Pancaran Isu ke 19

16
KEJOHANAN SUKAN DALAMAN KSRN >> MS 10 PERASMIAN LATIHAN KEM TAHUNAN SIRI 1/2015 PANCARAN SINAR INFORMASI TEAMNORTHPORT EDARAN DALAMAN SAHAJA www.northport.com.my ISU 19 NORTHPORT MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN SEMPENA TAHUN BARU CINA >> MS 06 >> MS 12 I SU 18 / Mac - May 2015

Transcript of Pancaran Isu ke 19

Page 1: Pancaran Isu ke 19

KEJOHANAN SUKAN DALAMAN KSRN

>> MS 10

PERASMIANLATIHAN KEMTAHUNAN SIRI 1/2015

PANCARANS I N A R I N F O R M A S I T E A M N O R T H P O R T

EDARAN DALAMAN SAHAJA

w w w . n o r t h p o r t . c o m . m y

ISU 1

9

NORTHPORT MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN SEMPENA TAHUN BARU CINA>> MS 06

>> MS 12

ISU 18 / Mac - May 2015

Page 2: Pancaran Isu ke 19

NUKILAN BICARA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera TeamNorthport ,

Masa begitu pantas berlalu dan kita sedang menuju ke pertengahan tahun 2015. Penggal pertama tahun ini merupakan permulaan langkah-langkah dalam meredahi pelbagai dugaan dalam situasi ekonomi yang mencabar. Hidup ini bagaikan roda, kita akan pasti merasa kepahitan berada di bawah dan kemanisan ketika berada di atas. Namun kita harus mempunyai hati yang ikhlas dan kental dalam melalui dugaan kehidupan. Percayalah bahawa Tuhan merahmati hambaNya yang bersabar menghadapi dugaanNya.

Pada edisi Pancaran kali ini, pelbagai paparan yang telah disajikan, termasuk penerimaan beberapa perkhidmatan baru oleh Jabatan Kontena yang bakal menyuntik peningkatan kepada prestasi bahagian kontena Northport. Jabatan Kargo Konvensional & Logistik juga telah mencatatkan rekod terbaru dalam sejarah pencapaian kargo konvensional Northport melalui pengendalian kargo dari dua buah kapal bersaiz panamax pada masa yang sama.

Pelbagai inisiatif juga telah dijalankan oleh warga Northport dalam meningkatkan kemahiran serta kualiti modal insan demi kemampanan industri pelabuhan. Sebuah kursus Tenaga Pengajar telah dianjurkan di NICE, Northport yang melihatkan penglibatan peserta dari negara-negara ASEAN.

Selain itu, warga Northport turut didedahkan tentang cara-cara pengurusan kewangan yang bijak melalui perbincangan di Speaker’s Corner, sebuah ruang perkongsian ilmu di kalangan warga Northport.

Kualiti modal insan bukan sahaja terletak pada kemahiran yang dimiliki, tetapi juga pada sifat kejujuran dan integriti dalam menjalankan tugas dengan amanah. Hal ini adalah sesuatu yang dipegang Northport sebagai sebuah janji, seperti yang dinyatakan dalam ikrar yang dimeterai oleh wakil Northport baru-baru ini. Ingatlah bahawa kejayaan yang dimiliki melalui usaha yang amanah akan menjanjikan rezeki yang berlipat-ganda dan diredhai.

Rubani Bin DikonKetua Pegawai Eksekutif

EDITORIAL

PENAUNG : Tuan Haji Rubani Bin DikonPENASIHAT : Mohd Azmi Bin Mohd Anis EDITOR : Nur Sheila Shaari BalakrishnaPEREKA GRAFIK : Mohd Amir RidhuanJURUFOTO : Norhelmi Bin Saiddun

PENERBIT : Jabatan Komunikasi Korporat, Northport (Malaysia ) Bhd, Jalan Pelabuhan, Pelabuhan Utara, 42000 Pelabuhan Klang, Selangor Darul Ehsan.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN02

EDARAN DALAMAN SAHAJA ISU 18 / JAN - MAC 2015

w w w . n o r t h p o r t . c o m . m y

Page 3: Pancaran Isu ke 19

NORTHPORT PEROLEH KAPASITIDENGAN PENERIMAAN SERVIS BARUNorthport telah menambah kapasiti perniagaan dengan beberapa rangkaian servis baru yang berlabuh di perairannya sejak awal tahun ini. Pencapaian positif ini adalah petanda keyakinan pelanggan dengan kebolehan Northport untuk memberikan perkhidmatan yang cemerlang di rantau ini.Berikut merupakan senarai servis baru di Northport dari bulan Januari hingga Mac 2015:

