Osha

10
PENGENALAN Adalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) telah berkuat kuasa mulai 25 feb 1994. Akta 514 ini digubal berasaskan kepada pengurusan kendiri yang mana tanggung jawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak kepada majikan dan pekerja sama seperti mereka menguruskan perkara-perkara yang lain di tempat kerja seperti pengeluaran, pentadbiran dan keewangan. Akta Keselamatan dan kesihatan tidak melupuskan tetapi melengkapkan dan memperkemaskan undang-undang sediada seperti Akta Kilang dan Jentera 1967 (Factories And Machinery Act & Regulations). Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberi tanggung jawab kepada semua Pihak terlibat supaya mewujudkan sistem keselamatan dan kesihatan yang berkesan ditempat kerja termasuklah aspek polisi keselamatan, organisasi dan sistem kerja. Tujuan Akta ini digubal adalah: 1. Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang- orang yang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orang- orang sedang bekerja; 2. Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang- orang sedang bekerja; 1

Transcript of Osha

PENGENALANAdalah menjadi dasar Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan untuk menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan sihat untuk semua pekerjanya dan orang-orang lain yang mungkin terjejas oleh aktiviti-aktivitinya. Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) telah berkuat kuasa mulai 25 feb 1994. Akta 514 ini digubal berasaskan kepada pengurusan kendiri yang mana tanggung jawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak kepada majikan dan pekerja sama seperti mereka menguruskan perkara-perkara yang lain di tempat kerja seperti pengeluaran, pentadbiran dan keewangan. Akta Keselamatan dan kesihatan tidak melupuskan tetapi melengkapkan dan memperkemaskan undang-undang sediada seperti Akta Kilang dan Jentera 1967 (Factories And Machinery Act & Regulations).Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan memberi tanggung jawab kepada semua Pihak terlibat supaya mewujudkan sistem keselamatan dan kesihatan yang berkesan ditempat kerja termasuklah aspek polisi keselamatan, organisasi dan sistem kerja. Tujuan Akta ini digubal adalah: 1. Untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja terhadap risiko kepada keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti-aktiviti orang-orang sedang bekerja; 2. Untuk melindungi orang-orang di tempat kerja selain daripada orang-orang yang sedang bekerja terhadap risiko keselamatan atau kesihatan yang berbangkit daripada aktiviti orang-orang sedang bekerja;3. Untuk menggalakkan suatu persekitaran pekerjaan bagi orang-orang yang sedang bekerja yang disesuaikan dengan keperluan fisiologi dan psikologi mereka;4. Untuk mengadakan cara yang menurutnya perundangan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang berkaitan boleh digantikan secara berperingkat-peringkat oleh sistem peraturan dan tataamalan industri yang diluluskan, yang berjalan secara bergabung dengan peruntukan Akta ini yang dimaksudkan untuk mengekalkan atau memperbaiki standard keselamatan dan kesihatan.

PERATURAN KESELAMATAN DIRI SENDIRI BERPANDUKAN OSHABerpandukan OSHA, peraturan keselamatan diri sendiri terkandung dalam KEWAJIPAN AM MAJIKAN & ORANG BEKERJA SENDIRI Bah. IV Seksyen 15 ( 1 ), Bah. IV : Seksyen16, Bah. IV : Seksyen17 dan Bah. IV : Seksyen18Antara kandungannya ialah :1. Memastikan, setakat yang praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.2. Kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri menyediakan kenyataan bertulis mengenai dasar amnya berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerja-pekerjanya, organisasi dan perkiraan yang sedang berkuatkuasa bagi menjalankan dasar itu dan memberitahu pekerja-pekerjanya tentang dasar tersebut3. kewajipan menyediakan polisi OSHA4. Kewajipan seseorang penghuni tempat kerja terhadap orang lain selain dari pekerja mereka.5. Kewajipan majikan dan orang yang bekerja sendiri terhadap orang lain selain dari pekerja mereka. Memastikan setakat yang praktik mereka tidak terdedah kepada risiko bahaya dari tempat kerja Memberi maklumat tentang aspek aktiviti di tempat kerja.

