orientasi pengawas 2010

16
1.0 Latar Belakang Lembaga Pengawas sekolah merupakan satu badan pelajar yang sangat penting dalam membantu pengurusan warga pelajar. Kehadiran pengawas di sekolah ibarat mata dan telinga pihak pengurusan sekolah dalam melicinkan perjalanan sekolah. Mereka merupakan pemimpin pelajar yang menjadi ‘role model’ kepada pelajar-pelajar lain. Di samping itu, peranan dan tugas mereka dalam mengawal dan memantau pelajar dari awal pagi hingga waktu balik adalah sesuatu yang sentiasa dihargai oleh pihak sekolah. Oleh itu, kursus kepimpinan telah diadakan kepada pengawas agar mereka dapat menjadi pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang. 2.0 Pengenalan Pengawas sekolah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang. Selain itu, pengawas juga di pilih dari kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai kokurikulum dan akademik yang cemerlang. Melalui program ini, pengawas dapat meningkatkan tahap dan kualiti disiplin sekolah dengan memperbaiki kelemahan disiplin pelajar di sekolah ini. Selain itu, pengawas juga dapat membantu pelajar-pelajar di sekolah ini dari aspek disiplin sekolah. Tambahan pula, mereka dapat melindungi

description

Pengawas

Transcript of orientasi pengawas 2010

Ahli jawatankuasa Orientasi Pengawas 2010

1.0 Latar Belakang

Lembaga Pengawas sekolah merupakan satu badan pelajar yang sangat penting dalam membantu pengurusan warga pelajar. Kehadiran pengawas di sekolah ibarat mata dan telinga pihak pengurusan sekolah dalam melicinkan perjalanan sekolah. Mereka merupakan pemimpin pelajar yang menjadi role model kepada pelajar-pelajar lain. Di samping itu, peranan dan tugas mereka dalam mengawal dan memantau pelajar dari awal pagi hingga waktu balik adalah sesuatu yang sentiasa dihargai oleh pihak sekolah. Oleh itu, kursus kepimpinan telah diadakan kepada pengawas agar mereka dapat menjadi pemimpin yang berkaliber pada masa akan datang.2.0 PengenalanPengawas sekolah merupakan pelajar-pelajar yang terpilih di sekolah oleh guru-guru kerana akhlak dan ketrampilan yang baik dan cemerlang. Selain itu, pengawas juga di pilih dari kalangan pelajar-pelajar yang mempunyai kokurikulum dan akademik yang cemerlang.Melalui program ini, pengawas dapat meningkatkan tahap dan kualiti disiplin sekolah dengan memperbaiki kelemahan disiplin pelajar di sekolah ini. Selain itu, pengawas juga dapat membantu pelajar-pelajar di sekolah ini dari aspek disiplin sekolah. Tambahan pula, mereka dapat melindungi dan menguatkuasakan peraturan-peraturan sekolah agar masalah-masalah disiplin dapat diatasi dengan baik.

Akhirnya, dengan gandingan daripada semua pengawas SMKBBSP, kita dapat menjadikan badan pengawas sebuah badan yang disegani semua3.0 Matlamat Melahirkan pengawas yang berdisiplin,bertanggungjawab dan berwawasan.

Melahirkan pengurusan berdedikasi

Mewujudkan iklim lembaga yang aktif, produktif dan tegas.

Menyediakan warga lembaga yang berkualiti.

Melahirkan generasi pemimpinan masa depan yang mempunyai sahsiah dan budaya kerja yang cemerlang.

Melahirkan generasi pemimpin yang beriltizam, bermoral dan beriman.

Melahirkan generasi pemimpin yang kritis, kreatif dan inovatif yang mampu menjana maklumat terkini

4.0 Objektif

~ Mengeratkan hubungan antara pengawas sesi pagi dan sesi petang.

~ Memupuk nilai bekerjasama.

~ Lebih jelas mengenai peranan pengawas.

~ Memupuk semangat cinta akan sekolah.

~ merealisasikan visi dan misi pengawas.

5.0 Bidang tugas Jawatankuasa Pelaksanaan~ Pengerusi dan naib pengerusi

menyediakan dan memberikan taklimat dan peraturan kepada peserta.

Menentukan dan memastikan setiap peserta megikut arahan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Menguatkuasakan peraturan

Menyediakan segala rancangan yang bersesuaian mengikut keperluan dan persekitaran

Bekerjasama dengan lain-lain jawatankuasa dalam memastikan kelancaran program

Mengurus dan meyelaras pergerakan peserta

~ Setiausaha

membantu tugasan penyelaras program

mencatat minit mesyuarat aktiviti.

