PAI SEM 1 PPISMP

13
8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 1/13 INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS  TENGKU AMPUAN AFZAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA KM 10,JALAN PADANG TENGKU 27200, KUALA LIPIS, PAHANG. PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN SEMESTER 1 2009  JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL NAMA : NUR JANNAH NABIHAH BINTI SABRI NO.KP : 910215-08-5244 UNIT : BM/PJ/PS (2) SUBJEK : PENDIDIKAN ISLAM PENSYARAH : PN.LATIFAH BINTI MOHD RAZALI AQIDAH ISLAMIYYAH: DEFINISI:

Transcript of PAI SEM 1 PPISMP

Page 1: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 1/13

INSTITUT PERGURUAN TENGKU AMPUAN AFZAN

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS

 TENGKU AMPUAN AFZAN

KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KM 10,JALAN PADANG TENGKU 27200,

KUALA LIPIS, PAHANG.

PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN

SEMESTER 1 2009

 JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL

NAMA : NUR JANNAH NABIHAH BINTI SABRI

NO.KP : 910215-08-5244

UNIT : BM/PJ/PS (2)

SUBJEK : PENDIDIKAN ISLAM

PENSYARAH : PN.LATIFAH BINTI MOHD RAZALI

AQIDAH ISLAMIYYAH:

DEFINISI:

Page 2: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 2/13

Aqidah berasal daripada perkataan AQADA yang bermaksud pegangan,

kepercayaan dan keyakinan. Atau lebih tepat ia bermaksud keimanan. Aqidah

Islamiyah bermaksud kepercayaan dan keyakinan menurut apa yang diajar oleh

Islam. Kepercayaan yang sungguh-sungguh yang tidak bercampur aduk dengan

perasaan syak dan ragu. Jadi, aqidah ialah urusan hati, bukannya urusan lahiriah

atau hafalan, tetapi timbul daripada perasaan keyakinan dan kepercayaan dari jiwa

nurani seseorang. Apabila perasaan keyakinan itu ada dalam hati nurani, maka ia

akan terbukti pada tingkah laku dan perbuatan lahiriah seseorang.

TAUHID :

Tauhid meliputi segala ketentuan yang menentukan keyakinan yang sah berkaitan

dengan perkara ketuhanan,kenabian,kerasulan,malaikat,samiyyat (perkara-perkara

yang diketahui melalui al-Quran dan Hadis). Manakala ada ulama yang menyatakan

bahawa Tauhid ialah ilmu yang membahaskan tentang wujudnya Allah,sifat-sifat

yang wajib tetap padaNya dan tentang sifat-sifat yang sama sekali wajib dilenyapkan

daripadaNya, juga membahaskan tentang rasul-rasul Allah, menyakinkan kerasulan

mereka, menyakinkan apa yang wajib pada diri mereka, apa yang boleh dinisbahkan

kepada diri mereka, dan apa yang terlarang menghubungkan kepada diri mereka.

Tauhid terbahagi kepada dua, iaitu tauhid Rububiyyah dan tauhid Uluhiyyah.

Tauhid Rububiyyah :

Tauhid rububiyyah merupakan pengakuan bahawa Allah swt sahajalah yang

menciptakan, memiliki, memati, menghidup, memberi manfaat, memberi mudarat,

memperkenankan doa hambaNya ketika kesusahan, berkuasa penuh terhadap

mereka, mengurniakan sesuatu dan menahan dari mereka, kepunyaanNya segala

urusan makhluk dan titah perintah. Dialah pencipta makhluk alam ini, dalam

mengadakan, mentadbir, merubah, mengurus,menambah, mengurang, menghidup,

mematikan dan sebagainya tanpa disekutui oleh lain-lain dalam penciptaanNya.

Menyakini selain dariNya sebagai yang memiliki sifat-sifat tersebut bermakna

menyakini wujudnya kekurangan pada Allah swt.

Page 3: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 3/13

Ia juga bermaksud iktikad secara putus bahawa Allah swt adalah tuhan bagi segala

sesuatu, dan tiada tuhan selain Dia. Iaitu Allah adalah satu-satunya Zat yang yang

mencipta alam, menguasai (memeliki) dan mengatur segala urusan makhluk.Hanya

Allahlah Zat yang berhak mendapat pujian,syukur,zikir,doa,raja” (bergantung

harap),takut dan sebagainya. Dan keseluruhan ibadat seseorang tidak sah, kecuali

disertai dengan keyakinan penuh akan hak menciptakan dan memerintah bagiNya.

