Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

download Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

of 74

Transcript of Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    1/74

    42 PANDUAN CARA BUAT WANG

    MS SURIA MARKETING ANDA MAMPU MENGUBANYA

    42 PANDUAN CARA BUAT WANG

    (No1)

    5 Strategi Kejayaan Dan Kekayaan

    1.Sikap

    Jika hanya ada satu sahaja faktor penentu kejayaan dalam apa juga yang anda

    lakukan, ialah sikap. Einstein mengatakan bahawa sikap 99% adalah penentu

    kejayaan atau kegagalan seseorang.

    Anda mestilah mempunyai sikap yang positif dalam apa juga yang anda mahu

    lakukan, jika anda mahukan kejayaan.

    Samada anda berjaga, hendak melelapkan mata, bekerja apa juga yang anda buat,

    anda mestilah tanamkan sikap positif. Apabila sesuatu perkara tidak menjadi

    seperti yang anda harapkan, anda sepatutnya terus bersikap positif. Jika anda

    bangun lewat, jangan merasa bosan, sebaliknya anda harus berfikiran positif dan

    berkata kepada diri anda sendiri ok, hari ini aku terlewat bangun, sekarang

    aku perlu lakukan yang terbaik untuk hari ini.

    Saya tidak percaya bahawa mereka yang berjaya pada hari ini boleh mencapai tahap

    itu tanpa mempunyai sikap yang baik dan positif.

    Sebenarnya lebih mudah untuk berfikiran negatif, dan untuk pengetahuan anda

    untuk berfikiran positif memerlukan sedikit usaha. Tampalkan satu nota di atas

    meja anda, di dalam kereta, cermin dibilik air yang tertulis SIKAP. Apabila

    anda melihat nota itu, berhenti sejenak dan berfikir tentang perkara yang sudah

    berlaku pada hari itu, dan jika ada masanya anda merasa tidak berfikiran

    positif, fikirkan semula dan teruskan kerja yang anda lakukan.

    Jika anda bersikap positif, semua perkara yang anda lakukan akan menjadi lebih

    mudah. Jika ada perkara yang anda tidak suka lakukan, jangan biarkan sehingga

    pada saat akhir, bahkan lakukan perkara tersebut dahulu dan fikirkan Saya mahu

    menyiapkan kerja ini sampai siap kemudian saya boleh buat kerja yang saya suka

    !. Cubalah teknik ini dan anda pasti akan merasa perbezaannya.

    2. Ambil tindakan

    Ini merupakan satu isu yang besar kepada ramai orang, mereka mempunyai idea

    bisnes yang baik, mereka memberitahu kepada kawan-kawan tentang bisnes yang

    hendak dimulakan, kawan-kawan menjadi positif dan menyokong. Kemudian mereka

    beritahu kepada beberapa orang lain sehinggalah menjadi senyap begitu sahaja.

    Jika anda mempunyai idea yang bagus tidak menjadi masalah, tetapi anda perlu

    membuat tindakan. Kemudian apabila anda sudah mula melakukan sesuatu, anda perlu

    mengambil beberapa lagi langkah seterusnya sehinggalah mencapai kejayaan.

    Jika anda mempunyai peluang atau idea pada masa ini, mungkin sesuatu yang sudah

    lama anda fikirkan, berhenti bercakap dan berfikir tentangnya BUAT SAHAJA.

    Saya mempunyai ramai sahabat yang datang berjumpa dan bercakap tentang idea-idea

    bisnes seperti seolah-olah mereka yang menyuruh saya melakukan bisnes tersebut.

    Saya boleh menolong mereka, beri cadangan tetapi yang menyedihkan ialah 90%

    daripada mereka tidak pernah membuat tindakan. Jika anda tidak membuat tindakan,

    anda menafikan hak anda untuk satu kejayaan.

    3. Tukar Bagaimana Anda Diprogramkan

    Sejak dari bangku persekolahan lagi kita selalu terfikir seperti yang selalu

    diberitahu oleh orang-orang dewasa bahwa belajar pandai-pandai dan dapatkan

    1

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    2/74

    kerja yang baik. Harap anda jangan tersalah anggap, saya fikir apabila kita

    disekolah kita perlu belajar apa yang perlu kemudian buka bisnes anda sendiri!

    80% jutawan pada hari ini mencapai impian mereka dengan memulakan bisnes

    sendiri. Mungkin anda sudah sedia maklum, jika anda benar-benar mahukan

    kebebasan kewangan, masa depannya ialah dengan memulakan perniagaan sendiri.

    Sudah tentu bisnes sendiri harus menanggung risiko, dan boleh mengurangkan

    risiko tersebut dengan memulakannya secara sambilan, dan gunakan teknik yangsaya tunjukkkan dengan modal yang kecil, tetapi ganjarannya amat banyak dan

    menguntungkan.

    4. Tuliskan Apa Yang Anda Fikirkan

    Saya tidak kisah berapa baik memori yang anda ada, tetapi mengapa perlu

    dibiarkan sahaja. Mengapa perlu menanggung risiko jika terlupa sesuatu yang

    penting? Tuliskan perkara yang ada difikiran anda menolong melegakan otak anda

    yang sarat dengan maklumat. Apabila anda menulisnya anda tidak perlu takut jika

    terlupa pada masa yang diperlukan.

    Jika anda mempunyai idea tuliskan.

    Jika anda mempunyai masalah tuliskan.

    Apabila anda menulis sesuatu masalah, anda akan dapati bahawa anda boleh

    berfikir dengan lebih jelas, dan satu masa nanti perkara tersebut dapat

    diselesaikan. Teknik ini nampak mudah, tapi jika anda mula menggunakannya, anda

    pasti akan lihat perbezaannya kelak.

    5. Tetapkan matlamat dan impian

    Jika anda tidak mempunyai sasaran, anda tidak akan dapat apa-apa. Anda mesti

    mempunyai matlamat, anda perlu tahu kemana destinasi anda, berusaha untuk

    mencapainya dan sentiasa ingat akan impian anda. Saya berjumpa dengan ramai

    orang yang mungkin tidak faham tentang konsep ini yang berkata impian aku ialah

    untuk menjadi jutawan dalam masa 5 tahun tetapi apabila anda tanyakan bagaimana

    untuk mencapainya, mereka hanya diam sahaja.Anda mesti mempunyai matlamat jangka panjang, untuk tempoh 5 tahun akan datang,

    kemudian anda perlu berusaha untukmencapainya, kemudian tetapkan matlamat jangka

    pendek yang lebih mudah dicapai contohnya matlamat setahun, sebulan dan

    seminggu.

    Saya harap 5 strategi diatas dapat menolong anda berjaya dengan lebih mudah dan

    cepat.

    (No2)

    100 JENIS PERNIAGAAN YANG BOLEH DIMULAKAN DARI MEJA MAKAN DI DAPUR ANDA

    Perniagaan yang boleh dijalankan di rumah bukan semestinya boleh dilakukan oleh

    semua orang . anda boleh menjalankan perniagaan anda di rumah walaupun anda

    seorang kanak-kanak, tua, lelaki atau perempuan. Anda boleh berjaya sekiranya

    anda mempunyai pelan perancangan , idea kesihatan dan komitmen yang

    bersungguh-dungguh. Anda juga boleh berjaya jika mendapat sokongan daripada

    orang yang berada disekitar anda.

    Contohnya seperti isteri atau suami dan anak-anak atau ibu bapa dan adik beradik

    yang akan memberikan bantuan dalam bentuk material dan moral. Mereka perlu

    memahami kerjaya anda dan sentiasa memberikan sokongan.

    Kebanyakan orang sebenarnya amat takut untuk memulakan sesuatu lebih-lebih lagi

    sekiranya mereka mempunyai pekerjaan yang bergaji tetap sebelumnya. Bayangan

    kegagalan sentiasa bermain difikiran dan benak mereka. Untuk berjaya anda perlu

    bersikap terbuka dan yakin diatas apa yang mahu anda lakukan. Anda juga perlumemastikan yang anda benar-benar yakin dan tahu mengenai perniagaan yang akan

    anda ceburi itu dan telah anda mempelajarinya.

    Setiap usaha baru yang dilakukan anda perlu ada perancangan teliti dan membuat

    2

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    3/74

    perangkaan pendapatan. Jangan jadikan halangan-halangan awal sebagai pembunuh

    usaha anda . sudah pastilah anda akan menemui seribu satu macam karenah dan

    gelagat para pelanggan anda , hal ini biasa berlaku kerana amata mustahil bagi

    kita memenuhi semua tuntutan mereka.

    Pengalaman dan pengetahuan didalam bidang yang akan anda ceburi nanati juga

    merupakan satu perkara penting yang akan menjadi ` guru yang amat bernilai

    kepada anda kelak. Pendedahan juga amat penting untuk perniagaan anda. Tanpa

    membuat pendedahan dan memperkenalkan perniagaan anda bermakna tida gunanyausaha anda itu. Pendedahan yang dimaksudkan merupakan satu tugas yang begitu

    penting didalam perniagaan anda, dengan lain perkataan ia disebut iklan.

    Sebab itulah peniaga yang berjaya selalunya telah memperuntukkan sebahagian

    besar belanjawannya untuk tujuan promosi dan iklan sahaja. Mereka akan

    memberitahu dan memperkenalkan perniagaan mereka dengan meluas sekali.

    Bakal-bakal pelanggan sudah tentu ingin mengetahui apa yang sedang dijalankan

    dan bagaimana mereka boleh menghubungi anda kelak.

    Cara yang murah untuk membuat iklan ialah dengan mengedarkan risalah/flyer

    perniagaan anda yang lengkap dengan alamat dan nombor talipon bagi memudahkan

    mereka menghubungi anda. Jika anda mempunyai kemudahan lain seperti mesin faks,

    komputer dan internet ini boleh menambahkan lagi keupayaan perniagaan anda di

    mana anda boleh menjalankan perniagaan anda secara meluas tanpa sempadan.

    Gunakan semua kemudahan dan teknologi perhubungan yang ada jika anda mampu bagi

    meningkatkan perniagaan anda. Pengiklanan di dalam akhbar dan majalah juga

    merupakan salah satu cara untuk mempromosikan perniagaan anda dengan kos yang

    agak murah . kad-kad perniagaan / business card juga penting. Anda boleh

    dihubungi dan menghubungi pelanggan dengan pelbagai cara, sama ada secara terus

    , surat menyurat, talipon, faks, email, internet dan sebagainya.

    Perniagaan yang boleh anda ceburi tidak terhad bilangannya dan anda boleh

    memilih berbagai kategori yang ada. Ramai orang yang memulakan perniagaan tidak

    mempunyai pengalaman yang mencukupi, sebaliknya mereka maju dan berkembangmelalui fizikal dan mental yang kuat serta modal dalam bentuk wang.

    Pemasaran yang lebih mudah akan membantu meningkatkan perniagaan anda dengan

    lebih cepat lagi. salah satu cara pemasaran yang mudah, cepat dan popular serta

    tidak memerlukan kemahiran yang tinggi ialah dengan menggunakan kaedah mail

    order ataupun menggunanakan kaedah urusniaga pos. di bawah ini disenaraikan

    sebahagian daripada cara untuk menjalankan perniagaan dari meja makan di rumah

    anda.

    Juru runding perniagaan

    Perkhidmatan simpan kira

    Syarikat ( akaun )

    Perkhidmatan kesetiausahaan

    Perkhidmatan recycle

    ( kitar semula )

    Clipping service

    Collection service

    Perkhidmatan faks

    Membuat promosi

    Juru gambar

    Katering

    Merawat bunga / tanaman

    Broker maklumat

    Data sekuritiData masuk

    Perunding perisian komputer

    Guru komputer

    Deejay secara kontrak

    3

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    4/74

    Promoter jualan

    Broker cetakan

    Broker hartanah

    Broker kenderaan

    Mencuci pangsapuri

    Hiasan dalaman /

    Pengubahsuaian rumah

    Ejen lelongan/jualan

    Melukis papan iklanPengacara

    Membaiki paip

    Membaiki peralatan elektrik

    Menaip

    Menjahit

    Menggubah bunga

    Seni mengandam

    Mengajar tusyen

    Guru tari

    Guru kompang

    Guru masakan

    Menjual lauk pauk

    Menjual sarapan pagi

    Menyewakan bunga-bungaan

    Menyewakan pita video

    Guru fotografi

    Guru jahitan

    Guru sulaman/mengait

    Guru musik

    Guru nyanyian

    Guru agama

    Guru quran

    Ketabiban

    Rawatan tradisional

    Mendandan rambutServis menjawab talipon

    Seminar mutu diri

    Membaiki motokar

    Membaiki motosikal/basikal

    Juru runding kewangan

    Menyewakan bilik

    Perunding perkahwinan

    Mengambil gambar perkahwinan dan keluarga

    Menyewakan kenderaan

    Mencari barangan antik

    Multi level marketing

    Jualan secara parti dirumah

    Menjual melalui talipon

    Perkhidmatan talipon jarak jauh

    Perunding pelancongan

    Menghantar barang

    Membuat cop getah

    Mencetak t-shirt

    Membuat perabot

    Membuat barangan kraf

    Membuat kuih muih

    Membuat biskut dan pastri

    Menyewakan peralatan musik

    Melukis

    Membuat grafikMembaiki jeans dan pakaian

    Membuat dan menjual aksesori wanita

    Membuat dan menjual butang , lencana

    Menjual cenderahati

    4

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    5/74

    Membuat pagar kayu

    Menjual kayu api

    Menjadi ejen import eksport

    Menjual buah-buahan kampung

    Menjual sayur-sayuran

    Menjual ikan perliharaan

    Melukis pelan rumah/bangunan

    Menulis buku/menulis skrip drama

    Menulis novel / cerita seram / remajaMenulis surat berita / newsletter

    Pemberita bebas.

