Isu-Isu Dalam perlembagaan

30
1.0 PENDAHULUAN Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintah negeri. Manakala dari sudut istilah pula bererti satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan undang-undang dasar (tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan bagi semua individu. 1 Perlembagaan sangat penting terutamanya kepada pemerintahan dan pentadbiran negara serta memastikan keadilan dan kesaksamaan bagi semua individu. Perlembagaan sangat penting kepada sesebuah negara terutamanya kepada aspek pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Hal ini adalah untuk memastikan keadilan dan kesaksamaan bagi semua pihak. Perlembagaan digubal sebagai satu pedoman dan garis panduan kepada corak pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara. Secara tidak langsung, perlembagaan turut memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan telah memastikan segala urusan yang membabaitkan undang-undang tidak membebankan atau menganiaya rakyat kerana kebiasaannya perlembagaan tercipta hasil daripada persetujuan serta pandangan warganegara itu sendiri. Maka wajarlah di Malaysia, perlembagaan merupakan undang-undang tertinggi negara. Di negara kita, perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan dan perlaksanaan dasar dan undang-undang. Ia juga turut berperanan dalam memperkasakan hubungan baik antara etnik di Malaysia. Perkara-perkara seperti agama, bahasa, kewarganegaraan dan hak keistimewaan bumiputera telah menjadi punca keuntuhan hubungan etnik di Malaysia. Namun begitu, dalam mencapai keharmonian dan kesepakatan daripada pelbagai etnik bagi mendapat persetujuan ketika 1 Kamus Dewan Edisi Keempat. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 788 1 | Page

Transcript of Isu-Isu Dalam perlembagaan

Page 1: Isu-Isu Dalam perlembagaan

1.0 PENDAHULUAN

Perlembagaan dari sudut bahasa didefinisikan sebagai dasar pemerintah negeri. Manakala dari

sudut istilah pula bererti satu dokumen yang mengandungi semua susunan peraturan dan

undang-undang dasar (tertinggi) yang penting dalam melicinkan pemerintahan kesaksamaan

bagi semua individu.1 Perlembagaan sangat penting terutamanya kepada pemerintahan dan

pentadbiran negara serta memastikan keadilan dan kesaksamaan bagi semua individu.

Perlembagaan sangat penting kepada sesebuah negara terutamanya kepada aspek

pemerintahan dan pentadbiran sesebuah negara. Hal ini adalah untuk memastikan keadilan

dan kesaksamaan bagi semua pihak.

Perlembagaan digubal sebagai satu pedoman dan garis panduan kepada corak

pemerintahan, sistem politik dan pentadbiran negara. Secara tidak langsung, perlembagaan

turut memberi jaminan perlindungan kepada rakyat. Perlembagaan telah memastikan segala

urusan yang membabaitkan undang-undang tidak membebankan atau menganiaya rakyat

kerana kebiasaannya perlembagaan tercipta hasil daripada persetujuan serta pandangan

warganegara itu sendiri. Maka wajarlah di Malaysia, perlembagaan merupakan undang-undang

tertinggi negara.

Di negara kita, perlembagaan persekutuan menjadi tunjang kepada segala perencanaan

dan perlaksanaan dasar dan undang-undang. Ia juga turut berperanan dalam memperkasakan

hubungan baik antara etnik di Malaysia. Perkara-perkara seperti agama, bahasa,

kewarganegaraan dan hak keistimewaan bumiputera telah menjadi punca keuntuhan hubungan

etnik di Malaysia. Namun begitu, dalam mencapai keharmonian dan kesepakatan daripada

pelbagai etnik bagi mendapat persetujuan ketika menggubal perlembagaan, pelbagai cabaran

telah dihadapi oleh masyarakat di Malaysia.

2.0 SEJARAH TERBENTUKNYA PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN MALAYSIA

Asas Perlembagaan Persekutuan Malaysia ialah Perlembagaan persekutuan Tanah

Melayu. Tunku Abdul Rahman telah terpilih sebagai Ketua Menteri Pertama setelah memenangi

pilihanraya pertama pada tahun 1955. Penggubalan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

merupakan langkah pertama ke arah membentuk kerajaan sendiri selepas British bersetuju

memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada tahun 1956. Beliau telah mengetuai

rombongan ke London untuk membincangkan soal penggubalan Perlembagaan Persekutuan

dan merundingkan tarikh kemerdekaan untuk Negara.

1 Kamus Dewan Edisi Keempat. 2002. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, hlm. 788

1 | P a g e

Page 2: Isu-Isu Dalam perlembagaan

Pada Mac 1956, satu Suruhanjaya Perlembagaan telah diketuai oleh Lord Reid telah

ditubuhkan untuk merangka dan meneliti Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.

Suruhanjaya tersebut telah mendapatkan pandangan parti-parti politik, persatuan-persatuan

bukan politik dan individu tentang bentuk negara dan bangsa bagi negara ini. Dalam proses

rundingan itu, satu memorandum daripada parti Perikatan telah mendapat keutamaan.

Memorandum berkenaan dikenali sebagai Pakatan Murni, iaitu persetujuan secara bertolak

ansur demi kepentingan bersama serta persetujuaan menghormati hak-hak orang lain,

menyentuh lima perkara utama iaitu kedudukan Raja-Raja Melayu, kedudukan agama Islam,

kedudukan Bahasa Melayu, kedudukan istimewa orang Melayu dan kerakyatan sama rata.

Perlembagaan yang digubal Suruhanjaya Reid ini diiktiraf Jawatankuasa Kerja sebagai

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu mulai tarikh kemerdekaan negara iaitu pada 31

Ogos 1957. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Persekutuan Tanah Melayu pada tahun

1963, beberapa peruntukan Perlembagaan Persekutuan telah dipinda dan nama negara ditukar

kepada Malaysia.

3.0 CABARAN-CABARAN DALAM PERLEMBAGAAN MALAYSIA YANG TELAH

DIPERSETUJUI BERSAMA

Kontrak Sosial

Menyentuh soal perkara yang telah dipersetujui bersama dalam perlembagaan Malaysia , isu

yang tidak boleh dikesampingkan ialah kontrak sosial. Kontrak sosial merujuk kepada

persepakatan antara Melayu dan bukan Melayu dalam memelihara kepentingan bangsa

masing-masing dan kemudian menjadi asas merangka Persekutuan Tanah Melayu yang

merdeka2. Secara lebih spesifik, kontrak sosial ini merujuk kepada persetujuan dalam kalangan

pemimpin moderat dalam UMNO, MCA dan MIC berkait soal agama, bahasa,

kewarganegaraan dan kedudukan hak-hak istimewa orang Melayu yang merupakan penduduk

pribumi negara ini dalam perlembagaan Malaysia3.

Perjuangan nasionalisme Melayu yang menentang Malayan Union sepanjang 1946 yang

menghakis kuasa, kedudukan dan kedaulatan sultan serta menentang pemberian longgar

kewarganegaraan berdasarkan prinsip jus soli kepada penduduk Tanah Melayu menunjukkan

semangat cinta akan tanah air yang kuat dalam kalangan nasionalisme Melayu. Namun, imigrin

2 http://ms.wikipedia.org/wiki/Kontrak_sosial_%28Malaysia%293 Chamil Wariya, Asas Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur : Media Global Matrik, 2010. Hlmn. 47

2 | P a g e

Page 3: Isu-Isu Dalam perlembagaan

Cina dan India yang mahu menetap di Tanah Melayu mencabar pendirian nasionalisme Melayu

ini. Bagi kaum Cina dan India yang lahir di Tanah Melayu, mereka menganggap Tanah Melayu

merupakan leluhur mereka, tetapi mereka tidak mengetepikan jati diri mereka sebagai orang

Cina dan India.

