pa-projek (1)

59
960506-07-5519 PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN DALAM PENGHASILAN DAN PEMASARAN SOYA BEAN DI KILANG YSL DI TAMAN KENARI, KUIM, KEDAH ABSTRAK Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan dan pemasaran soya bean di kilang YSL di Taman Kenari, Kulim, Kedah. Objektif pertama ialah mengenal pasti jenis-jenis teknologi moden yang digunakan dalam penghasilan dan pemasaran air Soya Bean di Kilang YSL, Kulim, Kedah. Objektif yang kedua ialah mengkaji kesan teknologi terhadap kuantiti dan kualiti air Soya Bean di kilang YSL, Kulim, Kedah. Antara kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Taman Kenari telah dipilih sebagai lokasi kajian dan sampel kajian yang digunakan ialah 30 responden dipilih secara rawak dari kilang tersebut. Kaedah statistik deskriptif telah digunakan untuk melihat kekerapan, peratusan dan purata. Keputusan yang didapati ialah sebahagian besar dari pekerja kilang YSL bersetuju dengan kualiti dan kuantiti telah ditingkatkan selepas pengaplikasikan teknologi. Antara cadangan yang dikemukakan ialah kerajaan harus memberi subsidi kepada pengilang- pengilang supaya mereka mampu mengimport teknologi- teknologi moden dari negara lain.

description

tah

Transcript of pa-projek (1)

960506-07-5519

PENGGUNAAN TEKNOLOGI MODEN DALAM PENGHASILAN DAN PEMASARAN SOYA BEAN DI KILANG YSL DI TAMAN KENARI, KUIM, KEDAHABSTRAKKajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan dan pemasaran soya bean di kilang YSL di Taman Kenari, Kulim, Kedah. Objektif pertama ialah mengenal pasti jenis-jenis teknologi moden yang digunakan dalam penghasilan dan pemasaran air Soya Bean di Kilang YSL, Kulim, Kedah. Objektif yang kedua ialah mengkaji kesan teknologi terhadap kuantiti dan kualiti air Soya Bean di kilang YSL, Kulim, Kedah. Antara kaedah kajian yang digunakan ialah soal selidik dan temu bual. Taman Kenari telah dipilih sebagai lokasi kajian dan sampel kajian yang digunakan ialah 30 responden dipilih secara rawak dari kilang tersebut. Kaedah statistik deskriptif telah digunakan untuk melihat kekerapan, peratusan dan purata. Keputusan yang didapati ialah sebahagian besar dari pekerja kilang YSL bersetuju dengan kualiti dan kuantiti telah ditingkatkan selepas pengaplikasikan teknologi. Antara cadangan yang dikemukakan ialah kerajaan harus memberi subsidi kepada pengilang-pengilang supaya mereka mampu mengimport teknologi-teknologi moden dari negara lain.

SENARAI KANDUNGAN

BilPerkaraMuka SuratAbstrak

PENGHARGAAN

Semasa menjalankan kajian ini, bantuan dan sokongan dalam pelbagai cara telah saya dapat dari ibu bapa, guru, rakan-rakan dan pekerja dari kilang YSL. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucap ribuan terima kasih kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chio Min, Encik Tan Teik Seong yang memberi kebenaran kepada saya untuk menjalankan kajian ini. Selain itu, terima kasih juga saya ingin ucapkan kepada Guru Pengajian AM saya iaitu Puan Suriani binti Jamaluddin yang telah memberi bimbingan dan maklumat yang teliti kepada saya semasa kajian ini dijalankan supaya saya dapat siapkan kajian ini dalam tempoh yang ditetapkan. Bimbingan dan pengajaran yang dibagi semasa menjalankan projek Pengajian AM dalam Tingkatan Enam Atas tidak akan saya lupakan. Di samping itu, tidak dilupakan ibu bapa saya iaitu Encik Teow Chin Kun dan Puan Goh Geok Hong yang memberi dorongan dan sokongan secara berterusan dalam menyiapkan kajian ini. Mereka telah banyak membantu saya dari segi pengangkutan dan memberi pendapat terhadap kajian yang dijalankan oleh saya. Selain itu, maklumat yang diberi oleh ibu-bapa juga membantu saya dapat menyiapkan kajian ini.Seterusnya, saya ingin mengucap terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah memberi bantuan semasa menjalankan kajian ini. Antaranya ialah Pang Jia Wei dan Tang Yu Xiang. Bantuan mereka amat dihargai kerana mereka juga memberi komen terhadap kajian yang dijalankan oleh saya.Seterusnya, kerjasama pengurus, penyelia dan pekerja di kilang YSL juga tidak akan saya lupakan. Kerjasama mereka amat penting kerana maklumat yang dibekalkan oleh mereka amat berguna. Selain itu, saya juga ingin mengucap terima kasih kepada 30 responden kerana sudi meluang masa untuk menjawab borang soal selidik yang diedarkan. Jasa semua pihak yang terlibat amat saya hargai. Sekian, terima kasih.

