Panasonic Meluaskan Pilihan dalam Pasaran dengan … AIRCON/ECONAVIAIRCON… · pemampat dengan...

download Panasonic Meluaskan Pilihan dalam Pasaran dengan … AIRCON/ECONAVIAIRCON… · pemampat dengan menyelang-nyelikan frekuensi bekalan kuasa. Oleh itu, penyaman udara inverter beroperasi

If you can't read please download the document

Transcript of Panasonic Meluaskan Pilihan dalam Pasaran dengan … AIRCON/ECONAVIAIRCON… · pemampat dengan...

  • 1

    Untuk Siaran Segera

    Panasonic Meluaskan Pilihan dalam Pasaran dengan Penyaman Udara

    Baru ECONAVI Penyaman udara bilik baru ECONAVI mengesan dan mengurangkan pembaziran dengan

    mengoptimumkan operasi penyaman udara mengikut keadaan bilik Petaling Jaya, 06 Disember 2011 Panasonic Malaysia Sdn Bhd, pemimpin dalam pasaran penyaman udara, produk elektrik dan elektronik lain, hari ini memperkenalkan 10 model baru penyaman udara di bawah siri ECONAVI dengan ciri Pengesanan Cahaya

    Matahari yang boleh memberikan lebih banyak penjimatan tenaga sehingga 50% *1 untuk model Inverter dan 35% *2 model Non-Inverter Deluks. Ciri baru ini mengesan perubahan keamatan cahaya matahari di dalam bilik untuk mengurangkan pembaziran tenaga ketika

    keadaan kurang cahaya matahari. Di samping itu, siri ECONAVI juga dilengkapi dengan ciri pintar dan ekologi mantap sedia

    ada yang membantu kawalan isipadu aliran udara dan suhu bilik dengan mengesan kehadiran manusia dan tahap aktiviti dan berupaya menyesuaikan kuasa penyejukan untuk mengurangkan pembaziran tenaga.

    Pengarah Urusan Panasonic Malaysia, Jeff Lee berkata: Model baru ini boleh membantu pengguna mengurangkan penggunaan tenaga ke tahap yang baru dan terus

    memperkasakan individu untuk menjimatkan tenaga dengan mudah dan menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar. Kami yakin produk penjimatan tenaga yang mesra alam ini akan menarik minat pengguna dan ini akan mengukuhkan lagi kedudukan kami

    sebagai peneraju pasaran. Ini selaras dengan matlamat kami untuk mewujudkan ECONATION, memacu rakyat Malaysia untuk menjadi warganegara yang mesra alam; dan merealisasikan gaya hidup hijau melalui Penciptaan, Penyimpanan, Penjimatan dan

    Pengurusan Tenaga yang merupakan komponen utama Tenaga Panasonic untuk ECONATION. Ini juga satu langkah ke arah mencapai matlamat kami untuk menjadi Syarikat Inovasi Hijau nombor 1 dalam industri elektronik menjelang tahun 2018.

    (*1 perbandingan diantara Model 1.5 HP Inverter dan Model 1.5 HP Non-Inverter ketika mod penyejukkan)

    (*2 perbandingan diantara Model 1.5 HP Inverter dengan dwi-sensor ECONAVI on dan off ketika mod

    penyejukkan)

  • 2

    Pengarah Pemasaran Panasonic Malaysia, Harry Sasaki berkata, Model baru ECONAVI telah merevolusikan cara kita menggunakan produk dan menjimatkan tenaga. Dengan

    menghidupkan fungsi ECONAVI, penjimatan penggunaan elektrik antara 50% dan 35% masing-masing akan dicapai untuk model Inverter dan Non-Inverter Deluks dan kami merancang untuk menjual lebih daripada 150,000 unit menjelang tahun 2012.

    Keseluruhan rangkaian model Inverter ECONAVI Panasonic (1.0HP hingga 2.5HP) dan model Non-Inverter Deluks (1.0HP dan 1.5HP) telah dianugerahkan penarafan produk 5-

    bintang bagi penyaman udara yang cekap tenaga oleh Suruhanjaya Tenaga Malaysia berdasarkan keputusan ujian prestasi tenaga oleh SIRIM.

    Penyaman Udara Bilik ECONAVI Penyaman udara baru ECONAVI dengan Pengesan Cahaya Matahari mengesan perubahan keamatan cahaya matahari di dalam bilik untuk mengurangkan pembaziran

    penyejukan ketika keadaan cahaya matahari kurang. Sebagai contoh, apabila cuaca berubah daripada cerah ke mendung atau malam, ECONAVI mengesan kekurangan intensiti cahaya matahari dan menentukan kurang kuasa penyejukan diperlukan. Jika

    kuasa penyejukan tidak berubah, maka tenaga akan dibazirkan. ECONAVI mengesan pembaziran ini dan mengurangkan kuasa penyejukan kepada tahap yang bersesuaian dengan meningkatkan suhu dengan sewajarnya.