Orang Cina dan India menuntut kewarganegaraan Tanah Melayu tetapi mereka masih

mempersoalkan pemberian hak istimewa kepada orang Melayu dan masih keberatan untuk

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan agama Islam sebagai agama

rasmi negara. Bagi mereka, Hak Istimewa Orang Melayu dilihat bercanggah dengan demokrasi

serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan menyebabkan bahasa ibunda mereka

diketepikan.

Dalam kalangan pemimpin Melayu dan bukan Melayu pada ketika itu mencari jalan

mendamaikan kepentingan-kepentingan bertentangan supaya matlamat untuk mengecapi

kemerdekaan di Tanah Melayu akan tercapai. Pihak Inggeris sudah menetapkan bahawa

sekiranya Tanah Melayu ingin menjadi sebuah negara yang merdeka, maka penduduk Melayu

dan bukan Melayu hendaklah mengadakan kerjasama politik. Hal ini bermakna, setiap kaum

harus bertolak ansur antara satu sama lain untuk mengecapi kemerdekaan ini. Dalam kalangan

pemimpin-pemimpin UMNO, MCA dan MIC sedar bahawa tuntutan-tuntutan ini hanya boleh

diselesaikan sekiranya wujud dialog dan rundingan meja bulat. Parti Perikatan yang merupakan

gabungan ketiga-tiga kompenan parti utama pelbagai kaum ini merupakan landasan terbaik

untuk merealisasikan hasrat mencapai kemerdekaan memandangkan parti Perikatan ini telah

menang besar dalam pilihan raya Persekutuan 1955.

UMNO di bawah Tun Abdul Rahman dan MCA di bawah Tun Tan Cheng Lock sepakat

untuk menghasilkan satu persefahaman untuk mewujudkan kontrak sosial. Tolak ansur dalam

kontrak sosial ini bermula dengan keputusan UMNO yang mengubah pendirian dalam

pemberian kewarganegaraan kepada penduduk imigran bukan melayu seperti mana yang telah

dipersetujui dalam Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu sebelum ini. Dalam Perjanjian

Persekutuan Tanah Melayu, orang Melayu yang tinggal menjadi rakyat Raja-Raja Melayu dan

rakyat British di negeri-negeri Selat secara automatik menjadi warganegara persekutuan.

Namun , bagi kaum imigran yang ingin menjadi penduduk Tanah Melayu, mereka perlu

memenuhi syarat kewarganegaraan yang lebih ketat dan bukannya berdasarkan prinsip jus soli.

Namun, selepas kemenangan dalam pilihan raya Persekutuan 1955, Parti Perikatan telah

menilai semula perjanjian ini dan mewujudkan kesefahaman baru yang memberi syarat

3 | P a g e

Page 4: Isu-Isu Dalam perlembagaan

kewarganegaraan yang baru dengan menyatakan bahawa kewarganegaraan tidak hanya

terbatas kepada rakyat Raja-raja Melayu sahaja tetapi kepada sesiapa yang lahir dan

bermastautin di Tanah Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga

telah dipersetujui tanpa meminggirkan bahasa lain yang boleh digunakan untuk pembangunan

kaum-kaum tersebut tetapi mengkehendaki bahasa Melayu menjadi salah satu mata pelajaran

wajib di setiap sekolah dan kurikulum pembelajaran mestilah berasaskan tanah melayu.

Persepakatan ini kemudian telah dipanjangkan kepada Suruhanjaya Reid yang diberi

tugas untuk merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. Anggota Suruhanjaya Reid

dianggotai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jennings, yang dilantik oleh kerajaan United Kingdom, Sir

William Mckell yang dilantik kerajaan Australia, Mr. B. Malik yang dilantik kerajaan India dan Mr.

Justice Abdul Hamid yang dilantik oleh kerajaan Pakistan. Perlantikan mereka telah dipersetujui

oleh DYMM Ratu United Kingdom dan DYMM Raja-raja Melayu4. Apa yang dipersetujui dalam

rundingan tiga pihak ini diterima oleh parlimen Inggeris dan termaktub dalam Perlembagaan

Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Akhirnya, kontrak sosial ini telah diterima

pakai dalam penubuhan Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963 yang kekal sehingga

ke hari ini.

Tidak dapat dinafikan, bahawa masih terdapat tentangan dalam perlaksanaan kontrak

sosial ini sehingga ke hari ini. Ada sesetengah pihak yang mempersoalkan persetujuan dalam

kontrak sosial ini. Mereka mahukan kontrak sosial ini dirunding semula kerana mereka katakana

bahawa kontrak sosial ini berat sebelah dan member keutamaan kepada kaum Melayu

berbanding kaum Cina dan India. Oleh itu, timbul pelbagai propaganda yang boleh

menghancurkan keharmonian negara sekiranya isu ini tidak dipandang secara serius. Maka,

cabaran-cabaran yang timbul selepas wujudnya perlembagaan perlu diperhalusi dan dicari jalan

penyelesaian supaya isu ini tidak mengundang malapetaka kepada negara seperti mana

terjadinya peristiwa 13 Mei 1969.

3.1 Cabaran dalam Hak Istimewa Melayu dan Bumiputera

3.1.1 Cabaran daripada Malaysian Chinese Association (MCA) 1958

Dari masa ke semasa, kontrak sosial yang telah dipersetujui sebelum

kemerdekaan sering dipersoalkan terutama kontrak sosial yang melibatkan pemberian

keistimewaan kepada orang Melayu dan bumiputera. Dalam kalangan bukan Melayu,

4 En Zainur Zakaria Perhimpunan Melayu Perak 2010

4 | P a g e

Page 5: Isu-Isu Dalam perlembagaan

mereka tidak dapat menerima pemberian hak-hak ini kepada orang Melayu yang

dianggap sebagai satu pembahagian yang tidak adil. Mereka mencadangkan agar

kontrak sosial 1957 ini dikaji semula dengan mengambil kira senario politik yang kian

berubah selepas lebih 50 tahun mengecapi kemerdekaan.

Cabaran awal terhadap ketuanan Melayu dapat dilihat ialah sekitar Pilihan Raya Umum

1959. Cabaran ini datangnya dari Malaysian Chinese Association (MCA) yang bertukar

kepimpinan. Pada pemilihan MCA pada Mac 1958, Dr. Lim Chong Eu telah dipilih

sebagai presiden MCA mengalahkan Tun Tan Cheng Lock 5. Dr. Lim dianggap radikal

dalam memperjuangkan kepentingan orang Cina. Diane K Mauzy yang merupakan

antara jawatankuasa baru MCA di bawah pimpinan Dr. Lim telah mengeluarkan sebuah

buku yang bertajuk Barisan Nasional, Coalition Government in Malaysia berjaya

mempengaruhi kepimpinan MCA untuk mengkaji semula apa yang telah dipersetujui

oleh parti itu sewaktu menuntut kemerdekaan 6. Secara lebih khusus, mereka mahu

agar dasar berkaitan bahasa dan pendidikan disemak semula dan menuntut agar dasar

yang memberikan keistimewaan kepada orang Melayu dikaji semula. Segala tuntutan ini

sebenarnya mencabar UMNO yang pada masa itu merupakan parti utama dalam

Perikatan yang rata-ratanya dianggotai oleh orang Melayu.

Dr. Lim yang taksub memperjuangkan kepentingan bangsanya, telah menulis sepucuk

surat yang rahsia kepada Tunku Abdul Rahman yang meminta agar dasar-dasar bahasa

dan pendidikan dikaji semula disamping menuntut agar parti MCA diberi 40 kerusi dalam

pilihanraya 1959. Namun, belum pun rundingan ini dibincangkan, Dr. Lim telah

membocorkan surat rahsia ini kepada akhbar dan perbuatan Dr Lim ini menyebabkan

Tunku Abdul Rahman berang kerana mendedahkan tuntutan ini kepada umum dan

menunjukkan bahawa surat tersebut merupakan bukti niat MCA untuk keluar dari

Perikatan. Perbuatan Dr. Lim ini menyebabkan beliau dipecat sebagai presiden MCA

apabila cadangan Tunku Abdul Rahman supaya semua golongan radikal dalam MCA

dipecat. Beliau bertindak keluar parti pada tahun 1961 dan menubuhkan parti United

Democratic Party (UDP).