    Melukis kartun

    Menulis artikel

    Agensi pekerjaan

    Agensi insuran kenderaan /lesen/cukai jualan

    Menulis surat rasmi

    Mengisi borang rasmi

    Menulis petisyen

    Menerbitkan panduan hartanah

    Typesetting

    Komedi

    Penterjemah

    Proofreading

    Editor

    (No3)

    BAGAIMANA 100,000 ORANG BOLEH MEMBERI RM10 KEPADA ANDA

    Tidak! Ianya bukan seperti yang anda fikirkan. Walaupun tajuknya agak

    kontroversi, ianya sebenarnya adalah salah satu bisnes yang cukup menguntungkan.

    ANDA BOLEH MENDAPAT WANG DENGAN MEMBERI DISKET KOMPUTER SECARA PERCUMA

    Dalam file ebook-Rahsia Dan Petua Kejayaan ini terdapat pelbagai tajuk bisnes.

    Oleh itu apa yang anda perlu lakukan ialah membuat salinan 25 laporan yang anda

    rasa paling terbaik dan save kan kedalam satu disket.

    RM10 DISKET PERCUMA!!

    Jika satu laporan berharga RM10, jadi 25 laporan ialah RM250! Ini bermakna anda

    boleh menjual satu disket pada harga RM100 jika anda mahu. Walaupun begitu

    terdapat satu cara yang lebih bagus dan lebih menguntungkan. Cara paling cepat

    untuk mendapatkan wang ialah dengan memberikan disket tersebut secara percuma!!!

    TEMPAH IKLAN

    Cara untuk mencari mereka yang berminat ialah dengan menempah iklan

    diakhbar-akhbar yang terkemuka. Tempah iklan yang ditulis begini:

    PERCUMA 25 CARA BUAT DUIT DARI RUMAH!

    MUDAH DAN MENGUNTUNGKAN! TANPA MODAL!

    UNTUK DISKET PERCUMA POSKAN RM10 UNTUK

    KOS PENGHANTARAN KEPADA : ALAMAT ANDA

    MENDAPAT TEMPAHAN

    Apabila anda mendapat tempahan, anda hanya perlu membuat salinan disket tersebut

    dan maklumat ini dan poskan kepada mereka. Dengan disket berharga RM1 dan kos

    penghantaran 50 sen, keuntungan anda ialah RM8.50!!

    5

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    6/74

    Oleh kerana ianya percuma, ramai yang akan menjawab iklan anda. Simpan nama dan

    alamat mereka untuk kegunaan program-program anda yang lain.

    Teruskan menempah iklan sehingga pesanan anda mencecah 100,000 atau RM1 juta

    dibank!

    Ianya mungkin mengambil masa tetapi tidak mustahil!!

    (No4) BAGAIMANA MEMPEROLEHI RM2,000 SEMINGGU MELALUI KOMPUTER ANDA DIRUMAH,

    BEKERJA HANYA SATU JAM SEHARI

    Komputer merupakan satu peralatan teknologi baru yang boleh memberikan banyak

    kemudahan dalam kehidupan manusia dialaf baru ini. Ledakan teknologi computer

    telah berlaku dengan drastiknya pada masa kini. Dengan galakan kerajaan supaya

    setiap rumah memiliki satu computer maka sebenarnya semakin banyak peluang untuk

    kita melakukan banyak sekali urusan hanya dari rumah.

    Komputer jika digunakan secara betul dan berdaya kreatif bagi pemiliknya boleh

    menghasilkan pendapatan yang sangat lumayan sekali. Oleh itu jangan biarkan

    komputer dirumah anda yang dibeli dengan harga beribu ringgit itu ditinggalkan

    berdebu sahaja atau pun hanya dibungkus sahaja.

    Anda boleh menafaatkan computer anda untuk menjadi alat bagi mencari wang secara

    halal dengan menggunakan beberapa perisian dan kaedah yang mudah untuk diikuti

    dan digunakan. Mempelajari computer merupakan perkara yang agak mudah dan tidak

    seperti memperlajari perkara lain.

    Kami mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang amat berguna untuk dikongsi

    bersama anda mengenai cara menggunakan computer sebagai alat mencari wang. Kami

    telah menggunakan computer untuk mencari wang yang amat lumayan sekali setiap

    bulan dimana ianya telah menghasilkan pendapatan berbelas ribu ringgit kepadakami.

    Komputer anda mungkin akan menjadi lombong emas kepada anda selepas ini. Jika

    selama ini anda hanya menggunakan sebagai alat untuk anak-anak anda belajar

    ataupun untuk anda mengakses kealam siber (internet) untuk mencari pelbagai

    maklumat.

    Sekarang saya hanya membuat kerja selama satu hingga tiga jam dalam seminggu

    dengan menggunakan computer notebook dan melakukannya hanya dari meja makan

    dirumah dan telah memperolehi pendapatan yang sungguh lumayan sekali. Disini

    disertakan beberapa cara untuk memperolehi pendapatan lumayan melalui computer

    anda dirumah.

    Anda hanya perlu mengambil salah satu idea tersebut dan melaksanakannya secara

    berperingkat peringkat sehinggalah anda boleh membina perniagaan anda dengan

    lebih berkesan pada satu masa kelak. Anda boleh memperolehi pendapatan sehingga

    beribu-ribu ringgit dengan menggunakan salah satu daripada idea-idea yang

    diberikan itu. Ianya akan menjadi satu punca pendapatan baru atau pun satu

    peluang perniagaan baru kepada anda kelak.

    Jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk meningkatkan kualiti hidup anda

    dimasa hadapan lebih-lebih lagi didalam zaman kegawatan ekonomi yang sedang

    melanda skearan ini dimana semakin banyak pekerja yang terpaksa berhenti secara

    sukarela atau pun diberhentikan kerja kerana kesan kegawatan yang agak teruk

    melanda negara kita. Mungkin anda akan terperanjat kerana anda mampu memperolehipendapatan yang jauh lebih lumayan daripada pendapatan dimasa dahulu.

    Beberapa idea yang boleh anda ikuti bagi mendapatkan wang dirumah melalui

    komputer anda. Idea berikut ini telah pun digunakan oleh beribu-ribu orang

    diseluruh dunia pada masa kini dimana ianya telah menghasilkan pendapatan

    6

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    7/74

    berjumlah beberapa puluh billion ringgit!

    1. DESKTIOP PUBLISHING (PENERBITAN ATAS MEJA)

    Dengan menggunakan perisian seperti word processor, Page Maker, Corel Draw,

    Printshop Premier, Microsoft Publisher dan lain-lain lagi, anda boleh dengan

    mudah menjadi penerbit atau mereka bentuk gambar/grafik menulis teks, mereka

    bentuk iklan, brosur, catalog, kad perniagaan (business kad). Anda juga boleh

    menulis surat berita (newsletter), menulis artikel, menulis buku-buku panduanbagaimana untuk melakukan sesuatu, jemputan kahwin, kad harijadi, kad ahli,

    menu, sijil, resepi. Anda juga boleh mengambil upah menaip (typesetting) untuk

    pelajar universiti, kolej dan sekolah-sekolah dan sebaginya.

    Untuk memasarkan perkhidmatan anda itu, anda hanya perlu membuat iklan sama ada

    dimana-mana papan iklan (bulletin board) yang terdapat dimana-mana pusat membeli

    belah, sekolah, masjid, dewan, surau disekitar kediaman anda. Selain itu anda

    boleh juga membuat iklan didalam akhbar-akhbar tempatan. Anda boleh menggunakan

    perkhidmatan secara pos atau pun secara online jika anda mempunyai modem pada

    komputer anda. Cara pembayaran boleh dibuat secara pos, kad kredit, melalui

    akaun bank dan sebagainya. Anda tidak perlu menemui pelanggan-pelanggan anda.

    Anda boleh juga menggunakan alamat pejabat pos, alamat rumah, emel, halaman web

    dan juga menghantar secara faks terus kerumah anda.

    2. INFORMATION BROKER (BROKER MAKLUMAT)

    Idea ini sangat mudah, anda hanya perlu mendapat alamat lengkap dan nombor

    talipon pelbagai agensi kerajaan dan swasta dalam negara dan luar negara. Alamat

    syarikat perniagaan dan lain-lain juga penting. Ramai orang tidak mengetahui

    cara untuk menghubungi sesubuah agensi kerajaan atau swasta untuk membuat dan

    melakukan urusan-urusan mereka.

    Anda boleh juga mengambil peluang ini dan mengenakan sedikit bayaran kepada

    pelanggan anda. Contohnya ialah untuk membayar bil-bil, cukai pintu, pembelian,

    mencari nombor talipon, alamat. Apa yang perlu anda buat ialah membuka akaundengan mana-mana bank yang menyediakan perkhidmatan bayaran bil melalui

    pemotongan akaun bank anda secara online.

    Jika anda tinggal dikawasan perumahan, pangsapuri, kondominium, kampong anda

    boleh menggunakan kaedah ini. Yang penting anda mestilah mempunyai talian

    talipon, sebaik-baiknya anda memohon satu lagi talian talipon supaya tidak

    diganggu oleh talian talipon yang digunakan untuk panggilan kerumah anda. Jika

    pelanggan anda mahu membayar apa-apa sahaja bil anda boleh mengambil wang

    mereka, berikan nombor bil dan akaun pelanggan nada kepada bank itu, kemudian

    bank akan memotong jumlah tersebut dari akaun anda.

    Wang yang anda kutip itu bolehlah anda masukkan kedalam akaun bank anda. Jangan

    lupa mengenakan bayaran berpatutan, mungkin bagi satu bil diantara RM2 hingga

    RM5 atau lebih. Bagi setiap rumah biasanya mereka ada 3 jenis bil

    sekurang-kurangnya iaitu elektrik, air, talipon. Dengan kemudahan yang anda

    sediakan mereka dapat menjimatkan banyak masa dan tidak perlu beratur panjang di

    kaunter-kaunter pembayaran.

    Jika pelanggan anda mahu mendapatkan alamat atau telepon agensi yang lebih

    penting anda boleh mengenakan bayaran yang lebih tinggi. Jadikan perkhidmatan

    yang anda sediakan itu lebih berbentuk komersial ataupun perniagaan dan gunakan

    semua kaedah perniagaan seperti resit-resit bayaran dan sebagainya. Anda juga

    boleh mengambil upah mengisi borang-borang tertentu yang mana mereka tidak tahu

    mengisikannya. Anda bolehlah mengenakan caj bayaran sebanyak RM5 hingga Rm10

    atau lebih untuk perkhidmatan anda itu.

    3. MENGAJAR KOMPUTER DIRUMAH

    Ya dengan kemampuan ibu bapa membelikan komputer untuk anak-anak merteka maka

    7

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    8/74

    anda boleh mengambil peluang ini untuk menjadi tutor atau pelatih komputer

    dirumah anda. Anda boleh membuka kelas komputer dengan mengambil bebrapa ramai

    pelajar dan menyediakan sebuah bilik yang kosong yang hanya perlu dibuat sedikit

    pengubahsuaian sahaja supaya kelihatan seperti kelas.

    Beli beberapa buah komputer murah(asas) dibawah RM2000 secara ansuran. Anda

    boleh mengasingkan mata pelajaran mengenai komputer seperti pengenalan kepada

    komputer, membaiki komputer, pengoperasian kcomputer, mempelajari

    perisian-perisian komputer dan banyak lagi perkara mengenai komputer. Sepertipenggunaan internet, cara mengakses kepada internet, emel dan sebagainya.

