KAJIAN MENGENAI STRATEGI PENGAJARAN DAN KERANGKA BLOG
TUTORIAL YANG EFEKTIF YANG MENJADI PILIHAN PENGGUNA.
NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS
JUDUL: KAJIAN MENGENAI STRATEGI PENGAJARAN DAN KERANGKA
BLOG TUTORIAL YANG EFEKTIF YANG MENJADI PILIHAN
PENGGUNA.
SESI PENGAJIAN: 2011/2012
Saya : NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan
Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis ini adalah hak milik Universiti Teknologi Malaysia.
2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
pengajian sahaja.
3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi
pengajian tinggi.
4. **Sila tandakan ( )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentinganMalaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
____________________________________ _______________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap : NO 151, JALAN NURI, 2/2 PN. NORAH MD NOOR
TAMAN NURI, JALAN DATUK
KUMBAR, 05300 ALOR SETAR.
Tarikh : 29 JUN 2012 Tarikh : 29 JUN 2012
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika Tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali tempoh tesis ini perlu
dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah Sarjana secara
penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secra kerja kursus dan penyelidikan
atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM)
(NAMA PENYELIA)
“Saya akui bahawa saya telah membaca tesis ini dan pada pandangan saya tesis ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)”
Tandatangan : ______________________
Nama Penyelia : Pn. Norah Md Noor
Tarikh : 29 Jun 2012
KAJIAN MENGENAI STRATEGI PENGAJARAN DAN
KERANGKA BLOG TUTORIAL YANG EFEKTIF YANG MENJADI
PILIHAN PENGGUNA.
NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN
Laporan tesis ini dikemukakan sebagai
memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan
Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
JUN 2012
ii
“Saya akui tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya
telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : .............................................
Nama Penulis : NURUL IZZANIE BINTI ROHANI@ADNAN
Tarikh : 29 Jun 2012
iii
DEDIKASI
Ayahanda dan Bonda:
Rohani@Adnan Bin Ibrahim
Zainab Binti Ahmad
Terima kasih atas doa dan sokongan.
Sekalung budimu tetap dikenang hingga ke akhir hayat.
Abang serta Adikku:
Mohd Izwandy Bin Rohani@Adnan
Nurul Izzatie Binti Rohani@Adnan
Semoga kejayaanku hari ini menjadi kebanggaan dan dorongan
bagi diri kita untuk menjadi lebih baik pada masa hadapan.
Buat yang Tersayang:
Terima kasih kerana tidak putus-putus memberi pandangan
yang bernas sepanjang penghasilan tesis ini.
iv
PENGHARGAAN
Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah SWT, kerana
dengan limpah dan kurniaNya tesis ini dapat disiapkan. Selawat dan salam ditujukan
kepada junjungan mulia Rasulullah SAW yang membawa rahmat ke seluruh alam.
Tiada kata seindah bahasa yang dapat diucapkan melainkan ucapan terima
kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada penyelia Projek Sarjana Muda saya
iaitu Pn. Norah Binti Md Noor yang telah banyak memberi tunjuk ajar, cadangan
serta bimbingan tanpa rasa jemu dalam menyiapkan kajian ini. Ucapan sekalung
terima kasih juga kepada pelajar yang sudi meluangkan masa dan telah memberikan
kerjasama yang baik dalam menjawab soal selidik kajian ini.
Sekalung terima kasih juga buat yang teristimewa di hati dan sahabat handai
terutama sekali Izzati, Fareha, Hidayah dan Helmy yang banyak membantu dalam
memberi idea serta membakar semangat untuk terus berjuang. Akhir sekali, kepada
semua yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak semoga segala jasa kalian
diberi ganjaran kebaikan.
v
ABSTRAK
Penggunaan blog tutorial sebagai medium pembelajaran semakin mendapat
perhatian sejak akhir-akhir ini. Namun masih terdapat beberapa kepincangan yang
boleh diperbaiki untuk menjadikan blog tutorial lebih efektif dan digemari pengguna
seterusnya membantu dari aspek pembelajaran secara kendiri. Kajian ini dijalankan
untuk mengkaji mengenai strategi pengajaran dan kerangka blog tutorial efektif yang
menjadi pilihan pengguna. Kajian ini juga memberi fokus kepada blog tutorial yang
menggunakan Adobe Flash sebagai subjek pembelajaran. Seramai 30 pelajar tahun
akhir Fakulti Pendidikan tanpa mengira sama ada mereka pernah mempelajari Adobe
Flash ataupun tidak sebelum ini dipilih secara rawak untuk terlibat sebagai responden.
Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang terdiri daripada 21 item bagi
menguji responden mengenai keyakinan terhadap pembelajaran perisian Adobe Flash,
ciri-ciri reka bentuk interaksi, reka bentuk visual dan reka bentuk informasi blog yang
digemari serta tiga soalan subjektif yang memerlukan respon terbuka daripada
responden. Data-data kajian yang dikumpul dianalisa secara manual menggunakan
kalkulator saintifik dan dipersembahkan dalam bentuk kekerapan dan peratusan.
Dapatan kajian menunjukkan pengguna lebih menggemari strategi pengajaran secara
langkah demi langkah berdasarkan project based learning. perlu mempunyai reka
bentuk blog yang paling menarik dari segi aspek interaksi, visual dan informasi.
Beberapa implikasi kajian dan cadangan dibincang dan dibuat rumusan serta cadangan
kajian lanjutan turut dikemukakan.
vi
ABSTRACT
The uses of tutorial blog as a medium of learning are gaining attention
nowadays. However, some modifications can be made for the blog to be more effective
and favored by the user in their self-regulating learning. The purpose of this research is
to identify the teaching strategies and effective framework for tutorial blog preferred by
the users. The study focuses only on blog tutorial that uses Adobe Flash as a subject of
learning. There were 30 final year students from Faculty of Education that were
randomly selected regardless of whether they had learned Adobe Flash before involve
in this study. The instrument used was a questionnaire consisting of 21 items to identify
respondents' confidence in learning about Adobe Flash, the characteristics of
interaction design, visual design and information design of the preferable blog and three
subjective questions that require an open response from respondents. The data collected
was analyzed manually by using scientific calculator, presented in frequency and
percentage. The finding shows that the users prefer the step by step teaching strategy
based on project based learning and the effective framework for tutorial blog should
have interesting design in terms of interaction, visual and information. Some
implications of the study and recommendations were discussed. Suggestions for further
research were given as well.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL
PENGAKUAN
DEDIKASI
PENGHARGAAN
ABSTRAK
ABSTRACT
KANDUNGAN
SENARAI JADUAL
SENARAI RAJAH
SENARAI SINGKATAN
SENARAI LAMPIRAN
ii
iii
iv
v
vi
vii
xii
xiii
xv
xvi
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Pernyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Rasional Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Batasan Kajian
1
2
5
8
8
9
9
10
viii
1.9 Definifi Istilah
1.9.1 Strategi
1.9.2 Pengajaran
1.9.3 Kerangka
1.9.4 Blog Tutorial
1.9.5 Efektif
1.9.6 Pilihan
1.9.7 Pengguna
1.10 Penutup
10
10
11
11
12
12
BAB 2
SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan
2.2 Blog
2.3 Ciri-ciri Sesebuah Blog
2.4 Format Blog Serta Contoh
2.5 Istilah-istilah dalam Blog
2.6 Blog Pendidikan
2.7 Strategi Pengajaran
2.8 Penutup
14
15
17
17
19
20
22
23
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan
3.2 Reka Bentuk Kajian
3.3 Kerangka Operasi
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
3.5.1 Bahagian A
3.5.2 Bahagian B
3.5.3 Bahagian C
3.5.4 Bahagian D: Soalan Respon Terbuka