5 Chamil Wariya, Asas Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur : Media Global Matrik, 2010. Hlmn. 99

6 Chamil Wariya, Asas Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur : Media Global Matrik, 2010. Hlmn. 99

5 | P a g e

Page 6: Isu-Isu Dalam perlembagaan

Tindakan Dr Lim dan sekutunya merupakan antara penentangan awal yang

berlaku terhadap kontrak sosial dan ketuanan melayu yang telah dipersetujui bersama.

Perkara ini akan mengundang ketidakpuasan hati dalam kalangan Melayu yang lantang

untuk mempertahankan hak dan keistimewaan yang diberikan kepada orang Melayu

sebagaimana yang telah dipersetuji. Tindakan Dr. Lim ini tidak wajar memandangkan

Tanah Melayu itu di diami oleh pelbagai kaum dan majoritinya kaum Melayu yang

menjadi penduduk asal Tanah Melayu.

Secara konklusinya, Dr Lim dilihat sebagai individu yang terlalu mementingkan

hak kaumnya. Beliau melihat negara ini sebagai satu medan untuk merampas tampuk

kepimpinan daripada pemerintah. Sifat radikal yang dipertontonkan menggambarkan

niat buruk Dr. Lim yang ingin memecah belahkan perpaduan yang dibina. Beliau masih

tidak memahami Perkara 153 dalam perlembagaan yang membicarakan soal Hak-hak

Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera dengan tajuk Perezapan quota mengenai

perkhidmatan awam, permit dsb untuk orang-orang Melayu. Perkara 153(1)

menjelaskan bahawa “adalah menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong

memelihara kedudukan orang Melayu dan Bumiputera di mana-mana negeri Sabah dan

Serawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan ini” 7.

Dr Lim perlu memahami perkara 153 ini yang menyatakan hak istimewa orang

Melayu di bawah bidang Kuasa Yang di-Pertuan Agong. Dr Lim yang cuba mempertikai

perkara ini seolah-olah bertindak biadap dan derhaka kepada sultan yang menjadi

penaung kepada orang Melayu. Tindakan pemecatan beliau daripada parti MCA yang

bergabung dengan kerajaan untuk membina kerajaan adalah wajar supaya benih-benih

radikalisme tidak dapat disemai.

7 Chamil Wariya, Asas Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur : Media Global Matrik, 2010. Hlmn. 99

6 | P a g e

Page 7: Isu-Isu Dalam perlembagaan

3.1.2 Cabaran daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan)

Isu hak istimewa orang Melayu ini diisytihar sebagai isu sensitif yang tidak harus

dibagkitkan sebagaimana yang termaktub dalam Akta Hasutan 19718 tetapi sampai

sekarang perkara ini terus dibangkitkan secara senyap atau terang-terangan.

Berita Harian 1 September 2004 melaporkan tindakan Parti Gerakan Rakyat

Malaysia (Gerakan) yang mengemukakan usul mendesak kerajaan mempercepatkan

pemansuhan kategori Bumiputera dan bukan Bumiputera di dalam negara. Alasan

bahagian Gerakan ini kononnya untuk membentuk negara yang adil dan saksama tanpa

mengira kaum. Bagi Gerakan, mereka menganggap pemansuhan ini merupakan satu

usaha murni kerana ingin melahirkan satu bangsa Malaysia tanpa mengira mereka

adalah Cina, Melayu, India, Dayak, Kadazan, Iban dan sebagainya.

Apabila usul ini diselami, perbuatan ini sebenarnya cuba mempersoalkan hak

istimewa orang Melayu. Mengikut pandangan kumpulan ini, dengan mewujudkan

kategori yang membeza-bezakan antara Bumiputera dan bukan Bumiputera, selagi

itulah usaha untuk menyatupadukan rakyat berbilang kaum negara ini tidak akan

berkesan dan terus menghadapi kesulitan. Menurut Parti Gerakan , perpaduan yang

diinginkan hanya akan wujud sekiranya rakyat Malaysia menikmati peluang yang sama

dalam segala kegiatan seperti ekonomi yang merangkumi perniagaan, perdagangan,

dan perindustrian.

Tindakan Parti Gerakan ini telah mencabar Perkara 153 yang termaktub dalam

perlembagaan yang memberi hak dan keistimewaan kepada orang Melayu dalam

beberapa bidang. Contohnya, Perkara 153 (6) menjelaskan “ jika sesuatu permit atau

lesen untuk menjalankan apa-apa tret atau perniagaan adalah dikehendaki oleh undang-

undang persekutuan yang ada, maka Yanag di-Pertuan boleh menjalankan tugas-tugas

dibawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau member apa-apa arahan am

kepada mana-mana pihak berkuasa yang bertanggungjawab di bawah undang-undang

di atas pemberian lesen dan permit itu, sebagaimana yang dikehendaki bagi

menentukan perezapan apa-apa kadar mengenai permit dan lesen itu untuk orang

Melayu dan bumiputera mana-mana negeri Sabah dan Serawak sebagaimana yang

8 Akta Hasutan 1948 merupakan suatu akta undang-undang di Malaysia yang digubal untuk menghalang perbincangan yang dikatakan sebagai menghasut. Akta ini sebenarnya digubal oleh penjajah British pada tahun 1948. Akta ini menjadikan ucapan yang "mempunyai kecenderungan menghasut" sebagai suatu kesalahan jenayah.

7 | P a g e

Page 8: Isu-Isu Dalam perlembagaan

difikirkan patut oleh Yang di-Pertuan Agong dan pihak berkuasa hendaklah mematuhi

arahan itu dengan sempurna” 9.

153(6) ini menjelaskan bahawa kuasa dalam menentukan pembahagian dalam

ekonomi orang Melayu tertakluk kepada kuasa Yang di-Pertuan Agong dan semua pihak

tidak boleh mempertikaikannya. Hak istimemewa orang Melayu berada di bawah bidang

kuasa Yang di-Pertuan Agong dan tindakan Parti Gerakan yang mempertikai hak

eksklusif orang Melayu ini telah mencabar kedudukan Sultan sebagai ketua kepada

orang Melayu.

Pertikaian ini bagaimanapun telah senyap seketika apabila Presiden Gerakan

iaitu Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik meminta ahli Gerakan memahami apa yang

terkandung dalam Perlembagaan dan menghormati hak istimewa orang Melayu. Beliau

menyatakan penting bagi setiap kaum Cina untuk menghormati hak istimewa ini kerana

kedudukan ekonomi orang Melayu belum mantap dan ketinggalan berbanding

pencapaian kaum bukan bumiputera. Walaupun nasihat daripada Presiden ini seolah-

olah meredakan seketika keadaan dan desakan kaum Cina, tetapi sebenarnya isu ini

akan terus dibangkitkan mereka kerana selagi hak ini kekal dinikmati mereka, hasrat

untuk memerintah negara ini akan terus terkubur.