    4. MENERBITKAN BUKU PANDUAN BAGAIMANA UNTUK

    Disini anda akan diberitahu cara untuk mendapatkan wang yang begitu lumayan

    setiap hari/minggu dan bulan dengan cara menerbitkan sendiri buku-buku panduan

    kecil atau laporan-laporan mengenai kewangan, perniagaan, idea-idea mencari wang

    melalui hobi, kemahiran dan sebagainya. Menulis buku atau panduan kecil ini

    tidaklah sesusah mana kerana hamper semua perkara boleh dijadikan topic atau

    tajuk.

    Mungkin hanya pada peringkat permulaan sahaja anda tidak tahu untuk menulis

    tetapi jika anda sudah menemui tajuk yang sesuai, anda akan lebih mudah untuk

    menulisnya. Untuk mencari bahan-bahan tulisan anda bolehlah dapatkannya daripada

    mana-mana majalah, buku-buku yang mungkin anda boleh pinjam daripada kawan-kawan

    ataupun perpustakaan. Atau anda juga boleh mengunjungoi mana-mana laman web jika

    anda mempunyai kemudahan internet.

    Anda boleh mencari bahan secara percuma dengan mengunjungi laman web tertentu

    didalam tajuk business > home biz. Anda hanya perlu membuat iklan didalam

    mana-mana majalah atau pun akhbar atau pun didalam internet. Berikan alamat anda

    sama ada alamat pejabat, rumah, pejabat pos ataupun alamat emel anda.

    Bayaran boleh dibuat menerusi wang pos/cek/terus masukkan kedalam akaun ataupun

    menggunakan kad kredit jika anda boleh mendapatkan kemudahan bayaran melaluicara ini. Bukan satu perkara mustahil untuk anda memiliki pendapatan hingga

    melebihi RM2000 seminggu kerana telah ramai yang melakukannya dan berjaya.

    Sekarang mungkin giliran anda pula!! Selamat mencuba!!

    (No5)

    Bagaimana Mencetak Wang Secara Sah!

    Terdapat satu jenis produk yang merupakan produk paling sempurna untuk pemasaran

    terus atau gayapos. Anda sungguh bertuah kerana anda boleh belajar membuat

    produk yang murah, mudah dan dikawal dengan mudah!

    Cetak wang anda setiap hari

    Seperti yang anda ketahui, mencetak wang ringgit palsu merupakan satu kesalahan

    yang besar. Anda boleh disumbatkan kedalam penjara jika didapati bersalah

    melakukan jenayah ini. Hanya kerajaan sahaja yang dibenarkan mencetak wang

    sebanyak mana yang mereka mahu.

    Walau bagaimana pun, anda boleh membuat sebaliknya, secara sah: Menukarkan

    kertas biasa kepada produk maklumat yang boleh dijual. Apakah dia produk

    maklumat? Ianya adalah buku, manual, laporan kecil seperti ini dan sebagainya.

    Atau juga video, kaset, disket atau CD bermaklumat. Atau kaset rakaman yangorang boleh dengar tanpa memerlukan kos pengeluaran yang tinggi.

    Apa yang anda perlukan untuk menceburkan diri dalam bisnes ini ialah maklumat

    yang diperlukan oleh orang dan satu cara supaya orang lain boleh mendapatkannya,

    8

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    9/74

    contohnya kertas fotostat. Hari ini, komputer peribadi dapat memudahkan lagi

    tugas anda untuk menyediakan produk maklumat ini, tetapi anda juga boleh

    menggunakan mesin taip lama untuk menyediakan produk tersebut.

    Anda jangan terkejut jika saya katakan produk maklumat adalah satu bisnes yang

    cukup menguntungkan. Pasaran untuk produk ini cukup luas dan oleh kerana skopnya

    begitu luas anda mempunyai pesaing yang kurang. Jadi peluang untuk anda berjaya

    dalam bisnes ini adalah cukup cerah.

    Kebanyakan produk ini berkisar tentang hobi dan minat dimasa lapang. Contohnya,

    Patti Carlson berjuta dollar melalui bukunya yang bertajuk Bagaimana Bermain

    Piano Dengan Senang yang dijualnya melalui televisen di Amerika Syarikat.

    Baru-baru ini pula, Robert Laughlin menjual satu kursus belajar dirumah

    bertajuk Bagaimana Memainkan Lagu Pujaan Anda Dengan Piano- Hanya 3 Jam. Atau

    100 Resepi Lazat Hawai Anda Boleh Buat Sendiri Di Rumah adalah satu buku kecil

    yang diiklankan dan dijual melalui iklan kecil di majalah wanita dan tabloid.

    Produk maklumat juga menjadi tarikan dalam bisnes dan pekerjaan. Joe Sabah

    berjaya menjual ribuan bukunya yang bertajuk Bagaimana Mendapat Kerja Yang Anda

    Idamkan Dan Majikan Menelefon Anda dengan menjadi tetamu dalam siaran radio. Ia

    juga merangkumi topik seperti kesihatan dan senaman, perlindungan diri dan

    keluarga, pelancongan, kecantikan dan fesyen.

    Apa Yang Anda Perlu Lakukan?

    Topik yang perlu anda tulis mestilah sesuatu yang anda tahu atau mempunyai

    pengalaman tentangnya. Jika tidak anda boleh membuat kajian mengenai topik yang

    anda rasakan mempunyai potensi untuk dijual.

    John Smith merupakan seorang penceramah professional yang mempunyai pengalaman

    dalam bidang pengiklanan, pemasaran dan jualan. Beliau juga mengetahui bagaimana

    untuk mendapat tempahan yang banyak daripada orang ramai. Dengan pengalaman yang

    ada ini, beliau menulis 4 mukasurat laporan istimewa dalam beberapa topik yang

    dikhususkan untuk penceramah-penceramah;

    Bagaimana Mencari Pasaran Baru Untuk Bisnes Ceramah Anda

    Bagaimana Menulis Surat Ringkas Supaya Organisasi Menelefon Anda Dengan Segera

    Bagaimana Menggandakan Pendapatan Anda Dengan Menjual Produk Ceramah

    17 Kesalahan Besar Dilakukan Penceramah Keatas Brosur Dan Kaset Demo

    Bukan itu sahaja tetapi terdapat lebih kurang 20 topik yang beliau boleh tulis

    daripada subjek CERAMAH sahaja! Laporan ini beliau jual dengan harga dari $3

    hingga $15 setiap satu. Setiap satu hanya bebrapa mukasurat dan tidak lebih

    daripada 10 mukasurat sahaja. Beliau juga menjalankan percetakan atas

    permintaan; bermakna beliau tidak mencetak dengan banyak atau membuat simpanan

    stok. Beliau menyimpan salinan asli disatu fail dan, apabila ada pesanan keatas

    sesuatu topik, pergi fotostat dikedai fotostat yang berdekatan, masukan kedalam

    sampul surat dan poskan sahaja. Melalui bisnes kecil ini sahaja yang disasarkan

    kepada lebih kurang 2000 penceramah , menghasilkan lebih kurang $11,000 sebulan!

    Ada yang memesan satu, dua atau sepuluh. Satu laporan yang dijual sebanyak $3

    hanya bermodal sebanyak 40 sen otostat dan 20 sen untuk diposkan. Daripada

    $11,000, hampir keseluruhannya adalah keuntungan!

    Jika anda mahu memulakan karier dalam bisnes gayapos, anda boleh mencontohi

    teknik yang telah dilakukan oleh John Smith. Dengan menggunakan kertas dan

    dakwat, beliau mempunyai satu cara paling mudah mencetak wangnya sendiri.

    Jangan membazirkan masa anda dengan menunggu sehingga bertahun lamanya untuk

    menulis produk informasi ini, kemudian mencetak dengan banyaknya dan kemudian

    termangu kerana tiada siapa yang mahu membelinya.

    Berfikir dengan bijak, siapkan beberapa topik daripada subjek yang anda minati.

    Sediakan yang salinan asal dan fotostat setiap kali jika anda pesanan. Bukankah

    ini cara terbaik untuk mendapatkan pendapatan yang lumayan? Selamat Mencuba.

    9

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    10/74

    (No6)

    Rahsia Menjadi Orang Cemerlang Dalam Hidup?

    Berikut ini adalah beberapa tips yang dipetik daripada seminar Dr. Fadzilah

    Kamsah, pakar motivasi terkenal.TATACARA MAKAN & MINUM

    1. Sebelum tidur, maafkan semua orang tak kira siapa.InsyaAllah, Allah lipat

    gandakan rezeki.

    2. Sebelum tidur, berdoa, bergantung kepada apa yg kita hendak sepanjang tidur,

    otak akan memproses segala impian kita & InsyaAllah, kita akan berusaha kearah

    itu (ada semangat) dikeesokan harinya.

    3. Makan buah sebelum sarapan, makan tengahari dan makan malam adalah mengikut

    Sunnah dan dapat pahala dan juga boleh rujuk kepada pakar pemakanan, vitamin C

    dari buah-buahan yg dimakan selepas sarapan, dan makan yang akan diperolehi

    adalah hampir hilang zatnya.

    4. Jangan minum air semasa sedang makan (sarapan dan makan). Minum air selepas

    15-30 minit selesai makan. Untuk minum, bagi teguk yg pertama sahaja,biarkan air

    dalam mulut selama 10 saat kemudian baru ditelan. Teguk kedua seterusnya boleh

    minum terus sebab air liur ada enzyme yang boleh membunuh kuman dalam pankreas,

    perut yang seterusnya akan dibawa oleh air tegukan pertama.

    5. Seelok-eloknya makan malam sebelum maghrib ikut sunnah (Rasullullah makan

    sebelum maghrib kecuali bulan Ramadhan saja ie masa maghrib), sebab bagi yg

    tengah study (atau anak-anak), otak akan berfungsi dengan cemerlang (senang

    faham dan ingat lebih kurang 2 jam selepas makan, jadi jika makan pada 8:30pm,

    lebih kurang 10:30pm baru mula belajar dan mungkin hanya boleh bertahan sehingga

    jam 12 tgh malam saja, jadi, tak byk yg boleh dipelajari berbanding kalau makan

    pukul 6:30pm. (orang Cina makan malam pada masa ini). Juga, kita tak tidur dalam

    kekenyangan (yg mana boleh menghindar dari membuat sembahyang malam)

    TATACARA DI BILIK AIR

    1.Selepas buang air kecil, berdehem 3x (teran sikit) boleh elak daripada dapat

    batu karang

    2. Semasa buang air besar, mengiring sedikit ke kiri ikut sunnah sebab bila

    mengiring ke kiri, perut akan tekan bladder & senang buang air besar .

    TATACARA DIDIK ANAK

    1. Antara tips untuk dapat anak bijak/genius, ajarkan anak (atau baby) tidur

    mengiring ke kanan sebab jantung(yg terletak sebelah kiri) akan lebih

    "lapang"/"lega" dan mudah berdegup (perjalanan darah okay) and otak anak akan

    berkembang dengan baik.

    2. Bagi anak-anak yang sudah azalinya aktif or hyper-aktif, kurang (atau jangan)

    pakaikan baju warna oren sebab warna ini boleh merangsang secara aktifnya tindak

    tanduk anak (ie. akan lebih nakal), sentiasa bersemangat waja & exuberant.

    TATACARA DIDIK DIRI SENDIRI

    1.Amalkan apa-apa yangg baik (juga amalan-amalan baru) selama 21 hari atau

    lebih berturut-turut Rasullullah (saw) bersabda, setiap akan menjadi tabiat and

    kalau tidak, ilmu itu akan mati.

    2. Buang segala rasa hasad dengki, dendam dan lain-lain yang tidak baik.

    Emosi-emosi ini akan membenarkan otak mengeluarkan adrenaline berlebihan,

    cortisone & toxine yg mana boleh membawa kepada beberapa penyakit cepat letih,

    wajah cepat nampak tua sebelum waktunya, selalu sakit perut & dan sebagainya.

    Ada 3 kategori manusia :-

    BERJAYA : Hari ini lebih baik daripada semalam

    TERPEDAYA : Hari ini sama seperti semalam

    CELAKA : Hari ini lebih teruk daripada semalam

    10

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    11/74

    (No7)

    BAGAIMANA MENUKAR RM250 MENJADI RM15,000 DALAM MASA 60 HARI DIRUMAH

    Tajuk diatas sungguh menarik sekali. Ia merupakan satu rahsia bagaimana

    menjadikan wang anda berkembang dengan cepat dan selamat tanpa perlu menanggung

    apa-apa risiko. Anda boleh menukarkan wang sebanyak RM250 dan menajdikannyahingga RM15,000 dalam masa 60 hari dengan menggunakan satu rahsia dan yeknik

    yang mudah menarik. Kaedah ini merupakan satu pendekatan perniagaan yang mudah

    dimana anda tidak perlu menemui sesiapa pun.