Menerima nama para peserta program

Menyenarai dan menyediakan segala peralatan dan keperluan program

Menjalankan tugas dan tanggungjawab bila ketiadaan pengurus

~ Bendahari

menyimpan rekod kewangan yang digunakan untuk program

melaporkan statistik kewangan dalam mesyuarat~ AJK Program

menyelaras perjalanan program keseluruhan

menentukan kelancaran dan berkesanan program

menyediakan pakej program

menentukan segala keputusan berkaitan sesuatu perkara berhubung program

~ Makanan

memastikan setiap pengawas mendapat makanan

memastikan kebersihan tempat makan sentiasa bersih

~ Jurugambar

mengambil gambar yang sesuai bagi setiap sesi aktiviti yang berjalan

mengumpul segala gambar yang diambil untuk ditayangkan semasa majlis penutup.

~ Pendaftaran

menguruskan pendaftaran peserta pada masa dan tempat yang telah ditetapkan

mengemaskini senarai nama peserta

menguruskan urusan penyampaian cenderamata

~ Sijil dan Cenderamata

menyediakan sijil peserta

menaip nama penuh serta nombor kad pengenalan

6.0 Ahli jawatankuasa Pelaksanaan Kursus Kepimpinan Pengawas 2010

Penasihat

: Puan Ku Seow Ling

Puan Jowana Juhary

Pengerusi

: S.Neeshanthi

Naib pengerusi

: Lee Hong Shi

Setiausaha

: Low Jo Ann

Bendahari

: Wong Ee Von

Makanan

: Mohd Fadly Shafi

Sanchana

Tan Sue Yee

Aktiviti

: Jonathan Lim

Choo Chiee Leong

Pendaftaran

: Low Jo Ann

Jacqueline Ong Puey Mun

Cheah Kah Mun

Jurugambar

: Jacqueline Ong Puey Mun

Yap Wai Lun

Sijil

: Lai Wen Lee

: Yee Wen Chung

Hadiah & cenderamata : Sanchana

: Tan Sue Yee

P.A Sistem

: Teoh Khen Foi

7.0 Laporan Kursus Kepimpinan Pengawas 2010 Lembaga Pengawas dan Unit Bimbingan Kaunseling, Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Pengawas 2010 pada 16 hingga 17 April 2010, iaitu hari Jumaat hingga hari Sabtu, selama dua hari satu malam di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling. Kursus ini bermula pada 16 April, pukul 2.00 petang hingga 17 April, pukul 1.00 petang. Seramai 100 orang pengawas yang menyertai kursus ini. 60 orang terdiri daripada pengawas sesi pagi manakala 40 lagi terdiri daripada pengawas sesi petang.

Kursus ini bermatlamat melahirkan pengawas yang berdisiplin, bertanggungjawab dan berwawasan, mewujudkan Lembaga Pengawas yang aktif, produktif dan tegas, melahirkan generasi pemimpin masa depan yang mempunyai sahsiah dan budaya kerja yang cemerlang, melahirkan generasi pemimpin yang beriltizam, bermoral dan beriman serta melahirkan generasi pemimpin yang kritis, kreatif dan inovatif yang mampu menjana maklumat terkini. Selain itu, objektif kursus ini adalah mengeratkan hubungan antara pengawas sesi pagi dan sesi petang, memupuk nilai kerjasama, memahami peranan pengawas, memupuk semangat cinta akan sekolah dan merealisasikan visi dan misi pengawas.

Pada 16 April 2010, pukul 2.00 petang, pendaftaran kursus bermula di depan dewan. AJK yang ditugaskan dalam pendaftaran ialah Cheah Kha Mun dan Mun Pui Shi. Pada pukul 3.00 petang, majlis rasmi bermula. Pengacara majlis ialah Lee Hong Shi yang terdahulunya menyampaikan ucapan alu-aluan dan memperkenalkan matlamat kursus. Seterusnya, Penolong Kanan HEM dan juga merupakan pengerusi AJK Induk, Encik Sivakumar Thannimalay menyampaikan ucapan. Beliau berterima kasih kepada ibu bapa yang sudi membenarkan anak-anak mereka sebagai pengawas untuk melibatkan diri dalam kursus kali ini. Beliau juga berterima kasih atas sumbangan yang diberikan. Selepas itu, Pengetua sekolah yang juga merupakan penasihat AJK Induk, Puan Rohana binti Mohd Shariff menyampaikan ucapan dan merasmikan kursus. Dalam ucapan beliau, beliau telah menjelaskan kepentingan perjumpaan seperti ini untuk mengeratkan hubungan antara satu sama lain. Beliau juga mamperkenalkan peti cadangan yang dapat mendorong ke arah pembaharuan. Selepas ucapan, guru penasihat Lembaga Pengawas, Puan Ku Seew Ling telah menyampaikan cenderamata kepada pengetua dan semua guru dijemput menjamu selera di kantin.