Tauhid Uluhiyyah :

Tauhid Uluhiyyah ialah beriktikad dengan sebenar-benarnya bahawa hanya Allahlah

yang wajib diEsakan dalam beribadat. Ini dikenali sebagai mengEsakan Allah dari

aspek Uluhiyyah. Ibadat dari segi bahasa ialah menghambakan diri atau tunduk

serta merendahkan diri. Ada sesetengah ulama berpendapat ibadat ialah simbol

kecintaan yang sempurna, taat setia serta tidak berbelah bagi. Keyakinan bahagian

ini ialah segala kegiatan ibadat tidak dilakukan untuk yang lain selain dariNya.

Mereka yang beriman kepada Allah swt ialah mereka yang mengikhlaskan cinta,

takarap, doa, tawakkal, taat, patuh, tunduk, segala jenis dan bentuk ibadat hanya

kepada Allah sahaja.

Ini bolehlah ditakrifkan bahawa Allah sahajalah yang disembah dengan sebenar-

benarnya. Tidak boleh beribadat dan menghadapkan pengabdian kecuali kepada

Allah swt. Maka setiap penyembahan secara fizikal dan mental dilaksanakan secara

bulat dan mutlak kepada Allah swt sahaja. Semata-mata tidak berbelah bagi dan

 jangan dilakukan semuanya itu terhadap benda-benda yang lain kepada kubur-kubur 

keramat dan wali-wali, pembesar-pembesar negara dan sebagainya.

AKHLAK ISLAMIYYAH

DEFINISI:

Page 4: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 4/13

Akhlak merupakan gambaran atau pemerihalan mengenai keadaan atau suasana

dalam jiwa manusia. Sifat-sifat mahmudah dan mazmudah juga termasuk dalam

akhlak.

SIFAT MAHMUDAH 

Sifat Mahmudah ialah sifat-sifat atau akhlak terpuji. Antara akhlak-akhlak terpuji

ialah kasih sayang,adil,berani,sabar dan sebagainya.

CIRI-CIRI AKHLAK MAHMUDAH:

Akhlak mempunyai tali perhubungan yang akrab dengan iman dan takwa. Tanpa

akhlak bermakna iman dan takwa menjadi gersang. Akhlak yang baik disarankan

oleh Al-Quran seperti iman, takwa, amal salih, ikhlas, sabar,amanah, zuhud, adil,

suka menolong, suka pemaaf dan pemurah.

Antara sifat-sifat mahmudah yanh disarankan dalam Islam bagi melahirkan insan

yang baik dan berakhlak tinggi sejajar dengan akhlak Nabi Muhammad (saw) ialah :

KASIH SAYANG (ar-Rahmah)

Sifat kasih sayang kepada semua manusia terutama antara manusia yang seagama

sangat dipandang tinggi dan digalakkan oleh Islam (Muhammad Yusuf Hussain,

(1986). Firman Allah (swt):

Mereka saling berpesan dengan kesabaran, mereka saling berpesan dengan kasih

saying.

(Surah al-Balad :17)

Nabi Muhammad (saw) juga pernah bersabda yang bermaksud :

Sesiapa yang tidak bersifat belas kasihan kepada yang ada di bumi, dia pun tidak

dikasihi oleh yang ada di langit.

(At-Tibrani)

Dalam usaha menjalankan dakwah kita seharusnya mempunyai hati yang lembut 

dan penuh dengan perasaan kasih saying, sabar dan bersifat pemurah, semoga

manusia yang diseru dengan risalah itu tidak melarikan diri (Abu Urwah,1986).Firman Allah (swt) :

Page 5: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 5/13

Maka disebabkan rahmat daripada Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap

mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berlaku kasar, tentulah mereka

menjauhkan diri daripada sekelilingmu.