1.0PENGENALAN Sains dan teknologi merupakan satu aspek yang amat penting untuk meningkatkan produktiviti sebuah kilang. Pengaplikasi sains dan teknologi merupakan penggunaan mesin-mesin yang canggih dan ilmu-ilmu tentang sains yang telah kita pelajari untuk memudahkan segala proses yang rumit semasa menghasilkan sesuatu produk. Kerajaan juga bersetuju dengan mengaplikasikan sains dan teknologi semasa menghasilkan sesuatu barangan. Oleh itu, kerajaan telah menubuhkan kilang-kilang yang beroperasi berasaskan sains dan teknologi seperti multimedia sains koridor. Selain daripada barangan, kerajaan juga menekankan penggunaan sains dan teknologi dalam sektor lain terutamanya dalam sektor makanan untuk meningkatkan bekalan makanan supaya dapat menampung bilangan rakyat yang banyak dan bersedia untuk menghadapi krisis makanan. Sains didefinisikan sebagai cabang ilmu pengetahuan yang berdasarkan kenyataan semata-mata seperti kimia, fizik. Dan teknologi didefinisikan sebagai ilmu tentang cara mencipta barang-barang dalam perusahaan seperti bangunan, jentera dan lain-lain. Menurut Murthado dan Said(1987) sains dan teknologi boleh diaplikasikan dalam dua sector iaitu, yang pertama sektor perusahaan iaitu penciptaan telefon dan mesin yang memudahkan proses-proses yang rumit. Kedua ialah sektor makanan, mengaplikasikan sains kan teknologi dalam sektor makanan adalah untuk meningkatkan produktiviti untuk menampung bilangan rakyat yang semakin bertambah dan lebih selamat untuk dimakan. Selain itu, mengaplikasikan sains dan teknologi amat penting kerana ia dapat memanfaatkan kita dalam semua aspek. Perbandingan dengan zaman dulu, pengunaan sains dan teknologi amat terhad dan secara tidak langsung telah memperlahankan pembanguanan sesebuah negara. Tetapi selepas tahun 2004, pembangunan Negara semakin pesat kerana penggunaan sains dan teknologi semakin luas terutamanya dalam perhubungan dan pengangkutan. (Depkes , RI, 1987). Secara menyeluruhnya, sains dan teknologi memainkan peranan yang penting dalam menggerakkan kemajuan pengeluran makanan. Oleh itu, penduduk di negara sedang membangun perlu bersesuaian dengan arus pemodenan zaman untuk memastikan industri makanan khususnya terus berkembang dengan menggunakan sains dan teknologi. Hasil dari perkembangan ini dapat menampung jumlah bekalan makanan kepada penduduk yang semakin ramai di negara yang sedang membangun. Komen Encik Ain dan Zamira yang sebagai pegawai di jabatan Pihak Berkuasa Tempatan. (Laporan akhbar Utusan Malaysia, 31 Ogos 2014)Penyelidikan dalam bidang sains dan makanan melibatkan pemahaman, pembangunan dan peningkatan teknologi dan pengetahuan dalam penilaian risiko komponen makanan yang mempengaruhi kualiti, keselamatan, kesihatan pengguna serta hubungan antara kandungan makanan dan sifat-sifatnya melalui aplikasi teknologi yang sesuai untuk keselamatan makanan. Berdasarkan laporan akbar Berita Harian (25 Julai 2013), proses penyelidikan dan pembangunan sukar dijalankan kerana negara yang sedang membangun turut berdepan dengan masalah kekurangan penyelidik. Untuk mandapat tenaga penyelidik dari negara maju memerlukan kos yang tinggi. Tanpa penyelidikan dan pembangunan, perkembangan pengeluran makanan menjadi lebih perlahan. Dalam mendalami segala aspek permasalahan pengeluaran makanan yang berlaku di Negara sedang membangun, dapat dilihat kelompok negara ini terpaksa membeli teknologi dari negara maju. Berdasarkan Juruanalisis makanan Encik Zulkifli Hassan, penyelidikan yang pelu dijalankan merangkumi bidang seperti pembangunan bahan kandungan makanan, penyelidikan herba dan produk herba, pembangunan produk nutraseutikal dan makanan berfungsi, keselamatan makanan, pembangunan kaedah analisis makanan, penilaian rasa makanan, nutrisi dan mikrologi makanan. (Sumber: http://fsq.moh.gov.my/) Ada 2 akta yang melindungi pengguna berkaitan dengan makanan iaitu akta makanan 1983 dan Peraturan makanan 1985. Antara tujuannya adalah untuk mengelak penghasilan makanan yang mengandungi logam tercemar, mikroorganisma, toksin, dadah dan pengawet serta pewarna tidak akan diberi permit. Makanan yang mempunyai permit pengawetan, pewarna sahaja dibenarkan untuk dijual dan semua makanan yang diproses perlu melabel nama pengeluar dan pengilang. Soya Bean dihasilkan dengan merendam kacang soya dan mengisar di dalam air. Soya bean merupakan satu masakan tradisional Asia. Soya bean kaya dengan protein dan pelbagai vitamin-vitamin lain. Soya bean boleh dihasilkan di rumah dengan menggunakan mesin soya bean. Soya bean amat penting kepada wanita yang berumur 40 hingga 60 kerana soya bean mengandungi kalsium yang amat tinggi untuk membina tulang yang kuat terutamanya kepada wanita yang mengandung. Soya bean mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan kanak-kanak kerana baunya yang amat wangi yang sedap untuk diminum.

Kajian ini dilakukan atas rasional generasi muda kini kurang pengetahuan tentang pengaplikasian teknologi dalam pengeluaran makanan. Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk memperkenalkan proses-proses menghasilkan soya bean dengan berasaskan sains dan teknologi kepada generasi yang lebih muda kerana mereka jarang mempunyai peluang-peluang untuk mengenalikan proses-proses tersebut dan dapat membantu mereka lebih memahami apakah itu sains dan teknologi. Selain itu, semasa penghasilan soya bean, banyak mesin-mesin yang canggih akan diggunakan dan mesin- canggih yang perlu digunakan semasa menghasilkan soya bean dapat meningkatkan pengeluaran. Pengenalan tersebut dapat membantu pengilang-pengilang lama yang masih mengunakan cara tradisional untuk menghasilkan makanan untuk meningkat produktiviti dan secara tidak langsung dapat meningkat lagi ekonomi negara untuk proses pembangunan.Kajian ini juga dijalankan atas rasional kerana geneasi muda yang kurang kesedaran tentang kepentingan pengunaan sains dan teknologi dalam sektor makanan. Oleh itu, kajian ini menyalurkan pengetahuan tentang betapa pentingnya mengaplikasi sains dan teknologi dalam sektor makanan. Mengaplikasikan pengetahuan tersebut amat penting untuk meningkat pengeluaran dan pemasaran untuk meningkatkan hasil jualan sesebuah kilang . Selain daripada kuantiti, kualiti makanan yang telah dihasilkan telah ditingkatkan selepas pengplikasi sains dan teknologi. Ini juga akan menambah pendapatan bulanan sesebuah kilang kerana makanan yang dihasilkan mendapat sambutan yang lebih hangat.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ialah apa yang hendak kita capai dalam dapatan dan hasil kajian. Masalah atau peluang yang kita ketahui dan hala tuju yang kita ingin capaikan. Dengan mempunyai objektif kajian, maka kajian yang dijalankan tidak akan tidak terarah kerana mempunyai matlamat serta tujuan.

Terdapat dua objektif yang ditetapkan untuk kajian ini iaitu:i- Mengenal pasti jenis-jenis teknologi moden yang digunakan dalam penghasilan dan pemasaran air Soya Bean di Kilang YSL, Kulim Kedah.ii- Mengkaji kesan penggunaan teknologi terhadap kuantiti dan kualiti air soya bean di kilang YSL, Kulim Kedah.