    Anda boleh bekerja dengan tenang dan selesa dirumah tanpa sebarang gangguan.

    Anda hanya perlu menggunakan sedikit masa sahaja untuk menjalankan usaha ini.

    Tiada kaedah lain yang lebih menarik dan mudah daripada ini. Ianya bukanlah satu

    perjudian atau pun satu pelaburan dalam saham atau pun satu system gandaan wang

    atau sekim cepat kaya. Lupakan semua perkara yang mengarut ini.

    BAGAIMANA PERKARA INI BOLEH BERLAKU

    Anda hanya perlu melaburkan sejumlah wang yang dimaksudkan itu untuk membuat

    iklan diakhbar atau majalah dan memberitahu ramai orang bahawa anda mempunyai

    sesuatu yang bernilai dan sangat penting untuk mereka (pembaca). Sebagaimana

    yang kita semua ketahui, pembaca akhbar dan majalah merupakan golongan pembaca

    yang berbagai. Sebahagian daripada mereka mungkin terdiri daripada golongan

    pelajar, remaja, golongan pekerja, pesara dan sebagainya. Tujuan mereka membaca

    akhbar pula berlainan.

    Ada yang suka membaca berita semasa, berita sensasi, perniagaan, mencari peluang

    kerja, memiliki hobi, mencari peluang perniagaan, mencari peluang pinjaman wnag

    dan bermacam-macam lagi kategori pembaca. Disini terdapat ruang untuk mencari

    wang dengan banyaknya setiap hari. Bagi mereka yang inovatif dan berfikiran

    kreatif sudah tentu akan dapat melihat berbagai peluang didalamnya. Anda bolehmembuat iklan apa sahaja. Sama ada ianya dalam bentuk perkhidmatan atau pun

    perniagaan sebenar. Saya akan mengajar anda akan memberitahu RAHSIA untuk

    mendapatkan wang yang bayak daripada iklan ini.

    MILIKI RAHSIA INI SEKARANG!

    Sejak 8 tahun lalu saya telah menggunakan rahsia ini dimana pada ketika itu saya

    masih lagi bujang dan baru mengalami satu keaibin dalam hidup. Saya gagal dalam

    perniagaan, tiada wang, banyak hutang dan saya juga telah ditinggalkan oleh

    tuning kerana kerana kejadian tersebut. Saya telah menemui satu rahsia unik pada

    satu hari sewaktu saya sedang membaca majalah terbitan luar negeri. RAHSIANYA

    ialah : MENULIS, MENERBITKAN PANDUAN BAGAIMANA UNTUK secara pos. Seperti

    panduan yang anda sedang baca ini juga, ianya merupakan satu rahsia yang boleh

    membawa kesan kejayaan dan kekayaan kepada anda jika digunakan dengan betul.

    Saya tidak pernah memahami dan mengetahui apa-apa tentang penulisan, penerbitan

    dan pengiklanan. Malah saya tiada sijil, diploma atau ijazah tertentu didalam

    ketiga-tiga bidang ini. Sebaliknya saya hanyalah lulusan sekolah menengah

    setakat tingkatan 3 sahaja dan memegang sijil rendah pelajaran yang mungkin

    tiada nilainya pada masa sekarang. Dengan rasa serba kekurangan saya mempelajari

    semua rahsia dan teknik ini melalui sebuah buku yang saya beli melalui pesanan

    pos dari luar negara. Walaupun tidak begitu memahami satu amsa dahulu tetapi

    sekarang saya sudah mahir dan berjaya memperolehi pendapatan yang sangat

    lumayan.

    CARA MENJADIKAN RM100-RM250 KEPADA RM15,000 DALAM MASA 60 HARI

    Apa yang perlu dilakukan untuk memperolehi pendapatan seperti diatas ialah

    dengan membuat usaha seperti diterangkan dimuka surat sebelum ini. Anda mungkin

    11

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    12/74

    perlu melaburkan wang sebanyak RM100-RM250 untukmembuat beberapa siri iklan

    (4-10). Anda boleh membuat iklan sekali sahaja dahulu tetapi ianya tidak begitu

    berkesan kerana tidak ramai pembaca yang melihat iklan anda lebih-lebih lagi

    jika ianya bersaiz kecil. Kebanyakan pendatang baru dalam bidang ini menganggap

    dengan hanya membuat iklan sekali dua ianya boleh menghasilkan pendapatan yang

    banyak dengan segera.

    Perkara seperti ini tidak akan berlaku kerana jika anda sering kali dilihat oleh

    orang barulah mereka dapat mengenali anda dan menyakini anda. Itulah yangberlaku, mungkin anda juga akan mendapat surat pertanyaan yang agak banyak

    daripada pembaca iklan anda tetapi pada masa yang sama mereka juga mengirim

    surat kepada berpuluh-puluh pengiklan yang lain. Jadi jika anda menjual produk

    yang sama dengan orang lain pada harga yang berbeza-beza ini boleh meragukan

    mereka. Atau pun pengiklan lain mempunyai produk dan cara penyampaian yang jauh

    lebih menyakinkan maka anda akan ketinggalan.

    Jika anda membuat iklan dengan kos RM100 untuk 4 kali iklan (contoh) dan anda

    menjual produk adna dengan harga RM20. Kemudian anda mendapat 15 pesanan, ini

    bermakna anda mendapat RM300 kemudian anda laburkan semula wang tersebut untuk

    terus membuat iklan. Katakan selepas itu anda akan mendapat RM1,200 maka anda

    perlu melaburkan semula sebahagian daripadanya.

    Begitulah proses seterusnya sehinggalah anda boleh memperolehi pendapatan

    sehingga RM15,000 dalam masa 2 bulan ataupun 60 hari. Perkara ini boleh dan

    telah saya lakukan, ianya memang menarik dan menakjubkan sekali berbanding

    dengan kaedah lain untuk mencari wang. Sekarang mungkin giliran anda pula

    menikmati pendapatan sedemikian.

    CARA UNTUK MENJADI KAYA

    Anda boleh mencipta kejayaan dan kekayaan dengan menjalankan perniagaan yang

    mudah dirumah tanpa perlu menjejaskan kerjaya semasa atau kerjaya asal anda

    sehinggalah merasa yakin jika anda mahu berhenti kerja. Perniagaan ini juga amat

    sesuai dijalankan oleh para suri rumah tangga atau pada pesara. Anda bolehmempelajari kaedah ini secara berperingkat-peringkat.

    MENGHASILKAN BUKU PANDUAN/LAPORAN BERNILAI $$$$

    Anda boleh menghasilkan buku atau panduan mengenai apa sahaja tajuk dalam bentuk

    laporan mudah yang ditulis dalam beberapa muka surat sahaja. Ianya mungkin

    mengenai perkara yang anda sukai, hobui, kerjaya, pelajaran, masakan dan

    sebagainya hatta mengenai masa lapang yang terbuang begitu sahaja. Apa yang

    perlu dilakukan ialah memberikan sesuatu tajuk yang menarik minat ramai orang

    yang akan membacanya. Contohnya seperti menanam bunga, anda boleh membuat tajuk

    begini RAHSIA MEMPEROLEHI WANG LUMAYAN DIMASA LAPANG Anda boleh menceritakan

    mengenai hobi menanam bunga dan menjual bunga, hobi menjahit dan mengambil upah

    menjahit baju, hobi memasak dan menjual resepi atau menjual makanan.

    Apa yang penting ialah fokaskan apa sahaja tajuk, kemudian fikirkan bagaimana

    tajuk-tajuk tersebut boleh diolah supaya ia kelihatan seperti dapat menghasilkan

    wang, Bagi mereka yang berfikiran kreatif dan inovatif sudah tentu akan dapat

    memikirkan idea yang baik. Sebagaimana saya pernah lakukan diwaktu awal saya

    membabitkan diri dalam bidang ini. Saya hanya menulis panduan sebanyak 4

    mukasurat mengenai cara memperolehi wang mengguankan kamera. Caranya ialah saya

    mencari idea idea tersebut didalam majalah dan buku-buku kemudian saya

    terjemahkan dan olah semula. Anda boleh menaipkannya dengan mesin taip biasa

    atau pun mengupah kawan-kawan anda yang memiliki komputer untuk menaipkannya.

    Anda boleh menjual panduan anda dengan harga antara RM5 hingga RM20 sebuah

    kerana ianya hak anda. Anda boleh menjual laporan/panduan anda dengan membuatiklan diakhbar dan majalah.

    MENGGUNAKAN MAJALAH / AKHBAR

    12

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    13/74

    Banyak akhbar dan majalah yang menyediakan ruangan iklan dengan mengenakan

    bayaran yang berpatutan. Ianya boleh menjadi satu peluang yang begitu

    menguntungkan sekali keapda anda untuk sepanjang hayat anda. Mungkin anda hanya

    dikenakan bayaran diantara RM20 hingga RM80 bagi sekali keluaran, tetapi jika

    anda memiliki produk/laporan yang menarik maka ianya akan lebih memudahkan

    perniagaan anda kelak.

    Cara membuat iklan boleh anda pelajari sedikit demi sedikit, dimana dengan

    menggunakan proses ini secara berterusan ia akan menjadikan anda mahir danmenambahkan lagi pengetahuan anda kelak. Mungkin iklan anda yang pertama hanya

    berharga RM20 RM50 dan daripadanya anda hanya akan mendapat pulangan beberapa

    ratus ringgit jika produk anda itu baik.

    Selepas itu yang perlu dilakukan ialah melaburkan semula separuh pendapatan anda

    itu untuk membuat iklan yang lebih besar atau membuat iklan didalam beberapa

    penerbitan yang lain lagi. Dengan itu anda akan memperolehi pulangan yang lebih

    besar lagi yang jumlahnya mungkin beribu-ribu ringgit.

    Jangan cepat berpuashati dengan usaha anda itu, untuk berjaya didalam bidang ini

    dan memperolehi pendapatan yang berterusan anda mestilah membuat iklan secara

    berterusan. Kebanyakan usahawan yang menceburi bidang ini akan gagal jika mereka

    lekas berpuashati dan tidak mahu membuat kajian serta tidak membaiki gaya dan

    cara mereka membuat iklan. Mereka hanya meniru atau menciplak produk orang lain

    secara bulat-bulat sahaja.

    Mungkin ada orang lain yang menjual produk yang sama dengan harga yang lebih

    murah maka jualan anda boleh merosot, tetapi jika produk tersebut memang milik

    anda sepenuhnya anda akan mempunyai banyak kelebihan.

    Dengan emmbuat iklan yang berterusan dan konsisten anda akan membuat kerja yang

    berterusan yang mana ianya juga akan menghasilkan pendapatan berterusan yang

    amat lumayan.

    (No8)

    CARA MUDAH DAPATKAN WANG DIRUMAH

    Fikirkan Cara Mendapat Wang Tambahan , Ahli Keluarga Juga Boleh Turut Membantu

    DENGAN semua harga barangan semakin meningkat, anda mungkin merasakan bahawa

    anda perlu mendapatkan sedikit wang tambahan dan ini boleh dilakukan dengan

    bekerja dirumah. Mendapatkan wang dengan cara ini mempunyai pro dan kontra

    tetapi terlebih dahulu kita lihat siapakah yang boleh melakukannya.

    SIAPA BEKERJA DARI RUMAH?

    Ramai orang mempunyai alasan mereka sendiri untuk bekerja dari rumah. Antaranya:

    *Untuk membesarkan anak

    Kadangkala wanita terpaksa berhenti kerja dalam usaha untuk menjaga anak mereka

    kerana mereka percaya bahawa mereka sendiri dan bukannya orang gaji yang sesuai

    untuk membesarkan anak mereka.

    *Bayaran jagaan anak tinggi

    Kerana datuk dan nenek tidak mampu menjaga anak mereka dan akibat bayaran jagaan

    anak yang tinggi, mereka yang berpendapatan rendah mungkin mendapati tidak

    menguntungkan untuk terus bekerja dipejabat atau kilang.

    *Pendapatan tambahan disamping kerja tetap. Mereka yang mempunyai banyak masa

    yang terluang selepas waktu kerja mungkin mendapati mereka boleh menggunakannya

    untuk mendapatkan wang tambahan.

