Objektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

2
OBJEKTIF KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan: * Mendengar, memahami, menyebut frasa dan ayat dengan struktur yang betul dan tepat; * Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah jenis ayat suruhan dengan betul; * Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan berdasarkan soalan yang mengandungi kata tanya dan menyampaikan pesanan dengan betul; * Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai ayat, kata panggilan yang sesuai dalam kalangan bukan ahli keluarga dan kata ganti nama diri yang betul dalam pelbagai situasi secara bertatasusila; * Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan perkataan dan ayat yang sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila; * Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul; * Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi frasa yang sesuai secara bertatasusila; dan

description

nota

Transcript of Objektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

Page 1: Objektif Kemahiran Mendengar Dan Bertutur

OBJEKTIF KEMAHIRAN MENDENGAR DAN BERTUTUR

Objektif Kemahiran Mendengar dan Bertutur adalah untuk memastikan murid mengetahui dan berkeupayaan:

* Mendengar, memahami, menyebut frasa dan ayat dengan struktur yang betul dan tepat;

* Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan atau gerak laku terhadap arahan berdasarkan ayat perintah jenis ayat permintaan dan ayat perintah jenis ayat suruhan dengan betul;

* Mendengar, memahami dan memberikan respons secara lisan berdasarkan soalan yang mengandungi kata tanya dan menyampaikan pesanan dengan betul;

* Berbual tentang sesuatu perkara menggunakan pelbagai ayat, kata panggilan yang sesuai dalam kalangan bukan ahli keluarga dan kata ganti nama diri yang betul dalam pelbagai situasi secara bertatasusila;

* Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan menggunakan perkataan dan ayat yang sesuai dalam situasi tidak formal secara bertatasusila;

* Bercerita dan menceritakan sesuatu perkara yang dibaca dengan tepat menggunakan ayat tunggal dan ayat majmuk dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul;

* Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat menggunakan ayat yang mengandungi frasa yang sesuai secara bertatasusila; dan

* Berbincang dan mengemukakan pandangan dan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber menggunakan perkataan, frasa dan ayat yang betul secara bertatasusila.