Pandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs

7
PANDANGAN AHLI AKADEMIK MENGENAI MAPPiCXS Buku MAPPiCXS ini telah saya baca dan teliti. Dan saya berpendapat buku ini berpotensi untuk menjadi buku “best seller” kerana ianya sesuai untuk bahan bacaan, baik di kalangan akademik mahupun umum khususnya para pelajarProf. Dr. Mohamad Amin Embi, Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia Saya yakin buku ini adalah sebahagian dari hasil pengarang yang begitu komited dengan kerjayanya. Susunan buku ini amat ringkas, namun padat dengan bahan- bahan informasi yang perlu diketahui dan diamalkan setiap dari kita yang ingin mencapai tahap yang efisyen dalam bidang masing-masingProf. Dato Haji Mohd Adanan Bin Isman Mantan Rektor, Kolej Islam Antarabangsa Selangor [KUIS] “Special lecture on MAPPiCXS was conducted at our universiti at Istanbul campus, and our students were very delighted to learn this MAPPiCXS technique, and found it very useful. This book should be translated to Turkish so that more students in Turkey will be benefitedProf. Dr. Ahmet AGIRAKCA President, Islamitische Universiteit van Europa Saya sendiri telah mengikuti kursus MAPPiCXS yang dianjurkan oleh pihak KUIS dan saya berpendapat ianya perlu dibaca dan diamalkan oleh para pelajar dan juga pensyarahDr. Ahmad Fauzi Idris, Dekan Pusat Pengajian Siswazah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia [KUIS] Saya telah mengikuti kursus MAPPiCXS yang telah diberi sendiri oleh Tuan Haji Shaya’a Othman, dan juga saya mengamalnya dalam memberi kuliah kepada pelajar di KUIS, dan mendapati teknik ini sungguh mudah dan berkesanDr Mujaini Tarimin Pensyarah, Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [KUIS} Saya berpeluang menjadi pembaca pruf book edisi pertama, dan juga mengikuti kursus yang dianjurkan oleh KUIS, dan mendapati teknik MAPPiCXS memang

description

 

Transcript of Pandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs

Page 1: Pandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs

PANDANGAN AHLI AKADEMIK MENGENAI

MAPPiCXS

“Buku MAPPiCXS ini telah saya baca dan teliti. Dan saya berpendapat buku ini

berpotensi untuk menjadi buku “best seller” kerana ianya sesuai untuk bahan

bacaan, baik di kalangan akademik mahupun umum khususnya para pelajar”

Prof. Dr. Mohamad Amin Embi,

Pusat Pembangunan Akademik, Universiti Kebangsaan Malaysia

“Saya yakin buku ini adalah sebahagian dari hasil pengarang yang begitu komited

dengan kerjayanya. Susunan buku ini amat ringkas, namun padat dengan bahan-

bahan informasi yang perlu diketahui dan diamalkan setiap dari kita yang ingin

mencapai tahap yang efisyen dalam bidang masing-masing”

Prof. Dato Haji Mohd Adanan Bin Isman

Mantan Rektor, Kolej Islam Antarabangsa Selangor [KUIS]

“Special lecture on MAPPiCXS was conducted at our universiti at Istanbul campus,

and our students were very delighted to learn this MAPPiCXS technique, and found it

very useful. This book should be translated to Turkish so that more students in Turkey

will be benefited”

Prof. Dr. Ahmet AGIRAKCA

President, Islamitische Universiteit van Europa

“Saya sendiri telah mengikuti kursus MAPPiCXS yang dianjurkan oleh pihak KUIS

dan saya berpendapat ianya perlu dibaca dan diamalkan oleh para pelajar dan juga

pensyarah”

Dr. Ahmad Fauzi Idris,

Dekan Pusat Pengajian Siswazah Kolej Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

[KUIS]

“Saya telah mengikuti kursus MAPPiCXS yang telah diberi sendiri oleh Tuan Haji

Shaya’a Othman, dan juga saya mengamalnya dalam memberi kuliah kepada pelajar

di KUIS, dan mendapati teknik ini sungguh mudah dan berkesan”

Dr Mujaini Tarimin

Pensyarah, Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[KUIS}

“Saya berpeluang menjadi pembaca pruf book edisi pertama, dan juga mengikuti

kursus yang dianjurkan oleh KUIS, dan mendapati teknik MAPPiCXS memang

Page 2: Pandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs

berkesan untuk para pelajar, dan juga boleh dijadikan alat membantu kita untuk

mengajar”

Dr. Nor‟Adha Abdul Majid

Pensyarah, Pusat Pengajian Siswazah, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[KUIS]

“Teknik MAPPiCXS dapat membantu saya mengajar, dan juga belajar dengan

efektif. Saya juga memberi galakan kepada semua pelajar saya menggunakan teknik

MAPPiCXS ini”