3.1.3 Peristiwa Rusuhan Kaum 1964 Malaysia-Singapura dan Perkara 153

Punca 13 Mei adalah cukup mudah iaitu sikap kaum Cina terhadap Perkara 153

Perlembagaan Malaysia . Amnya kaum Cina tersangat benci kepada Perkara 153. Bagi

masyarakat Cina Perkara 153 meletakkan bangsa Melayu yang mereka pandang

rendah dalam segala aspek di satu aras tinggi yang tidak wajar kerana Perkara 153

bukan setakat mengisytiharkan ketuanan bangsa Melayu ke atas bumi Malaysia, bahkan

menjamin kedudukan itu.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberikan tanggungjawab kepada Yang

di-Pertuan Agong menjaga hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi Malaysia,

secara kumpulannya dirujuk sebagai Bumiputra. Perkara ini mengspesifikkan

bagaimana kerajaan pusat melindungi kepentingan kumpulan-kumpulan ini dengan

mendirikan kuota kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan

9 Chamil Wariya, Asas Pembinaan Negara Bangsa, Kuala Lumpur : Media Global Matrik, 2010. Hlmn. 90

8 | P a g e

Page 9: Isu-Isu Dalam perlembagaan

awam. Ia juga biasanya dianggap sebagai sebahagian daripada sosial kontrak, dan

biasanya dikatakan sebagai pertahanan legal bagi ketuanan Melayu — kepercayaan

orang Melayu bahawa mereka adalah tuan Malaysia.

Sebutlah apa perbalahan kaum antara Melayu dengan Cina, baik di Sungai

Manek, Batu Pahat Rusuhan Maulud Nabi di Singapura dalam tahun 1964 , dengan

kemuncaknya pada 13 Mei di Kuala Lumpur; atau carilah punca terbakarnya semangat

cauvanis dan ethno-centric Cina yang diklimakskan dengan Operasi Lalang — Perkara

153 Perlembangaan Malaysia adalah puncanya cuma, kaum China tidak berani berterus

terang menyebutnya tetapi menyerang secara sipi.

Antara punca berlakunya peristiwa pada tahun 1964, ialah Sentimen perkauman

di Singapura dibangkitkan melalui berbagai cara. Pada 12hb.Julai 1964, UMNO

mengadakan persidangan yang disertai oleh lebih kurang 150 organisasi Melayu di

Singapura. Persidangan itu dipengerusikan oleh Syed Jaafar Albar, Setiausaha Agong

UMNO di Malaya. Beliau telah membuat kesimpulan bahawa orang-orang Melayu di

Singapura tidak mendapat layanan yang adil dari kerajaan PAP memandangkan mereka

dilihat tidak berkembang maju dari segi material. Beliau telah menggesa orang-orang

Melayu supaya bersatu bagi menghadapi layanan yang tidak adil ini. Utusan Melayu,

akhbar Melayu di Malaya, yang dimiliki oleh ahli-ahli UMNO yang terkemuka, juga sering

menyuarakan pendirian yang sama di dalam penerbitan mereka, dan ia telah menuduh

PAP sebagai menghina dan cuba untuk memecahbelahkan masyarakat Melayu di

Singapura 10. 

Tidak mudah bagi Tunku Abdul Rahman untuk mengawal pertambahan elemen-

elemen perkauman di dalam UMNO kerana beliau akan dilihat sebagai tidak menjaga

kepentingan orang-orang Melayu. Sebelum itu saban hari terdapat tuduhan-tuduhan dari

Indonesia yang mengatakan bahawa beliau telah menjual bangsa Melayu kepada

saudagar-saudagar Cina dan India di Malaysia. Selepas rusuhan kaum, Tunku memberi

pendapat bahawa ianya disebabkan oleh pengabaian yang terlalu lama orang-orang

Melayu Singapura, dengan merujuk perkara berikut sebagai contoh, orang-orang

melayu telah dipaksa keluar dari rumah-rumah milik mereka untuk memberi jalan

kepada pembangunan rumah-rumah pangsa baru dan lain-lain.' 

10 MM (2001) Rusuhan Kaum 1964 Malaysia-Singapura : http://lamankm2b.tripod.com/cgi-bin/m/KM2A1/4564.html

9 | P a g e

Page 10: Isu-Isu Dalam perlembagaan

MCA, parti komponen pemerintah di Malaysia turut menyumbang ke arah

kebangkitan suasana perkauman. Menterinya di dalam kerajaan, Khaw Kai Boh, yang

merupakan Menteri Kerajaan Tempatan dan perumahan, sebagai contohnya,

mendakwa bahawa kemajuan Singapura adalah dikhaskan untuk orang-orang Cina, dan

beliau bercakap tentang Cauvinis Cina di Singapura. Pendirian PAP adalah orang-orang

Melayu perlu meningkatkan tahap pendidikan mereka bagi membaiki kedudukan

ekonomi mereka. Tiada layanan istimewa, selain dari yang diperuntukkan di dalam

perlembagaan Singapura, yang dibayangkan. Tindakan ini diambil oleh PAP

memandangkan kaum Cina merupakan majoriti kaum yang tinggal di Singapura. Mereka

beranggapan hanya kaum cina layak untuk tinggal dan mendapat keistimewaan di

Singapura.

Parti PAP dibawah pimpinan Lee Kuan Yew pada 27 April 1965 telah

mengadakan satu konvensyen untuk membentuk United Opposition Front yang

memperjuangkan Malaysia Malaysian yang memberi hak sama rata kepada semua

kaum tidak kira dalam bidang ekonomi ataupun bidang-bidang lain. Secara manisnya,

slogan ini dilihat sebagai satu ungkapan yang manis, sebaliknya ia merupakan satu

cubaan untuk menafikan hak dan keistimewaan orang Melayu sepertimana yang

terkandung dalam Perkara 153.

Pada 9 Mei 1965, sekali lagi PAP telah menjalankan satu konvensyen

Perpaduan Malaysia yang semakin menyatukan orang Cina untuk terus memusuhi

orang Melayu. Tindakan Lee Kuan Yew ini tidak disenangi UMNO terutama Jaafar Albar

dan pemimpin MCA iaitu Tan Siew Sin dan Senator T.H Tan Mencadangkan perpisahan

Singapura dari Malaysia. Akhirnya pada 9 Ogos 1965, parlimen telah meluluskan Rang

Undang-undang perpisahan Singapura dengan rasminya keluar dari Malaysia dan

menubuhkan republic 11. Sekali lagi, orang Melayu telah selamat daripada cubaan orang

Cina untuk menafikan hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam

perlembagaan. Namun nasib orang Melayu di Singapura seperti telur di hujung tanduk

kerana mereka menjadi kaum minoriti dan tiada kuasa sebaliknya kaum cina yang

dahulunya imigren merampas hak dan menakluki sebuah negara pulau bernama

Singapura.

11 Singapura - Kenapa Keluar dari Persekutuan Malaysia? http://www.ehoza.com

10 | P a g e

Page 11: Isu-Isu Dalam perlembagaan

3.1.3 Sistem Meritokrasi dan Hak Istimewa Orang Melayu

Meritokrasi merujuk kepada satu sistem sosial yang menyanjung tinggi

kebolehan dan keupayaan seseorang tanpa mengira pangkat, keturunan, kaum dan

agama. Sistem ini telah lama diaplikasikan dalam sistem pendidikan di negara kita,

Malaysia. Pengambilan para pelajar ke sekolah berasrama penuh adalah berdasarkan

pencapaian mereka di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian

Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia (STPM). Kaedah ini dianggap sesuai oleh semua pihak memandangkan

kekosongan yang ada di sekolah berasrama penuh dan universiti-universiti tempatan

adalah terhad12.

Pada bulan Mei 2001 masyarakat Malaysia dikejutkan dengan isu sistem kuota

pengambilan pelajar memasuki institusi pengajian tinggi awam(IPTA). Orang Melayu

umumnya membantah sekeras-kerasnya jika sistem meritokrasi ini dilaksanakan.

Sebenarnya tanpa mereka sedari sistem ini telah diguna pakai sejak lama dahulu. Jika

kemasukkan pelajar bukan berdasarkan kecemerlangan (meritokrasi) dalam akedemik

mereka,cara apakah yang kita gunakan sekarang?.Oleh itu sistem ini adalah yang

terbaik untuk membuktikan para pelajar hasilan Malaysia adalah berkualiti tanpa

mengharapkan kuota semata-mata.