24
25
27
28
29
30
31
31
32
11
12
13
ix
3.6 Prosedur Kajian
3.7 Penganalisisan Data
3.8 Andaian
3.9 Batasan Kajian
3.10 Penutup
32
34
34
35
35
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
4.2 Bahagian A: Pembangunan Blog Tutorial
4.2.1 Paparan Antara Muka Blog
Tutorial
4.2.1.1 Paparan Antara Muka di
Blog Tutorial A
4.2.1.2 Paparan Antara Muka di
Blog Tutorial B
4.2.1.3 Paparan Antara Muka di
Blog Tutorial C
4.3 Bahagian B: Penilaian Blog Tutorial
4.3.1 Hasil Penilaian
4.3.2 Analisa Data Bahagian A:
Latar Belakang Responden
4.3.2.1 Maklumat Responden
Mengikut Jantina
4.3.2.2 Analisa Data Responden
Mengikut Pengalaman
Mempelajari Adobe Flash
4.3.2.3 Analisa Data Responden
Mengikut Medium atau
Tempat Mempelajari
Adobe Flash
4.3.2.4 Analisa Data Responden
36
37
37
37
45
49
54
54
55
55
55
56
57
x
Mengikut Pendapat
Mengenai Tahap
Penguasaan Adobe Flash
4.3.3 Analisa Data Bahagian B:
Pemahaman Terhadap Adobe Flash
4.3.4 Analisa Data Bahagian C:
Reka Bentuk Blog Tutorial
4.3.4.1 Reka Bentuk Interaksi
4.3.4.2 Reka Bentuk Visual
4.3.4.3 Reka Bentuk Informasi
4.3.5 Analisa Data Bahagian D:
Soalan Respon Terbuka
4.3.5.1 Soalan Pertama
4.3.5.2 Soalan Kedua
4.3.5.3 Soalan Ketiga
4.4 Ringkasan Mengenai Kelebihan serta
Kelemahan Blog Tutorial
4.4.1 Blog A
4.4.2 Blog B
4.4.3 Blog C
4.5 Reka Bentuk Antara Muka yang Digemari
Oleh Pengguna
4.4 Penutup
BAB 5
PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pendahuluan
5.2 Perbincangan daripada Hasil Dapatan
Kajian
5.3 Cadangan Kajian
5.4 Cadangan Lanjutan
76
77
81
82
58
60
60
62
64
66
66
67
69
70
70
72
73
74
75
xi
5.5 Kelebihan Kajian
5.6 Masalah yang Dihadapi
5.6.1 Bahasa
5.6.2 Kekurangan Pilihan Blog Tutorial
Adobe Flash
5.6.3 Masa
5.7 Penutup
Rujukan
Lampiran A-B
84
85
85
85
86
87
88
93
xii
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.1 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut 55
Jantina
4.2 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut 55
Pengalaman Mempelajari atau Menggunakan
Adobe Flash
4.3 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut 56
Tempat dan Medium yang Digunakan Untuk
Mempelajari Adobe Flash
4.4 Bilangan dan Peratusan Sampel Mengikut 57
Tahap Penguasaan Adobe Flash
4.5 Taburan Peratusan Responden Mengenai 58
Pemahaman Terhadap Adobe Flash
4.6 Taburan Peratusan Responden Terhadap 60
Reka Bentuk Interaksi Blog Tutorial
4.7 Taburan Peratusan Responden Terhadap 62
Reka Bentuk Visual Blog Tutorial
4.8 Taburan Peratusan Responden Terhadap 64
Reka Bentuk Informasi Blog Tutorial
4.9 Kelebihan dan Kelemahan Blog Tutorial A 71
4.10 Kelebihan dan Kelemahan Blog Tutorial B 72
4.11 Kelebihan dan Kelemahan Blog Tutorial C 73
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
4.1 Paparan Muka Hadapan Blog Tutorial 39
http://www.ilmugrafis.com
4.2 Contoh Pembelajaran yang Menggunakan 40
Adobe Flash
4.3 Ringkasan Paparan Langkah Demi Langkah 41
Dalam Penghasilan Animasi
4.4 Tutorial Membuat Taman Matahari 42
Menggunakan Macromedia Flash 8.0
4.5 Langkah-Langkah Penghasilan Taman Matahari 43
Menggunakan Macromedia Flash
4.6 Tutorial Animasi Burung Terbang dengan 43
Menggunakan Mode Frame by Frame
4.7 Sebahagian daripada Langkah-Langkah dalam 44
Penghasilan Animasi Burung Terbang
4.8 Paparan Muka Hadapan Blog Tutorial 46
http://videotutorialflash .blogspot.com/
