Nyanyian

23

description

powerpoint

Transcript of Nyanyian

  • Nyanyian

  • Bagaimana Mengajar Lagu Baru Kepada Kanak-KanakTerdapat beberapa cara untuk mengajarkan lagu baru kepada kanak-kanak :Kaedah frasa demi frasa / barisKaedah rangkap demi rangkapKaedah keseluruhan

  • KAEDAH FRASA DEMI FRASALagu baru diperdengarkan beberapa kali sama ada dinyanyikan oleh guru atau dimainkan rakaman lagu. Murid diminta mendengar dengan teliti.CONTOH

  • Membaca Lirik Lagu Selepas memperdengarkan lagu baru, aktiviti seterusnya ialah membaca lirik lagu jika murid boleh membaca. Dicadangkan lirik dibaca mengikut corak irama lagu

  • Guru menyanyikan frasa pertama dan meminta murid supaya ikut menyanyi. Guru meneruskan dengan frasa seterusnya dengan cara yang sama seperti tadi. Guru boleh mengulang semula dengan meminta murid terus menyanyi frasa satu dan dua dan begitulah seterusnya sehingga keseluruhan lagu dapat dinyanyikan dengan tepat

  • Aktiviti permulaan pengajaran lagu baru boleh dijalankan tanpa iringan muzik atau sebaliknya. Guru boleh membantu ketepatan nyanyian dengan memainkan melodi lagu dengan alat muzik seperti pianika / kibod bagi guru yang berkebolehan. Kelajuan lagu haruslah di lambatkan untuk memudahkan murid mengikutinya

  • Setelah murid menguasai keseluruhan lagu, lagu baru dinyanyikan sepenuhnya dengan tempo yang sesuai/asal.

  • KAEDAH RANGKAP DEMI RANGKAPKeseluruhan lagu baru diperdengarkan Membaca lirik lagu jika perluRangkap pertama lagu diperdengarkan sama ada daripada rakaman atau nyanyian guru.

  • Murid diminta menyanyi bersama guru atau rakaman keset / CDNyanyian rangkap seterusnya setelah didapati murid sudah menguasai rangkap 1Nyanyian keseluruhan lagu

  • KAEDAH KESELURUHANLagu baru diperdengarkan beberapa kali sama ada dinyanyikan oleh guru atau dimainkan rakaman lagu. Murid diminta mendengar dengan teliti.Membaca lirik lagu jika perlu

  • Murid terus diminta menyanyikan keseluruhan lagu. Aktiviti ini diulangi sehingga murid didapati telah menyanyi dengan tepat. Kaedah ini biasanya digunakan untuk lagu-lagu yang pendek.

  • KAEDAH MENGAJAR LAGU DARIPADA RAKAMANGuru bergantung seratus peratus kepada rakaman lagu. Lagu baru diperdengarkan beberapa kali. Murid diminta mendengar dengan teliti.Membaca lirik lagu jika perlu

  • Murid diminta menyanyi keseluruhan lagu bersama-sama dengan nyanyian daripada rakaman.

  • Guru boleh mengulang semula nyanyian pada bahagian tertentu jika didapati berlaku kesilapan. Nyanyian diteruskan sehingga keseluruhan lagu boleh dinyanyikan dengan baik dan tepat. (kaedah ini sesuai bagi guru yang merasakan dirinya tidak boleh menyanyikan lagu dengan tepat. Walau bagaimanapun cara ini mengundang beberapa masalah dari segi teknikal dan kekeliruan ketepatan nyanyian)

  • Jika rakaman lagu dalam bentuk keset, pastikan lagu yang hendak diajar telah dirakamkan beberapa kali dari sumber ke dalam satu keset lain. Ini bertujuan mengelakkan daripada guru banyak menghabiskan masa untuk kerja rewind lagu. Cara ini dapat mengelak daripada murid tertunggu-tunggu dan mula membuat bising.

  • Rakaman dalam bentuk CD adalah paling sesuai digunakan kerana mudah diselenggarakan.

  • Pemilihan lagu perlu mengambil kira tahap penguasaan bahasa atau vokabulari kanak-kanak dan tidak terlalu panjang.

  • Senikata lagu sebaiknya dibaca mengikut corak irama lagu.

  • Aktiviti sampingan yang boleh dilakukan selain daripada permainan perkusi dan gerakan semasa nyanyian ialah bertepuk tangan pada detik yang kuat (accent) atau mengikut corak irama lagu.

  • ANAK KATAKLompat sikatak lompatLompatlah tinggi tinggiKatak berkaki empatBertelur dalam perigi

    Telur dilindung buihMenetas jadi beruduBerenang di dalam airKe hilir mencari ibuBerudu berudu makin membesarTumbuh kaki belakangKaki depan keluarEkor panjang hilang

    Berudu dah cukup sifatJejari mula melekatAnak katak menjadi kuatKe darat terus melompat

  • Twinkle twinkle little starHow I wonder what you areUp above the world so highLike a diamond in the skyTwinkle twinkle little starHow I wonder what you areMUZIK&VOKALMINUS ONEKE SLAID 4