Panduan Am Untuk Staf Sekolah. - smkipoh.tripod.comsmkipoh.tripod.com/panduan_am.pdf · Guru...

6
Panduan Am Untuk Staf Sekolah. 1. Arahan Am. 1.1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dihenendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut. 1.2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan yang lain. 1.3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruaan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/ mata pencarian semata- mata. 1.4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip- prinsip Perkhidmatan Cemerlang. 1.5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan matlamat Pendidikan Negara. 1.6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas. 1.7. Bertanggungjawab dalam menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah. 1.8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas. 2. Kedatangan. 2.1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu belajar dan menandatangani buku kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah. 2.3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin. 2.4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan. 3. Keluar waktu mengajar. 3.1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/ Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/ Penolong Kanan. 3.2. Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua/ Penolong Kanan sebelum keluar. 3.3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan/ Penyelia Petang. 4. Cuti. 4.1. Cuti Rehat/ Cuti Penggal. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember, 1993, guru berkelayakkan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas- tugas seharian daripada tugas mengajar.

Transcript of Panduan Am Untuk Staf Sekolah. - smkipoh.tripod.comsmkipoh.tripod.com/panduan_am.pdf · Guru...

Page 1: Panduan Am Untuk Staf Sekolah. - smkipoh.tripod.comsmkipoh.tripod.com/panduan_am.pdf · Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum ... ditanda pada setiap hari

Panduan Am Untuk Staf Sekolah.

1. Arahan Am.

1.1. Selaku pegawai kerajaan, guru adalah tertakluk kepada segala arahan yang terdapat dalam Perintah Am Kerajaan. Oleh itu semua guru dihenendaki membaca, memahami dan juga mematuhi Perintah Am tersebut.

1.2. Guru dan staf sokongan sekolah dinasihatkan supaya membaca, memahami dan boleh mentafsirkan dengan tepat akan kandungan Perintah Am dan Arahan Perkhidmatan yang lain.

1.3. Guru hendaklah menghayati tatasusila profesion keguruaan dan menjunjungnya sebagai satu profesion dan bukan sebagai satu pekerjaan/ mata pencarian semata-mata.

1.4. Semua guru dan staf sokongan hendaklah mengamalkan dan menghayati prinsip-prinsip Perkhidmatan Cemerlang.

1.5. Guru hendaklah mengamal dan menghayati Falsafah dan matlamat Pendidikan Negara.

1.6. Meletakkan kepentingan murid dan sekolah lebih daripada kepentingan diri dalam menjalankan tugas.

1.7. Bertanggungjawab dalam menjaga dan menjamin keselamatan murid ketika berada di sekolah dan menjaga harta benda sekolah.

1.8. Sentiasa mengamalkan kepimpinan yang berkesan dan dinamik serta cekap menjalankan tugas.

2. Kedatangan.

2.1. Jadual waktu belajar mesti dipatuhi seperti ditetapkan oleh pihak sekolah. 2.2. Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum waktu belajar

dan menandatangani buku kehadiran semasa sampai dan sewaktu balik sekolah. 2.3. Guru yang tidak dapat hadir atau terpaksa datang lewat hendaklah memberikan

kenyataan dan sebab-sebab yang wajar. Guru mesti memberitahu pihak sekolah secepat mungkin.

2.4. Semua urusan peribadi guru hendaklah dibuat di luar waktu sekolah kecuali dalam keadaan kecemasan.

3. Keluar waktu mengajar.

3.1. Guru tidak dibenarkan meninggalkan kawasan sekolah dalam masa waktu mengajar kecuali jika ada sesuatu perkara yang tidak dapat dielakkan atau arahan dari Jabatan Pendidikan/ Pejabat Pendidikan Daerah dengan syarat mendapat kebenaran daripada Pengetua/ Penolong Kanan.

3.2. Guru dikehendaki mengisi borang kebenaran keluar dan dituliskan dalam Buku Rekod Keluar. Dapatkan tandatangan Pengetua/ Penolong Kanan sebelum keluar.

