Nur Athirah - Penulisan Akademik

6
PENDAHULUAN Abu Bakar (2010) telah mencadangkan bahawa Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual seni mu!ik dan seni pergerakan tanpa meru"uk kepada bidang seni lain seperti seni sastera seni teater seni #$t$gra% atau seni mempertahankan diri& Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk mena"amkan lagi instuisi persepsi imaginasi dan k$nsepsi murid& 'ntegrasi seni dalam pendidikan pula membawa maksud menggabung"alinkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewu"udkan suatu pela"aran yang integrati# dan menyeluruh& Secara ringkasnya integrasi seni bermakna pr$ses mengadaptasi kemahiran serta teknik seni ke dalam sesuatu mata pela"aran tertentu seperti sub"ek Bahasa 'nggeris& atlamat Seni Dalam Pendidikan sek$lah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi alaysia yang celik budaya mempunyai nilai nilai estetika yang tinggi imaginati# kritis kreati# in$vati# dan inventi#& Adalah men"adi kewa"ipan setiap guru untuk menyampaikan pengetahuan serta input kepada para muridnya dengan cara yang menarik dan berkesan& *usteru sebagai salah satu sub"ek ma"$r di sek$lah sub"ek Bahasa 'nggeris memerlukan para guru untuk men"adi sangat kreati#dan imaginati# dalam merancang dan merangka sesi pembela"aran yang memberi man#aat kepada pela"ar& Salah satu caranya ialah dengan mengintegrasikan seni dalam penga"aran dan pembela"aran& KEPENTINGAN INTEGRASI SENI DALAM PENDIDIKAN Aplikasi unsur seni yang dilakukan terhadap sub"ek Bahasa 'nggeris ini wa"ar dilakukan kerana ia mempunyai kepentingan yang sangat signi%kan kepada pela"ar& Antaranya ialah keupayaannya untuk menarik minat murid& Para murid menyerap input dan pembela"aran dengan paling berkesan apabila mereka menumpukan minat dan perhatian mereka& Penggunaan medium medium seperti p$ster t$peng patung dan sebagainya akan memancing minat mereka untuk memberikan #$kus&

description

Seni Dalam Pendidikan

Transcript of Nur Athirah - Penulisan Akademik

PENDAHULUANAbu Bakar (2010) telah mencadangkan bahawa Seni Dalam Pendidikan (SDP) adalah bidang yang menumpukan kepada seni visual, seni muzik dan seni pergerakan tanpa merujuk kepada bidang seni lain seperti seni sastera, seni teater, seni fotografi atau seni mempertahankan diri. Seni Dalam Pendidikan diperkembangkan dalam diri murid untuk menajamkan lagi instuisi, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid. Integrasi seni dalam pendidikan pula membawa maksud menggabungjalinkan pelbagai bidang kemahiran bagi mewujudkan suatu pelajaran yang integratif dan menyeluruh. Secara ringkasnya integrasi seni bermakna proses mengadaptasi kemahiran serta teknik seni ke dalam sesuatu mata pelajaran tertentu seperti subjek Bahasa Inggeris. Matlamat Seni Dalam Pendidikan sekolah rendah adalah untuk membentuk keperibadian generasi Malaysia yang celik budaya, mempunyai nilai-nilai estetika yang tinggi, imaginatif, kritis, kreatif, inovatif dan inventif. Adalah menjadi kewajipan setiap guru untuk menyampaikan pengetahuan serta input kepada para muridnya dengan cara yang menarik dan berkesan. Justeru sebagai salah satu subjek major di sekolah, subjek Bahasa Inggeris memerlukan para guru untuk menjadi sangat kreatif dan imaginatif dalam merancang dan merangka sesi pembelajaran yang memberi manfaat kepada pelajar. Salah satu caranya ialah dengan mengintegrasikan seni dalam pengajaran dan pembelajaran.