3.0 Lokasi Kajian3.1 Peta Negeri Kedah

Peta 1: Negeri Kedah MalaysiaSumber: https://www.google.com.my/maps/place/Kedah/Kedah adalah sebuah negari di Malaysia , yang terletak di bahagian barat laut Semenanjung Malaysia . Negeri ini meliputi kawasan seluas lebih 9,000 km , dan mempunyai penduduk yang sejumlah 1,890,098. Secara umumnya, tanah di Kedah mempunyai rupa bumi yang agak rata dan sangat sesuai digunakan untuk menanam padi. Sungai petani, Alor Star, Kulim, Jitra dan Langkawi merupakan lima buah bandar utama di Kedah.

3.2Peta Daerah Kulim

Peta 2 : Daerah Kulim, KedahSumber: https://www.google.com.my/maps/Kulim merupakan sebuahbandaryang besar di negeriKedah. Ia terletak di kawasan tenggara negeriKedah, berdekatan dengan sempadan negeriPulau Pinang, yang terletak di bahagian barat. Kulim mempunyai penduduk yang sejumlah228,662 orang dan mempunyai keluasan 590/km2 .Antara kawasan taman perumahan yang terbesar ialah Taman Selasih yang lengkap dengan pusat komersialnya tersendiri.3.3Peta Taman Kenari

Peta 3 : Taman KenariSumber: https://www.google.com.my/maps/ Taman Kenari merupakan satu taman yang mempunyai keluasan 5000km2 yang terletak di bahagian utara daerah Kulim. Selain itu, Taman Kenari juga didiami oleh tiga bangsa yang utama iaitu melayu, cina dan india. Taman Kenari juga mempunyai beberapa sekolah dan salah satunya ialah Sekolah Kebangsaan Taman Kenari. Terdapat Surau Al-mukarrabin bagi umat Islam menunaikan solat mereka.

3.4Kawasan Kajian

Foto 1: Kilang YSLSumber: Lapangan Kajian 2015Kilang pemprossesan soya terletak di Taman Kenari yang mempunyai keluasan 5000km. Taman Kenari merupakan sebuah Taman yang mempunyai pelagai kemudahan seperti stesen bas, supermarket dan kilang-kilang yang beroperasi di sekeliling Taman Kenari. Taman Kenari juga berdekatan dengan sebuah sungai yang bernama Sungai Kulim yang mengalir ke arah selatan.

4.0METODOLOGI KAJIANMenurut Kamus Dewan Edisi Ke-3, metodologi merupakan kaedah dan teknik reka-bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya menjadi bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian. Selain itu, metodologi juga menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah atau teknik yang digunakan. Tujuan metodologi dipersembahkan adalah untuk membolehkan kita lebih memahami dengan lebih terperinci tentang pengaplikasi kaedah dengan membuat huraian tentang proses kajian. Antara perkara yang akan dibincangkan dalam bahagian ini ialah cara mendapat responden, cara mendapat maklumat dan data responden dan teknik memproses dan mempersembahkan data.4.1PendahuluanDalam menjalankan kajian ini, metod kajian yang digunakan ialah soal selidik, temu bual dan pemerhatian. Soal selidik bermaksud mendapatkan pendapat daripada sebilangan orang secara rawak melalui mengedarkan borang soal selidik. (http://www.cikgudahlia.com/) . Temu bual boleh didefinisikan sebagai pertanyaan soalan antara yang menemu bual dan ditemu bual, kaedah ini kerap digunakan kerana maklumat yang dapat merupakan maklumat yang terperinci. (http:/www.hbp.usm.my/) Manakala pemerhatian ialah menjalankan tinjauan terhadap proses-proses menghasilkan sesuatu barangan atau kaedah yang digunakan untuk meningkatkan produktiviti.4.2Reka Bentuk KajianKajian ini berbentuk kajian tinjauan yang merupakan salah satu kaedah yang biasa digunakan dalam bidang sains sosial. Selain daripada bidang sains dan sosial, kajian tinjauan juga banyak digunakan dalam bidang pendidikan. Tujuan kajian tinjauan digunakan untuk mendapat maklumat dari responden yang banyak dan secara rawak (Marican, 2006). Kajian ini dibuat untuk mengenal pasti jenis-jenis teknologi moden yang digunakan dalam penghasilan dan pemasaran air soya bean dan mengkaji kesan penggunaan teknologi terhadap kualiti dan kuantiti air soya bean.4.3Cara Mendapatkan Maklumat Dan Data RespondenTajuk untuk kajian ini ialah kesan penggunaan sains dan teknologi moden dalam penghasilan dan pemasaran air soya bean dan objektif yang akan dikaji ialah mengenal pasti jenis-jenis teknologi moden yang digunakan dalam penghasilan dan pemasaran air soya bean dan kesan penggunaan teknologi terhadap kuantiti dan kualiti air soya bean. 30 orang secara rawak telah dipilih untuk sebagai responden untuk mendapat maklumat daripada mereka. Kajian ini akan dijalankan di Taman Kenari, Kulim, Kedah. Responden yang dipilih terdiri daripada latar belakang, umur, bangsa, jantina, taraf pendidikan, jawatan dan pendapatan yang berlainan.4.3.1Kaedah PersampelanKaedah persampelan bermaksud sekumpulan orang yang telah dipilih untuk mewakili satu populasi, dan kumpulan orang tersebut adalah dipilih secara rawak. Keadah persampelan yang diguna dalam kajian ini ialah soal selidik yang mengandungi maklumat yang dikehendaki. Manakala 3 orang yang berlainan pangkat telah dipilih untuk ditemu bual untuk mendapat maklumat yang lebih mendalam.4.4Cara Mendapatkan Maklumat Dan Data Responden4.4.1Data PrimerData primer dimaksudkan sebagai data yang utama dan penting untuk satu kajian yang dijalankan. Data primer boleh diperoleh melalui temu bual atau borang soal selidik.