3.3. Sebelum meninggalkan sekolah, guru diminta meninggalkan kerja bertulis untuk pelajar melalui Guru Penolong Kanan/ Penyelia Petang.

4. Cuti.

4.1. Cuti Rehat/ Cuti Penggal. Mengikut Surat Pekeliling Kementerian Pelajaran KP(PP)0046.SJ/(30) bertarikh 24 Disember, 1993, guru berkelayakkan mendapat cuti penggal sekolah untuk menggantikan cuti rehat. Tetapi guru boleh dipanggil bertugas oleh Pengetua tidak melebihi sepertiga daripada jumlah cuti sesuatu tahun untuk menjalankan tugas-tugas seharian daripada tugas mengajar.

Page 2: Panduan Am Untuk Staf Sekolah. - smkipoh.tripod.comsmkipoh.tripod.com/panduan_am.pdf · Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum ... ditanda pada setiap hari

4.2. Cuti Sakit. 4.2.1. Sijil sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta yang melebihi dua hari berturut-

turut hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan kerajaan. 4.2.2. Cuti sakit yang dikeluarkan oleh doktor swasta tidak boleh melebihi 14 hari

dalam setahun. 4.2.3. Cuti sakit yang melebihi 90 hari setahun sama ada berterusan atau putus-putus

akan dilaporkan ke Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan untuk menentukan pembayaran gaji.

4.3. Cuti tanpa gaji.

4.3.1. Mengikut Perintah Am Bab C Cuti Tanpa Gaji boleh dipohon diatas sebab-sebab persendirian yang mustahak.

4.3.2. Cuti Tanpa Gaji daripada kakitangan bukan guru hanya boleh diberi selepas habis semua cuti rehatnya.

4.3.3. Kelayakan Cuti Tanpa Gaji ialah 30 hari bagi tiap-tiap genap tahun perkhidmatan tetapi tidak melebihi 180 hari.

4.3.4. Cuti Tanpa Gaji untuk tujuan keluar negeri hanya boleh diambil sekali dalam masa 4 tahun.

4.3.5. Kelulusan Cuti Tanpa Gaji yang tidak melebihi 14 hari setahun adalah diluluskan oleh Pengarah Pendidikan Negeri. Cuti yang melebihi 15 hari diluluskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Borang permohonan hendaklah dihantar ke Jabatan Pendidikan Negeri 10 minggu sebelum tarikh mula bercuti.

4.4. Cuti Sambilan.

4.4.1. Cuti Sambilan Ialah cuti bergaji penuh untuk guru sahaja. 4.4.2. Cuti ini boleh diluluskan oleh Pengetua hanya atas sebab-sebab kecemasan

dan upacara agama bagi tempoh tujuh hari dalam setahun.

4.5. Cuti Keluar Negeri. 4.5.1. Semua guru yang hendak bercuti ke luar negeri mesti mendapat

kelulusan dari Jabatan. Sila isikan borang permohonan yang ada di pejabat selewat-lewatnya 4 minggu sebelum tarikh bercuti.

5. Pakaian.

5.1. Guru hendaklah berpakaian kemas, sesuai dengan profesion keguruan dan masyarakat timur.

5.2. Pakaian berbentuk seluar dan baju tanpa lengan tidak dibenarkan bagi guru perempuan.

5.3. Guru lelaki dikehendaki mempunyai potongan rambut dan panjang rambut yang sesuai.

5.4. Guru yang mengajar Pendidikan Jasmani dikehendaki memakai pakaian yang

sesuai. 5.4.1. Guru perempuan – seluar trek/ panjang yang sesuai, kemeja T/ kemeja sukan,

baju trek, kasut sukan/ getah tanpa tumit. 5.4.2. Guru lelaki – seluar pendek, seluar trek atau seluar panjang yang sesuai,

kemeja T, kemeja sukan, baju trek atau jersi, kasut sukan atau kasut getah tanpa tumit.

6. Perhubungan Sesama Guru.

6.1. Guru sewajarnya memupuk hubungan peribadi dan profesional yang baik dan sihat 6.2. sesama guru dan sentiasa dapat mengawal tutur kata mereka. Juga diharapkan

akan dapat mewujudkan perasaan kekitaan.

