Pandangan ahli falsafah terhadap pendidikan telah mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

4
Pandangan ahli falsafah terhadap pendidikan telah mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan beernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ini ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN), kini dikenali sebagai Falsafah Pendidikan Kebagsaan (FPK) ,telah digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Berikut merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, "Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara." Pandangan ahli-ahli falsafah yang saya memilih terhadap pendidikan telah mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pertama sekali, Confucius yang berpendapat pendidikan merupakan salah satu cara untuk membina tingkah laku manusia seperti berakhlak mulia, mengikut

Transcript of Pandangan ahli falsafah terhadap pendidikan telah mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Page 1: Pandangan ahli falsafah terhadap pendidikan telah mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pandangan ahli falsafah terhadap pendidikan telah mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang

benar, rasional dan beernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian

ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logical. Tujuan falsafah ini ialah mencari

serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-perkara

yang penting dalam kehidupan. Falsafah Pendidikan Negara (FPN), kini dikenali sebagai

Falsafah Pendidikan Kebagsaan (FPK) ,telah digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun

1988. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang diumumkan akan menentukan arah haluan, asas

dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan. Berikut

merupakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan,

"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara."

Pandangan ahli-ahli falsafah yang saya memilih terhadap pendidikan telah mempengaruhi

Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pertama sekali, Confucius yang berpendapat pendidikan

merupakan salah satu cara untuk membina tingkah laku manusia seperti berakhlak mulia,

mengikut peraturan serta taat dan cinta kepada pemerintah dan Negara. Ini berkaitkan dengan

Falsafah Pendidikan kita iaitu “Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani”. Pandangan Confucius amat sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

kita yang mementingkan nilai-nilai yang beransur moral. Matlamat pendidikan negara ialah

melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang baik.

Dengan lain perkataan, matlamat pendidikan kebangsaan bertujuan melahirkan rakyat Malaysia

yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri seperti kepercayaan kepada Tuhan,

berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan

Page 2: Pandangan ahli falsafah terhadap pendidikan telah mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu dan memupuk perpaduan di kalangan

rakyat berbilang kaum. Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) hampir sama dengan

pendapat Confucius iaitu melalui pendidikan seseorang individu dapat membina tingkah laku

yang baik.

Seterusnya, ahli falsafah islam iaitu Ibnu Sina menyatakan bahawa pendidikan harus

diarahkan kepada perkembangan seluruh potensi yang dimiliki seseorang kea rah

perkembangnya yang sempurna iaitu perkembangan fizikal, intelek dan budi pekerti. Perkara ini

terdapat dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan kita. FPK telah terlalu mempengaruhi

pandangan Ibnu Sina. Beliau menyatakan bahawa manusia dapat membentuk fizikal dan

mentalnya melalui pendidikan. Ini menyatakan dalam FPK iaitu “melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi “jasmani”. Individu yang cergas dapat melakukan

kegiatan tanpa rasa letih.

John Dewey pula memberi pandangan terhadap pendidikan iaitu pendidikan merupakan satu

proses perkembangan individu. Dalam FPK juga menyatakan takrifan ini iaitu usaha yang

berterusan kea rah memperkembangkan poitensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan individu yang seimbang. Perkembangan individu yang diceritakan oleh John

Dewey merujuk JERIS iaitu jasmani, emosi, rohani, intelek, dan sosial. Ini yang terkandung

dalam FPK dan jelaslah pandangan Dewey mempengaruhi FPK negara kita.

Tambahan pula, dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan ada ayat yang menyatakan bahawa

“pendidikan adalah untuk melahirkan rakyat berilmu pengetahuan, berakhlak mulai, bertanggungjawab, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri”. Ayat ini dinyatakan oleh Dewey pula sebagi pandangan iaitu pendidikan merupakan satu proses

yang membentuk insan yang mempunyai akhlak moral. Dengan ini jelaslah pandangan Dewey

mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Akhirnya tokoh falsafah islam iaitu Ibnu Sina yang memberi pandangan terhadap pendidikan

bahawa pendidikan harus diarahkan kepada perkembangan seluruh potensi yang dimiliki

seseorang kearah perkembangannya yang sempurna iaitu perkembangn fizikal, intelektual dan

budi pekerti. Takrifan ini terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) seperti ini

“pendidikan memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, intelek dan rohani”. Beliau menekankan aspek fizikal, mental dan budi pekerti yang sama

seperti FPK. Jika seseorang individu mengalami kekurangan daripada tiga aspek yang

Page 3: Pandangan ahli falsafah terhadap pendidikan telah mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

dinyatakan di atas maksudnya individu tersebut tidak menuju ke arah pendidikan yang

sempurna. Pandangan beliau amat padan dengan apa yang dinyatakan dalam Falsafah

Pendidikan Negara.

Menurut Ibnu Sina pula, keterampilan juga dinyatakan iaitu pemberian perhatian terhadap

pendidikan yang boleh mengukir bakat yang ada pada seseorang itu. Dalam Falsafah

Pendidikan Kebangsaan juga terdapat unsur keterampilan iaitu “usaha ini adalah bagi melahirkan warga Malaysia yang berketerampilan serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”. Pendidikan merupakan

satu cara untuk mengukir bakat seseorang. Sesetengah orang menyembunyikan bakat mereka

sampai mengetahuinya. Sehubungan dengan ini, pendidikan telah meluahkan bakat mereka

dan membantu mereka untuk menceburi dalam bidang yang mereka mempunyai bakat.

Pendapat ini yang diceritakan oleh Ibnu Sina telah terkandung dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

Kesimpulannya, berpandukan kepada penyataan Falsafah Pendidikan Kebagsaan (FPK),

adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha mengembangkan

potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis

dan seimbang berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Dengan contoh-contoh

yang diberi jelaslah pandangan terhadap pendidikan ketiga-tiga tokoh yang saya memilih telah

mempengaruhi Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Sebagai warga Malaysia yang

mencinta tanah air kita hendaklah menerima pendidikan dengan sempurna dan menyumbang

kejayaan dalam pelbagai bidang untuk membawa Negara kita ke arah yang cemerlang.