KEPENTINGAN INTEGRASI SENI DALAM PENDIDIKANAplikasi unsur seni yang dilakukan terhadap subjek Bahasa Inggeris ini wajar dilakukan kerana ia mempunyai kepentingan yang sangat signifikan kepada pelajar. Antaranya ialah keupayaannya untuk menarik minat murid. Para murid menyerap input dan pembelajaran dengan paling berkesan apabila mereka menumpukan minat dan perhatian mereka. Penggunaan medium-medium seperti poster, topeng, patung dan sebagainya akan memancing minat mereka untuk memberikan fokus. Guru mestilah mempelbagaikan penggunaan medium dan bahan kerana para murid hanya boleh memberikan perhatian dalam masa yang terhad. Culverhouse (2009) telah mengusulkan formula berikut untuk menentukan tempoh perhatian yang boleh diberikan oleh murid dalam satu masa. Purata tempoh perhatian dalam pembelajaran = (Usia murid + 2)minit Ini bermakna murid yang berumur 7-12 tahun hanya boleh menumpukan perhatian selama 9-14 minit sahaja dalam satu masa. Tempoh perhatian yang singkat ini bermaksud sebarang rangsangan dalam bentuk bahan atau aktiviti hanya bertahan selama tempoh tersebut. Dalam hal ini, guru berperanan memastikan murid sentiasa teruja dengan bahan serta aktiviti yang disediakan. Punca utama para murid kurang menunjukkan minat di dalam kelas ialah penggunaan rutin yang sama tanpa sebarang penambahbaikan atau peningkatan dari segi bahan serta aktivitinya. Untuk menangani masalah ini, penggunaan bahan linear seperti teks atau bahan bertulis semata-mata dalam setiap sesi perlu dikurangkan kerana ia memakan masa dan tidak mempunyai unsur yang menarik perhatian mereka. Untuk memastikan murid tidak kehilangan fokus dalam kelas, guru mestilah merancang aktiviti yang melibatkan mereka secara langsung iaitu dengan menggunakan muzik yang disertakan dengan pergerakan. Guru mestilah bijak dalam membuat peralihan dari satu aktiviti ke aktiviti yang lain supaya momentum perhatian yang diberikan oleh pelajar dapat dikekalkan. Seterusnya, integrasi seni dalam subjek Bahasa Inggeris mampu meningkatkan kefahaman para murid dalam topik yang diajar. Subjek Bahasa Inggeris mengandungi sukatan pelajaran yang memerlukan para murid memahami konsep dan kemahiran. Rangsangan yang berterusan dan konsisten sangat diperlukan untuk membantu murid menjana pemahaman yang lebih baik. Penggunaan kombinasi warna yang bersesuaian pula akan membantu mereka mengingati pelajaran dengan lebih berkesan. Peta minda atau rajah yang mempunyai pelbagai warna secara signifikannya membantu murid mengingat dengan lebih baik berbanding rajah yang hanya berwarna hitam putih. Selain daripada rangsangan dari segi visual, penglibatan pergerakan yang diiringi muzik atau aktiviti fizikal juga membantu murid mengaitkan input tertentu dengan pergerakan yang terlibat. Rangsangan-rangsangan ini dilihat berkesan dalam meningkatkan kefahaman murid kerana ia melibatkan deria mereka secara langsung. Sebagai contoh penggunaan lagu yang memaparkan watak-watak haiwan dalam Unit 10 dalam Buku Teks Bahasa Inggeris Tahun 3 A Ride in the Safari Park melibatkan pelbagai deria iaitu penglihatan, pendengaran dan pergerakan. Estrella (2014) bersetuju dengan pandangan Carl Orff yang menggunakan muzik yang melibatkan minda serta tubuh kanak-kanak melalui gabungan aktiviti-aktiviti seperti tarian, nyanyian, lakonan serta alatan muzik.Selain itu bahan muzik yang diadaptasi