4.9 Paparan Antaramuka Video Pembelajaran 47
Mengenai Timeline
4.10 Paparan Antaramuka Video Pembelajaran 48
Mengenai Shape Tweening
4.11 Paparan Antaramuka Video Pembelajaran 48
Mengenai Animasi Pada Button dengan Movie Clip
4.12 Paparan Muka Hadapan Blog Tutorial 50
http://www.ayeemayam.com/
4.13 Contoh Tutorial Mengenai Basic Motion 51
xiv
4.14 Pengguna akan diberikan keterangan yang sangat 51
jelas semasa penghasilan Basic Motion
4.15 Contoh tutorial mengenai Speed and Spin 52
4.16 Pengguna diberikan keterangan yang sangat jelas 52
semasa penghasilan animasi berasaskan
Speed and Spin
4.17 Contoh tutorial mengenai Center Registration 53
4.18 Langkah-langkah menghasilkan Center Registration 53
4.19 Ciri-ciri reka bentuk interaksi yang digemari 74
oleh pengguna
4.20 Ciri-ciri reka bentuk visual yang digemari 74
oleh pengguna
4.21 Ciri-ciri reka bentuk informasi yang digemari 75
oleh pengguna
5.1 Kerangka Blog Tutorial yang Efektif 79
xv
SENARAI SINGKATAN
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi (Information and
Communication Technology)
UNITAR - Universiti Tun Abdul Razak
WWW - World Wide Web
IDC - International Data Cooperation
OS - Sistem Pengoperasian (Operating System)
HTML - Hyper Text Markup Language
IE - Internet Explorer
SPSS - Statistic Package Social Sciences
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik yang Disahkan 93
oleh Pakar
B Borang Soal Selidik 101
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dewasa ini, perkembangan teknologi di Malaysia semakin pesat seiring dengan arus
permodenan yang semakin dikecapi oleh negara kita. Rata-rata penduduk di Malaysia semakin
kenal apa itu erti ‘teknologi’.
Begitu juga dengan perkembangan teknologi pendidikan di Malaysia. Kementerian
Pelajaran Malaysia (KPM) telah memperkenalkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau
Information and Communication Technology (ICT) dalam pendidikan selaras dengan
perkembangan teknologi semasa yang meliputi aspek prasarana, pengisian dan latihan guru.
Pelbagai projek ICT telah dilaksanakan oleh KPM dengan pembekalan komputer sebagai aktiviti
utama penyediaan infrastruktur ICT (Kulanz, 2009).
Jika dapat dilihat secara teliti, sistem pentadbiran kini banyak menggunakan aplikasi
secara maya ataupun online. Pemohonan pelajar ke institusi pengajian tinggi memerlukan
kemudahan internet semasa proses permohonan berbanding dengan pengisian secara borang
yang sudah lama dimansuhkan. Begitu juga dengan sistem permohonan kerja yang
kebanyakannya sudah memilih aplikasi di atas talian sebagai medium utama antara syarikat-
syarikat besar mahupun sederhana dengan orang awam yang ingin memohon pekerjaan.
Koharudin (2004) menyatakan bahawa di Malaysia, Universiti Tun Abdul Razak
(UNITAR) merupakan universiti maya yang pertama di negara ini yang telah menawarkan
pelbagai perkhidmatan pengajaran dan pembelajaran melalui teknologi e-learning atau e-
pembelajaran ini. Antara universiti lain yang sedang membangunkan sistem teknologi maklumat
ini ialah Universiti Multimedia di Cyberjaya. Universiti ini menggunakan rangkaian komputer
dan multimedia untuk menyampaikan kuliah, penilaian dan peperiksaan. Universiti-universiti
yang lain juga sedang giat mempertingkatkan kemudahan rangkaian e-pembelajaran bagi aktiviti
pengajaran dan pembelajaran.
