NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat...

27
KAJIAN MENGENAI STRATEGI PENGAJARAN DAN KERANGKA BLOG TUTORIAL YANG EFEKTIF YANG MENJADI PILIHAN PENGGUNA. NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Transcript of NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat...

Page 1: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

KAJIAN MENGENAI STRATEGI PENGAJARAN DAN KERANGKA BLOG

TUTORIAL YANG EFEKTIF YANG MENJADI PILIHAN PENGGUNA.

NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

PSZ 19:16 (Pind. 1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: KAJIAN MENGENAI STRATEGI PENGAJARAN DAN KERANGKA

BLOG TUTORIAL YANG EFEKTIF YANG MENJADI PILIHAN

PENGGUNA.

SESI PENGAJIAN: 2011/2012

Saya : NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :

1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi

pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh

organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

____________________________________ _______________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap : NO 151, JALAN NURI, 2/2 PN. NORAH MD NOOR

TAMAN NURI, JALAN DATUK

KUMBAR, 05300 ALOR SETAR.

Tarikh : 29 JUN 2012 Tarikh : 29 JUN 2012

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.

** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu

dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah Sarjana secara

penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secra kerja kursus dan penyelidikan

atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)

(NAMA PENYELIA)

Page 3: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini

adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”

Tandatangan : ______________________

Nama Penyelia : Pn. Norah Md Noor

Tarikh : 29 Jun 2012

Page 4: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

KAJIAN MENGENAI STRATEGI PENGAJARAN DAN

KERANGKA BLOG TUTORIAL YANG EFEKTIF YANG MENJADI

PILIHAN PENGGUNA.

NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN

Laporan tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

JUN 2012

Page 5: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

ii

“Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri

kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya

telah saya jelaskan sumbernya”.

Tandatangan : .............................................

Nama Penulis : NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN

Tarikh : 29 Jun 2012

Page 6: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

iii

DEDIKASI

Ayahanda dan Bonda:

Rohani@Adnan Bin Ibrahim

Zainab Binti Ahmad

Terima kasih atas doa dan sokongan.

Sekalung budimu tetap dikenang hingga ke akhir hayat.

Abang serta Adikku:

Mohd Izwandy Bin Rohani@Adnan

Nurul Izzatie Binti Rohani@Adnan

Semoga kejayaanku hari ini menjadi kebanggaan dan dorongan

bagi diri kita untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.

Buat yang Tersayang:

Terima kasih kerana tidak putus-putus memberi pandangan

yang bernas sepanjang penghasilan tesis ini.

Page 7: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

iv

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, kerana

dengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan

kepada junjungan mulia Rasulullah SAW yang membawa rahmat ke seluruh alam.

Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima

kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya

iaitu Pn. Norah Binti Md Noor yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan

serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan sekalung

terima kasih juga kepada pelajar yang sudi meluangkan masa dan telah memberikan

kerjasama yang baik dalam menjawab soal selidik kajian ini.

Sekalung terima kasih juga buat yang teristimewa di hati dan sahabat handai

terutama sekali Izzati, Fareha, Hidayah dan Helmy yang banyak membantu dalam

memberi idea serta membakar semangat untuk terus berjuang. Akhir sekali, kepada

semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak semoga segala jasa kalian

diberi ganjaran kebaikan.

Page 8: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

v

ABSTRAK

Penggunaan blog tutorial sebagai medium pembelajaran semakin mendapat

perhatian sejak akhir-akhir ini. Namun masih terdapat beberapa kepincangan yang

boleh diperbaiki untuk menjadikan blog tutorial lebih efektif dan digemari pengguna

seterusnya membantu dari aspek pembelajaran secara kendiri. Kajian ini dijalankan

untuk mengkaji mengenai strategi pengajaran dan kerangka blog tutorial efektif yang

menjadi pilihan pengguna. Kajian ini juga memberi fokus kepada blog tutorial yang

menggunakan Adobe Flash sebagai subjek pembelajaran. Seramai 30 pelajar tahun

akhir Fakulti Pendidikan tanpa mengira sama ada mereka pernah mempelajari Adobe

Flash ataupun tidak sebelum ini dipilih secara rawak untuk terlibat sebagai responden.

Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang terdiri daripada 21 item bagi

menguji responden mengenai keyakinan terhadap pembelajaran perisian Adobe Flash,

ciri-ciri reka bentuk interaksi, reka bentuk visual dan reka bentuk informasi blog yang

digemari serta tiga soalan subjektif yang memerlukan respon terbuka daripada

responden. Data-data kajian yang dikumpul dianalisa secara manual menggunakan

kalkulator saintifik dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan.

Dapatan kajian menunjukkan pengguna lebih menggemari strategi pengajaran secara

langkah demi langkah berdasarkan project based learning. perlu mempunyai reka

bentuk blog yang paling menarik dari segi aspek interaksi, visual dan informasi.

Beberapa implikasi kajian dan cadangan dibincang dan dibuat rumusan serta cadangan

kajian lanjutan turut dikemukakan.

Page 9: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

vi

ABSTRACT

The uses of tutorial blog as a medium of learning are gaining attention

nowadays. However, some modifications can be made for the blog to be more effective

and favored by the user in their self-regulating learning. The purpose of this research is

to identify the teaching strategies and effective framework for tutorial blog preferred by

the users. The study focuses only on blog tutorial that uses Adobe Flash as a subject of

learning. There were 30 final year students from Faculty of Education that were

randomly selected regardless of whether they had learned Adobe Flash before involve

in this study. The instrument used was a questionnaire consisting of 21 items to identify

respondents' confidence in learning about Adobe Flash, the characteristics of

interaction design, visual design and information design of the preferable blog and three

subjective questions that require an open response from respondents. The data collected

was analyzed manually by using scientific calculator, presented in frequency and

percentage. The finding shows that the users prefer the step by step teaching strategy

based on project based learning and the effective framework for tutorial blog should

have interesting design in terms of interaction, visual and information. Some

implications of the study and recommendations were discussed. Suggestions for further

research were given as well.