Namun, penggunaan sistem ini seolah-olah memberi lebih peluang kepada kaum

buka melayu terutama kaum Cina untuk memasuki universiti dan mengurangkan

bilangan pelajar Melayu di universiti. Hal ini terjadi kerana kebanyakkan pelajar Melayu

tinggal di kawasan perkampungan yang mempunyai taraf infrastruktur yang rendah

berbanding kaum cina dan india yang tinggal di kawasan bandar yang mana para

pelajarnya lebih berkualiti dihasilkan memandangkan kemudahan infrastruktur

pendidikan yang lebih teratur. Sekiranya sistem meritokrasi ini terus diamalkan,

peratusan pelajar melayu dan bumiputera di sekolah-sekolah, maktab-maktab dan

universiti akan berkurangan dan dipenuhi kaum bukan melayu.

12 al-misri, Bagaimana Sistem Meritokrasi dalam Pendidikan Membezakan Individu, http://al-misri.blogspot.com/2007/12/bagaimana-sistem-meritokrasi-dalam.html

11 | P a g e

Page 12: Isu-Isu Dalam perlembagaan

Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana menurut perlembagaan perkara 153 yang

membicarakan hak istimewa orang melayu terdapat satu fasal iaitu fasal 8A yang

membicarakan tentang kemasukkan pelajar melayu ke universiti dan pusat-pusat

pengajian lain. Perkara 8A menyebut, “walau apa pun yang terkandung salam

perlembagaan ini, jika dalam sesuatu university, maktab dan yayasan pelajaran yang

member pelajaran selepas sijil pelajaran Malaysia, atau setaraf dengannya, bilangan

tempat ke universiti, maktab dan yayasan itu kepada calon-calon untuk kursus pengajian

ialah kurang daripada calon yang berkelayakan , bagi tempat-tempat iru, maka sahlah

bagi Yang di-Pertuan Agong, menurut perkara ini memberi apa-apa arahan

sebagaimana yang dikehendaki kepada pihak berkuasa bagi mennetukan rezap sesuatu

kadar daripada tenpat-tempat itu bagi orang Melayu dan Bumiputera dan mana-mana

negeri Sabah dan Serawak…13”

3.2 Cabaran-cabaran di dalam isu kewarganegaraan

Malaysia sebelum tahun 1948, kita tidak mempunyai undang-undang

kewarganegaraan yang khusus. Pada masa itu, yang ada hanyalah undang-undang

mengawal kemasukan orang-orang asing keluar masuk dalam negara ini sahaja.14

Keadaan ini berlaku kerana dasar pemerintahan British yang membuka pintu negara ini

seluas-luasnya kepada orang-orang asing. Dasar tersebut dikenali sebagai Dasar Pintu

terbuka. Sebelum Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 2 Februari 1948,

Pemberian kewarganegaraan sebenarnya telah muncul dalam Malayan Union yang

diistiharkan pada 1 April 1946 namun, ianya mendapat tentangan daripada kaum

Melayu. Hal ini kerana Perlembagaan Malayan union itu telah memberikan

kewarganegaraan kepada semua kaum berdasarkan prinsip jus soli. Hal ini ditentang

keras oleh kaum Melayu kerana mereka berasa yang mereka telah ditipu oleh pihak

British.

Syarat-syarat kerakyatan dalam prinsip jus soli begitu longgar jika diteliti. Antara

syarat-syarat yang terdapat dalam prinsip jus soli ialah:

a) Sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura selepas penubuhan

Malayan Union pada 1 April 1946 diterima sebagai warganegara Malayan Union.

13 Perlembagaan Persekutuan (Jun 2009), Selangor: International Law Book Services ,Hlmn 11314 Mohd Salleh Abas (2006). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka hlm 266.

12 | P a g e

Page 13: Isu-Isu Dalam perlembagaan

b) Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin di Malayan

Union atau Singapura selama 10 tahun dari 15 tahun sebelum 15 Februari 1942.

c) Sesiapa yang dilahirkan di luar Tanah Melayu atau Singapura tetapi bapanya

menjadi warganegara Malayan Union

d) Sesiapa yang telah bermastautin lima hingga lapan tahun, mempunyai tingkah laku

yang baik, fasih berbahasa Inggeris dan Melayu dan mengaku taat setia kepada

Malayan Union.15

Kewarganegaraan Malayan Union yang longgar ini dilihat akan memberikan hak-

hak yang sama kepada kaum bukan Melayu. Syarat kerakyatan berdasarkan jus soli ini

dilihat terlalu longgar sehingga membolehkan orang bukan Melayu mendapat hak yang

sama dengan orang Melayu. Orang Melayu masih lagi meragui taat setia orang Cina

dan India pada waktu itu kerana sebelum Perang Dunia Kedua, semangat nasionalisme

mereka masih lagi terarah kepada negara asal masing-masing. Sekiranya Malayan

Union dilaksanakan, dianggarkan bahawa kira-kira 85 peratus orang cina dan 75

peratus orang India akan mendapat taraf kewarganegaraan di Tanah Melayu. Jika orang

bukan Melayu mendapat hak yang sama dengan orang Melayu, keadaan ini akan

menyebabkan hak istimewa dan kedudukan politik orang Melayu akan tergugat. Situasi

ini dianggap berbahaya untuk kedudukan ekonomi, politik dan masa depan orang

Melayu.

Berikutan penentangan yang hebat daripada orang Melayu terhadap Malayan

Union antaranya dalam soal pemberian kewarganegaraan secara liberal berasaskan

prinsip jus soli, pelaksanaannya terpaksa dimansuhkan. Sebagai ganti, diperkenalkan

pula warganegara Persekutuan Tanah Melayu yang dikuatkuaskan mulai 1 April 1948.

Taraf kewarganegaraan orang bukan Melayu dalam gagasan baru ini diberi secara lebih

ketat bergantung kepada tempoh pemastautinan mereka di Tanah Melayu.

Kewarganegaraan Persekutuan Tanah Melayu 1948 itu kemudiannya diliberalkan

syarat-syaratnya pada tahun 1952. Di bawah undang-undang baru itu pemberian

kewarganegaraan automatik diperluaskan dan perolehan kewarganegaraan secara

pendaftaran dan naturalisasi dilonggarkan berbanding sebelum ini. Kewarganegaraan

Persekutuan Tanah Melayu 1948 yang dipinda inilah yang menjadi asas

kewarganegaraan Tanah Melayu yang merdeka pada 31 Ogos 1957 dan seterusnya

15 Mahdi Shuid, Suzani Osman & Sazlina Othman (2007). Teks Pra-u STPM Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur : PEARSON MALAYSIA SDN BHD hlm 207.

13 | P a g e

Page 14: Isu-Isu Dalam perlembagaan

kewarganegaraan Malaysia apabila Persekutuan yang lebih besar ditubuhkan pada 16

September 1963.16 Mengikut perlembagaan Persekutuan yang ada sekarang, terdapat

empat kaedah untuk seseorang menjadi warganegara Malaysia iaitu kewarganegaraan

dengan cara kuatkuasa undang-undang, pendaftaran, masukan dan percantuman

wilayah.17

3.2.1 Hak keistimewaan orang Melayu dipersoalkan

Setelah mendapat kewarganegaraan, terdapat segelintir daripada orang-orang

yang bukan Melayu yang cuba mempersoalkan tentang hak istimewa orang Melayu dan

Bumiputera. Terdapat pihak tertentu membangkitkan peruntukan hak istimewa orang

Melayu dan Bumiputera sebagaimana termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Walaupun hak keistimewaan ini diisytiharkan sebagai isu sensitif yang tidak harus

dibangkitkan sebagaimana diperuntukkan dalam Akta Hasutan 1971, ia tidak pula

menjadi penghalang perkara ini terus dibangkitkan. Sebaliknya, setelah mereka

mendapat keistimewaan dengan perolehan taraf warganegara di negara ini, banyak pula

isu yang cuba dipersoalkan dan ditimbulkan oleh orang bukan Melayu ini terutamanya

daripada kaum Cina. Kononnya mereka mahu menuntut keadilan dan kesaksamaan

daripada pihak kerajaan.