Ustaz Abdullah Bin Endut

Timbalan Dekan Fakulti Bahasa Arab, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor

[KUIS]

“ I was briefed personally about MAPPiCXS by Mr Shaya’a. Though I was unable to

read this book, but from the briefing and discussion, I believed this book is very

useful to be introduced in Kazakhstan, and neighbouring CIS countries. I am in the

process of getting this book to be translated to Kazak and Russian”

Mr. Yedige Alpysbay

Vice President, Academy of Banking, Almaty, Kazakhstan

PERKONGSIAN KEJAYAAN MAPPiCXS

“ Saya menggunakan teknik MAPPiCXS dalam semua subjek yang

saya belajar – membuat dan mengambil nota, dan juga membuat tugasan.

MAPPiCXS sungguh berkesan membantu saya sehingga mencapai ke tahap

kecemerlangan dan Alhamdulillah menerima Anugerah Pelajar Terbaik KUIS 2009”

“MAPPiCXS merupakan teman belajar seharian saya, dan sentiasa

menggunakan teknik ini selepas diperkenalkan dalam satu kursus yang saya hadiri.

Alhamdulillah dengan menggunakan MAPPiCXS, saya berjaya meningkatkan

keputusan peperiksaan dari lemah ke cemerlang.”

Norhidayah Binti Md Jamel

Penerima Anugerah Pelajar Terbaik 2009, KUIS

Bachelor In Bussiness Admin. & E-Commerce

Elisa Muslim,

Penerima Anugerah Dekan 2009, KUIS

Bachelor In Bussiness Admin. & E-Commerce

Page 3: Pandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs

”MAPPiCXS sememangnya berkesan kerana ia ringkas, padat dan

mudah . Teknik ini memudahkan kita membuat ulangkaji pelajaran sebelum

peperiksaan menjelang. Bagi saya teknik ini menyeronokkan dan mendorong saya

menggunakan teknik ini bagi subjek-subjek yang lain”

"Luar biasa sekali…teknik MAPPiCXS berjaya merubah results saya

daripada gagal ke cemerlang. Sebelum saya menggunakan teknik MAPPiCXS amat

sukar saya nak study, nak ingat fakta dan sebagainya. Setelah menggunakan teknik

MAPPiCXS semuanya berubah, sangat efektif dan efisyen kerana ia telah membantu

saya dalam pelajaran, mudah untuk ambil nota dan mudah ingat malah sewaktu

presentation didalam kelas juga saya menggunakan teknik MAPPiCXS bagi

memudahkan saya memberi penerangan dan orang lain faham info yang saya

sampaikan."

Pelajar-Pelajar Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor [KUIS],

pengamal teknik MAPPiCXS, dengan Sijil Anugerah Dekan 2009.

Engku Mohd Haniff Engku Mohd Hamzah

Penerima Anugerah Dekan 2009, KUIS

Bachelor in Human Resource

Rosniza Bt Abdullah,

Penerima Anugerah Dekan 2009, KUIS

Bachelor In Bussiness Admin. & E-Commerce

Page 4: Pandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs

KATA PENGANTAR

Bismillah hir rahman- nirahim

Alhamdullilah buku MAPPiCXS ini dapat diterbitkan oleh INSANIAH, dan

diperkenalkan kepada semua pelajar-pelajar di INSANIAH, bermula kepada pelajar-

pelajar yang memulakan pengajian mereka pada tahun 2010.

MAPPiCXS adalah hasil pengalaman penulis sendiri dan terbukti berkesan kepada

beliau dan keluarga beliau, dan jua dari hasil kajian yang di buat oleh beliau kepada

pelajar-pelajar KUIS yang emngamalkan tekni ini semasa pembelajaran mereka.

Teknik ini juga telah diperkenalkan kepada pelajar-pelajar Kolej Universiti Islam

Antarabangsa Selangor [KUIS], dan saya difahamkan bahawa hasil kajian yang

dibuat oleh beliau, menunjukkan bahawa terdapat peningkatan yang positif dan

ketara pada golongan yang menggunakan MAPPiCXS.

Saya dapati buku ini juga menerangkan fungsi pengurusan, dan juga aspek-aspek

bagaimana kita boleh mempertingkatkan ingatan kita, melalui teknik bersenam, yang

mana kita semua perlu mengetahuinya.

Akhir sekali ingin saya nyatakan di sini bahawa pihak pengurusan sentiasa

menggalakkan ahli-ahli akademik menulis buku dan membuat penyelidikan

sepertimana terbentuknya buku MAPPiCXS ini.