Page 3: Panduan Am Untuk Staf Sekolah. - smkipoh.tripod.comsmkipoh.tripod.com/panduan_am.pdf · Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum ... ditanda pada setiap hari

6.3. Guru tidak dibenarkan mempengaruhi atau memaksa pandangan/ fahaman/ pendapat/ kepercayaan kepada guru ataupun pelajar atau staf sokongan sekolah yang lain.

6.4. Perhubungan yang berbentuk kumpulan yang berdasarkan kepada kaum, status sosial, sosiao ekonomi, kelulusan dan sebagainya adalah tidak dibenarkan sama sekali wujud di sekolah.

7. Bilik Guru.

7.1. Kebersihan dan keselamatan bilik guru adalah menjadi tanggungjawab semua guru. Ini termasuk keselamatan harta benda di dalam bilik guru.

7.2. Guru hendaklah berada di bilik guru semasa tidak mengajar di kelas. Masa ini hendaklah dianggap sebagai “non-teaching period” dan bukannya “free period”. Oleh itu guru hendaklah menggunakan masa tersebut di bilik guru untuk perkara-perkara berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran sahaja.

7.3. Guru tidak digalakkan membenarkan pelajar berada di bilik guru. 7.4. Guru yang berada di bilik guru hendaklah sama-sama bertanggung jawab

memastikan suasana yang sesuai dan tidak mengganggu ketenteraman mana-mana pihak.

8. Perjawatan dan Pengajaran.

8.1. Jikalau guru menghadapi sebarang masalah dalam bidang perjawatan, mereka boleh berurusan dengan Pembantu Tadbir atau Pengetua.

8.2. Guru yang menghadapi masalah di bidang pengajaran bolehlah berurusan dengan Guru Ketua Panitia, Guru Kanan atau Penolong Kanan.

9. Tugas.

9.1. Guru akan diberi tugas-tugas berbentuk kurikulum, kokurikulum dan pentadbiran. Mereka mesti melaksanakan tugas-tugas tersebut dengan dedikasi, cekap dan bertanggungjawab.

9.2. Apabila diarahkan untuk melaksanakan sesuatu tugas/ arahan misalnya menghadiri mesyuarat, pergi ke Jabatan Pendidikan atau ke sekolah lain, guru hendaklah mengambil tindakan sendiri. Guru yang ditugaskan tidak boleh mengarahkan guru lain melaksanakannya tanpa pengetahuan pengetua. Jika tugas itu terpaksa dijalankan oleh pihak lain atas persetujuan sesama sendiri, maka ia mesti sampai ke pengetahuan pengetua.

10. Buku Rekod Mengajar.

10.1. Setiap guru akan diberi sebuah Buku Rekod Mengajar dan bertanggungjawab terhadap keselamatan buku tersebut. Semua butiran hendaklah disempurnakan dengan teliti, kemas dan lengkap. Buku ini hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari jumaat/ khamis untuk disemak dan ditandatangani oleh Pengetua/ Penolong Kanan.

10.2. Jika seseorang guru bercuti, buku tersebut hendaklah diserahkan kepada Penolong Kanan.

10.3. Buku Rekod Mengajar hendaklah diserahkan ke pejabat pada hari terakhir tahun persekolahan.

10.4 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa. Ia haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.

Page 4: Panduan Am Untuk Staf Sekolah. - smkipoh.tripod.comsmkipoh.tripod.com/panduan_am.pdf · Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum ... ditanda pada setiap hari

11. Jadual Waktu.

11.1. Guru tingkatan hendaklah menyediakan satu salinan jadual waktu untuk dipamerkan dalam kelas sendiri.

12.2. Guru tidak dibenarkan mengubah jadual waktu yang telah ditetapkan tanpa kebenaran.

12. Jadual Kedatangan Pelajar.

12.1. Setiap guru tingkatan akan diberi sebuah buku kedatangan pelajar. Guru bertanggungjawab memasukkan maklumat-maklumat yang diperlukan dan

hendaklah memahami dan mematuhi kehendak-kehendak mengenainya yang tercetak dibahagian dalam kulit hadapan. 12.2. Jadual kedatangan pelajar hendaklah ditulis dengan teratur, kemas dan

ditanda pada setiap hari oleh guru tingkatan pada waktu pertama. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir, penyelaras tingkatan bertanggungjawab menandanya.