    13

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    14/74

    *Pesara yang melakukan untuk mengelakkan rasa bosan dan sunyi

    Pesara yang telah lama bekerja sehingga 30 tahun atau lebihmungkin berasa bosan

    dan sunyi setelah meninggalkan hari bekerja.

    *Cacat. Mereka mungkin mendapati sukar untuk bekerja diluar rumah.

    KEBAIKAN

    Bagi mereka yang terkurung didalam pejabat sepanjang hari, bekerja dari rumah

    mungkin menajdi satu penyelesaian yang baik. Memang tidak dapat diragui lagi

    terdapat beberapa kebaikan dengan bekerja dirumah. Berikut ini mungkin merupakan

    beberapa kelebihan dan kebaikan bekerja dirumah.

    *Menjimatkan kos. Tidak perlu kepejabat bermakna anda boleh menjimatkan wang

    untuk tambang atau petrol. Anda juga dapat berjimat kerana tidak perlu makan

    tengahari diluar. Penjimatan juga boleh dibuat kerana anda tidak perlu lagi

    berbelanja untuk pakaian bekerja.

    *Menjimatkan masa. Ini kerana anda tidak perlu lagi berulang alik ketempat

    kerja. Masa yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk melakukan perkara lain

    yang lebih bermanafaat.

    *Bekerja mengikut keperluan sendiri. Jika anda bukan pencari nafkah utama,

    kuranglah sedikit tekanan dan anda boleh mengambil temapahan yang sesuai dengan

    masa anda untuk keluarga.

    *Anjal. Bekerja dirumah bermakna anda boleh menentukan kerja anda supaya ia

    sesuai dengan waktu sekolah anak-anak, kelas tuisyen dan sebagainya. Jumlah

    waktu anjal bergantung kepada jenis kerja yang anda lakukan dirumah. Jika kerja

    anda mudah maka ia lebih anjal. Anda juga boleh menyuruh

    anak-anak kesekolah dengan berbasikal.

    *Ahli keluarga boleh membantu.

    Ahli keluarga mungkin boleh membantu kerja itu sendiri (sebagai contoh dengan

    membancuh tepung atau menghantar barang). Ia boleh dianggap sebagai usaha

    keluarga.

    KEBURUKAN

    Bagaimana pun bekerja dari rumah tidak selalunya menarik seperti yang

    dijangkakan. Sebenarnya ia mungkin tidak berjalan lancar. Berikut adalah

    beberapa konta bekerja dari rumah.

    *Boleh menjejaskan kehidupan keluarga. Untuk melakukan kerja anda perlu

    berdisiplin supaya anda boleh melakukan kerja mengikut masa yang diperlukan dan

    kemudian menghabiskan masa bersama keluarga. Ini bukanlah satu tindakan yang

    mudah dan tekanan yang ditanggung oleh anda dan mungkin menjejaskan kehidupan

    keluarga.

    * Anda mungkin terganggu.

    Hasilnya anda mungkin melakukan perkara lain berbanding menumpukan kepada kerja

    sambilan anda dirumah.

    *Kerja mungkin memakan masa.

    Kerjanya mungkin mudah dan anda boleh melakukannya sambil menonton TV tetapi ia

    mungkin berulangan dan membosankan sebagai contoh ialah apabila memasukkan dawai

    kokot kedalam kotak kecil. Lebih malang lagi pendapatannya mungkin tidak

    sepadan.

    *Anda boleh kehilangan wang. Jika anda tidak menentukan kos produk anda dengan

    sempurna,jualan mungkin baik kerana ia murah tetapi anda mungkin tidak membuat

    sebarang keuntungan. Sebaliknya jika harganya terlalu tinggi , mungkin tidak

    14

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    15/74

    mendapat permintaan yang baik.

    Jika produk itu munasabah harganya tetapi anda tidak mengiklankannya dengan

    baik, jadi permintaannya sudah tentu kurang dari sasaran. Dan risikonya menjadi

    lebih besar jika anda membeli peralatan khas atau tambahan dalam memenuhi

    permintaan untuk produk anda.

    APAKAH JENIS KERJA?

    Apakah yang seseorang boleh dan sanggup lakukan untuk mendapatkan wang darirumah? Ianya bergantung kepada apakah jenis perkhidmatan dan juga produk yang

    anda boleh tawarkan dan peluang yang diperolehi daripada jiran dan kalangan

    sekitar anda. Berikut ini ada beberapa idea untuk mencari wang dari rumah

    *Melakukan kerja lama anda dirumah. Sebagai contoh jika anda seorang bekas

    kerani akaun, anda boleh menawarkan perkhidmatan perakaunan anda dan bekerja

    dari rumah anda. Anda boleh menguruskan dengan bekas majikan anda untuk

    melakukan kerja yang sama dirumah.

    Sudah tentu syarat pekerjaan mungkin tidak sama. Begitu juga guru yang bersara,

    mungkin boleh memberikan tuisyen kepada anak-anak jiran untuk menghabiskan masa

    dan memperolehi pendapatan tambahan.

    *Tukarkan minat kepada perkhidmatan yang menguntungkan. Jika anda sukakan

    anak-anak dan anak anda sendiri semakin membesar, anda mungkin boleh

    menimbangkan pendapatan tambahan dengan menjadi pengasuh.

    *Memastikan hobi anda mendapat bayaran. Jika hobi anda membuat kuih, membel

    aikan , mengambil gambar, membuat grafik, menulis dengan computer dan

    sebagainya, pastikan hobi anda itu akan mendapat bayaran dan keuntungan

    *Menyewakan bilik. Anda boleh mengambil penyewa jika anda mempunyai bilik dan ia

    tidak akan menjejaskan keluarga anda. Bagaimanapun anda perlu berhati-hati

    terhadap mereka sebagai penyewa.

    *Bekerja untuk orang lain. Bagi sesetengah orang bekerja seperti memasukkan

    dawai kokot, melipat kotak barangan, mengulung wayar untuk barangan elektronik

    mungkin lebih mudah kerana ia boleh dilakukan mengikut keperluan mereka sendiri.

    Bagaimanapun seseorang itu perlu berhati-hati dengan perkerjaan dari rumah

    seperti ini.

    Anda mungkin pernah melihat iklan diakhbar yang menjanjikan pendapatan yang

    tinggi untuk kerja yang mudah yang boleh dilakukan dirumah. Ada sesetengah

    daripadanya merupakan penipuan sahaja dan tidak kurang pula yang benar-benar

    berfungsi dengan baik.

    Anda tidak digalakkan memberikan wang anda untuk menyertai skim-skim yang

    memerlukan wang tanpa mendapat apa-apa produk atau perkhidmatan.

    MELAKSANAKANNYA

    Pendekatan yang berbeza diperlukan bergantung kepada apa yang anda putuskan

    untuk mendapatkan wang tambahan.

    *Modal. Jika anda memulakannya secara kecil-kecilan kemungkinan tidak memerlukan

    banyak wang. Sebagai contoh jika anda ingin menceburi pembuatan kek anda mengkin

    perlu melabur untuk membeli ketuhar yang besar untuk memenuhi permintaan dan

    untuk menjimatkan masa.

    Jika anda hanya menjadi pengasuh anda mungkin perlu melabur untuk membeli katil

    bayi itu pun jika anda sudah membuang katil yang lama. Penyewa mungkin mahukanperabut dibilik mereka jadi anda perlu mengeluarkan sedikit belanja ke atas

    kelengkapan perabot.

    *Pengiklanan. Anda perlu memasarkan barangan atau perkhidmatan yang anda jual.

    15

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    16/74

    Salah satu cara ialah mencetak risalah, mengiklan produk atau perkhidmatan anda.

    Risalah ini boleh dimasukkan kedalam kotak surat atau diletakkan pada pengelap

    cermin kereta.

    Risalah ini juga boleh diletakkan ditempat strategik seperti pasaraya

    tempatan yang popular. Sebagai alternative, anda boleh mendapatkan pekedai untuk

    mengambil barangan anda berdasarkan jualan atau pulangan dengan pekedai

    mengambil komisen bagi setiap jualan.

    Untuk mendapatkan permintaan anda boleh memberikan contoh percuma kepada kilang

    dan pejabat.

    Jika salah seorang daripada rakan saudara anda bekerja dipejabat atau kilang,

    anda boleh mengambilnya untuk mengawasi produk anda dan mengambil tempahan

    daripada anda. Sudah tentu mereka perlu diberikan ganjaran kerana membantu anda.

    KOS YANG DIPERLUKAN

    Apa yang boleh anda kenakan bayaran untuk produk anda bergantung kepada apa yang

    pelanggan anda bersedia untuk membayarnya dan apakah bayaran saingan bagi

    perkhidmatan atau produk yang sama.

    Selepas memeriksa kesemuanya anda akan mempunyai idea apakah kadar pasaran dan

    lebih atau kurang yang boleh anda kenakan.

    Persoalan yang seterusnya ialah bolehkah anda membuat keuntungan dengan harga

    itu dan berapa banyakkah jualah yang diperlukan untuk mendapatkan keuntungan.

    Anda perlu melihat kepada kosnya. Kos pula boleh dibahagikan kepada kos tetap

    dan kos berubah.

    Kos tetap ialah kos yang tidak berubah dengan jumlah yang anda hasilkan dimana

    anda perlu membayarnya malah jika anda berhenti menghasilkannya pun anda masihperlu membayarnya.

    Kos berubah pula turun naik berdasarkan jumlah yang anda hasilkan, sebagai

    contoh ialah mengenai bahan atau ramuan yang digunakan dalam produk anda.

    Anda juga perlu mengandaikan angka yang realistic daripada apa yang boleh

    hasilkan dan dijual dalam tahun pertama.

    Hanya selepas itu anda boleh mengetahui kosnya dan apabila anda memotong

    daripada harga jualan yang memberikan anda margin keuntungan.

    Adakah margin keuntungan cukup menarik? Bolehkah anda mencari jalan untuk

    mengurangkan kosnya?

    Kos yang realistik akan membolehkan anda memutuskan sama ada anda boleh

    memperolehi keuntungan dirumah.

    Orang yang lemah menunggu datangnya kesempatan, orang yang kuat membuat

    kesempatan

    Untuk bekerja dan mencari wang dirumah anda juga perlu mencari pengetahuan dan

    iulmu kerana tanpa kedua-dua perkara ini amat mustahil untuk melaksanakan usaha

    anda.

    Pengetahuan boleh didapati sama ada melalui pengalaman sendiri, pengalaman oranglain, daripada pergaulan. Pengetahuan juga boleh diperolehi daripada buku-buku

    tertentu yang khusus dalam suatu bidang kerjaya.

    Meniru kejayaan dan mengikuti langkah-langkah kejayaan orang lain mungkin juga

    16

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    17/74

    usdah menjadi perkara biasa. Pergaulan yang luas dan baik juga akan mendatangkan

    banyak peluang.

    Fikiran yang terbuka dan sentiasa dapat menerima perkara baru yang positif juga

    akan mempercepatkan kejayaan. Penggunaan teknologi baru akan dapat mengurangkan

    kos dan meningkatkan keupayaan kerja anda.

    Pelbagai maklumat boleh anda dapati secara percuma melalui INTERNET. Malah

    banyak peluang juga boleh didapati dalam dunia maklumat yang boleh menghasilkanpulangan lumayan.

    BERIKUT INI ADALAH IDEA PERNIAGAAN DIRUMAH YANG BOLEH DIJALANKAN

    PERKHIDMATAN

    *Menyimpan akaun

    *Memelihara binatang

    *Mengasuh bayi

    *Taska

    *Menajda keluarga tua

    *Katering

    *Mencuci pakaian

    *Hiburan & lawak

    *Konsultan computer

    *Kurier

    *Desktop publishing

    *Gardening services

    *Dandanan

    *Mengecat dan hias rumah

    *Image konsultant

    *Dobi

    *handuman

    *Perancang parti /majlis

    *Membuat frame gambar*Memasang tali raket

    *Menyewa dan menjaga bunga

    *Pool maintenance

    *Seminar organizer

    *Khidmat kesetiausahan

    *Juru gambar video

    MENGAJAR

    *Silk screening

    *Menyusun bunga

    *Kegunaan herba

    *Menjahit

    *Menyulam

    *Kecantikan

    *Memasak

    *Kelahiran anak

    *Muzik

    *Tuisyen

    *Pensyarah sambilan

    MENULIS

    *Buku

    *Artikel majalah

    *Puisi*Penulisan umum

    *Kelas penulisan

    *Program

    *Pelan perniagaan

    17

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    18/74

    (No9)

    Formula RM200 Setiap Hari Tanpa Perlu Keluar Rumah

    Saya akan membongkar satu rahsia bagaimana anda boleh memperoleh RM200 sehari

    atau lebih dengan menggunakan formula iklaneka. Caranya mudah sahaja, lakukanseperti berikut:

    1. Anda tempah rampai iklan diakhbar-akhbar harian, mingguan atau majalah

    seperti

    Mingguan Perdana, Bacaria, Mingguan Misteri dan sebagainya.