Penerimaan servis baru di Northport merupakan peningkatan yang memberangsangkan menjelang pertengahan tahun 2015. Semoga usaha terus dipertingkatkan untuk menarik lebih banyak servis ke Northport dalam meningkatkan kecemerlangan sebagai hub serantau.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN 03

Page 4: Pancaran Isu ke 19

CLS BREAKS RECORD WITH DOUBLE HANDLING OF PANAMAX VESSELS

Conventional Cargo and Logistics Services (CLS) has proved their worth in successfully executing a maiden discharge of 57,400mt of corn, awarded by the 3rd largest grain trader in the world, Louis Dreyfus.

Breaking the previous record held in 2014, the cargo was discharged from a panamax sized vessel, MV Santa Cruz which berthed at Northport’s Wharf 21 on 29th January 2015. The 1st day of the grain discharge from the vessel has recorded 17,000 mt/WWD, with an average over a span of four days of 17,439 mt/WWD, making it the highest productivity rate in 30 years of Northport’s dry bulk terminal history.

Another record breaking opportunity surfaced on 1st February 2015 when Premier Grain’s panamax sized vessel, MV Eastern Mercury berthed at Northport’s Wharf 24 carrying 32,8000 mt of corn for discharge. The simultaneous handling of two panamax sized vessels has etched a new height in Northport’s conventional cargo history.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN04

Page 5: Pancaran Isu ke 19

Sempena sambutan Tahun Baru Cina pada tahun ini, Northport telah menganjurkan sebuah jamuan makan malam bersama para pelanggan dan pihak-pihak berkepentingan pada 26 Februari 2015. Bertempat di Dorsett Grand Subang, majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan Northport kepada para pelanggan yang sentiasa menyokong perjalanan Northport sehingga ke hari ini.

Suasana sesi pertemuan yang santai turut memberi peluang untuk pergaulan yang lebih mesra. Semoga perhubungan perniagaan dan jalinan silaturrahim menjadi lebih erat melalui majlis seperti ini.

JAMUAN MAKAN MALAM SEMPENA TAHUN BARU CINA BERSAMA PARA PELANGGAN

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN 05

Page 6: Pancaran Isu ke 19

NORTHPORT MERAIKAN MEREKA YANG MEMERLUKAN SEMPENA TAHUN BARU CINAMusim perayaan merupakan sebuah hari istimewa di mana ahli keluarga dan sanak-saudara bertemu untuk menyambut hari perayaan bersama. Pertalian kekeluargaan seperti ini tidak dapat dinikmati oleh sesetengah golongan di dalam masyarakat yang tersisih dan sekadar menumpang kasih kepada sesiapa yang sudi membantu dan meluangkan masa.

Sempena perayaan Tahun Baru Cina, Northport telah menziarahi sebuah pusat penjagaan untuk golongan wanita yang mengalami penyakit mental dan mangsa penderaan, iaitu Pusat Cahaya Kesayangan yang terletak di Klang pada 16 Februari 2015. Usaha ini adalah salah satu inisiatif program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang sering diadakan sebagai sumbangan Northport kepada masyarakat sekitar. Barangan keperluan harian serta ‘ang pow’ turut disampaikan kepada 40 warga pusat

jagaan tersebut yang diraikan dengan jamuan serta aktiviti-aktiviti menghiburkan. Semoga cahaya kemeriahan sambutan Tahun Baru Cina turut dirasai oleh mereka yang sering tersingkir daripada pandangan masyarakat.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN06

Page 7: Pancaran Isu ke 19

KURSUS BENGKEL TENAGA PENGAJARSEBUAH PROJEK KEMAMPANAN PEMBANGUNAN PELABUHAN

Sebuah kursus tenaga pengajar telah diadakan selama 5 hari bermula dari 16 hingga 20 Mac 2015. Bertempat di NICE, Northport, kursus ini melihatkan penglibatan 20 orang peserta dari negara-negara ASEAN. Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk menghasilkan tenaga pengajar yang berkeyakinan dan efektif dalam memenuhi keperluan industri pelabuhan di masa hadapan.

