Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh...
Transcript of Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD - frim.gov.my · PDF fileSaya ingin mengambil contoh...
1
Oleh : DATO’ DR ABD LATIF MOHMOD
KETUA PENGARAH FRIM
Tempat : AUDITORIUM FRIM
Tarikh: : 15 MEI 2017, 8.30 PAGI
Sempena : UCAPAN ALU-ALUAN SEMPENA
MESYUARAT JAWATANKUASA
PENASIHAT PENYELIDIKAN
(RESEARCH ADVISORY COMMITTEE,
RAC)
2
Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Salam 1Malaysia, Salam 1NRE, Salam 1FRIM
1. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan selamat
datang dan mengalu-alukan kehadiran semua ahli
panel penasihat penyelidikan (research advisory
3
committee, RAC) ke kampus FRIM. Saya sangat
menghargai kesudian YBhg. Dato’/Tuan/Puan untuk
dilantik sebagai ahli panel RAC pada kali ini, dan
seterusnya meluangkan masa selama empat hari di
sini.
4
2. RAC diadakan setiap lima tahun sekali. Kali terakhir
RAC diadakan adalah pada 4–7 Disember 2012.
Pelbagai komen, pandangan dan saranan telah
dikemukakan oleh ahli panel pada masa itu. Kini
tibalah masanya untuk FRIM menilai semula aktiviti-
aktiviti R, D, C & A-nya serta menentukan hala tuju
5
yang baharu selaras dengan Akta FRIM yang mula
berkuat kuasa pada1 Oktober 2016.
3. Diharap kepakaran YBhg. Dato’/Tuan/Puan dapat
diterjemahkan ke dalam hala tuju FRIM yang baharu
menuju tahun 2050 yang lebih mencabar. Walaupun
6
FRIM telah mewujudkan Pelan Strategik sehingga
2050, FRIM mengalu-alukan sebarang idea, syor
dan pandangan daripada pakar-pakar luar demi
kemajuan FRIM, terutamanya dalam bidang
komersialisasi produk.
7
4. Pihak urus setia telah mengedarkan terma rujukan
serta pelbagai bahan rujukan kepada ahli-ahli panel
RAC. Saya yakin dan percaya, dengan kepakaran
yang ada pada ahli panel yang kita pilih ini, mereka
mampu menggalas tanggungjawab tersebut.
8
5. Saya difahamkan bahawa, bahagian-bahagian yang
terlibat dengan R, D, C & A di FRIM telah
menyediakan program lawatan kepada ahli-ahli
panel RAC. Sehubungan dengan itu, ahli-ahli panel
adalah bebas untuk berinteraksi dengan para
pegawai penyelidik di bahagian-bahagian tersebut.
9
Kepada para penyelidik FRIM, gunakanlah peluang
ini dengan sebaik-baiknya untuk menimba ilmu
daripada pakar-pakar yang dilantik khas untuk
membantu kita untuk merealisasikan hala tuju FRIM
menjelang tahun 2050, seiring dengan gagasan
Transformasi Nasional 50 (TN50).
10
6. Bercakap mengenai TN50 yang digagaskan oleh
Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak, dasar
ini merupakan satu dasar futuristik yang memetakan
hala tuju negara untuk tempoh 30 tahun selepas
2020. Justeru, saya juga ingin melihat FRIM
memetakan hala tujunya yang semestinya realistik,
11
berdaya maju dan yang pentingnya, mempunyai
kebolehcapaian (achievable). Bagi saya, tiada
gunanya kita menyediakan Pelan Strategik yang
kelihatan bagus, tetapi tidak realistik dan tidak
achievable.
12
7. FRIM juga mengambil kira projek-projek R, D, C & A
yang boleh memberi manfaat kepada komuniti serta
rakyat seperti yang diinspirasikan dalam slogan
“rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.”
13
Saya ingin mengambil contoh satu projek yang
dijalankan oleh FRIM dengan kerjasama Majlis
Perbandaran Sepang, iaitu FORMULASI HIJAU
AEDES BIO BASED FUEL (AABF) UNTUK
SEMBURAN KABUS BAGI KAWALAN NYAMUK
AEDES”, iaitu teknologi penghasilan biodiesel
14
daripada minyak terpakai melalui program kitar
semula minyak masak terpakai bagi menggantikan
diesel dalam formulasi semburan kabus bagi
kawalan nyamuk aedes di kawasan Sepang. Kajian
kesesuaian dan keberkesanan formulasi ABBF
terhadap beberapa nyamuk dewasa dan jejentik
15
aedes pembawa demam denggi sedang giat
dijalankan di FRIM melalui kajian makmal dan
lapangan.