I. Kaedah soal selidik Soal selidik merupakan kaedah yang amat penting dalam mendapatkan maklumat dari responden. Tujuan soal selidik digunakan adalah untuk mendapatkan maklumat daripada sekumpulan orang yang terdiri daripada 30 orang, dan memakan masa yang lebih singkat berbanding dengan temu bual. Borang soal selidik telah dibuat dan diedarkan kepada responden secara rawak. Borang soal selidik terdiri daripada tiga bahagian dan bahagian pertama mengandungi maklumat demografi. Responden yang berumur antara 25-45 tahun telah dipilih untuk mendapat pendapat yang lebih matang. Selain itu, responden yang berlainan bangsa juga dipilih kerana cara pemikiran yang berlainan di antara kaum. Seterusnya, responden yang berlainan taraf pendidikan juga dipilih kerana mempunyai pendapat yang terperinci dalam segi pemikiran. Bahagian kedua adalah soalan berkaitan dengan jenis-jenis teknologi yang digunakan dalam penghasilan dan pemasaran air soya bean, manakala kualiti dan kuantiti air soya bean. Borang soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada responden dan pengkaji akan menunggu sehingga semua borang tersebut siap diisi, hal ini kerana borang kemungkinan akan hilang jika dibawa balik oleh responden. Masalah yang dihadapi semasa menjalankan soal selidik ialah responden yang buta huruf dan pengkaji terpaksa menerang kandungan borang soal selidik kepada responden

II. Temu Bual Kaedah temu bual juga digunakan selain daripada soal selidik. Tujuan temu bual digunakan adalah untuk mendapat data responden dan mendapat jawapan-jawapan yang lebih ikhlas daripada responden. Maklumat yang mendapat daripada temu bual adalah lebih terperinci dan lebih tepat kerana soalan yang ditanya akan lebih berkait rapat dengan objektif yang dikaji. Pada 10 Mac 2015, pengkaji telah sampai di kilang YSL pada pukul 8.00 pagi untuk menemu bual 3 orang yang berlainan pangkat iaitu pekerja biasa, pengurus, penyelia. Orang pertama yang ditemu bual ialah Encik Yong Li Keng yang merupakan pekerja biasa yang telah berkhidmat untuk kilang ini selama 3 tahun. Temu bual tersebut telah memakan masa 15 minit dan soalan yang ditanya ialah proses-proses yang menggunakan sains dan teknologi dengan lebih kerap dan perbandingan kerumitan proses-proses sebelum dan selepas mengaplikasi sains dan teknologi. Orang kedua yang ditemu bual ialah Encik Tan Shen Kang yang merupakan manager yang berkhidmat selama 15 tahun di kilang YSL dan telah memakan masa 25 minit. Antara soalan yang ditanya ialah penjelasan jenis-jenis teknologi yang paling penting dalamn penghasilan air soya bean dan fungsi-fungsi utama teknologi tersebut. Orang terakhir yang ditemu bual ialah penyelia yang bernama Encik Syafiq yang berkhidmat selama 10 tahun di kilang YSL dan temu bual tersebut telah memakan masa 20 minit. Antara soalan yang ditanya ialah perbandingan kualiti dan kuantiti sebelum dan selepas sains dan teknologi telah diaplikasikan.

III. Pemerhatian Di samping itu, pemerhatian juga merupakan kaedah yang diguna semasa menjalankan kajian ini. Tujuan kaedah ini diguna adalah untuk mengetahui situasi yang sebenar dan cara teknologi yang berfungsi dalam penghasilan air soya bean. Selain itu, proses-proses yang terperinci juga boleh diketahui seperti cara untuk mengaplikasikan teknologi dalam penghasilan dan pemasaran air soya bean. Pada 9 Mac 2015, pengkaji telah sampai di kilang YSL pada pukul 9.00 pagi untuk memerhati kawasan kilang-kilang. Pada 11 Mac 2015, pengkaji telah sampai ke kilang YSL pada pukul 10.00 pagi seperti yang dijanji dan membuat pemerhatian terhadap teknologi-teknologi moden dan proses-proses pembuatan air soya bean. Antara teknologi yang paling penting dalam menghasilkan air soya bean ialah mesin pengisar yang ditunjukkan di bawah. Lawatan ke kilang YSL telah tamat pada pukul 1.00 petang .

Foto 2: Mesin PengisarSumber: Kajian Lapangan 2015

4.4.2Data SekunderPengkaji boleh mendapat maklumat yang tepat mengenai tajuk melalui kaedah rujukan. Maklumat yang diperlukan boleh boleh merujuk kepada rujukan majalah, rujukan surat khabar, bahan internet dan buku ilmiah. Pengkaji telah membuat rujukan dan mencari maklumat-maklumat yang diperlukan bagi menjalankan kajian mengenai kesan penggunaan teknologi moden dalam penghasilan dan pemasaran air soya bean di kilang YSL yang terletak di Taman Kenari. Selain itu, pengkaji juga merujuk kepada buku-buku dari Perpustakaan SMJK Chio Min dan juga bahan-bahan dari internet untuk mendapat maklumat yang diperlukan. 4.5 TEKNIK MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHAN DATA

Data Dianalisis menggunakan kaedah diskriptif dalam bentuk peratusan, min dan kekerapan. Analisis maklumat telah dilakukan selepas pengkaji mendapat semua maklumat melalui borang soal selidik. Semua data yang diperoleh telah diringkaskan oleh pengkaji dan jawapan yang tepat diperoleh oleh pengkaji selepas penyelidikan dijalankan, Jawapan yang diperoleh adalah berdasarkan objektif yang ditetapkan.

Skala Likert 3 peringkat telah digunakan dalam borang soal selidik untuk mendapat pandangan terhadap penggunaan sains dan teknologi moden dalam penghasilan dan pemasaran air soya bean di kilang YSL. Skala ini diberikan dalam tiga peringkat dengan tiga skor iaitu, 1 untuk tidak setuju, 2 untuk tidak pasti, 3 untuk setuju (Rujuk jadual 1)

SkalaAngka

Tidak pasti1

Tidak setuju2

Setuju3

Jadual 1: Skala Likert 3 PeringkatSumber: Kajian Lapangan 2015

Semua data yang diperoleh akan ditunjukkan dalam bentuk statistik. Kaedah berangka dan grafik digunakan untuk menunjukkan set corak data dengan lebih kemas dan tepat.

5.0DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGANBahagian ini akan mentafsirkan keputusan analisis data berdasarkan persepsi responden iaitu pekerja kilang YSL terhadap borang soal selidik yang telah diedar yang berkaitan dengan kesan penggunaan teknologi di kilang YSL yang terletak di Taman Kenari.5.1Demografi RespondenSeramai 30 orang pekerja kilang YSL telah mengisi borang soal selidik. Analisis latar belakang responden melibatkan aspek jantina, umur , tahap pendidikan, jawatan dan bangsa. 5.1.1JantinaJANTINAKEKERAPAN (orang)PERATUS (%)

Lelaki1860

Perempuan1240

Jadual 2: Demografi Responden Berdasarkan JantinaSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan JantinaSumber : Kajian Lapangan 2015 Dapatan kajian menunjukkan seramai 18 orang (60%) daripada 30 orang responden adalah lelaki. Manakala 12 orang (40%) daripada 30 responden adalah perempuan. Maklumat yang lebih teliti boleh dilihat pada rajah 1. Jantina yang berlainan boleh memberi jawapan yang lebih jelas kerana cara pemikiran perempuan dan lelaki adalah berlainan.

