oum ko

5
Melalui ceramah yang disampaikan oleh Dr. Nasaruddin Basar berkenaan tajuk ‘Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri, beberapa aspek penting telah disentuh beliau dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia merencanakan masa depan serta hala tuju profesion perguruan di Malaysia. Empat aspek utama yang diketengahkan oleh beliau ialah pembangunan profesionalisme, pembangunan profesionalisme kendiri, kebertanggungjawaban guru, dan laluan kerjaya bagi seorang guru di Malaysia. Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Anjakan 4) yang dipetik iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan, pembangunan profesionalisme dalam kalangan guru sedia ada dan bakal guru amat relevan dan wajar disambut baik oleh semua pihak terutamanya guru-guru di Malaysia sendiri. Pembangunan profesionalisme terhadap guru-guru ini dapat menaikkan lagi kewibawaan seseorang yang bergelar pendidik selain berupaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan golongan professional yang lain seperti doktor dan jurutera. Pembangunan profesionalisme terhadap guru-guru di Malaysia amat perlu diberi perhatian kerana kualiti pendidik di Negara ini masih kurang memuaskan walhal kualiti ini merupakan keperluan yang mendesak bagi memacu pembangunan sosioekonomi Malaysia. Menurut Dr.Nasaruddin, kualiti perguruan di Malaysia masih belum menyeluruh dan bilangan yang berjaya mencapai tahap

description

ceramah pendidikan

Transcript of oum ko

Page 1: oum ko

Melalui ceramah yang disampaikan oleh Dr. Nasaruddin Basar berkenaan tajuk

‘Pembangunan Profesionalisme Berterusan: Kebertanggungjawaban Inisiatif Kendiri, beberapa

aspek penting telah disentuh beliau dalam usaha Kementerian Pendidikan Malaysia

merencanakan masa depan serta hala tuju profesion perguruan di Malaysia. Empat aspek utama

yang diketengahkan oleh beliau ialah pembangunan profesionalisme, pembangunan

profesionalisme kendiri, kebertanggungjawaban guru, dan laluan kerjaya bagi seorang guru di

Malaysia. Sejajar dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (Anjakan 4)

yang dipetik iaitu mentransformasi profesion keguruan menjadi profesion pilihan, pembangunan

profesionalisme dalam kalangan guru sedia ada dan bakal guru amat relevan dan wajar disambut

baik oleh semua pihak terutamanya guru-guru di Malaysia sendiri. Pembangunan

profesionalisme terhadap guru-guru ini dapat menaikkan lagi kewibawaan seseorang yang

bergelar pendidik selain berupaya duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan golongan

professional yang lain seperti doktor dan jurutera. Pembangunan profesionalisme terhadap guru-

guru di Malaysia amat perlu diberi perhatian kerana kualiti pendidik di Negara ini masih kurang

memuaskan walhal kualiti ini merupakan keperluan yang mendesak bagi memacu pembangunan

sosioekonomi Malaysia. Menurut Dr.Nasaruddin, kualiti perguruan di Malaysia masih belum

menyeluruh dan bilangan yang berjaya mencapai tahap yang diinginkan oleh kementerian amat

sedikit. Oleh itu, antara usaha baik yang di laksanakan KPM ialah dengan menggalakkan para

guru melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di institusi-institusi yang terdapat di

seluruh Malaysia terutamanya Open Universiti Malaysia (OUM) dilihat begitu positif bagi

membentuk profesionalisme guru-guru yang terlibat. Menurut Dr. lagi, antara 3 faktor utama

yang menentukan profesionalisme seseorang ialah, kebolehan berkomunikasi dengan berkesan,

kebolehan bekerjasama serta berkolaborasi antara satu sama lain dan mahir dalam bidang yang

diceburi. Kebanyakan guru amat mahir dalam bidang masing-masing tapi gagal dalam aspek

lain seperti kerjasama dan komunikasi yang menyebabkan ramai beranggapan profesion guru

bukan bidang profesional.