Penggunaan biodiesel dalam formulasi semburan
kabus ini mesra alam; iaitu tidak mengeluarkan gas
16
yang beracun, berbentuk karbon neutral dan cepat
terurai, jadi semburan ini dapat memelihara flora,
fauna dan alam sekitar. Paling penting, penggunaan
biodiesel dapat menurunkan risiko kesihatan jangka
panjang kepada operator penyembur kabus. Bahan
ABBF akan diformulasikan mengikut jenis kediaman
17
yang akan disembur; mengambil kira kemampuan
ketinggian dan kepadatan kabus yang disembur.
Kajian juga akan dijalankan bagi mengurangkan
penggunaan racun serangga dengan penggantian
kepada bahan aktif mesra alam daripada spesies
hutan.
18
Satu lagi contoh projek yang dijalankan oleh FRIM
ialah “RAYON DARIPADA KENAF UNTUK
INDUSTRI TEKSTIL” yang dana penyelidikannya
dibiayai oleh MOSTI. Dalam kajian ini, FRIM telah
menemui kaedah baharu dalam proses pempulpaan
untuk menghasilkan pulpa selulosa sebelum
19
ditukarkan kepada bentuk likatan; kemudiannya
kepada rayon. Kaedah baharu untuk proses
pempulpaan ini telah dianugerahkan paten pada
bulan Mac 2016 (MY-156683-A). Rayon merupakan
antara bahan fabrik yang banyak digunakan
sekarang dalam pelbagai jenis tekstil; termasuklah
20
kemeja dan skirt, serta dalam tenunan atau jahitan.
Disebabkan oleh pertambahan permintaan kepada
produk yang mesra alam, pelbagai usaha dalam
penyelidikan dan pembangunan telah bertumpu
pada penggunaan bahan bukan dari hutan.
21
Di Malaysia, kenaf telah diperkenalkan sebagai
bahan bukan dari hutan untuk industri tekstil.
Penyelidikan dan pembangunan dalam kesesuaian
kenaf untuk rayon telah dijalankan di FRIM.
22
Malaysia mengimport rayon kerana tiada
penghasilannya dalam negara. FRIM dan Raintree
Index Sdn Bhd telah bekerjasama dalam
membangunkan loji rintis yang dibiayai oleh geran
TechnoFund daripada MOSTI bernilai RM1.5 juta.
Tujuan penyelidikan ini adalah untuk menghasilkan
23
rayon daripada kenaf bagi kegunaan industri tekstil
melalui penggunaan kaedah baharu untuk
penghasilan pulpa selulosa. Tujuan kedua adalah
untuk menghasilkan 15 kg rayon mentah sehari.
Projek ini dijangka boleh menjadi asas
perkembangan industri tekstil rayon di Malaysia.
24
Untuk makluman, FRIM ketika ini sedang dalam
proses untuk menubuhkan FRIM Incorporation Sdn
Bhd (ringkasnya FRIM Inc.) untuk komersialisasi
hasil dapatan R&D FRIM bagi mendapatkan dana
yang boleh menampung sebahagian daripada
peruntukan penyelidikan pada masa hadapan.
25
Penubuhan FRIM Inc telah mendapat restu dari
Mesyuarat Anggota Institut dan sokongan kelulusan
dari YB Menteri NRE serta telah dikemukakan
kepada pihak MOF pada awal tahun 2017 untuk
mendapatkan kelulusan. Bagi mencapai matlamat
ini, FRIM telah mengenalpasti hasil-hasil R&D,
26
perkhidmatan pengujian & pensijilan produk,
perundingan professional, latihan & kursus teknikal
yang dianjurkan serta penjualan anak benih dan
produk yang boleh menjana pendapatan sehingga
RM 500 juta dalam masa 5 tahun akan datang.
27
Dengan mengambil kira aspek ini, kita dapat
menumpukan kepada hasil-hasil R&D yang dapat
memberi kebaikan dan berimpak kepada rakyat.
Tiada gunanya kita menghasilkan inovasi yang
canggih tetapi tidak mempunyai impak yang bagus.
Dengan itu, elemen “A”, iaitu Aplikasi hendaklah
28
dijadikan satu elemen penting dalam merangka
projek-projek R, D, C dan A.
Ahli-ahli panel yang saya hormati,
8. Kami di FRIM ingin mendengar komen-komen,
pandangan serta saranan daripada YBhg.
29
Dato’/Tuan/Puan demi memajukan lagi penyelidikan
di FRIM, seiring dengan aspirasi TN50. Saya
tidaklah berhasrat untuk berucap panjang kerana
kami ingin mendengar daripada para pakar. Kami
ingin mendengar idea-idea baharu daripada YBhg.
Dato’/Tuan/Puan.
30
9. Akhir sekali, dengan lafaz
“Bismillahirrahmanirrahim”, saya dengan ini
merasmikan pembukaan Mesyuarat Jawatankuasa
Penasihat Penyelidikan 2017 ini.
Sekian, wabillahittaufiq, walhidayah,
wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.