1.2 Latar Belakang Masalah
Jika dapat dilihat kini, trend menjadikan blog sebagai medium penghubung antara
manusia semakin berkembang. Jika dahulu blog hanyalah digunakan sebagai catatan diari
seharian pengguna tetapi kini fungsi blog telah dijadikan sebagai sumber pendapatan seharian.
Terdapat banyak blogshop atau dalam erti kata lain perniagaan secara online atau maya yang
menjadikan blog sebagai tapak untuk urusan jual beli. Ini adalah kerana, kebanyakan aplikasi di
blog adalah percuma dan untuk membangunkan blog juga tidak dikenakan sebarang bayaran.
Dari penjualan baju, barangan kesihatan, produk penjagaan muka, alatan solekan sehinggalah
kepada produk kelengkapan penjagaan bayi dan macam-macam lagi turut diperdagangkan di
blog. Ini disokong oleh Zhou et al. (2011) yang berpendapat bahawa berdasarkan aplikasi Web
2.0, blog boleh dikategorikan sebagai diari di alam maya. Penggunaan blog dapat menarik minat
ramai pengguna internet kerana blog yang dijadikan diari perlu diuruskan sendiri serta blog juga
menjadi tempat bagi pengguna untuk mendapatkan informasi.
Jika ditanya kepada pelajar-pelajar di luar sana, rata-rata dari mereka mengetahui
mengenai blog dan pernah melayari blog. Bagi yang mempunyai blog sendiri, pendapatan
sampingan dapat diperolehi dengan hanya berblog dan mendaftarkan aplikasi Nuffnang dalam
blog mereka. Pemilik blog yang terkenal mampu mencatatkan bilangan pengunjung yang ramai
untuk membaca setiap ulasan yang telah dikemaskini. Ini akan meningkatkan rating dan hit bagi
sesebuah blog. Menurut pandangan Zhou et al. (2011) blog digunakan sebagai platform bagi
pengguna untuk berkongsi maklumat dan berkomunikasi antara satu sama lain.
Selain dari itu, terdapat juga blog yang dijadikan sebagai medium pembelajaran.
Misalnya, ada blog yang mengajar dan menyediakan tutorial untuk mahir dalam penggunaan
Adobe Photoshop, Adobe Flash, Windows Movie Maker dan lain-lain lagi. Strategi pengajaran
melalui blog adalah berbeza bergantung kepada pemilik blog. Ada yang selesa mengajar dengan
memberi tutorial, memberi bimbingan sehingga ke akhir dan ada juga yang mengikut langkah
demi langkah. Ruang komen yang terdapat dalam blog memudahkan interaksi antara pengguna
dan pemilik blog jika terdapat sebarang masalah dan persoalan yang ingin dirungkaikan. Blog
tutorial juga diminati dan menerima hit yang tinggi jika cara penyampaian sesuatu pengajaran
senang difahami dan dapat diterima oleh pengguna.
Kadang-kala perkara yang dilihat sangat sempurna sebenarnya mempunyai masalah
disebalik kesempurnaan itu. Begitu juga dengan blog. Terdapat beberapa kepincangan yang
masih boleh dibaiki untuk meningkatkan tahap penggunaan blog. Antara masalah tersebut ialah
blog yang terlalu berat dengan aplikasi yang berlebihan akan menyebabkan pengguna bosan
menunggu untuk masuk ke dalam sesebuah blog. Penulisan di blog juga kadang-kala boleh
dilanda kontroversi kerana di blog, semua orang bebas untuk meluahkan pendapat, mengkritik
serta memberi pandangan mengenai sesuatu perkara. Hal ini adalah kerana blog yang tidak
private dapat dilayari oleh semua pengguna internet. Menurut pendapat Zhou et al. (2011) pula,
pengguna blog perlu bergantung kepada enjin pencarian untuk mendapatkan maklumat yang
berkaitan disebabkan terlalu banyak informasi yang terdapat dalam sesebuah blog. Dalam pada
masa yang sama, susunan dapatan yang bakal diperolehi akan memberi kesan kepada kualiti
dapatan semula. Jadi, dinasihatkan agar susunan post dalam blog disusun berdasarkan topik yang
sama atau berkaitan dan berdasarkan ‘kepanasan’ sesuatu topik tersebut.