12.3. Buku ini hendaklah sentiasa berada di pejabat. 12.4. Pelajar yang tidak hadir selama tiga hari berturut-turut atau berselang-seli

dalam satu minggu, ibubapa/ penjaga hendaklah dihubungi secara bertulis. 12.5. Analisa mesti dibuat pada setiap akhir bulan dan akan disemak oleh guru

yang bertanggungjawab. 12.6. Guru tidak dibenarkan membawa balik Buku Jadual Kedatangan Pelajar.

13. Keselamatan Harta Benda Sekolah.

13.1. Semua guru dikehendaki memberi kerjasama sepenuhnya dalam menjaga keselamatan harta benda sekolah. Pelajar yang merosakkan harta benda sekolah sama ada dengan sengaja atau dengan tidak sengaja hendaklah dibawa ke pengetahuan pihak sekolah

13.2. Ketua Panitia/ Guru Kanan hendaklah memastikan ada peraturan- peraturan mengenai penggunaan alat-alat bilik-bilik tertentu seperti makmal, bengkel dan lain-lain.

14. Kebersihan.

14.1. Setiap guru bertanggungjawab menjaga kebersihan sekolah. Jadual giliran bertugas pelajar hendaklah disediakan oleh guru tingkatan. Alatan membersihkan kelas hendaklah digunakan dengan rapi dan disimpan dengan selamat.

14.2. Guru Kanan/ Ketua Panitia dan guru lain yang mempunyai bilik khas/ tempat khas (bengkel,bilik kaunseling, makmal dan lain-lain) bertanggungjawab untuk menjaga bilik tersebut.

14.3. Kebersihan kawasan sekolah adalah tanggungjawab semua guru, staf sokongan dan pelajar.

15. Surat-menyurat.

15.1. Semua surat rasmi hendaklah dikirimkan melalui pengetua untuk disampaikan kepada pihak berkenaan.

16. Surat Yang Diterima.

16.1. Ada surat yang diterima oleh sekolah terpaksa diedar kepada guru untuk diambil tindakan. Guru berkenaan hendaklah mengambil tindakan segera terhadap surat-surat tersebut.

Page 5: Panduan Am Untuk Staf Sekolah. - smkipoh.tripod.comsmkipoh.tripod.com/panduan_am.pdf · Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum ... ditanda pada setiap hari

16.2. Jika surat itu dituju kepada guru yang dinyatakan melalui dan salinan kepada pengetua, surat itu boleh disimpannya sendiri setelah mengambil tindakan.

16.3. Jika surat itu ditujukan kepada pengetua dan pengetua mengedarnya untuk tindakan guru yang berkenaan, maka guru itu hendaklah: 16.3.1.1. Mengambil fail yang berkenaan di pejabat jika fail itu tidak

ada dalam simpanannya. 16.3.1.2. Mengambil tindakan yang diperlukan. 16.3.1.3. Memulangkan semula fail itu ke pejabat.

17. Pergi Ke Jabatan Pendidikan/ Pendidikan Daerah.

17.1. Guru-guru tidak digalakkan pergi ke Jabatan Pendidikan Negeri atau Pejabat Pendidikan Daerah untuk urusan peribadi.

18. Pelawat.

18.1. Semua pelawat DIMESTIKAN berjumpa dengan Pengetua/ Penolong Kanan terlebih dahulu. Guru tidak dibenarkan berbincang dengan wakil-wakil firma atau penjual-penjual kecuali dengan kebenaran Pengetua atau wakilnya.

19. Membeli Barang.

19.1. Guru yang hendak membeli barang mesti memohon kebenaran dengan menggunakan borang yang boleh diperolehi di pejabat.