(Surah Al Imran : 159)

Antara Hadis yang member penekanan supaya menghayati sifat ini ialh daripada

riwayat Bukhari dan Muslim yang bermaksud :

Allah tidak mengasihi mereka yang tidak mengasihi manusia

Juga dalam Hadis yang bermaksud :

Orang yang berkasih sayang itu dikasihi Allah, maka kasihilah orang yang ada di

permukaan bumi nescaya kamu dikasihi oleh yang dilangit.

ADIL

Nilai utama akhlak ialah berlaku adil. Adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya,

memberi hak kepada mereka yang memiliki hak, membebankan kewajipan bagi

mereka yang mempunyai kewajipan. Hak yang diberikan itu tidak lebih dan juga

tidak kurang (Ismail Kamus,1984)

Ketidakadilan adalah sumber daripada ketiadaan kesenangan dan ketiadaan

kesedaran. Kezaliman mencegah terwujudnya kesejahteraan itu. Oleh sebab itu

keadilan menjadi kaedah utama dalam masyarakat Islam, dan wajib menjadi pakaianakhlak.

Setiap Muslim dituntut supaya berlaku adil kepada dirinya sendiri dan juga kepada

manusia lain. Sifat adil ini harus diamalkan dalam semua aspek penghidupan.

Misalnya adil dalam menyampaikan maklumat, pengagihan kerja, pemilihan calon

untuk pekerjaan, menjatuhkan hukuman, memberikan kasih saying kepada isteri-

isteri dan anak-anak dan sebagainya ( Muhammad Fadzillah Khamsah,1986).

BERANI DAN SABAR

Keberanian ialah menghadapi bahaya dan penderitaaan dengan tabah. Orang yang

berani ialah orang yang dapat menguasai jiwanya dan bertindak menurut akal.

Syarat berani ialah sabar iaitu tabah menahan penderitaan (sakit dan susah), tidak

putus asa,tenang menghadapi kemungkinan yang mengkhuatirkan dan berpendirian

teguh.

Page 6: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 6/13

Firman Allah (swt) yang bermaksud :

1.Sabar dan tawakal kepada Allah adalah pangkal kemenangan. (Surah an-

Najm,121-129).

2.Orang yang sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan mereka

itulah orang yang benar dan mereka itulah orang yang muttaqin (Surah al-Baqarah,

177)

3.Hai orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan

tetaplah bersiap sedia dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu Berjaya (Surah

Al Imran,200)

Orang yang sabar memperlihatkan sikap berani, kerana nilai akhlak ini dididik

kepadanya. Iman yang sebenarnya hanya takut kepada sesuatu selain daripadaAllah (swt) (Ismail Kamus,1984).

SIFAT MAZMUMAH

Sifat mazmumah ialah sifat-sifat yang terkeji. Dengan adanya sifat mazmumah hati

tidak akan bahagia dan jiwa akan berada dalam keadaan keluh-kesah.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orangseperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang.

2. Pendendam Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasamencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecilsekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu.

3. Hasad dengki Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. BakhilSentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-

lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yangdiberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) ** Allah lebih sayang orang yangfasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupunfasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkalarezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak 

Page 7: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 7/13

Orang yang tidak puas dengan yang sesuatu perkara walaupun benda itu member manfaat kepadanya.

6. Tidak sabar  Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih

besar. (

7. EgoIbu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang

yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. RiakTerseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasaberlakon-lakon di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jikadikeji, ia akan mengurangkan amalnya.

Semakin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia. Samadabermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderitatetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia juaakhirnya.

SIRAH NABAWIYYAH

PERJUANGAN RASULLULLAH

Setelah turun wahyu kedua, Nabi Muhammad (saw) mula mengajak orang memeluk

Islam dengan mengambil masa selama tiga tahun menyeru dan menyampaikan

seruan Islam secara sulit. Dalam peringkat pertama ini Baginda hanyalah

menumpukan seruan kepada keluarga yang terdekat dan teman-teman karib yang

Page 8: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 8/13

dipercayai. Dalam masa ini sahabat-sahabat besar seperti Abu Bakar,Ali,Usman dan

isterinya Khadijah memeluk Islam.