Page 2: oum ko

Peribahasa ada menyebut “bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi”, begitu juga

situasi yang dihadapi pihak KPM yang berhadapan dengan guru-guru yang enggan untuk

melanjutkan pelajaran seperti yang diunjurkan kementerian. Buktinya, daripada 18,000 orang

guru hanya 4,000 ribu guru yang melanjutkan pelajaran, jumlah yang terlalu kecil berbanding

16,000 orang guru yang disasarkan oleh pihak kementerian. Oleh itu, pembangunan

profesionalisme kendiri dalam kalangan guru-guru amat penting supaya matlamat melahirkan

guru yang professional tercapai. Para guru perlu sedar akan peri pentingnya meningkatkan

potensi diri agar tidak berada di takuk lama. Justeru, jika mahu dianggap sebagai golongan

profesional, semua guru wajar berkorban dan mengembleng tenaga untuk melakukan perubahan

terhadap kerjaya merekasendiri. Melalui kerjasama dengan OUM, guru-guru bebas memilih

tempat belajar, kos yang ingin diambil serta masa bersesuaian. Pembangunan kendiri ini lebih

efektif daripada dipaksa dan ditetapkan oleh kementerian seterusnya para guru berpeluang

menetapkan jadual belajar mereka sendiri bagi member ruang terhadap kerja, pelajaran serta

keluarga. Inisiatif kendiri oleh guru contohnya menghadirkan diri ke kelas Bahasa Inggeris bagi

memantapkan penguasaan penggunaanya dan lain-lain kursus untuk membentuk personality dan

karakter agar tampak professional dalam bekerja wajar dipupuk dan diberi galakan supaya ia

menjadi budaya guru-guru di Malaysia.

Pada zaman serba moden dan canggih ini, guru atau cikgu bukan sahaja berperanan

mengajar murid mengikut silibus yang ditetapkan malahan guru sendiri perlu menambah koleksi

ilmu dan kemahiran sedia ada agar lebih bersedia dalam kelas. Ini kerana, kebanyakan murid

dalam generasi IT ini telah mendapat pendedahan yang lebih luas melalui bahan-bahan seperti

internet, televisyen serta telefon pintar. Guru pada ketika ini perlu seiring atau setapak lebih maju

berbanding pelajar dalam ilmu-ilmu yang diajar agar tidak menjadi guru yang ‘kaku’ atau

‘stagnant’. Guru-guru perlu sentiasa bersedia melakukan pembaharuan dalam kaedah

pembelajaran bagi menyesuaikan dengan keadaan semasa supaya proses pembelajaran tidak lagi

tertumpu kepada guru sahaja sebaliknya lebih melibatkan pelajar dalam memberi kefahaman

yang lebih praktikal berbanding ‘textbook’s student’. Guru-guru perlu lebih fleksibel dalam

melaksanakan tugasan mereka kerana pada masa sekarang, pendidikan di sekolah bukan sahaja

berpaksikan kepada kebolehan membaca, menulis serta mengira dengan baik tetapi ia turut

mencakupi aspek penting lain seperti etika diri dan kepimpinan. Ini sejajar dengan Falsafah

Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk pelajar-pelajar mencapai 6 ciri utama untuk bersaing

Page 3: oum ko

diperingkat global iaitu kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika serta kerohanian,

idenditinasional, kemahiranberfikir, serta pengetahuan.

Akhir sekali, pembangunan profesionalisme kendiri ini bukan sahaja menguntungkan

pelajar serta institusi pendidikan negara malahan ia member peluang kepada guru untuk

menentukan laluan kerjaya mereka. Menurut Dr. Nasaruddin, terdapat dua kategori guru iaitu

guru berprestasi tinggi dan guru biasa. Guru berprestasi tinggi didefinisikan sebagai guru yang

berjaya berada di tahap tertinggi perguruan dalam masa kurang dari 25 tahun berbanding guru

biasa. Oleh itu, guru-guru yang muda boleh bersaing dengan guru yang lebih berpengalaman

dalam meningkatkan potensi diri sekaligus berada dalam kalangan guru yang berprestasi tinggi.

Terdapat 5 ciri dalam Pelan Pembangunan Profesionalisme bagi guru iaitu kompeten, profisien,

strategik, wawasan dan aspirasi yang berupaya menggerakkan usaha membangunkan serta

meningkatkan tahap profesionalisme perguruan. Terdapat 3 indikator bagi mengukur kualiti

seorang pendidik iaitu kemajuan kendiri, kemajuan murid, dan peningkatan

profesionalisme.Ketiga-tiga aspek ini penting dalam mencapai dan mempercepatkan proses

menjadi guru berprestasi tinggi di Malaysia. Kesimpulannya, semua guru perlu sentiasa

meningkatkan kompetensi dan kompetensi diri perlu seiring dengan zaman semasa dan

ditingkatkan agar sentiasa meningkatkan keupayaan diri dan membuahkan kejayaan di masa

hadapan serta meneruskan survival pembangunan Malaysia.