Sebagai contohnya, terdapat usaha daripada satu bahagian Parti Gerakan

Rakyat Malaysia (GERAKAN), iaitu sebuah parti komponen Barisan Nasional telah

mengemukakan usul mendesak pihak kerajaan agar mempercepatkan pemansuhan

kategori Bumiputera dan bukan Bumiputera di dalam negara. Alasan bahagian Gerakan

ini kononnya adalah untuk membentuk negara yang adil dan saksama tanpa mengira

kaum. Keadaan ini berlaku kerana kurangnya pemanhaman terhadap Perkara 153

dalam perlembagaan yang membicarakan soal Hak-hak Istimewa Orang Melayu dan

Bumiputera dengan tajuk Perezapan quota mengenai perkhidmatan awam, permit dsb

untuk orang-orang Melayu. Perkara 153(1) menjelaskan bahawa “adalah menjadi

tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong memelihara kedudukan orang Melayu dan

Bumiputera di mana-mana negeri Sabah dan Serawak dan kepentingan sah kaum-kaum

lain mengikut peruntukan ini”.

16 Chamil Wariya (2010). Asas Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Media Global Metrik, hlm 53.17 Lembaga Penyelidikan Undang-undang (2009). Perlembagaan Persekutuan. Selangor : International Law Book Services hlm 8

14 | P a g e

Page 15: Isu-Isu Dalam perlembagaan

Persoalan dan pertikaian yang cuba ditimbulkan oeh kaum lain terhadap

Perlembagaan itu tidak seharusnya berlaku. Tindakan mencabar perkara-perkara yang

telah termaktub dalam Perlembagaan hanyalah akan mendatangkan kesan yang buruk

sahaja. Hal ini kerana perkara-perkara yang terkandung dalam Perlembagaan di negara

ini adalah memelihara kepentingan semua warganegara tanpa mengira kaum. Perkara-

perkara yang temaktub dalam Perlembagaan ini juga adalah perkara yang telah

disepakati bersama iaitu setelah mendapat persetujuan daripada semua pihak, bukan

daripada kaum melayu semata-mata. Jadi, seharusnya ianya tidak dipertikaikanlah oleh

mana-mana pihak di negara ini. Kaum bukan Melayu dan bukan bumiputera prrlu ingat,

kewarganegaraan yang mereka dapat sekarang bukanlah suatu hak, tetapi ianya adalah

suatu keistimewaan. Dalam erti kata lain, dengan kewarganegaraan inilah yang

membolehkan mereka bergerak bebas dalam negara ini, boleh hidup selesa dan

seterusnya dapat menjadi pengundi.

3.2.2 Keistimewaan kewarganegaraan yang tidak sama

Sebelum ini ada dijelaskan bahawa apabila seseorang itu mendapat taraf

menjadi warganegara di negara ini mereka bebas untuk bergerak kemana-mana sahaja

dalam negara ini. Namun terdapat sedikit perbezaan di antara kebebasan bergerak

antara penduduk negeri-negeri di Tanah Semenanjung dengan negeri-negeri Borneo

iaitu Sabah dan Sarawak. Hal ini adalah disebabkan oleh perjanjian yang telah dibuat

antara negeri-negeri tanah Melayu dengan negeri-negeri borneo. Sepatutnya memang

seseorang warganegara itu berhak pergi dari sebuah negeri ke sebuah negeri dalam

negara ini, dan juga berhak tinggal di mana-mana negeri pun. Tetapi, disebabkan

negeri-negeri Borneo itu dianggap berada dalam keadaan yang khas oleh pembentuk-

pembentuk Malaysia, maka Perlembagaan telah memberi kuasa kepada Parlimen

supaya dapat mengenakan sekatan-sekatan ke atas kebebasan warganegara dalam hal

itu yang terkandung dalam dalam Perkara 9 Fasal 3 dalam Perlembagaan Malaysia.

Mengikut Akta Imigresen 1963, seseorang warganegara Persekutuan iaitu penduduk

Tanah Semenanjung yang hendak pergi ke Sabah atau ke Sarawak hendaklah terlebih

15 | P a g e

Page 16: Isu-Isu Dalam perlembagaan

dahulu mendapatkan permit atau pas.18 Mereka yang terdiri daripada senarai di bawah

ini dikecualikan daripada syarat tersebut iaitu :

a) Warganegara itu ialah orang negeri tersebut;

b) Anggota kerajaan Persekutuan, misalnya Menteri dan sebagainaya;

c) Hakim Mahkamah Persekutuan atau Hakim Mahkamah bagi negeri-negeri

Borneo, atau orang yang ditetapkan menjalankan tugas-tugas hakim bagi

mahkamah tersebut, anggota suruhanjaya atau anggota majlis yang dilantik oleh

Perlembagaan Malaysia atau pelembagaan negeri-negei Borneo;

d) Anggota perkhidmatan awam Persekutuan atau negeri-negeri Borneo atau

anggota-anggota perkhidmatan awam bersama;

e) Orang yang hendak pergi ke negeri Borneo untuk menjalankan tugas politik yang

sah dan

f) Orang yang dikehendaki pergi ke negeri itu oleh kerajaan Persekutuan buat

sementara sahaja untuk menjalankan tanggungjawab kerajaan dari segi

Perlembagaan dan pemerintahan.

Selain daripada mereka yang disebut di atas, seseorang warganegara yang hendak

pergi ke Sabah atau ke Sarawak, mereka memerlukan pas atau permit. Jika diteliti,

peraturan yang telah ditetapkan ini hanyalah menyekat kebebasan orang Semenanjung

yang hendak berkunjung ke negeri Borneo dan hanyalah akan mengehadkan

kebebasan bergerak di dalam negara mereka sendiri. Orang yang berada di

Semenanjung juga akan merasakan bahawa peraturan yang telah ditetapkan itu adalah

tidak adil dan berat sebelah. Hal ini adalah kerana orang-orang Borneo yang hendak

datang ke Tanah Semenanjung tidak pula memerlukan permit atau pas seperti yang

dikenakan ke atas orang Semenanjung yang hendak masuk ke sana. Situasi ini

seterusnya akan menyebabkan terdapat rasa tidak puas hati di sebelah pihak orang

semenanjung kerana mereka berasa seperti orang asing di negara sendiri walaupun

telah mempunyai taraf kewarganegaraan yang sah.

3.3 Cabaran-cabaran di dalam isu pendidikan di Tanah Melayu

18 Mohd Salleh Abas (2006). Prinsip Perlembagaan dan Pemerintahan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka hlm 240.

16 | P a g e

Page 17: Isu-Isu Dalam perlembagaan

Semasa zaman penjajahan, sistem pendidikan di Persekutuan Tanah Melayu boleh

dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu pertama; pendidikan Inggeris rendah dan menengah

yang dihadiri oleh anak-anak kalangan bangsawan Melayu dan hartawan Cina dan India.

Kedua; sekolah Melayu peringkat rendah yang dibantu oleh Inggeris dengan matlamat untuk

menjadikan mereka sebagai petani yang lebih baik sedikit daripada ibubapa mereka. Pihak

Inggeris juga membenarkan kewujudan sekolah agama dan mengaji Al-Quran. Pada peringkat

ini, tiada sekolah menengah Melayu. Peringkat ketiga; sekolah vernakular Cina dan Tamil.