Page 10: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN

DEDIKASI

PENGHARGAAN

ABSTRAK

ABSTRACT

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

ii

iii

iv

v

vi

vii

xii

xiii

xv

xvi

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Latar Belakang Masalah

1.3 Pernyataan Masalah

1.4 Objektif Kajian

1.5 Persoalan Kajian

1.6 Rasional Kajian

1.7 Kepentingan Kajian

1.8 Batasan Kajian

1

2

5

8

8

9

9

10

Page 11: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

viii

1.9 Definifi Istilah

1.9.1 Strategi

1.9.2 Pengajaran

1.9.3 Kerangka

1.9.4 Blog Tutorial

1.9.5 Efektif

1.9.6 Pilihan

1.9.7 Pengguna

1.10 Penutup

10

10

11

11

12

12

BAB 2

SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan

2.2 Blog

2.3 Ciri-ciri Sesebuah Blog

2.4 Format Blog Serta Contoh

2.5 Istilah-istilah dalam Blog

2.6 Blog Pendidikan

2.7 Strategi Pengajaran

2.8 Penutup

14

15

17

17

19

20

22

23

BAB 3

METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan

3.2 Reka Bentuk Kajian

3.3 Kerangka Operasi

3.4 Populasi dan Sampel Kajian

3.5 Instrumen Kajian

3.5.1 Bahagian A

3.5.2 Bahagian B

3.5.3 Bahagian C

3.5.4 Bahagian D: Soalan Respon Terbuka

24

25

27

28

29

30

31

31

32

11

12

13

Page 12: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

ix

3.6 Prosedur Kajian

3.7 Penganalisisan Data

3.8 Andaian

3.9 Batasan Kajian

3.10 Penutup

32

34

34

35

35

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan

4.2 Bahagian A: Pembangunan Blog Tutorial

4.2.1 Paparan Antara Muka Blog

Tutorial

4.2.1.1 Paparan Antara Muka di

Blog Tutorial A

4.2.1.2 Paparan Antara Muka di

Blog Tutorial B

4.2.1.3 Paparan Antara Muka di

Blog Tutorial C

4.3 Bahagian B: Penilaian Blog Tutorial

4.3.1 Hasil Penilaian

4.3.2 Analisa Data Bahagian A:

Latar Belakang Responden

4.3.2.1 Maklumat Responden

Mengikut Jantina

4.3.2.2 Analisa Data Responden

Mengikut Pengalaman

Mempelajari Adobe Flash

4.3.2.3 Analisa Data Responden

Mengikut Medium atau

Tempat Mempelajari

Adobe Flash

4.3.2.4 Analisa Data Responden

36

37

37

37

45

49

54

54

55

55

55

56

57

Page 13: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

x

Mengikut Pendapat

Mengenai Tahap

Penguasaan Adobe Flash

4.3.3 Analisa Data Bahagian B:

Pemahaman Terhadap Adobe Flash

4.3.4 Analisa Data Bahagian C:

Reka Bentuk Blog Tutorial

4.3.4.1 Reka Bentuk Interaksi

4.3.4.2 Reka Bentuk Visual

4.3.4.3 Reka Bentuk Informasi

4.3.5 Analisa Data Bahagian D:

Soalan Respon Terbuka

4.3.5.1 Soalan Pertama

4.3.5.2 Soalan Kedua

4.3.5.3 Soalan Ketiga

4.4 Ringkasan Mengenai Kelebihan serta

Kelemahan Blog Tutorial

4.4.1 Blog A

4.4.2 Blog B

4.4.3 Blog C

4.5 Reka Bentuk Antara Muka yang Digemari

Oleh Pengguna

4.4 Penutup

BAB 5

PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN

CADANGAN

5.1 Pendahuluan

5.2 Perbincangan daripada Hasil Dapatan

Kajian

5.3 Cadangan Kajian

5.4 Cadangan Lanjutan

76

77

81

82

58

60

60

62

64

66

66

67

69

70

70

72

73

74

75

Page 14: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

xi

5.5 Kelebihan Kajian

5.6 Masalah yang Dihadapi

5.6.1 Bahasa

5.6.2 Kekurangan Pilihan Blog Tutorial

Adobe Flash

5.6.3 Masa

5.7 Penutup

Rujukan

Lampiran A-B

84

85

85

85

86

87

88

93

Page 15: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

4.1 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut 55

Jantina

4.2 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut 55

Pengalaman Mempelajari atau Menggunakan

Adobe Flash

4.3 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut 56

Tempat dan Medium yang Digunakan Untuk

Mempelajari Adobe Flash

4.4 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut 57

Tahap Penguasaan Adobe Flash

4.5 Taburan Peratusan Responden Mengenai 58

Pemahaman Terhadap Adobe Flash

4.6 Taburan Peratusan Responden Terhadap 60

Reka Bentuk Interaksi Blog Tutorial

4.7 Taburan Peratusan Responden Terhadap 62

Reka Bentuk Visual Blog Tutorial

4.8 Taburan Peratusan Responden Terhadap 64

Reka Bentuk Informasi Blog Tutorial

4.9 Kelebihan dan Kelemahan Blog Tutorial A 71

4.10 Kelebihan dan Kelemahan Blog Tutorial B 72

4.11 Kelebihan dan Kelemahan Blog Tutorial C 73

Page 16: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

4.1 Paparan Muka Hadapan Blog Tutorial 39

http://www.ilmugrafis.com

4.2 Contoh Pembelajaran yang Menggunakan 40

