Novel Papa
-
Upload
luculus-lee -
Category
Documents
-
view
225 -
download
1
Transcript of Novel Papa
NOVEL ‘PAPA…(akhirnya kau tewas jua ! )’Tema :
- Kasih sayang yang mendalam dalam ikatan kekeluargaan.- Contohnya , sifat kasih sayang terpancar melalui watak Intan Julia , Jeffri dan
Intan Maliana . Ketiga-tiga watak tersebut menunjukkan rasa saling menyayangi dan mengambil berat antara satu dengan yang lain.
Persoalan :
Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing - Intan Maliana sanggup berkorban dengan mengandung buat kali kedua
demi memenuhi kehendak suaminya. - Jeffri sanggup mengorbankan masa , tenaga , dan kepentingan peribadi
demi menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun. Kesetiaan seorang suami terhadap isteri
- Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas banyak kehilangan darah semasa melahirkan anak kedua mereka.
- Jeffri enggan berkahwin lagi walaupun didesak oleh Mak Cik Noraini.- Jeffri membuat keputusan mengahwini Aisyah selepas bertahun-tahun
hidup keseorangan. Ketabahan dan kesabaran menghadapi ujian daripada Tuhan
- Ketabahan Jeffri berhadapan dengan ujian Tuhan apabila isterinya koma manakala anak kembarnya meninggal dunia.
- Intan Maliana tabah menghadapi tekanan ketika mengandung anak kedua dan kemudiannya koma lebuh tiga tahun.
- Ketabahan Mak Cik Noraini yang kehilangan suami dan anak-anaknya dalam satu kemalangan jalan raya.
Persoalan ringkas :
Persoalan kasih sayang terhadap ahli keluarga - Jeffri mengamalkan kasih sayang terhadap ahli keluarganya.- Contohnya, Jeffri menjaga isterinya dengan baik-baik walaupun isterinya
koma. Persoalan taat kepada perintah ibu bapa
- Julia menaat kepada perintah ibu bapanya.- Contohnya, Julia mengikut arahan bapanya membuat sesuatu seperti
belajar bersungguh-sungguh.
Watak Utama dan Perwatakannya :
Julia –
Pelajar universiti , remaja yang taat kepada perintah ibu bapa dan tuntutan agama
- Julia patuh kepada kata-kata mama dan papanya.- Contohnya, Julia tidak bercakap kasar dengan bapanya walaupun tidak
bersetuju dengan tindakan bapanya ingin berkahwin lagi Seorang penyayang
- Julia amat menyayangi mama dan papanya.- Contohnya, Julia asyik mengambil berat terhadap keadaan mamanya yang
koma.
Watak Sampingan dan Perwatakannya :
Jeffri –
Seorang penyayang - Jeffri amat menyayangi isteri dan anaknya.- Contohnya, Jeffri sanggup mengorbankan masa untuk menjaga isterinya
yang koma. Seorang lelaki yang sangat setia
- Jeffri setia kepada isterinya dan enggan berkahwin lagi walaupun didesak oleh Mak Cik Noraini.
- Jeffri terpaksa membuat keputusan mengahwini Aisyah selepas bertahun-tahun kerana kesunyian.
Seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya. - Jeffri mengambil alih tugas Intan Maliana mendidik Intan Julia.- Jeffri juga bertanggungjawab menjaga isterinya yang koma.
Binaan Plot
Permulaan:
Intan Julia dan Mak Cik Noraini yang minim bersama-sama kemudian diikuti oleh Intan Maliana dan Jeffri .
Perkembangan:
Intan Maliana mengandung buat kali kedua selepas bertahun-tahun mencuba untuk mendapatkan anak kedua.
Walaupun dinasihati oleh doctor dan rakan-rakan,Intan Maliana tetap meneruskan kandungan itu demi memenuhi hasrat suaminya.
Perumitan / Konflik :
Intan Maliana koma selepas melahirkan anak. Jeffri mula mengambil alih tugas menjaga Intan Julia dan dalam masa yang sama
menjaga Intan Maliana yang koma.