5.1.2UmurUMUR (tahun)KEKERAPAN (orang)PERATUS (%)

25-351550

36-40930

41-45620

Jadual 3 : Demografi Responden Berdasarkan UmurSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan UmurSumber : Kajian Lapangan 2015Berdasarkan data yang dipersembahkan, seramai 15 orang daripada 30 orang responden (50%) yang berumur antara 18 hingga 23 tahun . Responden yang berada dalam kategori 24 hingga 29 tahun adalah seramai 9 orang (30%). Seramai 6 responden (20%) adalah berumur di antara 41 hingga 45 tahun. Maklumat yang lebih jelas boleh dilihat pada rajah 2. Perbezaan umur dapat menunjukkan tahap pemikiran yang berbeza dan data yang peroleh lebih mudah untuk dianalisis.

5.1.4JawatanJAWATANKEKERAPAN (orang)PERATUS (%)

Pekerja Biasa1964

Ketua Unit620

Penyelia 413

Pengurus13

Jadual 4 : Demografi Responden Berdasarkan JawatanSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 3 :Demografi Responen Berdasarkan JawatanSumber : Kajian Lapangan 2015Berdasarkan hasil kajian yang dijalankan, seramai 19 orang (64%) daripada 30 orang responden merupakan pekerja biasa , dan seramai 6 orang (20%) merupakan ketua unit. Manakala 4 orang (13 %) responden yang memegang jawatan sebagai penyelia. 1 orang responden (4%) yang selebihnya merupakan pengurus. Responden yang dipilih merangkumi semua jawatan kerana pendapat semua kategori jawatan adalah sama penting bagi analisis dapatan kajian

5.1.5BangsaBANGSAKEKERAPAN (orang)PERATUS (%)

Cina1757

Melayu723

India 310

Lain-lain310

Jadual 5 : Demografi Responden Berdasarkan BangsaSumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 4 :Demografi Responen Berdasarkan BangsaSumber : Kajian Lapangan 2015Berdasarkan data yang diperoleh, 17 orang (57%) daripada 30 orang responden merupakan bangsa cina dan 7 orang responden (23%) merupakan bangsa Melayu. 3 orang daripada 30 orang responden (10%) merupakan india. Selain itu, 3 orang yang selebihnya (10%) merupakan orang sikh. Pandangan daripada responden yang berlainan bangsa dapat memperoleh data yang lebih bersesuaian dan tanpa berpihak ke mana-mana bangsa.

5.2 Mengenal Pasti Jenis-Jenis Teknologi Moden Yang Digunakan Dalam Penghasilan Dan Pemasaran Air Soya Bean.`Terdapat pelbagai mesin-mesin yang canggih teleh diguna untuk menghasilkan dan pemasaran air soya bean. Penggunaan teknologi tersebut telah memudahkan langkah-langkah yang lebih rumit. Produktiviti air soya bean telah meningkat dan telah meningkat pendapatan Kilang YSL5.2.1 Mesin Pengisar Mesin ini digunakan untuk mengisar kacang soya menjadi cecair. Kacang soya akan direndam dalam air selama 5 jam untuk menjadikan kacang soya lebih lembut. Seterusnya, kacang soya akan dimasukkan ke dalam mesin pengisar. Langkah ini amat penting kerana sukrosa yang terdapat dalam kacang soya dapat melarut dalam air soya bean dan menjadi air soya bean lebih manis tanpa menambah sebarang gula. Hal ini telah disahkan oleh penyelia Encik Tan Foo Hern. Encik Chong Choon Keat yang merupakan pekerja di kilang YSL selama 15 tahun telah menyatakan bahawa kuantiti air soya bean yang dihasilkan telah meningkat berbanding dengan dulu. Sebelum penggunaan mesin pengisar, pekerja-pekerja terpaksa mengisar kacang soya dengan memggunakan peralatan batu yang tradisional. Air soya bean yang dihasilkan melalui teknologi lebih mendapat sambutan daripada pelanggan.5.2.2 Mesin Penapisan Mesin ini merupakan mesin yang dapat menapis sisa-sisa kacang soya yang tidak berguna untuk menambah kelazatan air soya bean untuk menjadi air soya bean lebih sedap diminum. Dengan ini, kualiti air soya bean yang dihasilkan mendapat sambutan yang lebih hangat daripada pelanggan. Hal ini disokong oleh Encik Tan Foo Hern yang merupakan seorang penyelia di kilang YSL. Puan Kioh Yi Sheng yang merupakan pekerja di kilang tersebut selama 10 tahun telah memberi komen yang bagus terhadap air soya. Beliau berpendapat bahawa air soya bean yang dihasilkan lebih sedap dan selamat kerana boleh diminum oleh semua golongan masyarakat termasuk pesakit kencing manis kerana tidak menambah sebarang gula. Berbanding dengan dulu, air soya bean perlu ditapis oleh semua pekerja dengan menggunakan penapis yang tidak efektif dan semua sisa-sisa kacang soya tidak dapat ditapis dengan sepenuhnya.Foto 3 : Mesin PenapisSumber: Lapangan Kajian 20155.2.3 Mesin Pembungkusan Setelah air soya yang siap ditapis akan dipanaskan untuk membunuh semua bakteria dan akan dibiarkan sehingga air soya bean tersebut sejuk. Setelah sejuk, air soya bean akan dihantar ke mesin pembungkusan untuk dibungkus menjadi pek-pek yang besar untuk dijual secara borong. Penggunaaan mesin ini dapat memastikan semua kuantiti air soya bean yang dibungkus adalah serata. Berbanding dengan dulu, air soya bean perlu dibungkus oleh pekerja-pekerja sebelum diborong dan kadangkala bekalan air soya bean tidak cukup kerana proses makan masa yang panjang. Dengan mempunyai mesin ini, kilang YSL dapat menjual lebih banyak air soya bean ke kedai-kedai berhampiraa kerana kuantiti air soya bean yang dihasilkan melalui teknologi lebih menjimat masa. Hal ini disokong oleh Encik Tan Shen Kang yang merupakan seorang pengurus di kilang YSL. Namun sekarang beban semua pekerja telah diringankan kerana hanya perlu mengawal mesin dan tidak perlu bergegas untuk membungkus dan menyebabkan kualiti air soya bean menurun.