Adobe Flash

4.3 Ringkasan Paparan Langkah Demi Langkah 41

Dalam Penghasilan Animasi

4.4 Tutorial Membuat Taman Matahari 42

Menggunakan Macromedia Flash 8.0

4.5 Langkah-Langkah Penghasilan Taman Matahari 43

Menggunakan Macromedia Flash

4.6 Tutorial Animasi Burung Terbang dengan 43

Menggunakan Mode Frame by Frame

4.7 Sebahagian daripada Langkah-Langkah dalam 44

Penghasilan Animasi Burung Terbang

4.8 Paparan Muka Hadapan Blog Tutorial 46

http://videotutorialflash .blogspot.com/

4.9 Paparan Antaramuka Video Pembelajaran 47

Mengenai Timeline

4.10 Paparan Antaramuka Video Pembelajaran 48

Mengenai Shape Tweening

4.11 Paparan Antaramuka Video Pembelajaran 48

Mengenai Animasi Pada Button dengan Movie Clip

4.12 Paparan Muka Hadapan Blog Tutorial 50

http://www.ayeemayam.com/

4.13 Contoh Tutorial Mengenai Basic Motion 51

Page 17: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

xiv

4.14 Pengguna akan diberikan keterangan yang sangat 51

jelas semasa penghasilan Basic Motion

4.15 Contoh tutorial mengenai Speed and Spin 52

4.16 Pengguna diberikan keterangan yang sangat jelas 52

semasa penghasilan animasi berasaskan

Speed and Spin

4.17 Contoh tutorial mengenai Center Registration 53

4.18 Langkah-langkah menghasilkan Center Registration 53

4.19 Ciri-ciri reka bentuk interaksi yang digemari 74

oleh pengguna

4.20 Ciri-ciri reka bentuk visual yang digemari 74

oleh pengguna

4.21 Ciri-ciri reka bentuk informasi yang digemari 75

oleh pengguna

5.1 Kerangka Blog Tutorial yang Efektif 79

Page 18: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

xv

SENARAI SINGKATAN

KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia

ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and

Communication Technology)

UNITAR - Universiti Tun Abdul Razak

WWW - World Wide Web

IDC - International Data Cooperation

OS - Sistem Pengoperasian (Operating System)

HTML - Hyper Text Markup Language

IE - Internet Explorer

SPSS - Statistic Package Social Sciences

Page 19: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

xvi

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik yang Disahkan 93

oleh Pakar

B Borang Soal Selidik 101

Page 20: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Dewasa ini, perkembangan teknologi di Malaysia semakin pesat seiring dengan arus

permodenan yang semakin dikecapi oleh negara kita. Rata-rata penduduk di Malaysia semakin

kenal apa itu erti ‘teknologi’.

Begitu juga dengan perkembangan teknologi pendidikan di Malaysia. Kementerian

Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau

Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan selaras dengan

perkembangan teknologi semasa yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru.

Pelbagai projek ICT telah dilaksanakan oleh KPM dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti

utama penyediaan infrastruktur ICT (Kulanz, 2009).

Jika dapat dilihat secara teliti, sistem pentadbiran kini banyak menggunakan aplikasi

secara maya ataupun online. Pemohonan pelajar ke institusi pengajian tinggi memerlukan

kemudahan internet semasa proses permohonan berbanding dengan pengisian secara borang

Page 21: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

yang sudah lama dimansuhkan. Begitu juga dengan sistem permohonan kerja yang

kebanyakannya sudah memilih aplikasi di atas talian sebagai medium utama antara syarikat-

syarikat besar mahupun sederhana dengan orang awam yang ingin memohon pekerjaan.

Koharudin (2004) menyatakan bahawa di Malaysia, Universiti Tun Abdul Razak

(UNITAR) merupakan universiti maya yang pertama di negara ini yang telah menawarkan

pelbagai perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi e-learning atau e-

pembelajaran ini. Antara universiti lain yang sedang membangunkan sistem teknologi maklumat

ini ialah Universiti Multimedia di Cyberjaya. Universiti ini menggunakan rangkaian komputer

dan multimedia untuk menyampaikan kuliah, penilaian dan peperiksaan. Universiti-universiti

yang lain juga sedang giat mempertingkatkan kemudahan rangkaian e-pembelajaran bagi aktiviti

pengajaran dan pembelajaran.

1.2 Latar Belakang Masalah

Jika dapat dilihat kini, trend menjadikan blog sebagai medium penghubung antara

manusia semakin berkembang. Jika dahulu blog hanyalah digunakan sebagai catatan diari

seharian pengguna tetapi kini fungsi blog telah dijadikan sebagai sumber pendapatan seharian.