Antara masalah lain adalah pembelajaran melalui blog tidak mempunyai bimbingan dari
guru yang bertauliah. Tahap kefahaman seseorang yang belajar melalui blog 100% bergantung
kepada isi dan cara penyampaian pemilik blog yang tidak diketahui identiti sebenar. Ini adalah
kerana belajar melalui blog menekankan kepada konsep pembelajaran secara maya serta
pembelajaran secara kendiri. Dippold (2009) berpendapat bahawa banyak universiti di United
Kingdom menggunakan kaedah pembelajaran secara maya yang sebahagiannya telah menjadikan
pembelajaran ini sebagai pengajaran di kelas sehingga dapat menyokong kepada pembelajaran
secara berhadapan yang sedia ada yang telah belaku dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.
Jadi pemilik blog harus bijak menentukan strategi atau konsep pengajaran yang sesuai
bagi memastikan blog pembelajaran ataupun blog tutorial tersebut digemari oleh pengguna dan
seterusnya dapat mencatatkan hit yang tinggi. Menurut Hall (2009); McLoughlin dan Lee (2010),
penggunaan teknologi Web 2.0 dalam bidang pendidikan mempunyai potensi untuk
diketengahkan seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk menghasilkan pembelajaran
kendiri secara efektif yang perlu tidak bergantung kepada aspek fizikal, geografi serta undang-
undang institusi pendidikan.
1.3 Pernyataan Masalah
Internet yang mula muncul pada tahun 1990an memang amat dikagumi dari segi
keupayaan dan kecanggihannya. Dengan adanya internet, maklumat dapat disampaikan secara
maya dan global serta terus merentasi sempadan geografi yang sangat jauh. Maklumat berkenaan
dapat diakses pada bila-bila masa walaupun di mana sahaja seseorang itu berada. Tahun 1993
dikatakan sebagai titik permulaan internet berkembang pesat hampir ke semua bidang kehidupan
kita apabila larangan had penggunaannya untuk perniagaan digugurkan. Mulai tahun tersebut,
internet dibuka kepada sektor swasta dan perindustrian. Sebelum itu internet hanya boleh
digunakan untuk bidang ketenteraan dan penyelidikan di institusi pengajian tinggi tertentu sahaja
(Giber, 1993). Penggunaan internet telah mengubah corak hidup komuniti dan masyarakat dalam
pelbagai bidang seperti pendidikan, perhubungan, ekonomi, politik, sosial dan sebagainya.
Penggunaan internet juga telah membuatkan penukaran cara pengajaran secara
konvensional atau cara pengajaran secara tradisional kepada cara pengajaran berasaskan laman
web atau pembelajaran maya. Pengajaran berasaskan laman web merupakan program pengajaran
berasaskan hypermedia yang menggunakan atribut dan sumber Web Sedunia (World Wide Web
atau www) untuk merekacipta dan menyokong suasana pembelajaran yang berkesan (Khan,
1999). Pengajaran berasaskan web dapat melengkapkan seseorang individu menjadi ahli
komuniti atau anggota masyarakat bermaklumat dan masyarakat mempunyai ilmu pengetahuan
(Sajap, 2008).
Jika dapat diperhatikan pada zaman sekarang, penggunaan internet dikalangan kanak-
kanak mahupun pelajar sekolah sudah menjadi suatu kebiasaan. Kebanyakkan daripada mereka
melayari internet di rumah mahupun di sekolah. Menurut kajian, pada tahun 2000, dianggarkan
kira-kira 55, 475, 000 seisi rumah mempunyai komputer peribadi manakala 99% sekolah awam
mempunyai kemudahan melayari internet. Bilangan penggunaan internet di seluruh dunia
dijangka meningkat sebanyak 300 juta pada tahun 2005 berdasarkan kajian daripada IDC.