Secara umumnya peraturan keselamatan diri sendiri merangkumi beberpa perkara yang perlu diambil perhatian seperti :

1. Mengada dan menyelenggara sistem kerja yang selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan2. Membuat perkiraan tentang langkah-langkah yang perlu diambil dalam penyimpanan, pengendalian, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan.3. Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan pengawasan ke atas aktiviti-aktiviti berbahaya4. Menyelenggara tempat kerja serta menyediakan laluan keluar dan masuk yang selamat.5. Menyediakan dan memelihara persekitaraan tempat kerja yang selamat dan dengan kelengkapan yang mencukupi.PERATURAN KESELAMATAN BENGKEL DAN PERSEKITARANPeraturan keselamatan bengkel dan persekitaran adalah merupakan satu faktor penting yang perlu diamalkan oleh setiap pelajar dalam kerja amali di bengkel. Sebarang kecuaian dalam aktiviti yang menggunakan peralatan dan mesin boleh mengakibatkan kemalangan atau kecederaan yang serius. Peraturan-peraturan keselamatan bengkel perlu diamalkan bagi mengelakkan kemalangan yang tidak diingini berlaku. Setiap bengkel perlu disediakan alat pemadam api yang sesuai dan boleh diguna dan peti pertolongan cemas yang lengkap. Peraturan keselamatan bengkel dan persekitaran diadakan bagi tujuan :

1. Memastikan keselesaan dan keselamatan pelajar semasa berada di dalam bengkel.2. Membantu guru dalam memastikan bengkel sentiasa berada dalam keadaan teratur dan kemas.3. Menentukan kumpulan yang bertanggungjawab dalam aspek penggunaan dan penyimpanan peralatan atau mesin sentiasa dijaga dan disimpan dengan baik.4. Melatih sifat bekerjasama dan bertanggungjawab di kalangan pelajar.

Peraturan Am Bengkel1. Masuk ke bengkel dengan kebenaran guru.2. Buka tingkap dan pintu sebelum memulakan kerja.3. Guna alatan dan bahan dengan cara yang betul mengikut spesifikasinya.4. Bersihkan meja kerja dan kawasan sekitar setelah selesai aktiviti.5. Laporkan sebarang kemalangan kepada guru.6. Tutup semua suis sebelum meniggalkan bengkel.7. Pastikan semua alatan dibersihkan dan disimpan di tempat yang betul dan selamat.

Peraturan Diri1. Pakai pakaian yang sesuai dan kemas. (Seperti Lampiran.)2. Dilarang memakai sebarang hiasan diri semasa di bengkel.3. Dilarang bermain atau bergurau di tempat kerja terutama ketika menjalan aktiviti.4. Pastikan peraturan keselamatan dipatuhi sepanjang masa.

PERATURAN KESELAMATAN PERALATAN DAN ALAT TANGAN

Sebahagian besar kemalangan yang berlaku di tempat kerja melibatkan pelajar baru. Lazimnya kemalangan berlaku berpunca daripada penyalahgunaan alatan tangan dan mesin, keadaan tempat kerja yang tidak selamat dan kelalaian pelajar itu sendiri. Oleh pelajar haruslah faham dan mematuhi peraturan keselamatan peralatan yang disediakan. Antaranya adalah :

Setiap alat hendaklah digunakan dengan betul. Kemalangan berlaku sekiranya perkara berikut tidak diambil berat : Menggunakan alatan tangan yang tidak sesuai dengan kerja dengan kerja yang dilakukan. Menggunakan alatan tangan yang pemegangnya tidak sesuai. Menggunakan alatan tangan dengan kaedah yang sesuai.

Perhatian yang penting hendaklah diberi terhadap penggunaan mesin kerana pelajar yang menggunakan mesin tersebut terdedah kepada risiko kemalangan yang lebih tinggi. Berikut adalah perkara penting yang perlu diambil perhatian sebelum dan selepas menggunakan peralatan dan alat tangan :

1. Penggunaan bahan dan alatan perlu mendapat bimbingan daripada guru sebelum murid boleh menggunakannya.2. Penggunaan alatan yang teratur dan betul adalah penting bagi memelihara peralatan daripada cepat rosak.3. Perancangan penggunaan alatan dan bahan dengan teliti sebelum memulakan sesuatu projek.4. Alatan perlu dibersihkan dan dipulangkan kembali ke stor setelah selesai penggunaannya.

KEPENTINGAN OSHA BERPANDUKAN AKTA 1994

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan telah berkuat kuasa mulai 25 feb 1994. Akta 514 ini digubal berasaskan kepada pengurusan kendiri yang mana tanggung jawab memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terletak kepada majikan dan pekerja sama seperti mereka menguruskan perkara-perkara yang lain di tempat kerja seperti pengeluaran, pentadbiran dan keewangan.