mengikut konteks dan budaya masyarakat setempat seperti mengubahsuai lirik membantu murid berasa lebih dekat dan biasa dengan bahan tersebut. Selain itu, murid akan lebih bermotivasi untuk belajar sekiranya mereka diberikan kebebasan untuk mencuba dan mereka melodi mereka sendiri. Aktiviti sebegini akan mengukuhkan kefahaman mereka kerana mereka penglibatan deria secara meluas memberi gambaran yang lebih jelas mengenai maklumat yang diterima.Kreativiti dan kanak-kanak ialah dua perkara yang tidak boleh dipisahkan. Daya kreativiti dan bakat murid tidak harus disia-siakan begitu sahaja. Sebagai guru yang cakna dan fleksibel, guru haruslah bijak menyediakan ruang dan peluang kepada murid untuk menyalurkan kreativiti mereka dengan menyediakan ruang masa khas untuk mereka menghasilkan hasil seni yang berkaitan dengan topik yang diajar pada hari tersebut. Penggunaan kemahiran dan teknik seni di akhir sesi pembelajaran dilihat sangat berkesan dalam mengukur kefahaman murid. Contohnya semasa mengajar topik Fresh Fruits, guru boleh menggunakan pelbagai bentuk unsur seni semasa mengajar. Untuk menguji sejauh mana fokus yang diberikan oleh murid, mereka diminta menghasilkan buah kegemaran mereka menggunakan teknik yang telah dinyatakan oleh guru seperti kolaj atau teknik percikan. Expressionisme : Adalah suatu faham yang mementingkan pernyataan perasaan atau ekspresi diwujudkan pada lukisan(Arifine Jusoh, 1987)Fahaman ini menjelaskan bahawa sesuatu lukisan atau seni visual itu mengutamakan perasaan di mana ia dicurahkan ke atas kanvas atau alat lukisan lain. Kaedah ini meletakkan murid sebagai pemikir yang aktif di mana mereka perlu mengolah sesuatu idea itu kepada satu bahan konkrit. Penghasilan sebarang hasil seni dalam bentuk seni visual mahupun pergerakan serta muzik ialah satu saluran yang baik untuk menzahirkan sejauh mana penerimaan murid terhadap perkara yang diajar. Penglibatan murid secara langsung dalam sesi pembelajaran sememangnya penting kerana matlamat utama sesuatu pelajaran ialah kefahaman murid. Guru bertindak sebagai pembimbing dan memantau perjalanan proses itu dan memberikan kebebasan kepada murid untuk menggunakan kreativiti mereka. Penggunaan daya pemikiran yang aktif ini menyokong teori kognitif yang diperkenalkan oleh Jean Piaget. Penghasilan hasil seni dalam sesi pembelajaran di dalam kelas bukan sahaja mampu menguji kefahaman dan kreativiti murid, malah turut bertindak sebagai agen sosial yang baik. Cabaran utama dalam pengajaran dan pembelajaran subjek bahasa Inggeris ialah murid takut untuk mencuba dan berasa janggal untuk melakukan aktiviti yang di luar kebiasaan mereka. Untuk mengatasi keadaan ini, guru perlulah bijak dalam menyediakan persekitaran yang selamat dan selesa bagi murid untuk menyertai sesi pembelajaran dengan lebih aktif dan seronok. Integrasi seni dalam subjek ini berfungsi sebagai medium bagi murid untuk bertukar-tukar pendapat dan bekerjasama dalam menghasilkan hasil seni yang kebanyakan daripadanya boleh dihasilkan secara berkumpulan. Ahli kumpulan yang terdiri daripada pelbagai tahap pencapaian yang berbeza membolehkan para murid bantu-membantu dan mewujudkan hubungan yang harmoni. Sementara itu, interaksi yang giat berlaku antara guru dan murid pula akan membina kepercayaan murid terhadap guru dan menjadikan persekitaran lebih selesa. Brown (2007) bersetuju