Selapas itu Allah (swt) memerintahkan agar Nabi Muhammad (saw) dengan

pengikut-pengikutnya yang sudah berjumlah lebih 30 orang, melakukan dakwah

secara terang-terangan. Perintah ini diturunkan melalui wahyu Illahi yangbermaksud:

Maka sampaikanlah secara terang-terangan apa-apa yang diperintahkan kepadamu

dan berpalinglah daripada orang musyrikin.

(Surah al-Hijr:94)

Dakwah itu dilakukan dengan penuh kebijaksanaan , dengan cara dan proses

penyampaiannya menurut kehendak Allah (swt) dan izinNya. Dakwah Bagindadimulakan dengan perkara-perkara dasar kepada akidah dan amalan. Perkara ini

dapat difahami secara terperinci jika dikaji ayat-ayat Makkiyah (yang diwahyukan di

Makkah). Antaranya ayat yang utama ialah :

1.Mengajak kepada tauhid yang mutlak.

2.Mengkhabarkan adanya akhirat

3.Membersihkan jiwa dengan beriltizam menunaikan ibadat yang ditentukanoleh syariat Allah (swt) dan meninggalkan laranganNya dengan takwa.

4.Memelihara keperibadian masyarakat.

5.Menerangkan kepada manusia tentang alam yang lain daripada

manusia,sama ada yang ghaib atau yang tidak dapat dikesan oleh pancaindera

manusia seperti malaikat, jin dan syaitan atau yang dapat dikesan sama ada di

langit dan di bumi, sama ada yang yang mempunyai hubungan dengan

keperluan manusia.

Maka Nabi Muhammad (saw) menyampaikan Islam dengan cara yang layak dan

bersesuaian dengan fitrah manusia melalui peringkat dan proses yang diilhamkan

oleh Allah (swt). Ilham tersebut menjadi sebahagian daripada wahyu kepada setiap

Nabi.

Namun, Nabi Muhammad telah mendapat tentangan dalam memperjuangkan

dakwahnya. Antaranya Orang Quraisy yang ingin menangkap Nabi Muhammad

(saw), tetapi Abu Talib selalu menghalangi dan tidak mahu menyerahkannya kepada

mereka. Kerana keadaan , maka Abu Talib meminta agar Nabi Muhammad (saw)mengurangkan kerja dakwahnya. Lalu Abu Talib menyatakan kepada

Page 9: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 9/13

Baginda:”Wahai anak saudaraku, kaummu telah dating menemui aku, dan

menyatakan, begini....begini...(dengan menceritakan apa yang diminta oleh

pembesar Quraisy), maka peliharalah dirimudan diriku. Janganlah bebankan aku

dengan perkara-perkara yang aku tidak mampu memikulny.” Apabila mendengar 

permintaan Abu Talib, Nabi Muhammad (saw) bersabda dengan tegasnya :

Wahai bapa saudaraku, demi Allah, jika sekiranya mereka meletakkan matahari di 

kananku dan bulan di kiriku agar aku meninggalkan urusan agama ini, sehingggalah

ia dimenangkan oleh Allah atau aku binasa kerananya nescaya aku tidak 

meninggalkannya.

Gangguan dan penyeksaan daripada pihak Quraisy menjadi semakin meningkat,

baik kepada Baginda sendiri mahupun kepada para sahabatnya. Ada antara

merekayang yang mati dan ramai yang cedera.

Melihatkan betapa teguh para sahabat Nabi Muhammad (saw) memegangakidahnya, Baginda ditawarkan tebusan berupa harta yang banyak melimpah atau

kedudukan yang tinggi. Usaha memujuk untuk menghalang dakwah Islamiah ini

ditugaskan kepada seorang yang dianggap pintar memujuk iaiatu Abu al-Walid

Utbah bin Rabah. Namun, segala rayuan yang dikemukakan oleh Quraisy melalui

Abu al-Walid ditolak oleh Nabi Muhammad (saw).

Disebabkan seksaan dan derita para sahabat semakin berat lagi, maka Nabi

Muhammad (saw) pun memerintahkan mereka berhijrah. Terjadilah hijrah yang

pertama dengan 12 orang pemuda dan empat orang wanita. Tetapi setelah mereka

mendengar khabar bahawa Umar bin al-Khattab memeluk Islam mereka kembalisemula ke Makkah bersama-sama dengan orang yang sempat diIslamkan yang

berada di sana. Taktik hijrah ke Habshah ini mungkin berhasil dengan baik kerana

hijrah dilakukan kali kedua yang terdiri daripada 83 orang pemuda dan 11 orang

wanita.