Antara kepentingan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ialah :

1. Melindungi keselamatan, kesihatan & kebajikan pekerja di tempat kerja2. Melindungi orang lain yang berada di tempat kerja3. Menggalakkan suasana kerja yang selamat dan sihat yang bersesuaian dengan psikologi dan fisiologi manusia4. Menjadikan keselamatan dan kesihatan sebagai satu budaya kerja yang praktis dan standard yang boleh diguna pakai di dalam sistem pengurusan dan operasi sesuatu organisasi.

PRINSIP ASAS OSHA BERKAITAN HAK PEKERJA

1. Menjaga keselamatan diri serta orang lain di tempat kerja2. Bekerjasama dengan majikan dan pegawai atasan dalam mematuhi keselamatan yang telah ditetapkan3. Memastikan pemakaian pakaian pelindung atau PPE sentiasa diamalkan di tempat kerja4. Menurut arahan lain berkaitan keselamatan dari pihak pengurusan5. Mereka mempunyai hak untuk mendapat kemudahan rawatan terhadap sebarang kecederaan dan hak ini tidak boleh disangkal oleh majikan6. Bagaimanapun pekerja juga tidak boleh mengambil kesempatan seperti memalsukan kecederaan mereka atau menyalahgunakan kemudahan perubatan yang percuma diberikan kepada mereka

PRINSIP PROMOSI DAN PENDIDIKAN AKTA 1994

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHA) di sekolah sebagai tempat bekerja bertujuan menjadikan sekolah sebagai tempat yang selamat dan sihat untuk guru, pelajar dan pelawat. Program OSH Di Sekolah, yang meliputi satu lagi dimensi serta melihat sekolah sebagai tempat bekerja mengikut OSHA 1994. Melalui program ini, OSH perlu diperkenalkan di sekolah berikutan berlaku kemalangan yang melibatkan guru, pelajar dan petugas lain akibat runtuhan struktur bangunan, kipas siling, tiang gol, dan letupan berpunca daripada bahan kimia.Ia bertujuan

Antara prinsip yang diutamakan adalah :1. Kaedah pengurusan yang berkesan melalui aktiviti penyebaran pendidikan, kesedaran, penerangan dan pameran untuk memastikan pekerja menyedari tentang risiko yang dihadapi mereka ketika berada di tempat kerja dan cara untuk bekerja dengan selamat bagi menangani risiko yang dihadapi.

2. Menjamin keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka yang sedang bekerja serta melindungi pelajar daripada menerima kesan buruk dari segi kesihatan dan keselamatan akibat kegiatan pekerja lain.

KEPENTINGAN TANGGUNJAWAB KOPORAT

Peruntukan utama Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menghendaki setiap majikan sama ada sektor swasta, awam dan pihak berkuasa berkanun melindungi setakat yang boleh dipratikkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja untuk mereka.

Penglibatan sektor korporat dalam aspek keselamatan amat perlu bagi memastikan organisasi memenuhi seruan kerajaan dalam memastikan kemalangan sifar di kalangan pekerja. Oleh itu, setiap pekerja dalam organisasi perlu diberikan latihan atau penerangan yang terbaik berkaitan dengan OSHA. Kesedaran yang dimiliki daripada semua pihak mampu untuk menangani masalah-masalah keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara lebih komprehentif untuk membantu dalam pembentukan budaya kerja yang selamat dan sihat.PENUTUP

Setiap organisasi di Malaysia perlu mengambil kira isu keselamatan dan kesihatan dalam mengendalikan urusan peniagaan mereka. Keselamatan dan kesihatan pekerjaan sebenarnya merupakan satu pelaburan positif yang menguntungkan dalam tempoh jangka masa panjang dan bukannya pembaziran atau kerugian yang akan ditanggung oleh organisasi. Jika berlaku kemalangan yang boleh menyebabkan kematian dan kecederaan, ianya lebih merugikan dan memberikan tekanan kepada organisasi.

Setiap organisasi juga perlu mewajibkan setiap pekerja untuk mengikuti program latiahan keselamatan dan kesihatan. Selain daripada itu, badan pemantau OSHA pula perlu memastikan setiap organisasi di dalam Malaysia menyediakan dan memberi program latihan berkaitan dengan maklumat tentang kepentingan OSHA kepada setiap pekerjanya. Hal ini kerana program-program ini berkemungkinan dapat membantu pihak organisasi atau pekerja. Jika tidak mampu untuk menghalang 100%, namun sekurang-kurangnya ia dapat mengurangkan kemalangan tersebut. Setiap program latihan terbabit perlu sentiasa dipertingkatan dan perlu adanya penambahbaikan dari tahun ke tahun. 7