Wassalam

Prof Dato’ Dr. Jamil Bin Osman

Rector, Kolej Universiti Insaniah (INSANIAH)

15 Jun 2010 ( 19 Rejab 1431H )

Page 5: Pandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs

PRAKATA DARI PENGARANG

Assalamualaikum

Buku ini ditulis bertujuan untuk memberi kefahaman kepada pembaca untuk

mengekod [encode] maklumat supaya otak lebih senang memahami dan mengingati

maklumat yang diterima.

Pada tahun 1992, Tony Buzan telah mempopularkan teknik seumpama ini dengan

menggunakan nama “Mind Map”. Walau bagaimanapun seorang penulis bernama

Gwen Gawith telah memperkenalkan teknik “ Mind Map” ini lebih awal lagi pada

tahun 1991 di dalam bukunya bertajuk POWER LEARNING.

Tanpa merujuk kepada kedua-dua penulis ini saya mula menggunakan teknik

seumpama ini sejak awal 1966 semasa saya mengambil peperiksaan sijil

persekolahan. Saya dilahirkan dengan mata sebelah kiri saya buta [cataract], dan

pada masa tersebut mata sebelah kanan saya pula mulai dijangkiti [cataract] dan

hanya dapat melihat 20% sahaja.

Saya terpaksa mencari satu teknik bagi mempercepatkan saya memahami dan

mengingati segala yang dibaca. Saya menggunakan pendekatan melukis peta [maps],

melukis gambar [pictures], dan meringkaskan maklumat dalam bentuk jadual

[matrixes]. Dengan menggunakan pendekatan ini, Alhamdulillah, saya berjaya dan

lulus dalam peperiksaan saya, walaupun guru-guru saya meramalkan adalah mustahil

bagi saya untuk lulus dalam peperiksaan tersebut.

Saya sentiasa menggunakan pendekatan ini dalam hidup saya sebagai seorang pelajar

hinggalah saya bekerja dan terus hingga pada masa kini sebagai seorang pensyarah

sambilan di KUIS, dan juga Felo Akademik/Pensyarah di INSANIAH. Pendekatan

ini saya namakan sebagai MAPPiCXS, iaitu gabungan tiga perkataan Inggeris –

MAP, PICTURE dan MATRIX.

MAPPiCXS terbukti berkesan kepada diri saya sendiri, keluarga saya dan juga pada

mereka yang menggunakannya. Dalam tinjauan saya di KUIS, pelajar-pelajar yang

menggunakan teknik MAPPiCXS ini berjaya lulus peperiksaan mereka dengan

cemerlang. Pelajar yang lemah tetapi telah menggunakan teknik MAPPiCXS berjaya

dan lulus dalam peperiksaan mereka sehingga mendapat markah „A‟. Mereka telah

mendapat anugerah cemerlang seperti Anugerah Pelajar Terbaik Universiti, dan

Anugerah Dekan.

Saya turut menggunakan teknik MAPPiCXS dalam menyampaikan kuliah-kuliah

saya. Saya mendapati bukan sahaja mudah untuk memberikan kuliah, tetapi juga para

pelajar mudah untuk memahaminya. Bagi para pelajar yang mengambil nota dan

Page 6: Pandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs

membuat nota, mudah bagi mereka untuk mengingatkan kembali segala apa yang

telah mereka pelajar.

Buku ini disusun bagi memudahkan semua lapisan masyarakat membaca dan

memahaminya. Sebelum pembaca didedahkan dengan teknik menggunakan

MAPPiCXS, pembaca akan didedahkan dengan pengetahuan mengenai pentingnya

Pengurusan, Ilmu dan kemahiran, Fungsi otak kiri dan kanan dan proses ingatan.

Pengetahuan ini ada kaitannya dengan teknik MAPPiCXS.

Bagi menyenangkan para pembaca mengamalkan penggunaan teknik MAPPiCXS

ini, contoh-contoh akan diberi dan dihuraikan dalam buku ini.

Untuk merangsangkan otak kita ke tahap yang lebih tinggi, beberapa bentuk

senaman turut diperkenalkan di dalam buku ini.

Adalah diharapkan buku ini akan dapat membantu para pembaca khususnya pelajar,

guru dan pengurus, dalam mempertingkatkan lagi prestasi mereka dalam apa-apa pun

bidang yang mereka ceburi, InsyaAllah.

Akhir sekali saya ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pensyarah-

pensyarah dan pihak pengurusan INSANIAH, khususnya kepada Prof. Dato‟ Dr.

Jamil Osman, Rector INSANIAH, yang telah memberi sokongan dalam menjayakan

buku terbitan kedua ini. Usaha memperkenalkan teknik kepada semua pelajar di

INSANIAH adalah satu usaha yang baik semoga Allah akan memberkati usaha yang

baik ini, inshAllah.

Wassalam

SHAYA‟A OTHMAN

15 Jun 2010 (19 Rejab 1431H)

Page 7: Pandangan Ahli Akademik Mengenai Mappicxs