Terdapat banyak blogshop atau dalam erti kata lain perniagaan secara online atau maya yang

menjadikan blog sebagai tapak untuk urusan jual beli. Ini adalah kerana, kebanyakan aplikasi di

blog adalah percuma dan untuk membangunkan blog juga tidak dikenakan sebarang bayaran.

Dari penjualan baju, barangan kesihatan, produk penjagaan muka, alatan solekan sehinggalah

kepada produk kelengkapan penjagaan bayi dan macam-macam lagi turut diperdagangkan di

blog. Ini disokong oleh Zhou et al. (2011) yang berpendapat bahawa berdasarkan aplikasi Web

2.0, blog boleh dikategorikan sebagai diari di alam maya. Penggunaan blog dapat menarik minat

Page 22: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

ramai pengguna internet kerana blog yang dijadikan diari perlu diuruskan sendiri serta blog juga

menjadi tempat bagi pengguna untuk mendapatkan informasi.

Jika ditanya kepada pelajar-pelajar di luar sana, rata-rata dari mereka mengetahui

mengenai blog dan pernah melayari blog. Bagi yang mempunyai blog sendiri, pendapatan

sampingan dapat diperolehi dengan hanya berblog dan mendaftarkan aplikasi Nuffnang dalam

blog mereka. Pemilik blog yang terkenal mampu mencatatkan bilangan pengunjung yang ramai

untuk membaca setiap ulasan yang telah dikemaskini. Ini akan meningkatkan rating dan hit bagi

sesebuah blog. Menurut pandangan Zhou et al. (2011) blog digunakan sebagai platform bagi

pengguna untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi antara satu sama lain.

Selain dari itu, terdapat juga blog yang dijadikan sebagai medium pembelajaran.

Misalnya, ada blog yang mengajar dan menyediakan tutorial untuk mahir dalam penggunaan

Adobe Photoshop, Adobe Flash, Windows Movie Maker dan lain-lain lagi. Strategi pengajaran

melalui blog adalah berbeza bergantung kepada pemilik blog. Ada yang selesa mengajar dengan

memberi tutorial, memberi bimbingan sehingga ke akhir dan ada juga yang mengikut langkah

demi langkah. Ruang komen yang terdapat dalam blog memudahkan interaksi antara pengguna

dan pemilik blog jika terdapat sebarang masalah dan persoalan yang ingin dirungkaikan. Blog

tutorial juga diminati dan menerima hit yang tinggi jika cara penyampaian sesuatu pengajaran

senang difahami dan dapat diterima oleh pengguna.

Kadang-kala perkara yang dilihat sangat sempurna sebenarnya mempunyai masalah

disebalik kesempurnaan itu. Begitu juga dengan blog. Terdapat beberapa kepincangan yang

masih boleh dibaiki untuk meningkatkan tahap penggunaan blog. Antara masalah tersebut ialah

blog yang terlalu berat dengan aplikasi yang berlebihan akan menyebabkan pengguna bosan

menunggu untuk masuk ke dalam sesebuah blog. Penulisan di blog juga kadang-kala boleh

dilanda kontroversi kerana di blog, semua orang bebas untuk meluahkan pendapat, mengkritik

serta memberi pandangan mengenai sesuatu perkara. Hal ini adalah kerana blog yang tidak

Page 23: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

private dapat dilayari oleh semua pengguna internet. Menurut pendapat Zhou et al. (2011) pula,

pengguna blog perlu bergantung kepada enjin pencarian untuk mendapatkan maklumat yang

berkaitan disebabkan terlalu banyak informasi yang terdapat dalam sesebuah blog. Dalam pada

masa yang sama, susunan dapatan yang bakal diperolehi akan memberi kesan kepada kualiti

dapatan semula. Jadi, dinasihatkan agar susunan post dalam blog disusun berdasarkan topik yang

sama atau berkaitan dan berdasarkan ‘kepanasan’ sesuatu topik tersebut.