Pada pukul 3.50 petang, Ice Breaking telah diadakan oleh Encik Talib dan pengawas-pengawas telah dibahagikan kepada tiga kumpulan. Pengawas dikehendaki mengikuti kumpulan masing-masing dan menjalankan aktiviti seperti kenal-mengenali, berkongsi pengalaman, memilih AJK kumpulan dan juga membuat persediaan untuk pembentangan kumpulan keesokan harinya. Pada pukul 4.40 petang, minum petang pengawas diadakan dan pengawas Islam bersolat. Pada pukul 5.10 petang, aktiviti riadah yang diketuai oleh Puan Norliza Muda telah dijalankan di tapak perhimpunan dan semua pengawas menikmati keseronokannya. Pada pukul 6.10 petang, pengawas-pengawas dibenarkan membuat persiapan diri, misalnya mandi, bersolat dan seterusnya makan malam.

Pada pukul 8.00 malam, Aktiviti Sejenak Bersama Polis telah diadakan. Pihak sekolah telah menjemput empat orang polis yang berpangkat tinggi dan bertugas di Kuala Lumpur datang untuk menyampaikan ceramah dan memimpin pengawas. Mereka ialah ASP Foo yang mempunyai 20 tahun pengalaman dalam kerjaya polis, Chief Encik Mustafa, Sarjan Ismail dan Encik Shamsudin. Pada mulanya, ASP Foo menyampaikan kata-kata aluan. Seterusnya, beliau memimpin pelajar tentang cara-cara melafazkan ikrar Rukun Negara dengan betul dan bersemangat. Beliau juga memuji pengawas yang memberi contoh perlafazan ikrar Rukun Negara yang baik seperti pengawas Yap Boon Cheong, Lee Zhan Sheng, Lee Hong Shi, Fadly, Grace dan sebagainya. Pada pukul 8.40 petang, Chief Encik Mustafa menyampaikan ceramah. Beliau memperkenalkan permainan yang mengutamakan nilai kerjasama, jati diri yang tinggi, mengikuti arahan dan bertanggungjawab. Beliau telah juga membincangkan cara-cara pengawasan yang berkesan dengan semua pengawas. Pada pukul 10.22 petang, ASP Foo menjelaskan kepentingan kreativiti dan inovasi dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Seterusnya, beliau telah memberitahu pengawas-pengawas tentang cara-cara menghubungi polis jika berlaku sesuatu yang serius dan memerlukan bantuan polis. Pada pukul 10.36 petang, Encik Shurvas mengucapkan ribuan terima kasih kepada polis-polis yang sudi datang untuk berkongsi maklumat dengan pengawas. Selepas cenderamata disampaikan kepada polis-polis, Aktiviti Sejenak Bersama Polis pun tamat.

Pada pukul 10.50 malam, minum malam diadakan dan aktiviti melakonkan situasi yang akan dihadapi oleh pengawas dan aktiviti Burung Hantu telah diadakan. Aktiviti-aktiviti ini bertujuan untuk menguji keberanian pengawas dan menerapkan ciri-ciri kreatif dan berdikari. Pada pukul 2.00 pagi, aktiviti-aktiviti tersebut pun tamat dan semua pengawas dikehendaki tidur. Pengawas lelaki tidur di kelas tingkat dua blok B manakala pengawas perempuan tidur di dewan. Guru-guru penasihat turut bermalam di sekolah untuk mengawasi semua pengawas.

Pada pukul 6.10 pagi, semua pengawas bangun dan membuat persiapan diri. Senaman pagi yang diketuai oleh Encik Karim dijalankan pada pukul 6.40 pagi. Selepas itu, semua pengawas menikmati sarapan pagi di kantin sekolah pada pukul 7.40 pagi. Seterusnya, aktiviti LDK dijalankan mengikut kumpulan yang telah dibahagikan masing-masing. Aktiviti LDK yang dijalankan mengutamakan nilai-nilai yang harus diterapkan ketika menghadapi sesuatu situasi, semangat bekerjasama dan cirri-ciri pemimpin yang berkaliber. Pada pukul 10.40 pagi, ceramah kepimpinan disampaikan oleh Ketua Guru Disiplin sekolah, iaitu Encik Shuvaswaran. Beliau mendedahkan pengawas tentang cara-cara untuk menghadapi sesuatu situasi dan konflik serta ciri-ciri yang perlu ada dalam seseorang pemimpin. Pada pukul 10.35 pagi, adalah manum pagi bagi semua pengawas dan guru. Selepas itu, pembentangan LDK diadakan pada pukul 11.00 pagi. Wakil ketiga-tiga kumpulan membentang logo, matlamat, moto dan peraturan kumpulan masing-masing. Semua pembentangan baik dan mendapat tepukan yang gemuruh. Pada pukul 11.30 pagi, rumusan dan penilaian kursus telah dibuat. Gambar-gambar yang diambil sepanjang kursus ini dipaparkan pada skrin projector untuk dinikmati semua sebagai kenangan. Akhir sekali, majlis penutup diadakan pada pukul 12.10 tengah hari dan guru menyampaikan sijil kepada pengawas yang menyertai kursus dan juga pengawas AJK aktiviti yang menjayakan kursus kali ini. Selepas itu, semua pengawas dan guru mengambil gambar bersama sebagai kenangan. Kursus tamat pada pukul 1.00 petang.