19.2. Borang itu mesti mendapat pengesahan daripada Ketua Panitia / Guru Kanan/ Penolong Kanan sebelum diluluskan oleh Pengetua.

19.3. Semua pesanan mesti dibuat melalui Borang Pesanan Tempatan. 19.4. Segala invois mesti ditandatangani oleh guru yang menerima dan

direkodkan dalam buku stok dengan kemas.

20. Kegiatan Kokurikulum.

20.1. Semua guru akan ditugaskan menjadi penasihat kegiatan kokurikulum. Tugas ini hendaklah dijalankan dengan cekap dan teratur.

21. Perhimpunan Sekolah.

21.1. Semua guru dikehendaki menghadiri perhimpunan sekolah pada masa- masa dan hari-hari yang ditetapkan.

21.2. Guru lelaki hendaklah memakai tali leher dan baju kemeja berlengan panjang.

21.3. Guru akan bersama-sama pelajar menyanyikan Lagu Negaraku, Lagu Negeri dan Lagu Sekolah.

22. Mesyuarat Guru.

22.1. Dari semasa ke semasa pengetua akan memanggil mesyuarat guru. Kedatangan semua guru ke mesyuarat ini adalah diwajibkan.

22.2. Guru diwajibkan menghadiri mesyuarat yang dipanggil oleh Guru Kanan/ Ketua Panitia.

Page 6: Panduan Am Untuk Staf Sekolah. - smkipoh.tripod.comsmkipoh.tripod.com/panduan_am.pdf · Guru dikehendaki berada di dalam kawasan sekolah 5 minit sebelum ... ditanda pada setiap hari

23. Buku Stok/ Inventori.

23.1. Guru kanan/ Ketua Panitia bertanggungjawab menguruskan buku stok/ inventori dan memastikan maklumat dalam buku stok atau inventori adalah tepat, lengkap dan sentiasa dikemaskini. Buku ini akan disemak dari masa ke semasa oleh Pengetua/ Penolong Kanan.

24. Tanda Nama.

24.1. Semua guru hendaklah memakai tanda nama pada hari persekolahan, majlis rasmi di sekolah/ di luar sekolah.

25. Keahlian Kelab Guru/ PIBG.

25.1. Semua guru secara automatik menjadi ahli kelab guru dan PIBG sekolah. 25.2. Jumlah yuran kelab guru tertakluk kepada keputusan mesyuarat.

26. Penggunaan Alat-Alat termasuk komputer bimbit dan LCD.

26.1. Penggunaan alat-alat hendaklah betul serta mengikut peraturan. 26.2. Mesti mendapat kebenaran daripada ketua-ketua bahagian atau penjaga

stok. 26.3. Bertanggungjawab menggunakan alat-alat dengan baik dan memulangkan

kembali dengan segera serta berkeadaan baik. 26.4. Jika rosak hendaklah dilaporkan dengan serta merta.

27. Arahan dan Pekeliling.

27.1. Setiap arahan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh pengetua hendaklah dibaca dengan teliti dan dipatuhi serta ditandatangani selepas membacanya.

27.2. Sekiranya arahan dan pekeliling itu diberi terus, guru hendaklah disimpan di dalam fail khas.

27.3. Sekiranya pekeliling itu dari Kementerian, Jabatan Pendidikan/ PPD, guru hendaklah mengembalikan dengan segera ke pejabat sekolah setelah tindakan diambil.

28. Telefon.

28.1. Pengguanaan telefon hanyalah untuk urusan rasmi sahaja. Guru hendaklah menggunakan telefon awam atas urusan peribadi.

29. Kunci.

29.1. Semua kunci mesti disimpan di pejabat. 29.2. Kalau ada guru yang hendak menyimpan kunci bilik-bilik tertentu, dia

mestilah mendapat kebenaran dari Pengetua. Guru tersebut bertanggungjawab terhadap bilik tersebut sepenuhnya.

30. Acara atau Majlis Sekolah.

30.1. Semua guru dikehendaki hadir dalam semua majlis atau acara rasmi sekolah.