Antara masalah lain adalah pembelajaran melalui blog tidak mempunyai bimbingan dari

guru yang bertauliah. Tahap kefahaman seseorang yang belajar melalui blog 100% bergantung

kepada isi dan cara penyampaian pemilik blog yang tidak diketahui identiti sebenar. Ini adalah

kerana belajar melalui blog menekankan kepada konsep pembelajaran secara maya serta

pembelajaran secara kendiri. Dippold (2009) berpendapat bahawa banyak universiti di United

Kingdom menggunakan kaedah pembelajaran secara maya yang sebahagiannya telah menjadikan

pembelajaran ini sebagai pengajaran di kelas sehingga dapat menyokong kepada pembelajaran

secara berhadapan yang sedia ada yang telah belaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.

Jadi pemilik blog harus bijak menentukan strategi atau konsep pengajaran yang sesuai

bagi memastikan blog pembelajaran ataupun blog tutorial tersebut digemari oleh pengguna dan

seterusnya dapat mencatatkan hit yang tinggi. Menurut Hall (2009); McLoughlin dan Lee (2010),

penggunaan teknologi Web 2.0 dalam bidang pendidikan mempunyai potensi untuk

diketengahkan seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan pembelajaran

kendiri secara efektif yang perlu tidak bergantung kepada aspek fizikal, geografi serta undang-

undang institusi pendidikan.

Page 24: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

1.3 Pernyataan Masalah

Internet yang mula muncul pada tahun 1990an memang amat dikagumi dari segi

keupayaan dan kecanggihannya. Dengan adanya internet, maklumat dapat disampaikan secara

maya dan global serta terus merentasi sempadan geografi yang sangat jauh. Maklumat berkenaan

dapat diakses pada bila-bila masa walaupun di mana sahaja seseorang itu berada. Tahun 1993

dikatakan sebagai titik permulaan internet berkembang pesat hampir ke semua bidang kehidupan

kita apabila larangan had penggunaannya untuk perniagaan digugurkan. Mulai tahun tersebut,

internet dibuka kepada sektor swasta dan perindustrian. Sebelum itu internet hanya boleh

digunakan untuk bidang ketenteraan dan penyelidikan di institusi pengajian tinggi tertentu sahaja

(Giber, 1993). Penggunaan internet telah mengubah corak hidup komuniti dan masyarakat dalam

pelbagai bidang seperti pendidikan, perhubungan, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.

Penggunaan internet juga telah membuatkan penukaran cara pengajaran secara

konvensional atau cara pengajaran secara tradisional kepada cara pengajaran berasaskan laman

web atau pembelajaran maya. Pengajaran berasaskan laman web merupakan program pengajaran

berasaskan hypermedia yang menggunakan atribut dan sumber Web Sedunia (World Wide Web

atau www) untuk merekacipta dan menyokong suasana pembelajaran yang berkesan (Khan,

1999). Pengajaran berasaskan web dapat melengkapkan seseorang individu menjadi ahli

komuniti atau anggota masyarakat bermaklumat dan masyarakat mempunyai ilmu pengetahuan

(Sajap, 2008).

Jika dapat diperhatikan pada zaman sekarang, penggunaan internet dikalangan kanak-

kanak mahupun pelajar sekolah sudah menjadi suatu kebiasaan. Kebanyakkan daripada mereka

melayari internet di rumah mahupun di sekolah. Menurut kajian, pada tahun 2000, dianggarkan

kira-kira 55, 475, 000 seisi rumah mempunyai komputer peribadi manakala 99% sekolah awam

mempunyai kemudahan melayari internet. Bilangan penggunaan internet di seluruh dunia

dijangka meningkat sebanyak 300 juta pada tahun 2005 berdasarkan kajian daripada IDC.

Page 25: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

Dipercayai bahawa benua Asia dan Amerika Selatan merupakan penyumbang terbesar dalam

peningkatan penggunaan internet. Selain daripada itu, NUA Internet Survey menganggarkan

kira-kira 407.1 juta pengguna internet telah menggunakan kemudahan tersebut pada bulan

November 2000 dan dianggarkan 20% daripada media digital diguna oleh kanak-kanak. Baru-

baru ini, dalam kajian melalui telefon yang dijalankan oleh National School Boards Foundation,

sebanyak 1735 seisi rumah yang dipilih secara rawak menunjukkan bahawa seisi rumah tersebut

ada melayari internet di rumah mahupun di sekolah.