Foto 4 : Air soya bean yang siap dibungkus dan bersedia untuk diborongSumber: Lapangan kajian 2015

5.2.4 Komputer Komputer merupakan peralatan yang paling penting untuk memasarkan air soya bean untuk diborong. Sekarang kilang YSL mengunakan computer untuk menjalankan urus niaga. Hal ini telah benyak membantu kilang YSL kerana semua air soya bean boleh dipesan melalui laman web kilang YSL dan ini akan membantu semua pekerja untuk mendapat pesanan tersebut dengan lebih cepat. Selain itu, air soya bean juga boleh dipromosikan di laman web dan telah meningkatkan jualan tahunan. Hal ini disokong oleh Encik Syafiq yang merupakan penyelia di kilang YSL. Berbanding dengan dulu, pasaran air soya mempunyai pasaran yang terhad kerana kekurangan promosi. Penjualan air soya bean telah meningkat dengan drastik kerana mendapat pesanan selain daripada kedai-kedai berhampiran kilang YSL. Hal ini diakui oleh Encik Tan Shen Kang yang merupakan pengurus di kilang YSL.

5.3 Kesan Penggunaan Teknologi Moden Dalam Penghasilan Dan Pemasaran Soya Bean Di Kilang YSL Di Taman Kenari, Kulim, Kedah. Bil.Kesan Penggunaan Teknologi Moden Dalam Penghasilan Air Soya BeanTidak Setuju ( 1 )Tidak Pasti( 2 )Setuju( 3 )Jumlah

(F)(%)(F)(%)(F)(%)(F)(%)

1.Kuantiti air soya bean telah meningkat26.67516.672376.6730100

2.Kualiti air soya bean telah meningkat26.671033.33186030100

3.Proses-proses menghasilkan air soya bean yang rumit telah dimudahkan.26.673102583.3330100

4.Air soya bean yang dihasilkan mendapat sambutan yang lebih hangat26.6715501343.3330100

5.Air soya bean yang dihasilkan lebih bertahan lama310 413.332376.6730100

Jadual 6: Kesan Penggunaan Teknologi Moden Dalam Penghasilan Air Soya BeanSumber: Kajian Lapangan 2015

Rajah 5 : Kesan Penggunaan Teknologi Moden Dalam Penghasilan Air Soya BeanSumber : Kajian Lapangan 2015Berdasarkan Jadual 6, didapati paling ramai responden setuju dengan kuantiti air soya bean telah meningkat iaitu seramai 23 orang responden (76.67%) memilih setuju, dan 5 orang responden (16.67%) tidak bersetuju manakala 2 orang responden (6.67%) tidak pasti dengan kuantiti air soya bean telah meningkat. Purata penyataan ini ialah 2.37 dan ini menunjukkan purata orang telah memilih skala likert 3 iaitu setuju . Nanum menurut pengurus, kuantiti air soya yang dihasil telah meningkat sebanyak dua kali ganda berbanding dengan dulu. Di samping itu, paling orang ramai tidak pasti dengan penyata bahawa kualiti air soya bean telah meningkat. Seramai 10 orang (33.33%) daripada 30 responden memilih tidak pasti manakala terdapat 2 orang responden (6.67%) tidak bersetuju dan 18 orang responden (60%) bersetuju bahawa kualiti air soya bean telah meningkat berbanding dengan dulu. Puratanya ialah 2.53 yang bermaksud secara puratanya responden telah memilih skala likert 3 iaitu setuju. Tetapi, salah seorang pelanggan biasa, Pn Goh Gak Chin telah bersetuju dengan pasti bahawa kualiti air soya bean telah meningkat. Seramai 25 orang (83.33%) responden talah bersetuju dengan penyata Proses-proses yang rumit telah dimudahkan. Namun terdapat sebahagian kecil orang tidak bersetuju dan tidak pasti dengan penyataan tersebut. Sebanyak 2 orang respondent (6.67%) tidak pasti dan 3 orang reponden (10%) tidak setuju bahawa kerja-kerja yang rumit telah dimudahkan. Purata untuk penyata ini adalah 2.77 yang bermaksud purata daripada pekerjanya telah memilih skala likert setuju. Penyata ini lebih kukuh dengan kenyataan Pn Haridah iaitu salah seorang pekerja yang berkhidmat selama 20 tahun di kilang YSL, dia berpendapat bahawa semua-semua proses yang rumit telah dimudahkan atas bantuan mesin-mesin yang canggih.Seterusnya, sebanyak 13 orang responden (43.33%) daripada 30 orang responden telah setuju bahawa air soya bean yang dihasilkan mendapat sambutan yang lebih hangat berbanding dengan dulu. Namun, terdapat juga 15 orang responden (50%) telah memilih tidak pasti untuk penyataan ini dan 2 orang responden (6.67%) yang tinggal telah memilih tidak bersetuju. Secara puratanya, kebanyakan orang responden telah memilih tidak pasti iaitu skala likert 2 dengan purata 2.367. Di samping itu, seramai 23 orang responden (76.67%) telah bersetuju bahawa air soya bean lebih tahan lama dengan pentambahan bahan pengawet semulajadi. Sebanyak 3 orang responden (10%) daripada 30 orang responden telah membantah dengan penyataan ini dan 4 orang responden (13.33%) yang tinggal telah memilih tidak pasti. Secara puratanya, kebanyakan responden telah memilih skala likert 3 setuju dengan nilai purata 2.67. Hal ini telah disetuju oleh Encik Raaky yang merupakan pekerja di kilang YSL kerana air soya bean dapat disimpan selama 5 jam jika tidak dibuka.

BilKesan penggunaan teknologi dalam pemasaranTidak Setuju(1)Tidak Pasti(2)Setuju(3)Jumlah

1.Statistik jualan air soya bean telah meningkat26.6726.672686.6730100

2.Pemasaran air soya bean lebih senang berbanding dengan dulu1033.331240826.6730100

3.Cara pemasaran baru lebih menguntungkan syarikat26.673102583.3330100

4.Menjimatkan kos pemasaran3101550124030100

5.