    Iklan tersebut ditulis begini :

    2. Apabila anda mendapat pesanan, anda poskan salinan formula ini bersama

    dengan 6 cara buat wang yang disertakan.

    3. Teruskan menempah iklan diakhbar dan sudah pasti setiap hari anda akan

    menerima sehingga RM200 sehari di peti pos anda tanpa perlu untuk keluar rumah!

    SELAMAT MENCUBA!

    (No10)

    RM100 SEJAM DENGAN MENGGUNAKAN PICKUP ATAU VAN

    Jika anda menyukai kereta dan lebih suka memandu hanya untuk apa-apa perkara

    pun, anda boleh menjadikan minat anda itu kepada peluang mencari wang yang

    berasaskan kereta dan sentiasa berada dijalanraya. Anda boleh menggabungkankedua perkara tersebut didalam satu lingkungan.

    Dimana mempunyai pengalaman dan boleh mencipta kaedah baru, mencari wang kepada

    diri anda . Untuk jenis perniagaan yang boleh dikendalikan secara solo atau

    sendirian didalam lingkungan kenderaan bermotor. Van atau pickup seringkali

    boleh dijadikan sebagai kenderaan pilihan untuk memulakannya.

    Ianya boleh digunakan untuk jarak jauh, mempunyai ruang kargo yang luas, mudah

    dipandu. Pilihan utama yang perlu difikirkan ialah dari segi kuasa dan juga

    saiz, kos penyelenggaraan dan membaik pulih serta serba guna. Dengan menggunakan

    van atau pun pickup, anda boleh menggunakannya bagi tujuan perniagaan seperti

    khidmat bantuan menukar minyak enjin dan penyelenggaraan mudah secara bergerak

    untuk kereta dan lain-lain. Banyak pengguna dan pemilik kereta yang mementingkan

    mutu sama ada bagi mereka yang tinggal di desa atau pun di bandar atau di

    pinggir bandar.

    Perkhidmatan seperti ini akan menjadi popular dengan cepat kerana pengguna tidak

    perlu bersusah payah ke sana kemari untuk mencari bengkel membaik pulih. Jika

    anda sukakan kanak-kanak anda boleh menjadikan kenderaan anda sebagai studio

    gambar bergerak. Apa kata idea mengenai tukang kunci/ pembuat kunci bergerak.

    Orang yang tertinggal kunci rumah dan kereta atau kenderaan lain boleh

    memerlukan perkhidmatan anda.

    Jika anda menyediakan perkhidmatan pantas dan boleh dihubungi dengan segera,

    anda boleh menjadi terkenal dengan cepat dan akan menjadi pilihan pelanggan,orang ramai, jabatan polis dan juga pusat membeli belah. Selain itu ramai orang

    yang sanggup membayar wang bagi menukar minyak enjin dan menapis minyak tanpa

    perlu pergi ke pusat penyelenggaraan yang jauh dan mungkin kosnya lebuh mahal

    daripada yang anda tawarkan.

    18

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    19/74

    Dan bergantung pula kepada minat dan pengetahuan yang ada, anda boleh bermula

    daripada memberi perkhidmatan ringan, penyelenggaraan, menukar minyak enjin,

    filter, menukar tayar, tuning enjin, rahsianya ialah menawarkan kepada pelanggan

    seberapa banyak kemudahan dan perkhidmatan yang anda ketahui dan mampu lakukan

    dengan baik.

    Memungut dan membuang bahan sisa adalah juga satu perkhidmatan yang baik dan

    berdaya maju. Di dalam kawasan tempat tinggal di sesebuah daerah selalunyamempunyai bahan buangan dari sampah sarap hinggalah bahan-bahan lain. Banyak

    sampah sarap dan bahan sisa yang perlu dilupuskan setiap hari.

    Hubungu pihak kontraktor , perkhidmatan sewaan pangsapuri, pihak pemaju

    landskap, pemaju kondominium bagi mendapatkan perkhidmatan membuang bahan sisa

    seperti sampah sarap dan sebagainya. Walau bagaimana pun fikirlah dua tiga kali

    jika anda ditawarkan untuk membuang bahan sisa yang diragui eperti sisa toksik.

    Anda akan mengundang risiko jika anda mengambil tugas terebut dan anda juga

    berkemungkinan akan didenda dengan jumlah besar jika anda ditangkap.

    Atau ada pengaduan dari pihak awam dan mungkin akan dipenjarakan jika anda

    didapati membuang sisa toksik secara haram. Dalam pada itu anda mungkin boleh

    juga mendapat wang tambahan lain sekiranya bahan buangan yang masih diguna atau

    dikitar semula.

    Contohnya perabut yang dibuang mungkin hanya mengalami kerosakan kecil, anda

    boleh membaikinya dan menjualnya semula dengan harga murah. Ia diperolehi secara

    percuma, kisahlah jika anda hanya mendapat sedikit wang. Begitu juga dengan

    barangan elektrik , plastik, kotak kertas, botol-botol, besi-besi dan

    akhbar-akhbar lama.

    Semuanya boleh menjadi wang dan boleh diperolehi secara percuma. Mungkin juga

    anda boleh mendapat tugas-tugas membuang sisa bahan buangan dari bahan-bahan

    pembinaa, anda boleh menemui papan lapis, kayu, papan, batu bata dan sebagainya.

    Mungkin juga anda meminati fotografi dan juga kamera.

    Mengapa tidak menjadi jurugambar bergerak ? Anda boleh menjual kemahiran anda

    dengan menawarkan khidmat gambar perkahwinan, parti, sukan, dan juga lain-lain

    peristiwa menarik . Mungkin juga anda sukakan bermacam-macam perkara, jadi

    dengan itu anda boleh kombinasikan idea anda itu mengikut kesesuaian. Anda akan

    dapati yang anda boleh memperolehi banyak wang dengan melakukan apa yang anda

    gemari, tanpa arahan boss kecuali diri anda sendiri. Selamat mencuba !

    (No11)

    MEMPEROLEHI SEHINGGA RM750 SEHARI DENGAN MEMBACA IKLAN DIAKHBAR

    Adakah anda tahu bahawa anda boleh memperolehi wang yang banyak dengan membaca

    iklan rampaian atau klasifikasi didalam akhbar harian ? Dengan membuat dan

    melakukan pemerhatian yang betul dan tepat kepada iklan-iklan tersebut akan

    menjadikan anda lebih cekap mengenai siapakah yang mahu menjual barang-barang

    mereka seperti perkakasan, barang antik, kereta, rumah dan apa sahaja.

    Dan anda juga akan menemui siapakah yang mahu membeli barang-barang seperti itu.

    Rahsia pendapatan yang lumayan ini ialah dengan menggunakan iklan-iklan pendek

    tersebut sebagai satu peluang untuk mencari dan menemukan diantara pihak yang

    mahu menjual kepada pihak yang mahu membeli atau sebaliknya.

    Rahsianya ialah dengan membuat tindakan yang cepat; dan anda mestilah bersedia

    untuk menghubungkan diantara pembeli dan pihak penjual sebelum mereka sendiri

    bertemu diantara satu sama lain tanpa bantuan daripada anda.

    19

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    20/74

    Jika anda berasa seronok dan gembira untuk melakukan perkara ini, ia merupakan

    satu peluang yang sungguh MENAKJUBKAN. Bekerja didalam bidang ini seolah-olah

    melakukan pekerjaan sebagai seorang penyiasat persendirian.

    Tetapi anda bekerja untuk mendapatkan klu (bayangan) mengenai apa yang orang

    miliki, ataupun apa yang mereka mahu. Selalunya perkara agak rumit untuk

    dijalankan pada peringkat awal kerana anda tidak mempunyai pengetahuan didalam

    perkara ini.

    Anda perlu belajar dan berlatih setiap hari untuk menceburi bidang ini. Tetapkandidalam fikiran anda bahawa setiap kali anda mengaturkan perjanjian, anda sedang

    membina reputasi anda sendiri sebagai seorang yang pakar mengenai perkara

    tersebut.

    Akhirnya anda akan mempunyai kerjaya yang stabil dengan mempunyai pelanggan yang

    sentiasa berada didalam pasaran untuk mendapatkan sesuatu barang atau

    perkhidmatan. Keuntungan yang anda perolehi dengan mengaturkan jualan diantara

    pelanggan tersebut mungkin ada yang tinggi dan mungkin ada yang rendah, semuanya

    bergantung kepada jenis barang dan perkhidmatan yang ditawarkan dan diperlukan.

    Walau bagaimana pun, ia akan memberikan aliran wang tunai segera kepada anda.

    Apabila mereka telah mengenali anda, orang-orang ini akan menemui anda terlebih

    dahulu sebagai pilihan utama, untuk mencari barang-barang atau perkhidmatan yang

    mereka perlukan. Perkhidmatan yang anda tawarkan akan menjadi jalan pintas

    kepada proses masa dan ianya sangat berkesan bagi pengiklanan seperti ini.

    Membuat kontek adalah perkara utama dan penting didalam perkara ini, dan dengan

    mengetahui atau mengenali individu tertentu akan memudahkan anda berurusan

    dengan kedua belah pihak ini. Ini akan memasukkan wang ke dalam poket anda

    dengan lebih cepat lagi.

    Untuk perkhidmatan anda itu, anda boleh mengenakan bayaran pengaturan sebagai

    upahuntuk usaha anda itu. Dengan itu, anda tidak akan terlepas peluang menerima

    bayaran apabila bayaran bertukar tangan. Anda boleh mengambil upah terlebih

    dahulu atau menerima bayaran pendahuluan (deposit). Anda perlu mengaturkan semuaurusan pertemuan diantara pihak penjual dan pembeli, dan anda sudah boleh

    menerima bayarannya. Jika anda banyak berjalan keluar kawasan, pelajarilah iklan

    klasifikasi walau kemana anda pergi .

    Anda mungkin akan menemui barangan yang mempunyai nilai jualan yang besar di

    kawasan tersebut. Jika anda tidak boleh mengaturkan pertemuan diantara kedua

    pihak kerana disebabkan jarak yang jauh,anda mungkin boleh membeli barangan

    tersebut dengan harga yang murah dan menjualnya semula dengan harga yang mana

    anda boleh mendapat keuntungan yang lumayan. Tetapi ia harus sesuai dengan harga

    barangan sama ada ia masih baik, berkualiti ataupun tidak. Anda boleh

    memperolehi pendapatan yang sangat lumayan dengan cara ini.

    Kami mengetahui individu yang telah sangat berjaya menggunakan kaedah ini hingga

    beliau mampu hidup mewah dan memiliki kereta Mercedes dari model terkini (lampu

    bulat) . mengapa tidak mencubanya mulai sekarang. Anda boleh belajar secara

    kecil dan ia tidak perlukan modal kerana anda hanya perlukan kontek dan bijak

    bercakap serta sedikit wang untuk perbelanjaan sendiri.

    (No12)

    PRODUK RAHSIA YANG BOLEH MEMBERI KEKAYAAN DIDALAM URUSNIAGA POS

    Setiap hari semakin ramai orang melibatkan diri di dalam industri PERNIAGAANSECARA POS (MAIL ORDER), sama ada mereka memulakan perniagaan mereka sendiri

    ataupun terlibat dengan syarikat urusniaga lain dan berharap boleh menjadi kaya

    . Pada masa yang sama ramai juga yang menyerah kalah kerana mereka boleh

    mendapat keuntungan di dalam industri mail order ini .

    20

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    21/74

    Rahsianya dan penyelesaiannya sangat mudah, jika anda tidak mempunyai produk

    atau barangan yang betul dan baik dan mengetahui cara untuk mempromosikannya

    dengan baik, sudah pasti anda akan gagal sebelum anda memulakannya lagi ! Semua

    orang yang terlibat di dalam urusniaga pos membuat jualan dengan menggunakan

    pengiklanan.

    Mereka , sebahagian besarnya memang mencari kaeah yang membolehkan diri mereka

    menyelesaikan masalah kewangan semasa, umpamanya pendapatan yang kecil dan tidakmencukupi . Ada juga yang menyimpan cita-cita untuk menjadi kaya dengan cepat .

    Dalam keadaan ekonomi mereka sendiri yang gawat, kebanyakan orang menjual dan

    mempromosikan pelan atau sekim yang memang sukar dipercayai boleh memberikan

    kekayaan.