Peserta dilatih menggunakan teknik-teknik yang digariskan dalam Projek Kemampanan Pembangunan Pelabuhan dan akan menjadi tenaga pengajar yang diiktiraf setelah berjaya menjalani kursus tersebut, malah bakal mengajar menggunakan kaedah TRAIN-X. Program seperti ini adalah di antara usaha Northport dalam memastikan kemampanan modal insan dan pembangunan industri pelabuhan serta mengukuhkan perhubungan serantau.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN 07

Page 8: Pancaran Isu ke 19

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN08

Page 9: Pancaran Isu ke 19

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

SUNTIKAN SERVIS BARU DI NORTHPORT

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARANNORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN 09

Page 10: Pancaran Isu ke 19

PERASMIAN LATIHAN KEM TAHUNAN SIRI 1/2015

No. 1 Skuadron, Rejimen Pakar Pengendalian Pelabuhan ke 40, Rejimen Askar Jurutera DiRaja (AW) telah pun menjalani latihan kem tahunan siri 1/2015 zon tengah bersama gabungan Rejimen Pakar Pengendalian RAJD (AW) mulai 11 Mac 2015 hingga 25 Mac 2015 yang lalu.

Majlis perasmian pembukaan latihan tersebut telah diadakan pada 12 Mac 2015 yang disempurnakan oleh En. Shamsuri bin Mohd Rashid, Ketua Pegawai Kewangan Northport selaku pegawai tabik hormat untuk perbarisan tersebut. Majlis turut menyaksikan penyerahan sijil penganugerahan pingat kepada anggota

yang telah berkhidmat mengikut kriteria yang telah ditetapkan.

Latihan pada tahun ini merupakan latihan gabungan yang melibatkan rejimen pakar pengendalian dari zon tengah iaitu Rejimen Pakar Pengendalian Pelabuhan ke 40, Rejimen Pakar Pengendalian Kereta Api ke 50, Rejimen Pakar Pengendalian Air ke 60 dan Rejimen Pakar Pengendalian Tenaga Elektrik ke 70.

Beberapa acara gabungan telah dijalankan dan anggota dari Skuadron No. 1 (Northport) telah memenangi beberapa acara seperti johan pertandingan menembak jatuh piring, johan pertandingan kawad kaki, johan pertandingan futsal kategori senior dan juga naib johan pertandingan futsal kategori junior.

Tahniah diucapkan !NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN10

Page 11: Pancaran Isu ke 19

“EaT BEFORE YOU GO SHOPPING”

Di antara intipati penting yang dirangkap adalah seperti berikut:

1. SIMPAN DUIT ANDA *Potong 10 peratus dari gaji dan bayar kepada diri anda terlebih dahulu. *Tingkatkan kepada 30 peratus atau 50 peratus bila keadaan mengizinkan. Ingatlah bahawa sesiapa sahaja boleh melakukannya. *Berbelanja di bawah pendapatan. Hadkan perbelanjaan sehingga 90 peratus sahaja. *Kurangkan beban hutang anda. Jumlah hutang anda harus tidak lebih daripada 50 peratus jumlah pendapatan. *Cari punca pendapatan yang baru. Ceburi apa jua perniagaan yang halal. *Melabur dalam portfolio lain seperti Unit Amanah, Ekuiti dan Hartanah. *Sentiasa membayar zakat, bersedekah dan membuat kebajikan.

2. UBAH SIKAP ANDA *Jika anda fikir anda susah, ada ramai lagi yang lebih susah daripada anda. *Jika anda fikir anda kaya, ada ramai lagi orang yang lebih kaya dari anda. *Jangan salahkan orang lain dan jangan salahkan perkara yang berlaku di masa lampau. *Setiap orang mempunyai masa 24 jam dan peluang yang sama rata. *Jadilah mereka yang 1 peratus dan jangan ikut 99 peratus selebihnya. *Jangan kata TIDAK selagi belum mencuba.

PENGURUSAN PERBELANJAAN UNTUK KEWANGAN YANG LESTARISatu sesi ‘Speaker’s Corner’ telah diadakan pada 6 Mac 2015 dengan perkongsian sebuah topik menarik dan bermanfaat, iaitu ‘Eat Before You Go Shopping’ (Makan Sebelum Anda Pergi Membeli-belah). Perbentangan yang telah disampaikan oleh Ir. Zai bin Abas, Ketua Bahagian Fasiliti memberi perincian tentang pengurusan perbelanjaan untuk mencapai kelestarian kewangan (financial sustainability).