Pelanggan lebih suka dengan cara pemasaran baru310413.332376.6730100

Jadual 7 : Kesan Penggunaan Teknologi Moden Dalam Pemasaran air soya bean Sumber : Kajian Lapangan 2015

Rajah 6 : Kesan Penggunaan Teknologi Moden Dalam Pemasaran Air Soya BeanSumber : Kajian Lapangan 2015

Seramai 26 orang responden (86.67%) bersetuju bahawa statistik penjualan air soya bean telah meningkat selepas pengurus menunjukkan statistik hasil jualan. Namun terdapat 2 orang responden (6.67%) tidak bersetuju dan 2 (6.67%) lagi tidak pasti bahawa jualan telah meningkat. Puratanya, kebanyakan responden memilih setuju dengan skala likert 3 dengan purata 2.8. Encik Syafiq yang merupakan penyelia di kilang YSL menyatakan bahawa hasil jualan air soya bean telah meningkat melalui cara pemasaran yang baru.Seramai 10 orang responden (33.33%) tidak bersetuju dengan pemasaran air soya bean lebih mudah jika berbanding dengan dulu, dan 12 orang responden (40%) telah memilih tidak pasti dengan kerumitan pemasaran air soya bean. Tetapi, 8 orang lagi telah bersetuju bahawa pemasaran air soya bean lebih senang berbanding dengan dulu. Nilai purata yang ditunjukkan ialah 1.93 yang bermaksud puratanya, responden telah memilih tidak pasti untuk penyataan ini. Hal ini disokong oleh Encik Raaky yang tidak mahir dalam komputer, cara pemasaran baru adalah menggunakan komputer, namun bagi sebahagian orang yang tidak mahir mengguna komputer terpaksa belajar cara pemasaran, ini telah menyusahkan mereka.Seramai 25 orang responden (83.33%) yang telah memilih setuju dengan cara pemasaran telah meningkat hasil jualan. Dan 3 orang responden (10%) lagi tidak pasti bahawa cara pemasaran baru telah membantu meningkat hasil jualan air soya bean. Manakala 2 lagi orang responden (6.67%) tidak setuju dengan pernyataan tersebut. Secara puratanya, kebanyakan orang telah memilih skala likert 3 iaitu setuju dengan nilai purata 2.76. Encik Tan Shen Kang yang merupakan pengurus di kilang YSL telah menyatakan bahawa hasil jualan telah meningkat kerana pelanggan lebih suka dengan cara pemasaran yang baru..Seterusnya, terdapat 12 orang (40%) responden bersetuju bahawa cara pemasaran baru telah menjimatkan kos pemasaran. 15 orang responden (50%) telah tidak pasti dengan penyataan tersebut kerana mereka tidak terlibat dengan bahagian pemasaran, oleh itu, mereka tidak jelas dengan kos pemasaran dengan menggunakan teknologi. 3 orang (10%) yang selebihnya tidak setuju dengan penyataan tersebut. Namun, secara puratanya, banyak orang telah memilih skala likert 2 iaitu tidak pasti dengan penyataan tersebut dengan nilai purata 2.3. Encik Lim Yi Hao yang merupakan pekerja di kilang YSL telah menyatakan bahawa cara pemasaran baru lebih menjimatkan kos dan masa. Sebanyak 23 orang (76.67%) daripada 30 orang responden setuju bahawa pelanggan lebih suka dengan cara pemasaran baru kerana telah memudahkan pelbagai pihak. Selebihnya, 3 orang responden (10%) telah memilih tidak setuju dengan penyataan tersebut dan 4 orang responden (13.33%) tidak pasti dengan penyata tersebut. Tetapi secara puratanya, kebanyakan orang responden telah memilih skala likert 3 iaitu setuju kerana mendapat komen yang baik dari pelanggan dari semasa ke semasa. Nilai puratanya ialah 2.67. 6.0RUMUSAN

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi terhadap penghasilan dan pemasaran air Soya Bean di kilang YSL. Pengunaan sains dan teknologi amat penting untuk meningkatkan produktiviti. Oleh itu, banyak kilang telah mengaplikasikan sains dan teknologi dalam menghasilkan sesuatu barang.Maklumat yang diperoleh melalui kajian ini ialah penggunaan teknologi dalam penghasilan dan pemasaran air soya bean. Dengan maklumat yang diperoleh, kuantiti penghasilan air soya bean telah meningkat secara berlipat ganda selepas penggunaan teknologi yang canggih kerana semua proses yang rumit telah dilakukan oleh mesin dan kualiti air soya bean yang dihasilkan juga meningkat berbanding dengan dulu. Hal ini diakui oleh Encik Tan Shen Kang yang merupakan pengurus di kilang YSL. Beliau juga berpendapat bahawa, teknologi moden telah mempercepatkan semua proses yang rumit seperti penapisan sisa-sisa air soya bean.Hasil kajian telah menunjukkan pandangan pekerja di kilang YSL terhadap kuantiti, kualiti dan pemasaran air soya bean. Terdapat sebahagian yang bersetuju dengan penyataan tersebut kerana lebih banyak pesanan yang terima dari pelanggan bukan sahaja dari Taman Kenari, juga dari kawasan yang lain dan kuaniti air soya bean yang dihasilkan adalah dua kali ganda berbanding dengan dulu. Sebahagian pelanggan juga berpendapat bahawa kualiti air soya bean yang dihasilkan oleh kilang YSL telah meningkat dari setahun ke setahun dan telah mendapat sambutan yang lebih hangat dari pelanggan. Puan thailaisamy yang merupakan pelanggan biasa Kilang YSL telah berpendapat bahawa, kualiti air soya bean Kilang YSL telah meningkat berbanding dengan dulu. Air soya bean yang dihasilkan lebih sedap diminum.Sebahagian kecil daripada pelanggan telah tidak bersetuju dan tidak pasti dengan cara pemasaran baru telah meningkatkan hasil jualan kilang YSL kerana mereka merupakan golongan buta komputer dan tidak mempunyai pengetahuan terhadap komputer. Oleh itu mereka telah tersalah anggap bahawa cara pemasaran yang baru tidak dapat membantu kilang meningkatkan hasil jualan. Terdapat juga sebahagian pelanggan yang tidak bersetuju dengan cara pemasaran baru lebih ringkas kerana mereka mengangap bahawa semua pesanan yang terima melalui komputer tidak dapat diterima dengan sepenuh. Hal ini juga disokong oleh Encik Syafiq yang merupakan penyelia di kilang YSL, beliau berpendapat bahawa pekerja yang tidak mahir mengguna komputer akan mengangap cara pemasaran baru tidak menguntungkan kilang.Penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan dan pemasaran air soya bean amat penting kerana kuantiti dan kualiti dapat ditingkatkan. Kilang yang tidak mengaplikasikan teknologi dalam penghasilan dan pemasaran sesuatu makanan tidak mampu umtuk bersaing dengan kilang-kilang yang lain. (Berita Harian 23 Mac 2014) Oleh itu, pengaplikasi sains dan teknologi merupakan faktor yang paling prnting untuk meningkat kualiti dan kuantiti barangan. Selain daripada penghasilan barangan berkualiti, cara pemasaran yang menarik juga dapat menarik perhatian pelanggan untuk meningkatkan hasil jualan.Kesimpulannya, penggunaan sains dan teknologi adalah faktor yang paling penting untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti. Oleh itu, pihak kerajaan harus memperuntuk sejumlah wang untuk membantu kilang yang mundur. Kerjasama antara kerajaan dengan pihak kilang juga penting dalam pengaplikasikan sains dan teknologi dalam penghasilan barang makanan. Selain itu, pengilang-pengilang juga perlu mengimport teknologi-teknologi yang moden dari negara lain supaya dapat bersaing dengan kilang yang lain. Di samping itu, cara pemasaran seperti pemasaran melalui laman web juga harus digunakan oleh pengilang supaya dapat meningkat hasil jualan dan meningkat pendapatan bulanan.

