu bukanlah perbicaraan untuk menegakkan kebenaran, tetapi perlawanan antara 2 suku.Dan demi menyelamatkan penduduk dari suku kaum yang sama, mereka sanggup mengemukakan saksi palsu seperti imam Kelawai.

Page 18: Novel Empangan

TEKNIK PENULISAN

TEKNIK PENULISAN/PENCERITAAN/ NARATIF – EMPANGAN

1. Penggunaan Dialog. Dikemukakan untuk perbualan antara 2 watak atau lebih. -terdapat juga dialog pendek yang tidak bersesuaian dengan latar belakang pendidian watak J. ini kerana dialog tersebut kelihatan berasahaja dan dialek Negeri 9 yang digunakan itu meletakkan J sama taraf dengan watak2 lain kecuali isi percakapannya yang menampakkan sikap keintelektualan beliau.

2. Penggunaan monolog Terdapat beberapa monolog yang digunakan oleh pengarang.Misalnya J pernah berbisik kepada dirinya sendiri dengan berkata “padan muka”, yang ditujukan kepada Nira Hitam dalam peristiwa perbicaraan J dengan Badak. Kesannya: penulis berjaya memberikan fokus atau tumpuan kepada pembaca terhadap watak-watak yang tertentu dalam masa tertentu.

3. Penggunaan Pemerian Jika dibandingkan dengan teknik dialog dan monolog, teknik pemerianlah yang paling kerap digunakan oleh pengarang. Kesan: Penggunaan teknik ini menyebabkan pembacaan pembaca menjadi lancar tanpa tersekat-sekat. Pembaca berasa seolah-olah sedang mendengar sebuah cerita secara terus daripada pengarangnya.

4. Penggunaan surat kiriman dan laporan akhbar Teknik ini juga digunakan untuk memberikan gambaran yang terperinci mengenai isi kandungan surat yang ditulis oleh J. Misalnya surat yang ditulisnya kepada DEB (ms 199) untuk menyampaikan berita kepulangannya, ucapan terima kasih kerana membantunya belajar, dan sedikit sebanyak tentang keadaan yang berlaku di Kg Paya. Sementara itu, dipaparkan juga petikan rencana atau artikel yang ditulis oleh J dalam sebuah jurnal di KL. Artikel itu menyentuh persoalan kebaikan dan keburukan projek2 pembangunan di Kg Paya.

Kesan: pembaca seolah-olah membaca surat atau artikel itu secara “first-hand”.

5. Unsur Suspens (Ketegangan)

Contoh: -mimpi J – sama ada akan menjadi kenyataan atay tidak -peristiwa percubaan untuk mencuri kereta J, - sama ada akan berjaya atau tidak. - watak DEB – pembaca tertanya-tanya siapa beliau yang sebenarnya. - Projek empangan – sama ada benar-benar akan menjadi kenyataan atau tidak. - Peristiwa J termakan tapai beracun, sama ada dia akan selamat atau tidak

Kesannya: menimbulkan keinginan kepada pembaca untuk meneruskan pembacaan bagi mengetahui kesudahan peristiwa.

6. Flash back /Imbas Kembali Contoh: - J mengingat kembali cerita warisan yang berkaitan dengan datuk neneknya. - - kenangan J tentang perkenalannya dengan Kathy Harrison ketika J bekerja sambilan sebagai

Page 19: Novel Empangan

pemandu teksi ketika menuntut di Havard. - Kenangan DDBiduanda tentang keadaan kampung sebelum projek pembangunan dilaksanakan. Sebelum itu mereka boleh berburu dan bercucuk tanam tanpa gangguan dan masalah.

Kesan: penggunaan unsur flash-back yuang agak banyak menimbulkan kesan tersekat-sekat dan mengganggu tumpuan pembacaan pembaca serta kelancaran jalan cerita.