Klimaks :
Intan Maliana tersedar daripada koma . Jeffri cuba menjelaskan segala-galanya bahawa Aisyah ialah isteri keduanya.
Peleraian :
Apabila Intan Maliana yang kelihatan marah dan berasa kecewa mangalirkan air mata.
Selepas itu ,Intan Maliana telah meninggal dunia. Jeffri yang selama ini keras hati akhirnya menangis atas pemergian isterinya.
Teknik Plot
Teknik monolog
Teknik monolog dianggap sebagai watak bercakap bersendirian. Contohnya, Jeffri ‘berbual-bual’ dengan Intan Maliana yang koma dalam
biliknya.
Teknik kejutan
Pengarang menimbulkan perasaan terkejut dalam kalangan pembaca. Contohnya, sekonyang-konyang perempuan yang dipanggil mama olehku tadi
membuka matanya.
Teknik dialog
Teknik dialog dianggap sebagai perbualan antara dua atau lebih antara watak Contohnya, ‘Ju renung bubur itu’ kata Mak Cik Noraini kepada Julia.
Latar Tempat
Di rumah keluarga Jeffri - Intan Julia ditampar oleh papanya - Intan Maliana menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Di Hospital Universiti Kebangsaan - Intan Maliana melahirkan anak dan dirawat di hospital ini sebelum dibawa
pulang ke rumah oleh Jeffri Pusat Matrikulasi UIA
- Julia dan Rasylan menlanjutkan pelajaran di sini selepas memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM.
Padang tenis - Julia , Jeffri dan Aisyah bermain tenis di padang ini.
Restoran A&W - Julia ternampak akan papanya dan Aisyah sedang berbual mesra.
Latar Masa
Zaman sekarang - Hal ini dibuktikan apabila cerita bermula tatkala Intan Julia berada di
Tingkatan Empat dan berakhir apabila Intan Julia sedang bercuti sementara menunggu keputusan peperiksaan di Pusat Matrikulasi UIA sebelum memasuki Kampus Utama UIA.
Pada waktu siang dan malam - Intan Julia bermain tenis dengan papa dan Aisyah pada waktu petang
manakala Intan Maliana tersedar daripada koma sebelum meniggal dunia selepas waktu maghrib.
Latar Masyarakat
Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang dalam menjaga ikatan kekeluargaan
- Contohnya, Jeffri sebagai bapa yang amat menyayangi isterinya Intan Maliana dan anaknya,Julia .
- Jeffri sentiasa berdoa agar suatu hari nanti isterinya akan sedar daripada koma.
Masyarakat yang bertanggungjawab - Jeffri mengambil alih tugas Intan Maliana mendidik Intan Julia.- Jeffri juga bertanggungjawab menjaga isterinya yang koma.
Masyarakat yang sanggup berkorban kerana kasih kepada keluarga. - Intan Maliana sanggup berkorban dengan mengandung buat kali kedua
demi memenuhi kehendak suaminya. - Jeffri sanggup mengorbankan masa , tenaga , dan kepentingan peribadi
demi menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun.
Nilai
Nilai kasih sayang - Jeffri mengamalkan kasih sayang terhadap ahli keluarganya.- Contohnya, Jeffri menjaga isterinya dengan baik-baik walaupun isterinya
koma. Nilai bertanggungjawab
- Jeffri mengambil alih tugas Intan Maliana mendidik Intan Julia.- Jeffri juga bertanggungjawab menjaga isterinya yang koma.
Nilai sanggup berkorban - Intan Maliana sanggup berkorban dengan mengandung buat kali kedua
demi memenuhi kehendak suaminya. - Jeffri sanggup mengorbankan masa untuk menjaga isterinya yang koma.
Pengajaran
Kita mesti bertanggungjawab terhadap ahli keluarga - Contohnya, Jeffri mengambil alih tugas Intan Maliana mendidik Intan
Julia.- Jeffri juga bertanggungjawab menjaga isterinya yang koma.
