P Seni

15
SEKOLAH TINGGI KOTA KINABALU Pendidikan Seni Tajuk : Peralatan Traditional Di Malaysia WAU Nama : KENNEDY GREGORY MOJUNTIN Nama Guru Pendidikan Seni : PUAN OPPORTUNA 1

description

iklan

Transcript of P Seni

SEKOLAH TINGGI KOTA KINABALU

Pendidikan Seni

Tajuk : Peralatan Traditional Di Malaysia

WAU

Nama : KENNEDY GREGORY MOJUNTINNama Guru Pendidikan Seni : PUAN OPPORTUNAPengenalanPermainan wau adalah merupakan salah satu daripada permainan tradisional orang-orang Melayu sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi. Permainan ini mengandungi unsur-unsur budaya Melayu asli. Ini dapat dilihat pada bentuk dan rekaan corak yang terdapat pada wau tersebut.

Asal-usul permainan wau yang sebenarnya tidaklah diketahui walaupun dalam beberapa buku Sejarah Melayu sudah menceritakan tentang permainan ini. Namun begitu, ramai orang berpendapat bahawa permainan wau ini bermula pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah (1488-1511). Pendapat ini berdasarkan kepada buku Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang mana ada menceritakan tentang permainan wau.

Tukang-tukang wau yang mahir mempunyai cara yang tersendiri dalam mengukur dan menimbang ketika meraut buluh rangka wau. Petuanya tentulah didapati daripada orang tua-tua, tetapi kebolehan sebenar adalah diperolehi melalui pengalaman. Tepatnya meraut buluh dan memasang rangka wau akan menentukan kecantikan bentuk wau dan disokong dengan teraju yang dipasang dengan tepat

Sejarah Wau1. Seni kraf wau mempunyai nilai astetik yang tersendiri dan penuh dengan seni halus.

2. Asalnya, wau merupakan permainan masa lapang petani terutamanya pesawah padi.

3. Wau diperbuat daripada kertas yang berangka (daripada buluh). Popular di negeri Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Wau dikenali sebagai Layang-layang di negeri Johor, Negeri Sembilan dan Selangor.

4. Wujud sejak 3000 tahun lalu di negeri China. Ia digunakan untuk menghantar makanan kepada mereka yang terperangkap di bukit.5. Pada masa ini, seluruh dunia meminati permainan wau. Malaysia merupakan tuan rumah bagi pertandingan wau sedunia. Ia dijadikan acara pertandingan tahunan dan sebagai tarikan pelancong.

Kategori Wau

1. Wau yang dipertandingkan untuk ketinggian

2. Wau yang dipertandingkan berdasarkan kecantikan dan kehalusan

3. Wau untuk hiasan dan replika

Pertandingan Ketinggian

1. Wau akan diterbangkan setinggi sekurang-kurangnya 500 kaki dari bumi.

2. Pihak juri pengadilan akan menilai kedudukan tegak wau semasa berada di awangan.

3. Ukuran tegak di ukur berdasarkan ketegangan tali wau.

4. Wau yang sentiasa berada dalam kedudukan menegak akan mendapat markah yang tinggi.

Pertandingan Kecantikan1. Wau dipertandingkan berdasarkan keindahan rekaan corak pada badan wau.

2. Kreativiti dan originaliti corak akan menentukan markah yang tinggi.

Motif flora menjadi inspirasi rekaan corak Kehalusan inilah yang menjadikan wau sebagai seni warisan NegaraWau Hiasan dan Replika1. Ia merupakan wau untuk tujuan replika ataupun tujuan hiasan di rumah, pejabat dan sebagainya.2. Ia juga dijadikan sebagai cenderahati.3. Fungsi ini menjadikan wau sebagai salah satu sumber pendapatan kepada pembuat wau dan peniaga barangan hiasan

Jenis-jenis WauTerdapat berbagai jenis wau di seluruh Malaysia. Disenaraikan beberapa contoh wau yang popular

Wau BulanWau yang paling popular. Badan berbentuk seakan-akan bulat, manakala ekor pula berbentuk bulan sabit. Terdapat bentuk bulat (bulan penuh) di bahagian pinggang wau. Sangat popular di Kelantan.