7. Imbas Muka Contoh: Mimpi J memberikan sedikit gambaran tentang peristiwa yang bakal terjadi – banjir. -terdapat juga imbas muka melalui dialog misalnya pantun yang dinyanyikan dalam majlis perkahwinan J:

Ada pihak sukakan ayam Curi ulam di kebun orang Pesaka ibu akan tenggelam Banjir besar melanda garang

PLOT

Peringkat pengenalan

Peringkat pengenalan dalam novel Empangan melibatkan peristiwa J bersiap-siap untuk kembali ke tanah air dari Amerika hinggalah J selamat sampai ke Kampung Paya dan mengetahui tentang pembinaan empangan di hulu Sungai Titian Terus yang pada pendapatnya akan mendatangkan kesan buruk terhadap alam sekitar dan manusia. J menentang pembinaan empangan itu. Peringkat pengenalan dimasukkan dalam prolog,bab1,2, dan 3.

Peringkat Perkembangan

Peringkat perkembangan telah dimasukkan dalam bab4 hingga bab10. Dalam peringkat ini pengarang mengambil kesempatan untuk memperkenalkan beberapa watak lagi kepada pembaca; kebanyakannya watak-watak sampingan sama ada yang berperanan atau tidak berperanan seperti Badak, imam kelawai, Haji Azman Nordin, dan sebagainya. Peranan cerita warisan juga lebih jelas dalam peringkat ini. Di samping itu, pengarang telah memasukkan unsur konflik iaitu antara J dengan Nira Hitam berkaitan dengan peristiwa pembinaan empangan, penubuhan SKKP, dan pembinaan lebuh raya. Pelbagai taktik jahat telah digunakan oleh Nira Hitam untuk menghalang J tetapi tidak berjaya. J juga berkonflik dengan Badak kerana perbuatan membakar keretanya. Konflik yang dimasukkan itu telah menimbulkan ketegangan demi ketegangan. Antara yang jelas ialah ketegangan dalam peristiwa perbicaraan antara J dengan Badak yang berakhir dengan pergaduhan antara penyokong-penyokong suku masing-masing dan bapa Badak iaitu Onton telah tidak dapat mengawal perasaan lalu mengamuk. Seterusnya J berkonflik dengan Daun Nadim apabila sahabat karibnya itu memihak kepada Nira Hitam. Ditonjolkan juga konflik dalaman apabila J berkonflik dengan dirinya sendiri iaitu sama ada akan terus menentang Nira Hitam atau meneruskan niat asalnya iaitu untuk membuat penyelidikannya. Pada peringkat ini juga pengarang telah memasukkan unsur-unsur suspens misalnya ketika J termakan racun. Timbul tanda tanya di hati pembaca sama ada penyakit J akan sembuh atau adakah racun itu akan menyebabkan J meninggal dunia. Unsur suspens juga jelas dalam peristiwa perkahwinan J. Ini kerana terdapat dua percubaan menggagalkan rombongan peminangan J itu. Lagipun terdapat perbuatan mensabotaj perkahwinan itu dengan mencuri dan mengkhianati barang-barang keperluan untuk mengadakan majlis kenduri

Page 20: Novel Empangan

tersebut.Unsur suspens yang tidak dapat dielakkan ialah sama ada J akan berjaya menghalang Nira Hitam daripada terus menjalankan projeknya serta menindas penduduk tempatan.

Peringkat Kemuncak

Peringkat ini ditonjolkan dalam bab 10. Ketika itu J berada di Kampung Sunyian untuk majlis perkahwinannya. Tiba-tiba kedengaran bunyi letupan yang sangat kuat. Letupan itu rupa-rupanya berpunca daripada empangan yang pecah. Beberapa pengikut Nira Hitam yang sedang berkelah di situ bertempiaran lari dan ada yang cedera namun tidak ada sesiapa yang kehilangan nyawa.

Peringkat Penyelesaian

Peringkat ini terdapat pada peringkat terakhir iaitu Bab11 yang dinyatakan dalam bentuk epilog. Kampung Paya dikatakan telah ditenggelami air,lumpur, serta pasir kerana banjir besar telah berlaku akibat pecahnya empangan Titianterus. Banjir tersebut telah memusnahkan tumbuh-tumbuhan yang ada serta kediaman penduduk-penduduk. Yang terselamat ialah penduduk Kampung Sunyian dari gunung. Bagi J, mimpinya ketika dia di Amerika dan ketika dia di Kampung Paya itu memang benar-benar berlaku. Selepas itu J meneruskan penulisan disertasinya.