    Menjual idea atau pelan yang boleh menjadikan seseorang memperolehi pendapatan

    tambahan tanpa perlu bekerja ataupun boleh menjadi kaya dengan cepat adalah satu

    perniagaan yang bernilai berbilion dollar setahun . Kebanyakan pembeli pelan ini

    akan kecewa, tetapi keinginan dan cita-cita mereka untuk mencari lebih banyak

    wang tidak akan luntur.

    Mereka akan terus mencari pelan dan program yang lain dan idea baru yang boleh

    memenuhi impian mereka. Jika anda benar-benar faham dengan apa yang saya

    maksudkan sehingga kini, barulah anda boleh memahami sekarang bahawa ` produk

    rahsia yang boleh menjadikan anda kaya ialah kaedah dan panduan bagaimana

    untuk membuat sesuatu yang menerangkan secara lebih lanjut lagi.

    Anda boleh menghasilkan dan mencari panduan yang menerangkan secara lanjut

    bagaimana sesuatu kaedah atau pelan itu boleh memberikan penyelesaian dan

    kejayaan kepada mereka dan juga bagaimana ianya boleh memberikan keuntungan

    kepada mereka. Dalam keadaan yang paling mudah untuk diterangkan ialah , artikal

    ataupun buku yang akan memberitahu orang lain bagaimana mereka boleh mendapat

    faedah dan keuntungan . Ini kerana cara yang dimaksudkan ini akan memberi

    penerangan secara lebih lengkap bagaimana untuk memulakan , menjalankan dan

    menjayakan perniagaan yang menguntungkan.Ada orang yang membeli buku mengenai Bagaimana Untuk Berjaya didalam urusniaga

    pos dan telah diberitahu oleh penulis buku cara mudah tetapi tidak diberitahu

    bagaimana untuk mengembangkan perniagaan, menggandakan modal dan iklan daripada

    yang kecil hingga menjadi besar. Bagaimana untuk membina empayar perniagaan

    anda. Perkara utama yang tidak harus dilupakan ialah, kenyataannya bagaimana

    anda perlukan masa dan melaburkan semula sebahagian wang keuntungan anda untuk

    membina perniagaan yang berjaya. Selain wang dan masa ia juga perlukan

    kesungguhan dan ketekunan.

    Anda tidak boleh menjadi kaya seperti mana mengharapkan sesuatu yang jatuh dari

    langit . Inilah perkara yang tidak difahami oleh ramai orang yang telah

    menyebabkan mereka jatuh dan gagal dalam perniagaan ini.

    Mereka tidak mempunyai maklumat yang mencukupi dan mempunyai daya juang serta

    kesabaran untuk membina perniagaan yang tinggi. Ini bukan satu kaedah judi atau

    seperti menang loteri. Inilah sebenarnya ` produk RAHSIA yang anda boleh jual

    dan menjadi kaya dengan menjualnya.

    Semua orang mahu menjadi kaya kebanyakan orang mahu cara dan jalan ringkas

    tetapi tidak mengetahui ` RAHSIA DALAMAN SEBENAR untuk menjadi menjadikan

    pelan tersebut berjaya serta menguntungkan, dan hasilnya pula ia boleh

    menjadikan orang lain mendapatkan maklumat daripada mereka. Pada pendapat dan

    cadangan saya, anda boleh memulakan perniagaan dengan menjual maklumat, report

    perniagaan yang berjaya.

    Report atau laporan seperti hanya dijual dalam beberapa muka surat dan distapletetapi dapat menarik ribuan pembaca . Katakan anda membuat iklan klasifikasi

    kecil dan menjual maklumat ini dengan harga RM30 dan boleh menjual sebanyak 200

    naskah, anda dapat RM6,000. Kosnya hanya tidak sampai dua ringgit. Dari wang

    tersebut anda boleh menjual 3 ribu naskah, anda dapat RM90,000. Hanya dengan

    21

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    22/74

    satu laporan !

    (No13)

    RAHSIA BAGAIMANA MEMENUHI PETI SURAT ANDA DENGAN WANG SETIAP HARI

    RAHSIA bagaimana memenuhi peti surat anda dengan wang setiap hari ataupun wangakan DIHANTAR hingga dihadapan pintu rumah anda oleh posmen. Mungkin anda tidak

    pernah mendengar dan sukar untuk mempercayai perkara ini tetapi dengan

    menggunakan beberapa cara anda boleh memperolehi pendapatan yang lumayan di

    rumah di mana mungkin ianya akan melebihi pendapatan atau gaji anda sekarang.

    Malah untuk mendapatkan wang di rumah dengan kaedah ini juga kerana anda tidak

    perlu meletakkan jawatan ataupun berhenti kerja kerana ianya boleh dilakukan

    hanya dengan beberapa jam sahaja dalam seminggu. Anda mungkin hanya memerlukan

    masa selama 1 hingga 2 jam seminggu sahaja dan ia sudah memadai. Mungkin ini

    adalah salah satu cara cara yang mudah untuk mencari wang atau berniaga di rumah

    .

    Baiklah tanpa membuang masa lagi marilah mempelajari cara untuk melakukannya.

    Sama ada anda mahu memperolehi wang tambahan sedikit untuk menambah ekonomi

    keluarga ataupun anda mahu menikmati hidup yang mewah sedikit, itu adalah hak

    anda, apa yang penting anda mahu mempelajari cara mudah ini untuk mencari wang

    tambahan. Mencari wang di rumah memang mudah bagi mereka yang mengetahuinya ,

    tetapi agak asing bagi mereka yang selama ini hanya tahu bekerja dengan orang

    lain sahaja atau makan gaji.

    Istilah ini boleh dikatakan, makan dulu baru dapat gaji. Tetapi dengan kaedah

    perniagaan ini anda boleh menerima wang setiap hari yang jumlahnya boleh anda

    tentukan sendiri. Kaedah mencari wang dari rumah memang banyak, jumlahnya

    mungkin beratus-ratus tetapi kami hanya ingin menerangkan SATU KAEDAH yang

    paling mudah.

    Rahsianya ialah menjual melalui POS. Memang banyak sekali barang yang boleh

    dijual melalui pos, terdapat beribu-ribu jenis barangan daripada pensil, pakaian

    , lukisan, barang kraf, hinggalah kepada barangan yang besar seperti komputer.

    Tetapi kami ingin menerangkan hanya satu jenis barangan atau perkhidmatan sahaja

    di sini. Cara yang dimaksudkan ialah MENJUAL MAKLUMAT BERCETAK secara pos.

    apakah maklumat bercetak ?

    Maklumat ialah berupa sesuatu perkara yang diperlukan oleh semua manusia. Kerana

    semua perkara adalah maklumat. Contohnya isu semasa, berita , pelajaran,

    masakan, hobi, pakaian, fesyen, teknik, petua-petua dan macam-macam lagi .

    Seperti panduan yang anda baca sekarang, ia juga merupakan satu maklumat yang

    mana anda sanggup ` membayar untuk memilikinya.

    Ianya hanya perlu ditulis sama ada anda mendapatkan kisah, cerita, kaedah ini

    melalui saudara mara, pembacaan ataupun dengan membuat penyrlidikan sendiri,

    yang penting maklumat yang anda ada itu memang menarik untuk dibaca. Dengan itu

    ia boleh diulang cetak dan dijual kepada orang lain dengan harga yang lumayan.

    Maklumat-maklumat tersebut tidak semestinya berupa sebuah buku ataupun majalah

    juga akhbar.

    Maklumat tersebut mungkin hanya berasal daripada satu perkataan sahaja. Mungkin

    perkataan tersebut amat bermakna untuk membuat hidup seseorang menjadi bertambah

    baik, bahagia, dan berjaya . Contoh perkataan keramat ialah WANG, RAHSIA,

    BERJAYA. Dengan perkataan WANG ini anda boleh menghuraikan cara-cara memperolehibanyak wang.

    Sesiapa sahaja yang berakal akan menjadi amat sensitif dengan perkataan seperti

    ini. Kita hidup di dunia yang mana didiami juga oleh berjuta-juta manusia yang

    22

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    23/74

    mempunyai berbagai keperluan dan keinginan bahkan jika boleh semua yang ada mahu

    dimiliki. Sekarang anda boleh belajar bagaiman anda boleh meukar keinginan

    pengetahuan anda menjadi wang . Tanpa keinginan senua perkara atau benda tidak

    boleh dicipta.

    Jika anda ada pengetahuan tertentu contohnya seperti menaip, menjahit,

    menyanyi, memasak, berniaga, berceramah, menulis, mengajar, memandu, bermain

    alat musik, berlakun dan macam-macam-macam lagi. Untuk menuliskan perkara

    tersebut di sini mungkin memerlukan berpuluh-puluh helai kertas. Cuba KENALPASTI apa yang anda ketahui dan minati :

    Buat sedikit penyelidikan dan tuliskan di atas kertas, kumpulkan maklumat

    berkaitan dan jika anda sudah berpuashati bolehlah anda taipkannya dengan kemas

    . jika tidak mempunyai komputer atau meisn taip cubalah mendapatkan khidmat ini

    daripada kawan-kawan anda. Mungkin anda boleh mendapat khidmat percuma daripada

    mereka. Berikan tajuk menarik menggunakan perkataan seperti RAHSIA, HEBAT,

    PELUANG, WANG dan sebagainya. Anda mungkin seorang ibu, atau surirumah dan anda

    boleh bercakap mengenai teknik menjaga bayi, petua-petua kesihatan, masakan atau

    cara menggubah bunga-bungaan.

    Semua orang memang ada SESUATU yang mereka tahu . Kita hanya perlu menggunakan

    apa yang telah kita ada sahaja itupun sudah mencukupi. Kita selalunya hanya

    mencari-cari di luar tetapi tidak di dalam diri sendiri. Jika anda sudah

    menyiapkan tulisan anda itu, ia sudah boleh dicetak sama ada dengan cara

    fotokopi dan sebagainya. Anda perlu faham di dunia ini memang terdapat ramai

    orang yang mempunyai keinginan dan minat yang sama seperti kita.

    Oleh itu, kita boleh menjadi pembekal maklumat kepada mereka dengan menjual

    maklumat yang kita ada. Maklumat anda itu mungkin ada hanya 2 muka surat sahaja

    . Itu tidak menjadi hal yang penting maklumat anda itu berguna kepada mereka.

    Anda boleh menjual dengan harga 10 atau 20 ringgit, itu hak anda. Anda boleh

    menentukan sendiri nilainya. Untuk menjual maklumat anda tidak sukar kerana anda

    boleh mengiklankannya di dalam akhbar atau majalah tempatan.

    Modalnya juga kecil hanya antara 20 hingga 100 ringgit untuk sekali iklan. Jika

    anda mahu menceburi perniagaan ini secara serius anda hanya perlu mendaftarkan

    perniagaan anda dengan pejabat pendaftar perniagaan dan dikenakan bayaran

    sebanyak RM50 sahaja . cari nama perniagaan yang menarik dan sesuai , buka akaun

    bank, buat iklan , sediakan katalog jualan yang menyenaraikan harga jualan

    (panduan) maklumat anda itu. Balas dengan segera.

    Pelajari sedikit demi sedikit, jika anda tekun akhirnya anda boleh berjaya.

    Iklankan secara berterusan (gandakan iklan) . Laburkan semula wang anda untuk

    membuat lebih banyak iklan . Jika anda menyewa peti surat ianya akan dipenuhi

    dengan surat dan juga pesanan yang mengandungi wang, begitu juga jika anda

    menggunakan alamat rumah, posmen akan menghantar semua surat-surat sehingga di

    depan pintu rumah anda dan sebahagiannya pula merupakan pesanan untuk meklumat

    yang mengandungi wang pos, cek, wang tunai yang mana jumlahnya mungkin sehingga

    beribu ringgit sehari.

    Jika anda banyak membuat iklan sudah tentu pesanan yang akan anda terima juga

    akan berterusan dan semakin meningkat dan banyak. Sanggupkah anda membiarkan

    wang yang begitu banyak terlepas begitu sahaja setiap hari apatah lagi keadaan

    sekarang dimana anda sudah tahu cara untuk mendapatkannya. Itulah cara untuk

    menukar atau pun menjadikan peti surat anda dipenuhi wang setiap hari. Mengapa

    tidak mahu mencubanya sekarang ?

    (No14)

    CARA MEMPEROLEHI RM1,500 SEMINGGU DI RUMAH HAMPIR TIDAK PERLU MELAKUKAN

    PEKERJAAN

    23

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    24/74

    Adakah anda percaya ada cara untuk memperolehi wang di rumah dan hampir tidak

    perlu membuat kerja ? Ya ! memang ada caranya dan ramai yang sudah melakukannya.