Wau KucingWau yang disukai bentuknya. Bentuk badan dan sayap sedikit bujur, ekor pula berbentuk ekor ikan. Bahagian pinggang adalah sedikit ramping.

Wau Jala BudiWau ini menggambarkan seekor ikan di mana ekornya adalah seperti ekor seekor ikan. Oleh sebab itu ianya dikaitkan dengan nama jala.

Wau MerakPerbezaan hanya pada ekor iaitu kembang seperti ekor burung merak.

Wau BaratSeiras wau bulan. Perbezaan ialah badan dan sayap lebih bujur. Kebiasaannya ekor wau lebih kecil dan leper berbanding wau bulan.

Wau payung berekor Wau helang Wau kenyalang

Wau puyuh Wau daunPenghasilan Wau

Alatan dan Bahan

1. Buluh duri amat sesuai dijadikan sebagai rangka wau manakala buluh betong pula dijadikan tulang belakan2. Parang digunakan untuk menebang dan membelah buluh. Pisau dan piau raut digunakan tujuan meraut.3. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau. Tangsi pula diguna untuk menerbangkan wau.4. Gam atau kanji digunakan untuk menampal corak dan kertas warna pada badan wau.5. Pelbagai kertas warna boleh digunakan mengikut citarasa pembuat wau.

Bahagian-bahagian Wau

Proses Penghasilan Wau1. Memilih buluh2. Meraut buluh3. Membuat rangka4. Menampal rangka5. Membuat corak6. Menampal corak7. Memasang teraju

Memilih BuluhBuluh yang paling baik untuk membuat rangka wau ialah buluh duri dan dikeringkan. Buluh betong pula amat sesuai untuk dijadikan sebagai tulang belakang wau.

Meraut BuluhBuluh tersebut diraut namun kulit buluh tidak dibuang. Bilah-bilah buluh dilayurkan pada api sebelum dilentur.

Membuat RangkaBuluh betung sebagai tulang belakang wau. Rangka pula daripada buluh duri. Bilah buluh perlu diseimbang. Nylon digunakan untuk mengikat rangka wau tersebut.

Menampal RangkaProses menampal rangka wau dilakukan menggunakan kertas warna. Kertas warna perlulah bersesuaian.

Membuat Corak dan Menampal CorakCorak yang siap ditampal pada kertas warna kemudian dilekatkan pada badan wau.

Memasang tali terajuProses terakhir membuat wau ialah memasang tali teraju. Terdapat 2 jenis tali teraju iaitu Teraju Dua dan Teraju Tiga. Selepas memasang tali teraju, proses wau ini lengkap sepenuhnya

Tokoh-tokoh Wau

Hashim B. AwangBerasal dari Kota Bharu, Kelantan. Mula membuat wau sewaktu kanak-kanak lagi.

Beliau pernah memenangi pertandingan wau hiasan selama tiga tahun bertuut-turut. Karya wau beliau menjadi hiasan di Bangunan Suruhanjaya Malaysia di London.

Wan Su B. Wan OthmanBerasal dari Besut, Terengganu. Beliau juga merupakan seorang pengukir terkenal. Melalui kemahiran mengukir, beliau menghasilkan corak-corak wau bermotifkan bunga ukir.KesimpulanPermainan wau merupakan salah satu daripada hobi penduduk-penduduk di kawasan pendalaman terutama bagi negeri-negeri di Utara Semenanjung seperti Kedah, Perlis dan Kelantan. Permainan wau telah menjadi satu permainan tradisi selepas musim menuai.Mereka bermain wau untuk menghilangkan rasa penat setelah bekerja di sawah. Mereka juga berasa gembira ketika bermain dan bertemu di antara satu sama lain sehingga ada di setengah-setengah tempat dan daerah mereka akan mengadakan satu pesta tahunan dan pertandingan wau yang tercantik di antara daerah-daerah. Semoga tradisi permainan ini akan dikekalkan dari generasi ke generasi seterusnya supaya budaya ini tidak ditenggelami oleh era moden sekarang.12