dengan Abraham Maslow yang berkata perkara yang cuma dilihat sebagai rutin kelas yang biasa sebenarnya memberi kepentingan yang lebih besar dalam memotivasikan murid. Persekitaran kelas yang selamat tidak boleh dipandang ringan dalam sesebuah bilik darjah kerana ianya bertanggungjawab memberi motivasi kepada mereka untuk menjadi lebih terbuka dan fleksibel untuk belajar.Para murid terdiri daripada individu yang mempunyai jenis kecerdasan yang berbeza di dalam sebuah bilik darjah. Justeru, adalah mustahil bagi seorang guru menjalankan satu sesi pembelajaran yang bersesuaian dengan setiap kecerdasan yang dimiliki oleh murid-murid. Walau bagaimanapun, aplikasi seni dalam pembelajaran mampu menjadikan sesi pembelajaran optimum bagi kebanyakan murid. Aktiviti yang membabitkan pergerakan contohnya amat sesuai bagi murid yang mempunyai kecerdasan kinestetik. Penggunaan lagu atau video yang diiringi pergerakan seperti Head Shoulder Knees and Toes dilihat menggunakan pelbagai jenis kecerdasan iaitu kecerdasan muzik, kinestetik dan juga visual ruang. Para murid mempunyai kecenderungan untuk belajar menggunakan cara dan bahan yang berbeza mengikut jenis kecerdasan mereka.Selain daripada jenis kecerdasan yang berkaitan dengan unsur seni yang utama, kecerdasan interpersonal dan intra personal tidak terkecuali dalam aktiviti seni ini. Kecerdasan Intra personal murid akan digunakan semasa aktiviti individu dijalankan di mana murid menginterpretasikan sesuatu idea itu kepada satu bentuk seni. Aktiviti ini mencerminkan perwatakan murid tersebut kerana ia merupakan satu proses yang berlaku dalam satu individu. Hasil seni yang dihasilkan secara individu boleh sebenarnya berfungsi sebagai serampang dua mata iaitu sebagai satu medium untuk murid meluahkan kreativiti dan juga sebagai satu cara yang sesuai untuk guru mengenali personaliti dan potensi murid. Kecerdasan interpersonal pula diguna pakai apabila murid berinteraksi sama ada dengan rakan-rakan mahupun guru. Pertukaran idea dan pendapat membantu murid meningkatkan kemahiran sosial. Bagi murid yang tidak mempunyai kecenderungan yang tinggi terhadap kecerdasan interpersonal, aktiviti berkumpulan akan mendidik mereka supaya mempunyai sensitiviti yang lebih tinggi terhadap emosi orang lain dan mampu mempraktikkan sifat empati.

KESIMPULAN Seni dalam pendidikan merujuk kepada penggunaan unsur serta teknik seni dalam sesi pembelajaran. Seni bertindak sebagai medium yang menyampaikan input sesuatu pelajaran. Bagi murid, seni berfungsi untuk menunjukkan kefahaman serta penerimaan mereka terhadap input terbabit. Kepentingan integrasi seni dalam pendidikan tidak dapat dinafikan lagi kerana faedah yang diberikan kepada para murid ialah secara menyeluruh. Integrasi seni dalam pendidikan berupaya menyeimbangkan pembangunan akademik dengan perkembangan murid secara individu. Dalam usaha memahami sesuatu perkara yang ingin disampaikan, para murid secara tidak langsung mengasah kemahiran serta aspek-aspek lain seperti kemahiran interpersonal dan intra personal. Walaupun begitu, kepentingan integrasi seni yang paling utama ialah kejayaan mengubah persepsi murid terhadap sesi pembelajaran yang sebelum ini dianggap agak bosan kepada sesuatu yang menarik dan ditunggu-tunggu. Perhatian dan keinginan untuk belajar ialah perkara yang paling bernilai yang diberikan oleh murid kepada guru.