RUJUKANKamus Dewan Edisi ke-3Murthado dan Said(1987) Berita Harian (Tahun 2014)Utusan Malaysia (Tahun 2014)Encik Zulkifli Hassan, sains dan teknologi dalam majalah men

LAMPIRAN

Sekolah Menengah Kebangsaan Chio MinMakluman Kepada Responden:Borang soal selidik ini adalah bagi memenuhi keperluan Kerja Kursus untuk mata pelajaran Pengajian Am 900/4. Soal selidik ini bertujuan untuk mengkaji kesan penggunaan sains dan teknologi dalam penghasilan dan pemasaran air soya bean. Segala maklumat yang diberikan adalah rahsia dan hanya akan digunakan untuk kepentingan kajian ini sahaja.*Kerjasama anda amatlah dihargai.BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDENARAHAN: Sila tandakan ( / ) mengikut maklumat diri yang dinyatakan di bawah.1. JANTINA:a. Lelaki b. Perempuan 2. UMUR :a. 25-35 TAHUN c. 41-45 TAHUN b. 36-40 TAHUN 3. BANGSAa. Cina b. Melayub. India4. TAHAP PENDIDIKAN:a. PMR d. IJAZAH b. SPM e. Lain-lain c. STPM Nyatakan: ____________5. JAWATAN:a. Pekerja biasa c. Penyelia b. Ketua unit d. Pengurus

Bahagian B : Kesan Penggunaan Teknologi Moden Dalam Penghasilan Dan Pemasaran Soya Bean Di Kilang YSLArahan : Sila Tandakan (1, 2, 3) Mengikut Pendapat Anda Dalam Kesan Penggunaan . Teknologi Di Kilang YSL123

Tidak PastiTidak SetujuSetuju

Kesan Penggunaan Teknologi Dalam Penghasilan Air Soya Bean123

1Kuantiti air soya bean telah meningkat

2Kualiti air soya bean telah meningkat

3Proses-proses menghasilkan air soya bean yang rumit telah dimudahkan

4Air soya bean yang dihasilkan mendapat sambutan yang lebih hangat

5 Air soya bean yang dihasilkan lebih bertahan lama

Kesan Penggunaan Teknologi Dalam Pemasaran

1Statistik jualan air soya bean telah meningkat

2Pemasaran air soya bean lebih senang berbanding dengan dulu

3Cara pemasaran baru lebih menguntungkan syarikat

4Menjimatkan kos pemasaran

5Pelanggan lebih suka dengan cara pemasaran baru

SOAL SELIDIK TAMAT, SEKIAN TERIMA KASIH

Jadual Temu BualInformen 1: Encik Yong Li KengBilSoalanJawapan

1Apakah proses-proses penghasilan air soya bean yang melibatkan teknologi?Hampir semua proses-proses menghasilan air soya menggunakan teknologi. Proses seperti mengisar kacang soya, penapisan air soya bean unruk singkirkan sisa-sisa dan pembungkusan air soya bean ke dalam pek-pek untuk dijual.

2Apakah proses yang menggunakan sains dan teknologi dengan kerap.Hanya pembungkusan air soya bean ke pek-pek kecil menggunakan teknologi dengan lebih kerap. Proses ini memakan masa yang panjang jika dilakukan oleh tenaga pekerja kerana setiap pek air soya bean perlu diikat dengan teliti untuk mengelak berlakunya pertumpahan air soya bean.

3Adakah semua proses-proses penghasilan air soya bean telah dimudahkan.Ya , proses seperti mengisar air soya bean telah diringkaskan dengan menggunakan teknologi. Berbanding dengan dulu, pekerja-pekerja perlu sampai di kilang pada pukul 4 pagi untuk mengisar semua kacang soya, jika tidak, bekalan air soya bean yang dijual akan tidak mencukupi.

Informen 2: Tan Shen Kang BilSoalan Jawapan

1Teknologi-teknologi moden yang digunakan adalah diimport dari negara apa?Hampir 70% teknologi di kilang ini adalah diimport dari jepun, dan 30% lagi adalah dari Thailand. Kualiti mesin-mesin dari jepun adalah yang paling baik berbanding dengan negara-negara lain.

2Apakah fungsi mesin pengisar secara terperinci?Mesin pengisar adalah mesin yang kita import dari jepun. Fungsi utama mesin ini adalah untuk mengisar kacang-kacang soya menjadi ceair. Selain daripada mengisar, mesin ini juga akan melarut glukosa yang terdapat dalam kacang soya dengan serata.

3Apakah fungsi mesin penapis secara terperinci?Mesin penapis adalah mesin yang kita import dari Thailand. Fungsi utama mesin ini adalah untuk menapis sisa-sisa yang terkandng dalam air soya bean. Sisa-sisa yang ditapis oleh mesin ini akan sekali lagi ditapis untuk memastikan tidak berlakunya pembaziran kacang soya.

Informen 3: Encik SyafiqBilSoalanJawapan

1Adakah cara pemasaran baru mendapat sambutan yang lebih hangat dari pelanggan?Ya, menurut kajian soal selidik bulanan, terdapat 70% pelanggan menganggap cara pemasaran melalui internet lebih mudah dan cekap. 30% yang selebihnya lebih biasa dengan cara pemasaran yang traditional kerana mereka menganggap cara pemasaran baru agak leceh .

2Adakah kuantiti telah meningkat selepas pengaplikasi sains dan teknologi?Ya, menurut statistic bulanan, permintaan air soya bean daripada pelanggan telah meningkat sebanyak 40%.. Ini bermaksud kuantiti yang dihasil perlu lagi ditingkat sebanyak 50% supaya bekalan air soya bean sentiasa mencukupi.

3Adakah kualiti air soya bean telah meningkat selepas pengaplikasi sains dan teknologi?Ya, air soya bean yang dihasil selepas pengaplikasi sains dan teknologi lebih bertahan lama dan sedap diminum. Melalui kajian soal selidik, 90% pelanggan telah berpendapat bahawa soya bean yang dihasilkan lebih sedap diminum berbanding dengan dulu.