PAKAIAN DAN PERALA TAN YANG AKAN DIBEKAL … Tambahan ke… · e. 1 x Tilam f. 1 x Katil Besi g. 1...

download PAKAIAN DAN PERALA TAN YANG AKAN DIBEKAL … Tambahan ke… · e. 1 x Tilam f. 1 x Katil Besi g. 1 x Locker (tanpa Kunci - Pad lock saiz 1 inci perlu dibawa) Peralatan Sajian: 3.

If you can't read please download the document

Transcript of PAKAIAN DAN PERALA TAN YANG AKAN DIBEKAL … Tambahan ke… · e. 1 x Tilam f. 1 x Katil Besi g. 1...

  • PAKAIAN DAN PERALATAN YANG AKAN DIBEKAL KEPADA PELATIH

    1. PAKAIAN KELAS:

    a. 2 x Baju Lengan Panjangb. 2 x Seluar Panjang (Biru Tua)c. 2 pasang stokin hitamd. 1 pasang kasut potong hitame. 1 x Tali Pinggan Biru berserta buckelf. 1 x Tudung (Biru) untuk Wirawati beragama Islam

    2. PAKAIAN SUKAN:

    a. 2 x T-Shirt Lengan Pendek (Lelaki) / Lengan Panjang (Perempuan)b. 2 x Track Bottom Seluar Sukan (berwarna hitam)c. 1 x Base Ball Capd. 2 pasang stokin putihe. 1 pasang kasut sukan (berwarna hitam)

    3. PAKAIAN CELORENG

    a. 2 x Seluar Celoreng (perlu di pulangkan selesai latihan)b. 2 x Baju Celoreng (perlu dipulangkan selesai latihan)c. 1 x Tali Pinggan Medan (perlu dipulangkan selesai latihan)d. 1 pasang Spike Boot (perlu dipulangkan selesai latihan)e. 1 x Beret (berwarna biru tua)f. 2 pasang stokin (berwarna kelabu)g. 2 x Inner Celorengh. 1 x Berus kasuti. 2 x Kiwi Hitamj. 1 pasang Getah untuk seluar Celoreng

    4. PERALATAN SEMASA EKSESAIS WIRA JAYA(Semua peralatan ini perlu dipulang selesai Eksesais)

    a. 1 x Haver Sackb. 1 x Poncoc. 1 x Water Bottle complete with Mugd. 1 x Water Bottle carriere. 1x Mess tin kecilf. 1 x Mess tin besar

    5. TUALA MANDI

    a. 2 x Tuala Mandi

    Nota:1. Sekiranya peralatan yang perlu dipulangkan HILANG, pelatih perlu membayar gantirugiharga peralatan tersebut. Pastikan peralatan tersebut dijaga dengan rapi.

    2. Pakaian dan Peralatan yang mudah hilang

    1

  • Pakaian dan Peralatan Persendirian:

    1. Selain pakaian yang dibekalkan, pelatih boleh membawa:

    a. T-Shirt berkolar warna cerah dan seluar track berwarna hitam sebagaitambahan.

    b. 2 pasang Stokin Putih dan hitam sebagai tambahan.

    c. Pakaian Dalam yang secukup.

    d. Kasut Sukan berwarna hitam sebagai tambahan.

    e. Pemakaian seliper, seluar pendek dan T-Shirt tanpa kolar hanyadibenarkan di dalam Blok Penginapan sahaja.

    f. Baldi saiz sederhana, Berus dan Sabun mencuci pakaian.

    g. Penyangkut Baju.

    Peralatan Tidur:

    2. Peralatan tidur berikut akan dibekalkan:(perlu dipulangkan selesai latihan)

    a. 2 x Cadar Putih

    b. 2 x Sarung Bantal Putih

    c. 1 x Bantal

    d. 1 x Selimut

    e. 1 x Tilam

    f. 1 x Katil Besi

    g. 1 x Locker (tanpa Kunci - Pad lock saiz 1 inci perlu dibawa)

    Peralatan Sajian:

    3. Peralatan Sajian berikut akan dibekalkan:(perlu dipulangkan selesai latihan)

    a. 1 x Sudu dan Garpu

    b. 1 x Cawan Plastik

    (Tray makan ditempatkan di Dewan Makan mengikut blok penginapan)

    2

  • Kedai Serbaguna

    4. Terdapat sebuah kedai serbanika (Norsham cafe) yang menjual barangan gunasamaharian seperti sabun, berus gigi, ubat gigi, sabun pencuci pakaian, berus, makanan ringan,Kad talifon, Pre paid Kad, Ais Krim, pelbagai minuman ringan, anak kunci berserta manggadan lain-lain barangan harian.