    Ia bukan perkara baru dan pelik jika tahu caranya. Kami juga melakukan perkara

    yang tersebut dengan memperolehi pendapatan yang lumayan.

    Anda akan mendapati bahawa ianya benar-benar memberikan keselesaan dari segi

    kewangan dan juga masa berbanding apa yang sedang anda alami sekarang.

    Kebanyakan orang terpaksa bekerja selama 8 hingga 10 jam setiap hari . danmemperolehi pendapatan yang hanya mencukupi untuk diri sendiri sahaja tanpa

    dapat menikmati kemewahan seperti yang diidamkan oleh ramai orang.

    Sekarang anda akan mengetahui bahawa ada cara untuk memperolehi pendapatan

    tambahan secara sampingan ataupun sepenuh masa yang boleh dilakukan di rumah

    dimana anda boleh memperolehi sehingga beberapa ratus atau pun ribu ringgit

    setiap bulan demi bulan dan tahun demi tahun .

    Cara paling mudah yang dimaksudkan ialah dengan menjalankan satu usaha niaga

    secara pos dengan menjual bahan-bahan bercetak yang boleh anda tulis sendiri

    ataupun anda beli daripada orang lain yang mempunyai kebenaran untuk mencetak

    semula (reprint rights).

    Atau anda boleh mendapatkan bahan-bahan didalam bahasa Inggeris kemudian

    menterjemahkannya sendiri. Bahan cetak yang dimaksudkan bukanlah semestinya

    sebuah buku yang tebal sehingga berpuluh hingga beratus muka surat isinya. Anda

    boleh menjual sesuatu bahan berupa laporan ataupun panduan cara-cara untuk

    meningkatkan mutu diri, meningkatkan sumber kewangan, meningkatkan kecantikan,

    meningkatkan gaya hidup, pergaulan, cara-cara mendapatkan pekerjaan, cara untuk

    menjadi penyanyi, cara untuk menjadi kaya, cara menjahit, menanam bunga yang

    lebat dan bermacam-macam topik lain yang boleh difikirkan.

    Untuk mencari bahan tidaklah sesusah mana jika anda seorang yang membaca buku,

    majalah dan akhbar dimana anda boleh mengutip rencana dan berita mengenai

    kejayaan seseorang didalam sesuatu bidang kehidupan. Banyak sekali bahan yang

    boleh diperolehi secara percuma itu kemudian ianya boleh memberikan pendapatanyang lumayan sekali kepada anda sepanjang hayat anda. Contohnya mudah, lihat

    kepada diri anda sendiri jika anda mempunyai kebolehan membuat bahan kraf dari

    gubahan bunga atau apa sahaja anda boleh menulis cara-cara tersebut.

    Anda boleh menerbitkan panduan anda dalam satu atau dua muka surat sahaja dan

    menjualnya dengan harga sebanyak RM5 hingga RM10 senaskah. Orang akan sanggup

    membayar harga yang ditawarkan asalkan sahaja mereka dapat ` maklumat Yang

    mereka ingini. Mereka tidak akan bercakap mengenai harga jika apa yang mereka

    perolehi itu boleh membantu diri mereka dan keluarga mereka dimasa hadapan.

    Orang hanya perlukan maklumat sahaja dan tugas anda ialah menyediakan maklumat

    kepada mereka yang memerlukannya.

    Jika anda sudah mempunyai bahan-bahan tersebut langkah berikutnya ialah anda

    perlu mencari cara dan kaedah untuk memasarkannya pula. Bahan-bahan bercetak

    seperti itu memang mudah untuk dipasarkannya jika anda tahu caranya. Sekarang

    anda boleh belajar bagaimana anda boleh mengedarkan bahan terbitan anda itu

    dengan meluas dan banyaknya. Caranya ialah dengan membuat iklan (hebahan) supaya

    ianya diketahui ramai. Ia seperti juga menguji pasaran. Dapatkan majalah dan

    akhbar yang mempunyai ruangan khas untuk membuat iklan kecil setiap hari dan

    minggu. Hubungi mereka sama ada pergi terus ke pejabat atau menalipon mereka.

    Tanyakan cara untuk membuat iklan, bayaran yang dikenakan dan lain-lain perkara

    lagi. Perhatikan iklan-iklan lain juga, lihat cara mereka membuat iklan dan

    pelajari perkataan yang digunakan. Ada juga syarikat akhbar yang menyediakan

    borang-borang khas untuk menempah iklan . Yang penting, hubungi mereka !Dapatkan maklumat yang mencukupi sebelum anda membuat iklan. Iklan-iklan seperti

    ini tidaklah mahal, ianya hanya diantara RM20 hingga RM80 sahaja untuk sekali

    mengiklan.

    24

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    25/74

    Jika anda sudah bersedia untuk mengiklan jangan pula anda lupa untuk menetapkan

    tarikh bila masa patut anda membuat iklan. Untuk memperolehi banyak wang anda

    perlu mencuba dan terus mencuba . Bukannya dengan hanya membuat iklan sekali

    anda menunggu wang dengan banyak datang dengan sepenuh harapan.

    Anda mestilah sentiasa kerap membuat iklan sekurang-kurangnya sekali seminggu

    bukannya hanya didalam akhbar sahaja sebaliknya didalam beberapa akhbar. Semakin

    banyak dimasukkan iklan didalam banyak akhbar semakin banyak orang menatapnya

    dan semakin kerap ianya diiklankan semakin percaya dan tertarik mereka untukmenghubungi anda. Itulah kehebatan iklan anda. Cara ini merupakan kaedah terbaik

    untuk mengiklankan bahan-bahan terbitan anda. Anda boleh memulakan daripada

    kecil dan meningkat hingga besar dimana mungkin anda memerlukan pekerja membantu

    anda kelak.

    Anda boleh melakukan pekerjaan ini sampai bila-bila pun yang anda inginkan.

    Jangan lupa , sebelum anda mengirimkan produk anda kepada pelanggan, terlebih

    dahulu hendaklah anda menyediakan surat jualanataupun katalog yang menyenaraikan

    bahan-bahan terbitan anda dan tawarkan kepada mereka. Didalam katalog ini anda

    hendaklah menyenaraikan produk anda dan menerangkan secara ringkas perihal

    produk anda dan kelebihan/keuntungan faedah jika memiliki panduan anda.

    Jangan lupa memberikan harga yang anda jual dan sertakan tawaran istimewa. Jika

    didalam seminggu anda ada membuat iklan didalam 2-3 penerbitan akhbar dan anda

    memperolehi surat pertanyaan sebanya 300 pucuk setiap minggu dan anda menjual

    panduan berharga RM30, anda hanya perlu menjual sebanyak 50 naskah seminggu.

    Ini tidak susah untuk dilakukan jika anda mempunyai panduan yang menarik dan

    diperlukan oleh ramai orang. Jika anda mempunyai 4 buah panduan dan boleh

    menjual secara purata 200 naskah seminggu, maka dalam seminggu sahaja anda boleh

    memperolehi pendapatan sebanyak RM6,000 . Sebulan RM24,000, setahun RM288,000.

    Ini boleh anda lakukan jika anda membuat promosi iklan anda secara meluas

    didalam banyak penerbitan. Dan anda boleh mengupah jiran-jiran anda untuk

    menyusun katalog dan semua kerja kecuali bahagian iklan.

    Dan dengan cara itu anda seolah-olah langsung tidak bekerja. Saya juga membuat

    perkara yang sama seperti ini. Sekarang saya punyai banyak masa lapang dan

    memperolehi pendapatan yang sangat lumayan setiap bulan. Anda juga boleh !

    Bertindaklah mulai sekarang jika anda inginkanpendapatan yang lumayan ! .

    Peluang sentiasa ada jika anda mahu melihat kehadapan secara positif

    (No15)

    RAHSIA MEMPEROLEHI RM200 SEHARI DENGAN MENJUAL INFOMASI 4 MUKA SURAT

    Anda ingin mengetahui RAHSIA MEMBUAT DUIT HANAY DARI RUMAH? Ya sudah tentu

    memang ada caranya yang SAH dan munasabah serta mudah. Tidak ramai orang

    mengetahui RAHSIA MENAKJUBKAN ini. Tetapi ianya tidak pelik dan luarbiasa

    setelah anda mengetahuinya.

    Kami akan tunjukkan kepada anda bagaimana anda boleh memperolehi wang dengan

    cara yang lebih mudah dan cepat, hanya dengan menjual maklumat atau pun infomasi

    yang mana ramai orang akan mahu membayar wang kepada anda untuk mendapatkan

    maklumat tersebut. Orang ramai akan berebut-rebut mendapatkan infomasi yang akan

    membantu mengubah kehidupan mereka.

    Malah kaedah ini bukan sahaja hanya boleh dipraktikan sewaktu ekonomi sesebuahNegara itu baik tetapi ianya juga boleh dijalankan sewaktu keadaan ekonomi

    merundum seperti yang berlaku sekarang ini. Malah masa sekarang inilah merupakan

    yang paling baik sekali untuk memulakannya.

    25

  • 8/14/2019 Panduan Buat Duit Dari Rumah #2

    26/74

    Kebanyakkan orang hanya bergantung kepada satu jenis pendapatan didalam hidup

    mereka iaitu dengan bekerja makan gaji. Mereka hanya mengukur kelayakan mereka

    melalui kelulusan akademik yang dimiliki. Pada masa ini sebenarnya sudah banyak

    sekali peluang untuk sesiapa sahaja menjalankan perniagaan dari rumah mereka

    tidak kira sama ada mereka tinggal dibandar atau pun didesa.

    Sekalipun anda hanya menjalankan perniagaan anda dari rumah anda, potensi untuk

    memperolehi pendapatan yang tinggi dan lumayan adalah cerah. Dengan penciptaan

    alat-alat komuniasi yang ada sekarang seperti telefon, telefon bimbit, alatkelui, mesin faks, mesin menjawab telefon otomatik, computer, email, internet,

    mesin fotokopi dan lain-lain telah memudahkan lagi sesuatu tugasan dan

    pekerjaan.

    Banyak pekerjaan dan urusan dapat dilakukan dengan lebih cepat dan mudah tanpa

    perlu meninggalkan rumah anda dan keluarga anda serta boleh dilakukan secara

    sambilan selepas waktu kerja atau dihujung minggu. Dan jika dilaksanakan dengan

    betul dan teratur anda boleh memperolehi pendapatan harian, mingguan, bulanan

    yang amat lumayan.

    Pendapatan anda boleh melebih gaji anda. Kami akan menunjukkan caranya dan ia

    boleh dipelajari dengan mudah. Ianya adalah satu perniagaan INFOMASI atau

    MAKLUMAT. Anda mungkin mempunyai berbagai maklumat berkaitan sesuatu isu dan

    perkara.

    Jika ianya diolah menjadi bentuk tertentu sudah tentu ia boleh memberikan

    pendapatan kepada anda dengan syarat anda mahu menjual dan memasarkannya. Dari

    segi pendapatan, hanya langit sahajalah yang menjadi batasannya. Walau

    bagaimanapun kami akan memberitahu bagaimana anda boleh memperolehi RM200 sehari

    dengan maklumat 4 muka surat yang bertaip.

    INFOMASI adalah satu abhan yang semula jadi wujud didalam kehidupan manusia.

    Tanpa infomasi dan maklumat manusia tidak akan kemana-mana. Zaman ini adalah

    zaman dimana ledakan maklumat berlaku diseluruh dunia dan hubungan komunikasi

    global semakin mengecil akibat kecanggihan teknologi computer pada masa ini.

    Dan diabad yang akan datang pula manusia akan semakin uas menggunakan teknologi

    untuk berkomunikasi sesama mereka. Jika anda sesiapa diantara anda mengatakan

    yang anda tidak mengetahui apa itu infomasi, sesunggunya mereka sudah tidak

    mampu lagi bersaing untuk maju kehadapan dengan lebih berjaya.

    Infomasi adalah maklumat, samada ianya untuk perniagaan, kerjaya, pelajaran,

    ilmu pengetahuan, gossip, khabar angin atau rumors. Semakin maju sesuatu

    infomasi positif yang digunakan oleh sesuatu bangsa itu maka semakin majulah

    taraf kehidupan mereka baik dari segi ilmu pengetahuan, perdagangan, kewangan,

    nilai moral dan sebagainya.

    Infomasi adalah senjata berguna dan ia boleh juga jadi merbahaya jika disalah

    gunakan. Sekarang kami akan mengatakan INFOMASI MEMBUAT WANG yangboleh membantu

    anda meningkatkan ta