Pada keseluruhannya, kursus selama dua hari satu malam ini telah berjalan dengan lancar dan berjaya mencapai matlamatnya. Kursus seumpama ini harus diadakan pada masa-masa akan datang supaya prestasi pengawas dapat ditingkatkan.

Sekian, terima kasih.

Laporan disediakan oleh,

(LOW JO ANN)

APRIL 2010

Setiausaha,

Lembaga Pengawas,

Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Seri Petaling.

8.0 Laporan oleh setiap AJK pelaksanaanKursus kepimpinan pengawas 2010 Pendaftaran

Saya Cheah Kah Mun dan Mun Pui Yee telah ditugaskan dalam pendaftaran. Kami telah membuat 102 keping tag nama untuk pengawas. Tag nama itu termasuklah aturcara program. Selain itu, kami telah membuat buku program untuk kursus ini. Seterusnya diubahsuai dan difotostatkan di sekolah oleh Puan Ku Seow lIng.

Pada 16 April 2010, kami sampai ke sekolah pada pukul 2 petang. Tidak lama kemudian, proses pendaftaran dimulakan. Proses pendaftaran berjalan dengan lancer.

Pada 17 April 2010, kami mengumpul balik tag nama itu daripada pengawas pada pukul 11.30 pagi. Tag nama yang dipinjam dari Unit Bimbingan Kaunseling telah dipulangkan.

Disediakan oleh,

Cheah Kah Mun &

Mun Pui YeeKursus kepimpinan pengawas 2010 AJK Makananan & Keselamatan

Saya telah diberikan tugas sebagai AJK keselamatan dan makanan. Sepanjang kursus ini berlangsung, saya telah memastikan keselamatan para pengawas terjamin terutama apabila melaksanakan aktiviti-aktiviti di luar dewan seperti aktiviti riadah dan aktiviti berkumpulan. Di samping itu, saya juga telah membantu beberapa pengawas yang menghadapi kesulitan apabila keadaan sedemikian berlaku. Seterusnya, apabila waktu makan seperti sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan makan malam. Saya telah memastikan para pengawas meletakkan pinggan dan gelas ke dalam besen sejurus selepas mereka makan dan meja makan juga telah dipastikan berada dalam keadaan bersih dan tersusun seperti asalnya. Disiplin para pengawas sewaktu menjamah hidangan juga dipantau bagi mengelakkan sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Disediakan oleh,Mohd Fadly Syafi Bin Johar

Kursus kepimpinan pengawas 2010 Fotografi

Saya, Jacqueline Ong telah bertanggungjawab dalam bahagian fotografi kursus ini. Saya telah mengambil gambar untuk setiap aktiviti yang berlangsung sepanjang dua hari ini. Saya telah dibantu oleh Yap Wai Lund an S.Neeshanthi untuk mengambil gambar sewaktu latihan dalam kumpulan dijalankan. Hal ini demikian kerana kami bertiga berada dalam kumpulan-kumpulan yang berbeza dan mampu mengambil gambar yang dalam kumpulan yang berlainan.

Disediakan oleh,

Jacqueline Ong

Kursus kepimpinan pengawas 2010 AJK Hadiah

Laporan ini merujuk kepada Kursus Kepimpinan Pengawas 2010 pada 16 dan 17 April. Saya, Sanchana dan Tan Sue Yee telah menjalankan tugas sebagai AJK hadiah.

Pada 16 April selepas ucapan puan pengetua, Sue Yee telah mengiringi Puan Ku menyampaikan cenderahati kepada puan pengetua yang telah merasmikan kursus tersebut.

Pada hari kedua pula, saya dan rakan saya telah menyediakan cenderahati yang patut diberikan kepada guru-guru AJK Induk pelaksanaan yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Akhirnya, kami juga telah membuat persiapan seperti menyediakan sijil peryertaan kepada para pengawas.Disediakan oleh,Sanchana

SMK BANDAR BARU SERI PETALINGDISIPLIN TUNGGAK KEJAYAANTarikh :16 & 17 April 2010Tempat :Smk Bandar Baru Seri PetalingAnjuran :Lembaga Pengawas dan Lembaga Disiplin

Dengan kerjasama

Unit Bimbingan dan Kaunseling