Kita haruslah mengamalkan kasih sayang terhadap ahli keluarga - Jeffri mengamalkan kasih sayang terhadap ahli keluarganya.- Contohnya, Jeffri menjaga isterinya dengan baik-baik walaupun isterinya
koma. Kita perlu bersabar dan tabah menghadapi kesusahan.
- Ketabahan Jeffri berhadapan dengan ujian Tuhan apabila isterinya koma manakala anak kembarnya meninggal dunia.
- Intan Maliana tabah menghadapi tekanan ketika mengandung anak kedua dan kemudiannya koma lebuh tiga tahun.
SOALAN & JAWAPAN :
No. 1
Huraikan peristiwa yang dianggap kemuncak dalam novel yang anda dipelajari . Mengapakah peristiwa tersebut dianggap sebagai kemuncak?
- Intan Maliana terpaksa dibedah yntuk menyelamatkan nyawanya. Dia melahirkan bayi kembar dan kedua-dua bayi itu meninggal dunia. Peristiwa ini dianggap kemuncak kerana selapas pembedahan itu Intan Maliana koma untuk satu tempoh yang agak lama.
- Intan Maliana tersedar dan berasa sedih apabila mengetahui suaminya,Jeffri berkahwin lain. Kemudiannya meninggal dunia. Jeffri yang tabah akhirnya menangis juga.
No. 2
Kesungguhan watak-watak dalam sesebuah novel sering menjanjikan kejayaan.Huraikan dua contoh watak yang dapat membuktikan penyataan tersebut berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari.
- Watak Intan Julia . Dia bersungguh-sungguh belajar bagi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.Dalam pada itu , dia berdepan dengan suatu situasi yang meruncing kerana ibu kandungnya koma apabila berdepan dengan komplikasi selepas melahirkan anak kedua.Walaupun berdepan dengan masalah tersebut , berkat kesungguhannya , dia lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM.
- Watak Rasylan . seperti Intan Julia berlajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM . Masalah peribadi berkaitan dengan status dirinya yang dikatakan sebagai anak luar nikah tidak menghalang pembelajarannya . Dia akhirnya lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan SPM dan dapat meneruskan pengajiannya ke peringkat universiti.
No. 3
Jelaskan dua peristiwa yang menarik yang terdapat dalam sebuah novel yang anda kaji.
- Peristiwa Intan Julia menghadapi dugaan cinta serta menghadapi konflik jiwa.Ayahnya mahu berkahwin lain setelah mamanya koma. Akhirnya, Julia mengalah dan reda akan perkahwinan ayahnya dengan bekas pelajarannya. Dia juga memahami perasaan ayahnya yang kesepian.
- Peristiwa kedua ialah Intan Maliana bertekad untuk mengandung demi kasihnya kepada suaminya walaupun dia terpaksa menghadapi risiko yang tinggi. Ahhirnya Intan Maliana koma selama beberapa tahun selepas bersalin anak kembar yang mati dalam kandungan . Intan Maliana juga meninggal dunia selepas sedar seketika.
No. 4
Watak utama dalam sesebuah novel akan mengalami pelbagai cabaran.Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji , jelaskan sebab-sebab watak utama dalam novel itu menerima pelbagai cabaran.
- Watak utama ialah Intan Julia.Intan Julia mengharungi pelbagai cabaran dalam kehidupannya . Cabaran yang dihadapinya ialah mamanya,intan Maliana koma selama tiga tahun semasa bersalin. Keadaan ini memberikan tekanan kepada Intan Julia.
- Cabaran yang dihadapi oleh Intan Julia ialah menghadapi konflik. Hasrat papanya untuk berkahwin dengan Aisyah ,bekas pelajarnya. Julia tidak bersetuju dengan hasrat ayahnya . Akhirnya Intan Julia bersetuju kerana memahami perasaan ayahnya yang kesepian.
- Intan Julia juga menghadapi cabaran ketika berkawan dengan Rasylan. Papanya menghalangnya berkawan dengan Rasylan disebabkan Rasylan anak luar nikah.