Dalam satu kajian yang dilakukan kepada 10 000 orang pelajar berumur dalam

lingkungan 12 hingga 24 tahun daripada 16 buah negara, penggunaan internet digunakan secara

meluas oleh para pelajar di negara Sweden dan Kanada menurut Ipsos-Reid Group. 78%

daripada pelajar di Sweden dan 74% di Kanada mengakses laman web di rumah. Kedudukan

ketiga adalah Taiwan sebanyak 63% diikuti oleh United Kingdom, United State, Netherlands,

Australia, Korea Selatan, Mexico, Jepun, Itali, Sepanyol, Jerman, Perancis, Brazil serta China

(Demner, 2001).

Mengikut survey atau kajian yang telah dijalankan oleh Pew Internet & American Life

Project Survey pada tahun 2006, didapati bahawa 12 juta daripada rakyat di Amerika mempunyai

blog. Dipercayai hal ini semakin meningkat seiring dengan meningkatnya kadar penggunaan

broadband untuk blogging. Seperti yang tercatat pada World Broadband Statistic Report pada

penghujung tahun 2009, dianggarkan bahawa 466.95 juta pelanggan broadband menggunakan

perkhidmatan laman web iaitu meningkat sebanyak 2.5 peratus daripada sebelum ini iaitu

sebanyak 455.57 juta (Zuhaira et al., 2011).

Di Malaysia, penggunaan teknologi internet juga terus meningkat dari semasa ke semasa.

Sebagai contoh dari Nua Internet Surveys (1999), pada Februari 1997 pengguna internet di

Malaysia adalah seramai 30 000 orang, dan telah meningkat kepada 137 000 pada bulan Oktober

1997, dan terus memberi peningkatan kepada 600 000 pada bulan Januari 1998. Dalam masa

Page 26: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

lebih kurang setahun, didapati telah berlaku peningkatan penggunaan internet di kalangan

penduduk negara ini dengan kadar berpuluh-puluh kali ganda (Sajap, 2008).

Selain dari itu, trend berblog semakin diminati ramai. Ada yang menjadikan blog sebagai

medium pembelajaran. Kini, terdapat banyak blog tutorial yang diminati ramai pengguna dan

mencatatkan hit yang tinggi. Ini adalah kerana untuk mencatatkan hit yang tinggi dalam blog

tutorial, pemilik blog harus bijak untuk menentukan strategi pengajaran apa yang sesuai untuk

digunakan sebagai asas kepada pengajaran. Jika memilih strategi yang salah, maka pengguna

tidak dapat mengikuti pembelajaran yang disediakan di blog dan akhir sekali membawa kepada

penurunan hit.

Atas sebab itu, pengkaji bercadang untuk mengkaji apakah strategi pengajaran yang

diminati oleh pengguna dan memberi kesan kepada pemahaman bagi sesuai pembelajaran di blog

serta apakah ciri-ciri blog tutorial yang boleh membawa kepada kerangka blog tutorial yang

efektif.

1.4 Objektif Kajian

i. Mengenalpasti apakah strategi pengajaran yang digunakan di blog tutorial yang sedia

ada yang menjadi pilihan pengguna.

ii. Mengkaji bagaimana untuk mendapatkan satu rangka blog tutorial yang efektif.

Page 27: NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN - fp.utm.my filedengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan Selawat dan salam ditujukan kepada junjungan mulia

1.5 Persoalan Kajian

Secara amnya, persoalan-persoalan bagi sesebuah kajian adalah terjawab di dalam

objektif kajian itu sendiri. Antara persoalan yang ingin dibangkitkan disini adalah:

i. Apakah strategi pengajaran yang digunakan di blog tutorial yang sedia ada yang menjadi

pilihan pengguna?

ii. Apakah kerangka blog tutorial yang efektif?