    Telefon Awam

    5. Terdapat 8 telefon awam (TM) iaitu 2 telefon siling dan 6 telefon Kad. Kad Telefonada dijual di Cafe Norsham dan telefon ini bersebelahan dengan Cafe Norsham. TelefonBimbit pelatih akan disimpan oleh Komandan Kem dan akan berikan kepada pelatih padahujung minggu. Pre Paid Kad ada dijual di Cafe Norsham. Perkhidmatan Celcom 019atau 013 adalah sesuai di kawasan kem.

    6. Sekiranya ada kecemasan, ibubapa boleh menalipon kem dan meminta petugaskem memanggil pelatih untuk bercakap dengan ibubapa. Silakan nyatakan Nombor Pelatihdan Blok Pelatih bagi memudahkan petugas kem mengenal pasti pelatih.

    Waktu Melawat

    7. Ibubapa dan keluarga pelatih boleh melawat pelatih pada hari Ahad minggu pertamadan minggu ketiga setiap bulan (2 kali sebulan). Pelatih tidak dibenarkan dibawa keluardari kem. Tempat khas disediakan di dalam kem semasa lawatan. Waktu melawat adalahdari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

    8. Selain hari melawat, Hari Terbuka Kem juga akan diakan sekali dalam tempoh 3bulan latihan. Keluarga dijemput hadir semasa hari terbuka dimana aktiviti seperti sukanekadan hiburan boleh disertai oleh keluarga. Keluarga juga berpeluang memasuki ke blokpenginapan dan makan bersama pelatih di Dewan Makan Kem. Tiada bayaran dikenakankepada keluarga semasa aktiviti ini. Tarikh Hari Terbuka akan dimaklumkan.

    Perkhidmatan Dobi

    9. Perkhidmatan dobi sediakan di kem pada setiap hari untuk pelatih. Hanya pakaianyang dibekalkan sahaja boleh dihantar ke dobi. Pakaian persendirian dicuci oleh pelatih.Pengambilan pakaian kotor akan dibuat pada setiap hari jam 6.00 petang hingga 8.00 malam.Pakaian yang telah dicuci akan diserahkan kepada pelatih pada keesokan hari.

    10. Pelatih adalah dinasihatkan untuk menulis Nombor Pelatih dan Blok Pelatih denganterang dan jelas di pakaian yang dibekalkan. Bawa bersama MARKER PEN kalis air yangsesuai. Sebarang pakaian yang hilang semasa menerima dari Perkhidmatan Dobi hendaklahdilaporkan kepada Petugas Kem dengan segera. Kegagalan pelatih untuk mengambilpakaian yang dihantar ke perkhidmatan dobi boleh menyebabkan kehilangan pakaiantersebut.

    11. Pelatih adalah dinasihatkan untuk membawa sekurang-kurangnya 10 Penyangkut Baju(Clothe Hanger) atau lebih untuk kegunaan harian. Sila bawa bersama berus dan sabunpencuci pakaian.

    3

  • Perkara-perkara lain

    12. Sebelum pelatih melapor ke Kem, ibubapa hendaklah memastikan pelatih beradadalam keadaan kesihatan yang sihat. Borang pemeriksaan kesihatan mestilah telahditandatangan oleh Pegawai Perubatan yang melaksanakan pemeriksaan perubatanterhadap pelatih. Ibubapa hendaklah memaklumkan kepada Komandan Kem secara bertulissekiranya pelatih mempunyai sebarang masalah kesihatan walau pun dibenarkan hadiruntuk latihan PLKN.

    13. Semasa melapor pelatih hendaklah memaklumkan kepada Komandan atau TimbalanKomandan Kem sekiranya mempunyai alahan terhadap beberapa jenis makanan atau pelatihseorang vegitarian. Pengurusan berasingan akan dilakukan kepada pelatih berkenaan.

    14. Semua pelatih dibenarkan melaksanakan ibadat mengikut agama masing-masing.Pelatih beragama Islam akan dibawa ke Masjid Cherating setiap hari Jumaat untuksembahyang Jumaat manakala pelatih beragama Buddah dan Hindu akan dibawa ke Tokong/ Kuil di Kemaman pada malam setiap hari Jumaat. Pelatih yang beragama Kristian akandibawa ke gereja di Kemaman pada pagi setiap hari Sabtu (maklumkan kpd Komandan /Timbalan Komandan Kem Gereja yang perlu hadir).

    15. Pelatih yang tidak sihat hendaklah melapor ke Klinik Kem dengan segera. PetugasPerubatan yang bertugas akan menentukan keadaan pelatih dan sekiranya perlu pelatihakan di bawa ke Hospital untuk rawatan susulan.

    16. Pelatih hendaklah melapor kepada Timbalan Komandan Latihan sekiranyamenghadapi sebarang masalah semasa berada di Kem.

    17. Ibubapa dimohon menghubungi Komandan Kem sekiranya ada sebarang pertanyaantentang aktiviti di Kem.

    4