Sekolah Cina ini dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri.

Selain perbezaan dalam aliran pendidikan, kerencaman  sistem pendidikan vernakular

juga dapat dilihat daripada sudut kurikulum, sukatan mata pelajaran serta orientasi 

matlamatnya19. Bagi pendidikan aliran Cina dan Tamil, kurikulum, sukatan mata pelajaran dan

orientasinya adalah berasaskan negara asal mereka. . Penetapan lokasi sekolah yang berbeza

juga (Melayu di perkampungan, Cina di pekan atau bandar, dan India di estet) menyebabkan

terbentuknya masyarakat majmuk perkauman yang terpisah dari segi interaksi sosial, di mana

hubungan antara kaum tidak akrab, meskipun keadaan sosialnya aman. Kewujudan sekolah

vernakular masih menjadi pertikaian beberapa pihak. Sekolah ini kononnya menunjukkan

bahawa bangsa Melayu gagal mendaulatkan bahasa di tanah air sendiri. Justeru hal ini

menyebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan pihak terbabit dan ini adalah salah satu

punca meletusnya ketidak sefahaman antara pelbagai kaum. Walaubagaimanapun pada

era pasca merdeka, sistem pendidikan negara telah berubah kepada satu corak baru yang

berorientasikan unsur-unsur tempatan. Sistem  Pendidikan Kebangsaan telah dibentuk

berasaskan  keseragaman kurikulum, sukatan mata pelajaran dan orientasi. Ia penting sebagai

satu wadah bagi menyatukan kepelbagaian budaya, nilai dan norma masyarakat ke dalam satu

acuan demi  mencapai  matlamat membentuk  identiti  kebangsaan Malaysia.

Usaha ke arah ini sebenarnya telah dilakukan semenjak sebelum  merdeka  lagi 

khususnya melalui  dua laporan iaitu Laporan Razak tahun 195620 dan Laporan Rahman Talib

19 Kandungan kurikulum yang berbeza menyebabkan wujud fahaman politik yang berbeza dan tiada penyatuan. Sebagai contoh, selepas Revolusi 1911 di China, pengaruh unsur-unsur politik negara China telah diserap masuk dalam sekolah Cina di Tanah Melayu. Begitu juga sekolah Melayu dan India yang juga mempunyai fahaman sendiri.20 Tujuan dan maksud Dasar Pelajaran Kebangsaan ini telah dijadikan landasan yang kukuh untuk mencapai matlamat perpaduan Negara, dijelaskan oleh Laporan Pelajaran Razak 1956, yang mengatakan: “….dasar pelajaran ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai

17 | P a g e

Page 18: Isu-Isu Dalam perlembagaan

tahun 1960. Matlamat  utama dasar pendidikan menurut kedua-dua laporan tersebut ialah untuk

menyatukan kanak-kanak daripada berbilang etnik di bawah satu sistem pendidikan

kebangsaan dengan menggunakan satu bahasa pengantar tunggal iaitu bahasa Melayu (Wan

Hashim, 1983). Lebih jauh daripada itu, dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan bagi

kemerdekaan pada tahun 1957, Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa kebangsaan dengan

Bahasa Inggeris masih lagi digunakan sebagai bahasa rasmi.

Walau bagaimanapun pucuk pimpinan Parti Perikatan telah mencapai kesepakatan

pada 1956 dan bersetuju dengan Akta Pendidikan 1957 di atas prinsip-prinsip seperti pertama;

sekolah pelbagai aliran dibenarkan dan pengajaran dalam bahasa ibunda masing-masing

dibenarkan. Kedua; oleh kerana Bahasa Melayu adalah merupakan bahasa kebangsaan, maka

sekolah Cina dan Tamil wajib mengajar Bahasa Melayu sebagai salah satu daripada mata

pelajaran; dan prinsip yang ketiga; pendekatan dalam mata pelajaran Sejarah, Geografi dan

buku-buku teks yang lain mestilah berteraskan Malaysia, dan bukan lagi berteraskan negara

China dan India (John Lowe, 1960). Persetujuan kepimpinan Parti Perikatan terhadap Penyata

Razak 1956 dan Rahman Talib 1960 adalah melalui proses musyawarah telah secara langsung

mengiktiraf penggunaan Bahasa Melayu sebagai alat untuk penyatuan tanpa menjejaskan

bahasa etnik-etnik lain. Terdapat pandangan yang menyatakan bahawa penggunaan Bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan juga mempunyai motif ekonomi yang tersirat. Perkara ini

tercatat dalam laporan jawatankuasa Barnes tahun 1951, antara lain menegaskan untuk

menggalak dan membolehkan etnik Melayu mendapat kedudukan dalam jabatan-jabatan

tertentu.

Walaupun Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirangka berasaskan Laporan Razak,

kemudian diperkukuhkan oleh Laporan Rahman Talib dan perlaksanaannya dibuat menerusi

Akta Pelajaran 1961 dipersetujui secara consensus, tetapi ada kalangan bukan Melayu yang

secara terus-menerus mempersoalkan dasar itu terutamanya berkait dengan masa depan

sekolah-sekolah yang menggunakan bahasa Cina dan Tamil. Ini kerana Akta Pelajaran itu

terdapat satu peruntukan yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran untuk menukar mana-

mana sekolah rendah jenis kebangsaan kepada sekolah kebangsaan pada bila-bila masa saja

sekiranya beliau merasakan pertukaran itu dirasakan perlu dibuat. Walaupun sebelum ini tidak

pernah Menteri Pelajaran berbuat demikian, tetapi dalam kalangan masyarakat Cina ada

kebimbangan bahawa menteri akan menggunakan kuasa yang ada padanya untuk menjadikan

satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta-merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.”

18 | P a g e

Page 19: Isu-Isu Dalam perlembagaan

sekolah-sekolah rendah jenis kebangsaan Cina dan Tamil menjadi sekolah kebangsaan.

Mereka berpendapat sekiranya hal itu terjadi, maka peluang untuk generasi bukan Melayu

untuk mempelajari bahasa mereka terhapus. Kerana itu, dari masa ke semasa soal kuasa

menteri yang diperuntukkan dalam Fasal 21 (2) Akta Pelajaran 1961 kerap kali ditimbulkan.

Nyata selagi peruntukan itu dipertahankan masyarakat Cina masih tidak berpuas hati, walaupun

jaminan sudah banyak kali diberikan, baik oleh Menteri Pelajaran yang ada, mahupun oleh

menteri-menteri pelajaran sebelum ini, yang kerajaan tidak akan sesuka hati menggunakan

kuasa menukar sekolah rendah jenis kebangsaan itu.

Secara beransur, bermula pada Julai 1969, kerajaan telah melaksanakan penggunaan

Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama di semua sekolah bantuan kerajaan. Pada

masa yang sama, golongan bukan Bumiputera khususnya masyarakat Cina merasakan satu

keperluan untuk melindungi budaya warisan nenek moyang dengan menggunakan wadah

pendidikan. Oleh yang demikian, masyarakat Cina masih mempertahankan sekolah jenis

kebangsaan Cina. Namun begitu, sukatan pelajaran di sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina

adalah selaras dengan apa yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Hal ini

penting untuk memastikan perpaduann dan pembinaan bangsa Malaysia dapat dicapai.

3.4 Cabaran-cabaran dalam isu kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

kebangsaan.

Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah jelas diperuntukkan di bawah

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara,

Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan

oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan. Peruntukan di

bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan

Majlis Raja-Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembgaan di bawah Perkara 159 (5).

Selain kedudukan Bahasa Melayu sebgai bahasa kebangsaan, terdapat tiga lagi peruntukan

yang tidak boleh dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja iaitu agama Islam sebagai agama

rasmi, kedudukan istimewa Raja-Raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan soal

kerakyatan.

Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke

dalam batang tubuh Perlembagaan. Contohnya, definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan

19 | P a g e

Page 20: Isu-Isu Dalam perlembagaan

penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160 (2).

Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10 (4) yang turut meletakkan

bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang tidak boleh dipersoalkan atas nama

kebebasan bersuara. Meskipun begitu, Perlembagaan menyedari bahawa kedudukan

sedemikian tidak harus dipraktikkan secara zalim dan mneyekat bahasa lain. Inilah yang dapat

dikatakan apabila fasal-fasal tertentu di bawah Perkara 152 diteliti. Fasal 1 (a) dan (b) umpanya

membenarkan pengajaran dan pembelajaran bahasa-bahasa lain asalkan ianya tidak dalam

konteks kegunaan rasmi.

Ini semua sebenarnya telah diamalkan sebelum dan selepas merdeka. Hanya dalam

beberapa tahun tahun kebelakangan ini sahaja undang-undang dan dasar-dasar tertentu yang

berlawanan dengan peruntukan dan amalan Perlembagaan dimulakan dan persoalan yang

sangat serius tentang kesasihan telah timbul. Tindakan tersebut juga menimbulkan banyak

kesulitan dan kekeliruan. Selain itu, kelemahan dan kealpaaan pelaksanaan Perkara 152 tidak

harus dibenarkan untuk mencairkan peruntukan dan kehendak Perkara 152 yang sebenarnya

turut didokong oleh Suruhanjaya Reid sendiri. Isu sebegini hendaklah ditangani dan diambil

tindakan oleh pihak mahkamah kerana para hakim telah diwajibkan oelh mahkamah untuk

memelihara, melindungi dan mempertahan Perlembagaan sebagaimana yang diperuntukkan

oleh Perlembagaan melalui seksyen 1 Jadual Keenam Perlembagaan Persekutuan.

Dalam memperkatakan isu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, suara

perkauman tidak seharusnya dilaungkan bersama. Bahasa Melayu adalah bersifat supraetnik

iaitu mengatasi batas etnik penutur asalnya yang walaupun secara harfiah namanya berkait

rapat dengan orang Melayu yang hakikatnya bukan lagi bahasa mutlak orang Melayu

sebaliknya adalah bahasa kepunyaan bersama semua rakyat di Malaysia.

Adalah satu pandangan yang amat sempit apabila melihat bahasa Melayu sebagai hak

istimewa orang Melayu. Ini kerana hak istimewa orang Melayu adalah imbangan kepada

penerimaan keturunan lain yang bukan bumiputera untuk menjadi rakyat negara ini sementara

peruntukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan adalah proses pembinaan sebuah

negara bangsa. Hambatan psikologi sebegini seharusnya ditinggalkan dari batas bahasa

Melayu sebagai bahasa orang Melayu.

Pilihanraya 1969 menyaksikan pihak parti Perikatan menghadapinya dengan penuh

yakin kerana percaya rakyat sudah bersatu. Bagaimanapun, rakyat bukan Melayu ternyata

20 | P a g e

Page 21: Isu-Isu Dalam perlembagaan

kurang senang dengan kedudukan Bahasa Melayu. Apabila negara mencapai kemerdekaan

pada tahun 1957, Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa Inggeris boleh digunakan bagi

urusan rasmi selama 10 tahun iaitu sehingga 1967. Jadi, menjelang tahun 1967, timbul soal

kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bangsa Malaysia. Pilihanraya pada 12

Me1 1969 ternyata dihadapi oleh semua pihak dengan penuh emosi. Kedudukan politik dan

bahasa atau budaya penduduk bukan Melayu menjadi topikhangat dalam kempen pilihanraya.

Malah, rakyat bukan Melayu mula mempersoalkan hak mereka dalam hal berkiatan politik,

bahasa dan budaya kebangsaan.

Natijahnya, undi bagi parti Perikatan telah susut sebnayak 10 peratus dan parti

Perikatan menghadapi masalah mendapatkan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Penyokong Gerakan dan DAP meraikan “kemenangan” mereka dengan mengadakan “pesta” di

jalan-jalan raya di Kuala Lumpur. Penyokong UMNO turut mengadakan “pesta” bagi meraikan

kejayaan. Dengan ini, tercetuslah peristiwa 13 Me1 1969 yang menjadi titik hitam dalam sejarah

negara Malaysia yang berbangga dengan gambaran rakyat pelbagai kaum hidup bersatu padu.

Krisis 13 Mei ternyata membawa perubahan drastik pada polisi kerajaan atau pemerintah.

Perpaduan nasional, toleransi antara kaum, usaha menghapuskan jurang perkauman dan

seumpamanya menajdi agenda utama rakyat dan kerajaan. Pada tahun 1970, Dasar Pelajaran

Kebangsaan dilaksanakan di mana bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi kebangsaan

mula dikenali sebagai bahasa Malaysia. Minggu Bahasa dan Bulan Bahasa diadakan dengan

cogan kata “Bahasa Jiwa Bangsa”. Pada September 1970, Tunku Abdul Rahman diganti Tun

Abdul Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia. Polisi Pelajaran di bawah Rancangan

Malaysia Kedua (1971-1975) dilaksanakan, antara lain, bagi mempercepatkan usaha murni

kerajaan dan rakyat Malaysia menjadikan Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar di

semua sekolah. Pada tahun 1990, Bahasa Malaysia mula digunakan di mahkamah. Ini adalah

satu kejayaan mendaulatkan Bahasa Malaysia sebgai bahasa rasmi dan bahasa pengantar

utama.

Pada tahun 1998, terdapat usaha menafikan kewujudan dan kesahihan istilah Bahasa

Malaysia dan kononnya hanya istilah Bahasa Melayu sah digunakan di Malaysia. Isu ini

dimulakan oleh seorang editor di sebuah syarikat penerbitan terkemuka tanah air. Jika

kewujudan istilah Bahasa Malaysia cuba dinafikan oleh mana-mana pihak, nescaya konflik 13

21 | P a g e

Page 22: Isu-Isu Dalam perlembagaan

Mei akan berulang dan golongan berjiwa Malaysia dan para sasterawan tidak akan dapat

berbuat apa-apa untuk mengembalikan semangat kebangsaan dan perpaduan nasional.

4.0 Kesimpulan

Konklusinya, dapat diperkatakan bahawa walaupun mendapat persetujuan diantara

semua kaum di Tanah Melayu bagi membentuk perlembagaan Malaysia namun masih wujud

rasa tidak puas hati dengan perlembagaan tersebut. Hal ini dapat dilihat daripada cabaran-

cabaran di dalam isu-isu panas yang melibatkan ketiga-tiga kaum di negara ini. Antara isu-isu

yang hangat dibahaskan tersebut ialah isu hak keistimewaan orang Melayu yang telah

myebabkan rasa tidak puas hati dalam kalangan masyarakat Cina.

Disamping itu juga, kesan daripada penjajahan British yang telah membentuk sistem

pendidikan di negara ini telah memberikan kesan kepada ketiga-tiga kaum di negara ini. Hal ini

telah menyebabkan isu pendidikan iaitu tertubuhnya Sekolah Kebangsaan telah menyebabkan

kaum Cina dan India tidak berpuas hati. Walaupun sistem pendidikan sekolah Jenis

Kebangsaan Cina dan Kebangsaan Tamil masih dikekalkan namun mereka masih perlu

menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi di sekolah mereka. Oleh yang

demikian, walaupun telah termaktub di dalam perlembagaan Malaysia namun rasa tidak puas

hati itu masih wujud.

Akhirnya, bagi memuaskan hati semua pihak, perlembagaan Malaysia perlu dilihat

semula serta perlu memikirkan mengenai hak ketiga-tiga kaum di negara ini bagi mengekalkan

kesejahteraan dan keharmonian negara Malaysia.

22 | P a g e