    Penyaman udara revolusi ECONAVI Panasonic menggunakan Sensor Manusia (Human Sensor) berketepatan tinggi dan teknologi Program Kawalan untuk mengoptimumkan

    operasi penyaman udara mengikut keadaan bilik. Teknologi ini membantu mengesan pembaziran tenaga yang tidak diperlukan. Pada masa yang sama, penyaman udara ini juga dapat menyesuaikan kapasiti penyejukan dengan sendiri disamping mengekalkan

    penyejukan tanpa gangguan, dan mengekalkan keselesaan dan kemudahan. Anda kini boleh menikmati penjimatan tenaga yang lebih tinggi sehingga 35% dan pada masa yang sama menikmati penyejukan tanpa gangguan.

  • 3

    Di samping ciri ECONAVI dan Inverter Pintar, kedua-dua model Inverter dan Non-Inverter Deluks juga datang dengan sistem penulenan udara baru dinamakan nanoe-G yang menggunakan teknologi zarah nano halus yang terdiri daripada ion dan radikal untuk

    membersihkan udara di dalam bilik. Ia berkesan pada mikroorganisma bawaan udara dan mikroorganisma pelekat seperti bakteria, virus dan kulat; untuk memastikan persekitaran hidup yang lebih bersih.

    Teknologi Inverter Pintar Teknologi Inverter Pintar terkenal Panasonic yang mesra alam telah mengukir nama

    dikalangan isi rumah terutama siri penghawa dingin, terima kasih kepada operasinya yang boleh dipercayai dan sangat cekap tenaga.

    Di dalam penghawa dingin Inverter, litar penukaran kuasa mengawal kelajuan putaran pemampat; dengan itu, output penyaman udara. Sebaik sahaja suhu di dalam bilik yang dikehendaki telah dicapai, Teknologi Inverter Pintar mengurangkan frekuensi putaran

    pemampat dengan menyelang-nyelikan frekuensi bekalan kuasa. Oleh itu, penyaman udara inverter beroperasi dengan kuasa yang minimum dengan

    kawalan suhu yang tepat. Dengan mengurangkan operasi penyejukan yang membazir, Siri Inverter boleh mencapai sehingga 50% kurang penggunaan tenaga berbanding unit bukan inverter. Di samping penjimatan tenaga, Teknologi Inverter Pintar juga memberikan

    keselesaan yang berterusan dengan pelbagai output kuasa dan penyejukan yang cepat semasa tempoh permulaan.

    Model baru penyaman udara bilik Inverter Pintar menggunakan bahan penyejuk R410A, berbeza dangan penyejuk yang digunakan dalam penghawa dingin konvensional kerana ia meminimumkan kerosakan pada lapisan ozon.

    Sempena dengan pelancaran penyaman udara bilik ECONAVI Panasonic, pelanggan akan menerima satu Selimut Saiz Queen dan 4 helai sarung cadar dengan setiap

    pembelian penyaman udara model Inverter ECONAVI, dan satu set Selimut Saiz Queen dengan setiap pembelian penyaman udara ECONAVI model Non-Inverter Deluks. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyaman udara baru ini dan promosi terkini, layari

    http://www.panasonic.com.my atau kunjungi pengedar Panasonic terdekat hari ini.

  • 4

    Harga model baru penyaman udara Inverter ECONAVI adalah seperti berikut: Model HP ASP (RM) CS-S10NKH 1.0 1,428

    CS-S13NKH 1.5 1,808 CS-S15NKH 1.75 2,288 CS-S18NKH 2.0 2,748

    CS-S24NKH 2.5 3,188

    Harga model baru penyaman udara Non-Inverter ECONAVI Deluks adalah seperti berikut: Model HP ASP (RM) CS-C9NKH 1.0 1,288

    CS-C12NKH 1.5 1,648 CS-C18NKH 2.0 2,458 CS-C24NKH 2.5 2,888

    CS-C28NKH 3.0 3,638 Tentang Panasonic Malaysia Sdn Bhd Panasonic Malaysia Sdn Bhd ialah sebuah syarikat jualan, perkhidmatan dan pemasaran

    untuk jenama Panasonic bagi rangkaian produk elektrik dan elektronik daripada audio visual, kelengkapan rumah, penyaman udara, kamera digital dan video, kelengkapan penyiaran profesional, sistem perniagaan, telekomunikasi, penjagaan kesihatan dan

    kecantikan sehingga ke bateri dan lampu. Semua produk Panasonic boleh di dapati menerusi pengedar sah kami seluruh negara. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama dan produk Panasonic, layari laman web www.panasonic.com.my atau hubungi Pusat

    Khidmat Pelanggan di 03-5543 7600.

    Untuk siaran akhbar dan gambar, sila muat turun dari www.pmpressroom.com Perhubungan Media: Azizah Wahid Pengurus Besar, Komunikasi Korporat & Penjenamaan Tel: 03 7809 7876 Fax: 03 7955 1857 Mobile: 019 217 2730 Emel: [email protected]

    ###