Dipercayai bahawa benua Asia dan Amerika Selatan merupakan penyumbang terbesar dalam
peningkatan penggunaan internet. Selain daripada itu, NUA Internet Survey menganggarkan
kira-kira 407.1 juta pengguna internet telah menggunakan kemudahan tersebut pada bulan
November 2000 dan dianggarkan 20% daripada media digital diguna oleh kanak-kanak. Baru-
baru ini, dalam kajian melalui telefon yang dijalankan oleh National School Boards Foundation,
sebanyak 1735 seisi rumah yang dipilih secara rawak menunjukkan bahawa seisi rumah tersebut
ada melayari internet di rumah mahupun di sekolah.
Dalam satu kajian yang dilakukan kepada 10 000 orang pelajar berumur dalam
lingkungan 12 hingga 24 tahun daripada 16 buah negara, penggunaan internet digunakan secara
meluas oleh para pelajar di negara Sweden dan Kanada menurut Ipsos-Reid Group. 78%
daripada pelajar di Sweden dan 74% di Kanada mengakses laman web di rumah. Kedudukan
ketiga adalah Taiwan sebanyak 63% diikuti oleh United Kingdom, United State, Netherlands,
Australia, Korea Selatan, Mexico, Jepun, Itali, Sepanyol, Jerman, Perancis, Brazil serta China
(Demner, 2001).
Mengikut survey atau kajian yang telah dijalankan oleh Pew Internet & American Life
Project Survey pada tahun 2006, didapati bahawa 12 juta daripada rakyat di Amerika mempunyai
blog. Dipercayai hal ini semakin meningkat seiring dengan meningkatnya kadar penggunaan
broadband untuk blogging. Seperti yang tercatat pada World Broadband Statistic Report pada
penghujung tahun 2009, dianggarkan bahawa 466.95 juta pelanggan broadband menggunakan
perkhidmatan laman web iaitu meningkat sebanyak 2.5 peratus daripada sebelum ini iaitu
sebanyak 455.57 juta (Zuhaira et al., 2011).
Di Malaysia, penggunaan teknologi internet juga terus meningkat dari semasa ke semasa.
Sebagai contoh dari Nua Internet Surveys (1999), pada Februari 1997 pengguna internet di
Malaysia adalah seramai 30 000 orang, dan telah meningkat kepada 137 000 pada bulan Oktober
1997, dan terus memberi peningkatan kepada 600 000 pada bulan Januari 1998. Dalam masa
lebih kurang setahun, didapati telah berlaku peningkatan penggunaan internet di kalangan
penduduk negara ini dengan kadar berpuluh-puluh kali ganda (Sajap, 2008).
Selain dari itu, trend berblog semakin diminati ramai. Ada yang menjadikan blog sebagai
medium pembelajaran. Kini, terdapat banyak blog tutorial yang diminati ramai pengguna dan
mencatatkan hit yang tinggi. Ini adalah kerana untuk mencatatkan hit yang tinggi dalam blog
tutorial, pemilik blog harus bijak untuk menentukan strategi pengajaran apa yang sesuai untuk
digunakan sebagai asas kepada pengajaran. Jika memilih strategi yang salah, maka pengguna
tidak dapat mengikuti pembelajaran yang disediakan di blog dan akhir sekali membawa kepada
penurunan hit.
Atas sebab itu, pengkaji bercadang untuk mengkaji apakah strategi pengajaran yang
diminati oleh pengguna dan memberi kesan kepada pemahaman bagi sesuai pembelajaran di blog
serta apakah ciri-ciri blog tutorial yang boleh membawa kepada kerangka blog tutorial yang
efektif.
1.4 Objektif Kajian
i. Mengenalpasti apakah strategi pengajaran yang digunakan di blog tutorial yang sedia
ada yang menjadi pilihan pengguna.
ii. Mengkaji bagaimana untuk mendapatkan satu rangka blog tutorial yang efektif.
1.5 Persoalan Kajian
Secara amnya, persoalan-persoalan bagi sesebuah kajian adalah terjawab di dalam
objektif kajian itu sendiri. Antara persoalan yang ingin dibangkitkan disini adalah:
i. Apakah strategi pengajaran yang digunakan di blog tutorial yang sedia ada yang menjadi
pilihan pengguna?
ii. Apakah kerangka blog tutorial yang efektif?
Top Related