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN 11

Page 12: Pancaran Isu ke 19

KEJOHANAN SUKAN DALAMAN KSRNAcara Kejohanan Sukan Dalaman (Indoor Games) telah dianjurkan dengan jayanya oleh Kelab Sukan & Rekreasi (KSRN) pada 28 Februari 2015. Acara seperti ini menggalakkan kecerdasan mental dan fizikal serta persaingan sihat melalui aktiviti bersukan. Pelbagai acara telah dianjurkan seperti pertandingan gusti lengan, balingan dart beregu serta karom yang telah mendapat sambutan yang menggalakkan serta mewujudkan interaksi positif di kalangan warga kerja Northport. Inisiatif seperti ini harus dijadikan suatu usaha yang berterusan di masa hadapan.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN12 NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 13: Pancaran Isu ke 19

SEHARI DALAM KEHIDUPAN SEORANG PENYELIA GUDANGSetiap tugasan di pelabuhan adalah penting dan saling memerlukan dalam memastikan perjalanan sebuah operasi yang lancar dan efisien. Pelbagai cabaran harus dihadapi untuk mengurangkan kos, meningkatkan kepantasan dan menilai keuntungan. Ketiga-tiga objektif ini boleh dicapai melalui pengurusan gudang yang berkesan. Di sinilah tugasan seorang penyelia gudang memainkan peranan yang penting.

Jamsari bin Tawil, 46, merupakan seorang penyelia gudang, atau lebih dikenali sebagai penyelia depot di Northport. Berpengalaman selama 15 tahun, beliau mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang operasi harian di gudang Northport. Setiap hari beliau harus memastikan bahawa gudang berada di dalam keadaan yang baik serta jumlah kontraktor yang diperlukan untuk tugasan pada hari tertentu adalah mencukupi. Beliau juga harus memastikan bahawa kontena yang dipohon oleh para penyewa adalah kepunyaan mereka sendiri. Setiap pekerjaan ada risikonya. Dalam bidang kerja beliau, Jamsari harus berhati-hati dalam menjalankan tugas. Sebarang kesilapan dalam menjaga akaun boleh melibatkan kos yang tinggi. Beliau harus memastikan tiada penyelewengan yang berlaku di pihak penyewa untuk mengelakkan kerugian kepada syarikat. Sebarang kerosakan pada kontena juga harus dipantau dan dilaporkan segera.

“Pekerjaan ini memerlukan kepekaan dan saya tidak boleh melakukan tugas saya dengan hanya duduk di pejabat.Saya harus turun padang untuk melihat sendiri apa jua yang berlaku di dalam gudang untuk mengelakkan perkara-perkara yang

tidak diingini berlaku.,”kata Jamsari.

Beliau juga menambah bahawa adalah penting bagi mempercayai naluri apabila berdepan dengan situasi yang mencurigakan. Barang – barang terlarang kadangkala diseludup oleh pihak yang tidak bertanggunjawab tanpa disedari apabila disorok di kalangan barangan runcit, maka harus sentiasa peka dalam memeriksa setiap kontena yang tiba di gudang. Bagi Jamsari, kepuasan beliau dalam menjalankan tugas adalah apabila sebarang tugasan dapat dilakukan sebaik mungkin dalam keadaan yang selamat. “Setiap pagi ketika memberikan taklimat kepada warga kerja di gudang, saya sentiasa menekankan kepentingan aspek keselamatan untuk mewujudkan budaya ‘kemalangan sifar’ sebagai sesuatu yang perlu diutamakan,” ujar beliau.

Seorang penyelia gudang adalah salah satu komponen penting dalam pengurusan sesebuahpelabuhan, dan sikap menjalankan tugas dengan ikhlas dan berdedikasi merupakan nadi kemajuan Syarikat.

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN 13NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Page 14: Pancaran Isu ke 19

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN14

BAHAN RAMUAN (untuk membuat 220 biji)

Pastri / bakul

• 1 ketul mentega jenama ‘Anchor’ dan 1 ketul mentega jenama ‘Buttercup’ • 3 biji kuning telur • 700 g tepung jenama ‘Cap Sauh’ • 100 g gula yang dikisar halus • Pewarna kuning telur Jem Nenas • 5 biji nenas jenis ’Morris’ saiz AAA (bersaiz besar) • 1kg gula kasar • 3 biji limau nipis – kulit sahaja

CARA-CARA

Pastri / bakul

• Mentega dikisar bersama gula halus sehingga sebati (berwarna keputihan) dan gebu. • Masukkan 3 biji kuning telur dan putarkan sehingga sebati. • Kemudian, masukkan tepung dan buat adunan. • Adunan yang siap sedia untuk ditekap dengan acuan tart/ acuan samperit (tart gulung). • Pewarna kuning telur disapu atas permukaan tart yang siap digulung berinti jem. • Bakar pada suhu 180 C selama 15 – 18 minit.