Orang musyrikin memutuskan hubungandengan Nabi Muhammad (saw), Bani

Hashim dan Bani Abdul Muttalib, baik hubungan ekonomi dan perdagangan

mahupun pergaulan dan perkahwinan. Pemulauan itu berlaku selama tiga tahun.

Dalam tempoh itu tidak seorang pun yang diizinkan untuk memberikan sebarang

pertolongan. Pemulauan ini hingga menyebabkan keluarga Bani Abdul Muttalib danBani Hashim terpaksa memakan daun-daun yang ada di sekitar mereka. Nabi

Muhammad (saw) terus menganjurkan seluruh keluargannya untuk bersabar dan

teguh dalam mempertahankan kehormatan mereka.

Usaha seterusnya yang dilakukan oleh Quraisy ialah mengadakan persidangan di

Darul-Nadwah. Dalam mesyuarat tersebut mereka telah mendapat kata sepakat

dengan membuat cadangan membunuh Nabi Muhammad (saw). Keputusan diambil

sebulat suara dan mereka melaksanakan keputusan tersebut, namun gagal

membunuh Baginda. Dengan pertolongan Allah SWT berlakulah hijrah yang

pertama.

Page 10: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 10/13

HIJRAH RASULLULLAH

Hijrah merujuk kepada perpindahan yang dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad

(saw) beserta sahabat-sahabat Baginda dari kota Makkah ke kota Madinah dalam

tahun ke-13 selepas Baginda diutus menjadi Rasul Allah (swt) bersamaan dengan

tahun 622 Masihi. Hijrah juga bererti perpindahan Nabi Muhammad (saw) dari

Makkah ke Kota Yathrib yang sekarang dikenali sebagai Madinah. Hijrah baginda ke

Madinah telah mengubah corak perjuangan umat Islam.

Rasullullah berhijrah ke Yathrib atau Madinah kerana Baginda pada masa awalnya

tidak diterima oleh kaumnya sendiri, iaitu kaum Quraisy, tetapi Baginda diterima dan

diakui oleh penduduk Madinah. Antara faktor-faktor berlakunya penghijrahan

Rasullullah ialah :

1. Kehilangan sokongan Quraisy

Setelah bapa saudaranya Abu Talib meninggal dunia, kepimpinan Quraisy

telah berpindah ke tangan Abu Lahab yang menjadi musuh ketat Nabi

Muhammad (saw) damn mempunyai hubungan perdagangan dengan

setengah musuh ketat Baginda yang lain. Selepas Nabi Muhammad (saw)

pergi ke Taif dalam tahun

2. Jemputan penduduk Muhammad (saw)3. Pengaruh peribadi Nabi Muhammad

4. Nabi Muhammad (saw) memerlukan pusat kegiatan dakwah yang baru.

5. Kemungkinan dakwah diterima di Madinah

6. Tabiat sederhana dan lemah-lembut penduduk Madinah

7. Tiada penentang di Madinah

8. Tiada golongan paderi dan bangsawan di Madinah

9. Perintah Allah (swt)

Sebelum Nabi Muhammad (saw) dan sahabatnya sampai ke Madinah, berita

keberangkatan mereka telah didengar di Madinah. Rombongan Nabi Muhammad telah

tiba di Madinah pada 12 Rabiulawal, tahun 13 setelah Nabi Muhammad diutuskan.

Kedatangan Nabi Muhammad dan rombongan Baginda telah disambut baik oleh

penduduk di Madinah. Dengan ini kegiatan dakwah Baginda dapat dijalankan dengan

tenang dan aman tanpa gangguan.

 

Page 11: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 11/13

IBADAH

DEFINISI:

Ibadat dari segi bahasa ialah merendah diri, tunduk, patuh, dan taat. Dari segi

syarak ibadat bererti taat, tunduk, patuh dan merendah diri kepada Allah SWT.

Ibadat ialah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT yang bermaksud:

Page 12: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 12/13

“Hai orang yang beriman, makanlah rezekiyang baik yang kami berikan kepadamu,

dan bersyukurlah kepada Allah jika kepada-Nya kamu beribadat”.

(Surah Al-Baqarah:132)

Ibadat terbahagi kepada dua ,iaitu ibadat khusus dan ibadat umum.

IBADAH KHUSUS

Merupakan perintah-perintah yang wajib dilakukan sebagaimana yangterkandung di dalam Rukun Islam seperti solat, puasa, zakat, haji dan beberapaamalan khusus seperti tilawah Al-Quran, zikir dan seumpamanya.

Ianya bersifat taufiqiyyah, iaitu dilaksanakan menurut garis-garis yang ditunjukkanoleh Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dan berhenti setakat sempadan yang telah

ditentukan oleh syara dan sebagaimana yang dilakukan sendiri oleh Rasulullahsallallahu alaihi wasallam tanpa boleh ditambah atau dikurangkan atau membuatsebarang perubahan terhadapnya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam:

  Sembahyanglah kamu sebagaimana kamu melihat aku sembahyang.(Sahih Bukhari)

Ibadah khusus ialah kepatuhan dan tunduk kepada hukum-hukum yang ditentukan,

yang terkandung dalam fardhu ‘ain secara ilmu dan amal iaitu syahadat, solat lima

waktu, berpuasa dalam bulan Ramadan, mengeluarkan zakat dan menunaikan haji.

Ibadat khusus termasuk juga amalan-amalan sunat dan fardhu seperti solat sunatrawatib, tahajjud, tasbih, ishrak, dhuha, sumat mutlak dan perkara sunat-sunat yang

lain serta puasa-puasa mingguan, bulanan dan tahunan. Ibadat khusus juga

termasuk segala unsure zikir, wirid dan bacaan Al-Quran.

Ibadat khusus telah ditentukan peraturan dan cara perlaksanaannya dengan tujuan

untuk membina batin dan dalaman manusia dalam hubungannya dengan Allah SWT

dan hukum-hukumNya. Ibadat khusus bertujuan untuk melatih manusia hidup

berdisiplin.ini kerana kesempurnaan ibadat bergantung kepada kesempurnaan

manusia mengikut peraturan yang telah ditentukan dan masa yang yang telah

ditetapkan.

IBADAH UMUM

Segala perkara atau amalan selain daripada kumpulan ibadah khusus di atas yang

dilakukan semata-mata untuk mencari keredhaan Allah. Ini termasuklah seluruh

perbuatan manusia dalam kehidupan sehariannya.Ibadah umum bermaksud

Page 13: PAI SEM 1 PPISMP

8/14/2019 PAI SEM 1 PPISMP

http://slidepdf.com/reader/full/pai-sem-1-ppismp 13/13

kegiatan muslim dalam bidang yang berkaitan dengan urusan keluarga, masyarakat

dan Negara.Ia juga termasuk dalam fardhu kifayah Antaranya bidang perniagaan,

bidang pendidikan dan bidang ekonomi. Dalam Islam, seluruh gerak-geri manusia

Muslim diambil kira dan kegiatannya berkaitan dengan penilaian hukum wajib, sunat,

haram, makruh dan harus. Kegiatan yang dilakukan oleh Muslim dalam melakukan

ibadah khusus dapat memberikan dua keuntungan kepada Muslim. Pertama

keuntungan di dunia iaitu dengan kesempurnaan dan kebaikan hasil yang yang

dapat dicapai daripada segi peningkatan kerohanian dan kebendaan. Kedua,

keuntungan di akhirat iaitu diberi ganjaran pahaladan pembalasan syurga serta

mendapat keredaan Allah SWT. Menurut Al-Qardhawi dalam kitabnya Wawasan

Islam antara Keaslian dan Kemodenan , ilmu pengetahuan ataupun sains yang

bermanfaat daIam Islam menuntut supaya umatnya mempelajari satu daripada

cabang manfaat bagi umat dalam urusan dunia dan akhirat secara keseluruhan

serta menyediakan pakar-pakar dalam bidang tersebut, bermakna sekiranya tidak

ada seorangpun yang tampil daripada umat Islam, seluruh umat Islam akanmenanggung dosa dan kesalahan.