Jem Nenas

• Gunakan nenas jenis ’Morris’ sahaja • Kupas nenas. • Parut dengan pemarut kelapa. Boleh menggunakan mesin tetapi hasilnya mungkin terlalu halus. • Tapis dan buangkan air parutan. • Masukkan dalam periuk, campurkan gula dan masak dengan api kecil dan kacau selalu supaya tidak hangit – masak sehingga jem menjadi cukup kering.

RESEPI TART FAMOUS IR. ZAI

Resepi Sumbangan :Ir. Zai bin AbasKetua, Bahagian Fasiliti Northport

Page 15: Pancaran Isu ke 19

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

PERADUAN

SILANG KATA

1.

1.

4.

4. 3.

3. 2.

2.

Nollia bt Ayob132605

Jabatan Polis Pelabuhan

Ahmad Shafawi b. Mohamed301445

CLS-Depot 1

Pannis Selvam a/l Velautha

131821Marine

Mohd Rustam b. Sulaiman

300190Jabatan Perkhidmatan

Kontena

Siti Khairuliza Abdul Mukmin300534

Tender & Vendor Management,

Corporate Services

PEMENANG SILANG KATA SIRI KE 18

Tahniah kepada para pemenang !!!

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN 15

Melintang

1. Peraturan yang boleh menghentikan tabiat berlengah.2. Kursus Bengkel Tenaga Pengajar melihatkan penglibatan peserta dari negara _______.3. Resipi tart pilihan yang dipaparkan pada edisi kali ini.4. Penyelia gudang juga dikenali sebagai penyelia ______.

Ke Bawah

1. Acara Kejohanan Sukan Dalaman telah dianjurkan oleh _______.2. Jumlah servis baru di Northport sepanjang bulan Januari hingga Mac 2015.3. Jumlah dasar utama pencegahan rasuah yang digunakan kumpulan NCB.4. Dalam Nukilan Bicara oleh CEO, kualiti modal insan bukan sahaja terletak pada kemahiran yang dimiliki, tetapi juga pada sifat kejujuran dan integriti dalam menjalankan tugas dengan________.

Tekaan yang tepat bakal memenangi hadiah misteri. Sila hantarkan borang peraduan sebelum 22 Jun 2015 ke :

Jabatan Komunikasi Korporat, Tingkat 2, Northport A, U/P : Syazmir*Terbuka kepada semua warga Northport serta ahli keluarga.

Page 16: Pancaran Isu ke 19

IKRAR INTEGRITI KORPORATNORTHPORT (MALAYSIA) BHD

NORTHPORT Malaysia’s World Port / PANCARAN

Mengiktiraf bahawa :a) Prinsip-Prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat Di Malaysia, sebagaimana ianya boleh dipinda atau disemak dari masa ke semasa, adalah merupakan prinsip-prinsip di mana syarikat-syarikat di malaysia perlu memberikan komitmen untuk mempromosikan integriti, ketelusan dan tadbir urus terbaik dalam semua aspek operasinya.

b) Untuk menjalankan perniagaan yang bebas daripada rasuah, sejajar dengan Prinsip-Prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat di Malaysia bagi menjaga kepentingan Syarikat dan pemegang sahamnya, di mana rasuah boleh memusnahkan nilai pegangan saham, menjejaskan keyakinan para pelabur dan menghalang perkembangan mampan Syarikat.

Bahawasanya kami, seluruh warga kerja NORTHPORT (MALAYSIA) BHD berikrar:a) tidak akan saman ada secara sendiri atau wakil atau melalui mana-mana ejen melakukan apa-apa kesalahan rasuah atau sebarang bentuk penyelewengan di bawah manan-mana peruntukan undang- undang, termasuk tetapi tidak terhad kepada Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 atau Kanun Keseksaan.

b) tidak akan menjalankan apap-apa amalan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang memerlukan atau menggalakkan mana-mana pekerja, wakil atau ejen untuk melakukan sebarang bentuk kesalahan rasuah,

c) akan bersama-sama dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan, agensi kawal selia dan agensi penguatkuasaan undang-undang bagi mewujudkan persekitaran perniagaan yang bebas daripada rasuah.

d) akan mendukung Prinsip-Prinsip Pencegahan Rasuah Badan Korporat Di Malaysia dalam menjalankan perniagaan dan interaksi dengan pelanggan, rakan kongsi perniagaan, dan agensi Kerajaan, dan

e) akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang melakukan perbuatan yang boleh menggugat integriti serta menjatuhkan imej Syarikat.